2 Okt 2013

Kaum Liberal Ikut Kudeta, Kerana Putus Asa Hadapi Parti Islam -updated

Pasca revolusi Januari 2011, kaum liberal selalu mengalami kekalahan menghadapi parti Islam dalam beberapa peristiwa demokrasi.

Selain itu, kaum liberal juga tidak memberikan sesuatu yang nyata dan bermanfaat bagi rakyat Mesir. Karena itulah mereka melakukan kudeta dengan tujuan menjatuhkan parti Islam dari pemerintahan.

Hal ini disampaikan Samiyah Khalil, pemerhati politik Mesir di lamanweb fj-p.com, Isnin (30/9/2013) semalam.

Tambahnya, semua proses yang dilakukan pasca kudeta hanyalah langkah-langkah untuk mengokohkan status yang dipaksakan kepada rakyat Mesir ini. Motivasi tindakan-tindakan ini Islamphobia. Mereka berusaha kembali kepada kekuasaan dengan cara apapun.

Pindaan Perlembagaan yang dilakukan akhir-akhir ini menampakkan paradoksi kekuatan awam dengan kondisi sebenar di lapangan. Pihak-pihak yang sekarang duduk di majlis pindaan perlemabgaan itu sebenarnya tidak mempunyai asas pendukung yang besar, dan juga tidak mempunyai akar sejarah yang kuat di masyarakat. Oleh karena itulah mereka memaksakan kehendak mereka kepada masyarakat. Mereka ingin menjadikan Mesir sebagai negara sekular.

Di antara hal yang jelas menunjukkan hal tersebut, ditetapkannya idea pelarangan mendirikan parti dengan dasar keagamaan. Bahkan lebih parah lagi parti yang didukung kalangan keagamaan juga hendak dilarang. Dengan demikian, tidak hanya Ikhwan saja yang akan dipinggirkan dengan pindaan perlembagaan ini, tapi semua parti yang bakal didirikan untuk memperjuangkan agama Islam juga akan turut dilarang. Seperti Parti Wasath, An-Nur, dan sebagainya. Yang boleh hidup di Mesir hanyalah parti-parti dengan dasar sekular dan didukung kalangan sekular.

ULASAN GB

Begitulah juga keadaan kaum "liberal" di Malaysia ini.

Mereka melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa sekalipun "majoriti" rakyat sudah menolak mereka.

Mereka menggunakan SPR sebagai alat untuk memenangi pilihanraya melalui persempadanan pilihanraya dengan memenangi lebih banyak kerusi sedangkan undi popular tidak berpihak kepada mereka.

Mereka tanpa segan silu cuba untuk meminda akta-akta dan memaksa rakyat menerimanya sekalipun tahu bahawa mereka adalah "kerajaan minoriti".

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Mereka bakal terhumban ke jurang paling dalam!

1 Okt 2013

[NAFSU IBLIS] Sudah Ada Dua Isteri, Rogol Pula Anak Sendiri

Anak 10 tahun pemuas nafsu

KUALA TERENGGANU - Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Mangsa yang belajar di sebuah sekolah asrama akan pulang ke rumah neneknya setiap dua minggu bagi menghabiskan cuti hujung minggu, sementara ibunya menetap di Wakaf Tapai, Marang kerana bekerja di sana.

“Semasa itulah, suspek ambil kesempatan mengajak mangsa bermalam di kebun tempat dia bekerja tidak jauh dari rumah nenek sebelum melakukan perbuatan terkutuk tanpa kerelaan mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, disebabkan terlalu takut, mangsa hanya membiarkan suspek yang turut memiliki dua isteri itu melakukan perbuatan jijik itu terhadap dirinya buat sekian kalinya.

“Sebaik melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah ibu yang juga nenek mangsa pada keesokan harinya,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma mula menunjukkan perubahan sikap dengan sering menjauhkan diri, serta dilihat sentiasa berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengan suspek dan disedari ibu saudaranya sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Sejurus menerima berita itu, ibu mangsa berusia 30-an segera ke sekolah untuk berjumpa mangsa dan selepas puas dipujuk, barulah mangsa berani membuka mulut menceritakan kejadian sebenar.

“Mangsa turut mendakwa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak berusia 10 tahun lagi, dan hanya berdiam diri kerana bimbang akan diapa-apakan bapanya yang sering mengugut akan memukul dan bertindak lebih kasar jika dia menceritakan kepada ibunya,” katanya.

Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibu mangsa yang juga isteri pertama suspek membuat laporan polis pada 23 September lalu sebelum suspek ditahan di rumah isteri keduanya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.10 pagi, kelmarin.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. -SH

[TRAGEDI] Keracunan Kenduri Kahwin: 3 Maut, 60 Terima Rawatan

Yan - Gara-gara menjamu selera di satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sabtu lalu, tiga maut manakala lebih 60 orang mengalami keracunan makanan.

Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.

Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa menghadiri majlis kenduri yang sama dan mendapat simptom keracunan yang sama berpunca daripada makanan yang dimakan.

Seorang tetamu hadir ke kenduri berkenaan, Rozita Sharif, 38, berkata, selepas pulang daripada kenduri itu, dia berasa tidak sedap badan serta pening dan sakit perut.

“Awalnya saya hanya anggap sakit perut biasa dan cirit-birit biasa sahaja, tetapi dikejutkan dengan berita kematian anak jiran saya yang dikatakan meninggal selepas mengalami sakit perut.

“Sejurus itu saya terus datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, pihaknya mendapati kesemua mangsa mempunyai tanda-tanda mengalami keracunan dan meminta semua yang hadir ke kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran.

“Pihak hospital sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kita menerima laporan tiga orang yang telah meninggal dunia.

“Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius. Pihak hospital akan mengambil sampel najis mangsa untuk sahkan jenis kuman yang dijangkiti mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini. -SH

Keracunan: Tetamu sebelah petang ramai terkena

SUNGAI PETANI – Mangsa terbaru keracunan makanan, Ibrahim Mohamad, 62, disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 6.30 petang tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Jenazah yang dituntut keluarga akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu sebaik sahaja selesai bedah siasat di HSAH.

Anak mangsa, Zulkifli, 31, berkata, bapanya dikatakan mengalami cirit-birit sejak pagi Ahad lalu akibat dipercayai keracunan makanan selepas dikatakan menghadiri majlis perkahwinan berdekatan rumahnya di Kampung Huma, Tanjung Dawai, jam 6 petang Sabtu lalu.

“Pagi itu (Ahad), ayah dah mengalami cirit-birit serta beberapa kali masuk ke tandas, bagaimanapun keadaannya masih baik serta boleh bercakap seperti biasa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSAH hari ini.

Menurut Zulkifli, keadaan Ibrahim dilihat semakin tidak bermaya beberapa jam selepas itu menyebabkan ahli keluarga membawanya ke Hospital Daerah Yan tengah hari semalam bagi mendapatkan rawatan.

“Walaupun dibenarkan pulang selepas ditambah air dalam badan, keadaan ayah semakin lemah serta tidak mampu berjalan menyebabkan ayah terus ditahan wad.

“Disebabkan makin kritikal, ayah kemudian dirujuk ke HSAH lebih kurang jam 2 petang tadi,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia jam 6.30 petang.

Sementara itu, penduduk, Puan Md Noor, 55, berkata, anaknya yang berusia 25 tahun juga menerima rawatan di HSAH akibat keracunan selepas menghadiri kenduri yang sama.

“Anak kelima saya, Mohd Nazri Deraman, turut mengalami loya dan muntah serta cirit-birit dipercayai selepas makan kenduri.

“Nazri terlebih dahulu menerima rawatan di sebuah klinik di Semeling pada jam 9 malam semalam.

“Tetapi, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan keluarga membawanya ke HSAH pada jam 2 petang tadi,” katanya.

Mohd Nazri dikatakan makan kenduri pada jam 3 petang Sabtu lalu dan mula mengadu sakit pada jam 7 pagi keesokan hari.

“Tetapi Alhamdulillah selepas dimasukkan air dalam badan, dia dibenarkan pulang jam 7 malam tadi,” katanya.

Puan berkata, dia juga menghadiri majlis kenduri yang sama tetapi makan masakan yang disediakan lebih awal pada tengah hari.

“Saya juga ada cubit sikit ayam yang dimasak itu tetapi mujur tidak sakit,” katanya.

Difahamkan, majlis kenduri yang diadakan Sabtu lalu disediakan secara bergotong-royong tetapi dikatakan hanya tetamu yang menghadiri jamuan sebelah petang mengalami keracunan.

Sumber mengatakan, lebih ramai mangsa yang telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran serta hospital berdekatan, namun jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan berikutan tiada pengesahan dari mana-mana pihak.

Kejadian turut dipercayai meragut dua nyawa lain termasuk Mohd Noor Rahmat, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan dan Nor Syazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Merbok.
-SH

[VIDEO] Ucapan TG Nik Aziz Titis Air Mata Di Hadapan Selebriti


Kelantan tubuh Akademi Seni Islam

Ampang - Kerajaan Kelantan akan menubuhkan Akademi Seni Islam bagi membantu selebriti mengembangkan bakat mereka mengikut landasan Islam.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob berkata, penubuhan akademi itu sekali gus beri peluang selebriti menggunakan medan hiburan sebagai aktiviti berdakwah dalam seni.

"Kita akan cuba membina Akademi Seni Islam ini dan akan buat kajian terbaik untuk tubuhkannya.

