8 Okt 2014

[PANAS] Tamrin Keluar PAS?

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.

Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Beliau dikhabarkan akan menjadi individu bebas yang tidak terikat kepada mana-mana parti lagi selepas ini.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. Telefon bimbitnya tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali, malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

Sejak menyertai Pas sebelum pilihanraya umum lalu, Tamrin adalah antara penceramah yang aktif berkempen ke seluruh negara bagi memastikan PR memperolehi kemenangan dan mampu menewaskan BN. Dalam banyak pilihanraya kecil juga, penglibatannya hampir tidak pernah terkecuali.

Namun, sejak tercetusnya isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah menimbulkan kekalutan selama beberapa bulan sehingga akhirnya Sultan Selangor memilih Azmin Ali menggantikan Khalid Ibrahim, Tamrin berpendirian sama dengan kumpulan progresif dan profesional dalam Pas yang mahukan parti itu berpegang pada janji dan muafakat dalam PR.

Tindakan Pas yang berdolak-dalik, berubah pendirian dan akhirnya turut mencalonkan Adunnya sendiri dipercayai adalah antara punca berpanjangannya kemelut itu di Selangor sehingga meretakkan hubungan antara kumpulan ulama dengan profesional dalam parti itu.

Walaupun Pas, terutamanya kumpulan ulama mungkin mengatakan keputusan Tamrin ini tidak menjejaskan perjuangan parti itu tetapi haruslah disedari bahawa kekecewaan terhadap sikap Pas itu turut juga dikongsi oleh banyak kelompok lain dalam masyarakat sejak kebelakangan ini seperti kakitangan kerajaan, swasta, guru-guru, pekerja profesional dan sebagainya.

Semua mereka ini mempunyai jiwa Islam dan ingin melihat kemenangan Islam tetapi sikap yang ditunjukkan dalam kemelut di Selangor yang seolah-olah Pas mula "bermain mata" dengan UMNO bukan saja menyebabkan ada yang sudah tidak mahu lagi menyokong Pas, bahkan ramai juga yang enggan mengundi calon Pas dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain Tamrin, antara pemimpin UMNO yang telah menyertai Pas sebelum ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib dan tokoh korporat daripada Pulau Pinang, Abdul Rahman Maidin.

Adakah mereka ini juga bakal mengikuti jejak Tamrin selepas ini? -shahbudindotcom

ULASAN GB

Jika benar berit aberkenaan, nampaknya bahana "barua" mula menimpa PAS.

Jika tidak buka juga mata, kita berserah kepada Allah, terhadap orang yang telah menyebabkan berlakunya hal sedemikian.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





26 ulasan:

Awanama berkata...

Wahai puak UG , Puak wala , nak ambil tindkan dan pecat Saari dan hasnol lagi ke... Tunggulah kamu ! PR14 Kelantan pun mungkin linggkup .

Awanama berkata...

Sokong tindakan Sdr. Tamrin. Mmg sepatutnya kita tak sepatutnya menyertai mana-mana parti, kalau menjadi ahli parti takut menjadi taksub kpd pemimpin. Bantai saja mana yg tidak betul. Sekiranya tuan2 rasa dapat menegur pemimpin sertailah tapi rasanya teguran tuan2 tu hanya setakat diwarung2 saja.

Awanama berkata...

Agama Islam tetap utuh.pas tu kena berubah.Islam for all

Awanama berkata...

Wahai puak UG , Puak wala , nak ambil tindkan dan pecat Saari dan hasnol lagi ke... Tunggulah kamu ! PR14 Kelantan pun mungkin linggkup .

sb dehlawi berkata...

tAhniah tamrin. akan ramai lg menyusul

IbnAbdHalim berkata...

Resipi yg dihidang UG menumpulkan selera.

Anti Fitnah berkata...

Ingat pesanan orang tua-tua, "Marahkan nyamuk bakar kelambu". Ini bukan sahaja tidak membunuh nyamuk malahan mengundang lebih banyak nyamuk.
Tinggalkan PAS ... harus difikir dengan teliti. Kita boleh mengubah PAS dengan mengubah kepimpinannya. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebelum nila itu merebak, cepat-cepatlah kita keluarkan nila itu daripada besen, maka insyaallah akan selamatlah susu itu. Kalau nila itu tak ingin keluar, kita beramai-ramai keluarkannya. Di penghujungnya, jika masih tidak dapat menyelamatkan PAS, maka barulah kita biarkan PAS itu karam. Insyaallah dengan niat kita yang suci, PAS baru akan wujud dengan semangat juang yang lebih tinggi semata-mata untu memartabatkan agama Islam.
Satu persoalan dari aku, adakah KETUANAN ISLAM di dunia ini? Yang aku tahu hanya akan "ketuanan Melayu" yang dilaung-laungkan oleh puak pelampau Melayu. Dalam Islam, adakah benda ini? Minta pencerahan dari sahabat. Ramai sahabat aku yang bukan Islam ingin mengetahuinya.

