22 Jun 2013

[BERGAMBAR] Husam Ditahan Polis. Kenapa?


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan oleh polis hari ini di Pandan.

Menurut Husam, beliau percaya penahanannya bertujuan untuk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013.

“Saya ditahan di Pandan tadi lebih kurang jam 4.00 petang. Sekarang ini saya berada di IPD Ampang,” kata Husam apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

“Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan. Tapi saya berada di Kelantan sejak tiga hari lalu takde pula yang menahan saya,” tambahnya.

Baru-baru ini, Husam mengeluarkan kenyataan menggesa penyokong dan ahli PAS untuk menyokong perhimpunan Black 505.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," kata Husam disiarkan pada 18 Mei oleh Harakahdaily. -TMI


Ini berita terkini dari twitter GobindSinghDeo

Dato Husam sekarang dalam perjalanan ke IPD Kota Bahru. Di iringi 4 kereta polis dan lebih dpd 10 pegawai polis. Ditahan berkenaan ucapan di ketereh pd 12.6.13. Disiasat utk hasutan dibawah s4(1) Akta Hasutan. OTW ke IPD Kota Bahru sekarang



Ulasan GB

Penahanan Husam adalah “Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan"!

Mengapa Husam tak ditahan di Kelantan tetapi menahannya sewaktu beliau di Kuala Lumpur?

Kedua, motif penahanannya diragui. Jika perkataan Husam seperti yang tersiar di Harakahdaily itu menjadi penyebab kepada penahanannya, maka jelas pihak yang menahannya tidak tahu dan tidak faham perkataan "INSYA ALLAH".

Husam "tidak berfatwa", tetapi Husam menyatakan pendapatnya, maka itu ada perkataan "INSYA ALLAH" dilafazkan.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah,"

Apabila beliau mengeluarkan pendapat, bermakna ia bukan hasutan dan tidak boleh lansung didakwa dibawah Akta Hasutan.

[LIVE BLACK 505] VIDEO : Sekitar Perarakan Ke Padang Merbok -updated


Malaysiakini melaporkan, walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.




LAPORAN LANGSUNG

Suasana di Masjid Negarakredit: omakkau
Suasana di depan Sogo kredit: omakkau


Dr Rani dan Azmin Ali tiba di Masjid Negara.

Dr Mujahid berucap di hadapan Sogo.

5.45pm: Penganjur mengumumkan himpunan aman Black 505 secara rasminya tamat. Bagaimanapun mereka turut memaklumkan terdapat anak muda yang akan berkhemah di Padang Merbok sehingga tuntutan agar SPR meletak jawatan ditunaikan.

5.25pm: Anwar Ibrahim mula berucap. Memulakan ucapan dengan laungan "undur SPR".

Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa Najib seperti didakwa pihak tertentu, namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu.

"Saya pergi atas undangan presiden Indonesia, bukan pergi berjumpa Datuk Najib. Presiden Indonesia undang saya tanya mengapa bantahan kuat pada pru13 lalu.

"Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN," katanya sambil menambah pertemuan tersebut berlangsung hampir sejam setengah. Mengulas himpunan hari ini, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang hadir pada hari ini.

Katanya tuntutan rakyat jelas iaitu mahu pemimpin SPR berundur.

Walau bagaimanapun katanya, tuntutan kepada SPR itu akan dibuat secara aman seperti himpunan hari ini.

"Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman," katanya.

Beliau juga menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot angkat sumpah di Dewan Rakyat seperti dilaporkan pihak tertentu.

Katanya, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir malah keberadaan mereka di Dewan Rakyat adalah medan untuk terus menuntut pilihan raya agar dibersihkan.

Katanya, Pakatan Rakyat akan terus melawan penipuan pilihan raya sama ada di dalam ataupun di luar dewan.

5.20pm: Penasihat DAP Kit Siang pula dalam ucapannya berkata, himpunan hari ini bukan himpunan mana-mana bangsa, tetapi ini himpunan rakyat Malaysia.

"Inilah the real picture rakyat Malaysia," katanya.

Ini kerana semua kaum dan berbeza agama boleh duduk bersama kerana memperjuangkan perkara sama iaitu menuntut keadilan pilihan raya.

5.05pm: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula mengambil giliran. Beliau menyatakan komitmen, sekalipun tewas pada pilihan raya lalu, namun beliau tetap akan bersama rakyat untuk berjuang menegakkan keadilan dalam negara.

"Ada orang Tionghua kata, saya dah kalah boleh pergi main filem di Homg Kong sebab muka kacak macam Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya.

"Saya tetap bersama anda semua. Saya berjanji dengan rakyat kita akan teruskan perjuangan ini. Ini perjuangan kita bersama saya tak kan berundur selagi BN tidak berundur, kita akan lawan mereka," katanya.

4.55pm:Penganjur mengumumkan beberapa khemah yang didirikan oleh sekumpulan pemuda di kawasan luar himpunan di rampas dan beberapa orang dari mereka ditahan.

Menurut jurucakap SMM, Ehsan Bukharee berkata, lebih banyak lagi khemah akan didirikan selepas ini.

4.50pm: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap. Beliau berkata beliau telah selesai membuat post mortem PRU14 dimana Pakatan 'kalah lagi' pada PRU14.

"Saya dah selesai PRU14 di mana Pakatan kalah pada PRU14," katanya membuatkan hadirin terkedu seketika.

"Jikalau himpunan hari ini, sidang parlimen tak lama lagi, tidak merubah peranan SPR, maka setiap kali pilihan raya, kita hanya buat post mortem kenapa PR kalah," katnya memberi penjelasan.

