10 Feb 2015

[LIVE] VIDEO & GAMBAR: Anwar Dipenjara 5 Thn, Dibawa Ke Sungai Buloh


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui gabungan yang mendapat 52% undi popular buat pertama kalinya pada pilihan raya tahun 2013, disabitkan bersalah oleh mahkamah tertinggi Malaysia hari ini.



Sebaik keputusan selesai dibacakan, Anwar memeluk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kemudian menoleh kepada anak lelakinya yang dilihat menganggukkan kepalanya mendengar apa yang diperkatakan bapanya.


Anwar kemudiannya mencium cucu-cucunya.

"Ingat apa Tok beritahu, kamu mesti pergi sekolah," kata Anwar kepada cucunya, bibirnya bergetar. Anwar juga memeluk anak-anak perempuannya yang kesemuanya mengalirkan air mata.

Anwar terus meyakinkan keluarganya dan pemimpin Pakatan Rakyat lain yang memeluknya, mengatakan beliau dalam keadaan baik.

Beliau kedengaran memberitahu salah seorang dari mereka, "Saya dah jangka keputusan akan buruk." Ramai penyokongnya kelihatan menangis di dalam mahkamah.

Penaung Negara-ku, Datuk Ambiga Sreenevasan dilihat memujuk Dr Wan Azizah sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi Anwar pelukan tanda sokongan.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria, dalam menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas dan menolak rayuan sabitan berkata, terdapat bukti kukuh Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

LANGSUNG

3.10pm Wan Azizah keluar daripada Istana Kehakiman menuju ke keretanya. Pihak media diminta ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya untuk perkembangan lanjut.

2.43pm: FRU mengeluarkan amaran kedua tetapi orang ramai masih enggan beredar.

2.30pm: Polis mengiring keluar Anwar dari bilik mahkamah tetapi pergerakannya tersekat-sekat akibat kumpulan penyokong yang berebut-rebut memeluk beliau sebelum dibawa ke penjara.

Anwar mohon beliau ditahan di penjara Sungai Buloh, tempat beliau dipenjarakan selama lima tahun sebelum dibebaskan pada penghujung 2004.

Loceng pasukan pencegah rusuhan dibunyikan dan anggota pasukan itu dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, Anwar masih berada di mahkamah bersama peguam utamanya Gopal Sri Ram.

2.10am: Suasana tegang menyelubungi Istana Kehakiman. Penyokong Anwar melaungkan pelbagai slogan menolak keputusan itu.

2pm: Hakim beredar daripada mahkamah. Laungan "reformasi" dan "Allahuakhbar" berkumandang dalam mahkamah. Anwar memeluk penyokongnya.

1.57am: Hakim berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun seperti dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

1.38pm: Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka "tunduk pada tuan politik" mereka.

"Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan," tambahnya, mendorong hakim mendesaknya agar berhenti.

Apabila Anwar enggan, semua hakim itu meninggalkan tempat duduk mereka.

1.35pm Pasukan antirusuhan FRU bersedia di kawasan perkarangan Istana Kehakiman. Ia melibatkan dua kenderaan meriam air dan dua buah trak pasukan itu.

Di dalam mahkamah, Anwar mengemukakan hujahnya sekarang. Tokoh PKR itu berkata beliau menerima keputusan ini dengan tenang.

Bagaimanapun beliau juga berkata beliau tetap tidak bersalah dan kes ini suatu konspirasi politik bagi menyekat cita-citanya sebagai perdana menteri.

1.22pm: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan.

1.18pm: Kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di pintu belakang kompleks mahkamah, sambil melaungkan slogan popular pembangkang “Reformasi” dan “Hidup Anwar”.

1.17pm: Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk menambah hukuman berdasarkan fakta kes.

1.12pm: Peguam utama Anwar, Sri Ram menyentuh soal hukuman.

Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.

1.08pm: Mahkamah bersambung semula.

1.04pm: Anwar memeluk isteri dan anaknya Nurul Izzah. Suasana penuh emosi.

12.45pm: Anwar memberitahu cucunya supaya rajin-rajin belajar manakala isterinya Wan Azizah berkata anggota keluarga mereka kekal tabah.

12.20pm: Kerajaan Malaysia menyifatkan keputusan mahkamah dibuat selepas mengambil kira semua bukti dengan seimbang dan objektif.

Kerajaan turut menegaskan laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh Saiful dan tidak ada kena-mengena dengan pihak kerajaan.

"Sebagai mangsa terhadap keganasan seksual, dia mempunyai hak supaya kesnya dibicarakan di mahkamah," kenyataan itu dipetik.

Kerajaan juga menyeru semua pihak yang terlibat untuk menghormati proses undang-undang dan keputusan hakim. <

12.10pm: Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.

Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.

12.07pm: Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

11.55am: Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.

Hakim juga berkata dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu “tiada merit”.

“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya.

11.50am: Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain.

Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang.

11.45am: Ketika penghakiman dibacakan, di ruang maya ramai mula berspekulasi bahawa Anwar mungkin bersalah.

“Menuju ke arah pensabitan kes,” tulis ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya.

11.40am: Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

11.31am: Lebih sejam Hakim Arifin membacakan penghakiman kes liwat Anwar. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata.

11.27am: Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk.

11.25am: Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh itu beliau memutuskan sampel tidak tercemar.

11.05am: Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya kosong.

11.03am: Hakim menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.

“Saiful bukan bersubahat dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya.

11am: Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan.

10.50am: Hakim Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi permaidani yang dirampas, beliau berkata ia bukanlah bukti yang sangat penting.

10.46am: Berkaitan Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.10.46am: Berkaitan Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.

10.45am: Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY Jelly dan dakwaan doktor Pusrawai bahawa objek plastik menembusi duburnya.

Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku perhubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa dia tidak lari.

10.43am: Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

10.42am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah bahawa wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.

10.39am: Hakim kini membacakan testimoni saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.

10.37am: Hakim berkata bahawa Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh yang mendakwa terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mempersoal tindakan Saiful.

10.33am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.

Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

10.27am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.

Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur tinggi dan rendah.

Beliau juga berkata dapatan awal bahawa tiada tanda-tanda tembusan.

10.20am: Hakim Arifin menceritakan kembali bagaimana Saiful tiba di kondominium dan bagaimana pelincir digunakan dan bagaimana duburnya ditembusi.

