29 Ogo 2010

Marshanda Berjilbab Setelah Mimpi Kiamat

Aktress Indonesia, Marshanda memutuskan untuk mengenakan jilbab setelah mendapat mimpi buruk tentang Kiamat selama beberapa hari.

Bintang sinetron Benci Bilang Cinta itu mengaku sedikit kekok saat pertama kali mengenakan jilbab kerana wanita yang mesra disapa Chacha itu tidak pernah berpakaian seperti itu.

"Saya bermimpikan Kiamat selama lima hari berturut-turut seperti dalam filem Armageddon dan berasa sangat takut.

"Pada waktu itu saya belum konsisten untuk mengenakan jilbab sehingga pada 12 Jun lalu, saya telah sedar dan bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk berjilbab," ujarnya menurut detikhot pada Jumaat.

Kini, kekasih Ben Kasyafani itu menolak tawaran untuk berlakon sinetron yang memintanya membuka tudung.

"Insya-Allah saya akan sentiasa memakai jilbab dalam setiap sinetron yang dilakonkan," ujarnya.


Marshanda Berjilbab Setelah Mimpi Kiamat

Jakarta Artis Marshanda memutuskan untuk mengenakan jilbab setelah mendapatkan mimpi buruk. Selama beberapa hari, bintang sinetron 'Sejuta Cinta Marshanda' itu sempat bermimpi tentang kiamat.

"Lima hari berturut-turut itu mimpinya kiamat, kayak film 'Armageddon' gitu dan aku takut banget," ujarnya saat ditemui dalam acara santunan untuk anak yatim di Hotel Sofyan, Jalan Cut Mutia, Menteng, Jakarta, pada Jumat (27/8/2010).

Marshanda mengaku sedikit risih (kekok) saat pertama kali mengenakan pakaian tertutup. Perempuan yang akrab disapa Chacha itu pun sempat tidak konsisten dengan keinginannya itu.

"Saat itu aku belum konsisten, pas tanggal 12 Juni, itu aku semakin menyadari, aku dibuka banget matanya untuk bersyukur," ungkap kekasih Ben Kasyafani itu.

Kini, Marshanda telah memutuskan untuk terus mengenakan jilbab. Ia juga siap menolak tawaran main sinetron jika harus membuka kerudungnya itu.

"Insya Allah setiap ada sinetron aku mau tetap pakai jilbab, kalau harus melepas aku nggak mau," ujarnya.(nu2/hkm) - detikhot


Ulasan GB

Ya, banyak sudah kisah mimpi mengenai kiamat yang GB dengar dari orang persaorangan yang Allah pilih untuk dikhabarkan.

Dan banyak sudah tanda-tanda tentang ketibaan hari yang dijanjikan itu dipaparkan oleh Allah s.w.t. untuk manusia.

Pun ramai yang masih leka mengenainya.

Isu Bukan Islam Masuk Masjid: Kejahilan UMNO Semakin Terdedah

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.

Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hukum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini. Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini. Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.

Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

28 Ogos 2010

DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat


FATWA JAKIM

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.




Kisah Si Alim Dengan Si Jahil

Asri: Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat.

Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, “sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.”

“Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

“Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Asri, ada media yang melaporkan beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi berucap di Surau Al-Huda, Kajang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Asri, beliau tidak campur dalam urusan politik wakil rakyat itu dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di surau tersebut.

Ketika pelbagai pihak menyerang tindakan Teo itu, dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat tersebut menyampaikan sumbangan dan berucap di ruang solat surau itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Dalam kenyataannyaa hari ini, Asri menegaskan, orang bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau dengan niat yang baik, bukannya untuk tujuan berpolitik.

“Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi,” katanya.

Asri juga berkata isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah.

“Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini.

“Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis,” katanya.

Oleh itu kata beliau, pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar.

Dalam kenyataan dua hari lalu, Asri menyifatkan perbuatan Teo memasuki bahagian dalam surau tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan beliau berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada muzakarah 1 Mac 2010.

Bekas mufti itu menegaskan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

Dalam kenyataan itu, Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Teo dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya.

Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau. -TMI


Perkasa mahu Mais dakwa MP Serdang

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai mereka menyokong tindakan ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan menggesa agar wakil rakyat penggal pertama itu turut didakwa.

“Majlis Agama Islam Selangor (Mais) ada ambil tindakan terhadap bekas mufti (Perlis) Dr Asri kerana bagi ceramah dalam surau di Selangor tanpa tauliah.

“Oleh itu, Mais hendaklah segera mendakwa Ahli Parlimen Serdang yang mencemar Surau Al-Huda... kegagalan mendakwa bererti tidak menyahut titah Sultan Selagor yang amat murka dan dukacita,” kata Ibrahim dalam kenyataannya.