Menurutnya, himpunan hari ini kerana rakyat mahukan pilihan raya yang adil.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat pengerusi dan kakitangan SPR yang sudah diragui integriti mereka.

4.45pm: Aktivis Mahasiswa Safwan Anang turut berucap. Beliau menamakan SPR sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Katanya, kehadiran hari ini penuh dengan kecintaan kepada negara. Mendesak SPR sedia ada meletakkan jawatan demi masa Malaysia yang lebih baik.

4.30pm: Padang Merbok - Pengerusi majlis Badrul Hisham Shaharin mengumumkan bahawa perhimpunan hari ini berjaya mengumpul kehadiran lebih 55,000 orang.

Beliau juga meminta para peserta agar tidak bersurai sehingga polis membebaskan naib presiden PAS Datuk Husam Musa.


4.30pm: Penganjur melalui pengerusi majlis, Johari Abdul sekali lagi mengumumkan kehadiran terkini yang sudah mencecah 55,000 orang.

4.25pm: Datuk Mujahid Yusof sekali lagi mengulangi tuntutan 3P iaitu petisyen, persempadan semula tidak dilakukan selagi SPR tidak ditukar, dan perhimpunan aman oleh rakyat.

Katanya dengan tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, ianya menjelaskan bahawa BN juga tak percaya kepada SPR.

4.22pm: Nurul Izah turut mengeluarkan desakan sama agar semua kepimpinan SPR meletak jawatan.

Katanya, perhimpunan hari ini bukan sekadar politik semata-mata tetapi memperjuangkan masa depan lebih baik.

"Keberanian anda mengubah masa depan kita. Kita adalah patriot sebenar, berjuang membina masa depan lebih baik," katanya

4.20pm: Penganjur mengumumkan ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah.

Pengumuman itu disambut sorakan oleh puluhan ribu peserta yang hadir. 4.18pm: Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr Hatta Ramli berkata, rakyat tidak boleh memafkan segala penipuan yang dibuat oleh SPR.

"Tiada maaf bagimu. Tan Sri Aziz mesti letak jawatan.

"Sudah ada bayang-bayang bahawa himpunan Black 505 sebelum ini mendatangkan kesan.

"Bunyi-bunyinya pengerusi SPR akan ditukar. Namun hari ini memuktamadkan bahawa pengerusi SPR memang perlu ditukar," katanya.

4.15pm: Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS dilapor berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.


Penganjur turut mengesahkan turut menerima laporan itu.

4.10pm: Pengerusi Jihad For Justice Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berucap. Beliau menarik perhatian peserta dengan dua buah lagu tamil yang bertajuk "Umno curi", dan "Rosmah buka pintu"

4.00pm: Sekarang, wakil-wakil NGO mula berucap. Pada masa yang sama penganjur mengumumkan kutipan dana untuk petisyen PRU13.

3.55pm: Peserta tersentak apabila Nizar secara tiba-tiba mengumumkan kehadiran 'YAB' Rosmah Mansor. Ketika itu adalah kehadiran Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isteri Normah Alwi.

Pengumuman itu sekaligus menyeyapkan seketika suasana bising sebelum itu.

3.50pm: Bekas MB Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin turut berucap. Beliau menceritakan berhubung lapan petisyen yang dikemukakan PAS Perak.

Katanya terdapat bukti dalam satu Dun terdapat 10 orang yang ada sijil kematian, tetapi direkodkan 'bangun' mengundi pada 5 Mei lalu.

"Ada juga kes dalam satu Dun di mana 74 pengundi yang ada dalam projek IC Sabah mengundi ke Perak pada 5 Mei lalu.

"Ada juga bukti borang 14 yang diwarta SPR tidak sama dengan borang 14 yang diberikan kepada polling agent," katanya.

3.40pm: Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa berucap. Katanya, keberanian rakyat turun hari ini kerana sedar hak berhimpun secara aman termaktub dalam perlembagaan dan tiada pihak boleh menghalang hak tersebut.

Beliau juga berkata, himpunan ini juga kerana mahu mengusi 'penipu' dalam SPR.

Penipuan tersebut termasuk janji dakwat kekal yang tidak kekal.

"Kita datang petang ini ada tuntutan yang jelas. Kita ada penipu dalam SPR. Penipu utama pengerusi SPR, penipu lagi besar adalah timbalan pengerusi SPR

"Mereka beli dakwat kekal yang tidak kekal. Apa kita boleh anggap kepada mereka ini? Penipu...

"Apa kita nak buat kepada mereka ini? Kita Desak mereka letak jawatan...," katanya.

3.27pm: Mazlan Aliman dalam ucapannya pula berkata, bantahan rakyat akan dibuat secara berterusan selagi mana pimpinan SPR tidak diubah.

"Meskipun BN mendabik dada mendapat mandat rakyat tetapi hakikatnya mandat mereka adalah tipu dan palsu

"Penegasan kita selagi mana SPR tidak diubah kita lawan tetap lawan, lawan sampai menang,"
katanya.

3.25pm: Giliran Nik Nazmi berucap. Beliau memulakan ucapan dengan merakam ucapan terima kasih kepada peserta yang hadir. Ucapan sama ditujukan kepada pasukan keselamatan yang memberi kerjasama baik kepada penganjuran himpunan hari ini.

"Pasukan keselamatan tidak menghalang kita, yang mahu halang kita adalah menteri Umno BN," katanya.

