Pengerusi SPR terus dakwa Bersih tak jujur, didalangi Pakatan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”
“Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu,” kata Aziz dalam tulisannya disiarkan Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan hari ini.
Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.
Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.
“Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang,” kata beliau.
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.
“Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi.
“Wakil-wakil NGO yang datang berjumpa dan berunding dengan saya dulu tidak kelihatan kecuali Marina Mahathir dan dua tiga orang lagi,” kata Aziz sambil menambah, “jadi kenyataan Ambiga kepada saya bahawa Bersih tidak langsung memihak kepada parti politik adalah tidak benar sama sekali.”
Tambahan pula tulis Aziz, baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengugut SPR supaya mengambil tindakan atas lapan tuntutan itu, kalau tidak mereka akan mengadakan tunjuk perasaan lagi.
“Kenapa pula sebelum ini Bersih dan tiba-tiba sekarang parti politik PAS menyuarakan perkara itu?
“Jadi, sekarang sudah jelas Bersih didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik,” kata Aziz lagi.
Aziz menambah, Bersih 2.0 tidak lagi sebuah badan yang berkecuali, sebaliknya “seolah-olah sudah menjadi parti politik.”
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.
Sehubungan itu, Aziz juga berkata bagi diri beliau demonstrasi jalan raya tidak menyelesaikan masalah dan lebih malang lagi difahamkan memorandum berkaitan tuntutan mereka belum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong lagi.
“Kalau mereka betul-betul jujur sepatutnya sewaktu berjumpa Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini mereka boleh menyerahkan memorandum itu.
“Bukan sahaja boleh menyerahkan, malah menerangkan kenapa mereka membuat tuntutan itu. Kenapa mereka tidak melakukan itu dan memilih demonstrasi haram di jalanan?” katanya.
Dalam tulisannya Aziz juga menyentuh mengenai tuntutan dihentikan amalan politik kotor.
Aziz berkata, sebenarnya semua orang tidak suka orang main politik kotor dan sebab itu “kita adakan undang undang supaya orang politik ini jangan bermain politik kotor.”
“Tetapi politik kotor ini dilakukan oleh ahli ahli politik, sepatutnya mereka sendiri yang menghalang politik kotor misalnya dengan tidak menipu, amanah, tidak kata lain buat lain,” kata beliau lagi. -TMI
Ulasan GB
Kempen BERSIH 2.0 adalah dari badan berkecuali. Itu sahih. Yang menyokong kempen berkenaan adalah mereka dari pelbagai parti - dan di dalam konteks BERSIH 2.0 - didapati parti komponen Pakatan Rakyat menyertainya. Ia tidak sepatutnya menjadi isu. Jika komponen BN tidak menyertainya, ia bukan salah badan NGO yang menganjurkan kempen berkenaan. Sepatutnya SPR melihat kepada isu apa yang dituntut oleh BERSIH, bukan menelek kepada siapa yang menyokong kempen berkenaan. SPR hanya mengemukakan daleh untuk berdolak-dalik sepanjang masa mengenai tuntutan yang dikemukakan BERSIH.
Kedua soal Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengugut SPR supaya mengambil tindakan atas lapan tuntutan itu, kalau tidak mereka akan mengadakan tunjuk perasaan lagi.
Ia memang wajar. Jika tuntutan badan NGO sendiri tidak dihormati dan didengari oleh SPR, parti politik BERHAK untuk mendesak SPR supaya melaksanakan tuntutan itu>. Apatah lagi PAS sebagai badan politik yang sah di sisi perlembagaan adalah pihak yang terkena penganiayaan secara lansung hasil dari kepincangan dan sikap senget sebelah SPR selama ini. Jadi tidak salah jika PAS pula yang menjadi penggerak kepada tuntutan BERSIH yang SPR pekakkan telinga itu. Dimana salahnya?
Ketiga, Pengerusi SPR mempersoalkan mengapa Ambiga tidak menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong sewaktu menemui baginda.
Dengar sini Tan Sri. Jika Agong sendiri tidak mempersoalkan hal tersebut kepada Ambiga, siapa Tan Sri yang nak berlagak lebih tinggi daripada Yang Dipertuan Agong menyoal Ambiga? Jika Agong sendiri sudah bersetuju supaya perhimpunan diteruskan cuma baginda meminta ia dibuat di stadium, mengapa PM dan kabinetnya menghalang stadium merdeka digunakan dan mengapa polis menutup semua jalan menuju ke stadium berkenaan. Jika Agong sendiri sudah bersedia untuk menerima watikah tuntutan sewaktu wakil BERSIH tiba di pintu pagar istana, tiba-tiba dihalang oleh polis, binatang apakah mereka-mereka ini yang sanggup menentang titah baginda?
Apa yang jelas pihak yang menentang titah Agong itu adalah pihak yang takut dengan tuntutan BERSIH kerana mereka tahu jika SPR sudah terlepas dari cengkaman mereka, harapan untuk mereka pertahankan Putrajaya terlalu tipis.
Kami menyatakan dengan jelas bahawa pilihanraya perlu diadakan dengan telus, bersih dan adil. Jika SPR sudah dilihat tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya secara telus dan adil, maka itu sebab mengapa rakyat menghadap ke bawah duli Yang Dipertuan Agong.
Dan jika itu masih dihalang dan dituduh mengadakan perhimpunan haram di jalanan (sedangkan kamu-kamulah yang menghalang kami berhimpun di stadium) maka kami tiada pilihan lain selain mengadu kepada Allah s.w.t.
Apabila kami merayu di "sana", bersiap sedialah kamu-kamu untuk menerima hukumanNya.
Dan jika takdirnya PR memerintah selepas ini, kami tuntut SPR dibersihkan dan jika terbukti wujud salahlaku serta penipuan oleh SPR selama ini, Pengerusi dan timbalannya boleh dipenjarakan!

9 ulasan:
Boss SPR pembodek UMNO tegar kerana selepas besara, dapat jawatan CEO syarikat kayaraya dan gaji pun juta juta setahun itulah perinsip ketua ketua pembodek...
Kalau tidak untung diri sendiri dan sanggupkah mereka bekerja untuk rakyat, jawapannya TIDAK, kerana mereka akan dianggap memperbodohkan diri sendiri, kalau mereka tidak mengambil kesempatan semasa UMNO suka..mereka akan rugi sepanjang hayat, Pejuangan mereka UNTUK UMNOBN adalah demi kepentingan diri sendiri mereka sendiri sahaja.
Rakyat Malaysia diketepikan dan akan ditindaskan sepanjang masa.
buat aje la bodo, ckp pusing2 mcm haram..
SPR ni btul2 celaka la ..
Bersih 3.0 perlu.
Bodoh punya pengerusi SPR. Dah agenda bersih 2.0 adalah berkaitan pilihanraya. Yg masuk pilihanraya org politik. Bukan ahli perniagaan, cikgu, pramugari, tok imam masjid, askar, bomba, FRU dan polis yg nak bertanding dlm pilihanraya... Memanglah sekurang-kurangnya 90% ahli politik yg terlibat dan menyokong.... Nak marah org politik terlibat dgn bersih 2.0 apasal...? Jgn cari helah lah.... Jgn jadi mcm cerita P. Ramlee - 3 Abdul - "sebut pasal hospital, semua harta kena potong".
Pengerusi SPR patut tak usah kira siapa yang ada dalam Bersih.Yang penting sama ada tuntutan-tuntutan Bersih tu wajar,betul dan berpatutan.Dah berdemo beribu-ribu rakyat selama 2 kali,nak tanya buat apa lagi.Kalau SPR telus,adil dan buat kerja sebagai mana yang diharapkan(macam SPR diIndonesia atau diIndia) takkan ada orang nak buat demo.Yang rakyat marah sangat sebab SPR jadi cawangan UMNO.Ada faham.
Penjaga BN 1Malaysia.... mungkin dah dapat 50-60 juta, kalo sejuta rakyak tak suka pun dia tak kisah.
Tan Sri, tak perlu fikir panjang. Kaji dan jika terdapat asas dalam 8 permintaan Bersih, laksanakan sahaja pembaharuan yang diminta. Jika tuntutan tidak ada asas, buktikan dengan fakta dan data. Tak kan di universiti dulu tak belajar bagaimana nak analisis masalah..
Assalam Tan Sri, siapa yang tak ikhlas dalam hal ini. rakyat dah tahu, takutlah kepada hari kematian kita yang semakin dekat dan Hari Pembalasan di Akhirat kelak yang tiada siapa ahli politik dapat menolong kita nanti. Mahkamah di Akhirat bukan macam mahkamah di dunia. Kuatkan amal ibadat sebagai bekalan kita di sana nanti. Jangan fikirkan habuan dunia sahaja kerana ia tak akan dapat menolong kita semasa kita menghadap ALLAH nanti.. . Renung-renungkan lah Tan Sri Oiii. Wassalam
cakap berbaur politik. dia ni pegawai kerajaan atau ahli politik? nak cakap bodoh, tak pulak. Yang pi jawab banyak-banyak tu buat apa. Tindakan lebih penting.
Hang dah tahu apa yang dituntut dipohon oleh Bersih kan. Lihat dan mulakan tindakan pembersihan di bahagian hang. Dah siap baru cakap. Bukan berdalih dan menuduh orang lain tanpa melihat pada tubuh sendiri. Kan kita yang berkhidmat untuk Yang di Pertuan Agong dan bukan BN. Urusan yang kita sedang menjalankan ialah URUSAN SERI PADUKA BANGINDA, bukan URUSAN BARISAN NASIONAL. Tok Jib pun menjalankan urusan yang sama tapi dah dasar munafikun, lupa segala-galanya. Tuduh orang lain tidak menghormati dan menghina DYMM YDP Agong tapi depa tu hormat sangatkah? Haram jadah punya manusia ni. Bodoh dan bangang. Jangan tunggu sampai malaikat maut dekat barulah nak menyesal. Sedar dahlu berpendapatan, sesal kemudian makan 'tahi'.
Pengerusi SPR ni org mana erk ???? Dolak dalih buat malu jek .... Nasib baik bukan org kampung aku , bukan pak sedara aku , bukan suku sakat aku ... Kalau tak akau rela takde org kampung , takde pak sedara org macam ni ... Malu oooooi ...
Catat Ulasan