"Bukan seperti dalam politik, tapi orang seni yang boleh mengetengahkan Islam dengan pelbagai cara. Yang penting Islam itu agama fitrah dan mampu beri ketenangan kepada semua pihak," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti di sini, semalam.Hadir sama, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seramai 30 selebriti tanah air dan seorang dari Indonesia hadir memeriahkan majlis itu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Islam sendiri tidak halang umatnya berhibur selagi tidak melalaikan atau menyimpang daripada kesucian Islam.

"Selama ini mereka berpendapat, selebriti ini berasingan dengan kerja-kerja gerakan Islam, tapi sebenarnya Islam itu boleh dihayati keindahan dan nikmatnya dalam pelbagai bentuk yang boleh dizahirkan dalam sanubari kita.

"Mungkin melalui ahli seni, ahli kebudayaan ini boleh menyampaikan seperti sajak, syair, lakonan, nyanyian bahawa Islam itu murni dan cantik," katanya.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz dalam ucapannya memanjat kesyukuran melihat selebriti tanah air yang semakin hari ramai mendekati Islam.

"Alhamdulillah dengan usaha kerdil di bawah Kelantan, seorang demi seorang kembali ke ajaran Islam, kerja-kerja (dakwah) Islam ini adalah kerja wajib, tiada pilihan," katanya. -SH


Catatan Dr.Maza Yang Turut Hadir

..bersama TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan semalam di majlis meraikan selebriti yang menyumbang untuk Kelantan..saya bukan selebriti, tapi rakyat marhaen yang turut dijemput..terima kasih Kerajaan Kelantan yang meminta saya memberi sedikit ucapan semalam..seperti yang saya sebutkan bahawa Kerajaan Kelantan adalah universiti terbuka rakyat yang mendidik dan mengajar kematangan ilmu dan politik untuk rakyat Malaysia..keistimewaan itu kurniaan Allah kepada TGNA dan pimpinan Kelantan..bukan kerna parti mereka, tapi kerana kesungguhan mereka dan pertolongan Allah..PAS gagal di Trengganu dan Kedah tapi TGNA dan pimpinan Kelantan berjaya..TGNA merupakan mahaguru rakyat yang mendidik kematangan dan beliau merupakan lagenda bagi politik negara ini..tiada siapa dapat memadamkan kegemilangan politik beliau dalam catatan sejarah Malaysia..walaupun dihimpit, ditindas, dizalimi dan cuba dikaitkan dengan pelbagai tuduhan, kerajaan beliau kekal begitu lama dan tiada tuduhan yang boleh disabitkan ke atas TGNA di mahkamah..saya gembira beliau melepaskan jawatan dalam kegemilangan..moga hidupnya mulia dan matinya juga nanti mulia..bak kata Syauqi Dif bahawa sebutan selepas ketiadaan kita adalah umur kita yang kedua..saya rasa bertuah berada dengan beliau semalam..moga Allah panjangkan umurnya dan diberikan kesihatan yang baik.. -fb drmaza



Setelah Peluk Islam, Muhammad Ali Sedar Ia Bukan “The Greatest”


Tahun berapapun anda lahir, jika anda menggemari tinju, nama Muhammad Ali tak akan menjadi asing. Ali, dalam dunia tinju dianggap sebagai sosok besar kerana sikap dan prestasinya di atas gelanggang. Namun yang paling membuat ia sangat terkenal adalah kerana ia seorang Muslim. Atau tepatnya ketika ia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.

Sebelum masuk Islam, Ali menjuluki dirinya sendiri dengan “The Greatest” kerana dia adalah petinju terbaik pada masanya. Bahkan para pengamat olahraga mengakuinya sebagai petinju terbaik abad itu. Sejarah tinju belum pernah mengenal petinju sehebatnya. Dia berlaga dengan tangkas di gelanggang dan memukul KO lawannya, lalu berseru dengan bangga, “I Am The Greatest”.

Akan tetapi setelah masuk Islam, dia membuang julukan ini, kerana tidak sadar bahawa hanya ada satu yang Maha Besar di alam semesta ini.

Terlahir dengan nama Casius Mercelus Clay, setelah masuk Islam, ia mengganti namanya menjadi Muhammad Ali Clay.

Berikut adalah paparannya ketika masuk Islam.

“Aku dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat. Daerah yang dikenal dengan ayam goreng khas yang memakai namanya, yang juga terkenal dengan perbezaan etnik yang kental.

Sejak kecil aku sudah merasakan perbezaan perlakuan ini kerana aku berkulit coklat. Barangkali hal inilah yang mendorongku untuk belajar tinju agar boleh membalas perlakuan jahat teman-temanku yang berkulit putih. Dan kerana aku mempunyai bakat serta otot yang kuat sehingga memudahkan jalanku.

Ketika belum genap berusia 20 tahun, aku sudah menang di pertandingan heavyweight di Sukan Olimpik Rom tahun 1960.