3.20pm: Wakil NGO Royalti dijemput berucap. Presiden R, Nazri Deraman mengulas hak pembayaran royalti yang dinafikan oleh kerajaan Pusat.

Katanya hak mendapat royalti juga telah dinafikan apabila berlaku penipuan pada pengundian PRU13 lalu.

3.15pm: Johari Abdul mengumumkan jumlah kehadiran di Padang Merbok setakat ini mencecah 30,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Masih ramai lagi kumpulan yang sedang menuju ke sini.

3.10pm: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di pentas utama antaranya Ustaz Idris Ahmad, Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Salahudin Ayub, Nurul Izzah, Siti Zailah, Datuk Raja Kamarul Bahrin serta selebriti Abby Abadi.

3.00pm: Khalid Samad mula berucap. Ucap terima kasih kepada rakyat yang berani hadir walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk menakutkan rakyat.

"Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman," katanya.

Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat.

Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru

"Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik," tegasnya.

Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar.

"Kalau tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja," katanya.

2.50pm: Laungan Aziz penipu bergema di Padang Merbok. Laungan itu diketuai Johari Abdul selaku pengerusi majlis hari ini.

2.45pm: Bekas Speaker Dun Perak, Sivakumar berucap di pentas utama. Menyingkap kembali peristiwa rampasan kuasa di Perak selepas PRU 2008 lalu. Beliau turut menceritakan kembali peristiwa beliau diusung keluar dari Dun Perak dan dikurung sewaktu BN mahu melantik speaker baru.

Beliau turut menegaskan, Pakatan Rakyat Perak juga menang undi majoriti berbanding BN. Persidangan Dun Perak akan datang juga katanya tentu panas dengan kekuatan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

2.40pm: Padang Merbok- Sudah ramai peserta tiba dan memenuhi Padang Merbok. Di atas pentas utama, ucapan sudah dimulakan.

Badrul Hisham Shahrin bersama Datuk Johari Abdul mempengerusikan majlis. Beberapa pimpinan Pakatan bergilir-gilir berucap sambil menunggu kumpulan dari beberapa kawasan lain tiba.

2.35pm: Peserta dari Masjid Jamek juga kini bergabung dengan peserta dari Sogo menuju ke Padang Merbok.

2.30pm: Orang ramai yang membeli belah di Jalan Tar teruja merakam gambar peserta himpunan di kaki lima kedai.

2.25pm: Dianggarkan lebih 5,000 peserta kini bergerak dari Sogo selepas bergabung dengan kumpulan dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

2.20pm: Masjid Negara- Crowd masjid negara suda bergerak dan bergabung dgn crowd dr jln sultan. Memimpin kumpulan dari Sini adalah Dr Dzulkefly Ahmad.

2.15pm: Sogo- Hidup hidup rakyat. Tumbang tumbang umno bn. Undur undur spr. Terus bergema di dpn Sogo. Wpun panas para peserta tidak berganjak dn terus mendgr amanat yg di sampaikan oleh para pimpinan pr.

Peganjur terus mngingatkan para peaerta himpunan aman agar menjaga tatatertib dan tidak pedulikan sbrg provokasi yg ditimbulkan.

Mereka turut dipesan agar mengelakkan provokasi kerana ini adalah himpunan aman.

Para pegguna jln raya membunyikan hon sbaik tiba di dpn sogo sbg nyatakan sokongan kpd himpunan black 505. Para peserta kini bersedia bergerak ke Padang Merbok.

2.10pm: Kumpulan dari Pejabat Agung PAS kini sedang melepasi bangunan Maju Juntion menuju ke pusat membeli belah Sogo

Exco pemuda PAS, Sany Hamzan mengetuai laungan takbir dan jatuh SPR.

Tiga buah motorsikal berkuasa besar jadi marshal di hadapan. Crowd Jalan Raja Laut akan bergabung dengan crowd di Sogo.

2.10pm: Pejabat PAS - Laungan hidup rakyat, hidup keadilan, SPR letak jawatan serta takbir bergema sepanjang perjalanan dari Pejabat Agung PAS yang bermula sebentar tadi.

Unit Amal turut membuat benteng manusia dan pihak polis beri kerjasama baik mengawal lalulintas.

2.05pm: Brickfield - Naib Presiden PKR Nurul Izzah berucap sebelum mengetuai kumpulan di sini untuk bergerak ke Padang Merbok. Beliau membidas kenyataan ketua polis KL bahawa himpunan hari ini mahu mencetuskan huru-hara.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk membawa isu kepincangan PRU13 lalu ke Dewan Rakyat termasuk mendesak bos SPR meletakkan jawatan.

Turut serta bergerak dari sini adalah aktivis Bersih, Hishamuddin Rais.

2.00pm: Masjid Negara - Dr Dzulkefly berucap. Beliau berkata jika kepimpinan SPR tidak bersedia utk turun, rakyat akan pastikn bos suruhanjaya itu diturunkan.

Beliau juga mengharapkan pilihan raya semula diadakan jika mana-mana petisyen yg difailkan mempnyi bukti munasabah.

1.58pm: Pejabat PAS - Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dilihat ketuai kumpulan peserta yang memulakan perjalanan ke Padang Merbok. Turut serta di barisan hadapan, Ustaz Nasrudin, Dr Syed Azman, Ustaz Idris Ahmad, Ustazah Nuridah Saleh.

Ustaz Ghani Shamsudin mengetuai bacaan doa sebelum bergerak.

