10 Feb 2015

[LIVE] VIDEO & GAMBAR: Anwar Dipenjara 5 Thn, Dibawa Ke Sungai Buloh


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui gabungan yang mendapat 52% undi popular buat pertama kalinya pada pilihan raya tahun 2013, disabitkan bersalah oleh mahkamah tertinggi Malaysia hari ini.



Sebaik keputusan selesai dibacakan, Anwar memeluk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kemudian menoleh kepada anak lelakinya yang dilihat menganggukkan kepalanya mendengar apa yang diperkatakan bapanya.


Anwar kemudiannya mencium cucu-cucunya.

"Ingat apa Tok beritahu, kamu mesti pergi sekolah," kata Anwar kepada cucunya, bibirnya bergetar. Anwar juga memeluk anak-anak perempuannya yang kesemuanya mengalirkan air mata.

Anwar terus meyakinkan keluarganya dan pemimpin Pakatan Rakyat lain yang memeluknya, mengatakan beliau dalam keadaan baik.

Beliau kedengaran memberitahu salah seorang dari mereka, "Saya dah jangka keputusan akan buruk." Ramai penyokongnya kelihatan menangis di dalam mahkamah.

Penaung Negara-ku, Datuk Ambiga Sreenevasan dilihat memujuk Dr Wan Azizah sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi Anwar pelukan tanda sokongan.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria, dalam menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas dan menolak rayuan sabitan berkata, terdapat bukti kukuh Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

LANGSUNG

3.10pm Wan Azizah keluar daripada Istana Kehakiman menuju ke keretanya. Pihak media diminta ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya untuk perkembangan lanjut.

2.43pm: FRU mengeluarkan amaran kedua tetapi orang ramai masih enggan beredar.

2.30pm: Polis mengiring keluar Anwar dari bilik mahkamah tetapi pergerakannya tersekat-sekat akibat kumpulan penyokong yang berebut-rebut memeluk beliau sebelum dibawa ke penjara.

Anwar mohon beliau ditahan di penjara Sungai Buloh, tempat beliau dipenjarakan selama lima tahun sebelum dibebaskan pada penghujung 2004.

Loceng pasukan pencegah rusuhan dibunyikan dan anggota pasukan itu dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, Anwar masih berada di mahkamah bersama peguam utamanya Gopal Sri Ram.

2.10am: Suasana tegang menyelubungi Istana Kehakiman. Penyokong Anwar melaungkan pelbagai slogan menolak keputusan itu.

2pm: Hakim beredar daripada mahkamah. Laungan "reformasi" dan "Allahuakhbar" berkumandang dalam mahkamah. Anwar memeluk penyokongnya.

1.57am: Hakim berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun seperti dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

1.38pm: Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka "tunduk pada tuan politik" mereka.

"Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan," tambahnya, mendorong hakim mendesaknya agar berhenti.

Apabila Anwar enggan, semua hakim itu meninggalkan tempat duduk mereka.

1.35pm Pasukan antirusuhan FRU bersedia di kawasan perkarangan Istana Kehakiman. Ia melibatkan dua kenderaan meriam air dan dua buah trak pasukan itu.

Di dalam mahkamah, Anwar mengemukakan hujahnya sekarang. Tokoh PKR itu berkata beliau menerima keputusan ini dengan tenang.

Bagaimanapun beliau juga berkata beliau tetap tidak bersalah dan kes ini suatu konspirasi politik bagi menyekat cita-citanya sebagai perdana menteri.

1.22pm: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan.

1.18pm: Kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di pintu belakang kompleks mahkamah, sambil melaungkan slogan popular pembangkang “Reformasi” dan “Hidup Anwar”.

1.17pm: Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk menambah hukuman berdasarkan fakta kes.

1.12pm: Peguam utama Anwar, Sri Ram menyentuh soal hukuman.

Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.

1.08pm: Mahkamah bersambung semula.

1.04pm: Anwar memeluk isteri dan anaknya Nurul Izzah. Suasana penuh emosi.

12.45pm: Anwar memberitahu cucunya supaya rajin-rajin belajar manakala isterinya Wan Azizah berkata anggota keluarga mereka kekal tabah.

12.20pm: Kerajaan Malaysia menyifatkan keputusan mahkamah dibuat selepas mengambil kira semua bukti dengan seimbang dan objektif.

Kerajaan turut menegaskan laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh Saiful dan tidak ada kena-mengena dengan pihak kerajaan.

"Sebagai mangsa terhadap keganasan seksual, dia mempunyai hak supaya kesnya dibicarakan di mahkamah," kenyataan itu dipetik.