Hakim berkata Saiful meletakkan jawatan selepas itu dan ditemani bapa saudaranya ke Hostpital Pusrawi.

10.17am: Hakim Ariffin berkata, persetujuan tidak sepertinya perlu untuk mensabitkan kesalahan.

Ariffin berkata Saiful berkhidmat sebagai sukarelawan dan pembantu peribadi kepada Anwar.

Saiful juga membantu Ibrahim Yaacob, ketua kakitangan pejabat Anwar, untuk menyusun jadual Anwar.

10.12am: Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mula membacakan penghakimannya.

10.08am: Mahkamah mula bersidang seperti diumumkan pendaftar.

9.56am: Seorang penyokong Saiful, yang mahu dikenali sebagai Syafiq pula berkata, kehadirannya pada hari ini sekadar "ikut orang".

Selain itu, Syafiq juga berkata, dia juga tidak tahu tujuannya hadir ke Istana Kehakiman pada hari ini.

Katanya lagi, dia bersama rakan-rakannya yang lain datang dari Puchong dengan menaiki motosikal.

"Saya ikut orang saja. Tak tahu sebab apa. Kami naik motor ramai-ramai," katanya.

Ketika ditanya sama ada dibayar, dia hanya ketawa dan berkata: "Adalah sikit. Duit minyak."

9.15am: Sekumpulan penyokong Anwar selesai mengadakan solat hajat dan berdoa di luar mahkamah.

Kini kira-kira 1,000 penyokong kini berkumpul sekitar kawasan itu.

9.02am: Anwar sudah tiba di mahkamah.

8.57am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah masuk ke mahkamah dengan pasukannya. Seluruh dunia berdebar-debar sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melangkah keluar sebagai manusia bebas atau kembali merengkok dalam penjara.

Keputusan hari ini amat dinanti-nantikan kerana bakal memberi kesan besar kepada perjalanan politik Malaysia.

LANGSUNG (malaysikni dan lain-lain)

Berikut laporan langsung dari Mahkamah Keadilan:

8.40AM: Peguam utama Anwar yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram kini berada di dalam mahkamah. Beliau tampil bertongkat.

Gopal ditemani peguam Sangeet Kaur dan Eric Paulsen.

Pasukan pendakwaan termasuk timbalan pendakwaraya (DPP) Mohd Hanafiah Zakaria, yang juga timbalan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara juga sudah masuk ke mahkamah.

Begitu juga peguam Saiful, Zamri Idrus.

Timbalan pengarah bahagian Asia Human Rights Watch Phil Robertson juga kelihatan.

8.20AM: Pemberita, pemerhati, anggota parlimen dan sebahagian orang awam dibenarkan memasuki mahkamah.

Pemberita duduk di sebelah kiri mahkamah manakala pihak lain di kawasan tengah dan kanan mahkamah.

Anggota keluarga Anwar belum kelihatan dalam mahkamah.

8.15am: kira-kira 200 penyokong Anwar berarak ke Istana Kehakiman sambil melaungkan "reformasi" , "lawan tetap lawan" dan "bebas Anwar".

Mereka turut membawa sepanduk yang bertulis "rakyat hakim negara".

Selepas itu, Dr Badrul Amin kini berselawat dan penyokong yang beragama Islam sedang bersiap sedia untuk solat hajat.

Setakat ini, kira-kira seribu penyokong Anwar kini telah berkumpul di perkarangan Mahkamah Persekutuan.

7.55am: kira-kira 200 orang penyokong Anwar berkumpul di depan Masjid Besi berhampiran Istana Kehakiman untuk memberi sokongan.

Mereka melaungkan "lawan tetap lawan” dan “hidup Anwar".

Naib presiden PKR Tian Chua memberi ucapan kepada penyokong.

"Kita berkumpul di sini bukan saja untuk Anwar tetapi untuk menyaksikan sama ada hari ini sistem kehakiman bebas atau tidak," katanya.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut berucap.

Penyokong Anwar kemudian berarak ke Istana Kehakiman dengan laungan "Reformasi".

750am: Ramai anggota parlimen Pakatan sudah tiba, termasuk Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Pasukan peguam dilihat memasuki mahkamah melalui pintu depan dan helikopter polis juga sedang berlegar-legar di angkasa memantau perkembangan.

720am : Sebanyak 30 pas masuk dikatakan disediakan kepada anggota keluarga Anwar, 38 pas untuk media dan 20 pemerhati antarabangsa dan 10 lagi untuk pemerhati tempatan.

Kawalan keselamatan di mahkamah ketat.

610am: Kira-kira 20 bas penyokong Anwar berkumpul di Masjid Sultan Zainal Abidin untuk memulakan solat Subuh..









Ustaz Ahmad Awang: Fahami Awlawiyyat Politik, Perkukuhkan Pakatan Rakyat


Veteran PAS tegur 'perosak' Pakatan

Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat.

Ia kelihatan seolah-olah perbalahan antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama, yang mana untuk menghadapi mereka, Pakatan dibentuk.

Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan Pakatan, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.

Sebagai pemimpin tanggungjawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan.

Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan buat masa ini.


Ini kerana Pakatan adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.

Kekuatan Pakatan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ia diakui Umno/BN sendiri.

Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi keperluan rakyat yang amat mendesak.

Cengkaman Umno

Saya menyeru semua pimpinan Pakatan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan Pakatan dan seterusnya menjadi pembela nasib rakyat.

Rakyat sentiasa dilaga-lagakan oleh Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui oleh ancaman perbalahan kaum dan ketidakamanan.

Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu.

Pada 2008 dan 2013, apabila bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nautkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ini, mereka sekali lagi mengekalkan kekuasaan.

Ini merupakan bukti bahawa soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN.

Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda assobiyyah qaumiyyah (perkauman) yang ditolak Rasulullah SAW.

Inilah sebabnya PAS selama ini hendak menjatuhkan Umno/BN supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam, tetapi politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di negara kita!

Oleh itu, amat pelik sekiranya ada yang menganggap Pakatan tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam.

Sebaliknya saya beranggapan bahawa demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan umat Islam, maka PAS pihak paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN.


Pada masa yang sama, kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa negara daripada sudut politik, ekonomi, pendidikan dan sosial akhirnya dapat dibenteras.