Kes ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor akhir tahun lalu sedang didengar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya malam tadi.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Dalam kenyataannnya, Ibrahim juga membawa misalan nasib yang menimpa pendakwah Islam Amerika Syarikat Malcom X yang ditembak mati di Manhattan Audubon Ballroom pada 1965.

“Pendakwah Islam yang berdakwah kepada orang-orang Kristian hingga masuk ke gereja semata-mata berdakwah kepada bukan Islam akhirnya ditembak mati.

“Di Serdang (Selangor), wakil rakyat DAP, yang bukan Islam, yang sentiasa dalam ‘hadas besar’ telah ‘ditarik’ ke ruang solat, saf pertama surau, oleh PAS (yang pasti ahlinya Islam) dan PKR (ahlinya Islam dan bukan islam) semata-semata untuk memberi tazkirah Ramadan pada jemaah, yang sudah tentu dan pasti beragama Islam,” katanya,

Sehubungan itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata, adakah Allah sedang memberikan satu ‘iktibar’ untuk berfikir bersama tentang realiti PAS, yang menurutnya menjual agama Islam demi survival politiknya ketika bulan Ramadan.

“Rumah Allah dicemari, dinodai dan segala-galanya halal demi undi, ini kerja syaitan yang memasong ‘orang yang dikatakan beriman tapi tidak bertaqwa,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya semalam Teo berkata beliau akan menghadap Sultan Sharafuddin bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya.

Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.-TMI


Ulasan GB

Dengan dua tulisan di atas mengenai dua orang manusia, seorang berpendidikan agama seorang lagi tidak. Seorang berilmu (alim) seorang jahil. Dr Mohd Asri dengan Ibrahim Ali. Mengulas isu yang sama iaitu isu surau Kajang yang menjembput wakil rakyat DAP.

Kata Mohd Asri:

“Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

“Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w,”
kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini....

Katanya:

Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, “sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.”


Demikian penjelasan yang cukup terang dan nyata dari seorang yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

Kemudian kita lihat tindakan UMNO yang memperalatkan isu lawatan wakil rakyat DAP di surau Al-Huda di Kajang itu menerima respons dari golongan yang jahil beragama juga. Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, sebuah pertubuhan pelampau Melayu mendesak agak Wakil Rakyat DAP itu didakwa.

Si jahil memang menyokong si jahil, si pelampau memang menyokong tindakan si pelampau yang lain.

GB dah ulas sebelum ini bahawa

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, tindakan UMNO yang cuba menunjukkan mereka lebih Islam itu menjadikan mereka sebagai golongan yang pelampau - pelampau yang bebal terhadap agama - tetapi hanya menggunakan agama sebagai alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama PAS yang semakin dicemburuinya. Dan GB telah mendedahkan sebelum ini, 90% menteri-menteri dari kalangan UMNO ini tidak membaca Al-Quran, jauh sekali mengkaji ayat-ayatNya dan Hadith, justeru itu mereka bebal sebebalnya tentang agama. Mereka hanya bergantung kepada seorang dua "ustadz celup" dimana ustadz-ustadz ini menjadikan diri mereka lembu-lembu untuk habuan duniawi.

(tambahan: sebut sahaja siapa juga menteri UMNO.. Nong Chik ker, Awang Adik ker, Nazri Aziz ker, Anifah Aman ker, Rais Yatim ker, malah Muhyiddin atau Najib sekalipun, GB curiga sangat samada mereka boleh membaca Al-Quran)

Keras kritikan GB, namun demi kebenaran itulah yang sebenar-benarnya.

Anda UMNO boleh memujuk semua sultan agar UMNO memegang semua kunci masjid dan surau, jangan benarkan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat masuk ke dalamnya. Ia akan mempercepat UMNO terlingkup. Bagi umat Islam sebenar, mereka boleh mendirikan solat di mana-mana hatta segala masjid dan surau terkunci untuk mereka. Kerana Allah memerintahkan "dirikan solat", bukan dirikan masjid.

Pegang kata-kata GB ini, bahawa UMNO BN tetap lingkup setidak-tidaknya di dalam pilihanraya kali ke 14!


28 Ogo 2010

Tindakan UMNO Menunjukkan Kejahilannya Dalam Agama

Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama


Asing Adat & Hukum Hakam, Umat Islam Perlu Teliti Tamadun Islam

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta umat Islam mengasingkan adat dan hukum hakam agama dalam menilai perbuatan seseorang baik sesama Islam mahupun bukan Islam.

Bagi beliau, kegagalan berbuat demikian hanya akan menjejaskan kemurniaan Islam di mata masyarakat bukan Islam yang seharusnya diajak mendekati agama samawi ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga meminta umat Islam tidak terikat dengan elemen tradisi sebaliknya berpandukan sumber ketamadunan Islam sejak zaman Rasulullah.

"Ini masalah di negara kita yang kadangkala tidak dapat membezakan antara kebiasaan dengan adat dan hukum agama. Adat dan agama ini pula dipengaruhi kepentingan politik.

