8 Okt 2014

[PANAS] Tamrin Keluar PAS?

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.

Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Beliau dikhabarkan akan menjadi individu bebas yang tidak terikat kepada mana-mana parti lagi selepas ini.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. Telefon bimbitnya tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali, malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

Sejak menyertai Pas sebelum pilihanraya umum lalu, Tamrin adalah antara penceramah yang aktif berkempen ke seluruh negara bagi memastikan PR memperolehi kemenangan dan mampu menewaskan BN. Dalam banyak pilihanraya kecil juga, penglibatannya hampir tidak pernah terkecuali.

Namun, sejak tercetusnya isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah menimbulkan kekalutan selama beberapa bulan sehingga akhirnya Sultan Selangor memilih Azmin Ali menggantikan Khalid Ibrahim, Tamrin berpendirian sama dengan kumpulan progresif dan profesional dalam Pas yang mahukan parti itu berpegang pada janji dan muafakat dalam PR.

Tindakan Pas yang berdolak-dalik, berubah pendirian dan akhirnya turut mencalonkan Adunnya sendiri dipercayai adalah antara punca berpanjangannya kemelut itu di Selangor sehingga meretakkan hubungan antara kumpulan ulama dengan profesional dalam parti itu.

Walaupun Pas, terutamanya kumpulan ulama mungkin mengatakan keputusan Tamrin ini tidak menjejaskan perjuangan parti itu tetapi haruslah disedari bahawa kekecewaan terhadap sikap Pas itu turut juga dikongsi oleh banyak kelompok lain dalam masyarakat sejak kebelakangan ini seperti kakitangan kerajaan, swasta, guru-guru, pekerja profesional dan sebagainya.

Semua mereka ini mempunyai jiwa Islam dan ingin melihat kemenangan Islam tetapi sikap yang ditunjukkan dalam kemelut di Selangor yang seolah-olah Pas mula "bermain mata" dengan UMNO bukan saja menyebabkan ada yang sudah tidak mahu lagi menyokong Pas, bahkan ramai juga yang enggan mengundi calon Pas dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain Tamrin, antara pemimpin UMNO yang telah menyertai Pas sebelum ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib dan tokoh korporat daripada Pulau Pinang, Abdul Rahman Maidin.

Adakah mereka ini juga bakal mengikuti jejak Tamrin selepas ini? -shahbudindotcom

ULASAN GB

Jika benar berit aberkenaan, nampaknya bahana "barua" mula menimpa PAS.

Jika tidak buka juga mata, kita berserah kepada Allah, terhadap orang yang telah menyebabkan berlakunya hal sedemikian.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Menarik: Sembelih Lembu Korban Stail Dulu vs Sekarang

AJK Masjid Ar-Raudhah memasukkan lembu ke dalam sangkar sembelihan yang boleh dibaringkan dengan bantuan alat hidraulik, semalam.

Korban 10 minit

Kangar: Buat julung kali, empat ekor lembu dikorbankan menggunakan peralatan sangkar sembelihan hidraulik hasil cetusan idea anak tempatan yang disifatkan lebih mudah sempena program ibadah korban di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, di sini, semalam.

Sangkar berkenaan yang melalui proses inovasi disumbangkan oleh Taman Teknologi Malaysia (TPM) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada Mei lalu sebelum digunakan penduduk untuk aktiviti korban yang hanya mengambil masa 10 minit bagi menumbang dan menyembelih setiap ekor lembu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Batu Pahat Hamzan Hashim, 45, yang juga pencipta sangkar berkenaan berkata sebelum ini pihaknya menggunakan sangkar mudah alih untuk membaringkan lembu dan memerlukan tenaga manusia yang ramai sebelum disembelih.

Menurutnya, apabila menggunakan sangkar sembelihan hidraulik bernilai RM20,000 berkenaan, proses sembelihan menjadi lebih mudah dan cepat sekali gus mengurangkan risiko kecederaan sama ada kepada manusia atau ternakan selain dapat mengurangkan tekanan pada haiwan terbabit.

