22 Mei 2013

Kemelampauan Cybertrooper UMNO Menyebabkan Rakyat Tolak UMNO BN


Pengerusi Media Prima Johan Jaaffar memperakui peranan dan keterbukaan media baru; internet, Fb, blog, twiter dan sebagainya telah mengalahkan UBN. Katanya anak-anak muda lebih percaya kepada maklumat dari media baru yang ganas. Ini bermakna Johan mengikhtiraf peranan media baru ini lebih berfungsi dan mengalahkan media konservetif seperti radio dan televisyen dan akhbar arus perdana dalam menyebar dan menerima maklumat.

Katanya walaupun Umno juga mempunyai perwira maya (cyber trooper) tetapi ia tidak cukup kuat dan perkasa untuk melawan propaganda oleh pihak Pakatan Rakyat. Persembahan atau maklumat yang ditaburkan oleh cyber tooper UBN seperti tidak diterima dan ditolak atau tepatnya tidak terlawan “keganasan” maklumat pihak Pakatan Rakyat.

Kalau Johan sedar kenapa media baru lebih diterima berbanding dengan media konservatif, ia mempunyai jawaban yang mudah. Johan tidak perlu pening kepala memikirkannya dan mencari punca dan alasan. Tidak perlu kepada satu kajian yang menyeluruh pun.

Johan mungkin sedar apa yang dilakukan oleh media konservatif seperti radio, TV3 dan RTM dan juga media arus perdana (PB) sepanjang pilihan raya lalu. Apakah peranan media berkenaan berada atas role yang benar atau sebaliknya. Apakah mereka masih mempertahankan etika dan falsafah jornalisme sebenarnya. Kehebatan atau sehebat mana minda sesebuah media ia tidak boleh menipu dan memperbodohkan minda rakyat untuk selamanya.

Media konservatif itu bukan bertindak menjadi pembentuk fikiran dan saksiah rakyat lagi sebalik menjadi racun kepada minda dan keperibadian rakyat. Ia bukan saja menyiarkan berita yang diputar belitkan tetapi turut sama menyiarkan laporan-laporan porno yang tidak wajar dimainkan. Johan saya yakin mengetahui dan sedar perkara ini.

Johan boleh semak kepada laporan-laporan ataupun bagaimana sikap media konservatif semasa pilihan raya lalu. Cuba tenguk apakah mereka menurut atau patuh kepada etika dan berpegang kepada falsafah sebenarnya. Berapakah nilai keadilan dan kesamarataan media konservatif berkenaan yang boleh kita berikan? Sejujur cuba buatkan satu necara untuk itu?

Hari ini pembaca sudah celik dan mempunyai media alternatif. Apabila media koservatif sudah menjadi iseng dan gila (tahap gila babi) - tidak waras, maka mereka akan lari kepada media alternatif. Kalau media koservatif tidak memperbetulkan sikap dan peranan mereka, tidak mustahil mereka akan dipulau dan orang menonton tv atau membaca akhbar (media PB) hanya untuk tahu maklumat-maklumat mengenai perniagaan, sport atau alam wanita sahaja, bukan politik.

Penurunan jumlah edaran dan permintaan kepada media konservatif itu terutama akhbar PB boleh dijadikan kayu ukur sejauh mana media PB itu masih diperlukan.

Johan sedar sekuat mana media arus perdana spin berita pihak pembangkang?

Begitu juga kenapa maklumat atau laporan (propaganda) yang dimainkan oleh cyber trooper Umno lemah atau tidak agresif seperti mana kata Johan. Bukan apa melainkan juga kerana masalah kualiti dan propaganda yang berlebih-lebihan dari cyber trooper Umno. Bahan-bahan yang dimuatkan ataupun disediakan oleh cyber trooper Umno melampau dan ada sesetengahnya meloyakan di mana jijik untuk dibaca dan dilihat oleh pengikut media baru.

Medium media baru UBN bukan tidak meriah tetapi kerana ia digerakkan secara berlebihan dan diluar batas yang boleh diterima akal manusia waras maka ia tidak dipedulikan. Ia tidak jadi sepopular media baru di pihak pembangkang.

Walaupun media bebas dan tidak terikat dengan terma-terma tertentu, namun pembaca atau pengikutnya masih ada maruah. Di sini penjenguk media baru lebih bermaruah daripada apa yang cyber trooper Umno persembahkan. Meskipun tidak ada siapa yang mengawal mereka, tetapi sebagai seorang pengikut bermaruah mereka tidak tergamak untuk melibat bahan-bahan lucah dan melampau yang disajikan oleh cyber trooper.

Ambil saja contoh pendedahan video lucah yang cuba mengaitkan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan melampau yang melewati akhlak dan tata budaya orang Melayu khasnya menyebabkan bahan itu tidak memberi kesan sebaliknya menjadi over kill kepada Umno? Ia memakan diri sendiri. Johan boleh buat kajian berapa peratus video lucah itu telah menurunkan undi Pakatan Rakyat?

Di sinilah kesabronoaan cyber trooper Umno menyebabkan apa yang mereka dedahkan tidak memberi impak besar dan boleh dipersoalkan. Selain daripada memuat turun klik video sex yang direka, gambar-gambar super impose dibuat ke atas pemimpin Pakatan Rakyat juga berlebih-lebihan dan melampau. Daya kreatif cyber trooper Umno terlebih tinggi dalam soal ini sehingga ia tidak dijangkau oleh pembaca atau pengikut media baru.


