13 Dis 2009

Karpal Desak Peguam Negara Serah Fiat Dakwa VK Lingam

Peguam terkenal negara, Karpal Singh mendesak Jabatan Peguam Negara menyerahkan sijil perintah untuk memberi kuasa kepadanya mendakwa VK Lingam mewakili pihak kerajaan.

Peguam yang mempunyai syarikat guaman sendiri ini juga mendakwa kerajaan telah menghina Raja kerana gagal mengambil tindakan terhadap Lingam meskipun Suruhajaya Siasatan DiRaja mencadangkan ia perlu dilakukan.

Karpal berkata, selepas sebulan beliau menerima cabaran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz untuk mendakwa Lingam, namun sehingga kini Jabatan Peguam Negara belum meyerahkan sebarang sijil perintah kepadanya.

“Nazri Aziz dan Peguam Negara harus menentukan saya dapat sijil itu. Dalam fikiran saya ada beberapa kesalahan yang dilakukan VK Lingam semuanya dibuktikan dalam pita video yang disiarkan kepada umum,"katanya.

Sehubungan itu, Karpal memberi tempoh tujuh hari kepada kedua-dua pihak untuk menyerakah sijil berkenaan.

“Saya memberi seminggu untuk sijil itu dikeluarkan. Dan saya akan berjumpa dengan Peguam Negara untuk memberi sebab-sebab tertentu untuk ia dikeluarkan kepada saya,” katanya.

Terdahulu, Karpal bulan lalu menerima cabaran Nazri supaya beliau mewakili pihak kerajaan mendakwa Lingam dan Nazri akan menasihati Peguam Negara supaya mengeluarkan sijil perintah bagi membolehkan Karpal berbuat demikian.

Peguam Datuk V.K. Lingam dikaitkan dengan skandal melobi dan mempengaruhi urusan pelantikan hakim-hakim setelah klip video perbualan telefon beliau tersebar.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga mengingatkan bahawa Nazri pernah berjanji untuk menasihati Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail untuk mengeluarkan sijil berkenaan. -TVS



Manikavasagam Cabar Ahmad Said Jawab Pemberian Kontrak Uniform SPRM

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang didakwa memberi kontrak uniform agensi itu tanpa memalui tender terbuka.

Katanya, kontrak pembekalan peralatan pakaian yang bernilai 7.5 juta ringgit itu diberikan kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Manikavasagam berkata, berdasarkan maklumat carian syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat ini hanya berdaftar sebagai pembuat Medal serta kraftangan berasaskan logam, diberi kontrak secara rundingan terus.

“Dato Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan selaku ketua SPRM atau sebelum dikenali sebagai BPR telah memberi satu kontrak pembekalan Head to Toe baju sejumlah nilai hampir 7.5 juta untuk 1,000 orang. Selalu SPRM siasat sama polis, siasat sama Ahli Parlimen, sekarang ketua dia buat, siapa mahu siasat? Saya pun tidak tahu, hari ini saya buat laporan polis, saya ingat menyalah guna kuasa ini, adakah polis mempunyai kuasa tangkap atau siasat ini ketua?”, katanya yang ditemui Tv Selangor.

Beliau bercakap kepada pemberita sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Klang pagi tadi.

Manikavasagam turut mempertikaikan tindakan berdiam diri Kementerian Kewangan yang mengecualikan pemberian kontrak ini melalui tender terbuka kerana seolah-olah menghalalkan pemberian kontrak secara rundingan terus.

Katanya, mengikut prosedur pembekalan kerajaan, mana-mana pembekalan melebihi 200 ribu ringgit hendaklah melalui proses tender terbuka di bawah Kementerian Kewangan.

Beliau turut mempersoalkan kenaikan lebih 150 peratus harga peralatan yang dibekalkan syarikat itu berdanding harga semasa melalui tender terbuka.

“Masa dulu BPR dia tukar kepada MACC, uniform, beg, tali pinggang, semua ada, jadi satu tali pinggang harga dia markup 150 peratus”, jelasnya.

Ekoran itu, Manikavasagam mencabar Ahmad Said yang akan meletakkan jawatan pada 31 Disember ini untuk menjelaskan mengenai dakwaan berkenaan.

“Jadi punca Ahmad Said nak letak jawatan dua saja, pertama isu Teoh tekanan dia yang meninggal, dan kedua ialah isu ini kontrak ini saya mahu sebelum beliau letak jawatan, bagi tahu saya cabar beliau jawab hari ini saya buat laporan polis ini dan Teoh bagi tahu dalam surat khabar isu Teoh bukan besar, isu Teoh adalah besar. Awak tangkap, awak bawa dia, awak campak mati, itu bukan besar kah?”, tambahnya lagi. - NIZAM (TVS)



Nazri Perlu Minta Maaf Kepada Pemandu Teksi - Karpal

Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang disifatkannya sebagai kurang ajar.

Karpal berkata, Nazri perlu meminta maaf secara terbuka kepada pemandu-pemandu teksi secara keseluruhannya kerana kata-kata beliau terlalu biadap dan seolah-olah menindas rakyat yang terdiri daripada kelas bawahan.

Malah ujarnya, sebagai seorang menteri, Nazri haruslah bertindak bijak dan lebih spesifik terhadap siapakah pemandu teksi yang dimaksudkan gagal memberikan perkhidmatan dengan baik.

"Antara perkataan seperti dalam bahasa Inggeris seperti yang dilaporkan dalam Star, their do the bad drive texi drivers was worse then toilet. Perkataan-perkataan seperti itu, menunjukkan Nazri Aziz kujang ajar.Adalah satu keperluan untuk Nazri Aziz minta maaf kepada semua pemandu teksi kerana tidak menentukan siapa yang melakukan, iaitu over charging dan pelbagai eligasi dibuat oleh dia".

"Dia seorang menteri, dia boleh mendapat laporan menunjukkan siapa pemandu-pemandu teksi yang melakukan perkara ini. Dia tidak ada hak untuk membuat lebih dari satu pertuduhan eligasi kepada pemandu-pemandu teksi" ujar Karpal.

Nazri dalam laporan akhbar berbahasa Inggeris, The Star Jumaat lalu dilaporkan berkata perkhidmatan teksi lebih teruk dari tandas.

Dalam laporan bertarikh 9 Disember lalu, Nazri dikatakan telah mendakwa kajian ke atas pelancong yang datang ke negara ini mendapati perkara pertama yang tidak mereka sukai ialah perkidmatan teksi dan yang kedua adalah keadaan tandas di negara ini.

Namun Nazri berpendirian perkhidmatan teksi adalah lebih teruk berbanding tandas.

Sebelum ini Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia (Pupteksm) mendesak Nazri melepaskan portfolio Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ekoran kenyataan beliau yang didakwa mencemarkan imej pemandu teksi. -TVS



Kaji Semula Struktur Pengeluaran Tenaga Untuk Elak Kenaikan Tarif Eletrik

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tarif elektrik yang mungkin dinaikkan pada awal tahun hadapan boleh diatasi sekiranya kos pengeluaran tenaga boleh dijimatkan.