Kerajaan juga menyeru semua pihak yang terlibat untuk menghormati proses undang-undang dan keputusan hakim. <

12.10pm: Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.

Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.

12.07pm: Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

11.55am: Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.

Hakim juga berkata dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu “tiada merit”.

“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya.

11.50am: Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain.

Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang.

11.45am: Ketika penghakiman dibacakan, di ruang maya ramai mula berspekulasi bahawa Anwar mungkin bersalah.

“Menuju ke arah pensabitan kes,” tulis ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya.

11.40am: Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

11.31am: Lebih sejam Hakim Arifin membacakan penghakiman kes liwat Anwar. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata.

11.27am: Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk.

11.25am: Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh itu beliau memutuskan sampel tidak tercemar.

11.05am: Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya kosong.

11.03am: Hakim menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.

“Saiful bukan bersubahat dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya.

11am: Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan.

10.50am: Hakim Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi permaidani yang dirampas, beliau berkata ia bukanlah bukti yang sangat penting.

10.46am: Berkaitan Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.10.46am: Berkaitan Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.

10.45am: Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY Jelly dan dakwaan doktor Pusrawai bahawa objek plastik menembusi duburnya.

Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku perhubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa dia tidak lari.

10.43am: Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

10.42am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah bahawa wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.

10.39am: Hakim kini membacakan testimoni saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.

10.37am: Hakim berkata bahawa Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh yang mendakwa terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mempersoal tindakan Saiful.

10.33am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.

Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

10.27am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.

Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur tinggi dan rendah.

Beliau juga berkata dapatan awal bahawa tiada tanda-tanda tembusan.

10.20am: Hakim Arifin menceritakan kembali bagaimana Saiful tiba di kondominium dan bagaimana pelincir digunakan dan bagaimana duburnya ditembusi.

Hakim berkata Saiful meletakkan jawatan selepas itu dan ditemani bapa saudaranya ke Hostpital Pusrawi.

10.17am: Hakim Ariffin berkata, persetujuan tidak sepertinya perlu untuk mensabitkan kesalahan.

Ariffin berkata Saiful berkhidmat sebagai sukarelawan dan pembantu peribadi kepada Anwar.

Saiful juga membantu Ibrahim Yaacob, ketua kakitangan pejabat Anwar, untuk menyusun jadual Anwar.

10.12am: Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mula membacakan penghakimannya.

10.08am: Mahkamah mula bersidang seperti diumumkan pendaftar.

9.56am: Seorang penyokong Saiful, yang mahu dikenali sebagai Syafiq pula berkata, kehadirannya pada hari ini sekadar "ikut orang".

Selain itu, Syafiq juga berkata, dia juga tidak tahu tujuannya hadir ke Istana Kehakiman pada hari ini.

Katanya lagi, dia bersama rakan-rakannya yang lain datang dari Puchong dengan menaiki motosikal.

"Saya ikut orang saja. Tak tahu sebab apa. Kami naik motor ramai-ramai," katanya.

Ketika ditanya sama ada dibayar, dia hanya ketawa dan berkata: "Adalah sikit. Duit minyak."

9.15am: Sekumpulan penyokong Anwar selesai mengadakan solat hajat dan berdoa di luar mahkamah.

Kini kira-kira 1,000 penyokong kini berkumpul sekitar kawasan itu.

9.02am: Anwar sudah tiba di mahkamah.

8.57am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah masuk ke mahkamah dengan pasukannya. Seluruh dunia berdebar-debar sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melangkah keluar sebagai manusia bebas atau kembali merengkok dalam penjara.

Keputusan hari ini amat dinanti-nantikan kerana bakal memberi kesan besar kepada perjalanan politik Malaysia.

LANGSUNG (malaysikni dan lain-lain)

Berikut laporan langsung dari Mahkamah Keadilan:

8.40AM: Peguam utama Anwar yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram kini berada di dalam mahkamah. Beliau tampil bertongkat.

Gopal ditemani peguam Sangeet Kaur dan Eric Paulsen.

Pasukan pendakwaan termasuk timbalan pendakwaraya (DPP) Mohd Hanafiah Zakaria, yang juga timbalan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara juga sudah masuk ke mahkamah.

Begitu juga peguam Saiful, Zamri Idrus.

Timbalan pengarah bahagian Asia Human Rights Watch Phil Robertson juga kelihatan.

8.20AM: Pemberita, pemerhati, anggota parlimen dan sebahagian orang awam dibenarkan memasuki mahkamah.

Pemberita duduk di sebelah kiri mahkamah manakala pihak lain di kawasan tengah dan kanan mahkamah.

Anggota keluarga Anwar belum kelihatan dalam mahkamah.