Saya ingin tegaskan cyber troper Umno bukan lemah dari segi prasarana dan kewangan. Mereka mempunya daya kewangan dan sokongan yang cukup. Bahkan mereka dilindungi oleh undang-undang. Saya difahamkan ada yang diupah mencecah ratusan ribu ringgit. Tetapi kenapa mereka dilihat lemah dan tidak boleh menjadi bentang kepada serangan media baru terhadap UBN kerana bahan-bahan mereka yang disajikan terlampau dan memualkan. Itu saja.

Mengenai kekalahan UBN seperti mana disifatkan Johan kerana keganasan media baru, sebenarnya tidak tepat. Jika diukur daripada bahan-bahan yang disediakan oleh pihak cyber trooper Umno bahan disajikan cyber trooper Umno lebih ganas dan kejam dari apa yang dihidangkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Cyber trooper Pakatan Rakyat lebih terancang dalam menyiarkan sesuatu dan mereka ukur dengan kapasiti penerimaan minda rakyat Malaysia. Mereka tidak mereka-reka cerita atau terlampau membawa cerita personal yang teruk, sebaliknya lebih kepada menyerang secara psikolgis. Inilah perbezaannya. Jika hendak dihitungkan cyber trooper UBN lagi ganas dan tidak bertanggungjawab.

Saya bersetuju dengan Johan peranan media baru ini akan menjadi lebih penting untuk masa akan datang dan ia bakal memusnahkan kerajaan UBN. Anak-anak muda atau mereka yang mesra IT akan menggunakan medium baru ini untuk mengakses maklumat ataupun menyampaikan sesuatu perkara yang mereka tidak puas hati. Media konservatif seperti radio, tv dan akhbar tidak akan popular lagi dan tidak menjadi medium rujukkan mereka kerana beberapa sebab.

Sebab utama ialah kerana sikap melampau media berkenaan dalam memberi menyokong UBN dan menghentam Pakatan Rakyat. Kedua ialah media konservetif itu lambat tidak secepat dan sesegera maklumat yang diterima menerusi media baru Fb, blog atau twiter. Dunia hari ini semua orang mahukan kecepatan dan ketepatan. Disamping itu sudah ramai orang percaya media koservatif bukan berperanan sebagai pembentuk fikiran rakyat tetapi peracun minda dan sikap rakyat. — msomelayu

Gaji Taib Mahmud Lebih Besar Daripada Gaji PM


Gaji Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000

KUCHING: Bernama semalam melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.

Kerajaan Minoriti BN Tidak Akan Bertahan Lama


Apa yang hendak dihairankan jika ramai rakyat samada melalui parti-parti pembangkang atau NGO-NGO atau orang persaorangan mempersoalkan hal kepimpinan dalam kerajaan minoriti yang ada pada hari ini? Di mana-mana negara pun jika kerajaannya dipimpin oleh kerajaan minoriti keadaan seperti yang sedang dihadapi oleh BN sekarang adalah kejadian biasa.

Itulah sebabnya kita melihat banyak kerajaan menubuhkan kerajaan campuran. Kerajaan Britain sekarang adalah kerajaan campuran apabila tidak ada parti yang menang secara mutlak. Kerajaan Australia adalah kerajaan campuran selama satu penggal yang lalu dan akan mengadakan pilihanraya lagi pada September nanti.

Tiada parti yang mendapat kemenangan yang tipis, boleh bertahan dan apa yang dihadapi oleh BN hari ini adalah keadaan yang sama dan dijangka tidak akan bertahan lama. Dalam memperbetulkan keadaan ini, semua pihak terutamanya kepada pihak yang menang dengan kerusi yang kecil itu mesti melakukannya secara baik dan jujur dan pertimbangannya hanyalah terhadap kesejahteraan rakyat sahaja, dan tidak yang lain.

Jangan ada pertimbangan yang lain dari itu kerana jika ada pertimbangan lain ia sudah pasti akan membantutkan usaha penyatuan itu. Apabila ada perundingan dan perbincangan ia wajar meletakkan kepentingan negara lebih dari yang lain. Jika PM Najib mahu melakukan perundingan itu beliau perlu tegas dan tidak mudah digoyang oleh elemen-elemen ugutan dari dalam Umno itu sendiri.

Sekarang nyata memilih Perdana Menteri secara “convention” iaitu seorang Presiden Umno itu adalah Perdana Menteri sudah jelas tidak lagi “feasible”. Ini di sebabkan Umno sudah tidak mampu lagi mewujudkan kepimpinan yang ber “consequence” untuk negara kita.

Penyelesaian mesti dilakukan dengan kadar segera kerana jika ada kelengahan, ia akan membawa kepada situasi yang lebih buruk lagi kerana situasinya akan lebih buruk pada masa akan datang dalam kadar yang cepat pula. Kelalaian Umno selama ini menyebabkan parti itu sudah tiada yang berkepimpinan maka rakyat terpaksa mencari orang yang mampu untuk melakukan perubahan itu.