Ujarnya, kerajaan seharusnya mengatur satu langkah bijak untuk mengatasi kenaikan tarif elektrik kerana ia hanya akan membebankan rakyat sedangkan kualiti elektrik masih ditakuk lama.

“Saya rasa harga tenaga ini dilihatkan kepada kos tetapi saya nampak, kalau betul-betul direncanakan kos pengeluaran tenaga boleh direndahkan. Oleh itu kalau kos boleh direndahkan, sudah tentu harga tidak perlu dinaikkan” ujar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Terdahulu pada minggu lalu heboh diperkatakan tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari tahun depan sekiranya diluluskan oleh kabinet.

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, tarif elektrik dinilai setiap enam bulan dan kenaikannya bergantung kepada harga minyak.

Namun menurut Khalid, kerajaan boleh menyelesaikan masalah kenaikan tarif elektrik ini dengan menyemak semula kontrak-kontrak lama dengan syarikat Tenaga Penjana Bebas (IPP).

Katanya, kontrak kepada sembilan IPP ini membebankan TNB kerana TNB dipaksa membeli tenaga dari IPP dengan harga yang ditentukan oleh syarikat konsesi berkenaan.

“Walau bagaimanapun apa yang menyebabkan kos tenaga dinaikkan, ialah kontrak-kontrak lama yang telah dilakukan berasaskan dengan value added pricing, maknanya harga-harga ditambah dari segi kos. Bukannya dari segi usaha untuk menjimatkan kos”.

Menurut Khalid, tindakan menaikan tariff elektrik bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik sebaliknya ia boleh doatasi dengan mengkaji semula struktur pengeluaran tenaga.

Khalid juga mencadangkan, sekiranya TNB masih perlu membeli sumber tenaga daripada IPP, apa yang perlu dilakukan ialah, harga haruslah ditentukan oleh TNB dan bukannya dari syarikat konsesi berkenaan.

Katanya, TNB juga perlu menentukan IPP dapat memberikan tenaga yang lebih efisyen.

“Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, bukanlah dengan menaikkan harga, tetapi mengkaji bagaimana struktur pengeluaran tenaga ini dapat diolah supaya apa yang dianggap economy soft skill yang mana akhirnya kos dapat direndahkan dan harga boleh dikurangkan”.

“Tetapi menentukan mereka mengeluarkan tenaga lebih efisyen daripada Tenaga Nasional. Jadi dari dasar kecekapan dan daya saing barulah kita dapat kos yang sebenar” tambahnya lagi. -TVS



Pandangan Tariq Ramadan Dipersetujui Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat

Kehadiran pemikir reformis Islam, Tariq Ramadan ke rumah ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dalam sebuah siri pembincangan intelek mengenai Islam, mendapat sambutan beberapa pemimpin politik tanah air.

Antara yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang begitu menyenangi pandangan yang dilemparkan oleh pemikir Islam berdarah Mesir-Swiss itu.

“Saya bersama rakan-rakan berterima kasih kepada kerana dapat mengikuti satu perbincangan intelektual Islam seorang pemikir Islam walaupun diperdebatkan tetapi mempunyai makna yang besar kepada ummah”.

Menurut Khalid, pandangan Ramadan yang lebih bersifat global dalam membawa Islam itu sebagai sebuah agama yang bersifat universal, begitu bersesuaian sekali dipelajari sama ada untuk pembangunan negara Islam pada hari ini atau akan datang.

“Yang telah memperkenalkan kita bagaimana pemikiran untuk masyarakat Islam ke abad 21. Pada beliau, sekarang bukan hanya untuk kita membincangkan isu-isu tentang fiqh ataupun syariah tetapi ia juga perlu melihat ia sebagai satu visi untuk perkembangan Islam untuk membawa Islam ke satu taraf yang mana ianya telah dapat mensesuaikan dalam abad yang akan datang”.

Malah menurut Khalid, sepanjang tempoh satu jam mendengar pandangan Ramadan, beliau dapat membuat satu kesimpulan, sesuatu yang kita pelajari pada zaman pemerintah ulung Islam dahulu tidak seharusnya ditiru bulat-bulat sebaliknya haruslah melalui proses adaptasi bagi mengikut kesesuaian masa dan zaman.

“Selalunya apabila perbincangan mengenai syariah, kita asyik memikirkan apa yang telah dilakukan oleh pemikir-pemikir atau perkara-perkara terdahulu, tapi sekarang, kita mesti membuat satu adaptasi yang mana Islam ini lebih luas daripada itu. Jadi fiqah ini mesti dihubungkan dengan maqasid al-syariah maknanya asal-usul mengapa undang-undang ini dilakukan”.

Sementara itu, ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin juga mempunyai pandangan yang sama dengan Khalid.

Ujarnya, Ramadan memberikan gambaran yang cukup jelas tentang apa itu negara Islam tanpa memberikan tumpuan yang terlalu dekat kepada hukum-hakam sebaliknya turut meneliti nilai sesuatu perkara itu terlebih dahulu.

“Yang memberikan kita gambaran lebih global tentang Islam, ia tidak mengasingkan tetapi ia global khususnya bagi kita yang hendak memperjuangkan Islam, kita tercari-cari Islam jenis apa? Kita selalu disogok dengan soalan modul apa kita hendak pakai? Islam jenis apa? Dan ini yang diberikan oleh Tariq Ramadan bahawa Islam ini ia ada nilainya. Value yang kita perlu laksanakan bukan menumpu sangat terhadap soal hukum-hakam tetapi soal nilai” katanya. -TVS



Nostalgia : Wawancara DETIK Bersama "mahazalim"

Semua tuan web (webmaster) hompej yang menyokong Anwar atau yang anti-kerajaan menyembunyikan identiti dan operasi mereka. Kebanyakan laman ini ditempatkan di pelayan di luar negara (termasuk cermin web); manakala e-mel yang percuma dijadikan alat komunikasi interaktif dua hala antara pengunjung dengan tuan web.

Laman web reformasi yang paling popular, Laman Reformasi atau dikenali juga "mahazalim" - kerana alamat URL-nya, barangkali - berjaya dikesan dan tuan webnya ditemubual oleh Editor DETIK pada 2 Januari lalu. Ikutilah pandangan "mahazalim" melalui wawancara eksklusif di bawah:

DETIK: Apakah anda rasa selamat merekabentuk laman-laman web ini? Atau, anda selalu berhati-hati agar tidak dikesan oleh SB, pihak keselamatan negara?

Membina laman web yang ada kaitannya dengan kes Datok Seri Anwar memang mempunyai risiko yang tinggi kerana dikejar dengan rasa takut sekiranya identiti kami diketahui. Apatah lagi, selama ini Laman Reformasi telah banyak mendedahkan "x-files" di dalam usaha kami mendedahkan konspirasi yang berlaku. Kami menyedari bahawa pembikinan laman web kami dimantau oleh pihak berkuasa, namun apalah ertinya sebuah perjuangan seperti membina sebuah rumah ditepi pantai jika takut menghadapi gelombang!