"Kita tahu selama ini Umno sentiasa menegaskan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Bagi saya, mereka mahu menjauhkan orang yang bukan melayu dan bukan islam daripada Islam," katanya.

Semua ini hanya mencipta pelbagai stigma dan pantang larang yang tidak penah termaktub dalam al-Quran.

Sebaliknya Umno secara halus memperalatkan agama untuk mengembalikan sokongan bukan melayu tanpa mempedulikan perkembangan dakwah agama.

"Inilah sebabnya mengapa mereka sejak kebelakangan ini cuba menunjukkan betapa tidak mesranya Islam kepada orang bukan Islam sehingga mengeluarkan fatwa, kononnya tidak boleh berdoa untuk orang bukan Islam.

"Sekali lagi dengan kes yang melibatkan Teo Nie Ching ini, politik Umno bertujuan hendak kekalkan politik Islam dengan politik Melayu sebagai perkara yang sama," katanya. -TVS


Ulasan GB

Bagi GB, UMNO bukan saja jahil dalam agama, malah ia menjelaskan sikap buruk mereka sekalipun mereka mengaku Islam dan mereka mencari ruang untuk mengeksploitasikan apa juga isu yang ada demi untuk mencari populariti mereka di kalangan masyarakat yang telah pupus.

Sikap UMNO itu yang diwakili oleh akhbar pencacai mereka bernama Utusan dan agensi pencacai mereka bernama MAIS hanya akan menjadikan umat bukan Islam semakin muak dan mual dengan UMNO.

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, tindakan UMNO yang cuba menunjukkan mereka lebih Islam itu menjadikan mereka sebagai golongan yang pelampau - pelampau yang bebal terhadap agama - tetapi hanya menggunakan agama sebagai alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama PAS yang semakin dicemburuinya. Dan GB telah mendedahkan sebelum ini, 90% menteri-menteri dari kalangan UMNO ini tidak membaca Al-Quran, jauh sekali mengkaji ayat-ayatNya dan Hadith, justeru itu mereka bebal sebebalnya tentang agama. Mereka hanya bergantung kepada seorang dua "ustadz celup" dimana ustadz-ustadz ini menjadikan diri mereka lembu-lembu untuk habuan duniawi.

Keras kritikan GB, namun demi kebenaran itulah yang sebenar-benarnya.

Anda UMNO boleh memujuk semua sultan agar UMNO memegang semua kunci masjid dan surau, jangan benarkan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat masuk ke dalamnya. Ia akan mempercepat UMNO terlingkup. Bagi umat Islam sebenar, mereka boleh mendirikan solat di mana-mana hatta segala masjid dan surau terkunci untuk mereka. Kerana Allah memerintahkan "dirikan solat", bukan dirikan masjid.

Pegang kata-kata GB ini, bahawa UMNO BN tetap lingkup setidak-tidaknya di dalam pilihanraya kali ke 14!

Akhirnya Bukan Islam Semakin Sedar UMNO Parti Pelampau

PAS: BN serang MP Serdang guna isu ‘murahan’

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan,” kata Salahuddin (picture) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu.

“Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti “rasis”.

“Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang),” katanya lagi sambil menambah, “tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau).”

Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang. -TMI


'Tazkirah' di surau: Teo mohon maaf

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai 'tazkirah' di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.

Ikhlas dan murni

Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.

Beliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung 'tazkirah' Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.-mk


Ulasan GB

Silat UMNO untuk memperalatkan agama di dalam isu surau di Kajang menunjukkan ketempangannya yang akhirnya menikam dirinya sendiri.

Rakyat yang bukan-Islam melihat telatah UMNO - dan masing-masing mengangguk bahawa UMNO adalah sebuah parti pelampau - yang akan menggunakan setiap ruang untuk kepentingannya.

Malah bukan Islam semakin takut untuk bersama UMNO kerana tindakan mereka akan sentiasa dicurigai dan sentiasa dieksploitasi demi mendapatkan sokongan politik kepada mereka.

UMNO dilihat terlalu terdesak kini ... terdesak dan sedang nazak...

Kerana Histeria, UMNO Mengharamkan Yang Halal

Umno tentang Majlis Fatwa

Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Keindahan Islam

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

Sultan Murka, Rakyat Dukacita, UMNOlah Yang Bakal Sengsara

DAP kesal tindakan Mais ke atas MP Serdang, jawatankuasa surau

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat siasatan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak berhubung isu Ahli Parlimen Serdang berada di Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Mais ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari DAP dan juga terhadap ahli jawatankuasa surau berkenaan.

“Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching dan menggantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut,” katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ean Yong berkata, beliau tidak mahu melihat isu ini dipermainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, Umno dan Perkasa sebagai “satu isu politik dan perkauman untuk merosakkan keharmonian masyarakat kita.”

Semalam, Mais berkata pihaknya akan menghantar surat amaran kepada Teo yang dilaporkan menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata tindakan Teo itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berdukacita.

Beliau berkata baginda telah mengarahkan Mais supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit.

Katanya, Mais sudah memanggil pengurusan surau berkenaan kelmarin untuk menjelaskan isu itu.

“Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, Mais mendapati bahawa ucapan Anggota Parlimen itu di dalam dewan solat surau berlaku seperti yang dilaporkan,” katanya.

Dalam kenyataannya, Ean Yong yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada jawatankuasa surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.

“Pada ketika itu, beliau hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir.

“Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau,” katanya.

Ean Yong menambah, Teo melawat surau tersebut dengan ikhlas sempena bulan Ramadan.

“Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Ulasan GB

Kita dukacita dengan sikap UMNO yang sanggup menggunakan isu ini di dalam bulan Ramadhan untuk kepentingan politik mereka dan kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan MAIS yang terus-menerus menjadi kuda tunggangan UMNO.

Semua alasan yang digunakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi adalah tidak mensabah dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.

Belia dilaporkan berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Malah untuk wanita yang datang haid pun tiada halangan untuk memasuki masjid dan surau di zaman serba modern ini. Allahyarham Prof HAMKA menjelaskan ada masanya hukum berubah dengan peredaran zaman. Jika dahulu wanita haid memang tidak dibenarkan ke masjid lantaran darah kotornya bolhe berciciran di lantai masjid, tapi di zaman modern, hampir kesemua wanita yang datang haid ada memakai tuala wanita, jadi tidak timbul lagi persoalan darah itu keciciran di lantai.

Hanya berkemungkinan wanita UMNO tidak memakai tuala wanita maka itu disebabkan Pegarah JAIS masih mengharamkannya!

Adapun UMNO yang mempergunakan isu ini untuk mendapatkan sokongan maysrakat Islam terhadapnya, UMNO tetap gagal, malah masyarakat akan terus membenci UMNO yang jahil murakab yang sanggup menggunakan isu tersebut untuk kepentingan mereka, malah mengheret istana ke dalam kemelut isu berkenaan.

Sultan Selangor dilaporkan murka. Namun rakyat juga merasakan dukacita. Rakyat tidak mahu menderhaka. Tetapi rakyat melihat ada sesuatu yang tak kena.

Dan kini MAIS ambilalih pentadbiran surau berkenaan untuk kepentingan UMNO BN pastinya. Surau tersebut akan dijauhi rakyat jelata. Dan pilihanraya bakal tiba. Pastikan UMNO BN kalah sehina-hinanya.

27 Ogo 2010

UMNO Mainkan Isu MP DAP Di Surau Serdang

Naib Presiden PAS: Tidak salah MP DAP Serdang berada di surau

Pemimpin PAS mempertahankan langkah Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu yang kini dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Perkasa dan Umno.

“Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika hendak mempertikaikan wakil rakyat itu tidak memakai tudung, tindakan tidak mengenakan tudung, “ia tidak mengharamkan seseorang daripada datang ke masjid.”

“Cuma ia menjadi adap, bukan syarat (mengenakan tudung) apabila masuk ke masjid, surau... bukan syarat tetapi adap,” kata beliau.

Terdahulu beliau menyampaikan takzirah di masjlid bandar Kinrara selepas solat Jumaat.

“Ketika di masjid Kinrara, saya ada menimbulkan contoh, bagaimana masjid ini kemungkinan dibina oleh seorang Cina walaupun projeknya diperoleh oleh seorang Bumiputera, dan pekerja-pekerjanya mungkin dari Myanmar, yang bukan beragama Islam.

“Adakah kita melarang dia daripada memasuki masjid dan surau ketika sedang dibina?” kata Mahfuz sambil menambah, dalam kes Teo beliau sebenarnya dibenarkan oleh pengurusan surau.

“Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan,” kata beliau lagi.

Teo dipetik sebagai berkata beliau tidak faham sebab kunjungannya ke surau itu menjadi kontroversi dan “dipermainkan-mainkan” kerana hanya berniat ikhlas.

“Kunjungan ke surau Al-Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan hari ini memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

“Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk,” katanya.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP menjelaskan:

“Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

“Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar,” katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.

Dalam laman webnya Teo berkata:

“Beliau yang hadir berbaju kebaya disambut oleh Pengerusi Surau Ustaz Azemi Ahmad dan ahli dan kariah surau sebaik sahaja selesai ibadah solat sunat tarawih dikerjakan.”

Teo berharap dengan kunjungan beliau kali ini akan menambah lagi kemesraan dan persahabatan di antara masyarakat berbilang kaum.

“Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor ada membuat penawaran bantuan pinjaman pelajaran kepada lepasan-lepasan SPM di mana pinjaman yang terbuka kepada permohonan anak-anak negeri Selangor ini akan berubah menjadi biasiswa jika keputusan peperiksaan peminjam di universiti adalah cemerlang.

“Beliau menyeru kepada semua agar mengambil peluang tersebut supaya tiada anak-anak yang tercicir untuk memasuki ke universiti semata-mata disebabkan masalah kewangan,” kata laman web itu. -TMI


'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa kunjungannya ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu menjadi kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.

"Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa kunjungan biasa ini dipermain-mainkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkan tindakan Teo menyampaikan 'tazkirah' di masjid sebagai tidak wajar.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depannya, yang memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Ketika dihubungi Malaysiakini Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, tidak menyentuh langsung soal politik, tetapi sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

"Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.

Muslimin, muslimat jemput

Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

Katanya, tarikh dan masa kunjungannya selepas solat Tarawih itu, juga ditentukan oleh pihak surau berkenaan.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP menjelaskan:

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pihak) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

"Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.

Surau: Baca sendiri blog Teo

Di sesetengah masjid terkenal seperti Masjid Negara dan Masjid Putrajaya, golongan bukan Islam dikehendaki menutup kepala sekiranya ingin melawat kawasan sekitarnya.

Teo juga menjelaskan, pada Ramadan kali ini, beliau ada juga mengunjungi dan berbuka puasa bersama ahli jemaah di beberapa surau di kawasannya parlimennya tetapi tidak pernah memasuki ruang solat utama.

Sementara itu, Utusan Malaysia juga melaporkan, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor, Abdullah Mansor memandang serius tindakan Teo kerana menurutnya, ia bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik.

Abdullah juga menyatakan bahawa tindakan itu juga menyalahi hukum.

Justeru tambahnya, jika benar dakwaan itu, ia satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan.

Pengerusi jawatankuasa surau Al-Huda Azemi Ahmad pula dilaporkan menjelaskan Teo masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.

Bagaimanapun, Azemi berkata, isu itu tidak perlu digembar-gemburkan kerana tiada apa yang boleh dipolitikkan, lapor akhbar milik Umno itu.

Azemi turut meminta orang ramai supaya membaca sendiri laman web Teo untuk mendapatkan penjelasan sebenar. -mk


Ulasan GB

UMNO melalui akhbar pencacainya Utusan menjadikan kunjungan Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang sebagai satu isu agama dan perkauman, namun ia menjelaskan pula mengenai kejahilan mereka terhadap agama Islam.

Entah siapa mengajar mereka melarang bukan Islam ke surau.

Yang nyata ia hanyalah satu sifat cemburu, irihati dan dengki, kerana MP berkenaan adalah dari Pakatan Rakyat. Jika mereka yang melakukan, 1001 justifikasi diberikan.

Nong Chik Terlalu Desperate, Isytiharkan 15 Orang PKR Sertai UMNO

Ketua PKR Bukit Bintang, 15 ahli sertai Umno

Ketua bahagian PKR cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan (WP) Mahmood Abdullah bersama 15 ahli yang sebahagian mereka adalah anggota jawatankuasa cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai Umno itu diserahkan kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta disaksikan ketua penerangan Umno WP Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan Umno.

"Tujuan kami kembali kepada Umno adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan Umno WP di Kuala Lumpur.

Katanya selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa pilihan raya umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi anggota parti itu akan menyertai Umno selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR Sept ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar. - Bernama

Ulasan GB

Selepas GB mengeluarkan satu tulisan bertajuk "Nong Chik, Kamu Wakil Rakyat Mana?", keluar pula berita dari agensi berita Luncai BERNAMA menyatakan 15 orang ahli PKR menyerahkan borang UMNO kepada Nong Chik yang merupakan timbalan pengerusi Umno WP.

Kasihan sungguh kerana dah desperate sangat Nong Chik, dan juga BERNAMA, sehingga terpaksa mencari da membuat berita yang cuba menonjolkan populariti Nong Chik yang lansung tidak ada integriti untuk menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Sekadar berstatus Senator yang tidak dipilih oleh rakyat tetapi ditonjolkan oleh Najib selaku PM.

15 orang sajakah? Sedangkan jumlah pengundi Bukit Bintang ialah 65112 orang!

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Fong Kui Lun mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Lee Chong Meng dengan majoriti sebanyak 14,277 undi. Beliau memperolehi 26,811 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,314 undi.

Jika pun benar 15 orang menyeberangi UMNO, Nong Chik belum boleh bermimpi apatah lagi berangan untuk merampas kerusi Bukit Bintang dari Pakatan Rakyat.



Petronas Akan Tumbang Jika Terus Nafikan Royalti Kelantan

Sila klik banner di atas
Royalti: Sah, Kelantan saman Petronas

KOTA BHARU, 25 Ogos: Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini.

“Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi,” ujarnya.

Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Husam turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan menyerahkan kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tututan kita, itu terpulang pada mahkamah lah nanti,” ujarnya.

Sementara itu, turut dimaklumkan satu majlis solat hajat dan sidang media akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.


Nik Aziz iringi peguam kemuka writ saman Petronas Isnin ini

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan semalam, mengesahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi minyak negara, Petronas berhubung dengan tuntutan royalti minyak yang didakwa sepatutnya diberikan kepada Kerajaan Negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, writ saman tersebut akan dikemukakan di bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Isnin ini.

“Hari ini (semalam) kita membincangkan writ saman kepada Petronas dan mengambil keputusan untuk memfailkan di Mahkamah Tinggi (Dagang) Jalan Duta Isnin ini, hadir menyokong tuntutan itu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, semalam.

Terdahulu, kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk Nik Abdul Aziz mendengar taklimat lebih sejam dari peguam yang mewakili Kerajaan Negeri yang diketuai Tommy Thomas.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mac lalu sebulat suara meluluskan usul memberi mandat kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan mahkamah bagi menuntut royalti minyak seperti mana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.

Kerajaan Pas Kelantan tidak mengiktiraf pemberian wang ihsan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan menuntut lebih RM 1 bilion royalti yang dikatakan hak mutlak milik Kerajaan Negeri.

Husam berkata, selepas dari memfailkan writ tersebut, Menteri Besar akan mengadakan solat hajat di Masjid wilayah supaya Kerajaan Pusat membuka jalan mengembalikan hak kerajaan Kelantan.

Dalam perkembangan yang sama, seramai 40 ulama di negeri ini akan mengetuai Munajat Royalti bagi memohon tuntutan hak royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan dikembalikan Kerajaan Pusat.

Ketua kumpulan, Md Zulaimi Kazin berkata, ulama dari beberapa buah pondok, terutama dari Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh akan bermunajat di dalam negara serta di Makkah bagi menyokong tuntutan itu.

“Pemilihan ulama tersebut dibuat dari kalangan ulama di pondok, ulama kawasan dari Dewan Ulama Pas dan ulama dalam kalangan ahli akademik. Paling penting misi ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada Kerajaan Pusat dan Petronas bahawa rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak mereka,” katanya. -SH


Ulasan GB

Dengan doa rakyat Kelantan dan seluruh pencita kebenaran dan keadilan, seandainya PETRONAS gagal untuk menyempurnakan kewajipannya membayar wang royalti kepada kerajaan Kelantan, PETRONAS sebagai syarikat gergasi minyak negara akan tumbang menyembah bumi.

Sampaikan amaran ini kepada PETRONAS.

UMNO BN Rompak RM52 Billion Saham Untuk Bumiputera

Pakatan Rakyat Desak Siasat Kehilangan RM52 Bilion Saham Untuk Bumiputera

Serangan Umno-Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan sentimen perkauman adalah untuk menutup penyelewengan dan kegagalan mereka mengurus khazanah negara termasuk skandal rompakan saham yang dikhaskan bagi Bumiputera dan rakyat termiskin bernilai RM52 bilion.

Sehubungan itu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara terperinci kehilangan jumlah saham sebegitu besar kepada Bumiputera.

Anwar berkata isu ini pernah dibangkitkan tahun lalu oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Bagi saya, isu yang melibatkan hak orang Melayu dan kaum Bumiputera ini masih belum dapat diselesaikan. Mana pergi agihan saham untuk Bumiputera dan faedahnya kepada siapa?.

"Kalau benar kita ambil berat untuk menjamin hak mereka, orang Melayu yang miskin dan terpinggir itu harus dibantu. Kini hanya tinggal RM2 bilion sahaja yang tinggal bagi pegangan ekuiti Melayu," kata Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di inu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai isu undang-undang hudud di negara ini, Anwar berkata sistem perundangan di negara ini mengamalkan sistem demokrasi, tetapi agama Islam mendapat tempat yang istimewa sebagai agama Persekutuan, selain jaminan hak kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka.

"Kita memperkukuh institusi yang ada melalui dialog peradaban dan sebagainya. Kita turut menekankan muafakat dan kerjasama antara budaya, agama dan memperbaiki hubungan kaum.

"Oleh yang demikian, berkenaan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah, kita menuntut untuk ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji perkara tersebut."Kita mesti berikan ruang untuk setiap parti mengungkap pandangan mereka mengikut prinsip parti. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, kita terikat dengan konsensus atau persefahaman yang kita meterai bersama, perkara ini telah dijelaskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu," tegas Ketua Pembangkang lagi.

Beliau juga menyelar tindakan Umno-BN yang mengapikan sentimen perkauman sempitdan agama dengan tujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat di negara ini.

"Politik usang yang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pemimpin Umno-BN, kerana mereka kini berada dalam keadaan terdesak untuk teruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut, pelbagai jentera kerajaan seperti Biro Tatanegara dan media seperti Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat," kata Anwar.

Turut sama pada sidang media itu termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. -SK

26 Ogo 2010

BTN Jadi Alat Semarakkan Semangat Perkauman

BTN Punca Kakitangan Kerajaan Menjadi Ektremis Kaum

Biro Tatanegara (BTN), sebuah unit propaganda Umno-Barisan Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri dipersalahkan atas kewujudan sikap perkauman dikalangan kakitangan kerajaan yang diloihat semakin menjadi dewasa ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa kem latihan BTN yang diwajibkan ke atas semua kakitangan kerajaan dan juga golongan pelajar pada asasnya mengajar dan memupuk nilai ekstremis 'Ketuanan Melayu' dan mengutuk kaum lain sebagai satu kaedah lapuk Umno-BN mengekalkan undi Melayu.

Kata beliau atas sifat modul kursus yang dijalankan BTN yang menjurus kepada pengajaran ekstremisme kaum menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mengambil langkah drastik menghentikan penghantaran pegawai dan kakitangan awam kerajaan negeri menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan agensi itu.

Khalid juga merujuk kepada kejadian seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pelajar Cina dan India baru-baru ini.

"Walaupun setelah lebih 50 tahun Merdeka, bagaimana pula seorang guru yang bekerja untuk kerajaan Umno-BN boleh berkata sebegitu? Ini jelas menunjukkan sistem pengajaran guru itu sendiri salah pada dasarnya," kata Khalid ketika menjawab soalan peserta pada 'Ramadhan Forum' yang dianjurkan oleh majalah Leaders di sebuah hotel di sini semlam.

Khalid berkata melalui dasar 'Ketuanan Melayu' kerajaan Umno-BN menakut-nakutkan orang Melayu dengan propaganda kemungkinan perkelahian antara kaum akan tercetus jika mereka tidak terus menyokong Umno-BN.

"Apabila sebahagian rakyat menjadi takut untuk mengundi pembangkang manakala sebahagian lagi menjadi ekstremis Melayu, maka tujuan Umno-BN dan dasarnya telah tercapai iaitu meraih undi dengan apa cara sekalipun," jelas beliau.

Beliau menganggap kejadian di mana dua pengetua masing-masing di Kulai dan Bukit Selambau mencemuh pelajar Cina dan India dilihat sebagai sebahagian daripada rencana teliti yang telah lama dirancang oleh Umno-BN.

Khalid berkata tindakan membangkitkan isu perkauman adalah senjata terahkir Umno-BN apabila sedar majoriti rakyat sudah tidak lagi yakin terhadap kepimpinan mereka.

"Rakyat bukan macam dahulu, mereka boleh lihat sendiri dan sedar pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Umno-BN selama lebih 50 tahun ini hanyalah satu gimik untuk meraih undi dan satu kaedah memberikan projek pembangunan kepada kroni-kroni Umno-BN," tegas beliau lagi. -SK

Jamil Khir Senang-senang Tuduh Orang Berdosa

Jamil Khir anggap Nurul Izzah berdosa burukkan negara

Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.

Katanya sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri. Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik. — Bernama

Ulasan GB

Mereka yang berpengetahuan agama kemudian mempertahankan kerajaan yang zalim lebih besar dosanya.

Sewaktu kerajaan pada awalnya meluluskan judi, Jamil Khir membisu seribu bahasa - dek kerana jawatan dan pangkat beliau lansung tidak bersuara untuk menentang apa yang telah dilakukan oleh Najib.

Bagi kita, apa yang dilakukan oleh YB Nurul Izzah iaitu mendedahkan kepincangan negara sendiri di luarnegara adalah wajar apabila ruang untuk melakukannya di dalam negara disekat sedemikian rupa sehingga ISA dijadikan senjata pihak berkuasa untuk menahan sesiapa saja tanpa bicara terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan mereka.

Apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah adalah besar pahalanya apabila ia disertai dengan niat untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN yang zalim dari persada pemerintahan negara dan juga untuk menghumbankan keluar menteri-menteri yang menjadikan diri mereka kuda dan lembu tunggangan PM selama ini seperti Jamil Khir ini.

Nong Chik, Kamu Wakil Rakyat Mana?

Raja Nong Chik: Sultan Selangor sokong pembangunan Kg Baru

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyokong dan bersetuju dengan keputusan kerajaan membangunkan Kampung Baru, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Bagaimanapun, baginda menitahkan supaya Masjid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi mercu tanda di kawasan itu, mesti dikekalkan.

“Baginda mengalu-alukan pembangunan Kampung Baru. Yang penting baginda bertitah jangan lupa sejarah yang ada di Kampung Baru.

“Dua mercu tanda ini, baginda minta jangan diubah, boleh diubahsuai, tetapi jangan dipindahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal kawasan Lembah Pantai hari ini.

Raja Nong Chik yang mengadap Sultan Selangor semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan itu.

Beliau berkata Sultan Selangor juga mengingatkan supaya ciri-ciri dan kepentingan orang Melayu dipertahankan, seiring pengkomersialan tanah di Kampung Baru agar setimpal dengan harga pasaran pada ketika ini.

“Ini supaya pemilik dan pewaris tidak terlalu jauh mereka punya harga dengan harga pasaran. Jadi, kita perlu mencari satu model yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telahpun berbincang mengenai model yang sesuai dan akan diserahkan kepada pemilik serta pewaris untuk dipilih.

Terdahulu, Raja Nong Chik menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dan ibu tunggal dari Pusat Asuhan Hajah Kamariah Kampung Medan. — Bernama

Ulasan GB

Hanya satu soalan: Raja Nong Chik ni wakil rakyat parlimen atau DUN yang mana?

Dasar muka tak tahu malu. Dilantik sebagai menteri dengan tiket senator lantikan Najib, mau bising satu Malaysia untuk bangunkan Kg. Baru. Bangunkan dirimu sendiri terlebih dahulu, bertanding sebagai anak jantan di Wilayah Persekutuan.

Keputusan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Cetuskan Kontroversi Rakyat

Video Lingam: Keputusan Mahkamah Rayuan Bakal Cetus Implikasi Buruk

Gambar: Datuk Tengku Baharudin Shah dan Datuk Zaharah Ibrahim

Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan peguam Datuk VK Lingam dan dua bekas Ketua Hakim Negara untuk membuat semakan kehakiman atas hasil siasatan Suruhanjaya DiRaja mengenai skandal klip video Lingam akan menyebabkan implikasi buruk terhadap badan kehakiman pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menjelaskan bahawa kebenaran mahkamah kepada Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin akan menimbulkan preceden negatif di mana mahkamah mempunyai ruang dan boleh mencelah terhadap keputusan mana-mana Suruhanjaya DiRaja sama ada yang ditubuhkan sebelum ini atau yang akan ditubuhkan pada masa akan datang.

"Ia adalah satu keputusan yang luar biasa, kerana penemuan daripada siasatan Suruhanjaya DiRaja adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Suruhanjaya DiRaja bukanlah sebuah mahkamah tetapi adalah sebuah badan penyiasatan. Keputusan ini boleh dianggap sebagai mencipta undang-undang yang baru," kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Keputusan membenarkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Rayuan semalam dibuat oleh Datuk Tengku Baharudin Shah yang mengetuai panel tiga hakim dan Datuk Zaharah Ibrahim manakala Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menolak.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi pada 12 Disember 2008 menolak permohonan Lingam, Ahmad Fairuz dan Eusoff bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan Suruhanjaya DiRaja itu.

Sivarasa berkata sebagai sebuah Suruhanjaya DiRaja yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong dengan syor daripada Jemaah Menteri, Perdana Menteri seharusnya mengambil tindakan segera selepas suruhanjaya itu mengumumkan hasil siasatannya.

Beliau menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan akan mengelirukan orang ramai terutamanya berhubung persepsi yang bakal timbul akibat daripada keputusan yang dianggap pincang ini.

Sivarasa menjelaskan permohonan yang boleh dipohon bagi mengenepikan satu-satu keputusan kes adalah di Mahkamah Rendah atau pun mana-mana Tribunal.

"Selain itu, laporan yang diterima hasil siasatan daripada mana-mana Suruhanjaya DiRaja tidak semestinya didedahkan kepada umum.

"Persoalan pokok adalah, apakah yang dilakukan oleh Perdana Menteri selepas menerima hasil dari siasatan Suruhanjaya Diraja Siasatan tersebut?" soal beliau.

Setelah menjalankan siasatan selama 17 hari Suruhanjaya DiRaja tersebut mendapati klip video 14 minit itu adalah tulen. -SK

Ulasan GB

Kritikan rakyat terhadap keputusan yang diberikan oleh hakik-hakim mahkamah rayuan hendaklah dipandang serius dan tidak boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Ia menyangkut persoalan kebenaran dan keadilan.

Apabila hakim-hakim gagal untuk pertahankan kebenaran dan keadilan, lebih-lebih lagi apabila Suruhanjaya Diraja yang dilantik oleh DYMM Yang Dipertuan Agong sudah tidak dihormati, bagaimana hakim-hakim hendak dihormati oleh rakyat?

Diperburukkan apabila Perdana Menteri selepas menerima hasil dari siasatan Suruhanjaya Diraja Siasatan tidak bertindak tetapi lain pula ceritanya...

Kita merasakan bahawa seperti ada tangan tak nampak yang menggesa VK Lingam dan bekas-bekas ketua hakim untuk memajukan permohonan semakan kehakiman ke mahkamah rayuan. Dan tangan tak nampak ini adalah manusia yang kini sedang diburu oleh rakyat Malaysia kerana ada skandal dengan pegawai bawahannya.

Melengkapinya, Pengerusi Mahkamah Rayuan yang membenarkan semakan dilakukan adalah orang yang datang dari tempat yang sama dengan PM, Pekan Pahang!