Jika Umno tidak mahu bertindak segera melakukan perubahan ini, maka yang jelas parti itu akan kecundang dan jika pimpinan hari ini masih dengan acara dan ragam yang sama maka rakyat akan memberikan persepi Umno tidak mahu berubah dan sudah bersedia untuk ditumpaskan. Jika itu berlaku Umno tidak boleh menyalahkan sesiapa termasuk ahli-ahlinya sendiri kerana bersikap degil dan tidak memahami apa yang dikehendaki rakyat sebenarnya.

Sememangnya Umno dan BN sedang menurun sokongan ramai. Semasa Abdullah Badawi yang dikatakan oleh setengah pihak seorang Perdana Menteri yang “tidur” dan tidak bersedia untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya, beliau tetap mendapat 140 kerusi dalam PRU 12 yang lalu.

Di sebaliknya semasa pentadbiran Najib yang sudah tersedia maklum dengan masalah yang ada di hadapan beliau dan telah melakukan kerja keras. Tetapi kerja keras beliau hanya mendapat kejayaan hambar dengan jumlah kerusi yang lebih rendah dari PRU sebelumnya.


Bagi melakukan perubahan ini kita mesti akui dahulu yang Umno serta BN sudah sampai kepenghujungnya dan ia memerlukan pembaharuan yang besar-besaran. Melakukan pembaharuan itu wajib dengan menampilkan seorang yang disegani dan boleh membantu membawa situasi politik yang berbeza dari yang ada pada hari ini. Itu dahulu yang mesti dilakukan.

Selagi ada baki-baki situasi politik sekarang ini wujud, usaha untuk melakukan pembaharuan itu tidak mudah dicapai.

Pihak yang mahu melakukan perubahan ini mesti membawa rakyat berfikir dalam “environment” yang baru supaya masing-masing akan merasa kebersamaan dalam melakukan perubahan dan membina negara yang bersatu padu itu. Semua pihak wajar merasakan keterlibatan mereka dalam usaha ini. Apabila dibawa rakyat bersama untuk mencapai penyatuan ini, maka rakyat akan bersama-sama menjaga apa yang telah diputuskan bersama itu.

Saya selalu membawa isu ini kerana saya sedar yang Umno akan kecundang dan pihak yang mengambilalih pun tidak mungkin berjaya melakukan perubahan sepenuhnya. Yang menang tidak akan dapat semua dan yang kalah tidak akan kehilangan semua. Justeru masalah perbalahan itu akan tetap wujud.

Bagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi jika diberikan ruang untuk difikirkan bersama. Jika tidak abaikan sahaja pandangan ini dan teruskanlah dengan perbalahan yang anda sekalian sedang lalui sekarang. — aspanaliasnet

Mahfuz Beri Amaran Kepada BN Supaya Hormat Suara Majoriti Rakyat


Ribuan hadiri perhimpunan Kedah, Mahfuz beri amaran kepada BN jangan cari pasal

ALOR STAR, 22 Mei — Ribuan menghadiri perhimpunan Black 505 di sini malam tadi dan ketua PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) agar jangan mencari pasal kerana majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR).

Mahfuz menganggarkan lebih 50,000 orang hadir di luar ibu pejabat PAS itu turut menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mukhriz Mahathir kerana memberi amaran terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

“Saya nasihatkan Zahid untuk menerima majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat dan jangan mulakan perang dengan rakyat. Jadi rasional,” kata naib presiden PAS dan ahli Parlimen Pokok Sena itu dilaporkan berkata dalam laporan media.

“Kepada Mukhriz, saya nak nasihatkan dia jadi terbuka sedikit kerana dia masih muda. Dia tak patut berkelakuan seperti pemimpin Umno masa lampau yang menggunakan pendekatan konfrontasi dengan rakyat,” tambah Mahfuz.

Pesuruhjaya PAS negeri itu turut mengingatkan kerajaan BN Mukhriz kerajaan PAS dahulu membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan stadium dalam satu perhimpunan Januari lepas.

Mukhriz, anak bongsu perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberikan kebenaran untuk PAS menggunakan stadium bagi perhimpunan Black 505 malam tadi.

'Kabinet Najib sikit atas dari Ahmad Nisfu'

PAS menyifatkan kabinet Datuk Seri Najib Razak yang dibentuk dengan undi popular 47 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, bukan sahaja kabinet minoriti tetapi juga mirip 'kabinet Ahmad Nisfu' dalam cerita Tiga Abdul yang turut dibintangi Allahyarham P.Ramlee.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh hal yang demikian, Najib dan menteri-menteri kabinetnya perlu sedar, jangan terlalu berlagak atau angkuh dengan kuasa yang mereka ada kerana majoriti rakyat bukan lagi bersama BN.

"Alhamdulillah kita dapat 52 peratus sokongan pada PRU13 lalu. Dia (BN) dapat 47 peratus sahaja. Ahmad Nisfu dan Saleh Kamil 20 percent, kabinet Najib ini kabinet 47 percent sikit atas pada Ahmad Nisfu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang yang hadir pada Himpunan Black505 peringkat negeri Kedah malam tadi yang dipengerusikan Datuk Johari Abdul.

Program yang berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut itu juga turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Selain mereka, turut hadir adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Ajak Mukhriz debat

Dalam ucpannya juga, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menyelar sikap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir yang melarang himpunan ini diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Katanya, alasan yang diberikan Mukhris kononnya himpunan ini hanya sarat dengan fitnah dan menimbul ketegangan, hanya tuduhan jahat terhadap Pakatan Rakyat.