Apakah yang anda ingin capai (matlamat) apabila anda membangunkan laman web ini?

Matlamat utama kami ialah untuk mendedahkan konspirasi yang berlaku dan selama ini rakyat nampaknya tidak berupaya untuk menentang kezalimanPM. Kami yang memiliki ilmu I.T. ini merasa terpanggil dan berkewajipan untuk menggunakan internet sebagai medan baru perjuangan, untuk menentang media massa yang bersekongkol dengan PM di dalam menjayakan konspirasi mereka, apatah lagi mereka selama ini menginjak-injak falsafah kebebasan rakyat untuk bersuara. Ringkasnya perjuangan kami ialah mengembalikan hak pemerintahan kepada Al-Khalik (Maha Pencipta) supaya negara diperintah dengan hukum-hukum luhur yang terpancarmelalui Al-Quran dan hadis. Selagi ia tidak tercapai, selagi itu perjuangan ini akan diteruskan.

Apakah komen anda terhadap kebebasan media/maklumat di Malaysia?

Baik akhbar mahupun siaran TV/Radio utama, kesemuanya telah dikuasai oleh kerajaan (PM)yang merupakan jarum halus yang masuk ke dalam benak rakyat di dalam usaha mereka menyebarkan maklumat palsu untuk menjayakan konspirasi mereka. Maruah mereka kini berada di dalam tong najis layaknya kerana membiarkan mereka dilacuri untuk mengembangkan satu sistem ala Ataturk, yang jauh dari nilai-nilai kebenaran dan taqwa.

Apakah komen anda terhadap Dr. Mahathir & gaya kepimpinannya?

Diakui atau tidak, Mahathir sebenarnya adalah seorang Diktator zaman baru. Tiada siapa yang boleh membantah atau menentang pendapatnya dan tiada siapa yang selamat jika menjadi Timbalannya. Beliau menjadikan agama sebagai senda-gurau dan mainan bibir tanpa takut serta jauh dari meletakkan agama sebagai dasar pemerintahannya. Malah di beberapa ketika, agama diperalat dan diletakkan sama dan sebaris dengan isme-isme ciptaan manusia dan akibatnya, negara diperintah dengan nafas sekularisma yang tebal yang jauh dari barakah dan rahmat dari langit.

6. Mungkinkah Anwar dibebaskan (boleh menang kesnya)? Kenapa?

Sukar untuk Anwar dibebaskan kerana Mahathir masih hidup dan oleh itu konspirasinya akan terus berjalan. Rangkaian (networking) di antaraJPM, Polis, Peguam Negara, Hakim dan Media Massa terlalu kukuh sehingga rakyat kadang-kala terpukau dengan sandiwara semasa sehingga kelihatan seolah-olah kebatilan menjadi benar dan kebenaran menjadi menjadisalah. Mahathir adalah sebenarnya seorang munafik di peringkat yang paling tinggi (hypocrite at the highest level).

Apakah yang rakyat patut lakukan untuk menjatuhkan Mahathir?

Pertama, wajar Mahathir di"ajar" supaya menerima hakikat bahawa beliau tidak boleh "menipu" selama-lamanya. Rakyat perlu jatuhkan beliau dengan apa cara sekalipun asalkan dibenarkan oleh syarak. Samada melalui pilihanratya atau desakan reformasi, beliau mesti diturunkan segera agar kesejahteraan rakyat di dalam segala seginya dapat dimartabatkan semula. Kedua, rakyat perlu menadah kelangit, memohon dan merayu kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam agar Mahathir segera diambil atau dicabut pemerintahan negara darinya supaya rakyat terselamat dari cengkamannya. Hanya Dia kini yang boleh menolong dan sesungguhnya Dia memang sebaik-baik Penolong. wassalam.

Wawancara ini dipetik dari majalah DETIK (Februari, 1999) di halaman 54 dan 55


SURAT DARI MAHAZALIM

Bersua kembali

Peminat Laman Reformasi tercinta,

Semenjak tiga hari yang lepas, tiada sebarang pengemaskinian dilakukan ke atas laman web Laman Reformasi dan sepastinya menimbulkan pelbagai persoalan di hati semua peminat laman ini.

Saya juga menerima beratus-ratus email khusus menanyakan akan hal tersebut, dan tiba-tiba hati ini menjadi sebak serta merasakan berkewajipan untuk menerangkan hal yang sebenar.

Benar, semenjak Laman Reformasi ini dibina pada dua bulan yang lalu, ia tidak putus-putus menerima kunjungan dari pengunjung-pengunjung di dalam negeri manhupun di luar negeri sehingga mencecah angka 5 juta pada penghujung bulan November lalu.

Laman Reformasi menjadi laman yang yang amat digemari dan telah dijadikan laman web utama pada browser-browser di makmal-makmal universiti. Serama lebih dari 100, 000 pengunjung Laman Reformasi sehari dan jika cuma satu peratus sahaja dari pengunjung ini menghantar email kepada mahazalim, ini bererti mahazalim menerima 1,000 pucuk email dan sepastinya tidak mencukupi kantong surat yang berada di hotmail.

Dan sdra/i dapat membayangkan isi kandungan yang diterima oleh mahazalim, tentunya ada yang memuji dan ada juga email yang tak diundang dari pihak di sebelah sana.

Pernah beberapa ketika Laman Reformasi cuba diceroboh. Mahazalim menerima jawaban "password" dari Hotmail menandakan ada pihak yang telah cuba menerjah masuk ke kantong surat Mahazalim dan menekan butang "forgot password". Sehinggakan ada pihak yang menghantar surat/email kepada Tripod supaya membuang terus Laman Reformasi. Mahazalim telah menerima surat dari Tripod dan telah meyakinkan Tripod supaya Laman Reformasi diteruskan dan telah berjaya mendapat tambahan ruang.

Namun itu semua adalah cabaran yang terus memasyurkan dan menguatkan iltizam pembina Laman Reformasi. Dan perlu diketahui Laman Reformasi dibina hasil dari tenaga "seorang" insan yang selama ini berhempas pulas meneruskan agenda perjuangan reformasi melalui alam siber yang kadang-kadang diundang ketakutan dan keresahan apabila menerima kunjungan dari mereka yang tidak dikenali.

Bukan semua email dan tetamu perlu dilayan. Untuk, makluman ada email sehingga mengajak kepada membuat "dating" dengan mahazalim sedangkan surat itu diketahui adalah SB yang menyamar sebagai penyundal!

Tiada sesiapa mengenal mahazalim sekalipun rakan karibnya.

Dan oleh kerana Mahazalim berbulan-bulan bersendirian menulis, menyunting, menterjemah dan menyusun laman web ini setiap hari, maka pada malam tiga hari yang lepas mahazalim terpaksa dipapah ke klinik untuk menerima rawatan. Kesihatan Mahazalim terganggu kerana terlalu lama menghadap komputer dan terlalu lama berada di bilik sejuk! Itulah berita yang kurang enak ditulis namun terpaksa diluahkan agar pengunjung Laman Reformasi tidak menjadi hampa.