1.25pm: Sogo- Dr.mujahid berucap dalm tiga bahasa, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Arab. Beliau berkata himpunan ini bukan kerana Anwar bukan kerana PR tetapi utk masa depan generasi anak cucu kita. Menurutnya, rakyat Malaysia tidak mahu anak cucu terus ditipu dgn SPR.

Malah kata mujahid kwsn yg dipertikaikan harus diadakan pilihan raya semula. Menurutnya Pakatan Rakyat ambil pendekatan 3P iaitu Petisyen, Parlimen (bantah persempadan semula) dan Perhimpunan aman.

Katanya kita memang bersabar dgn apa yg berlaku tetapi dalam bersabar kita juga mendesak SPR letak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di kawasan yang diragui.

1.20pm : Sogo- Para peserta masing2 membawa sepanduk yg tertera mesej mgecam spr.
Masing2 memakai baju hitam dgn kain lilit di kepala yg tertera tulisan Blackout 505.

1.15pm - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub serta Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan serta Datuk Raja Kamarul Bahrin dijangka akan bergerak dari Pejabat Agung PAS.

1.12pm: Jalan Raja Laut - Salahuddin Ayub yang hadir bersama kira-kira 500 orang penyokong berkata PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Saleh yang mendakwa peserta akan melakukan kekecohan dalam perhimpunan ini.


"Kita kesal dengan kenyataan ketua polis Kuala Lumpur yang dengan sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, provokasi, bahawa peserta mahu pertempuran.

"Kita yakin, kita adakan secara aman, kita ada rekod cemerlang dalam Bersih dan siri Blackout, terbukti aman, dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan tak cetus provokasi... Itu komiten kita, kita tak bawa senjata," katanya.

Turut hadir di perkarangan bangunan ibu pejabat PAS itu ialah ahli parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin.

1.10pm: Masjid Negara - Naib presiden PKR Azmin Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman disambut oleh para peserta sebaik tiba di kawasan masjid.

Kumpulan penyokong ini akan menunaikan fardu Zohor sebelum memulakan perarakan ke Padang Merbok.

1pm: Universiti Malaya - Seramai kira-kira 100 orang berhimpun di kawasan Masjid Ar-Rahman, di kampus ini.

Kebanyakan daripada peserta tersebut terdiri dari golongan muda dan aktivis siswa, yang akan berarak ke arah Brickfields dan bergabung dengan satu lagi kumpulan di situ.

Beberapa orang pemimpin parti turut menyampaikan ucapan, termasuk MP Bukit Katil Shamsul iskandar Md Akin dan aktivis siswa Adam Adli.

12.30pm: Brickfields - Kumpulan pendesak Justice for Beng Hock muncul di satu kawasan berhimpun – Brickfields – untuk membangkitkan mengenai kes kematian K Murugan, yang merupakan pembantu politik kepada calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar.

Jurucakap kumpulan tersebut, Ng Yap Hwa berkata beliau dan Vasantha akan menyerahkan satu memorandum kepada ahli Parlimen pada 27 Jun bagi menggesa agar siasatan dijalankan ke atas kes berkenaan.

Kumpulan yang berhimpun di kawasan berkenaan, sementara menunggu untuk memulakan perarakan ke Padang Merbok, memenuhi kawasan gerai berdekatan.

12.28pm: Jalan Raja Laut - Ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat PAS, ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata perhimpunan kali ini sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati interaktif SPR dengan perjalanan PRU- 13.

"Mereka sering mendakwa kalau tak telus, bagaimana boleh menang tiga negeri menang.

"Kita kata, sebab tak telus, kita menang tiga negeri. Kalau telus, 13 negeri kita menang," katanya.

Katanya, beliau melihat kehadiran anak-anak muda daripada pelbagai kaum, datang sukarela dan mereka mahu tadbir urus SPR berjalan dengan baik.

Mengulas andaian bahawa peserta akan melakukan kekecohan sewaktu perhimpunan ini, Idris berkata ia hanya andaian sahaja.

Sedangkan sebelum ini banyak perhimpunan dianjurkan oleh pembangkang dan NGO seperti Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat, mansuhkan Felda Global Venture berjalan dengan aman.

"Semuanya aman elok. Tak ada provokasi. Kalau Bersih 1, sebiji pasu bunga tak pecah," katanya sambil menegaskan bahawa perhimpunan ini akan berjalan aman

"Insya-Allah. Kita disiplin. Kita ada trek rekod. Kita cakap berdasarkan," katanya.

Kira-kira 250 peserta telah mula berada di ibu pejabat PAS, ketika ini.

12.24am: Jalan Sultan - Memandangkan cuaca jerebu, terdapat peserta yang kelihatan memakai topeng muka. Penjual topeng muka juga mengambil kesempatan menjual di tepi Jalan Sultan kepada peserta perhimpunan.

1205 am: Masjid Negara - Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian dan pemerhati Majlis Peguam yang juga anggota jawatankuasa BERSIH Andrew Khoo kelihatan tiba.

12:00pm: Jalan Sultan - Seramai kira-kira 200 orang peserta mula membanjiri satu kawasan kaki lima di Jalan Sultan.

Kegiatan kumpulan berkenaan, yang turut mengumpul tandatangan untuk satu petisyen bagi membantah satu projek pembinaan di kawasan terbabit, diawasi beberapa orang anggota polis berpakaian seragam.

Turut kelihatan tiga anggota polis trafik bagi membantu melancarkan aliran lalu lintas di jalan itu.