"Dia kata himpunan ini cuba menimbulkan fitnah, cuba menimbulkan ketegangan, akan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

"Ini bukan fitnah, bukan dakwaan kosong, ini fakta, semua orang tengok begitu teruknya berlaku penipuan (dalam PRU13 lalu).

"Saya bukan cabar Datuk Mukhriz, nanti orang kata saya sombong, tapi kalau dia kata dakwaan saya dan pimpinan Pakatan Rakyat ini berbaur fitnah, ayuh buat forum terbuka debat antara saya dengan dia di bandar Alor Setar,"
tegasnya.
-HD

Zahid, Adakah Pampasan Kuasa BN Di Perak Tindakan Demokratik?


Merujuk kenyataan Zahid semalam, kononnya ‘rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU’, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa Perak pada Februari 2009.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar terpaksa mengadakan sidang media bawah pokok setelah BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat secara haram pada 2009.

Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?

Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku.

Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri.

Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama.

SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit.

Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.

Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13.

SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hishammuddin Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor.

Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil.

Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihan raya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.

Badrul Hisham Shaharin/CheguBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Najib Dikutuk Kerana Tidak Tepati Janji Mansuh Akta Hasutan


Pemuda Pakatan: Najib mungkir janji mansuh Akta Hasutan

Pemuda Pakatan Rakyat menyelar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pernah mengumumkan untuk menghapuskan Akta Hasutan tetapi masih menggunakan peruntukan tersebut untuk menahan aktivis siswa Adam Adli.

Gabungan sayap parti dalam Pakatan itu dalam kenyataan bersama mempersoalkan tindakan tersebut ke atas Adam Adli, sedangkan individu lain yang didakwa membakar sentimen perkauman tidak dikenakan apa-apa tindakan.

"Akta sedemikian patut dihapuskan dan tidak patut disalahgunakan untuk menzalimi rakyat biasa.

“Kredibiliti Najib sekali lagi dipersoalkan kerana beliau pernah menyarankan untuk menghapuskan akta ini pada tahun 2012.

“Ini menunjukkan bahawa Najib hanya bersandiwara dan tidak mempunyai niat politik untuk menghapuskan undang-undang yang langsung tidak mematuhi semangat ketertinggian perlembagaan,” kenyataan itu dipetik.

Menurut Pemuda Pakatan, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan ke atas individu seperti presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, naib presiden NGO pro-Melayu tersebut Datuk Zulkifli Noordin dan juga bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

Pemuda Pakatan mahu tindakan itu dikenakan ke atas Ibrahim ekoran kenyataan bekas MP Pasir Mas itu yang menggesa agar membakar bible berbahasa Melayu, ketika isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi tajuk utama laporan media pada awal tahun ini.

Tuntutan untuk mengenakan tindakan ke atas Zulkifli pula adalah berhubung satu kenyataan yang didakwa menghina penganut Hindu, dalam satu rakaman video.

Mohd Noor pula meraih populariti ekoran kenyataannya di satu forum pada 12 Mei lalu, yang antara lainnya mendakwa masyarakat Cina mengkhianati setiakawan dengan orang Melayu.

Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat- Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong serta Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataan hari ini turut menuntut agar Adam dibebaskan segera tanpa dikenakan sebarang syarat.

Malah mereka juga berkata, tindakan polis yang menangkap Adam tanpa sebarang sebab boleh disifatkan sebagai tidak menghormati hak rakyat Malaysia dalam menggunakan perlembagaan.

Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan atas kenyataan yang dibuat dalam satu forum awam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.

Beliau dan beberapa pemimpin lain dalam perhimpunan tersebut antara lainnya menggesa orang ramai untuk mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.

Pemuda Pakatan bagaimanapun bertegas bahawa Adam Adli sekadar memberikan pandangan yang munasabah dan berpatutan apabila menyeru rakyat Malaysia berhimpun bagi menyatakan protes ke atas pilihan raya yang kotor.

"Seruan beliau tidak melampaui hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tidak berunsur hasutan dan tidak mempunyai motif-motif untuk menjejaskan demokrasi berparlimen kerana kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin di bawah unsur Perlembagaan Persekutuan," kenyataan itu dipetik.

21 Mei 2013

[LIVE] Himpunan Black505 Di Kota Sarang Semut, Kedah


Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut.

Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Ia akan disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis.


Rakyat Berhak Mempersoalkan Kerajaan Minoriti BN, Kata Guan Eng Kepada Zahid Hamidi


Rakyat Malaysia berhak mempersoalkan mengapa sistem pilihan raya negara membenarkan kerajaan minoriti terus berkuasa, kata Lim Guan Eng hari ini sambil menyelar tindakan autokratik dan keras kerajaan menghukum mereka yang berani bertingkah.

Lim juga turut mengecam Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana meminta rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara agar berhijrah serta mencabar naib presiden Umno itu untuk berdebat dengannya sehari penuh di parlimen, dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang ataupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua menteri Pulau Pinang itu turut menggelar Ahmad Zahid sebagai “bongkak” dan hanya berani di depan media dan kemera TV BN untuk menyelar rakan-rakan beliau dari PR.