Saya akur dengan sunnatullah, bahawa manusia ini bersifat lemah, rupa-rupanya semangat yang waja juga tidak mencukupi jika keperluan jasmaniah tidak diindahkan. Muga Allah mengembalikan kesihatan saya dan mengurniakan kekuatan untuk meneruskan agenda perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Dan internet ini adalah medan terkini pertarungan.

Meskipun begitu, perjuangan ini belum berakhir. InsyaAllah, saya akan terus membina laman web ini dengan kadar yang termampu dan memohon agar ada yang bersimpati terutama dari kalangan webmaster yang lain untuk membantu meneruskan Laman Reformasi ini. -petikan dari lamanweb mahazalim.



KHAS buat ~mahazalim.

Memang hilang sedikit kemeriahan reformasi tanpa pengemas-kinian Laman Reformasi oleh saudara/ri ~mahazalim.

Saya berdoa ~mahazalim selamat dan akan dapat meneruskan perjuangan yang ikhlas dan murni ini. Perjuangan saudara bukan calang-calang perjuangan. Cuba bayangkan sebuah laman persendirian tempatan berupaya melepasi 6 juta kunjungan dalam jangka waktu sesingkat ini! Sebetulnya ~mahazalim telah mencipta sebuah rekod tanahair (ada can masuk Malaysian Book of Records tak?) Malah Laman Reformasi cukup masyhur sehingga turut mendapat liputan berita antarabangsa!

Dan semua ini dicapai dan dikecap sedangkan identiti saudara/ri langsung tidak dikenali/anonymous! ~mahazalim mungkin seorang abang, kakak, adik, pakcik ataupun makcik(?) yang berselisih dengan kita sewaktu berjalan-jalan tadi. Cuba bayangkan perasaan ~mahazalim ketika itu, mungkin terdetik di dalam hatinya, "kalau kau nak tahu, akulah Tuan Laman Reformasi!"

Sememangnya naluri manusia begitu. Ingin dihargai akan kejayaan. Namun saya dapat rasakan beliau bukanlah pengemis publisiti murahan. Berbeza dengan ahli politik kita yang ceramahnya hanya dihadiri dua-tiga kerat manusia secara terpaksa, tetapi diulang tayang berkali-kali di kaca tv semata-mata untuk memuaskan nafsu politik masing-masing; bergaji besar, bermotokar besar, beristana besar, berperut besar,, ~mahazalim sekadar yang kecil-kecilan, selera makan pun mengecil sehingga terpaksa mendapat rawatan perubatan tempoh hari. Namun percayalah, pengaruh anda jauh melebihi mereka itu semua, anda tidak perlu menjaja agenda ke pelusuk negara. Bahkan rakyat yang mengerumuni Laman anda tanpa dipaksa. Dan semua ini tanpa ganjaran material.

Sebagai akhir bicara, saya berdoa ~mahazalim akan dapat mengatasi kesulitan yang sedang dihadapi. Ingatlah, sesungguhnya kita semua berada dalam peliharaan Allah SWT.

(Saya berharap satu hari nanti, setelah tamat mimpi ini, tergari sudah tangan-tangan para pengkonspirasi, kita semua akan mengenali juga siapa sebenarnya... ~mahazalim.)

dari Red Dragon.


Jawapanku:

Surat di atas diterima dan dibaca dengan cucuran airmata oleh saya… sekembali menghadap komputer kecil saya bersebelahan dengan katil.

Benar, Laman Reformasi kehilangan sengatnya, Laman Reformasi telah tidak bertuan sejak empat hari yang lalu. Laman Reformasi tiba-tiba telah menghampakan pengunjung-pengunjungnya tanpa sebarang pengemaskinian.

Itu sebabnya tiba-tiba airmata saya mengalir, kerana rasa bersalah membiarkan pengunjung tertanya-tanya: apa dah jadi dengan Laman Reformasi. Air mata terus mengalir dengan ulasan Red Dragon di atas yang menyatakan bahawa pengunjung LR sebenarnya tidak mengenali siapa sebenarnya ~mahazalim.

Selepas ~mahazalim mengeluarkan kenyataan pertama tentang kesihatan ~mahazalim yang terganggu sedikit hari lalu, selain dari surat Red Dragon di atas, ada berpuluh-puluh pucuk email lain yang tiba ke kantong surat ~mahazalim. Satu demi satu dibaca dan rasa terharu menyelubungi jiwa ini, dan menyedari betapa di luar sana, begitu ramai yang simpati akan diri kerdil ini sehingga ada yang bangun bersembahyang hajat agar ~mahazalim segera pulih.

Demikian hebat sokongan yang diberikan dan saya sedar bahawa sokongan itu bukan semata-mata kerana Laman Reformasi itu membawa kelainan laporan atau diri ~mahazalim yang terlalu masyur. Tetapi sokongan itu adalah sokongan terhadap missi yang ~mahazalim perjuangkan, "menegakkan kebenaran dan keadilan".

Mungkin tiada siapa yang mengenali ~mahazalim, biarlah, namun di sisi Tuhan, saya menyedari bahawa diri saya hanyalah seorang hamba kerdil yang cuba berjuang dengan cara tersendiri…. Biar diri ini tidak dikenali, asalkan perjuangan ini diterima dan diakui …. Dan muga Tuhan merestui serta menerima amal kecil ini…

Ya, ~mahazalim dinasihatkan oleh seorang doktor pakar supaya berehat lagi sehingga benar-benar sembuh. Hari itu, tatkala cuba berjogging, saya terjatuh lagi, akibat terlalu berat kaki ini untuk melangkah dan telah terus di bawa ke klinik.

Demi Allah, perjuangan ini tidak dibayar dan diupah oleh sesiapa, meskipun ada juga hamba yang bersimpati untuk menghulurkan bantuan material.

Ibu pula menasihatkan saya supaya berehat dan dia kurang faham tentang sikapku yang dua-tiga bulan lalu asyik menghadap komputer. Sekali-kali terjengah juga dia melihat Laman Reformasi yang saya kendalikan… dan katanya agar saya berhenti dulu….

Lantas saya teringat akan kata-kata nabi tatkala ayahnya menyuruh beliau berhenti dari perjuangan menegakkan Islam di kalangan Quraisy. "..Sekalipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku untuk aku berhenti di dalam perjuangan ini.. sekali-kali tidak!…"

Itulah ajaran yang telah saya terima dan itulah sikap saya sekalipun menerima ujian Tuhan ini… dan hanya airmata mengalir kerana saya menyedari siapa diri saya ini di sisiNya!

InsyaAllah, saya akan menyerahkan tugas pengendalian LR ini kepada seorang sahabat sementara menunggu kesihatan saya benar-benar pulih. Saya akan tetap menulis untuk laman web ini dengan kadar yang termampu.