11.30am: Padang Merbok – Keadaan di kawasan utama perhimpunan masih tenang dan para peniaga dilihat mula membuka gerai di kawasan letak kereta berhampiran padang tersebut, dan juga di sepanjang Jalan Parlimen.

Dianggarkan, seramai 200 orang peserta berada di kawasan tepi padang yang diteduhi pokok sementara menunggu acara kemuncak – dijangka bermula pada jam 3 petang.

11.05am: Masjid Negara - Sejumlah 14 buah bas yang membawa peserta perhimpunan dari Pulau Pinang, Kedah, Johor, Pahang dan Terengganu diparkir di kawasan berhampiran Masjid Negara.


Sebanyak 50 buah kereta juga diparkir di bahu jalan di hadapan masjid dan kawasan ini mula mula dipenuhi orang ramai.

Gerai yang dibuka di kawasan masjid menjual barangan seperti baju-T dan makanan manakala para peserta dilihar berlegar di sekitar kawasan berkenaan.

Antaranya, Mazlan Mukhtar, 47, dari Nibong Tebal, Penang yang berkata beliau memandu sejak tengah malam tadi dan tiba pada jam 5 pagi.

“Saya menyertai kesemua perhimpunan termasuk di Kelana Jaya, Petaling Jaya dan himpunan BERSIH,” katanya.

Sementara itu MSTAR melaporkan:

Sekumpulan anak muda membawa beberapa kepingan kadbod yang antaranya tertera perkataan "SPR Sila Letak Jawatan", Democracy Is Dead" dan "SPR Should Resign".


Jalan Sultan Hishammuddin di hadapan Masjid Negara mulai sesak.

10.50am: Jalan TAR - Sekumpulan kira-kira 100 orang peserta perhimpunan dilihat berkumpul di kawasan pintu masuk ke pusat membeli belah Sogo.


Naib presiden PKR Tian Chua dijangka akan menyertai kumpulan berkenaan dan seterusnya berarak ke Padang Merbok.

Kebanyakan para peserta merupakan kelompok penyokong PAS yang memakai baju berwarna hitam.

10.40am: Jalan Raja Laut - Seramai empat orang peguam daripada Majlis Peguam hadir sebagai pemerhati kepada perhimpunan Black 505.

Kawasan itu juga dipantau sepasukan lima orang anggota polis, yang tiba dengan sebuah kenderaan peronda.

10.30am: Jalan Sultan - Seramai kira-kira 30 orang mula berkumpul di kaki lima Jalan Sultan sambil memegang bendera PAS DAP dan PKR


Mereka turut meniupkan wisel meminta pemandu yang melalui jalan itu membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Seorang peniaga, Abdul Kader Mydin, 50, yang telah berniaga selama 40 tahun di kaki lima Jalan Sultan berkata, kehadiran peserta himpunan Black 505 tidak mengganggu perniagaannya.

"Tak adalah. Mana ada ganggu. Buat apa saya mahu tutup (kedai). Tak bahaya pun,"
katanya.

Seorang pemilik hotel murah pula, Steven Yong, 70, juga berkata perhimpunan yang diadakan pada hari ini tidak menganggu peniaga.


Beliau yang membuka hotel berkenaan sejak tahun 1973 di Jalan Sultan, berkata peserta pehimpunan kini bijak dan tidak akan menyebabkan peniaga kerugian.

"Mereka ini ada baca punya orang (orang berpelajaran). Mereka takkan ganggu dan buat kacau. Bila polis datang kacau baru jadi lain. Baru kita tutup,"
katanya.

10.20am: Dataran Merdeka - Laluan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dihalang oleh penghadang besi yang dipassang oleh petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pasukan polis pula dilihat meletakkan kon di sepanjang Jalan Parlimen untuk menghalang pemandu meletakkan kenderaan di jalan berkenaan.

Anggota polis dan penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di Jalan Parlimen.

10.00am: Jalan Raja Laut - Kira-kira 80 penyokong peserta Black 505 berada di perkarangan pejabat PAS untuk bersama kepimpinan PAS, yang akan berarak ke Padang Merbok.

Mereka merupakan antara yang tiba dengan dua buah bas dari Alor Setar, pada pagi ini di pejabat parti berkenaan.

Antaranya, Abdullah Abdul Rahman, 42, bekerja swasta yang berkata beliau cukup bersemangat untuk menyertai perhimpunan hari ini.

"Kita desak habis-habis untuk kepimpinan SPR letak jawatan. Kalau tidak sampai kiamat macam ni (tak ada perubahan)," katanya yang berasal dari Alor Setar.

Kumpulan peserta berkenaan dibekalkan dengan air minuman, yang disediakan di hadapan bangunan pejabat parti tersebut.

Selain itu, terdapat juga individu yang mengambil kesempatan untuk menjual baju-T dengan slogan 'Black 505' di kawasan berhampiran ibu pejabat PAS.



Pergerakan lalu lintas dilihat lancar, tanpa sebarang sekatan di sepanjang jalan berkenaan.

Foto-foto dari lensa cenangau:

Akan dikemaskinikan sentiasa.

[BERGAMBAR] Black 505 - Peserta Sudah Sampai Malam Tadi & Pagi Ini

Suasana pagi ini, peserta sudah mula sampai sekalipun acara bermula jam 2.00 petang. Menunjukkan rakyat begitu bersemangat tinggi untuk melawan penipuan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.