Hanya beberapa tahun kemudian aku berhasil merebut juara dunia heavyweight dari Sony Le Stone dalam pertarungan paling pendek, kerana hanya beberapa minit aku berhasil menjadi juara dunia. Dan di antara tepuk riuh para pendukung dan kilatan-kilatan alat kamera, aku berdiri didepan jutaan penonton yang mengelilingi ring dan kamera TV Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengganti namaku menjadi Muhammad Ali Clay. Untuk memulai sebuah peperangan baru melawan kebatilan yang menghalangiku mengumumkan ke-Islaman-ku semudah ini.

Perpindahanku ke agama Islam adalah hal yang wajar dan selaras dengan fitrah-fitrah yang Allah ciptakan untuk manusia. Kembaliku ke fitrah kebenaran memerlukan waktu bertahun-tahun untuk berfikir, ini dimulai tahun 1960, ketika seorang teman muslim menemaniku pergi ke masjid untuk mendengarkan pengajian tentang Islam. Ketika mendengarkan ceramah, aku merasakan panggilan kebenaran memancar dari dalam jiwaku, menyeruku untuk menggapainya, yaitu kebenaran hakikat Allah, agama dan makhluk.

Perjalanan keimananku berlangsung bertahun-tahun dalam bentuk perbandingan antara Islam dan Masehi, satu perjalanan yang amat berat, kerana orang-orang disekitarku menghalangiku, keadaan masyarakatku rusak, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, ditambah lagi dengan doktrin gereja yang menggambarkan keadaan orang-orang muslim yang lemah dan terbelakang yang diakibatkan oleh ajaran Islam itu sendiri.

Tapi Allah memberiku petunjuk, dan menerangi jalan pilihanku sehingga aku dapat membezakan antara realiti umat Islam sekarang dengan hakikat Islam yang abadi. Aku meyakini bahwa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Tidak membeza-bezakan warna kulit, etnik dan ras, semuanya sama dihadapan Allah azza wa jalla. Yang paling utama di sisi Tuhan mereka adalah yang paling bertakwa. Aku meyakini sedang berada didepan sebuah kebenaran yang tak mungkin berasal dari manusia.

Aku membandingkan ajaran Triniti dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Aku merasa bahwa Islam lebih rasional. kerana tidak mungkin tiga Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Ini suatu hal yang mustahil terjadi dan tak akan memuaskan orang yang berakal dan mahu berfikir. Aku merasakan betapa orang-orang Islam menghormati Isa A.S. dan ibunya. Menempatkan mereka pada kedudukan yang sama. Ini hanya ada dalam Islam atau ajaran Nasrani yang masih murni. Aku membaca terjemahan Al-Qur’an dan akupun bertambah yakin bahwa Islam adalah agama yang hak yang tidak mungkin dibuat oleh manusia. Aku cuba menggabungkan diri dengan komuniti muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi dan saling membimbing. Hal ini tidak aku dapatkan selama bergaul dengan orang-orang Nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukan keperibadianku.” -adaptasi dari islampos

30 Sep 2013

Baca Quran Rahsia Panjang Umur

Alor Setar - Seorang warga emas yang sering menjadikan al-Quran sebagai pegangan dan amalan hidupnya di kala waktu pagi, petang, dan malam membuatkan hidupnya kekal pada usia lebih 100 tahun.

Tinjauan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Hujung Teluk Kechai, dekat Kuala Kedah baru-baru ini dilihatkan betapa agungnya kebesaran tuhan terhadap penciptanya yang masih kuat pada usia seperti itu.

Difahamkan, Husain Teh yang kini dianggarkan mencapai usia pada umur 124 tahun sering menghabiskan masa dengan membaca al-Quran pada waktu lapang dan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Beliau yang kini dijaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61, dan isteri, Ku Zabedah Ku Ahmad, 58, merasakan amat dihargai kerana anak-anak masih menyayanginya.

Ahmad berkata, dengan usia yang seperti itu, ayahnya masih kuat seperti orang muda dan boleh melakukan pekerjaan seperti biasa, termasuk mengangkat barang yang tidak terlalu berat.

Menurutnya, pemeriksaan ujian darah di hospital juga mendapati ayahnya tidak menghidap sebarang penyakit meskipun penyakit yang dipanggil ‘tiga serangkai’ iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

“Ayah mempunyai hobi yang sangat menarik sejak usia muda. Pada waktu lapang saja, dia suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan khatam al-Quran.

“Berbanding dengan orang lain seperti kita mungkin tidak mampu untuk buat seperti itu kerana sibuk dengan urusan kerja. Kalau ada, mungkin sebulan sekali. Itu pun pada bulan Ramadan saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Rahsia membaca al-Quran

Jelasnya, keunikan hasil daripada kekerapan membaca al-Quran itu juga membuatkan penglihatan ayahnya masih tajam dan tidak memerlukan pemakaian cermin mata untuk membaca.

