18 Jul 2011

Invois Cincin Berlian Lady Gajah, Kastam Didakwa Cuba Ubah Data Transaksi

Cincin Rosmah Mansor RM24.45 juta: Data kastam cuba dipadam- Chegu bard

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan pihak Kastam di Raja Malaysia (KDRM) cuba melindungi transaksi pembelian cincin berharga RM24.45 juta yang dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mengalami masalah.

“Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah ‘down’ hampir 3 jam.

“Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai ‘syarat’ dikenakan semuanya dijalankan secara ‘manual’,” kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

Beliau berkata, satu pekeliling turut ditampal di papan kenyataan kargo di KLIA, namun ditanggalkan beberapa jam kemudian kerana mungkin tidak mahu arahan rasmi itu ‘dibocorkan’.

“Kami telah menjangkakan sebelum ini data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga ‘Imelda Rosmah’. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan,” katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

Menurut Chegu Bard, Sabtu lalu KDRM mengeluarkan borang asal yang hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat, berhubung transaksi itu.

Kewujudan ‘borang kedua’

Katanya lagi, borang yang dinamakan ‘borang 2′ dikeluarkan pihak kastam untuk membuktikan berlian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas ia dibawa masuk ke negara ini.

“Kononnya belian itu hanya untuk pameran berlian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura,” kata Chegu Bard.

Menurut sumber dalaman, kata Chegu Bard, kewujudan borang kedua itu menyatakan bahawa pembelian berlian tersebut menggunakan ‘hand carry’dan borang secara manual keluar ke Singapura.

Chegu Bard berkata, sumber itu juga memaklumkan Freight on Board (FOB) pembelian tersebut berbeza, sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang yang dibeli mengikut harga invois.

“Nombor daftar ROC Jacob & Co pun tak sama, sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula,” Chegu Bard memetik sumber tersebut.

Chegu Bard berkata, sekiranya dakwaan itu tidak betul, Rosmah perlu tampil untuk menafikan dakwaan itu sejak awal lagi.

“Bagaimana pula dengan gelang ‘zebra’ dan jam ‘zebra’ yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpilih menjadi duta produk Jacob & co ?,” soal beliau. -KD


Salam BERS✔H Dari KL Ke New York

Salam BERSIH dari KL ke New York Oleh Nurul Syaheedah

Pagi hari yang cerah disinar mentari, dihiasi pepohon hijau dengan daun berjuta melambai sayu. Tanah subur bersulam bunga berbagai warna diatas bumi diiringi bunyi kicauan burung-burung, menjadi petanda hari bersejarah yang bakal diukir.

Sambil menyaksikan segala keindahan alam serta kesibukan insan di Kota New York, hati bersyukur kepada tuhan akan kebebasan yang dinikmati di bumi orang. Sebaliknya hati terasa hiba lagi terharu memikirkan apa yang telah berlaku di tanah air sendiri 12 jam yang lalu.

Sememangnya saya bersyukur dengan apa yang telah negara kita capai tetapi realiti kini sukar untuk disembunyi kerana bau bangkai janji kemerdekaan terhidu kuat serata dunia.

Semenjak tahun 1946, rakyat telah berani bangun dan keluar ke jalanraya di bandar dan desa untuk menentang penjajah British. Keberanian berjuang kerana kebenaran berpaksikan hak asasi telah melahirkan sebuah negara merdeka pada tahun 1957.

Alhamdulillah kita bebas dari penjajahan 500 tahun warga asing.

Tetapi, sejarah hitam 1969 mengajar bagaimana nafsu kuasa pihak yang mahu mengangkat satu ketuanan telah mengikat kembali kebebasan demokrasi dengan akta darurat berlapikkan hujah perkauman menjadi nyata. Mimpi merdeka bertukar ngeri kotor lagi menghampakan.

Masya Allah, kita dijajah kembali bukan sahaja dengan dilarutkan demokrasi tetapi jauh lebih dasyat kerana minda dan jiwa dijajah hipokrasi sebuah nasionalisma sempit lagi menghimpit.

"Inilah nasib kisah orang melayu,
Hujah lapuk lagi palsu diterima bulat generasi minda yang lesu,
Korupsi, Kolusi, Konspirasi depan mata biar diam membisu,
Sibuk bersubahat menghalang rakyat berhimpun untuk bersatu,
Yang mahu Negara Bersih dan bukan kiasu,
Suruh semua bersyukur buta sejarah yang lalu,
Tetapi buat lupa dosa kerajaan yang aib lagi tidak malu,
Ibarat kisah si Luncai dengan labu-labu..Biarkan..Biarkan"


Mana boleh dibiarkan...... dibiarkan begitu sahaja?