Teruskan sokongan saudara/i dan marilah kita berdoa agar perjuangan suci menegakkan haq dan keadilan ini akan termakbul jua akhirnya serta mereka yang melaksanakan konspirasi jahat itu akan dilemparkan ke lembah yang paling hina…

Untuk Red Dragon, maaf kerana menyiarkan suratmu di atas tanpa izinmu.

Wassalam.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

Ulasan GB Kini

Kini, Lutfi terpaksa melalui satu zaman kritikal di dalam hidupnya, sama yang pernah GB harungi satu ketika dahulu. Bezanya waktu itu, GB menanggung sakit sendirian. Apakah ini meungkin dilalui Lutfi juga. Tidak, usah biarkan seorang amilin ini menderita. Sekalipun, GB pernah merasa terlalu "manis"nya perjuangan sekalipun tiada manusia sekeliling membantu. Kerana pada ketika itu Allah menguji kita dan menguji hamba-hambaNya yang lain juga.

Mengikut laporan terkini dari SongkokPutih:

"Ahmad Lutfi belum lagi membuat pembedahan yang sepatutnya dilakukan pada 11/12/200. Atas sebab - sebab tertentu pembedahan tersebut terpaksa ditangguh. Beliau dijangka akan menjalani pembedahan pada Isnin 14/12/09, Teruskan berdoakan keselamatan beliau..."

Dari seorang sahabat, kudoakan Allah segera menyembuhkan Lutfi. Marilah bersama untuk kita hulurkan bantuan. Sumbangan boleh dilakukan terus melalui akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman iaitu Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi bernombor 162179670906.

1Petronas Akan Terbalik Dan Pecah Perut?

Tiga orang, termasuk dua beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung dalam tragedi ngeri apabila sebuah lori tangki minyak Petronas meletup setelah terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu berlaku ketika lori tangki dipandu Shamsulkahar Bahudin, 36, dalam perjalanan dari Port Dickson untuk menghantar bekalan minyak di Kuala Klawang, dikatakan menghadapi masalah brek di Kilometer 13, ketika menuruni jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga.

Pemandu lori, Shamsulkahar, yang berasal dari Melaka, sempat keluar daripada lori dan mati di tempat kejadian, manakala dua beradik yang rentung, Mohd Hafiz Hanapiah, 7, dan kakaknya, Anisah, 14.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusoff berkata, semasa melalui satu selekoh di Kilometer 18, lori tangki itu merempuh sebuah kereta Mercedes Benz yang diletakkan di tepi jalan sebelum terbabas ke bawah dan merempuh sebuah rumah kampung yang didiami ibu tunggal dan dua anaknya.

Lori itu terbalik lalu terbakar, tetapi Shamsulkahar sempat keluar dari kenderaan itu, namun dia menghembuskan nafas terakhir di tepi rumah itu dengan kesan terbakar pinggang ke bawah.

Sementara itu, Mohd Hafiz dan Anisah yang dipercayai sedang tidur ketika kejadian, tercampak akibat rempuhan kuat ke dinding bilik mereka.

Ketua Balai Bomba Jelebu, Adzhar Che Onn berkata, mayat Shamsulkahar ditemui pada jam 10 pagi, manakala mayat, Mohd Hafiz dan Anisah pula ditemui rentung bawah timbunan batu kira-kira 20 minit kemudian.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, lori terbabit meletup dua hingga tiga kali dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa satu jam setengah untuk memadamkan api.

Adzhar berkata, ini kemalangan kedua membabitkan rumah sama kerana kira-kira lima bulan lalu, apabila sebuah lori membawa kepingan getah terbabas lalu merempuh bahagian dapur rumah itu, tetapi tiada yang cedera.

Rumah milik Mariani Cembeng, 45, itu runtuh sepenuhnya, tetapi menurut penduduk kampung, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana menghadiri kursus keusahawanan di bandar Kuala Klawang.

Suami Mariani meninggal dunia dua tahun lalu. Dua lagi anaknya yang sudah dewasa tidak tinggal di situ, seorang bekerja di Kuala Lumpur dan seorang lagi menuntut di sebuah politeknik dekat Port Dickson.

Selepas kejadian, seorang lelaki berusia awal 20-an dipercayai salah seorang abang kepada adik beradik yang meninggal itu dilihat 'mengamuk' dan terpaksa ditenteramkan penduduk kampung serta rakannya yang lain.

Seorang jiran kepada keluarga malang itu, Azuman Abu Bakar, 35, ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di rumah apabila terdengar jeritan ibunya.

“Rumah Maria terbakar, rumah Maria terbakar. Api menjulang setinggi pokok kelapa dan ada letupan menyebabkan orang kampung tidak dapat menghampiri rumah berkenaan," katanya.

Sebelum ini pada awal tahun. sebuah lori tangki membawa bahan petroleum milik Petronas juga telah terlibat dengan satu kemalangan dengan sebuah kereta, di persimpangan Alor Tempoyak, Dungun pada 12.30 petang 17 hb 1, 2009.

Lori tangki berkenaan terbalik namun tidak meletuo seperti kejadin yang berlaku di Kuala Klawang kelmarin. Walau bagaimanapun tiada kehilangan nyawa berlaku di dalam kejadian yang mengerikan itu.


Petronas Dagangan sedang menyiasat insiden di mana sebuah lori tangki minyak merempuh sebuah rumah di Batu 18, Kampung Ulu Klawang di Jelebu, Negeri Sembilan sehingga mengorbankan pemandunya dan dua beradik kirakira 8.40 pagi tadi.

Menurut kenyataan Petronas Dagangan, pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan serta operator flit pengangkutan yang membawa produk untuknya berada di tempat kejadian untuk menyiasat punca insiden.

"Petronas Dagangan melahirkan rasa kesal dan takziah dan akan memberi segala bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa insiden.

"Syarikat akan mengambil tindakan yang perlu terhadap operator pengangkutan yang terbabit dalam kejadian ini," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian itu, lori tangki berkenaan yang sedang membawa 21,000 litre petrol dan 10,000 liter diesel terbabas dan merempuh sebuah rumah lalu terbakar.

Pemandu lori tersebut mati dalam kejadian itu termasuk dua beradik yang sedang berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian.-BERNAMA


Ulasan GB

Petunjuk sudah ada. Sebelum ini, Petronas Dagangan telah mencatatkan penyusutan keuntuntungan kepada RM823.188 juta berbanding RM849.700 juta dalam tempoh suku kedua berakhir 30 September tahun ini berbanding keuntungan sebelum cukai tahun lalu.

GB dapat merasakan bahawa berita "buruk" untuk Petronas akan terus terhidang di dada media selagi Petronas gagal menunaikan kewajipannya membayar royalti kepada pihak yang sepatutnya menerimanya.

1Petronas juga bakal terbalik dan pecah perut?


Hanya 26 Orang Sertai Demo Bantah Kenyataan Nga Kor Meng

Kumpulan yang berhimpun membantah pertikaian Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng berhubung peruntukan dana pembinaan masjid di sini semalam tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 26 orang, harakahdaily dipetik.