Menjelang GST

Ia tidak dapat diatasi selagi Umno/BN memerintah kerana mereka melaksanakan dasar-dasar yang membawa kerosakan ini.

Maka saya menyeru kepada pimpinan Pakatan, dan pimpinan PAS khususnya, untuk utamakan penyelesaian masalah rakyat dengan menggandakan usaha mengukuhkan gabungan itu.

Rakyat bakal ditimpa kos kehidupan yang semakin mencengkam dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mereka akan terus kehilangan berbilion-bilion ringgit melalui dasar kronisme dan rasuah – amalan Umno/BN sehingga ekonomi yang sepatutnya memecut pantas ditimpa bebanan, menyebabkan hanya mampu berjalan terhingguk-hingguk.


Rakyat akan ditimpa sistem perundangan yang semakin mencekik kebebasan dan hak melalui penggunaan sewenang-wenangnya akta hasutan dan akta antikeganasan.

Sambil campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman menjadi semakin ketara hingga Malaysia dijadikan bahan lawak dunia!

Rakyat tidak mahu melihat harapan mereka untuk perubahan ini berkecai dan mereka tidak akan memaafkan kita yang diamanahkan sebagai pemimpin sekiranya tindak tanduk kita menjadi sebab utama Pakatan berpecah atau hilang keyakinan rakyat.

Mereka semakin bosan dengan perbalahan dan percanggahan antara pimpinan parti-parti Pakatan yang seolah-olah tidak lagi mengutamakan penyelesaian masalah rakyat.

Sebaliknya hanya sanggup mengutamakan perbalahan dan percanggahan demi politik jangka masa pendek.

Ini yang paling menyeronokkan Umno/BN dan tidak hairanlah bagaimana Umno/BN masuk campur dan berperanan untuk melaga-lagakan kita satu sama lain.

PAS sepatutnya menjadi parti yang memahami awlawiyyat atau keutamaan politik dan menzahirkannya kepada rakan-rakan Pakatan.

Adab beza pandangan

PAS sepatutnya menjadi rakan yang pertama mengenepikan perbalahan dan sengketa sampingan demi mengutamakan persoalan yang perlu diutamakan.

Zahirkan kebijaksanaan politik Islam supaya terus membina kekuatan pengaruh dalam Pakatan dan di kalangan rakyat sepertimana dilakukan selama ini sejak tahun 90-an!

Melalui kebijaksanaan mengenali keutamaan ini, PAS berjaya berada di arus perdana politik Malaysia dan tidak lagi berperanan hanya di kawasan Pantai Timur semata-mata.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru pimpinan PAS untuk membina kembali kesatuan dan semangat ukhuwah dan persaudaraan dalam parti itu sendiri.

Tidakkah pimpinan menyedari bagaimana perbalahan dalaman PAS semakin meruncing sehingga menghasilkan suasana berpuak-puak dan saling benci membenci sesama ahli?

Perbalahan dalaman PAS ini akan melemahkan dirinya sendiri dan apabila ini berlaku maka Pakatan akan turut terjejas.

Apabila Pakatan terjejas maka rakyat akan merasai bahawa PAS adalah punca mereka gagal diselamatkan daripada penindasan dan penganiayaan Umno/BN.

Pada masa yang sama kelebihan Islam yang mengutamakan ukhuwah sesama Islam tidak mampu dizahirkan oleh PAS.

PAS seolah-olah menjadi parti yang memperjuang ‘Islam dan syariatnya’ tetapi tanpa adanya akhlak yang mulia di kalangan ahli-ahlinya.

Amalan adabul ikhtilaf (adap berbeza pandangan) serta ‘berlemah-lembut dan kasih sayang’ antara orang-orang yang beriman akan hanya menjadi ungkapan kosong yang tidak mampu dihayati.

Perancangan Yusuf Rawa, Fadhil Noor

‘Islam tanpa akhlak’ sebegini tidak akan mampu memikat hati manusia dan sebaliknya akan menjadi sebagai penghalang kepada manusia lain mengenali kebenaran Islam.

Saya harap pimpinan akan bertindak segera membetulkan suasana ini dan mengembalikan akhlak jemaah Islam sepertimana yang pernah wujud dulu.

Keadaan ini hasil kemasukan budaya asing selepas 2008.

Pengaruh perosak ini perlu dibendung oleh pimpinan PAS supaya PAS boleh terus maju mengikut perancangan yang ditetapkan pimpinan terdahulu, khususnya almarhum Yusuf Rawa dan Datuk Fadhil Mohd Noor.

Matlamat dan wawasan mereka untuk menjadikan PAS sebuah jemaah Islam yang kukuh, bersatu padu dan berperanan di tengah-tengah masyarakat membela seluruh rakyat perlu sentiasa diusahakan.

Hanya dengan itu akan pengaruh PAS bertambah kukuh dan PAS menjadi parti yang dihormati dan disegani.


Kehormatan dan kedudukan mulia di mata masyarakat perlu diusahakan, diperjuangkan bukan dituntut.

Saya dengan ini menyeru pimpinan PAS untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap PAS dan masyarakat jelata dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab.

Saya juga menyeru semua pimpinan Pakatan, terutamanya pimpinan PAS, berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kembali kesatuan dan kekuatan Pakatan demi membela keadilan dan kepentingan rakyat.

AHMAD AWANG mantan naib presiden PAS dan mantan presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

9 Feb 2015

Sudah Sampai Masanya Hj Hadi Berundur


Penganalisis: Tidak calonkan Hadi cadangan baik

SHAH ALAM – Cadangan agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden Pas semula pada pemilihan parti 2015-2017 akan datang disifatkan sebagai satu syor yang baik.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, Pas perlu berjalan seiring dengan perubahan zaman dan parti itu memerlukan seorang pemimpin yang mampu membawa Pas terus ke hadapan.

Beliau berkata, seorang Presiden parti perlu mampu menjalinkan hubungan lebih baik dengan parti komponen serta berusaha meredakan ketegangan yang wujud.

“Kalau nak mereformasi Pas supaya sesuai dengan tuntutan zaman dan mengambil kira kedudukan Nik Aziz yang sudah berusia serta tidak begitu sihat, saya fikir memang cadangan itu baik asalkan Abdul Hadi itu ikhlas untuk berundur.