Oleh itu tahun 2011 menyusul di atas usaha gergasi 2007 untuk mengembalikan jiwa
Malaysia yang berbilang bangsa melalui pilihanraya bebas dan adil menjadi agenda murni patriot jitu negara.

Oleh itu hak demokrasi berani bertembung dengan tamparan kuku besi otokrasi yang tidak mahu negara Bersih daripada dijajah hipokrasi demokrasi penuh korupsi.

Oleh itu kuning menjadi haram, bersih pula dikotorkan dan rakyat terus ditakutkan dengan cerita momok konon mengancam bangsa oleh pemangsa khayalan ciptaan ilusi jiwa muflis bersongkok tinggi.

Mana boleh dibiarkan.....dibiarkan begitu sahaja?

Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan menuntut janji demokrasi sebenar.

Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan membebaskan ekonomi untuk semua.

Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan memerdekakan minda dan jiwa daripada penjajah otokrasi Putrajaya.


Mana boleh dibiarkan.... dibiarkan begitu sahaja?

Tepat jam 10 pagi bermulalah tiupan panggilan Bersih pada 9 Julai 2011 di Melbourne, Australia yang terus bergilir mengelilingi dunia secara aman sehingga tiba di Kuala Lumpur di mana patriot pertiwi yang ramai berhimpun damai diserang bertubi-tubi oleh penjajah baru biru yang tidak bersantun lagi lupa diri serta ikrar suci menjaga rakyat dahulu dan bukan diutamakan bersubahat bersama tuan berbibir merah jambu berambut kelabu.

Tepat jam 10 pagi setibanya giliran tiupan Bersih di Kota New York, 12 jam selepas Kuala Lumpur yang masih basah berdarah lagi pedih berasap memahat sejarah; Bersih disambut dengan kain rentang kuning memanjang dan semangat Malaysia Muhibah yang baru.

Mana boleh dibiarkan..... biarkan begitu sahaja?

Maka tuhan dan dunia menyaksikan melalui YouTube, Facebook, Twitter mahupun SMS; pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, antara patriot dan penjajah dan antara Bersih dan Kotor.

Maka Patriot Bersih beribu ditangkap, berjuta menunggu sedangkan "Patriot" Kotor hanya beratus beratur paksa manakala juak berjuta menyorok di belakang tengkolok hanya taat berolok membuat bising seperti ayam berkokok menunggu disembelih keris tumpul lagi bengkok oleh puak pemakai songkok tinggi yang ghaib kehadiran tersesat di jalanan sebagai alasan balasan dosa nista pahlawan palsu berjiwa lesu.

"Ada Bersih, Ada Kotor,
Yang takut berkata karut,
Yang berani sanggup digari,
Akhirat nanti jawablah sendiri,
Buku di tangan kanan atau kiri,
Orang berani tidak takut mati,
Kerana niat suci didalam hati,
Berjuang demi Ilahi."


Memang benar pagi hari yang indah menjadi petanda sejarah baru diukir.

Cahaya mentari menerangi kegelapan penindasan serta pepohon hijau demokrasi memberi teduh kepanasan kezaliman, kicaun burung penuh kesyukuran perjuangan murni baru dimulakan dan warna-warni bunga ibarat berbagai bangsa bersama untuk menjadikan Malaysia Bebas, Bersatu dan Bersih.

Insya Allah, Malaysia Muhibbah Merdeka sudah lahir bersih dari kekotoran pengkhianat bangsa-pemungkir janji-pemecah amanah-penghasut durjana.

Terima kasih Bersih yang penuh cinta untuk pertiwi dan dengan penuh sayu salam AlFatihah untuk wira Baharudin yang gugur merintis perjuangan menuju kebebasan agar dipenuhi janji merdeka yang sebenar!

Pesanan Peringatan bersama dari Thomas Jefferson:
"Apabila Rakyat takut kepada kerajaan, Ia dinamakan Penjajahan (tyranny), Apabila Kerajaan takut kepada Rakyat, Itu Namanya Kemerdakaan (Liberty)."

Masih mahu dibiarkan..... dibiarkan begitu sahaja? -MR

BERS✔H 2.0: SPR Perlu Dengar Suara Rakyat - Timb Menteri

Shah Alam – Kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengenal pasti kelemahan adalah satu anjakan kepada penambahbaikan sistem pilihan raya negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifudin Abdullah berkata, dalam proses penerangan yang diberikan, badan pe-ngendali pilihan raya itu hendaklah juga mendengar pandangan rakyat berkenaan kerja-kerja yang dilakukan mereka.

“Saya berharap penerangan SPR tidak terlalu bersifat defensif, iaitu mempertahankan apa yang difikirkan baik, sebalik-nya perlu bersifat akamodatif, iaitu sedia mengambil kira dan guna pakai idea dari rakyat.

