Kehadiran pemikir reformis Islam, Tariq Ramadan ke rumah ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dalam sebuah siri pembincangan intelek mengenai Islam, mendapat sambutan beberapa pemimpin politik tanah air.
Antara yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang begitu menyenangi pandangan yang dilemparkan oleh pemikir Islam berdarah Mesir-Swiss itu.
“Saya bersama rakan-rakan berterima kasih kepada kerana dapat mengikuti satu perbincangan intelektual Islam seorang pemikir Islam walaupun diperdebatkan tetapi mempunyai makna yang besar kepada ummah”.
Menurut Khalid, pandangan Ramadan yang lebih bersifat global dalam membawa Islam itu sebagai sebuah agama yang bersifat universal, begitu bersesuaian sekali dipelajari sama ada untuk pembangunan negara Islam pada hari ini atau akan datang.
“Yang telah memperkenalkan kita bagaimana pemikiran untuk masyarakat Islam ke abad 21. Pada beliau, sekarang bukan hanya untuk kita membincangkan isu-isu tentang fiqh ataupun syariah tetapi ia juga perlu melihat ia sebagai satu visi untuk perkembangan Islam untuk membawa Islam ke satu taraf yang mana ianya telah dapat mensesuaikan dalam abad yang akan datang”.
Malah menurut Khalid, sepanjang tempoh satu jam mendengar pandangan Ramadan, beliau dapat membuat satu kesimpulan, sesuatu yang kita pelajari pada zaman pemerintah ulung Islam dahulu tidak seharusnya ditiru bulat-bulat sebaliknya haruslah melalui proses adaptasi bagi mengikut kesesuaian masa dan zaman.
“Selalunya apabila perbincangan mengenai syariah, kita asyik memikirkan apa yang telah dilakukan oleh pemikir-pemikir atau perkara-perkara terdahulu, tapi sekarang, kita mesti membuat satu adaptasi yang mana Islam ini lebih luas daripada itu. Jadi fiqah ini mesti dihubungkan dengan maqasid al-syariah maknanya asal-usul mengapa undang-undang ini dilakukan”.
Sementara itu, ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin juga mempunyai pandangan yang sama dengan Khalid.
Ujarnya, Ramadan memberikan gambaran yang cukup jelas tentang apa itu negara Islam tanpa memberikan tumpuan yang terlalu dekat kepada hukum-hakam sebaliknya turut meneliti nilai sesuatu perkara itu terlebih dahulu.
“Yang memberikan kita gambaran lebih global tentang Islam, ia tidak mengasingkan tetapi ia global khususnya bagi kita yang hendak memperjuangkan Islam, kita tercari-cari Islam jenis apa? Kita selalu disogok dengan soalan modul apa kita hendak pakai? Islam jenis apa? Dan ini yang diberikan oleh Tariq Ramadan bahawa Islam ini ia ada nilainya. Value yang kita perlu laksanakan bukan menumpu sangat terhadap soal hukum-hakam tetapi soal nilai” katanya. -TVS

1 ulasan:
patutnya SEMUA PEMIMPIN2 PAS TERUTAMANAYA PUAK UG yang dengar & hayati apa yg dikatakan oleh saudara Tariq Ramadan.
Jangan asyik cakap nak jadi negara Islam & buat hukum hudud TAPI tak tau macammana nak laksanakan dengan bijaksana & bersesuaian dgn keadaan zaman. last-last, masyarakat semua takut & hukum islam tak terlaksana pun....
Jangan ada lagi alasan nak tidur sekatil dengan UMNO atas alasan perpaduan islam & melayu. buat sial je..bilamasa islam ajar pengikutnya untuk mengkhianati amanah, mungkir janji & menikam kawan sendiri????!!!!
Catat Ulasan