14 Apr 2009

UMNO Terengganu Bergolak : 10 ADUN Boikot Persidangan

Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mendakwa mereka memboikot hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selagi tidak mendapat jaminan keselamatan berikutan ugutan bunuh yang diedar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri dalam sidang media pagi tadi menjelaskan tiga Adun yang menerima SMS ugutan berkenaan berasa keselamatan mereka terancam jika datang ke persidangan DUN hari ini.

"Kita akan hadir hari terakhir sidang dewan esok jika mendapat jaminan keselamatan daripada polis," katanya.

Selain Rosol, dua lagi Adun yang menerima SMS ugutan ialah Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan Adun Paka, Zakaria Ariffin.

Rosol berkata, mereka menerima SMS yang berbunyi, "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?" daripada nombor telefon mudah alih seorang pegawai kanan kerajaan yang bekerja di pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Sepuluh Adun yang tidak hadir sidang DUN semalam ialah:

Adun Ajil-Datuk Rosol Wahid (Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri); Datuk Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alur Limbat); Zawawi Ismail (Kuala Berang); Abd Halim Jusoh (Permaisuri); Ramlan Ali (Jabi); Zakaria @Mohd Ariffin Abdullah (Paka); Muhammad Ramli Nuh (Tepuh); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera); Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih).

Selain 10 Adun berkenaan, Rosol mendakwa tiga lagi Adun BN yang menyokong tindakan mereka tidak hadir sidang dewan hari ini, tetapi tidak bersama mereka dalam sidang media itu.


Di dewan undangan negeri, kehilangan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), menarik perhatian wakil rakyat Pas yang bertanya mengapa penyokong kerajaan yang tidak hadir, pagi ini.

Tengku Hassan Omar (Ladang-Pas) yang bangun bertanya Yang Dipertua, Datuk Tengku Putera Awang, kenapa ramai penyokong kerajaan yang tidak datang.

Tengku Putra menjelaskan beliau juga tidak tahu kenapa ramai wakil rakyat BN yang tidak hadir hari ini.

"Bila saya masuk dewan (pagi) tadi, saya dapati banyak kerusi yang kosong, saya akan tanya kepada YB (Yang Berhormat) berkenaan nanti," katanya bagi menjelaskan bahawa beliau tidak dimaklumkan kenapa 10 Adun berkenaan tidak hadir.

Ketidakhadiran Adun BN berkenaan dikaitkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) ancaman yang dihantar kepada tiga mereka awal pagi tadi.

Ia dipercayai berkaitan dengan khabar angin akan ada undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang dewan hari ini atau esok.

Sebelumnhya, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kirakira 12.40 tengah malam manakala ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam.

Ketika ditemui pemberita di IPD Kuala Terengganu, Abdul Halim berkata mereka menerima SMS tersebut kirakira 11.20 malam daripada individu yang mereka kenali selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri.

Dalam SMS itu, katanya, individu berkenaan memberi amaran supaya mereka tidak meneruskan niat masing-masing, yang dipercayai merujuk kepada isu pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini.

"Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dia tidak boleh ugut sesiapa pun, apatah lagi saya sebagai wakil rakyat.

"Nyawa orang tidak boleh nak ugut... saya tidak pasti kenapa saya menjadi sasaran," katanya.

Abdul Halim berkata, pegawai kanan kerajaan negeri itu telah menghantar SMS berbunyi "baik jangan teruskan niat Yb, YB tak sayang nyawa?.

"Saya tidak pasti berapa orang menerima SMS seumpama ini. Yang saya tahu, setakat ini tiga orang (ADUN) yang menerima SMS berbentuk ugutan ini.

"Dengan keadaan ini, saya tidak akan hadir sidang DUN kalau tiada jaminan keselamatan esok (hari ini). Saya merasa amat terancam... saya sebagai Adun selalu jalan ke mana-mana tidak kira siang atau pun malam. Jadi apabila menerima SMS seperti ini, saya berasa takut," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar, Abdul Halim berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana sudah pun membuat laporan polis.


KEKALAHAN UMNO BUKIT GANTANG : UMNO akan hadapi protes dari ahlinya sendiri.