Berikut ialah dari lensa Telok Bakong yang menyiarkan gambar-gambar sekitar COUNTDOWN BLACK 505 22 JUN di KLSCAH malam tadi:

 Final Countdown menuju #KL226 berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor  antara mereka yang hadir seperti  Mat Sabu , Tian Chua, Tamrin Ghafar  serta ramai lagi

 Rakyat yang hadir ke dewan mendengar taklimat akhir menjelang himpunan #KL226   di Dewan Perhimpunan Cina Selangor

 Suasana di dalam dewan

 Skrin di pasang di luar dewan 

 Mat Sabu memberikan sedikit ucapan 

Suasana di Padang Merbok pada tengah malam, kelihatan ada yang sudah sampai awal-awal lagi


Berikut pula suasana pagi ini dari lensa Parlimen Kota Raja.


[BERGAMBAR] Menjelang Himpunan Black 505 22 Jun


Berikut ialah hal-hal penting yang perlu diketahui oleh para peserta perhimpunan Black 505 22 Jun di Padang Merbok bermula jam 2.00 petang esok di dalam bentuk grafik.


21 Jun 2013

Kenyataan Wan Ahmad Cenderung Sokong BN

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar cenderung menyokong BN kerana mengkritik keputusan wakil Pakatan untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat.

Shamsul Iskandar berkata, Wan Ahmad sepatutnya melepaskan jawatan dalam SPR dan memasuki politik atas kenyataan partisan seperti itu.

"Tapi kita ada Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad yang sepatutnya tidak partisan dan bebas. Dengan mengeluarkan komen sebegini, menunjukkan apa telahan kita sebelum ini adalah tepat, bahawa SPR dianggotai pempinan yang berpihak kepada sesuatu parti.

"Dalam hal ini, saya menganggap ia satu kesalahan terhadap seorang penjawat awam, yang cenderung untuk menyokong parti kerajaan BN, dan untuk dia seorang, beliau tidak layak memegang kerusi pimpinan SPR yang sepatutnya bebas," kata Shamsul dalam sidang media pagi ini.

Wan Ahmad dalam satu kenyataan semalam menyifatkan Pakatan bersikap hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13.

Wan Ahmad juga antara lain dilapor menyifatkan pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya?

"Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot taklimat dia kata," kata Wan Ahmad seperti dilaporkan. -mk

Ulasan GB

Bila MP Pakatan Rakyat mahu boikot dituduhnya sebagai mengkhianati amanah rakyat, bila tak diboikot dituduhnya pula hipokrit.

Rakyat takkan lepaskan penipuan SPR. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajib dipenjarakan. Bertenggeklah kamu di belakang Najib, insyaAllah Najib juga bakal tumbang tidak lama lagi.

BN Lintang-Pukang, MCA Pula Bedal Bekas Hakim Ini

MCA selar bekas hakim kerana mainkan isu perkauman

MCA hari ini mengecam tindakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah (gambar) yang dikatakan bermain dengan api apabila berulang kali menggesa supaya memansuhkan sekolah vernakular, terbaru gesaan sama dilakukannya pada forum dua hari lalu.

Menurut Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie kenyataan oleh Mohd Noor sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mencerminkan imejnya sebagai seorang yang profesional dan merupakan seorang bekas hakim.

"Saya berharap beliau mempunyai akal untuk berhenti daripada bermain dengan api," kata Heng dalam satu kenyataan hari ini.

"Mohd Noor tidak dinafikan adalah seorang pakar, oleh sedemikian beliau sepatutnya tahu dengan kenyataan ekstrem begitu ia hanya akan mengugat keharmonian kaum di Malaysia," tambah beliau lagi.

Menurut Heng, semua pelajar yang belajar di sekolah vernakular Cina tidak pernah mengabaikan pembelajaran bahasa kebangsaan, malahan sekolah tersebut semakin mendapat tempat di kalangan ibu bapa pelbagai kaum kerana peningkatan pelajar di sekolah vernakular.

"Hakikatnya kami dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa Malaysia adalah bukti kukuh kami tidak pernah mengabaikan bahasa kebangsaan.

"Malahan sekolah vernakular juga semakin popular dan diterima oleh semua dimana pelbagai kaum menghantar anak mereka ke sekolah vernakular... maka tidak wajar jika mahu menuduh sekolah vernakular mendorong kepada kaum dan perpecahan kaum," tegas beliau lagi.

Mohd Noor telah menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila mangatakan kaum Cina bakal menerima tindakan daripada Melayu akibat daripada “pengkhianatan” dilakukan terhadap "setiakawan" dalam Pilihan Raya 2013.

Mohd Noor turut dilaporkan berkata sistem persekolahan tersebut tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan negara dalam satu forum bertajuk "Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur pada 12 Mei lalu.

"Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

"Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat," kata beliau.

Sejurus kenyataan kontroversi itu, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab itu dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

PR juga mengkritik dan mengecam kedua-dua individu tersebut kerana dilihat cuba mencetuskan ketegangan antara masyarakat Cina dan Melayu di dalam negara.

Semalam,Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan supaya sekolah vernakular dimansuhkan sebaliknya menggesa Putrajaya menfokuskan kepada perpaduan kebangsaan.

Malah, Pengerusi DAP Karpal Singh pada 15 Mei lalu membuat satu laporan polis ke atas Mohd Noor yang juga merupakan salah seorang panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan berbentuk hasutan tersebut dan menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.

Akhbar itu - dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain - secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR, PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya merupakan Melayu-Muslim.

DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya. - 21 Jun, 2013. -TMI

Minta Campurtangan Tentera: KDN Cuba Takutkan Rakyat

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tiada keperluan untuk tentera campurtangan dalam Himpunan Black 505 Sabtu ini dan dakwaan sedemikian sekadar cubaan menakutkan rakyat.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid bahawa polis akan meminta bantuan tentera bagi menangani himpunan itu.

