Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan oleh polis hari ini di Pandan.
Menurut Husam, beliau percaya penahanannya bertujuan untuk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013.
“Saya ditahan di Pandan tadi lebih kurang jam 4.00 petang. Sekarang ini saya berada di IPD Ampang,” kata Husam apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.
“Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan. Tapi saya berada di Kelantan sejak tiga hari lalu takde pula yang menahan saya,” tambahnya.
Baru-baru ini, Husam mengeluarkan kenyataan menggesa penyokong dan ahli PAS untuk menyokong perhimpunan Black 505.
"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," kata Husam disiarkan pada 18 Mei oleh Harakahdaily. -TMI
Ini berita terkini dari twitter GobindSinghDeo
Dato Husam sekarang dalam perjalanan ke IPD Kota Bahru. Di iringi 4 kereta polis dan lebih dpd 10 pegawai polis. Ditahan berkenaan ucapan di ketereh pd 12.6.13. Disiasat utk hasutan dibawah s4(1) Akta Hasutan. OTW ke IPD Kota Bahru sekarang
Ulasan GB
Penahanan Husam adalah “Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan"!
Mengapa Husam tak ditahan di Kelantan tetapi menahannya sewaktu beliau di Kuala Lumpur?
Kedua, motif penahanannya diragui. Jika perkataan Husam seperti yang tersiar di Harakahdaily itu menjadi penyebab kepada penahanannya, maka jelas pihak yang menahannya tidak tahu dan tidak faham perkataan "INSYA ALLAH".
Husam "tidak berfatwa", tetapi Husam menyatakan pendapatnya, maka itu ada perkataan "INSYA ALLAH" dilafazkan.
"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah,"
Apabila beliau mengeluarkan pendapat, bermakna ia bukan hasutan dan tidak boleh lansung didakwa dibawah Akta Hasutan.
2 ulasan:
Aik...?Yang suruh mengalirkan darah orang cina tak pula ditahan?..Tapi tak pelik undang2 Malaysia ni!! Orang ada kuasa..!!Buat lah apa2 pun..selagi kamu semua masih Allah bagi nyawa!!
Inilah undang undang paling besar dalam dunia,Inilah undang undang Tiga Abdul, Mertua 3 Abdul patut diangkat jadi Ketua Hakim Negara.
Gamaknya Datuk kita ni tidur dikandang kuda nampaknya.
Jangan maraaahhh nanti akan dijual.
Catat Ulasan