AJK Masjid Ar-Raudhah memasukkan lembu ke dalam sangkar sembelihan yang boleh dibaringkan dengan bantuan alat hidraulik, semalam.

“Sebelum ini, kami mengalami masalah untuk menguruskan program ibadah korban kerana memerlukan masa antara 30 minit hingga satu jam selain memerlukan ramai tenaga kerja hanya untuk membaringkan seekor lembu sebelum disembelih tambahan pula jika lembu itu sukar dikawal. -HM




ULASAN GB

Demikianlah apabila zaman beredar... kemajuan teknologi membantu kehidupan kita untuk menyelesaikan masalah. Tiada lagi kes-kes lembu lari, lembu menanduk, soal kebersihan dan seumpamanya... namun ia tetap menjadi nostalgia indah buat sesetengah orang. Saksikan:












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





7 Okt 2014

Tiap-tiap tahun Ada Oktoberfest, Kenapa Sekarang Serang Azmin & Khalid Samad?


Oktoberfest tiba-tiba meletup sebagai satu isu yang menggegarkan negeri Selangor. Serangan dilakukan ke atas Menteri Besar yang baru, Azmin Ali dan MP Shah Alam, Khalid Samad.

Sedangkan Pesta Oktoberfest sudah berjalan bertahun-tahun tetapi tiada pula yang bersuara ketika itu.

Siapa Menteri Besar Selangor pada tahun 2010 sehingga 2013? Mengapa Azmin & Khalid Samad pula yang jadi sasaran?

Nampak sangat serangan dan bantahan itu bermotifkan politik bukan di atas keikhlasan dan niat untuk mempertahankan syariat.

Kedua, Ketua Agama Islam Negeri Selangor sendiri tidak menghalang. Bukankah PAS hari itu di dalam isu pemilihan menteri besar yang baru untuk Selangor menyuruh kita hormat dan wala kepada Sultan? Jangan derhaka, demikian kata-kata puak UG dalam PAS yang berjongkang jongket dengan UMNO.


Sekarang hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS perlu ikut tentak dan tari, selagi Sultan tidak menghalangnya kena terima kehadiran Oktoberfest (?) Apasal tak mahu hormat lagi?

Kalau nak bantah maka perlulah dapat perkenan Sultan dahulu sebab beliau Ketua Agama Islam di Selangor. Jangan pandai-pandai nak buat keputusan sendiri dalam bab agama sebab Sultan berkuasa penuh. Tak begitu? Kalau nak bantah pergi dapat perkenan Sultan dahulu, bukan menyalak tak tentu pasal salahkan Azmin atau Khalid Samad.



Bukan GB menyetujui Pesta Arak tersebut tetapi jika ia dilakukan ditempat yang tertutup dan dikhususkan untuk bukan Islam, maka apa masalahnya? Ingatlah pesanan Hadith Rasulullah:

"Barangsiapa berlaku zalim kepada seorang kafir 'ahdi, atau mengurangi haknya, atau memberi beban melebihi kemampuannya, atau mengambil sesuatu daripadanya dengan niat yang tidak baik, maka saya adalah pembelanya nanti di hari kiamat." (Riwayat Abu Daud)

"Barangsiapa mengganggu seorang kafir dzimmi, maka sungguh ia mengganggu aku, dan barangsiapa mengganggu aku, maka sungguh ia mengganggu Allah." (Riwayat Thabarani)


Dan ini kenyataan paling rasional dari MP Shah Alam.


Khalid pertahan kenyataan, PBT perlu main peranan kawal ketat pesta arak

Ahli Parlimen PAS Khalid Samad hari ini mempertahankan kenyataannya yang sambutan festival arak Oktoberfest boleh dibenarkan di negara ini, tetapi dengan syarat sensitiviti dan hak masyarakat Islam perlu dilindungi.

Wakil rakyat Shah Alam itu berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memainkan peranan utama dengan mengenakan syarat dan kawalan ketat terhadap penganjur yang juga syarikat pengeluar produk minuman keras, Carlsberg Malaysia.