“Seorang Presiden itu harus seorang yang lebih dinamik, lebih maju pemikirannya dan dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan parti komponen yang lain untuk meredakan ketegangan yang wujud sekarang,
” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berpandangan kerusi itu dijangka bakal diganti dengan golongan ulama yang lebih arif dengan perjuangan sebenar Pas.

Ketika ditanya dakwaan yang menyebut Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebagai pengganti Abdul Hadi, Dr Jeniri berkata, Mat Sabu dilihat sebagai pengimbang dalam Pas.

“Memang ada puak yang suka kepada pemimpin lain (bukan Abdul Hadi). Sebagai contoh, Mat Sabu itu dilihat sebagai pemimpin dan pengimbang antara dua kuasa itu dalam Pas sekarang

“...Walaupun tidak dinafikan ada puak yang tidak suka Mat Sabu. Jadi, itu bergantung pada sokongan di pihak tertinggi Pas sama ada mereka menyokong atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, sebarang rasa tidak puas hati sepatutnya disalurkan melalui mesyuarat parti.

“Kalau Pemuda Pas tak setuju, dia perlu bawa kembali perkara itu kepada mesyuarat majlis tertinggi Pas, buat mesyuarat khas. Sama ada mereka sokong kenyataan Pemuda itu atau tidak.

“Abdul Hadi dipilih melalui mesyuarat agung secara demokrasi. Ikut mana-mana peraturan organisasi pun, seseorang yang dilantik secara demokrasi melalui pemilihan ramai kalau nak diturunkan perlu melalui mesyuarat agung kembali.

“Kecuali mereka mahu menggunakan cara politik. Paksa Abdul Hadi dan beliau menarik diri. Kalau dia tarik diri serta meletak jawatan,” katanya.

Sebelum ini, bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Sharif dalam laman Facebooknya mencadangkan agar Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017, yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur. -SH

Hadi perlu berundur demi Pakatan dan masalah kesihatannya, kata sumber

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber.

Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu.

Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.

Menurut pemimpin veteran parti itu, kesihatan Hadi tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei.

Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor.

“Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur,” kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.

Difahamkan, pujukan agar Hadi berundur dilakukan pemimpin veteran yang dihormati presiden PAS itu sendiri.

Sumber berkata, jika rakan lama dalam PAS berjaya memujuknya, Hadi boleh mengambil alih jawatan mursyidul am yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas meletakkan jawatan sebagai presiden PAS, Hadi tidak perlu lagi menghadiri mesyuarat bersama PR dan parti Islam itu dapat meneruskan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, kata sumber itu.

Sumber berkata, ramai yang mengharapkan Hadi tidak mengumum akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun depan.

"Namun halangan kita yang terbesar adalah, kepimpinan dalam PAS ni bukan kepimpinan politik saja atau pertubuhan biasa, tetapi juga kepimpinan jemaah Islam yang tidak ada umur bersara," kata sumber itu merujuk kepada keadaan Nik Aziz yang sedang uzur sekarang ini.

Walaupun terdapat cakap-cakap Hadi akan membawa PAS keluar PR, ahli Parlimen Marang itu mengumumkan pada Ogos parti itu akan tetap bersama gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu.

Bagaimanpun, Hadi menegaskan PAS akan terus mempunyai ideologinya sendiri yang mungkin bercanggah dengan rakan-rakan PR.

Anwar yang juga ketua umum PKR bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata beliau seringkali berhubung dengan Hadi.

"Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," katanya.

Jika Hadi bersetuju untuk berundur, masalah baru yang timbul adalah siapakah yang bakal menggantikannya, soal seorang aktivis PAS.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu popular tetapi tidak disukai golongan konservatif yang turut membenci Anwar.

"Kalau timbalan beliau, Mohamad Sabu, ramai pihak yang tidak akan senang. Nama yang popular adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetapi beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu," kata aktivis yang sudah berama parti Islam itu selama lebih 30 tahun.

Bagaimanapun seorang lagi aktivis parti Islam itu yakin Mohamad mampu menggalas jawatan presiden PAS dan memperkukuhkan PR.

“Dalam PAS siapa yang paling dihormati PKR dan DAP? Mat Sabu disenangi Guan Eng dan Anwar.

“Mat Sabu jugalah yang seringkali menggantikan Hadi dalam mesyuarat Pakatan apabila Hadi tidak hadir,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sebagai ulama yang paling berpengaruh dalam parti Islam itu selepas Hadi dan Nik Aziz ekoran sikap terbukanya dalam menghadapi kepelbagaian.

Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad, terdapat juga kempen kecil dimulakan agar seorang lagi naib presiden, Datuk Husam Musa mengambil alih tempat Hadi.

"Namun kalau dia (Hadi) mahu berundur secara sukarela (bukan melalui pertandingan) saya percaya dia akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya," kata sumber itu.
-TMI



ULASAN GB

Demonstrasi puak UG semalam nampaknya benar-benar membuka mata khususnya kepada ahli-ahli PAS siapa "mereka" yang sebenarnya.

Adalah amat keterlaluan dan melampau batas apabila terdapat ulamak-ulamak di dalam PAS mengajar para penyokongnya untuk melakukan pekerjaan seperti memijak gambar pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan mereka seperti gambar di bawah ini:


Ini ulasan dari seorang sahabat:

Woiit! Hebat geng pemuda Pas. Lawan rakan dalam parti dah macam lawan yahudi. Puak baghal ni main pijak2 gambar utk menghina. Ajaran sapa ni? Mokhtar Senik al maunah ka? Tarbiah pemuda Parti Islam Se Malaysia macam ni ka?

Yang aku tau jebon2 tak dak yg terjerit pekik terlolong2 dan pijak gambar macam puak baghal. Oii... Mokhtar Senik tutuplah pondok hang tu. Dah jadi tempat latihan baghal dan pom2 boys tukang sorak dlm muktamar...


Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Jika Hj hadi dan kumpulan UG tidak berundur mereka akan diundurkan...

Pro-Ulama Dedahkan Pekung UG Dengan Cetakan Perbualan WhatsApps...


Mustafa nafi wujud komplot jatuhkan Hadi

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan wujudnya konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau menegaskan pihaknya enggan melayan sebarang gerakan dalaman yang cuba memecahbelahkan kepimpinan Pas.

"Tak ada (konspirasi), saya tidak pakai semuanya itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim yang mendakwa terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai hasil mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini, beliau berkata pihak membincangkan urusan parti termasuk meluluskan keahlian baharu dan pemilihan parti itu pada Jun ini.

"Mesyuarat Pas hari ini biasa, ada kelulusan ahli baru, bentang laporan kewangan dan dari soal pemilihan itu, tak banyak pembaharuan, pengerusi pemilihan masih Asmuni Awi lagi.

"Tadi kita bincang dari segi tempat muktamar, dicadangan di Kuala Selangor, tapi akan perhalus kita akan buat beberapa tempat," ujarnya.

Dalam pada itu, hari ini juga akan berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan PR dan beliau memberi jaminan Abdul Hadi akan hadir nanti.

"Beliau (Abdul Hadi) ada di sini, bila-bila masa (hadir) tiada masalah," katanya lagi.

Ditanya tentang kehadiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, beliau berkata tidak dapat memastikannya dan hanya perlu menunggu mesyuarat berjalan petang ini.


PAS’ Mazhar Yusof denies conspiracy to topple Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Tambak Bunga PAS information chief Mazhar Yusof has denied being part of the conspiracy to topple party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

He said the WhatsApp group that was set up in the plan to allegedly unseat the president was merely a discussion group which he had participated in giving his views.

“I doubt my views as an ordinary member of the party could influence the direction of the party.

“It is normal for us to express our grievances especially in a discussion group,” he said when contacted by The Star on Sunday.

Earlier, Kuantan PAS Youth Chief Fadhli Ibrahim had accused Mazhar to be among those who wanted to oust Abdul Hadi and the Ulama leadership from the party.

Fadhli also said that he had the copies of Statutory Declarations (SDs) to support his allegation, which were later distributed to the press at the PAS headquarters here ahead of the party's central working committee meeting.

Abdul Hadi’s supporters claimed that the group was led by central committee member Dr Hatta Ramli, PasMa president Datuk Phahrolrazi Ahmad Nawawi, deputy president Mohamad Sabu, vice-president Datuk Husam Musa, and Muslimat information chief Aiman Athirah Aljundi.

It also claimed evidence in a form of print-screen of the WhatsApp group, which alleged members receiving orders from Hatta, who is also Kuala Krai MP.

The WhatsApp group was reportedly part of the conspiracy aimed at unseating the president who chose to break ranks with DAP and PKR in the Selangor mentri besar dispute.

However, Mazhar said there was no agenda to topple Abdul Hadi, stressing that they were entitled to their views as party members.

“This is a democratic country. It was just a discussion in the WhatsApp group. Sometimes people get emotional but that is out of our control,” he said.

Phahrolrazi said he was unaware of the allegation against him.

“I can only comment on this after I get hold of the Statutory Declaration (SD) copy,” he said when contacted.

Dr Hatta, Mohamad, Husam and Aiman could not be reached for comments.
-thestar




ULASAN GB

Rupa-rupanya bukti yang dibawa oleh kumpulan pro-ulama hanyalah cetakan (printscreen) dari Whatsapps. Begitu rupanya kaedah pembuktian dalam Islam untuk membuktikan wujud konspirasi nak jatuhkan Hj. Hadi sebagai Presiden PAS mengikut cara kumpulan pro-ulama.

Sudahlah tindakan mereka bersifat "samseng" - mengadakan demo kemudian menjemput semua wakil media hadir dan dapatlah mereka liputan percuma secara besar-besaran di media massa arus perdana.

Sama kaedah, sama taraf & sama terencat akal mereka ini dengan sekumpulan NGO Melayu diketuai si Kulup yang betul-betul "bagi kemaluan" kepada partinya.

Namun jika PAS Pusat terima sekalipun kaedah pembuktian menggunakan "whatsapps printscreen" tersebut ia sebenarnya akan lebih banyak mendedahkan "pekung" dan "rahsia besar" yang tidak diketahui umum mengenai peranan dan tembelang golongan pro-ulama atau UG sendiri di dalam isu MB Selangor dan isu Kerajaan Perpaduan yang diinginkan oleh Presiden PAS sendiri. Selama ini orang tak tahu kisah-kisah yang disebutkan terutama agenda UG di Selangor! dan didalam printscreen itu TIADA lansung kenyataan yang boleh dikatakan hendak menjatuhkan Presiden.

Demikian perjalanan hukum kebenaran dan keadilan.... kebenaran itu didedahkan sendiri oleh para pelakunya...


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

8 Feb 2015

Kumpulan Pro-Ulama Bawa Budaya Samseng Dalam PAS...


Ahli PAS tuduh Hatta dalang gulingkan Hadi

Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan kertas pemidang tertulis "pecat Hatta dan konco-konco" dan "kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini.


Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan akan bermesyuarat petang ini dan pimpinan ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP akan hadir ke ibu pejabat parti Islam itu petang ini.

Semalam Norzalilafadli menjemput media untuk hadir hari ini bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meletakkan jawatan.

Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

Ketika Dr Hatta berhempas pulas di Kuala Krai untuk membantu mangsa banjir di kawasannya, kumpulan ini mendesaknya meletakkan jawatan.

Hadi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pagi ini.

Dr Hatta pernah terlibat dalam mesyuarat pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan. – TMI

ULASAN GB

Sebelum ini GB pernah meminta agar PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Di Dalam Parti. Tetapi seruan GB tidak diindahkan. Almaklum ... GB cum ahli biasa PAS.

Akibat daripada tiada keseriusan untuk membenteras budaya samseng itu maka sekumpulan ahli PAS sekali lagi membawa budaya UMN O ke dalam parti, berhimpun untuk kononnya mendesak supaya mememcat beberapa orang pimpinan PAS yang tidak mereka sukai.

Budaya sedemikian belum pernah berlaku di dalam PAS sebelum ini.

Sebelum ini bila ada yang meminta Presiden PAS meletakkan jawatan, kumpulan pro-ulamak ini memberitahu tunggulah semasa muktamar kerana Hj.Hadi dilantik melalui muktamar. Tetapi kini kumpulan pro-ulama ini juga yang kini mendesak beberapa pimpinan tertinggi PAS meletak jawatan, dan mereka tidak pula perlu menunggu muktamar sebaliknya berhimpun menyerahkan memorandun ke Pejabat PAS.