“Ayah baca al-Quran tidak pakai cermin mata, penglihatan dia masih tajam. Baca surat khabar dan menonton televisyen pun tidak pakai cermin mata. Malah dia masih kenal setiap gambar yang dipaparkan, khususnya tokoh-tokoh politik,” katanya.

Ahmad berkata, keajaiban yang dimiliki oleh ayahnya sehingga mampu bertahan pada usia lebih 100 tahun itu juga turut dikagumi oleh jiran-jiran dan masyarakat setempat yang mengenalinya.

“Ramai juga jiran-jiran selalu datang rumah melawat ayah. Tambahan pula, ayah seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang ramai. Sehinggakan pada suatu hari, ayah berani ke bandar seorang diri menaiki bas tanpa pengetahuan kami sekeluarga.

“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kami sekeluarga tidak membenarkan ayah keluar rumah seorang diri kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kalau nak keluar pun, kami akan keluar bersama,” katanya.

Mengulas mengenai pengambilan makanan setiap hari, Ahmad berkata, ayahnya tidak mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.

“Kalau bab makan itu sama saja seperti kita, semuanya dia makan. Dengan keadaan gusinya yang tiada gigi itu pun masih mampu makan makanan yang rapuh. Tapi ayah tidak mengambil makan yang tidak sihat.

“Bagaimanapun, nasi lemak mesti menjadi hidangan wajib pada setiap pagi,” katanya.

Masih ingat zaman penjajah

Dalam pada itu, Husain ketika ditemui berkata, dalam fikirannya masih segar beberapa peristiwa semasa zaman jajahan British dan Jepun di tanah air. Antara yang tidak dapat dilupakan adalah keterpaksaan untuk mengingati dan menyanyikan lagu Jepun padas setiap kali berjumpa dengan anggota tentera tersebut.

“Saya ingat lagi, masa itu kami (penduduk tanah air) kena paksa nyanyi dan hafal lagu Jepun. Siapa yang tidak boleh nyanyi nanti kena pukul dengan tentera Jepun,” katanya.

Membuktikan perkara itu, beliau turut menyanyikan sebuah lagu Jepun yang dihafalnya sejak zaman tersebut yang berdurasi selama tiga minit kepada Sinar Harian.

Diselitkan pula mengenai peristiwa sejarah di Kedah, beliau mengakui telah hidup semasa tiga keturunan Sultan Kedah.

“Saya pernah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah di sekitar negeri ini pada suatu ketika dulu.

“Kemudiannya, pemerintahan Sultan Kedah bertukar kepada Sultan Badlishah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah,” katanya.

Hasil perkahwinannya dengan isteri, Che Som Yakob juga telah dikurniakan enam orang cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan.

Difahamkan, beliau yang tidak lagi membuat kerja-kerja bendang sejak kebelakangan ini turut dikurniakan lebih 20 orang cucu, 10 orang cicit dan bakal menimbang seorang pipit dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Gagal rekod tahun kelahiran

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, Jainisah Mohd Noor berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan umur sebenar Husain selepas didapati terdapat tanda bintang kecil pada hujung sebelah kanan MyKad beliau.

“Selalunya orang yang ada tanda bintang pada MyKad ini adalah orang yang telah hidup dari zaman jajahan tentera British ataupun Jepun. Tetapi kita tidak dapat sahkan berapa umur beliau yang sebenar pada ketika ini.

“Cumanya nombor kad pengenalan yang ada pada mykad beliau itu adalah kita ambil sempena tarikh beliau mula daftar untuk buat kad pengenalan,” katanya. -SH

[VIDEO] Aktivis Berdemo Di Parlimen Bantah "ISA 2"


Aktivis hak asasi manusia hari ini mengadakan bantahan di perkarangan Parlimen terhadap pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang memperuntukkan penahan individu tanpa bicara.

Sambil membawa plakad "tarik balik PCA", "tarik balik akta zalim", kumpulan berkenaan turut menggelarkan akta berkenaan ibarat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2.0.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk membantah PCA. Kita tidak perlukan akta seperti ini untuk membanteras jenayah, cukup dengan menyediakan fasiliti kepada anggota polis untuk menentang jenayah berat," kata Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut hadir dalam demonstrasi berkenaan.

"Kita meraikan pemansuhan ISA, namun kurang dari tempoh setahun akta seumpamanya diperkenalkan kembali," kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu lagi di hadapan kurang 50 peserta demonstrasi berkenaan.


Selepas sejam mereka berdemonstrasi di perkarangan Parlimen, wakil ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kemudiannya membawa wakil daripada kumpulan aktivis itu ke dalam Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ambiga turut menjelaskan, negara-negara lain di seluruh dunia juga tiada akta khusus untuk membanteras jenayah.