“Adakah beliau berani untuk berdebat secara terbuka dengan saya atau Lim Kit Siang atau pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan sama ada kenyataannya yang ekstremis dan memecahbelah itu bersifat demokratik dan sebahagian daripada rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya umum,” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid menimbulkan kontroversi minggu lalu apabila menulis di dalam akhbar milik Umno Utusan Malaysia mengatakan rakyat Malaysia yang tidak berpuas dengan kemenangan BN kerana sistem “first past the post” boleh berpindah ke negara lain.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” tulis Ahmad Zahid.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” tambah beliau lagi.

Walaupun pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, BN masih lagi memerintah negara dengan 133 kerusi Parlimen berbanding PR yang hanya mendapat 89 kerusi.

“Rakyat ada hak untuk menyoal demokrasi jenis apa yang ada di Malaysia yang membenarkan kekuasaan minoriti ke atas majority,” kata Lim.

“Sebalik memberi jawapan kepada tuntutan umum terhadap reformasi pilihan raya supaya menghormati pinsip ‘satu orang, satu undi, satu nilai’, Ahmad Zahid mengambil pendekatan autokratik dan keras bagi menghukum mereka yang berani bertingkah,” tambah beliau lagi.

Dalam satu forum pada 13 Mei lalu, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dilaporkan telah mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata: “Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya.”

Disebabkan itu, beliau kini direman di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

Pemimpin pergerakkan Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim juga pada forum sama berkata kerajaan hanya boleh ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan.

Walau bagaimanapun, PR telah menjauhkan diri daripada gesaan demonstrasi jalanan selepas keputusan Pilihan Raya 2013 meskipun mendakwa terdapat banyak penipuan berlaku.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan minggu lalu PR akan kekal mengadakan perhimpunan tertutup “untuk meluahkan rasa marah” terhadap penipuan undi pada pilihan raya umum 5 Mei baru-baru ini. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 minggu lalu ekoran kegagalan memberitahu pihak polis dalam tempoh 10 hari untuk berhimpun di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 8 Mei lalu. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

[VIDEO] Rafizi Kemuka Saksi Wujud Pengundi Hantu Dalam PRU-13


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengemukakan lapan saksi yang dinafikan hak mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 yang lalu.

Kesemua mereka ini mendakwa nama mereka terlebih dahulu digunakan orang lain untuk mengundi.

Menurut Rafizi selain membuat laporan polis, mereka juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Lapan individu tersebut, setiap seorang merupakan pengundi bagi Parlimen Sungai Petani, Rembau, Kuala Selangor, Kemaman, Tumpat, Shah Alam dan dua di Serdang.

“Mereka yang buat laporan ini tidak diarahkan, mereka juga bukan orang parti, tetapi bertindak disebabkan marah terhadap penipuan ini,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Merchant Square di sini.

Rafizi turut menolak andaian bahawa kejadian itu berlaku disebabkan masalah teknikal, disebabkan semasa cuba mengundi semakan dua, tiga orang kerani di tempat mengundi, semuanya menunjukkan nama mereka sudah dipotong, bermakna seseorang sudah mengundi menggunakan nama mereka.

“Kalau cuma seorang sahaja kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memotong namanya, mungkin kita boleh percaya ia kesilapan teknikal kerani yang seorang itu, tetapi semua kerani dah potong nama pengundi terbabit.

“Ini sekaligus membuktikan bahawa Mykad palsu dan pengundi hantu itu memang wujud,” katanya lagi.

Rafizi turut memberitahu pihak yang membuat laporan tersebut sebelum ini tidak pernah kehilangan Mykad masing-masing.

SPR tidak wajar menjadikan alasan lapan pengundi tidak menjejaskan keputusan pilihan raya kerana menurut Rafizi ia melibatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Selain pengundi yang tampil membuat laporan polis, #Siasatpru13 yang diketuai Rafizi turut menerima video dan foto dari orang ramai yang boleh dijadikan bukti penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 lalu.

Rafizi menambah, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan dua badan yang bertanggungjawab terhadap penipuan dan penyelewengan dalam PRU-13 lalu.


[GAMBAR & VIDEO] Terengganu Darul-Runtuh, Bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas Runtuh


Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas yang terletak di Jalan Manir ke Kuala Berang yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jamaah menunaikan solat Isya' pada Isnin malam 20 Mei.

Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut telah luruh, sekali sejurus selesai para jamaah menunaikan solat maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isya', sebelum ia runtuh sepenuhnya.

"selepas solat sunat Isya' tu, ada jatuh seali (lagi) gummm.....jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat saat, brummmmm.......selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua.....tiga minit habis (runtuh semuanya),

"bahagian beranda.......kira-kira bukan ruang solat......bahagian luar yang tak ada 'carpet' (permaidani),"jelasnya yang tidak mahu dikenali.

Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian runtuh tersebut kerana katanya, ada dua orang ahli jamaah masjid yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh.

Manakala, kata beliau, ada seorang tua yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh itu berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya. [Lihat Video]

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid ketika ditemui berkata, beliau sangat terkejut apabila mendengar kejadian runtuh itu.

Beliau yang bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat khabar melahirkan rasa sangat dukacitanya kerana kejadian itu berlaku di tempat awam, lebih-lebih lagi melibat masjid yang menjadi tempat ibadat kepada orang Islam.

"saya rasa sangat terkejut dan sangat dukacita.......... atas apa yang berlaku ini kerana ia melibatkan tempat kepetingan awam, lebih-lebih lagi (ia) melibatkan tempat ibadat orang Islam,

"sepatutnya tepat ini diberi keutamaan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku,"ujarnya.