Kejayaan PAS mempertahankan kerusi Bukit Gantang bukan disebabkan undi protes. Tetapi kerana pengundi kurang senang dengan "rampasan kuasa" yang didalangi Najib Tun Razak di Perak. Ikuti bual bicara ANIS NAZRI dan FAIZ ABDULLAH bersama Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali bagi mengupas beberapa isu di Bukit Gantang.

Bagaimana Dato' melihat senario pola pengundian di Bukit Gantang berbanding Kuala Terengganu mengikut kaum, di mana PAS mendapat sokongan Melayu di Kuala Terengganu. Tetapi di Bukit Gantang tidak berjaya mendapat undi Melayu. Sedangkan di Perak, PAS memerintah manakala di Terengganu, BN memerintah?

DATO' MUSTAFA ALI: Pertamanya di Kuala Terengganu, majoriti pengundi Melayu memang tinggi sehingga 80 peratus lebih berbanding kaum lain. Berbeza dengan Bukit Gantang di mana Melayu dalam 62 peratus, dan selebihnya kaum lain.

Kita memang akui ada bezanya, tetapi masih ada lonjakan dalam undi Melayu. Cuma ada di sesetengah tempat itu, undi Melayu merosot sikit khususnya di kawasan luar bandar.
Dan ini, saya rasa antara sebabnya kerana dalam dunia informasi sekarang, para pengundi luar bandar tidak terdedah dengan saluran informasi yang pelbagai dan alternatif. Mereka bergantung kepada media yang jelas digunakan BN sepenuhnya. Manakala bagi kawasan bandar, berlaku peningkatan dalam undi kepada PAS.

Selain faktor ketiadaan akses kepada media baru di kalangan pengundi Melayu di luar bandar, mungkinkah kelemahan jentera parti untuk menyampaikan maklumat alternatif dan fakta yang seimbang kepada golongan itu juga menyumbang kepada faktor gagalnya PAS mendapatkan sokongan?

Dari segi jentera, bagi saya semuanya baik. Boleh dikatakan semua UPU berjalan secara baik dan Alhamdulillah membantu. Tinggal lagi di sesetengah tempat di mana tenaga tempatan agak kurang. Ertinya keberkesanan dalam berkempen itu tidak cukup. Namun dari segi bantuan petugas luar dan dalam Perak itu sendiri, Alhamdulillah saya nampak kesungguhan itu ada.

Di kalangan orang Melayu, fitnah yang dilemparkan kepada PAS itu serba sedikit memberi kesan kepada pengundi Melayu seperti isu derhaka, boneka DAP. Walaupun kami tidak ada kajian saintifik mengenainya, mungkin ada kesannya kepada Melayu tetapi tidak cukup mengubah pendirian Melayu secara besar-besaran.

Bagi pandangan Dato', adakah pengundi Melayu ini lebih bersikap sentimen, berbanding mengikut fakta dalam proses memilih pemimpin mereka?

Ianya berhubung kait dengan sentimen dan kurang bermaklumat, tetapi maklumat yang sampai melalui media yang berat sebelah pihak apabila disogokkan setiap hari. Maka mereka akan terkesan dan berfikiran sedemikian akibat menerima info yang berat sebelah.

Adakah keputusan ini melambangkan suatu referendum rakyat menuju ke arah pembubaran Dun atau sebagai tanda menolak kepimpinan PM baru, Najib Tun Razak?

Kalau dilihat dari sudut itu, ia memang satu petanda dan mesej jelas bahawa kemelut yang berlaku di Perak itu tidak disenangi oleh sebahagian besar masyarakat dan mahukan keadilan, bukan dengan cara rampasan kuasa. Dengan demikian perlu bagi keadaan baru ini memberi satu keselesaaan kepada sikap rakyat. Untuk berlaku adil, peralihan kuasa ini tidak memberi kesan kepada masyarakat. Walaupun dikatakan beralih pemimpin, tiada memberi kesan kerana tidak melibatkan perubahan dasar. Kerana Umno tetap Umno.

Kalau tengok tindakan akhir yang dilakukan PM untuk mengubah suasana di mana keadaan yang mereka sendiri terkebelakang seperti dengan membebaskan tahanan ISA, menarik balik penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan, menghantar Tun Mahathir berkempen, dilihat tidak dapat mempengaruhi rakyat dan usaha tersebut tidak berjaya.

Mungkinkah hari pengundian yang diadakan pada hari Selasa, bukannya Sabtu atau Ahad menyebabkan peratusan keluar mengundi berkurangan?

