20 Jun 2013

Pelatih PLKN Lahir Bayi Lelaki Di Tandas Kem

Muar - Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.

Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.

Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.

"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - Bernama

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa la dia tak masuk
Ke sekolah perempuan memgandung
Di Melaka tajaaa akak rosmah kita tu

Tanpa Nama berkata...

moses kata: tiada medical check up ke sebelum masuk plkn.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kau pun kau nak wajibkan pun orang ikut PLKN janganlah orang yang dahpun mengandung / sedang mengandung kau suruh dia ikut juga. Undang - undang utk orang yang gagal ikut PLKN adalah langsung tidak adil bagi orang yang dah berkhawin orang dan juga orang mengandung.

Tanpa Nama berkata...

klo dia sudah berkahwin n tau dia mengandung...xkan husband die ikot?

huhu...

yg pelik..plkn boleh bg kenyataan..sae yg mengandung xleh join...main problem xtekel...nape budak ni leh mengandong..?isk..