Beliau yang juga calon PAS bagi kawasan tersebut dalam pilihanraya umum kali ke-13 baru-baru ini berkata, kejadian seperti itu boleh mengakibat kehilangan nyawa orang ramai.

Walau bagaimana pun, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.

Oleh itu, beliau menggesa supaya kejadian tersebut disiasat secara telus dan pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan kerana katanya, tidak ada sesiapa yang didakwa dalam banyak kejadian seumpama itu, yang telah berlaku sebelum ini.

"saya berharap supaya kejadian ini disiasat dengan telus dan pihak yang bertanggungjawab samada (terlibat dengan) kecuaian, rasuah atau penyelewengan perlu dibawa ke muka pengadilan,

"kerana (sehingga) hari ini sudah banyak kejadian runtuh di negeri Terengganu tetapi tidak ada tindakan tegas diambil,"katanya.

Justeru, beliau berharap kejadian runtuh yang berlaku di Masjid Kampung Binjai Kertas itu adalah kejadian runtuh yang terakhir dan satu pengajaran mestilah diberi kepada mereka yang terlibat dengan kejadian itu.

Menurut satu kertas laporan senarai projek dalam pembinaan dalam daerah hulu Terengganu pada 17 Februari, 2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu, pembinaan Masjid Kampung Binjai Kertas itu dijangka siap pada Mac 2008 dengan menelan belanja sebanyak RM1.4 juta. -Buletinonline








UMNO Selangor Hancur Di Bawah Pimpinan Najib


Sekalipun SPR berjaya membantu BN mengumumkan menang lagi Pilihan Raya Umum tetapi kemenangan yang pertikai itu adalah lebih buruk dari di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu.

Gara-gara PRU13 pimpinan Najib dalam UMNO dan BN menghadapi dua kecederaan.

Pertama pimpinannya di pusat dia diselamatkan oleh perlembagaan yang menolak kemenangan undi popular. Perlembagaan mengakui kelebihan kerusi, bukan kelebihan undi yang menyeluruh. Pimpinan Najib gagal mencapai majoriti dua pertiga di Parlimen seperti yang diwar-war sebelum PRU, bahkan kerusinya merosot dari 2008 dulu.

Kedua, Najib adalah pengerusi UMNO dan BN Selangor. Dia ambil pimpinan UMNO negeri dari Tan Sri Mohamad Taib sebagai usaha merampas kerajaan Selangor di luar pilihan raya seperti yang dilakukannya di Perak. BN bukan saja hancur di Selangor, bahkan UMNO mengalami kecederaan parah.

Najib dalam jelajah pilihan rayanya minta maaf kepada rakyat dan pengundi di Selangor atas kegagalan pimpinan Abdullah Badawi – Khir Toyo hingga menyebabkan rakyat Selangor menolak BN. Rakyat Selangor tidak memaafkannya. Bukan saja kerajaan Pakatan tidak dapat ditumbangkan sebelum pilihan raya, bahkan Pakatan mencapai kemenangan lebih besar di Selangor.

Najib berjaya menjadikan UMNO Selangor ranggi di bawah pimpinannya. Dikutuknya kerajaan dan Menteri Besar Selangor hampir setiap hari. Tan Sri Khalid Ibrahim dijadikannya seperti cacing kepanasan, seolah-olah menunggu pilihan raya, lepas itu hilanglah dia.

Orang kuat Najib, Noh Omar dan Mohd Zin seolah-olah pemerintah Selangor. Mereka seolah-olah lebih berkuasa dari Menteri.

Walaupun UMNO Selangor ranggi tetapi ia gagal menamakan calon Menteri Besarnya. Setelah Najib mengumumkan nama calon, masih belum berani menamakan seorang calon MB.

Dibarangkannya empat calon. Mengapa tidak satu nama saja? Mengapa empat? Orang pun tidak peduli sangat siapa antara empat itu tidak kalah?

Bila keputusaan PRU diumumkan Pakatan Selangor menang lebih besar dari PRU 2008. Paling menjolok mata orang kuat UMNO, Dato Mohd Zain kalah di kampung halamannya. Dia kalah dengan calon luar dan bukan anak Selangor. Hanipa Maidin yang mengalahkan Mohd Zain itu rupanya pun bukan macam orang Melayu. Kalau orang tidak tahu dia adalah Jawatankuasa PAS Pusat, jika dia datang ke kawasan mengundi, nescaya orang kata dia pengundi hantu dari Bangladesh.

Noh Omar terselamat. Selepas UMNO dan BN kalah teruk di Selangor Noh tak berapa bercakap lagi. Saya dengar satu keterangan saja daripadanya kepada media. Dia menyebal kerana Cina dikatakan tidak mengundi BN.

10 hari selepas UMNO kalah, UMNO Selangor ditimpa tangga pula. Noh tak termasuk dalam senarai kabinet baru. Sudahlah UMNO Selangor tidak banyak menang baik Parlimen mahupun DUN, orang kuatnya boleh tak terpillih jadi menteri.

Noh adalah orang UMNO paling kanan di Selangor selepas Najib. Orang kuat UMNO boleh Najib ketepikan. Hanya Najib yang tahu mengapa Noh dibuang. Najib hanya pilih seorang wanta UMNO yang belum terkenal untuk jadi timbalan menteri.