“Saya tidak fikir pihak tentera akan campur tangan dalam himpunan ini nanti,”

“Kita percaya polis juga akan bertindak secara profesional kali ini, tiada keperluan untuk pihak berkuasa berkeras,” katanya lagi.

Menjadikan himpunan KL112 sebagai contoh, Rafizi yakin suasana akan aman jika tiada sekatan dikenakan terhadap peserta himpunan.

“Adalah lebih baik pihak berkuasa membiarkan himpunan ini berjalan tanpa ada gangguan, kita telah buktikan himpunan lepas aman tanpa gangguan pihak berkuasa,” ulasnya.

Amaran serupa pernah dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada Julai 2011 untuk mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dan mengerahkan tentera bagi menangani himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, tiada sebarang penglibatan tentera mahupun tindakan ISA dikenakan ke atas penganjur atau peserta himpunan itu. -KD


Black 505: Salleh jangan risau, tidak perlu tentera


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black 505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.

Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya.

“Mungkin kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan pada Sabtu ini,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau apakah pihak polis tidak pernah menangani perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini sehingga terfikir untuk menggunakan khidmat tentera.

“Bukankah negara ini meriah dengan pelbagai siri perhimpunan aman sejak dahulu lagi dan kesemuanya itu berakhir dengan aman tanpa sedikitpun pertumpahan darah?” tanya beliau lagi.

DPPWP menegaskan peserta perhimpunan bukannya pengganas atau penjenayah berbahaya yang mahu menjajah negara.

Katanya, kesemua peserta himpunan hadir dengan santai bersama keluarga tanpa senjata.

Negara ini pula, ujar beliau bukannya berada dalam keadaan darurat sehingga memaksa tentera turun campurtangan.

“Salleh tidak perlu risau dengan perhimpunan ini kerana rakyat bukannya pemberontak yang tidak tahu undang-undang dan hak mereka,” ujarnya lagi.

Tambahnya, semua pihak menghormati perlembagaan, undang-undang dan sistem pilihan raya yang diguna pakai di negara ini.

Bahkan, jelasnya pemimpin perhimpunan berikrar tidak akan menggulingkan kerajaan melalui jalan raya.

Menurutnya, rakyat hanya mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya yang telah ditipu dan SPR perlu bertanggungjawab terhadap kesemua dakwaan ini.

“Rakyat hanya mahukan kerajaan mengambil langkah menangani segera isu penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya dengan rombakan terhadap SPR serta penambah baikan agar PRU14 dijalankan dengan adil dan bersih,” katanya.

DPPWP mengharapkan, cadangan tersebut hanya tinggal cadangan dan tidak akan dilaksanakan menjelang himpunan Sabtu ini.

Katanya, rakyat menyanjung tinggi pasukan keselamatan terutama pasukan tentera yang begitu setia dan ikhlas berkhidmat untuk negara dan wajar tenaga mereka digunakan buat membendung jenayah dan pengganas yang menjadi ancaman sebenar kepada negara.

- HD

Libasan Indah & Tajam TG NIk Aziz Terhadap Kenyataan Zainal Kling

Cadangan PAS bersama Umno, pungguk rindukan bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini?

Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam?

Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh: 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

IKHLAS Semasa Menderma, RM10 Dibaluti Dengan RM1


Dari FB: "Baru2 ni sempat solat jumaat di kampung halamanku. Siap solat Jumaat, tolong abah kira duit tabung jumaat. Terjumpa duit RM10 digulung dalam duit RM1.

Aku berseloroh "Ada juga jenis balut mcm ni". Abah kata "Tiap2 mggu wajib ada dia ni. RM11..duit RM10 mesti dia gulung dgn duit RM1. duit RM1 ja nampak".

Aku terfikir..mungkin penderma ni cuba elak agar diri tak menjadi merasa riak. Kita bagaimana?? Bila derma Rm1 rasa seperti Rm100..? Renungan untuk diri.

Ulasan GB

"mengikhlaskan diri" di dalam setiap tindakan dan perbuatan... apatah lagi di dalam menghulur sumbangan dan derma agar tidak dilihat oleh manusia lain demi untuk mengelakkan perasaan riak, sum'ah dan ujub bertakung di kolam hati..

esok kita ke masjid... sikap pemuda di atas patut kita teladani...

20 Jun 2013

Jalankan Undi Rahsia Untuk Jawatan Speaker Atau Hadapi 'Perang Besar'

Blok pembangkang memberi amaran untuk memberi tentangan keras sekiranya pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 24 Jun tidak dijalankan melalui secara undi rahsia.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parlimen akan berdepan dengan "perang besar" dari blok pembangkang sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.

"Kalau kamu gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker, kamu berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini," katanya.

Beliau mensasarkan amaran tersebut kepada sekretariat Parlimen, yang akan menjalankan pengundian tersebut.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Anwar sekali lagi menekankan bahawa gabungan parti itu mahu bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pakatan juga akan mencadangkan ahli parlimen Tumpat Datuk Kamruddin Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.

Anwar berkata Pakatan dimaklumkan tempoh speaker bagi sesi lalu akan tamat pada 23 Jun ini.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara konsensus meminta beliau menyambung sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat

Anwar turut mengulangi bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir dalam majlis angkat sumpah bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong yang akan merasmikan sesi parlimen kali ini. -mk


PR cadang MP Tumpat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat


Pakatan Rakyat memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Keputusan tersebut diputuskan pada mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan demikian pada sidang media, percaya langkah itu sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini.