"Mereka membantu polis dengan menaikkan gaji mereka. Bukan dengan akta," katanya.

Sementara itu, pegual Lawyer for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri berkata :"Kita sekali lagi melihat kerajaan Malaysia gunakan akta untuk menghalalkan penahanan tanpa bicara bagi membanteras jenayah."

Antara wakil ahli Parlimen PR yang turut kelihatan adalah ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran, ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, dan ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff, dan ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali.

Selain Ambiga, antara wakil lain daripada kumpulan aktivis berkenaan yang dibenarkan memasuki Parlimen pula adalah Shukri Razab, Syed Ibrahim Syed Noh, dan Fadiah.

Setiausaha Bahagian Parlimen dan Kabinet KDN Muhamad Sade Mohamad Amin kemudiannya menerima salinan memorandum berkenaan mewakili Ahmad Zahid.

Sejurus menyerahkan salinan memorandum berkenaan, kumpulan aktivis itu bagaimanapun berkeras ingin menemui Ahmad Zahid ataupun timbalannya, dan mereka kemudiannya duduk di di lantai Parlimen.

Tindakan itu kemudiannya menimbulkan sedikit kekecohan apabila pegawai keselamatan Parlimen menasihatkan mereka agar tidak berbuat demikian.

Antara kandungan memorandum kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Rakyat Tolak ISA 2.0 itu adalah Rang Undang-undang PCA itu tidak dibuat tanpa perbincangan menyeluruh dengan pihak berkepentingan.

"Amat mengejutkan apabila sebuah rang undang-undang yang mempunyai kepentingan awam dan memberi kesan yang begitu mendalam tidak melalui proses konsultansi yang telus dan menyeluruh," kata memorandum mereka.

"Pindaan ini dibuat tanpa rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk Majlis Peguam dan masyarakat madani, apatah lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bahawa hari-hari kerajaan lebih mengetahui telah berakhir."

Jelas mereka lagi, Seksyen 19A dalam rang undang-undang berkenaan turut‎ memberi kuasa mutlak kepada Lembaga Pencegahan Jenayah untuk menahan tertuduh selama dua tahun tanpa perlu mendakwa.

"Perkara ini bercanggah dengan Perkara 10 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang mana menetapkan setiap orang dituduh mestilah mendapat hak untuk dibicarakan secara adil di mahkamah dan juga bercanggah dengan kedaulatan undang-undang.”

Selepas dua jam mengadakan demonstrasi di luar dan dalam Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi‎ Tuanku Jaafar kemudiannya menemui kumpulan berkenaan.

"Saya menerima memorandum ini bagi pihak Kementerian kerana menteri tiada di Parlimen," katanya kepada kumpulan berkenaan sejurus menerima memorandum tersebut.

Ditanya tindakan lanjut yang akan dilakukan kementeriannya, Wan Junaidi berkata,"saya tak boleh komen (tuntutan aktivis), keputusan bukan saya seorang, dan ‎saya masih belum baca memorandum ini lagi," katanya kepada pemberita. -TMI


Aktivis anti ISA berhimpun di hadapan Parlimen


Sekumpulan aktivis berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah pindaan Akta Pencegahan Jenayah 2013 (PCA) yang akan dibacakan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Kumpulan yang berarak dari Tasik Perdana itu, tiba di pekarangan Parlimen pada jam 10.40 pagi, dengan laungan bantahan seperti 'Tolak PCA', Tolak kezaliman', 'Hidup Rakyat', dan 'Tolak ISA 2.0'.

Menyifatkan pindaan terhadap PCA itu sebagai satu bentuk kezaliman, para aktivis mengambil peluang berucap di hadapan pihak polis yang mengawal, sementara menunggu ketibaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menemui mereka.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, mendesak kerajaan agar menarik kembali pindaan yang akan dibacakan kali kedua hari ini, sekaligus meminta agar satu perbincangan diadakan bersama semua pihak.

"Pada tahun lalu, kita menerima pengumuman Perdana Menteri untuk ISA dimansuhkan, yang kemudiannya digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma). Namun, ketika ISA masih belum selesai kerana masih ada tujuh tahanan ISA masih merengkok, PCA ini pula akan dipinda bagi membolehkan penahanan tanpa bicara yang serupa dengan ISA," tegas beliau.

Kumpulan tersebut turut disertai Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, barisan peguam, Fadiah Nadwa Fikri, Edmund Bon dan aktivis hak asasi seperti Suaram.

Ketika ini, wakil kumpulan tersebut sedang 'Duduk Bantah' menunggu ketibaan Menteri atau Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk diserahkan memorandum di lobi lama parlimen.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turun menemui kumpulan itu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof; MP Kuantan, Fuziah Salleh; MP Padang Serai, N. Surendran; dan MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
-HD





SPR Perlu Terima Teguran, Bukan Sebelahi Umno BN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu sedia menerima teguran semua pihak termasuk Tribunal Rakyat demi memelihara kepentingan rakyat.