”Apa yang penting bukannya kerja SPR, tapi adalah sistem pilihan raya yang terbaik untuk negara,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui kelemahan badan berkenaan, terutama dalam aspek komunikasi hingga menyebabkan ramai orang keliru atau tidak tahu mengenai langkah penambahbaikan yang dilakukan.

Menurut Saifuddin, apabila rakyat tidak tahu, atau maklumat itu tidak sampai, mereka dengan mudah boleh dikelirukan atau dimanipulasi pihak berkepentingan. -SH

Ulasan GB

Pemikiran dan pendirian timbalan menteri yang seorang ini lain dari yang lain.

Sukar untuk mendapatkan seorang menteri atau timbalan menteri yang fikirannya matang dan pendiriannya bersih seperti Saifuddin Abdullah.

Sebelum ini GB sudah menyatakan bahawa Saifuddin Abdullah, Baka Baik Terakhir Yang UMNO Ada. Petikan:


Jikalah ramai pemimpin UMNO macam Datuk Saifuddin Abdullah ini, habis Pakatan.

Mujurlah dalam pemimpin UMNO yang ada kini hanya ada seorang sahaja pemimpin matang dan terbuka serta mungkin pula beliau merupakan baka zuriat baik yang terakhir yang UMNO ada kini - itulah Saifuddin Abdullah.

Tetapi biasanya pemimpin sebegini hayatnya di dalam UMNO tidak lama. Dia nanti akan dicemburui oleh pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang ramai itu. Qabil cukup-cukup cemburu dengan sifat baik Habil. Lalu dibunuhnya Habil. Itu kisah dari Al-Quran.

GB sering juga didatangi oleh pimpinan mahasiswa yang menyatakan mereka lebih senang dan gembira untuk berurusan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini berbanding dengan Menterinya sendiri, Khaled Nordin yang ilmunya tak setinggi mana, tapi ego dan sombongnya tak terperi dasyatnya.


Lagi BERS✔H Ditekan, BN Kehilangan Lagi Banyak Undi

BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

Ulasan GB

Thanks Marina for reminding them in time.

Benar, selagi pihak kerajaan dan polis terus-terusan menahan, menangkap dan menyiksa mereka yang menyokong perjuangan BERSIH, merampas baju mereka, atau menghalang rakyat dari menyebar dan mendapat maklumat mengenai BERSIH, Barisan Nasional akan kehilangan lebih banyak undi di dalam pilihanraya yang akan datang!

Yang menyokong perjuangan BERSIH, seperti kata Marina, "sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya".

Sekalipun Dr.Lo'Lo' Telah Pergi Meninggalkan Kita, Roh Perjuangannya Tetap Hidup [updated]

Jenazah Mutiara Srikandi PAS selamat dikebumikan.

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. -mk


Jenazah Dr Lo’ Lo’ selamat disemadikan

Suasana kelihatan sayu dan suram sepanjang alunan talkin dibacakan.

KUALA LUMPUR: Jenazah Dr Lo’ Lo’ selamat disemadikan tepat jam 11.10 pagi tadi sambil disaksikan kira-kira 2,000 hadirin. Suasana kelihatan sayu dan suram sepanjang alunan talkin dibacakan.

Manakala keadaan awan kelihatan mendung seakan-akan mengiringi pemergian Dr Lo’ Lo’ sepanjang jenazah dibawa dari Masjid Al- Akram ke Tanah Perkuburan Dato’ Keramat di sini.

Sebelum itu, kira-kira jam 10.30 pagi, solat jenazah Allahyarham telah diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Masjid Al-Akram sejak malam tadi tidak putus-putus diziarahi orang ramai termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan masyarakat tempatan yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo’ Lo’.

Pada jam 10.30 pagi, beberapa pemimpin tertinggi PAS, antaranya Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Hussam Musa, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, dan Exco Selangor Dr Halimah Ali tiba di masjid tersebut.

Dr Lo’ Lo’,54, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang kira-kira 10.15 malam tadi selepas sekian lama berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapinya.

Beliau meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim serta empat orang anak, Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan dan seorang cucu.

Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini buat pertama kalinya menjadi ahli parlimen apabila menang kerusi Titiwangsa semasa Pilihan Raya Umum lalu (PRU12) mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Beliau memperolehi 17,857 undi berbanding lawannya yang memperolehi 15,885 undi. -FMT


Ulasan GB

Tuhan lebih menyayangimu, namun kami yakin sekalipun engkau telah pergi meninggalkan kami, roh perjuanganmu tetap sentiasa bersama kita....

Allahummagh firlaha, warhamha wa'afihi wafu'anha..


BERS✔H: Bilamasa Wujudnya Pertubuhan BERSIH Dan Logo Rasmi BERSIH?

Polis: Boleh pakai baju kuning tanpa logo BERSIH

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah. - Bernama

Ulasan GB

Pertama, keputusan mahkamah yang menyatakan BERSIH adalah pertubuhan haram.