Kami tidak buat analisis cara itu. Secara umumnya, peratusan keluar mengundi lebih tinggi berbanding sebelum ini. Tapi saya yakin jika diadakan pada hari tidak bekerja sudah tentu peratusannya lebih tinggi. Kita memang ada kajian yang menjangka peratus keluar mengundi akan mencecah 70 hingga 80 peratus. Oleh kerana ini adalah pilihan raya kecil, maka kedua-dua pihak parti sedaya upaya berusaha mengeluarkan seramai mana pengundi berbanding pilihan raya umum. Tapi apa yang saya nampak, jentera BN tidak berapa kuat. Jika di Kuala Terangganu sudah nampak kurang, di Bukit Gantang ini lagi kurang.

Jika selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu dulu, Dato' pernah berkata tahap keakraban yang baik antara Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu, dan adakah kesinambungan keakraban itu berlaku di Bukit Gantang?

Saya nampak begitulah. Kekuatan, kerjasama dan keakraban itu terus berlaku dan semakin mantap. Tergambar jelas perpaduan di antara Pakatan Rakyat, yang mana membawa keyakinan rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah satu parti yang memiliki kesepaduan yang mantap, dengan petugas DAP, KeADILan, dan PAS.

Saya sebenarnya agak risau juga dalam dua hari sebelum hari mengundi. Apabila terdapat maklumat bahawa pengundi Cina mahu 'swing' kepada BN dalam beberapa isu seperti tanah KTMB, pembebasan ISA dan sebagainya.

Dengan itu saya dengan segera meminta semua jentera bergerak ke akar umbi untuk melihat suasana tersebut. Memang ada sedikit kesan, tapi kemudiannya dengan penerangan kita akhirnya nampak baik. Apa yang boleh dikatakan sekarang, tidak ada tembok pemisah di antara PAS dengan pengundi bukan muslim, yang dahulunya nampak wujud di antara mereka dengan PAS.

Mungkinkah keputusan ini akan memberi ruang selesa dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke 13?

Keputusan ini akan membina satu persepsi, bahawa bukan BN sahaja yang mampu perintah, BN bukan tidak boleh dikalahkan. BN kini bukan sahaja boleh dikalahkan dan bukan hanya parti yang boleh memerintah dan ini saya lihat memberi kesan kepada Pilihan Raya Umum ke 13. Kalau 'trend' ini berlaku dan saya yakin akan terus berlaku, dengan prestasi kerajaan yang dipimpin Pakatan Rakyat itu cukup baik, ertinya Umno akan menuju ke arah kerajaan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 13 nanti.

Terdapat pandangan jika BN kalah, ertinya wujud undi protes di kalangan ahli Umno sendiri. Bagi pandangan Dato', adakah kekalahan BN ini satu undi protes atau undi 'solid' rakyat kepada PAS?

Ini bukan undi protes lagi. Ini undi tidak yakin kepada BN. Yang dikatan undi protes ini berlaku apabila tidak berpuashati dengan seseorang calon. Protes ini juga bukan seluruhnya hanya ada segmen yang kecil, tapi protes saja tidak cukup untuk kita menang. Yang nyata kali ini adalah undi yakin kepada Pakatan Rakyat.

- sanggahtoksaga

Kabinet UMNO BN Kabinet Ikan Busuk - Mahfuz

Kabinet Malaysia di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Razak telahpun diumumkan pada Khamis lepas, iaitu lima hari sesudah Perdana Menteri mengangkat sumpah.

Media massa pro-BN dengan segera melabelkan kabinet ini sebagai berjiwa rakyat dengan slogan "Satu Malaysia ? Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Memang slogan ini cukup manis untuk dilihat oleh rakyat, tetapi belum tentu dari segi perlaksanaannya.

Tun Dr Mahathir dahulu ketika mula-mula naik pada 1981 melaungkan slogan "Kepemimpinan Melalui Teladan" dan mendukung agenda "Bersih, Cekap dan Amanah". Tetapi berhenti Dr Mahathir sebagai Mahafiraun yang penuh dengan penyelewengan sehingga digelar "Bapa Mizan" yang bekerja dengan "daddy kasi". Bukankah rakyat menolak Dr Mahathir dahulu kerana KKN-nya?