Adakah UMNO Selangor sudah begitu teruk? Ketua UMNO negeri pun terpaksa orang luar Selangor pegang iaitu Najib sendiri. Tak ada orang UMNO yang hendak diketengahkan. Empat tahun Najib jadi ketua UMNO Selagor dia gagal membentuk pemimpin UMNO bagi penggantinya.

Bukan saja Najib gagal mencari orang tempatan menjadi pemimpin UMNO negeri, malah UMNO Selangor hancur di bawah pimpinannya. -Subky Latif/HD

25 Mei: Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi


Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya akan menganjurkan ‘Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi’ pada 25 Mei di padang Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri secara besar-besaran, diikuti siri-siri lain di seluruh negara.

Katanya, pesta itu dijangka menghimpunkan rakyat dari seluruh negara agar bangkit menjadi kuasa ketiga dalam menghadapi penipuan Pilihan Raya Umum ke-13.

“Himpunan itu akan berlangsung dari petang sampai malam dan kita akan dedahkan semua bukti jelas yang kita kumpulkan dari semua Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Kita juga akan tampilkan saksi-saksi yang terlibat menguruskan pilihan raya, dan semua ini telah kita kenalpasti dan tapis kesahihannya,” kata Badrul yang juga Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Beliau mengingatkan pihak berkuasa dan rakyat agar tidak termakan dengan provokasi ‘perang saraf’ BN yang cuba mengambil kesempatan dari mood kemarahan rakyat.

“Pesta rakyat ini tiada kena-mengena dengan menggulingkan kerajaan sebaliknya kita tuntut kembalikan hak rakyat dengan cara paling demokrasi. Kita akan beri penerangan yang jelas kepada rakyat.

“Segalanya terkawal, rakyat boleh datang tanpa rasa takut, semua bukti akan kita tampilkan dalam bentuk audio-visual, anda datang dan lihat sendiri,”
katanya sambil menyifatkan pesta himpunan itu akan menjadi salah satu cara paling baik bagi rakyat menyampaikan kasih sayang kepada negara.

Selain itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang yang juga menyokong gerakan Suara Rakyat 505 menegaskan himpunan kali ini tiada kaitan dengan Malaysian Spring seperti yang digembar gembur media arus perdana.

“Malaysian Spring hanya agenda yang direka untuk menakut-nakutkan rakyat. Kami mahasiswa terlibat secara profesional dan kami yakin, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bertanggungjawab dalam penipuan yang berlaku, kami tuntut mereka letak jawatan,” tegas Safwan.

Gabungan 48 NGO itu antara lain menuntut tiga perkara, iaitu pembubaran SPR bagi memberi laluan kepada SPR yang dilantik secara pendengaran awam dan diletakkan di bawah kuasa Parlimen Malaysia.

Kedua, mendesak pilihan raya semula di tempat yang terbukti jelas wujud penipuan tanpa mengira logo sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Ketiga, gabungan ini menyokong tribunal rakyat yang diperjuangkan oleh Bersih selain mengharapkan sistem demokrasi diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia.

[BERGAMBAR & VIDEO] Ribuan Rakyat Pelbagai Kaum Berhimpun Tuntut Bebaskan Adam Adli


Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.

Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.

Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.

Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

“Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan. -HD












20 Mei 2013

Baru Cakap Suruh Tumpukan Kes Jenayah, Rumah Kakak Muhyiddin & Adik IGP Dirompak!


Pemimpin Pakatan pernah menggesa supaya Menteri KDN dan KPN supaya utamakan soal benteras jenayah, bukan "bermain politik"

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.


Kit Siang: KPN dan Zahid ‘bermain politik’, gesa tangani jenayah


GEORGE TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri perlu berhenti “bermain politik” dan mula melindungi rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini.

Penasihat DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.

“Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini, bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa dan pandai berpolitik sahaja.

“Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang.

“Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru selamat dan terjaga semula?” kata Lim.

Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

“Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?” soal Lim lagi.

Malah, akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini juga melaporkan bahawa Khalid memandang serius pendedahan bekas paib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang menuduh terdapat konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring.

“Individu yang membuat dakwaan pun tidak mempunyai integriti atau keberanian untuk membuat laporan polis, bagaimana Ketua Polis Negara boleh berkata akan memulakan siasatan ke atas tuduhan yang keterlaluan dan tidak berasas?” kata Lim lagi merujuk kepada Tunku Abdul Aziz.

Bulan lalu, media melaporkan pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing yang menyayat hati dan mendapat tumpuan orang ramai.

Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi.

Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.

Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.

MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.
-TMI


Ulasan GB

Sekarang ini jawapannya!

Apabila Menteri KDN dan KPN asyik menumpukan hal-hal untuk menahan dan menangkap pemimpin politik dan pelajar, sedangkan penjenayah-penjenayah yang berleluasa tidak dititikberatkan, sekarang terkena batang hidung sendiri.... rumah-rumah kakak Muhyiddin dan adik KPN sendiri dirompak.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila kedua-dua "pegawai tertinggi" sudah lari dari tanggungjwab utama mereka membenteras jenayah tetapi asyik menumpukan perhatian untuk menjaga kkeselamatan UMNO BN, maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di seluruh negara.