Awanama berkata...

Saya turut terima sms dari tamrin …dia dgn tegas nyatakan akan keluar PAS berikutan kemelut termaklum

Anti Fitnah berkata...

Ingat pesanan orang tua-tua, "Marahkan nyamuk bakar kelambu". Ini bukan sahaja tidak membunuh nyamuk malahan mengundang lebih banyak nyamuk.
Tinggalkan PAS ... harus difikir dengan teliti. Kita boleh mengubah PAS dengan mengubah kepimpinannya. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebelum nila itu merebak, cepat-cepatlah kita keluarkan nila itu daripada besen, maka insyaallah akan selamatlah susu itu. Kalau nila itu tak ingin keluar, kita beramai-ramai keluarkannya. Di penghujungnya, jika masih tidak dapat menyelamatkan PAS, maka barulah kita biarkan PAS itu karam. Insyaallah dengan niat kita yang suci, PAS baru akan wujud dengan semangat juang yang lebih tinggi semata-mata untu memartabatkan agama Islam.
Satu persoalan dari aku, adakah KETUANAN ISLAM di dunia ini? Yang aku tahu hanya akan "ketuanan Melayu" yang dilaung-laungkan oleh puak pelampau Melayu. Dalam Islam, adakah benda ini? Minta pencerahan dari sahabat. Ramai sahabat aku yang bukan Islam

Awanama berkata...

PAS Parti Politik GAGAL. Itu FAkta !

Bukan tamrin saja , tapi semua ahli ahli PAS sepatut nya jadi waras dan mula ber fikir seperti manusia biasa keluar terus dari PAS.

Awanama berkata...

Jawatan presiden hanya untuk ulamak sahaja. Hadis mana ko pakai? Zaman sekarang taraf ulamak hanya sesuai mengajar sekolah pondok saja. ini berkaitan politik. Kalau islam nak maju hanya golongan profesional saja yg layak untuk berpolitik.

Awanama berkata...

Tamrin tak bijak kalau keluar pas kerana kecewa dengan penghuni UG dalam pas. Itu menapak kebelakang namanya. Apa yang Tamrin patut lakukan adalah merapatkan saf bersama jemaah Pakatan dalam pas dan pertahankanya dari dalam. Pas bukan milik UG, ia milik sah semua ahli Pas. Bersatu kita utuh menarik diri kita lumpuh, teruskan berjuang wahai Tamrin Ghafar.

Awanama berkata...

Secara peribadi aku berpendapat sekiranya Hj Hadi tidak digantikan dan tampuk kuasa PAS masih didominasi oleh Geng UG...maka kita semua penyokong Pakatan Rakyat akan berputih mata utk melihat PR mengambilalih pentadbiran Putrajaya pada PRU KE 14 nanti...kpd pimpinan PAS yg ada autoriti buatlah sesuatu sebelum pengundi semakin benci dan jauh dari PAS...majoriti sekarang benci kepada Geng UG...tak percaya boleh buat debat atau undian...mari sama2 kita lihat siapa yg kenaaa...

Awanama berkata...

Bodo belaka...bukan nak baiki..jenis nak menjaham..gi lah nak tubik ko nak tukar parti ikutlah..tapi kalu tamrin tu cerdik dia tak lari....

Awanama berkata...

suh letak jawatan tak mahu letak, kalau macam tu, ikut stail Tamrin, kita keluar, tinggalkan PAS sama UGnya.. PAS bukan lagi FOR ALL tapi hanya utk UG.

Awanama berkata...

lepas ni pemimpin pas `barua` tu katakan ,pas dibersihkan..kononnya, mcm dia aje yg bersih

Awanama berkata...