Keengganan SPR membantu siasatan Tribunal Rakyat hanya membayangkan agensi itu mengambil pendirian yang menguntungkan Umno BN sahaja.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata SPR sepatutnya berani dan bertanggungjawab terhadap setiap teguran.

“Tribunal Rakyat mengesahkan isu yang dibangkitkan PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini betapa ada banyak penipuan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

“SPR wajar meneliti secara profesional untuk mengembalikan keyakinan rakyat sebagai agensi yang melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau juga menolak dakwaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kononnya tribunal berkenaan hanya mencari publisiti.

“Ini bukan soal menonjolkan kepentingan mana-mana pihak sebab itulah saya mendesak SPR bersikap terbuka dan mendengar teguran semua pihak khususnya rakyat.

“Keputusan PRU 13 penuh penipuan dan penyelewengan menyebabkan kesan buruk terhadap imej negara kepada dunia antarabangsa,” kata Pengerusi PKR Selangor itu.

Tanda Putera Rugi RM3.8 juta - Bazirkan Wang Rakyat


Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

“Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

“Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya,” katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu ‘Awan Nano’.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2 juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.

Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum.

“Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain,” ujarnya.

Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah. -KD

[KEJAM] Suami Isteri Parah Ditetak


Manjung – Sepasang suami isteri terpaksa merangkak dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian di Kampung Koh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa masing-masing berusia 50-an diserang empat lelaki yang dipercayai bersembunyi berhampiran kediaman pasangan itu sebelum menyerang.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru pulang ke kediaman mereka dengan menunggang motosikal.

Tindakan mengejut itu menyebabkan mereka tidak sempat mengelak serangan kumpulan berkenaan dan kedua-dua mangsa cedera di tangan dan kaki.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang sempat meloloskan diri menjerit meminta bantuan penduduk berhampiran.

Melihat mangsa meminta tolong, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa diserang sekumpulan lelaki hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

“Mereka berdua dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.

"Kita masih belum kenal pasti motif serangan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang laporan kerugian berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -SH

[VIDEO & GAMBAR] Sebuah Pulau Muncul Selepas Gempa Bumi


Khuzdar (Pakistan): Sebuah pulau baru muncul di Pakistan selepas berlakunya gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di wilayah Baluchistan di daerah Awaran pada Selasa lalu yang kelihatan seperti tanah berdebu yang luas.

“Pulau itu setinggi sehingga 100 kaki dan 200 kaki lebar, muncul selepas gempa bumi melanda di bahagian Baluchistan,” kata pegawai kanan pentadbiran Tufail Baluch kepada AFP.

Pegawai itu berkata, pulau yang sama muncul di tempat yang sama di perairan kira-kira 60 tahun lalu tetapi hilang selepas beberapa ketika, yang bermaksud ‘pulau’ sekarang ini mungkin tidak akan bertahan lama.

Ia bagaimanapun tidak menghalang penduduk tempatan menggunakan bot untuk meneroka pulau itu, yang mungkin dilanda lumpur dan pasir.

Saluran televisyen menunjukkan imej kawasan berbatu yang semakin meninggi di atas paras laut, serta orang ramai yang kelihatan hairan dengan kejadian itu berkumpul di pantai untuk menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku.

Pulau baru itu tercipta akibat tekanan gempa bumi, kata seismologi John Armbruster kepada NBC News, yang mana katanya ia membawa kepada pembentukan sebuah “gunung berapi lumpur.”

Beliau berkata, pembentukan lumpur itu merupakan kejadian yang wujud berikutan gempa bumi sekuad magnitud tujuh atau lapan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tahap merah pada Selasa, yang memberi amaran bahawa jumlah kematian yang tinggi berdasarkan data sebelum ini, dan kerajaan wilayah mengisytiharkan darurat di Awaran.

“Jumlah kematian akibat gempa bumi mencecah mencapai 208 orang sekarang. Yang cedera adalah lebih 382 orang,” kata Asad Gilani, yang merupakan salah seorang pegawai paling kanan pentadbiran wilayah kepada AFP.

“Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk mendapatkan semula mayat dan mereka yang cedera, tetapi keutamaan kami adalah untuk membawa mereka yang cedera ke hospital secepat mungkin,” katanya.

“Tidak ramai doktor di kawasan itu tetapi kami cuba untuk menyediakan kemudahan secara maksimum di kawasan-kawasan yang terlibat,” kata Jan Muhammad Baledi, jurucakap kerajaan Baluchistan, kepada saluran berita Ary.




29 Sep 2013

70 Pelajar Diserang Histeria


Kuantan - Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.

Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah, 13, turut mengalaminya.

Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.

“Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.

“Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.

Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang sama dan salah seorang daripada mangsa maut pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.