8.15am: kira-kira 200 penyokong Anwar berarak ke Istana Kehakiman sambil melaungkan "reformasi" , "lawan tetap lawan" dan "bebas Anwar".

Mereka turut membawa sepanduk yang bertulis "rakyat hakim negara".

Selepas itu, Dr Badrul Amin kini berselawat dan penyokong yang beragama Islam sedang bersiap sedia untuk solat hajat.

Setakat ini, kira-kira seribu penyokong Anwar kini telah berkumpul di perkarangan Mahkamah Persekutuan.

7.55am: kira-kira 200 orang penyokong Anwar berkumpul di depan Masjid Besi berhampiran Istana Kehakiman untuk memberi sokongan.

Mereka melaungkan "lawan tetap lawan” dan “hidup Anwar".

Naib presiden PKR Tian Chua memberi ucapan kepada penyokong.

"Kita berkumpul di sini bukan saja untuk Anwar tetapi untuk menyaksikan sama ada hari ini sistem kehakiman bebas atau tidak," katanya.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut berucap.

Penyokong Anwar kemudian berarak ke Istana Kehakiman dengan laungan "Reformasi".

750am: Ramai anggota parlimen Pakatan sudah tiba, termasuk Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Pasukan peguam dilihat memasuki mahkamah melalui pintu depan dan helikopter polis juga sedang berlegar-legar di angkasa memantau perkembangan.

720am : Sebanyak 30 pas masuk dikatakan disediakan kepada anggota keluarga Anwar, 38 pas untuk media dan 20 pemerhati antarabangsa dan 10 lagi untuk pemerhati tempatan.

Kawalan keselamatan di mahkamah ketat.

610am: Kira-kira 20 bas penyokong Anwar berkumpul di Masjid Sultan Zainal Abidin untuk memulakan solat Subuh..









22 ulasan:

budok_udoss berkata...

aku sokong kalu Anwar di penjarakan
nnt senang rakyat nak menentang UMNO
nanti akan ada lagi DEMO

wuhuuuuu!!!

Tanpa Nama berkata...

Astaghafirrullah.. Samada dakwaan Saiful benar atau berlaku pembohongan. Samada Anwar 'meliwat' atau tidak meliwat Saiful.
Mahkahmah akan memutus jawapan. Samada ada hukuman atau terlepas hukuman.
Penyokong politik dan bukan dari kalangan politik yang menyokong Anwar kena berlaku adil terhadap sebarang keputusan mereka diluar mahkahmah.

Tanpa Nama berkata...

Pembacaan awal hakim nampaknya menjurus ke arah sumbatkan Anwar ke dlm penjara...sama2 kita nantikan...

Tanpa Nama berkata...

Didapati bersalah oleh manusia bergelar hakim belum tentu membunuh semangat rakayat untuk menentut perubahan. Hakim makan gagi kenalah berkerja mengikut arahan majikan. Nak bertaubat kerana buat keputusan yang salah tak ada maknanya, tunggu dimakamah tuhan. Ada yang betul betul bersalah, bertungkus lumus memesongkan fakta. Tak apa sama sama kita berdoa agar mereka mereka yang zalim ini akan menerima balasan didunia lagi sebelum menjadi penguni neraka. Siapa tak tahu ???....ada hubungan dengan UMNO, mungkin!!!! bukan nak tuduh, faham faham saja, bersabar ya ALLAH tunjukkan kebesaran mu.

Tanpa Nama berkata...

Aku tetap tak percaya dsai liwat ...Berserah kpd ALLAH hanya dpt kita lakukan

Tanpa Nama berkata...

Lawan tetap lawan.....

Tanpa Nama berkata...

Hakim hakim yang telah dibela oleh tuannya. Dah kaya nak kaya lagi, dah berkuasa nak lebih berkuasa lagi. Makanlah, pakailah, mengganaslah, kautlah semuanya semahu mahunya. Masukkan dalam tembolok kamu. Kelak mati dihimpit bumi barulah kamu tahu.

Bat8 berkata...

Tuan

Sebenarnya demi survival Najib inilah keputusan yang sudah dibuat awal-awal walaupun Najib lebih selesa jika Anwar bebas agar dapat membantunya menghadapi Mahathir. Sebenarnya jika Anwar dibebaskan ia akan menimbulkan satu masalah besar kepada Najib. Ini bermakna sodomi 1 & 2 adalah kombinasi politik. Mahathir tidak boleh menerimanya kerana akan menghancurkan luruhan keseluruhannya kredibiliti dan maruahnya. Ini akan menimbulkan kemarahan yang amat besar kepada Mahathir. Najib ni satu manusia yang sanggup buat apa sahaja janji batang tengok nya seorang terlepas. Dia xpeduli siapa atau apa yang perlu dikorbankan.