GB pernah mengulas sebelum ini:

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

PASMA dituduh penebuk kapal PAS, mereka dituduh membentuk jemaah di dalam jemaah. Sekarang hukum kebenaran dan keadilan berjalan siapa yang sebenarnya "penebuk kapal" yang bakal menghancurkan PAS? Siapa yang membina jemaah dalam jemaah jika bukan golongan yang dinamakan pro-ulamak ini?

Imej PAS terus tercemar dengan insiden-insiden di atas. Apatah lagi ianya disertai dengan beberapa pimpinan ulamak seperti Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, yang pernah satu ketika dikaitkan dengan gerakan Al-Maunah yang diharamkan dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Nor Azli Musa yang pernah diberi gelaran Ustaz Taliban.

Sekali lagi GB meminta agar PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.

p/s sekadar makluman, tindakan golongan pro-ulamak di atas sentiasa mendapat liputan media massa UMNO ...tahniah!

Pak Samad Said Tegur Hj Hadi, "Tunaikan Tanggungjawab Kamu!"


Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok (hari ini), kata Datuk A Samad Said.

Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.

“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,”
kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini.

“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.

“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”


Hadi berkata malam kelmarin Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.

"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.

Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.

Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.

“Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.

“Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.

“Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.

Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.

“Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.

“Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.

“Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.

Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.

Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. – TMI

ULASAN GB

GB sudah ulas semalam. GB katakan bahawa Keangkuhan Itu Ada Harganya!

Memanglah terpulang kepada Presiden PAS itu untuk hadir atau tidak. Namun hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. TANGGUNGJAWAB, apabila tidak dilaksanakan Haji Hadi perlu menerima padahnya. Haji Hadi bukan saja dilaporkan ponteng mesyuarat PR, malah ponteng persidangan parlimen... (walaupun dipilih rakyat dan dibayar gaji untuk menghadiri persidangan Parlimen).

Haji hadi nampaknya tidak mahu belajar dari Hukum Kebenaran dan Keadilan. Beberapa bulan yang lepas, beliau baru saja dibawa ke kandang orang salah di mahkamah kerana saman RM2 juta kerana memfitnah.

Walaupun plaintif tidak berjaya didalam samannya, tetapi maruah Haji Hadi yang punah dan musnah apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di dalam penghakimannya berkata :

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

Bercita-cita nak jadi Perdana Menteri Malaysia tetapi dari awal sudah menampakkan keangkuhan dan gagal menjalankan tanggungjawabnya. Mana mungkin boleh tercapai cita-cita nya itu jika demikian sikapnya?

"Keangkuhan Itu Ada Harganya!"


Terpulang kepada saya nak hadir, tak hadir - Presiden PAS

MARANG: Presiden PAS tidak terikat atau bergantung kepada mana-mana pihak untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 8 Februari ini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata terpulang kepadanya sama ada hadir atau sebaliknya pada mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu.

Ini kerana, kata beliau, tidak ada mana-mana pihak yang berhak bagi menentukan kehadirannya.

“Dia (Guan Eng) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah saya hadir ke tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” ujarnya berseloroh kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di kediamannya Kampung Rusila, hari ini. Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan Presiden PAS itu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Ahad ini.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menafikan dakwaan beliau banyak kali tidak hadir ke mesyuarat berkenaan berbanding dengan pemimpin PR yang lain.

Bahkan, kata beliau pihak terbabit boleh melihat rekod kehadiran ahli-ahli mesyuarat majlis berkenaan bagi menentukan kebenaran dakwaan tersebut.

“Cuma saya rasa bangga, saya lebih banyak hadir mesyuarat dari Lim Guan Eng, kecuali (ketika) saya sakit dulu.

“Mesyuarat PR, masa saya jadi Menteri Besar pun saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat. Saya tidak sibuk macam Ketua Menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat Pakatan Rakyat.

“Kalau kata saya banyak tak hadir mesyuarat itu tak betul, kena ‘check’ kehadiranlah siapa paling banyak tidak hadir mesyuarat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. - HARAKAHDAILY 6/2/2015

ULASAN GB

Ada dua perkara GB nak ulas.

Pertama tentang kehadiran mesyuarat PR. GB rasa Presiden PAS tersilap fakta apabila menyatakan:

“Mesyuarat PR, masa saya jadi Menteri Besar pun saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat. Saya tidak sibuk macam Ketua Menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat Pakatan Rakyat

Fakta sebenarnya: Semasa Hj Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu, PR belum wujud. PR hanya wujud selapas PRU13 pada 2013. Jadi tiada apa yang dinamakan Mesyuarat Pakatan Rakyat seperti yang didakwa..

Kedua menegenai kenyataannya:

Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir."

< Jawapan di atas jelas ANGKUH. Terasa dirinya telah terlalu hebat dan besar. Mungkin kerana "telah dilantik" sebagai Naib Ketua Dewan Ulamak Sedunia...

Tidak mengapalah... hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan walaupun ke atas ulamak dunia paling tersohor dalam dunia sepanjang zaman sekalipun ... bahawa KEANGKUHAN ITU ADA HARGANYA!

Tunggu dan lihat.

7 Feb 2015

Bandingkanlah Diantara Najib & Jokowi...


Lawatan Jokowi: Yang Baik Kita Teladani Yang Buruk Kita Jauhi Oleh A Kadir Jasin

LAWATAN Presiden Joko Widodo aka Jokowi ke negara kita sangat penting. Pertalian darah dan sejarah diperkukuh dan teladan dipelajari.

Presiden Jokowi tandatangani buku pelawat Istana Negera.  
Presiden Jokowi dan isteri, Ibu Iriana. 
Urusan peribadi: Presiden Jokowi dan isteri terbang ekonomi.

Kata Presiden Jokowi: "Saya ini wong ndeso, wong kampung, nggak ngerti golf. Saya bisanya nyangkul. Saya itu tidak bisa main golf. Belum pernah pegang stik golf. Belum pernah lihat dalamnya golf gimana.”

Kata saya, ngak perlu risau Pak Presiden. Apa hebatnya golf?

Ular tedung tidak hilang bisanya kalau menyusur akar. Ular lidi panjatlah pohon paling tinggi tetap tidak berbisa.

Wallahuaklam.

6 Feb 2015

Susulan Kes Nur Syuhada: Pelajar Perempuan Dinasihat Keluar Dalam Kumpulan


Ketua Jabatan Usuluddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, ibu bapa juga hendaklah lebih prihatin dan berwaspada dengan sentiasa mengingatkan anak-anak gadis tentang kejadian yang tidak diingini.

Beliau mengulas keganasan yang dilakukan ke atas pelajar IPT, Nursyuhada Johari, 20, yang meninggal dunia selepas dikelar di leher oleh seorang lelaki dikenalinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Isnin lalu.

Pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah dan perlu sentiasa bergerak dalam kumpulan bersama rakan atau saudara terdekat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Kaedah keluar berteman dan berkumpulan sangat baik diamalkan oleh anak gadis bagi mengelakkan unsur-unsur keganasan berlaku.

“Anak gadis juga dinasihatkan mengamalkan peraturan Islam ketika keluar rumah seperti meminta izin dengan ibu bapa dan mengamalkan doa perlindungan ketika keluar,”
katanya yang mengutuk serangan kejam ke atas Allahyarham.

Selain itu, beliau berkata, anak lelaki juga perlu dididik dari kecil untuk menghormati dan melindungi kaum wanita daripada sebarang keganasan dan penderaan.

“Keganasan bukan amalan dan budaya orang Islam. Suasana yang seumpama ini boleh menimbulkan kegelisahan ibu bapa terutamanya mereka yang mempunyai anak gadis.

“Masyarakat perlu lebih prihatin dan peka terhadap kes keganasan seumpama ini.

“Tidak mustahil kes seumpama ini berulang sekiranya tiada usaha pencegahan daripada semua pihak,”
katanya.


Ibu Nur Syuhada minta UiTM tingkat keselamatan


JITRA - Keluarga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang yang maut dikelar seorang lelaki di Perak Isnin lalu, meminta agar kawalan keselamatan di kampus itu ditingkatkan supaya tragedi yang menimpa anak mereka tidak berulang.

Ibu kepada Nur Syuhada Johari, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, tragedi yang menimpa anak perempuannya itu patut dijadikan iktibar oleh pihak keselamatan universiti tersebut supaya tidak mudah membenarkan orang luar memasuki kawasan kampus.

“Sebelum ini anak saya (Nur Syuhada) ada beritahu senang nak masuk kampus, hanya perlu lambai tangan pada pengawal keselamatan sahaja dah boleh masuk.

“Saya amat berharap, kawalan keselamatan di sana ditingkatkan selepas kejadian ini berlaku kerana saya sayangkan pelajar-pelajar di sana, saya tidak mahu kejadian sama berulang,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia dan keluarganya terkilan dan kecewa apabila membaca kenyataan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, yang dilaporkan Nur Syuhada mengikut suspek itu secara sukarela.

“Saya masih simpan mesej diterima daripada rakan anak saya yang memberitahu lelaki terbabit mengacukan pisau kepada anak saya.

“Macam mana, UiTM tahu anak saya ikut lelaki itu secara sukarela. Kami kecewa dengan kenyataan ini,” katanya.

Sementara itu, bapa Nur Syuhada, Johari Hashim, 55, berkata, dia berharap pembunuh anaknya dikenakan hukuman setimpal.

Isnin lalu, Nursyuhada yang juga penuntut jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan universiti tersebut maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 25 tahun, dipercayai bekerja sebagai tukang masak di Melaka ditahan reman tujuh hari bermula kelmarin untuk membantu siasatan.
-SH




[BERGAMBAR] Parkir Kereta "Macam Celaka" Akan Masuk Facebook Khas


Awas kalau parkir 'macam celaka'

Hati-hati apabila meletakkan kenderaan. Jangan menyusahkan orang lain.

Ini kerana anda bukan sahaja boleh menjadi objek cemuhan tetapi juga mungkin dimalukan di Internet.

Laman Facebook You Park Like An Asshole (Malaysia) mengambil inisiatif itu dengan memuat naik gambar-gambar kenderaan yang diletakkan secara mementingkan diri sendiri.

Setakat ini kumpulan itu dapat menarik sebanyak lebih 18,000 ahli untuk menyertainya sejak diwujudkan enam bulan lalu.

Menurut pengendalinya, laman itu bertujuan memberi maklumat kepada masyarakat dan mendidik pengguna kenderaan agar lebih berdisiplin.

Antara gambar yang dimuat naik termasuk gambar kereta yang parkir dengan senget atau tidak masuk dalam petak.

Turut menjadi sasaran utama adalah pemandu yang meletakkan kenderaan di petak Orang Kurang Upaya (OKU) dan parkir berganda di tepi jalan sehingga menghalang pengguna lain.

Laman itu juga memuat naik beberapa keping gambar motosikal yang diparkir di petak letak kereta.

Facebook itu juga menjadi tempat orang ramai melepaskan kemarahan.

Ini dilihat melalui beberapa nota berang yang antaranya berbunyi “Kepada si celaka, anak perempuan 17 tahun aku parkir lagi baik daripada kau”, "Dulu kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang" dan "Pandai bawa kereta, bodoh parkir".

5 Feb 2015

[BERGAMBAR] Waspada: Beg Sekolah Ada Gambar Lucah Di Bhgn Dalamnya


Kalau sekali tengok memang beg sekolah atau ‘backpack’ ini nampak seperti biasa.

Namun, selepas dibuka baru nampak imej sebenar yang terpapar dalam beg tersebut.

Beg berwarna kelabu dan berjenama Burton itu dikesan mempamerkan gambar lucah pada bahagian dalamnya, namun, tidak diketahui dan tidak diberitahu dimana beg terbabit ada dijual.

Jika sekali pandang, pengguna mungkin sukar untuk mengesannya kerana ia kelihatan seperti corak biasa, tetapi, jika diperhatikan dengan lebih teliti, imej yang terpampang adalah gambar lucah.

Justeru itu berwapada ketika membelikan bag sekolah untuk anak-anak anda kerana khuatir akan terbeli beg tersebut dan kemudiannya anak-anak akan melihat imej-imej yang tidak senonoh yang terkandung dalam beg itu.



Pertahan Kenyataan Ismail Sabri, Najib Perbodohkan Mahathir..