Antaranya, dengan melarang penganjurannya di kawasan penduduk majoriti beragama Islam, melarang pengiklanan secara terbuka di papan iklan dan Facebook serta menghadkan penyertaannya kepada bukan Islam sahaja.

"PBT perlu menguruskannya dengan baik. Nak perkenalkan arak atau pesta perlu dibuat di kawasan yang majoritinya bukan Islam, jangan buat di Shah Alam contohnya, jangan iklan merata-rata dan jangan panggil orang Islam hadir.

"Jika semua ini dipatuhi untuk masyarakat Islam, saya rasa tidak ada masalah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kenyataan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu sebelum ini yang membenarkan Oktoberfest atas alasan negara majmuk menimbulkan reaksi negatif apabila dikatakan tidak memahami konsep Islam sebagai agama Persekutuan.

Namun Khalid menegaskan, Islam sebagai agama global juga mengajar umatnya cara untuk berurusan dengan bukan Islam memandangkan penggunaan minuman dan makanan beralkohol dibenarkan dalam ajaran agama lain.

Jelasnya, tidak ada halangan bagi bukan Islam makan dan minum sesuatu yang dihalalkan mengikut kepercayaan agama masing-masing, cuma pelaksanaannya perlu mengambil kira suasana dan realiti masyarakat.

"Kalau ambil pendekatan 'ini negara Islam agama rasmi' maka akhirnya bukan Islam tidak nampak keadilan dalam Islam.

"Sebaliknya mereka nampak seolah-olah terpaksa tunduk dan akur kehendak Islam."

Katanya, sehingga kini masih wujud perbahasan antara ulama mengenai isu pengambilan hasil cukai arak oleh kerajaan.

Ada mazhab yang membenarkan hasil cukai melalui keuntungan jualan arak digunakan untuk rakyat dengan membina kemudahan awam, tetapi ada juga yang mengasingkannya untuk kegunaan rakyat beragama Islam dengan bukan Islam.

"Di Malaysia, kita tidak ada sistem pengasingan itu. Tetapi di Kelantan, cukai arak tidak dicampur dalam cukai yang bersih.

"Menjadi amalan pentadbiran Kelantan mengasingkan cukai lesen jualan arak dan memasukkannya dalam tabung yang berasingan," katanya.

Mengulas dakwaan Pengerusi Umno Datuk Seri Noh Omar terhadap iklan Oktoberfest yang dipasang disekitar kawasan Shah Alam, Khalid menafikannya dan menganggap dakwaan itu sebagai palsu.

Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square.

Kemuncak pesta akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya. –
-TMI

Komentar pembaca, klik untuk lebih jelas











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





"Soalan Berani Mati Kepada PM" Sudah Terima Lebih 80,000 Like


Kos sara: Soalan ‘berani mati’ ahli Umno untuk PM dapat ribuan like di Facebook

SHAH ALAM, 6 OKT: Soalan ‘berani mati’ pemilik akaun yang mengaku sebagai anggota Umno, Nor Hoda Haji Tarseh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekelip mata menerima 82,453 ‘like’, 5,728 komen dan 12,254 share (nota: setakat berita ini disalin jam 12.26 AM 7 Okt 2014 – GB) selepas dikongsi pengendali akaun laman PenMerahdotcom di laman sosial facebook.

Nor Hoda yang memegang nombor keahlian Umno 02982371 itu mengemukakan tujuh soalan berkisar keperitan kehidupan rakyat berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah? Pernah ke makan tamban kering bersayur cendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah?

“Apa yang saya tengok kehidupan awak dalam filem Tanda Putera (filem wajib BTN) adalah semewah-mewah kehidupan… (Jangan pula lepas ni awak arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut untuk tunjuk awak motong getah),” tulis Nor Hoda.

Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada Najib pernah merasai keperitan berhadapan tindakan keras pihak berkuasa tatkala cuba meningkatkan pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan.