Apakah Najib tidak tahu risiko memenjarakan anwar... Najib tahu. Tetapi risiko menghadapi kemarahan besar Mahathir immediately jauh lebih tinggi risiko nya. Kesan memenjarakan Anwar boleh ditangani dengan mudah kerana kesannya immediate.

Setelah berjaya mengatasi masalah Anwar sekarang mangsa seterusnya bagi Najib ialah puak UG dan PAS. . Umpan Najib dengan sedikit peluang kewangan serta hudud sudah lama mengenali. Sekarang selepas isu Anwar selesai, sampai masanya untuk menamatkan riwayat puak UG dan PAS pula......

Tanpa Nama berkata...

Tggu saja bala yg akan menimpa konspirasi spt liwat 1.Ada yg menderita sblm mati...tggu dan lihat balasan didunia dulu sblm akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Bodohnya kalau mengaku islam tp boleh redha dgn hukuman anwar ni...mengikut hukum islam, kes anwar ni masuk dlm tong sampah tau tak?...tau tak dlm islam apa hukum nak menentukan seseorg itu melakukan zina? Kalu org kapir bercakap aku tak heran sgt...
Ingat...hukum islam dtg drp Allah swt...pencipta kita semua...
Sabarlah wahai saudara Anwar...doa org yg dizalimi tiada hijab antaranya dgn Allah swt...lambat atau cepat, balasan Allah kpd yg zalim akan menjelma jua...Allahuakbarrrr!!!

Tanpa Nama berkata...

jika anwar dizalimi, semoga allah hancurkan dan jatuhkan penzalim. amin.....

mat roger berkata...

Subhanallah... semoga Allah SWT melindungi kita dari bahang fitnah demi fitnah yg melanda negara. dan semoga kita dilindungi oleh Allah dari bala yg akan ditimpakan akibat dari fitnah ini. sesungguhnya mereka yg bersubahat dlm perkara maksiat dan zalim ini akan menerima balasan yg setimpal atas perbuatan mereka yg menolak keadilan yg di tuntut oleh Allah.

Tanpa Nama berkata...

Tggu saja bala yg akan menimpa konspirasi spt liwat 1.Ada yg menderita sblm mati...tggu dan lihat balasan didunia dulu sblm akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

allah hakim sebenarnya, dialah maha mengetahui kebenarannya

Tanpa Nama berkata...

Keputusan yg sudah dijangkakan.Tak pelik sekiranya ada campurtangan ghaib dlm penghakiman. Sedangkan Altantuya yg sedang hamil pun sanggup diarah bunuh dan diletupkan tanpa belas kasihan.

Apalagi utk memenjarakan Anwar lagilah senang utk puak2 zalim ni. Hanya Allah yg akan membalas kejahatan mereka dan janji Allah itu pasti.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah aku, Engkau Maha Berkuasa, Engkau tunjukan kekuasaan mu terhadap mereka mereka yang zalim ini. Amin

Tanpa Nama berkata...

Jika Anwar negarawan boleh kena anisya hina , anak anak bangsa lagi senang di pijak oleh bangsawan dan mat mat kampao.

Lucu nya , melayu melayu saja kencing bangsa sendiri lahap duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

UMNO BN berbau bontot sepol, talian hayat umno bn adalah bontot sepol..umno bn bertuankan bontot sepol..lepas ni ahli umno bn bolehlh tepung tawar bontot sepol dan cium bontot sepol tanda terima kasih. Sepol pondan..

Tanpa Nama berkata...

Yang aku nampak, lepas ini Haji Hadi akan mendapat peluang seluas-luasnya seperti tindak-tanduknya sebelum ini.
Dan berkemungkinan aku menjangkakan Pakatan Rakyat akan berpecah.

Bat8 berkata...

Anon 8:43

Selepas ini apa yang berlaku ialah puak UG dan PAS akan disembelih oleh Najib. Satu-satu orang yang boleh merosakkan rancangan Najib hendak sembelihkan PAS iaitu Anwar telah Najib rehatkan di penjara sungai buluh. TGHH...? Dia pun akan kena juga dan Najib. TGHH dan puak UG nya dah lama Najib kurung dalam kandang sembilan. Hanya tunggu masa Anwar dinyahkan je....

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik hadi n the ug geng keluar pakatan rakyat drp buat onar kat dlm tak sudah2...
Kalau tpaksa pasma ambilalih tak apalah...redha jealah drp simpan musuh dlm selimut...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang sama ada salah satu menipu. Sama ada anwar tidak meliwat saiful atau saiful fitnah anwar meliwatnya. Hukuman Berat Sebelah