Aku masih sokong PAS pun sebab adanya tokoh spt Mat Sabu, Husam Musa, Mahfuz Omar, Khalid Samad, Mujahid...diaorg nilah yg selama ni kehulu kehilir berceramah menarik pengundi di seluruh negara... geng ug ada? Setakat berlegar kat negeri dan jadi jaguh kampung jea tak payah sembang lebihlah wahai geng ug...cuba try panggil Nik Amar dgn Nik Abduh buat ceramah kat Tmn Melewar, kita tengok brp kerat org dtg dgr....puiii...

sb dehlawi berkata...

pada aku tindakan tamrin tu wajar sebgai protes kepada puak2 ug yg dah makin bengong. jika tiada tindaka seperti itu, puak2 ug ni anggap apa sja yg dilakiu mereka tidak dibantah, sekalipun tidak bersetuju. klaupun dibantah bolehkan tuang presideng dan juak2nya menerima bantahan? nnti dituduh tak wala pula dan di serang geng2 samseng yg dibela ulama.

klau keluar parti tamrin bebas kritik pas. dan jika pas dah berubah tamrin boleh masuk semula pas. ikut resmi mahathir.

Kekasih Gelap berkata...

UG dlm PAS tk peduli pun jika PR nak pecah dan lemah. silap2 itu yg dihajatkan.

mereka seolah sedang meminta cerah kerana sudah ada kekasih baru diluar yg menunggu.

dia tk tahu kekasih baru itu seorg kasanova yg habis madu sepah dibuang.

dek kerana dh termakan pujuk rayu dan material maka dia tk peduli apa org nk kata.

pada mereka kekasih diluar tu islam juga, melayu juga, apa salah bercinta dengannya.

cinta itu buta...dan telah membutakan hati..

anak2 sedang mengharap ibu mereka bertanggungjawab dgn keluarga. tp cinta telah menyebabkan ibu mereka sanggup campak tudung, demi kekasih baru... yg sangat hensem dan kaya.

non berkata...

Apa nak hairan bekas org umno.... kami org PAS sejati.. tak hairan dgn org yg sujud dgn kebendaan.... kami percaya akan kebolehan ulama memerintah.. ALLAH maha besar

Awanama berkata...

Skrg ni nak turun join himpunan bantah gst dan minyak naik pun dah tak stim mcm dulu lagi...tambah2 kalau arahan tu dtg dari mulut Hj Hadi...bab2 himpunan rakyat ni puak ug tak mau dengar...geng ug ni kalau ada himpunan rakyat btg idung pun tak nampak...tp bab nak pecah belahkan pr cepat jea ko yea...

Awanama berkata...

Ameersyah Batsyah:

Kata PAS perjuangan nya,
Semua bole terima,
PAS for ALL,bahasa omputeh begitu bunyi nya,
Maka terjalin lah dgn PKR dan DAP kerjasama,
Nak tumbang kan BN hasrat bersama,
Bila pengundi india cina,pangkah pas masa pilihan raya,
Bertakbir lah PAS gembira,pas sudah terima,
Bila Taib,Tamrin joint PAS,maka takbir lagi bangga,
Bila TGHA mula sombong dan bangga,
Satu persatu,org tinggal kan nya,
Kalau kata bau busuk lemvuno,mcm tahi ada nya,
Dlm pas pis pus bau kentut pula,
Org pakat lari,dia suka,
Pakat sulam takbir pula,
Nak di samakan dgn hal di perak pula,
Kata nya PKR n DAP yg punya angkara,
Di perak tu,spesis katak lompat kesah nya,
Di beli lemvuno nak buat cam mana?
Tamrin keluar pas,bukan di beli sapa sapa,
Tapi dia berperinsip,tp pada ulama ur wala perinsip tiada,
Kes isu MB sgor,bole jadi bukan katak lompat!
Tapi lembu pula nak ajar melompat,
Lemvuno umpan UG utk suruh melompat,
SI ulama tersohor pun punya muslihat,
AA di ajak muafakat utk kerja jahat,
Mengajar org belot,itu bukan muafakat bawa berkat,
Itu muafakat yg jahat

Awanama berkata...

Mat Taib, bila lagi.
Keluar jangan tak keluar.

non berkata...

Nampak sgt tak pernah jelajah surau dgr kuliah.... ka tak pernah pergi surau..ustaz2 disurau selalu seru kami utk hadiri perhimpunan anjuran PR....

non berkata...

Mat taib dah jadi org surau.. susah nak di pengaruh... org yg tanya mat taib pi lah jumpa jemaah dgn mat taib di surau... bawa2 lah belajar bertaubat dgn mat taib

Awanama berkata...

Mu pernoh nampok ke Harun Din, Nik Amar, Nik Abduh dan Ustaz2 UG turun himpunan? Hok org kabo ni ustaz ug mu paham ke dok? Mu brp ari baru kenal politik ni?