“Awak ni pernah tak berniaga kecil-kecilan jual keropok lekor di pasar malam dengan gunakan Kancil 660 (kononnya sahut seruan Menteri tambah pendapatan).. dah habis berniaga Kancil tak boleh ‘start’ pasal bateri ‘kong’, puncanya bateri yang sama diguna untuk menerangi lampu waktu berniaga?

“Lepas itu, bila balik, kena tahan polis sebab payung berniaga terjojol di tingkap Kancil dan lepas itu kena saman sebab kereta persendirian tak boleh bawa berniaga,” tulis Nor Hoda lagi.

Ketika menyentuh isu kenaikkan harga barang, Nor Hoda menyoal sama ada Najib mengetahui pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan harga sempena perayaan Aidil Adha sehingga menyebabkan harga ayam, lengkuas dan lain-lain naik.

“Lepas ni saya agak mesti ada Menteri-menteri pembodek (terutama Hassan Malek, Ku Nan, Shafie Afdal, Mat Maslan, Ismail Sabri) akan berkata harga lengkuas naik sebab rakyat malas tanam!” Tempelak beliau lagi.

Najib turut dicadangkan agar turun padang secara tidak rasmi dan mengejut untuk melihat sendiri realiti kehidupan dan prasarana yang disediakan untuk rakyat.

Beliau turut mencabar Najib mengumumkan kerugian yang ditanggung negara disebabkan penyelewengan oleh kroni Najib sendiri dan jumlah yang terpaksa ditanggung rakyat melalui kenaikkan harga petrol baru-baru ini.

Tujuh soalan beliau itu diakhiri dengan satu soalan ringkas dan bersahaja, bilakah Najib mahu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. -laporan asal: selangorkini







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





6 Okt 2014

[EDISI LUCU] Ada "Konspirasi International" Untuk Jatuhkan Nik Abduh?


Ada konspirasi antarabangsa jatuhkan Hadi dan Ulama PAS, kata Nik Abduh

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa dasar konsisten PAS untuk menegakkan Islam menyebabkan terdapatnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, serangan tersebut dilakukan dengan melemahkan pimpinan dalaman kerana tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).

"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Tuan Guru (Hadi Awang) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab ya," kata Nik Abduh seperti disiarkan portal milik parti itu, Harakahdaily hari ini.

"PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR, mesti dilemahkan daripada dalam. “Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam."

Anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yang sebelum ini mengatakan PAS dibuli PKR dan DAP mendakwa, pihak Barat dan musuh Islam tidak mahu melihat parti itu menjadi parti tunjang yang Malaysia seperti Umno satu hari nanti.

"Ini merimaskan Barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan Barisan Nasional (BN) yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang cukup merimaskan," katanya.

Ahli Parlimen penggal pertama itu turut menyeru ahli PAS untuk sedar dengan kebenaran tersebut.

Katanya, serangan terhadap Majlis Syura Ulama kerana pihak musuh Islam mengetahui ia merupakan kekuatan sebenar PAS.

"Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai presiden PAS," katanya.

Beliau berkata, pihak Barat sebelum ini berjaya dilakukan di Mesir apabila bekas presiden negara itu Mohamed Morsi digulingkan kerana menggunakan demokrasi untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil..

"Mereka juga melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan fatwa para ulama Muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Assad mestilah disekat, kerana ia pasti berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.

"Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti Isis. Maka Syria hancur dan fitnah agama berterusan memporak-perandakan Syria, negara yang dipenuhi ulama besar," katanya. – TMI



ULASAN GB

Hebat... Nik Abduh mendapat liputan meluas dari media arus perdana, Utusan & Berita Harian terhadap kisah kononnya ada komplot antarabangsa mahu menjatuhkan Ustaz Hadi dan Ulamak dalam PAS.


Kita tidak hairan dengan sikap Utusan & Berita Harian dengan agendanya untuk memecahbelahkan dan menghapuskan Pakatan Rakyat. Tetapi kita menjadi hairan apabila akhrar rasmi parti, Harakahdaily turut menyertai kelompok tersebut.