"Pada mesyuarat tadi kita telah memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.

"Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat," jelasnya.

Dalam pada itu beliau mengulangi Pakatan Rakyat juga turut bersetuju untuk menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua bagi Parlimen Ketiga Belas.

Menurutnya surat cadangan bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah dihantar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 10 Jun lalu.

"Bagi memantapkan lagi proses demokrasi negara ini dan memastikan perbahasan di Dewan Rakyat berlangsung dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Yang Dipertua.

"Cadangan ini apabila kita melihat ketelusan beliau yang tidak memihak dengan mana-mana politik atau pihak dan kami yakin beliau dapat menjalankan tugas dengan baik pada persidangan kali ini," sambungnya.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat menegaskan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat.
- HD

[BLACK 505] Final Countdown Malam Esok Di KLSCAH


Gabungan ‘Suara Rakyat 505’ mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dengan menganjurkan flashmob bermula 15 Jun lalu dan kemuncaknya adalah pengiraaan detik akhir (final countdown) pada malam esok, 21 Jun. Malam kemuncak itu akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di mana hadirin akan diberi penerangan bagi menghadapi himpunan di Padang Merbok keesokan harinya. Menurut kenyataan dikeluarkan Suara Rakyat 505, gabungan itu juga akan menubuhkan sebuah pasukan sukarela bagi menggembleng kekuatan rakyat pada himpunan itu. “Kami menegaskan bahawa hak untuk berhimpun secara aman adalah hak rakyat yang diperuntukkan oleh perlembagaan, khususnya bagi menyuarakan kepincangan yang berlaku dalam negara. “Hak ini tidak wajar dicabuli dan tidak boleh dihalang oleh pihak berkuasa termasuklah DBKL. Justeru, kami tetap akan teruskan perhimpunan di Padang Merbok walaupun mendapat halangan DBKL,” kata penganjur.

[WASPADA] Jangan Mudah Terpedaya Dengan Kenalan FB


Marang - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut. -SH

Pelatih PLKN Lahir Bayi Lelaki Di Tandas Kem

Muar - Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.

Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.

Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.

"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - Bernama

Mahkamah Diminta Batal Lantikan 5 Senator


Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran semalam memfailkan permohonan untuk Semakan Kehakiman terhadap lima ahli BN yang memegang jawatan dalam Kabinet.

Menurutnya, semakan itu dibuat berikutan kes Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kuan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sah mengikut undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sementara tiga timbalan menteri yang dilantik dalam Kabinet, Waythamoorthy Ponnusamy, Dr Loga Bala Mohan Jaganathan dan Ahmad Bashah Md Hanipah tidak berhak menyandang jawatan tersebut mengikut undang-undang yang sama.


Tambahnya, pelantikan jawatan di Kabinet perlu dipilih daripada ahli Dewan Negara atau ahli Parlimen yang menang pilihan raya lalu atau mengangkat sumpah sebagai Senator.

"... jelas menunjukkan undang-undang tersebut seseorang yang dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri perlulah menjadi ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat atau seorang senator.

"Mengikut pelantikan kelima-lima orang ini, nampaknya kehendak Perlembagaan tidak diikuti dan saya hairan walaupun PRU sudah kali ke-13, berapa ratus menteri telah dipilih dan dilantik, kesilapan demikian boleh dilakukan lagi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kulasegaran yang juga naib presiden DAP berkata, melalui permohonan itu kesemua mereka yang terlibat perlu mengembalikan semula anugerah, keistimewaan dan kelebihan kewangan yang diperolehi semasa dilantik menjadi ahli Kabinet.

"Mereka perlu kembalikan segala kelebihan yang diperolehi selepas dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri selepas menerima notis tujuh hari selepas tarikh perintah diperolehi," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa pihak ekemnterian dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memohon maaf kepada rakyat kerana kesilapan yang dilakukan mengenai perkara tersebut selepas mengetahuinya.

"Saya berharap selepas menteri yang terlibat atau Najib mendengar perkara ini, mereka akan meminta maaf kepada rakyat.

"Ini adalah kes pertama pada pengetahuan kami, ia tak pernah berlaku sebelum ini, ini memalukan," katanya.

[VIDEO] Berkumpul Di 7 Check Point Sebelum Ke Padang Merbok Pada 22 Jun


Peserta perhimpunan aman #Blackout505 Sabtu ini diseru agar berkumpul di tujuh ‘check point’ sebelum bergerak bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) ke Padang Merbok pada hari tersebut.

Tujuh ‘check point’ tersebut adalah :

1) Brickfields diketuai Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arulchelvan dan Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Marina Chin.

2) Masjid Negara – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, MP Shah Alam Khalid Samad

3) Jalan Pudu – Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Setiausaha Organisasi Parti DAP, Anthony Loke, Ketua Gerakan anti Lynas, Wong Tack, Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

4) Jalan Raja Laut (ibupejabat Pas) – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

5) Jalan Raja Laut (Sogo) – Naib Presiden PKR Tian Chua, bekas-bekas pesara tentera

6) Universiti Malaya – aktivis mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan

7) Pekeliling – Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub dan NGO ANAK.

Kumpulan-kumpulan tersebut akan bergerak ke Padang Merbok selepas solat Zohor dan bergabung di padang tersebut kira-kira jam 2.00 petang.

Demikian menurut MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini pagi tadi.