Mereka dipercayai mewakili tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sebuah parti politik bertindak membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar.

Mereka sebelum itu bertindak membut pengumuman dengan pembesar suara kepada jemaah yang hadir menunaikan fardhu Jumaat bagaimanapun ia masih gagal menarik penyertaan jemaah.

Tiga NGO itu ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) manakala parti politik yang dimasudkan ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Apa yang ingin dibawa oleh pihak penganjur itu tidak mendapat perhatian jemaah yang dilihat tidak berminat menyertai bantahan tersebut kerana rata-rata mereka megetahui perkara sebenar berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini timbul kontraversi apabila Nga Kor Meng berucap di parlimen berikutan kegagalankerajaan memberi dana kepada agama lain berbanding 611 buah masjid seluruh negara dalam tempoh tahun 2000 sehingga 2008.

Sehari selepas itu, Nga Kor Meng menafikan kenyataanya bermatlamat menimbulkan ketidak puasan hati masyarakat Islam sebaliknya sekadar merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mempertuntukan RM748.26 juta manakala kepada agama lain sekadar RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka.

"Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam," kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan kepada Malaysiakini.

"Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam."

Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan seorang menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Amidi, yang kini memangku jawatan presiden Abim, berkata kerajaan seharusnya mengikut contoh Rasulullah yang bersikap adil kepada penganut agama lain sewaktu memimpin di Madinah.

"Jadi selaku kerajaan yang memerintah, kerajaan juga seharusnya mencontohi Rasulullah SAW, terutama dari sudut peruntukan kepada bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, ABIM menyokong jika kerajaan juga memberi perhatian kepada kesejahteraan agama lain memandangkan masalah sosial yang semakin banyak berlaku.

Disoal sama ada kerajaan harus menambah peruntukan bukan Islam, Amidi berkata kerajaan bukan sahaja harus menambahkan peruntukan tetapi juga perhatian untuk melahirkan masyarakat beragama di Malaysia.

Bagaimanapun pembahagian itu juga harus menepati lunas Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Maka satu masyarakat yang beragama harus menjadi satu ciri kepada rakyat Malaysia," katanya.

"Ia juga membolehkan masyarakat agama lain mempraktikan ajaran agama mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak."




12 Dis 2009

Kerajaan Pusat Berat Sebelah Sekat Peruntukan Selangor

Kerajaan Persekutuan melanggari prinsip federalisma apabila gagal menyalurkan peruntukan sewajarnya kepada Kerajaan Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang mementingkan fahaman politik menyebabkan banyak projek pembangunan di Selangor terbantut.

Ini berikutan Umno-BN mewujudkan pejabat pembangunan negeri Selangor di setiap daerah dan menyalurkan peruntukan terus tanpa mengetahui agenda pembangunan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri kurang berpuas hati terhadap jumlah pemberian Kerajaan Persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober 2009, yang hanya berjumlah 408.26 juta ringgit padahal kerajaan persekutuan memperolehi pendapatan sebanyak 16 bilion ringgit dari kerajaan dan rakyat Selangor”, kata Tan Sri Khalid.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap pada Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Walaupun peruntukan disekat, namun ia tidak menghalang kerajaan negeri untuk meneruskan usaha Merakyatkan Ekonomi Selangor bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Biarpun Selangor tidak terlepas daripada kesan kegawatan ekonomi global, namun jumlah pelaburan tempatan dan antarabangsa tetap kukuh berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Pada Jun 2008, kerajaan negeri Selangor melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang bernilai 50 bilion ringgit ekoran itu sebanyak 6 projek utama dilancarkan yang dijangka dapat merancakkan pembangunan dan ekonomi negeri Selangor di samping menyediakan 150 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor dan Malaysia”, jelasnya lagi. - NIZAM (TVS)



Nga Kor Ming Nafi Pertikai Peruntukan Pembinaan Masjid

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menyanggah tuduhan yang mendakwa beliau mempertikaikan pembinaan masjid berbanding rumah-rumah ibadat agama lain.

Kor Ming berkata soal mempertikaikan tidak berlaku, bahkan beliau amat mengalu-alukan pembinaan masjid digiatkan sebagai benteng moral menghadapi cabaran kesejagatan hari ini.

Namun beliau berpendapat pada masa yang sama, pemerintah BN juga perlu berlaku adil dengan tidak mengenepikan keperluan beragama bagi masyarakat bukan Islam.

“Saya tidak melakukan kesalahan. Yang saya buat adalah, saya bertanya di Parlimen, tentang peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan jawapan diberi oleh menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaakob, ikut jawapan Menteri, kerajaan dari BN, memperuntukan RM 740 juta, untuk membina masjid dan pada masa yang sama, RM 9 juta diberikan kepada agama bukan Islam, iaitu hanya 1.2 peratus". katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

“Apa yang saya katakan adalah, saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memartabatkan Islam dan pada masa yang saya saya memohon kerajaan, memberikan layanan yang lebih adil kepada masyarakat bukan Islam”.

Ujarnya ajaran Islam sendiri menuntut umatnya untuk berlaku adil kepada penganut agama lain dan apa yang dipohon olehnya di dalam sidang Dewan Rakyat itu bukanlah satu kesalahan.

“Oleh kerana, masyarakat bukan Islam khususnya generasi muda, mempunyai masalah gejala sosial seperti maksiat dan lain-lainkan. Jadi semua rakyat, termasuk Islam atau bukan Islam, mesti diberi asuhan dan ajaran agama yang betul” tambahnya lagi.

“Tapi oleh kerana itu,sekarang kena putar belit, sebab itu saya kata saya kena buat laporan polis, saya akan bincang dengan peguam saya, dan jika mahkamah merestui, semua wang pampasan, saya akan derma kepada masjid”.


BTN : Pak Lah Tak Usah Tegakkan Benang Yang Basah

Susulan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mendakwa Biro Tata Negara (BTN) tidak bersifat perkauman.

Bagaimanapun kenyataan itu diselar bekas pengarah BTN, Johari Abdul yang menyifatkan kenyataan Tun Abdullah itu menegakkan benang yang basah.

“Pak Lah mungkin kata ada individu. Ya mungkin ada individu tetapi kalau ada kursus kita, individu itu menyebut dalam kursus kita, individu ini sebahagian dari pensyarah kita, sebahagian daripada fasilitator kita, kita kena ambil tanggungjawablah. Kita katalah kita mengakui dan rombak. Apa yang nak pertahankan? Rakyat semua tahu, tak payah hendaki menegakkan benang yang basahlah!” kata Johari kepada TV Selangor.

Tun Abdullah dalam laporan Berita Harian hari ini berkata, beliau tidak nampak adanya unsur perkauman dalam program anjuran kerajaan itu.

Tun bagaimanapun tidak pula menidakkan individu rasis dalam program berkenaan.

Johari Abdul ketika dihubungi TV Selangor berkata, apapun jua yang dikatakan Tun Abdullah, para peserta dan rakyat yang pernah menyertai kursus BTN lebih mengetahui apa yang berlaku dalam kursus tersebut.