Semenjak isu Selangor, ini, GB mendapati Harakahdaily menjadi lidah kumpulan UG, menjadi begtu senget laporannya dengan tidak memberikan laporan dan berita seimbang terhadap suara-suara yang berbeza di dalam pimpinan parti.

Ia cuba memperbodohkan para ahli dengan menyiarkan kenyataan hanya dari tokoh-tokoh UG. Baginya wala itu hanya kepada Presiden dan ulamak, tidak kepada keseluruhan Jawatankuasa PAS Pusat yang telah diberi mandat oleh muktamar. Langkah harakahdaily itu juga, sama seperti UMNO, sebenarnya cuba untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Seorang YDP kawasan ada menghubungi GB dengan bernada kesal menyatakan bahawa wala bagi mereka hanyalah kepada pemimpin yang bergelar ulama, jika pemimpin bukan dari kalangan ulama, mereka tidak akan wala. Bagi GB sikap itu amat bertentangan dengan hadith yang meminta kita untuk wala tak kira pemimpin itu ulama atau bukan ulama.

Rasulullah saw pernah bersabda:

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.

Dan serentak dengan kenyataan Nik Abduh itu juga, di media sosial tersebar kain-kain rentang di Pasir Mas yang meminta Nik Abduh menyertai UMNO. GB tertanya-tanya apakah ini "konspirasi internasional" juga untuk menjatuhkan Nik Abduh di Pasir Mas? Ketawa besar pakngah makngah, adik kakak bila GB berkata dan bertanya demikian. Kahkahkahkahkah... tak henti-henti...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO & GAMBAR] Kemalangan Ngeri, 2 Maut Di Jelapang


Ipoh: Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di KM256.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan ke utara selepas Terowong Menora dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh ketika dihubungi Bernama berkata kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11 pagi ini membabitkan beberapa buah kenderaan.

"Setakat ini, maklumat yang kita terima, dua orang maut dan seorang lagi cedera parah," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori treler, lori, kereta jenis Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna jenis Alza serta kereta jenis Honda City.

"Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 15 orang," katanya.

Jurucakap Plusline ketika dihubungi berkata lalu lintas di lebuh raya dari arah Ipoh masih mengalami kesesakan sepanjang 13 kilometer.

Bagaimanapun lalu lintas kembali lancar selepas kawasan kejadian, katanya.

Plus telah mencadangkan supaya pengguna lebuh raya menuju ke utara melencong kenderaan mereka keluar di plaza tol Ipoh Selatan dan masuk kembali di plaza tol Kuala Kangsar bagi meneruskan perjalanan.

Bedasarkan maklumat orang ramai, pemandu bas seperti gambar di bawah boleh dijadikan saksi kejadian kerana berada betul-betul berdekatan dengan lori yang terlibat dengan kemalangan ini.

[10/4, 18:47] Kpl Haizal: Slmt petang YDH Dato/Tuan,

Kes kemalangan maut (IO Insp Teo wei yap)

1.Repot trafik kuala kangsar/2119/14

2. Sek 41(1) APJ 1987

3.Lokasi: KM256(U) LRUS

4.Masa:4/10/2014 jam l/kurang 1200hrs

5.Kenderaan terlibat:
5.1.M/kar proton saga W4819S

5.1.1.Pemandu 1/L/M
~Muhammad Yusriman Bin Roslan
~kpt910207145585
~23thn
~Bank executive
~8-12A-2,Menara Seri Mahang,Jalan 27/56,Ampang Ulu Klang 54200 KL
*Cedera ringan

5.1.2.Penumpang depan 1/L/M
~Muhammad Yusrizal Bin Roslan
~kpt890127085599
~25thn
~Operator kilang
~Alamat sama seperti pemandu 5.1.1
*Cedera parah

5.1.3. Penumpang belakang kiri 1/P/M (M1)
~Siti yuslianis binti roslan
~kpt941213146068
~20thn
~Pelajar universiti
~Sama alamat seperti pemandu 5.1.1
*Meninggal dunia di tempat kejadian.