Keputusan itu tidak dapat dikuatkuasakan kerana JELAS bahawa BERSIH bukan sebuah pertubuhan, ia hanya satu kempen. Tidak ada organisasi bernama BERSIH. Jangan ada ialah Jawatankuasa Penganjur Kempen BERSIH.

Kedua, Jawatankuasa BERSIH tidak pernah mengisytiharkan apa-apa logo atau lambang. Yang ada hanyalah perkataan BERS✔H 2.0 yang diterima ramai (tidak diketahui siapa melakarkannya kali pertama). Justeru tidak timbul soal lambang atau logo BERS✔H lantaran ianya tidak merupakan lambang dan logo rasmi BERSIH.

Berdasarkan kepada kedua-dua poin di atas, keputusan Polis untuk melarang, menahan, menangkap mereka yang berpakaian "berlambangkan" logo BERS✔H, sebenarnya invalid, null & void.

Isu Pusat Hiburan Di Kedah: Tiada Halangan Untuk Bukan Islam

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memaklumkan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 di negeri Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan nanti, namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Menurut Abdul Hadi, kekeliruan yang berlaku sebelum ini sengaja ditimbulkan media arus perdana dengan menyiarkan laporan tidak tepat hingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Malah, katanya keputusan yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang diluluskan oleh Umno-Barisan Nasional(BN) ketika mentabir negeri itu sebelum ini.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, undang -undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negeriPakatan Rakyat.

Ujarnya lagi, pusat hiburan di Kedah kini dibenarkan untuk beroperasi pada bulan Ramadhan nanti dengan syarat pihak pengurusan premis itu menguatkuasakan larangan kepada orang Islam untuk tidak memasuki premis terbabit.

“Kita sudah dapat maklum balas daripada pihak pengurusan premis hiburan dan rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan mendapati laporan media yang disiarkan tidak tepat,"katanya memetik laporan The Malaysian Insider.

“Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat," ujarnya lagi.

“Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk,” katanya pada sidang media di sini sambil menambah tindakan akan diambil ke atas mana-mana pusat hiburan yang membenarkan orang Islam memasuki premis mereka,"katanya.

Jelas Abdul Hadi, berdasarkan keterangan yang diberikan Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat hari ini, pusat hiburan boleh ditarik lesen sekiranya didapati membenarkan orang Islam memasuki premis pada bulan Ramadan.

Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997 itu melarang pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar serta di warung kopi, karaoke dan disko.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat ia tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan. -tvsnews


Ramadhan: Kedah gugur larangan atas pusat hiburan

Kerajaan Kedah pimpinan PAS telah menggugurkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang akan datang, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada AFP hari ini.

Negeri itu memutuskan Mei lalu untuk menguatkuasakan penutupan semua pusat hiburan pada bulan suci Islam itu, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan oleh pentadbiran BN sebelumnya.

Bagaimanapun, rancangan itu mendapat bantahan pengendali tempat
hiburan, serta lain-lain parti komponen Pakatan Rakyat yang bimbang larangan menyeluruh itu akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Yang paling vokal mengkritiknya ialah pengerusi DAP, Karpal Singh, yang semalam mendesak supaya larangan itu dibatalkan.

Pengendali pusat hiburan juga memberi amaran bahawa larangan tersebut boleh menyebabkan lebih 6,000 pekerja dipecat.

Pegawai kerajaan negeri memberitahu AFP bahawa kontroversi tersebut telah diselesaikan selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu pengendali premis hiburan hari ini, dan bersetuju mereka beroperasi selagi mereka memastikan tidak ada orang Islam memasuki premis mereka pada bulan puasa.

Sementara itu, dalam satu sidang akhbar di Ampang hari ini, rce the shut down.setiausaha politik Azizan, Mohd Sanusi Md Nor memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk tidak menguatkuasakan penutupan premis hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pengendali berkenaan secara sukarela bersetuju lesen mereka dibatalkan jika umat Islam ditemui di premis hiburan mereka dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, jumlah sebenar operator pusat hiburan terbabit mungkin lebih rendah daripada yang dipetik.

Sebelum ini, pertelagahan antara PAS dan DAP - rakannya dalam Pakatan - berhubung isu ternakan babi dan larangan minum arak, mengancam menggagalkan Pakatan dan peluang untuk menjatuhkan BN, yang telah memerintah negara lebih daripada 50 tahun.

Sementara itu, dalam reaksinya, penganalisis politik dan pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menegur PAS dalam mengendalikan perkara itu.

Katanya, tempoh yang singkat, Kedah terpaksa menangani dua insiden yang tidak seharusnya berlaku: pertama sekatan demonstrasi pelajar di kolej KUIN dan kini larangan terhadap pusat hiburan dalam bulan Ramadhan.

"Benar, mereka boleh berhujah di segi teknikal seperti pengharaman itu hanya menguatkuasa peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh BN (dan pada bila-bila masa dengan sokongan MCA dan Gerakan).

Bagaimanapun, katanya, mereka terlepas pandang soal yang lebih penting; iaitu kerajaan Pakatan perlu berbeza daripada BN, terutamanya pendekatan atas-ke-bawah.

Katanya, apa yang Kedah buat mungkin baik untuk parti itu di negeri tersebut, terutamanya dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan semula Umno.

Bagaimanapun, tambah Abdul Aziz, langkah seumpama itu mungkin tidak baik untuk peluang PAS - dan Pakatan Rakyat - di negeri-negeri lain dan ia juga boleh menjejaskan kedudukan parti itu di peringkat nasional. -mk









Kes PRU Ke 11 Negeri Terengganu Bukti Paling Besar Penipuan UMNO & SPR

Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh BERSIH adalah benar dan tulin kerana terdapat bukti-bukti yang nyata perjalanan pilihanraya negara ini penuh dengan penipuan.

Menurut Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, keputusan pilihanraya umum ke 11 (PRU ke-11) pada tahun 2004 di negeri Terengganu adalah bukti yang paling besar menunjukkan pilihanraya yang berlaku tidak adil dan tidak bersih.

Beliau berkata, statistik-statistik hasil PRU ke-11 bagi Terengganu adalah tidak masuk akal kerana pengundi bau bertambah sebanyak 62% merupakan yang tertinggi didunia.

"Hasil pilihanraya Terengganu (tahun) 2004 tidak masuk akal, pengundi baru bertambah 62%, paling tinggi dalam dunia, pengundi baru bertambah, pengundi Umno bertambah 62%,

"sedangkan undi PAS kalau dalam kes Besut hanya 8% seluruh negeri Terengganu hanya 5%, undi kita (PAS) turun 5% undi Umno boleh naik 62%,"jelasnya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pasca BERSIH 2.0 di Rusila, 15 Julai.


Sedangkan katanya, pertambahan pengundi muda yang baru yang baru didaftarkan pun tidak sama dengan jumlah pertambahan pengundi dalam tahun 2004.

Beliau menegaskan, dalam keputusan PRU ke-11 itu, terdapat tujuh undi di negeri Terengganu yang tidak boleh disahkan, berbeza dengan jumlah yang terdapat dalam daftar pemilih.

"Dalam kes Terengganu ada tujuh undi yang tidak boleh disahkan, undi dapat tetapi dari segi daftar pemilih tidak ada banyak itu pengundi yang keluar mengundi,

"ada tujuh undi (itu) yang menunjukkan ada dua kali mengundi, satu orang mengundi dua kali atau tiga kali,'tega Husam.

Sebab itu, menurutnya, BERSIH menuntut kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya setiap pengundi dicap jarinya menggunakan dakwat kekal.

Dengan itu, katanya, bila seorang pengundi sudah dicap jarinya, akan hanya mengundi sekali sahaja dan tidak boleh mengundi sekali lagi ditempat lain
.

Beliau yang juga Ahli Exco kerajaan negeri Kelantan menyatakan, Umno takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana sekiranya ia dapat dilaksanakan, Umno akan kalah diseluruh negara.

"Kalau tiap-tiap pengundi (membuang) undi sekali satu orang, Umno akan 'ranap' (di)seluruh negara, ini (sebab) Umno takut, ini talian hayat Umno,"ujarnya.

Beliau menolak hujah Umno yang mendakwa PAS menang dibeberapa negeri dan kawasan adalah bukti menunjukkan pilihanraya berlaku dengan adil.

Sedangkan kata beliau, penipuan terus berlaku dan sedang dilakukan oleh Umno dan SPR khusunya di negeri Selangor pada ketika ini.

Menurutnya, Umno dan SPR akan terus melakukan penipuan akan terus berlaku dan sedang berlaku di negeri Selangor

"penipuan masih berlaku dan penipuan akan terus berlaku besar-besaran, di Selangor sekarang telah didaftarkan puluh ribu orang-orang daripada Sabah dengan I.C (nombor kad pengenalan) 12,"hujahnya.

Katanya, baru pada minggu lalu, PAS telah membantah seramai 660 orang dari Sabah yang diangkut dan didaftarkan di DUN Selat Kelang untuk menjadi pengundi di situ. -buletinonline



Kehilangannya Yang Sukar Dicari Ganti

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily. -HD


TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957

UMUR: 54 TAHUN

TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK

PEKERJAAN: DOKTOR

LATAR BELAKANG AKADEMIK:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH
2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH
3. KOLEJ ISLAM KLANG
4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)
5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST

KEGIATAN DI UNIVERSITI:

1. AHLI MPP UKM
2. EXCO PERSIAP UKM

PERTUBUHAN NGO:
KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.

KEGIATAN DALAM PAS:
AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa’
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.

JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL

PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA: PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11


Hadi: Hanya Negara Komunis Tak Benarkan Demonstrasi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Ahli Parlimen Marang ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.

Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

“Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.

“Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis,” katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Najib.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

“Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang,” katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0. -TMI

17 Jul 2011

Isu Cincin Lady Gajah RM74 Juta, Ada Cubaan Rekayasa Bukti, Kata Chegubard

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat seorang individu yang dikaitkan dengan dakwaan sebentuk cincin berlian bernilai lebih RM70 juta dibawa masuk ke negara ini tanpa cukai untuk isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.

Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, SPRM telah menyoal A.Krishnan, individu yang dikenalpasti oleh SAMM sebagai bertanggungjawab menguruskan dokumen-dokumen Kastam Diraja Malayasia (KDRM) yang berkaitan.

SAMM memperolehi nama individu berkenaan daripada salinan ceraian dokumen pengisytiharaan Kastam yang dicetak melalui komputer.

“(Tindakan) SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu,’ katas Chegubard.

Beliau melaporkan isu cincin belian itu kepada SPRM Pulau Pinang, minggu lalu.

“SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja,”katanya.

Pada masa yang sama, beliau mempersoalkan sama ada pengecualian cukai untuk berlian itu ada hubungan dengan tindakan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini untuk mengecualikan cukai untuk belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) dalam belanjawan yang lalu.

“Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu?," soalnya.

Chegubard juga mendakwa sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA telah mengalami gangguan hampir 3 jam.

Ini menurut beliau, menyebabkan kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa dan selepas itu dipulihkan, perbagai 'syarat' dikenakan untuk mendapat akses kepada dokumen sebegitu.

Chegubard berkata dalam usaha untuk menimbulkan keraguan mengenai pemilik belian itu, semalam muncul pula borang asal di alam siber dan apa yang disebut sebagai borang 2 Kastam.

Borang itu "diadakan" untuk "membuktikan" cincin belian itu dibawa keluar ke Singapura empat hari selepas ia dibawa masuk ke Malaysia.

Chegubard berkata borang itu adalah untuk menyokong dakwaan kononya cincin belian itu hanya untuk pameran yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Chegubard berkata sumber dalaman beliau mengesahkan beberapa percanggahan ketara dalam maklumat borang 2 kastam termasuk nilai barangan. Borang itu juga tidak meyenaraikan sebarang terma untuk pameran yang dimaksudan, seperti lazimnya, kata beliau.

Chegubard sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman. -tvsnews



Shabery Cheek Tahu Dia Menang Kerana Pengundi Hantu

Shabery dakwa Pakatan guna Bersih sebagai alasan jika kalah PRU

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Datuk Ahmad Shabery Cheek mendakwa Pakatan Rakyat mengeksploitasi perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini sebagai alasan untuk menjustifikasikan kemungkinan kekalahan mereka dalam pilihan raya umum ke-13.

Menteri Belia dan Sukan ini menekankan siri kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil, antaranya di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau sejak pertengahan 2009.

“Itu sebabnya mereka menggunakan Bersih untuk mempertikaikan pengadil tentang kemungkinan kekalahan mereka,” kata Shabery ketika berucap membuka perhimpunan agung tahunan ke-12 Kelab Umno Luar Negara hari ini.

“Mereka akan kata sistem (pilihan raya) ada cacat (dan) penggadil (iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya) pula tidak betul,” kata beliau.

Dalam tulisan yang muncul di Mingguan Malaysia ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”

“Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu,” kata Aziz.

Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.

Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

“Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang,” kata beliau.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.

Shabery melahirkan pandangan yang seiring dengan kenyataan Aziz apabila ditanya mengapa beliau menganggap perhimpunan anjuran Bersih 2.0, gabungan pertubuhan bukan kerajaan pada 9 Julai lalu, sebagai gimik politik.

“Hadi pergi. (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu telah pergi. Anwar Ibrahim pergi. Ini antara mereka yang telah pergi. Pakatan Rakyat menggunakan Datuk Ambiga dan Ambiga menggunakan Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita kemudian.

Apabila ditanya Bersih 2.0 juga ada mengundang Barisan Nasional (BN) agar sertai bersama, ahli Majlis Tertinggi Umno ini menjawab: “Mengapa anda mahu berarak?”

“Kami tidak mahu mencapai kemenangan menerusi kaedah yang dipertikaikan. Legitimasi adalah penting.

“Orang tidak akan berunding dengan kita jika kita berkuasa menggunakan penipuan,” kata beliau.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kemaman ini mengakui bahawa ada kelemahan dalam sistem pilihan raya semasa, antaranya pengundi di luar negara tidak boleh mengundi.