“Pak Lah tidak payah menidakkan lah. Saya ingat sudah beratus ribu atau juta orang yang telah melalui kursus BTN tu…”.

Tambahnya lagi, beliau bersetuju dengan sikap dan pendirian yang ditunjukkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang lebih terbuka dalam mengakui kesilapan pihak kerajaan.

Johari juga menyarankan jika UMNO mahu terus mewujudkan sebuah program rasis, maka mereka boleh mengadakan kursus mereka sendiri tanpa menggunakan duit rakyat.

“BTN harus bertanggungjawab. Bila kita menjemput penceramah dan penceramah itu menggunakan elemen rasis dalam ceramah-ceramah tersebut, dalam kursus-kursus tersebut, makanya pelanggan atau peserta kursus tersebut (beranggapan) orang yang memberikan input ini sebahagian daripada BTN”.

“Saya bersetuju dengan Datuk Nazri Aziz supaya jangan pertahankan. Mengaku sahajalah ada silap dan rombak kan. Itu saya minta. Tetapi kalau dia hendak rasis, dia hendak kata apa, dia hendak gunakan fitnah dan sebagainya, dia boleh buat tetapi buat dalam kursus UMNO lah. Yang UMNO cari duit, buatlah!”. -TVS



MAHAR, Nak Ikut Trend Atau Hadith?

Jumlah hantaran terlalu tinggi sebenarnya yang menjadi bebanan kepada bakal pengantin lelaki dan ia bukan disebabkan kenaikan kadar mas kahwin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom, Bernama melaporkannya.

Beliau juga berpendapat kenaikan kadar mas kahwin itu tidak menjadi faktor mengundang lebih ramai wanita tidak berkahwin atau menjadi anak dara tua.

“Jika dilihat masyarakat sekarang (mereka) lebih terarah untuk penyediaan majlis perkahwinan besar-besaran, kalau boleh semua nak hebat...(dari) kad jemputan sehinggalah ke majlis kenduri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Wanita Perdana 2009 di sini hari ini.

Jamil Khir mengulas langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan kadar baru mas kahwin di negeri itu sebanyak RM300 bermula pada tahun depan berbanding RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak 1978.

Beliau yakin keputusan menaikkan kadar mas kahwin itu dibuat selepas penelitian dan kajian mengenai perkara itu dilaksanakan.

Ulasan GB

GB pernah mengulasnya di SINI.

Soalnya mengapa dipersulitkan orang yang hendak berkahwin secara sah?

Apakah kerana "masyarakat sekarang lebih terarah untuk penyediaan majlis perkahwinan besar-besaran" maka kita perlu mengikut arus trend berkenaan? Bukankah menjadi tanggungjawab pihak yang berpengetahuan ugama termasuk mufti-mufti yang hebat-hebat serta pemimpin-pemimpin pertubuhan Islam untuk mendidik masyarakat supaya tidak mengikut trend pemborosan dan bermegah-megah itu?

Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya.....
Sabda Rasulullah SAW

" خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا "

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس

Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

" ابركهن اقلهن مهرا "

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".
( Riwayat Ahmad )

Belum ada dijumpai hadith yang menunjukkan perlu dinaikkan atau dimahalkan mas kahwin.

Sebelum ini GB mengutarakan sekurang-kurangnya dua implikasi dari kenaikan mahar dan pihak yang bertangungjawab menaikkan mahar dan yang menyokongnya perlu bertanggungjawab dengan masalah yang yang dibawa:

1) Akan lebih ramai andartu (anak dara tua) seperti yang disebutkan oleh TG Nik Aziz
2) Akan lebih marak kes-kes sumbang mahram dan gejala sosial di kalangan remaja kerana dipersulitkan mereka untuk mendirikan rumahtangga secara sah.

Ada diantaranya berhujjah kononnya kenaikan maskahwin akan meninggikan darjat perempuan. Ia sebenarnya satu hujjah dangkal lagi bebal. Tinggi-rendah mas kahwin tidak boleh digunakan untuk mengukur darjat perempuan. Apakah nilai seorang wanita cuma RM300?


UMNO Bakal Pecah Perutnya

Setelah menerima memo bantahan bertulis yang disampaikan oleh setiausaha saya, maka sahlah yang di luar pintu sana ada sekumpulan orang yang sedang berbuat bising. Saya tidak pasti sama ada mereka mendapat permit, katanya dari sasaran yang dihajatkan 2,000 orang peserta, tetapi rupanya yang tiba hanya sekadar 200 orang sahaja.

Hairannya orang Umno Pasir Mas yang mengetuai penghantaran memo bantahan tersebut dan bukan Umno negeri. Kenapa boleh jadi begitu?

Mereka menggunakan topeng Jemaah Rakyat Perihatin Kelantan di kepala suratnya. Ini lagi pelik. Sudah malukah menggunakan nama Umno sehingga berselindung di sebalik JRPK? Jika tidak salah saya, ada satu lagi topeng yang selalu di gunaka oleh Ahli Parlimen Pasir Mas yang disebut Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).


Sudahlah begitu, senaskah CD yang ada disebut kononnya disertakan bersama memo ITU untuk dijadikan bahan bukti khutbah Hari Raya saya, tidak pula disertakan.

Belumpun saya meneliti butir kandungan bantahan itupun saya sudah dapat menyukat betapa tidak terutusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan yang kukuh lagi sah. Apa tidaknya, masaalah menantu saya di PMBK sudah beres, malah tajaan haji saya juga sudah selesai.

Setelah membelek memo dua muka surat yang ditandatangani oleh empat orang, manakala 18 lagi tidak bernama dan tidak bertandatangan, maka hati saya sudah tawar untuk membaca kandungannya.

Apapun, setelah membacanya sepintas lalu, terdapat dua tuntutan yang dibawa oleh mereka, iaitu; Pertama, meminta saya menarik balik dan memohon maaf di atas ‘doa kemusnahan ke atas pemimpin Umno’ yang tidak memberi royalti kepada rakyat Kelantan.

Kedua, mendesak saya supaya meletak jawatan Menteri Besar.


Menyentuh tuntutan pertama, mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno selaku orang nombor satupun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik.

Dalam hal ini, jika mahu menganalisa dan mengulas doa saya, maka ia hendaklah mengambil doa itu keseluruhan. Kenapa tak sebut doa saya meminta dan memohon kepada Allah SWT diperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri supaya menerima Islam yang syamil.

Dari segi Islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw sendiri yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

Jika kita membuka himpunan hadith dalam Ridhatus Solihin, kita akan berjumpa dengan maksud doa yang berbunyi begini: "Wahai Tuhan, tolong balas bela, ke atas mereka yang zalim."

Maksud doa yang hampir sama ini juga turut terkandung dalam Qunut Nazilah berbunyi: "Wahai Tuhan, musnahkan golongan kafir dan munafiq".

Kita kena faham bahawa selain daripada orang-orang kafir yang melawan Nabi saw, orang munafik juga ramai. Mari kita bersama-sama menyemak dua ayat ini:

1. "Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga memasuki perbicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalu kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. - (Surah An Nisa’: Ayat 140)

2. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekalian sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka'. - (Surah An Nisa': Ayat 145)


Dengan ini tidak hairanlah di dalam permulaan surah Al-Baqarah hanya terdapat dua ayat iaitu ayat enam dan tujuh yang merujuk kepada orang kafir.

Yang selebihnya, yakni 13 ayat, iaitu ayat lapan hingga 20, Allah SWT merujuk terus kepada fiil perangai puak-puak munafik.

Jika diteliti sirah junjungan kita Nabi Muhammad SAW, kita akan berjumpa dengan kisah bagaimana Bani Ri’lin dan Bani Zakuan yang membunuh pendakwah.

Sebagai reaksi balas di atas perbuatan terkutu ini, Nabi saw meminta supaya Allah SWT menurunkan kutukan ke atas kedua-dua ini melalui tujuh tahun kemarau yang panjang sebagaimana yang pernah Allah turunkan di zaman Nabi Allah Yusoff di Mesir.

Menyentuh tentang tuntutan kedua, mustahil saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budah-budak nakal, bawah pohon jati di pintu masuk SUK.

Jika saya perlu meletakkan jawatan atas sebab desakan Umno, maka sudah tentu saya berbuat begitu semasa Tan Sri Annuar Musa menjadi Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sekaligus menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan tiga empat tahun yang lalu.

Akan tetapi, alhamdulillah, saya tetap masih duduk di kerusi ini sampai ke hari ini. Sebaliknya, pemimpin Umno itu pula yag ‘ghaib’ dari arena politik tanah air.

Saya kadang-kadang menjadi hairan memikirkan telatah orang Umno ini. Dalam Dun Kota Seputih misalnya, mereka cukup beria-ia untuk mempertahankan diri dengan menggunakan instrument mahkamah untuk mengelak dari memasuki pilihan raya.

Itu bagi kerusi dia yang selamat; itupun masih berdalih untuk diuji melalui pilihanraya. Sebaliknya mereka cukup ghairah untuk mendesak saya mengosongkan kerusi Menteri Besar sedangkan tiada apa-apa keadaan sedikitpun yang memaksa suasana atau menyalahi undang-undang yang membolehkan saya membuat pengosongan.

Kepada ramai pemimpin PR kita sudah lama dapat membaca bahawa telah menjadi ‘grand design’ mereka untuk mencipta suasana yang tidak tenteram di semua negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kita tahu itu. Bukan kita tidak tahu.

Secara logiknya, semua orang kena faham bahawa saya bekerja dengan Parti Islam SeMalaysia. Jika Umno yang mendesak saya, maka saya sewajarnya boleh bersyukur; bahkan berbangga kerana saya sudah dikira berjaya mengkucar kacirkan Umno. Mereka sudah keluh kesah.

Jika (katakanlah) saya terus dilarang juga untuk memohon kemusanahan Umno secara terbuka, maka saya masih lagi boleh mengangkat doa secara bersedirian.

Saya masih boleh meminta supaya umat Islam terus berdoa secara senyap-senyap agar Allah SWT menurunkan kemusnahan kepada mana-mana pihak, termasuklah pemimpin Umno yang menyekat Islam dan menyekat pemberian wang royalti itu dari melalui tangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am PAS

SEKALIAN RAMAI MENGAMINKAN DOA TUANGURU NIK AZIZ
kredit foto perisik-rakyat








Khairy Sepatutnya Telah Lama Dipenjarakan

Ketua Pemuda Umno pusat, Khairy Jamaluddin menolak penjelasan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berhubung kenyataannya sebelum ini yang membuat perbandingan peruntukan kerajaan untuk membina masjid dengan rumah ibadat lain seluruh negara.

Sehubungan itu jelas Khairy, penjelasan Nga semalam tidak boleh diterima memandangkan wakil rakyat berkenaan tidak menafikan apa yang disebut dalam kenyataan awal sebelum ini.

“Pokoknya di sini, apabila dibuat perbandingan antara peruntukan pembinaan masjid dengan rumah ibadat lain, ia sudah menjadi isu sensitiviti dan jelas membuktikan DAP berkali-kali tidak menunjukkan satu perasaan hormat kepada sensitiviti agama di Malaysia,” kata beliau dalam kenyataan yang disiarkan laman web Pemuda Umno hari ini.

Khairy berkata pergerakan itu tidak mempunyai halangan terhadap mana-mana pihak yang mahu memperjuangkan peruntukan untuk rumah ibadat agama lain kerana ia juga adalah tanggungajwab kerajaan.

“Ini bukan kali pertama tetapi berulang kali dibuat oleh DAP.

“Kita merasakan majoriti umat Islam terutamanya amat tersinggung dengan perbandingan yang dibuat oleh Nga Kor Ming itu.

“Malah beliau tidak menghormati Perlembagaan persekutuan serta mengetepikan sensitiviti kaum dan agama serta pemimpin yang buta sejarah serta mungkin tidak ada apa-apa perasaan penghormatan kepada orang lain,” tambah Khairy.

PAS hari ini menyokong kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming sambil menyifatkan ia membuktikan kegagalan kerajaan pusat dalam pengagihan dana dan bantuan secara berkesan kepada pelbagai agama di negara ini.

Semalam, Pemuda PAS memberitahu pihaknya mahu mengadakan pertemuan dengan Nga berhubung isu berkenaan.

Semalam Nga menegaskan kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.

Jelas Nga, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Prdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, 1.2 peratus sahaja.

Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.

Nga yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.

“Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya,” katanya. -MI

Ulasan GB

Khairy, yang memenangijawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan penuh kontroversi apabila perwakilan pemuda sendiri memberikan jeritan "booo" kepadanya perlu sedar diri bahawa beliau sepatutnya lama telah dipenjarakan kerana memainkan isu perkauman semenjak insiden mencium keris dahulu.

Tidak ada yang dapat menjelaskan lagi bahawa perlakuan mencium keris itu adalah satu perbuatan rasis terlampau yang mencerminkan kesamsengan pemuda dan juga keseronokan mereka menonjolkan sentimen perkauman berlebihan sehingga sanggup "menumpahkan darah" dari simbolik keris yang diciumnya itu.

Begitu juga dengan beberapa siri demonstrasi perkauman yang beliau adalah dalangnya.

Justeru itu Khairy usah berlakon untuk membangkit "isu sensitiviti" sedangkan beliaulah orang yang telah sepatutnya ditahan dan dipenjarakan.

Bergelar Janda Selepas 4 Jam Akad Nikah

Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun berkata, pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya kejadian berlaku ketika kesemua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Kesemua mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit tayarnya menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja-kerja gotong-royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin yang merupakan jiran kepada mangsa berkata kesemua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini.

Ulasan GB

Iktibar untuk semua. Bahawa Allah boleh memanggil kita pulang pada bila-bila masa. Alfatihah untuk arwah kelima-lima mangsa.