5.1.4.Penumpang belakang tengah 1/P/M
~Siti yusliana binti roslan
~12tahun (tarikh lahir:8/10/2002)
~Pelajar
*Cedera ringan

5.1.5.Penumpang belakang kanan 1/P/M (M2)
~Noor hayati binti wook
~kpt640422085186
~50thn
~Surirumah
~Sama alamat seperti pemandu 5.1.1
*Meninggal dunia di tempat kejadian.

5.2.M/lori treler Hino KAL9621
5.2.1.Pemandu 1/L/M (OKS)
~Ramlee bin yaakob
~kpt630410025873
~51thn

~Pemandu lori
~Kg banggol masjid,MK air puteh 06700 kedah
*Tidak cedera

6.Fakta:

Pada 4/10/2014 jam l/kurang 1205hrs,satu kemalangan maut telah berlaku di KM256(U) LRUS melibatkan sebuah m/kar 5.1 dan sebuah m/lori treler 5.2.Siasatan awal mendapati m/lori treler 5.2 dari johor bharu menghala ke penang membawa muatan mosaic tiles manakala m/kar 5.1 dari KL menghala ke lenggong perak utk bercuti. Sampai di lokasi kejadian m/lori treler 5.2 dipercayai telah hilang kawalan (masalah brek) lalu melanggar bahagian belakang m/kar 5.1 di lorong kanan dan menyeret m/kar 5.1 sejauh 100meter dan terbakar sebelum berhenti. M1 dan M2 tersepit di dalam m/kar 5.1 dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu 5.1.1,penumpang 5.1.2 dan 5.14 berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital ipoh untuk menerima rawatan lanjut. M/kar 5.1 mrngalami kerosakan serius pada bahagian belakang manakala m/lori treler 5.2 mengalami kerosakan bahagian depan.

Akibat kemalangan tersebut 5 m/kar dan 1 m/lori treler seperti berikut cuba mengelak m/lori treler 5.2 dan berlaku perlanggaran satu sama lain:-

1. M/kar myvi WYX5245
2. M/kar alza WWX7587
3.M/kar honda city WTY691
4.M/kar alza AJF4858
5.M/kar mercedez benz
6.M/lori treler JGD8199

Post mortem M1 dan M2 telah dijalankan oleh Dr Kannan hospital kuala kangsar mengesahkan sebab kematian ialah severe head injury secondary to MVA.

Keadaan cuaca baik siang dan jalan dua lorong lurus lepas turun bukit.

Setakat ini post mortem telah selesai dijalankan oleh pihak hospital dan jenazah M1 dan M2 akan diambil oleh waris mangsa. Utk makluman pemandu dan semua penumpang dalam m/kar 5.1 ialah keluarga kepada SI 96458 Roslan bin ismail.

7.Tindakan setakat ini

. ~Lawat ke tempat kejadian.
~Ambil gambar&rajah kasar.
~Hadir post mortem M1&M2.

Sekian terima kasih Dato/Tuan.

[10/4, 18:47] Kpl Haizal: Copy n paste dari group lain. Al fatihah..Hanya nak Maklum salah satu kenderaan yg terlibat kmlangan itu ialah Isteri dan Anak SI Roslan Pulapol Bkt Sentosa. Difahamkan isteri dan anaknya telah meninggal dlm kemalangan di Terowong Menora Ipoh.sebentar tadi...Anak yang lain dihantar ke Hospital Kuala Kangsar. SI Roslan bekas SI unit pengambilan Bkt Aman.



Video kemalangan :-














IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[PENTING] Google Street View Ancam Privasi Orang Awam: Bagaimana Cara Atasinya?


Baru-baru ini dilaporkan Google Street View kini sudah memetakan 90% jalan-jalan awam di Semenanjung Malaysia.

Langkah Google berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi di Facebook Astro AWANI, lapor astroawani.com

Rata-ratanya berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

“Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah,” tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, “Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak.”