“Umumnya, sistem kita masih merupakan sistem yang memberikan legitimasi kepada mereka yang menang,” kata Shabery.

Ulasan GB

GB tak nak ulas banyak-banyak. Tetapi yang nyata, MP dan ADUN di terengganu mengetahui yang mereka menang kerana pengundi hantu. Wan Ahmad Wan Omar punya kerja.


Cuba tonton dan dengar video ini:



Isu Scorpene: Pegawai Kerajaan Dapat Sogokan Jauh Lebih Besar - SUARAM

Isu pembelian kapal selam Scopene di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan pendedahan terbaru bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan disogok dengan komisyen yang jauh lebih besar daripada jumlah yang terbongkar sebelum ini.

Seorang peguam dari Perancis akan memberikan butiran lebih lengkap mengenai sogokan itu dalam sesi penerangan di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula minggu depan, kata jurucakap Suaram Cynthia Gabriel.

Beliau berkata peguam William Bourdon akan memberitahu hasil siasatan beliau ke atas pembelian dua kapal selam itu dari Peranchis pada tahun 2002 yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu.

Sebelum ini, syarikat Perimekar yang dikendalikan oleh Abdul Razak Baginda, penasihat kepada Najib ketika itu, dilaporkan menerima komisyen RM540 juta ringgit daripada syarikat DCNS berpangkalan di Paris.

Komisyen lumayan itu disifatkan oleh pembangkang sebagai pendapatan “atas angin” untuk Perimekar hanya kerana hubungan Abdul Razak dan Najib yang ketika itu adalah Menteri Pertahanan.


Abdul Razak dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2005. Beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan Altantuya namun dilepaskan daripada tuduhan itu. Dua anggota polis disabit membunuh bekas model itu pada tahun 2007.

Gabriel berkata bukti-bukti terbaru yang dikumpul oleh pasukan penyiasat di Peranchis menunjukkan pembayaran komisyen yang jauh lebih besar daripada apa yang dibayar kepada Perimekar.

"Kami terkejut untuk mengetahui bahawa wujud lebih banyak pembayaran komisyen kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di negara ini,” tambah beliau.

Pembayaran komisyen adalah dilarang di bawah undang-undang Peranchis. Suaram menerusi peguam-peguam di negara itu telah menyerahkan bukti-bukti yang ada kepada pendakwaraya untuk memulakan siasatan. -tvsnews




Pengerusi SPR Berdalih Petikaikan Pula Kenapa PR Sertai Demo BERS✔H

Pengerusi SPR terus dakwa Bersih tak jujur, didalangi Pakatan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”

“Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu,” kata Aziz dalam tulisannya disiarkan Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan hari ini.

Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.

Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

“Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang,” kata beliau.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.

“Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi.

“Wakil-wakil NGO yang datang berjumpa dan berunding dengan saya dulu tidak kelihatan kecuali Marina Mahathir dan dua tiga orang lagi,” kata Aziz sambil menambah, “jadi kenyataan Ambiga kepada saya bahawa Bersih tidak langsung memihak kepada parti politik adalah tidak benar sama sekali.”

Tambahan pula tulis Aziz, baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengugut SPR supaya mengambil tindakan atas lapan tuntutan itu, kalau tidak mereka akan mengadakan tunjuk perasaan lagi.

“Kenapa pula sebelum ini Bersih dan tiba-tiba sekarang parti politik PAS menyuarakan perkara itu?

“Jadi, sekarang sudah jelas Bersih didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik,” kata Aziz lagi.

Aziz menambah, Bersih 2.0 tidak lagi sebuah badan yang berkecuali, sebaliknya “seolah-olah sudah menjadi parti politik.”

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.

Sehubungan itu, Aziz juga berkata bagi diri beliau demonstrasi jalan raya tidak menyelesaikan masalah dan lebih malang lagi difahamkan memorandum berkaitan tuntutan mereka belum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong lagi.

“Kalau mereka betul-betul jujur sepatutnya sewaktu berjumpa Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini mereka boleh menyerahkan memorandum itu.

“Bukan sahaja boleh menyerahkan, malah menerangkan kenapa mereka membuat tuntutan itu. Kenapa mereka tidak melakukan itu dan memilih demonstrasi haram di jalanan?” katanya.

Dalam tulisannya Aziz juga menyentuh mengenai tuntutan dihentikan amalan politik kotor.

Aziz berkata, sebenarnya semua orang tidak suka orang main politik kotor dan sebab itu “kita adakan undang undang supaya orang politik ini jangan bermain politik kotor.”

“Tetapi politik kotor ini dilakukan oleh ahli ahli politik, sepatutnya mereka sendiri yang menghalang politik kotor misalnya dengan tidak menipu, amanah, tidak kata lain buat lain,” kata beliau lagi. -TMI

Ulasan GB

Kempen BERSIH 2.0 adalah dari badan berkecuali. Itu sahih. Yang menyokong kempen berkenaan adalah mereka dari pelbagai parti - dan di dalam konteks BERSIH 2.0 - didapati parti komponen Pakatan Rakyat menyertainya. Ia tidak sepatutnya menjadi isu. Jika komponen BN tidak menyertainya, ia bukan salah badan NGO yang menganjurkan kempen berkenaan. Sepatutnya SPR melihat kepada isu apa yang dituntut oleh BERSIH, bukan menelek kepada siapa yang menyokong kempen berkenaan. SPR hanya mengemukakan daleh untuk berdolak-dalik sepanjang masa mengenai tuntutan yang dikemukakan BERSIH.

Kedua soal Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengugut SPR supaya mengambil tindakan atas lapan tuntutan itu, kalau tidak mereka akan mengadakan tunjuk perasaan lagi.

Ia memang wajar. Jika tuntutan badan NGO sendiri tidak dihormati dan didengari oleh SPR, parti politik BERHAK untuk mendesak SPR supaya melaksanakan tuntutan itu>. Apatah lagi PAS sebagai badan politik yang sah di sisi perlembagaan adalah pihak yang terkena penganiayaan secara lansung hasil dari kepincangan dan sikap senget sebelah SPR selama ini. Jadi tidak salah jika PAS pula yang menjadi penggerak kepada tuntutan BERSIH yang SPR pekakkan telinga itu. Dimana salahnya?

Ketiga, Pengerusi SPR mempersoalkan mengapa Ambiga tidak menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong sewaktu menemui baginda.

Dengar sini Tan Sri. Jika Agong sendiri tidak mempersoalkan hal tersebut kepada Ambiga, siapa Tan Sri yang nak berlagak lebih tinggi daripada Yang Dipertuan Agong menyoal Ambiga? Jika Agong sendiri sudah bersetuju supaya perhimpunan diteruskan cuma baginda meminta ia dibuat di stadium, mengapa PM dan kabinetnya menghalang stadium merdeka digunakan dan mengapa polis menutup semua jalan menuju ke stadium berkenaan. Jika Agong sendiri sudah bersedia untuk menerima watikah tuntutan sewaktu wakil BERSIH tiba di pintu pagar istana, tiba-tiba dihalang oleh polis, binatang apakah mereka-mereka ini yang sanggup menentang titah baginda?

Apa yang jelas pihak yang menentang titah Agong itu adalah pihak yang takut dengan tuntutan BERSIH kerana mereka tahu jika SPR sudah terlepas dari cengkaman mereka, harapan untuk mereka pertahankan Putrajaya terlalu tipis.

Kami menyatakan dengan jelas bahawa pilihanraya perlu diadakan dengan telus, bersih dan adil. Jika SPR sudah dilihat tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya secara telus dan adil, maka itu sebab mengapa rakyat menghadap ke bawah duli Yang Dipertuan Agong.

Dan jika itu masih dihalang dan dituduh mengadakan perhimpunan haram di jalanan (sedangkan kamu-kamulah yang menghalang kami berhimpun di stadium) maka kami tiada pilihan lain selain mengadu kepada Allah s.w.t.

Apabila kami merayu di "sana", bersiap sedialah kamu-kamu untuk menerima hukumanNya.

Dan jika takdirnya PR memerintah selepas ini, kami tuntut SPR dibersihkan dan jika terbukti wujud salahlaku serta penipuan oleh SPR selama ini, Pengerusi dan timbalannya boleh dipenjarakan!

Najib Masih Tenggelam Dengan Sindrom Penafian Dan Sindrom Penipuannya

Najib: Demonstrasi jalanan bukan jawapan, mari selesai masa PRU

LONDON, 16 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri (gambar) ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”

“Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita,” katanya lagi.

“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.

“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.

Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.

“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau. -TMI

Ulasan GB

Dia sudah biasa menipu, kini terus ingin menipu rakyat lagi.

Dia sudah tahu bahawa fokus utama BERSIH ialah penipuan yang berlaku di dalam pilihanraya, tiba-tiba kita diajak selesaikan masalah dengan pilihanraya!

Bukankah itu sikap jelek seorang PM yang masih di dalam sidrom penafian dan sindrom penipuan?

Kononnya "biometrik" hendak digunakan bai membenteras pengundi hantu sedangkan ia (penggunaan bmetrik) adalah satu grand design SPR & Kerajaan bagi "membolehkan pengklonan" dilakukan dimana seorang pengundi boleh mengundi banyak kali. Bimonetrik bukan penyelesaian sekalipun ianya teknologi baru. Rakyat tidak mudah tertipu dengan idea ini.

Bersih tetap menuntut supaya:

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.