Apatah lagi Menteri KDN yang masih bersifat kebudak-budakan dan melayani nafsu samsengnya untuk menghalau rakyat dari negara ini bagi mereka yang tidak bersetuju dengan sistem bilangan kerusi berbanding undi popular sedangkan "majoriti rakyat" (51%) sudahpun membuat pilihan memilih Pakatan Rakyat dan "minoriti rakyat"(47%) memilih BN. Apakah majoriti rakyat itu perlu berhijrah? Minoriti nak halau majoriti? Sudah hilang akalkah menteri itu?



Malaysia Milik Rakyat Malaysia, Mengapa Polis Tak Tangkap Pemimpin UMNO Yang Rasis?


Hentikan perkauman: Malaysia milik rakyat Malaysia bukan milik UMNO-BN

KUALA LUMPUR, 20 MEI: DAP mahu Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan mendesak agar pihak berkuasa bertegas menghentikan semua kenyataan dan tindakan pihak tertentu yang terus membakar sentimen perkauman.

Sentimen perkauman seolah-olah sengaja disemarakkan media kawalan UMNO hingga menjadi rentetan tuduhan emosional Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang melihat kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada PRU ke-13 lalu sebagai ‘tsunami Cina’.

Selaras dengan gagasan 1Malaysia, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dalam kenyataannya meminta agar Perdana Menteri menunjukkan keikhlasan perjuangan beliau dan bertanggungjawab terhadap apa jua tindak-tanduk yang boleh mengancam keharmonian negara.

“Perdana Menteri bercakap mengenai “perpaduan nasional” pada malam keputusan pilihan raya diumumkan tetapi apa yang kami saksikan sekarang ialah “perpaduan nasional yang semakin buruk” dan beliau sendiri seperti tidak mampu mengawalnya.

“Kami dapat lihat selepas itu bagaimana Utusan Malaysia menambah burukkan lagi keadaan dengan menyalahkan masyarakat Cina berikutan keputusan yang berlaku,” ujar Pua.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, tajuk “Apa lagi Cina mahu?” pada muka depan Utusan Malaysia dan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa “Cina tolak salam persahabatan orang Melayu” memburukkan lagi keadaan.

“Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita tidak boleh menerima serangan Utusan Malaysia ke atas CEO AirAsiaX, Azran Othman yang menuduh beliau ‘anti-Melayu’, ‘lupa asal usul’ semata-mata disebabkan kenyataan beliau; “Saya rakyat Malaysia. Saya anti perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan”.

“Kami berasa hairan dan terkejut bagaimana Utusan Malaysia tergamak mencerca mereka yang menentang perkauman,” katanya.

Keadaan bertambah ‘sakit’ apabila media kawalan UMNO dan blogger mereka menyeru untuk memboikot “perniagaan orang Cina”. Ini termasuk pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Apa yang lebih menyedihkan kata Pua adalah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek yang berkata kerajaan tidak menyokong tindakan itu tetapi menyifatkan mereka mempunyai hak untuk membuat seruan boikot itu memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang bebas.

“Kita tak boleh nafikan bahawa sesiapa pun mempunyai hak peribadi, memilih untuk menjadi rasis tetapi menjadi tugas kerajaan menegur dan bertindak terhadap seruan sebegitu kerana ianya memang tidak sihat untuk perpaduan negara.

“Justeru kami di dalam PR-DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran dan waras untuk bersatu menentang semua ajakan, hasutan dan tindak-tanduk yang menyemarakkan api perkauman kerana kami semua adalah rakyat Malaysia,” ujar Pua lagi.-Roketkini

Kenapa pemimpin Umno rasis tidak ditangkap?


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mempersoal penangkapan yang dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan kelmarin.

Ketua Peneranganya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu dilihat sebagai zalim dan berat sebelah terhadap rakyat Malaysia yang bersuara menentang kebobrokan perjalanan pilihan raya di Malaysia.

"Mengapa tiada tindakan diambil kepada akhbar Utusan Malaysia yang jelas dan terang membangkitkan sentimen perkauman terhadap bangsa Cina serta pemimpin-pemimpin Umno yang memusuhi komuniti itu ekoran penolakan komuniti Cina terhadap Barisan Nasional dalam PRU ke 13?

"Sebenarnya meniup api perkauman dalam komuniti berbilang bangsa di negara ini lebih berbahaya dari ucapan bersemangat Adam Adli. Malangnya PDRM hanya nampak kesalahan Adam Adli, sedangkan ucapan bersifat rasis yang boleh mengundang berbalahan kaum yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin negara mereka tidak nampak," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Riduan juga mahu Ketua Polis Negera yang baharu Tan Sri Khalid Abu Bakar memastikan polis bertindak profesional dalam menangani masalah keselamatan negara.

Katanya, Khalid perlu mengembalikan kepercayaan rakyat dengan bertindak betul terhadap isu-isu politik negara dan tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin politik sehingga melanggar etika serta integriti pasukan keselamatan negara.

"Jika PDRM merasakan itu suatu hasutan dan menjejaskan demokrasi berparlimen, ketahuilah ratusan ribu malah berjuta rakyat Malaysia juga menyatakan perkara yang sama.

"Menangkap seorang Adam Adli tidak akan menghentikan kemarahan rakyat terhadap ‘perlanggaran demokrasi’ oleh SPR. Tangkaplah Adam Adli hari ini, kerana esok akan bangkit ratusan ribu lagi Adam Adli," katanya.