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

“Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami Nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini,” tulis beliau.

Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.

“Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut,” tulisnya.

Sementara itu, admin amanz.my menyatakan,

"Semalam kami mengembara secara maya menggunakan fungsi ini dan kami menyedari ada gambar kenderaan milik kami yang tidak dipadamkan nombor pendaftarannya secara penuh oleh pihak Google. Mengikut undang-udang, pihak Google harus mengaburkan muka individu dan setiap nombor kenderaan yang dipaparkan di dalam Street View.

Sekiranya anda menemui imej peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan milik anda yang tidak dikaburkan apakah yang boleh anda lakukan? Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengarahkan Google untuk memadamkannya bagi pihak anda.

1) Buka laman Google Maps. Taipkan alamat atau taman rumah anda di kotak carian.
2) Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
3) Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
4) Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
5) Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





5 Okt 2014

[GAMBAR BERBICARA] Edisi Jahil Tukil, Ada Rukuk Semasa Solat Jenazah


Ini mazhab mana solat jenazah ada rukuk?....Salah seorang makmum masih lagi berada dlm keadaan rukuk (anak panah)....Mazhab 20 sen ke?....

Lain kali PM buat statement mcm ni...

"Bersama kenamaan yg lain melakukan solat sunat sebelum solat jenazah Ibu Saudara saya di Masjid Negara".. -laksamanabentan









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Perjanjian Air, TSKI Sudah Sorokkan Perjanjian?


Mana perginya salinan perjanjian penstrukturan air Selangor?

SHAH ALAM, 3 OKT: Pengumuman Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bahawa Kerajaan Negeri tidak memiliki salinan perjanjian penstrukturan semula air Selangor mengejutkan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ,Tony Pua, berkata hanya dengan memiliki salinan itu Kerajaan Negeri boleh membuat keputusan mengenai langkah seterusnya demi melindungi kepentingan rakyat .

Menurutnya tidak ada alasan keselamatan negeri untuk tidak mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana ia dikatakan hanya meliputi langkah penstrukturan semula.

“Tidak masuk akal bagaimana seluruh kerajaan negeri termasuk ahli Exco di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim langsung tidak tahu menahu kenapa kerajaan negeri tidak memiliki salinan perjanjian tersebut.

“Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan perjanjian tersebut dengan segera kepada Kerajaan Negeri supaya pihak negeri dapat mengetahui hak dan tanggungjawabnya,”
katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan digesa untuk mendedahkan kandungan perjanjian tersebut, yang ditandatangani tiga minggu lalu sebelum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

Katanya, beliau menyokong kenyataan Mohamed Azmin supaya perjanjian penstrukturan semula dengan Kerajaan Persekutuan didedahkan kepada orang awam.

“Adakah bekas menteri besar turut tersalah bawa perjanjian air yang penuh misteri itu ketika membungkus barang-barang peribadinya sebelum keluar dari pejabat MB?,” soalnya dalam yang hairan bahawa salinan perjanjian tersebut turut tidak disimpan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Perjanjian tersebut ditandatangani Abdul Khalid pada 12 September lalu dan dokumen berkenaan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Semalam, Azmin mahu Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya perjanjian itu didedahkan umum dalam masa seminggu.

ULASAN GB

Sunggu pelik. Perjanjian yang penting melibatkan kerajaan negeri tetapi tiada dalam simpanan kerajaan negeri.

Mengapa jadi begitu? Apakah ia sudah dibawa lari keluar dari pejabat MB?

Kita melihat bahawa perjanjian tersebut telah dibuat begitu tergesa-gesa dahulu, sewaktu TSKI sudah pun kehilangan kepercayaan dari partinya utuk meneraju Selangor.

Jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah?









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[PENGAJARAN] Satu Temuduga Yang Menginsafkan Buat Seorang Gadis


Kisah Sedih Pengorbanan Seorang Ibu Demi Kejayaan Anaknya Yang Pasti Mengalirkan Air Mata Anda...

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?"

Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka. -mediasensasipanas









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI