28 Ogo 2010

Sultan Murka, Rakyat Dukacita, UMNOlah Yang Bakal Sengsara

DAP kesal tindakan Mais ke atas MP Serdang, jawatankuasa surau

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat siasatan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak berhubung isu Ahli Parlimen Serdang berada di Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Mais ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari DAP dan juga terhadap ahli jawatankuasa surau berkenaan.

“Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching dan menggantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut,” katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ean Yong berkata, beliau tidak mahu melihat isu ini dipermainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, Umno dan Perkasa sebagai “satu isu politik dan perkauman untuk merosakkan keharmonian masyarakat kita.”

Semalam, Mais berkata pihaknya akan menghantar surat amaran kepada Teo yang dilaporkan menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata tindakan Teo itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berdukacita.

Beliau berkata baginda telah mengarahkan Mais supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit.

Katanya, Mais sudah memanggil pengurusan surau berkenaan kelmarin untuk menjelaskan isu itu.

“Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, Mais mendapati bahawa ucapan Anggota Parlimen itu di dalam dewan solat surau berlaku seperti yang dilaporkan,” katanya.

Dalam kenyataannya, Ean Yong yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada jawatankuasa surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.

“Pada ketika itu, beliau hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir.

“Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau,” katanya.

Ean Yong menambah, Teo melawat surau tersebut dengan ikhlas sempena bulan Ramadan.

“Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Ulasan GB

Kita dukacita dengan sikap UMNO yang sanggup menggunakan isu ini di dalam bulan Ramadhan untuk kepentingan politik mereka dan kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan MAIS yang terus-menerus menjadi kuda tunggangan UMNO.

Semua alasan yang digunakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi adalah tidak mensabah dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.

Belia dilaporkan berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Malah untuk wanita yang datang haid pun tiada halangan untuk memasuki masjid dan surau di zaman serba modern ini. Allahyarham Prof HAMKA menjelaskan ada masanya hukum berubah dengan peredaran zaman. Jika dahulu wanita haid memang tidak dibenarkan ke masjid lantaran darah kotornya bolhe berciciran di lantai masjid, tapi di zaman modern, hampir kesemua wanita yang datang haid ada memakai tuala wanita, jadi tidak timbul lagi persoalan darah itu keciciran di lantai.

Hanya berkemungkinan wanita UMNO tidak memakai tuala wanita maka itu disebabkan Pegarah JAIS masih mengharamkannya!

Adapun UMNO yang mempergunakan isu ini untuk mendapatkan sokongan maysrakat Islam terhadapnya, UMNO tetap gagal, malah masyarakat akan terus membenci UMNO yang jahil murakab yang sanggup menggunakan isu tersebut untuk kepentingan mereka, malah mengheret istana ke dalam kemelut isu berkenaan.

Sultan Selangor dilaporkan murka. Namun rakyat juga merasakan dukacita. Rakyat tidak mahu menderhaka. Tetapi rakyat melihat ada sesuatu yang tak kena.

Dan kini MAIS ambilalih pentadbiran surau berkenaan untuk kepentingan UMNO BN pastinya. Surau tersebut akan dijauhi rakyat jelata. Dan pilihanraya bakal tiba. Pastikan UMNO BN kalah sehina-hinanya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waktu umno tutup surau kat shah alam dulu tak dukacita dan murka pulak..hairan..hairan..

Tanpa Nama berkata...

Kalau bangsa asing (cina/india) masuk masjid ramai yang murka...kalau melayu islam masuk kasino, masuk pub, masuk tokong, masuk kuil, masuk disko..peluk sama peluk sini, minum todi sana sini....tiada pulak yang murka...senyap je.. cakap tarak serupa bikin..tarak modal ke ini..Ingat Allah sikit lah..Jangan ikut sedap mulut je

Tanpa Nama berkata...

Kalau Kelab Lions Rotery masuk masjid tarak pulak yang murka..

prk road berkata...

Aku btul2 geram dgn pemimpin species UMNO ni, Buat malu org muslim dan non muslim di seluruh dunia jer dgn isu ni.Kalu Udah bodoh,banggang dan haramjadah,dok diam2 udah ler.

hati panasssss

Tanpa Nama berkata...

memanglah depa ni x bising...sbb yg dok melalak ni lah kaki masuk disko....celako puak2 ni...Lion Club tu penyumbang besar kpd UMNO ....tu yg mrk senyap....Ya Allah.....bukalah pintu hati ahli2 UMNO agar mrk sedar akan kesesatan UMNO ....yg akhirnya UMNO itu akan musnah dan hancur...amin...

Anak Raja Selangor berkata...

raja adil raja disembah. raja zalim raja disanggah. jgn takut dgn kemurkaan raja sbb raja tu tak tau apa2 pun. umat islam perlu lebih takutkan kemurkaan allah. apa raja boleh buat? sampai ajal mati jugak mcm firaun. jgn jadi melayu bodoh mcm hang tuah. jadilah hang jebat...

Cumi Manzui berkata...

Cepat la mai PRU 13.... aku dah tak sabag dah ni nak undi. Gerrrrrrrrrr.