Najib pertahan Ismail Sabri, seruan boikot bukan untuk kaum tertentu

Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dianggap mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, mengatakan kenyataan menteri pertanian dan asas tani itu tidak ditujukan kepada kaum tertentu.

Perdana menteri berkata, Ismail menegur semua peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun Putrajaya menurunkan harga runcit minyak dan diesel turun.

"Teguran yang dibuat beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

"Selain itu, beliau juga mencadangkan pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kabinet hari ini dimaklumkan mengenai kenyataan Ismail pada Ahad yang dibuatnya di media sosial, menjadi viral dan menerima pelbagai respon baik positif mahupun negatif.

Ismail dalam tulisan di posting Facebooknya menyeru pengguna, yang majoritinya orang Melayu menggunakan kuasa membeli mereka bagi memboikot golongan peniaga, yang majoritinya di kalangan kaum Cina, yang "liat turunkan harga barang walaupun minyak turun harga."

Penyokong dan pengikutnya memuji keberaniannya bersuara manakala masyarakat Cina ramai yang menyuarakan bantahan, terutamanya dari kalangan pemimpin DAP termasuk juga dari MCA, menggelarnya bersifat perkauman.

Najib menegaskan di dalam kenyataannya hari ini, kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

"Oleh itu, sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua," katanya.

Najib juga pada masa sama mengingatkan peniaga supaya bertanggungjawab, dan pengguna supaya bertindak bijak dalam menangani keadaan semasa berhubung keadaan ekonomi negara.

"Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.

"Selain itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna bijak, dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendorong para peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan," katanya.

Terdahulu hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam kenyataan Ismail, mengatakan daripada memainkan isu perkauman, beliau sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya. Mungkin dia tidak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tidak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.

Pagi ini, seramai 92 ketua Umno bahagian seluruh negara menyatakan sokongan secara terbuka kepada Ismail berhubung kenyataannya itu.

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mewakili mereka berkata, kenyataan Ismail itu akan memberikan manfaat kepada semua termasuk kaum Cina.

"Kami selaku ketua Umno bahagian seluruh negara menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Ismail. Jika dilihat daripada konteks kenyataan itu, sememangnya kuasa beli kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga menurunkan harga barang," katanya. -TMI



ULASAN GB

Pembelaan Najib terhadap kenyataan Ismail Sabri cukup mengecewakan.

Walaupun Najib meminta isu itu dihentikan namun pembelaannya amat ketara tidak dapat membendung bahang api perkauman yang dicetuskan.

Semua orang dapat membaca kenyataan Ismail Sabri yang sebenar... ia tidak ditujukan kepada semua kaum tetapi ditujukan kepada kaum Cina. Bekas Tun Mahathir pun baca demikian.


Apakah Najib dan para pegawainya di Putrajaya menganggap dan cuba menunjukkan bahawa rakyat Malaysia termasuk TDM itu bodoh dan mudah diperbodohkan?

Ketara sangat Najib sebenarnya tidak mahu dan tidak berhasrat untuk memadamkan isu perkauman kerana ia memberikan political mileage untuk dirinya terutama dari kalangan orang UMNO. Ia sama dengan kaedah mengapa beliau membuat U-turn semasa mempertahankan ISA. Hanya untuk mendapat tepuk sorak di dalam perhimpunan UMNO yang lalu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Najib perlu turun kerana gagal menjadi PM bagi sebuah negara yang bersifat majumuk dengan melakukan pembelaan terhadap mereka yang semarakkan api perkauman.

[BERGAMBAR] Wajah Suspek Bunuh Nur Syuhada Tersebar Di Media Sosial


Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.

Suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Hari ini gambar suspek yang dikatakan amat kejam itu berjaya dikesan oleh pelayar media sosial yang mana rata-rata antara mereka tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh suspek yang di sifatkan amat kejam dari binatang.


Dalam pada itu keluarga mangsa di Jitra bapa kepada pelajar malang itu menceritakan pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di tingkatan lima.

Johari Hashim berkata, pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya.

Semoga pembalasan yang setimpal untuk suspek diatas apa yang dilakukan nya jika didapat bersalah dan perkara ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa. -c2sini

4 Feb 2015

[BERGAMBAR] Arwah Nur Syuhada Di Kelantan Bantu Mangsa Banjir 2 Minggu Lalu


Pemergian tragis penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, Nursyuhada Johari, 20 petang semalam masih menjadi sesuatu yang mengemparkan negara.

Walapun lelaki yang dikatakan bertanggungjawab melakukan jenayah itu telah ditahan pihak berkuasa, namun episod untuk keadilan dapat ditegakan masih jauh.

Umumnya, kita semua mahukan lelaki tukang masak tersebut dibawa ke tali gantung secepat yang boleh namun ia tidak akan berlaku dengan pantas kerana masih ada proses perbicaraan mahkamah yang perlu dilalui.

Seperti kes-kes lain yang mendapat perhatian ramai, kes Nursyuhada juga tidak terlepas dari menjadi buah mulut jahat sesetengah manusia.

Khabar dan perkara yang tidak sihat juga disebarkan pihak tertentu yang boleh dikatakan sama tahap sakit otak mereka dengan lelaki yang mengelar Nursyuhada itu.

Atas kesedaran agar jangan ada lebih banyak khabar kurang sihat bertebaran, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care tampil membuat penjelasan mengenai siapa adik Nursyuhada.

“Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik, cemerlang peribadi dan antara individu yang menjandi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas.

“Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan-rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi-misi akan datang.

“Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.

“Selaku AJK Muslim Care, yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian adik Nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buar adik arwah Nursyuhada,” katanya melalui kenyataan di sebuah media sosial.

Kesungguhan dan baris cerita yang disampaikan dengan jelas memperlihatkan ketinggian budi pekerti dan kebaikkan dalam jiwa adik Nursyuhada.

Sudah pasti jasa Allahyarhamah ketika di Kelantan diingati semua yang sempat merasanya.

Hakikatnya, Nursyuhada masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh.

Cuma takdir menentukan ada mangkuk ayun gila mana entah yang pada satu petang tanpa berfikir panjang mengambil keputusan akal singkat untuk meragut nyawa budak itu!

Apa pun, pada masa yang sama, marilah kita menyedekahkan al-fatihah untuk adik Nursyuhada yang menjadi mangsa seorang lelaki gila. Al-fatihah. -mynewshub via c2sini