“Saya risau kejadian buruk ini akan mengganggu dua anak saya atau pelajar lain.

“Justeru, saya amat berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Seorang pelajar yang enggan dikenali pula berkata, semasa kejadian, pihak sekolah mengambil inisiatif melaungkan azan bagi meredakan keadaan. Bagaimanapun, situasi menjadi lebih buruk apabila para pelajar terbabit dikatakan semakin agresif dan marah apabila mendengarnya.

“Sekolah ini menjadi huru-hara apabila pelajar yang diserang histeria berlari bertempiaran di sekitar sekolah.

“Keadaan menjadi kecoh apabila guru sukar untuk mengawal dan menangkap mereka untuk dibawa ke makmal komputer bagi diberikan rawatan,” katanya.

Katanya lagi, situasi itu bagaimanapun kembali tenang apabila pihak sekolah memanggil seorang ustaz untuk memulihkan pelajar terlibat.

“Saya tengok kakak saya yang turut terkena histeria terbaring dan kemudiannya sedar kembali selepas ustaz memulihkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.

“Kita akan siasat kejadian ini selepas menerima laporan daripada pihak sekolah,” katanya. -SH

Masjid Runtuh Lagi Di Terengganu


Kuala Nerus – Dilaporkan sebuah masjid runtuh sebahagiannya pada pagi ini di Kampung Tebauk dalam DUN Bukit Tunggal, dekat sini, dan ia merupakan masjid kedua yang roboh pada tahun ini selepas masjid Kampung Binjai Kertas beberapa bulan lalu.

Beberapa rakan media telah mengesahkan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun berkejar untuk meyiasat kejadian tersebut.

Menurut Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal, Haji Iszeham Ali, masjid tersebut juga merupakan sebuah masjid yang baru dibina dan kira-kira hanya baru setahun setengah digunakan oleh orang ramai.

“Masjid itu kebetulan di Kampung saya tingga, Kampung tebauk, masjid tu baru…..rasa dalam setahun lebih mula digunakan (oleh orang ramai),”ujarya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan, Pegerusi Jawatankuasa Masjid tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri -BO

[VIDEO] Mahasiswa Mesir Adakan Demo Menentang Kudeta dan Penangkapan


Mahasiswa Mesir telah melakukan demontrasi aman di sejumlah universiti dan sekolah terhadap apa yang mereka sebut "kudeta tentera" terhadap Presiden yang dipilih rakyat, Mohamed Morsi dan pemberian kekuasaan penangkapan kepada petugas keselamatan pentadbiran kampus.

Sebagaimana diberitakan oleh Anadolu, Selasa (24/9/2013), para mahasiswa melakukan demonstrasi untuk hari keempat berturut-turut di Universiti Assuit terhadap penggulingan Mursi dan pemberian kekuasaan kepada petugas keselamatan untuk menangkap mahasiswa di kampus.

Mahasiswa juga melakukan demo di Universiti Suez Canal terhadap penangkapan dua rakan mereka selama protes satu hari sebelumnya dan apa yang mereka katakan "serangan " oleh pasukan keselamatan terhadap tindakan mereka.

Satu demonstrasi aman juga diadakan di Universiti Beni Sueif terhadap penangkapan dua mahasiswa dalam demonstrasi menentang kekuasaan penangkapan diberikan kepada petugas keselamatan kampus.

Para mahasiswa membawa symbol "Empat Jari" sebagai tanda simpati terhadap pembantaian yang dilakukan tentera Mesir terhadap rakyatnya di Bundaran Rabaa al- Adawiya, Kahera pada Ogos lalu.

Demonstrasi juga dilakukan di Universiti Mansoura di panggung terbuka, mereka membawa gambar warga yang gugur dalam penyerbuan tentara terhdapa pendukung Presiden Mursi yang melakukan aksi duduk, selain itu mahasiswa juga menyerukan pembebasan untuk teman sekelas mereka yang ditahan.

Menurut saksi mata, seorang mahasiswi ditahan oleh polis keselamatan kerana memiliki lembaran-lembaran yang "menghina" tentera .

Tapi para mahasiswa menafikan tuduhan tersebut, mereka menyatakan bahwa lembaran-lembaran itu merupakan soalselidik tentang "kekuasaan tentera".




[VIDEO] Wajib Tonton: Sedih & Amat Menginsafkan!


Vido yang dipaparkan di bawah ini amat menginsafrkan. Dia dilahirkan tanpa tangan, tapi mampu melakukan semua kerja, menulis, melukis, menelefon, bekerja, memasak, mendidik anak termasuklah menunaikan solat dengan mengambil wudhu' dengan penuh kepayahan.

Dia tidak bertangan. Kita?

Maka, Nikmat Allah yang mana lagi yang hendak didustakan? (mafhum Surah Ar-Rahman)



sumber: Sharifah Noor Al-Attas's Videos