26 Ogo 2010

Keputusan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Cetuskan Kontroversi Rakyat

Video Lingam: Keputusan Mahkamah Rayuan Bakal Cetus Implikasi Buruk

Gambar: Datuk Tengku Baharudin Shah dan Datuk Zaharah Ibrahim

Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan peguam Datuk VK Lingam dan dua bekas Ketua Hakim Negara untuk membuat semakan kehakiman atas hasil siasatan Suruhanjaya DiRaja mengenai skandal klip video Lingam akan menyebabkan implikasi buruk terhadap badan kehakiman pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menjelaskan bahawa kebenaran mahkamah kepada Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin akan menimbulkan preceden negatif di mana mahkamah mempunyai ruang dan boleh mencelah terhadap keputusan mana-mana Suruhanjaya DiRaja sama ada yang ditubuhkan sebelum ini atau yang akan ditubuhkan pada masa akan datang.

"Ia adalah satu keputusan yang luar biasa, kerana penemuan daripada siasatan Suruhanjaya DiRaja adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Suruhanjaya DiRaja bukanlah sebuah mahkamah tetapi adalah sebuah badan penyiasatan. Keputusan ini boleh dianggap sebagai mencipta undang-undang yang baru," kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Keputusan membenarkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Rayuan semalam dibuat oleh Datuk Tengku Baharudin Shah yang mengetuai panel tiga hakim dan Datuk Zaharah Ibrahim manakala Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menolak.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi pada 12 Disember 2008 menolak permohonan Lingam, Ahmad Fairuz dan Eusoff bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan Suruhanjaya DiRaja itu.

Sivarasa berkata sebagai sebuah Suruhanjaya DiRaja yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong dengan syor daripada Jemaah Menteri, Perdana Menteri seharusnya mengambil tindakan segera selepas suruhanjaya itu mengumumkan hasil siasatannya.

Beliau menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan akan mengelirukan orang ramai terutamanya berhubung persepsi yang bakal timbul akibat daripada keputusan yang dianggap pincang ini.

Sivarasa menjelaskan permohonan yang boleh dipohon bagi mengenepikan satu-satu keputusan kes adalah di Mahkamah Rendah atau pun mana-mana Tribunal.

"Selain itu, laporan yang diterima hasil siasatan daripada mana-mana Suruhanjaya DiRaja tidak semestinya didedahkan kepada umum.

"Persoalan pokok adalah, apakah yang dilakukan oleh Perdana Menteri selepas menerima hasil dari siasatan Suruhanjaya Diraja Siasatan tersebut?" soal beliau.

Setelah menjalankan siasatan selama 17 hari Suruhanjaya DiRaja tersebut mendapati klip video 14 minit itu adalah tulen. -SK

Ulasan GB

Kritikan rakyat terhadap keputusan yang diberikan oleh hakik-hakim mahkamah rayuan hendaklah dipandang serius dan tidak boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Ia menyangkut persoalan kebenaran dan keadilan.

Apabila hakim-hakim gagal untuk pertahankan kebenaran dan keadilan, lebih-lebih lagi apabila Suruhanjaya Diraja yang dilantik oleh DYMM Yang Dipertuan Agong sudah tidak dihormati, bagaimana hakim-hakim hendak dihormati oleh rakyat?

Diperburukkan apabila Perdana Menteri selepas menerima hasil dari siasatan Suruhanjaya Diraja Siasatan tidak bertindak tetapi lain pula ceritanya...

Kita merasakan bahawa seperti ada tangan tak nampak yang menggesa VK Lingam dan bekas-bekas ketua hakim untuk memajukan permohonan semakan kehakiman ke mahkamah rayuan. Dan tangan tak nampak ini adalah manusia yang kini sedang diburu oleh rakyat Malaysia kerana ada skandal dengan pegawai bawahannya.

Melengkapinya, Pengerusi Mahkamah Rayuan yang membenarkan semakan dilakukan adalah orang yang datang dari tempat yang sama dengan PM, Pekan Pahang!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak semak kehakiman boleh sebb kalau berlaku penyelewangan di suruhanjaya diraja. macamana nak memperbetulkan.

cuma fokus yang perlu diberi perhatian adalah ketelusan mahkamah-mahkamah dan hakim-hakim dimalysia yang patut menjadi persoalan besar.

ada tak tangan-tangan ghaib menafikan kebenaran hukuman.

kita kene pandang neutral perkara seperti ini.Apa yang penting datangkan kembali hakim yang sentiasa takut kaki kirinya pula masuk ke neraka daripada takut kepada manusia yang juga bertelanjang bulat sepertmencari sinar tuhan dipadang masyar nanti.

generasi bundle

AKU berkata...

Malaysia Boleh!
Boleh dalam segala-galanya.
Yang halal jadi haram.
Yang haram jadi halal.
Yang lapor didakwa.
Yang didakwa dilepaskan.
Malaysia Boleh!
Hidup Malaysia. Di dunia ini, Engkau boleh.

Tanpa Nama berkata...

Mahkamah Malaysia sudah betu-betul jadi mahkamah haprak.