Tun Abdullah Badawi juga mencipta slogan lunak ketika mencari al-Ghazali, lalu diisytiharkan projek integriti ke arah pembinaan modal insan. Beliau mengusung ke sana ke mari Islam Hadhari, satu salinan semula kepada Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dr Mahathir. Akhirnya, Dr Mahathir bersama juak-juaknya termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin "membelasah" Pak Lah, walaupun Najib hanya berdiam diri.

Dr Mahathir mempersoalkan integriti zaman Pak Lah kerana "kuasa" menantunya di Tingkat 4 JPM. Rasuah yang diasaskan pada zaman Dr Mahathir membiak dengan pesat di bawah Pak Lah dengan ?muka kering? Dr Mahathir memberitahu ahli Umno bahawa makan rasuah lebih besar dosanya daripada makan daging babi! Akhirnya Mr Clean terpaksa berundur dengan imej rasuah yang terpalit pada pentadbirannya.

Kabinet baru ini dibentuk selepas sah rakyat menolak kepemimpinan Najib dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April 2009. Najib bernasib baik kerana masih boleh bergantung kepada pengundi di Batang Ai yang rata-rata tidak dapat mengakses pandangan kedua. Tetapi, nyatalah bahawa rakyat tidak percaya kepada Najib, tidak seperti mana keajaiban yang diterima oleh Pak Lah pada 2004.

Bahkan, tindakan Najib menarik balik penggantungan Harakah dan Suara Keadilan serta membebaskan 13 tahanan ISA hanya dipandang sinis oleh rakyat, tidak ubah seperti Pak Lah mendakwa mendiang Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam untuk projek integritinya dahulu. Nampaknya lakonan pemimpin BN hari ini tidak termakan lagi oleh rakyat.

Kitar semula

Berbalik kepada persoalan Kabinet yang baru dibentuk ini, ramai yang mempersoalkan apakah ahli parlimen BN lebih 100 orang itu semuanya tiada wibawa, lalu dikitar semula tokoh-tokoh yang sudah ditolak rakyat. Menteri yang kalah pilihan raya, yang kalah pemilihan parti nampaknya diangkat semula. Yang menang tidaklah pula menjadi pilihan, maka ramailah senator menjadi menteri pada kali ini.

Termasuk yang dilantik ialah bekas Pengarah KAGAT, Datuk Jamil Khir Baharom. Nampaknya menjadi tradisi di kalangan pemimpin Umno sekarang ini memperalatkan tokoh-tokoh agama untuk "menyucikan" kabinet mereka. Tapi seperti biasa orang-orang ini akan dipinggirkan Umno. Apa tidaknya, Umno bukan mendengar nasihat ulama, melainkan memperalatkan mereka sahaja.

Beberapa menteri yang dikaitkan dengan rasuah semasa pemilihan Umno baru-baru ini terus berada dalam kabinet Najib. Bahkan, yang pernah dikaitkan dengan skandal seks pun masih ada di situ. Yang tiada cuma Khairy Jamaluddin, pesalah yang dibenarkan bertanding Ketua Pemuda Umno. Mungkin Dr Mahathir cukup berbulu dengan Khairy, lalu Mukhriz yang kalah diangkat menjadi timbalan menteri. Agaknya kerana itulah orang berkata kabinet kali ini adalah kabinet Dr Mahathir, bukannya Najib.

Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak bahawa Dr Mahathir mempengaruhi Najib dalam soal ini, tetapi itulah yang dipercayai oleh rakyat. Seburuk-buruk Pak Lah dahulu, tidak mahu dia mengikut telunjuk Dr Mahathir, kerana itu dia diserang bertubi-tubi.

Isu sebenar di sebalik pembentukan kabinet ini adalah adakah mereka yang dilantik diperkenan oleh rakyat. Rakyat sudah menolak mereka, ahli Umno juga menolak mereka. Tetapi merekalah yang diangkat untuk mendahulukan kepentingan rakyat. Bagaimana ia hendak dilaksanakan.

Yang kedua, dua buah negeri di Borneo mendapat tambahan kerusi menteri yang mewakili sekitar lima juta rakyat, sedangkan negeri-negeri yang lain tidak pula demikian. Adakah kerana BN melihat Sabah dan Sarawak (baca: Batang Ai) adalah kubu kuat yang menentukan survival politik Najib hari ini?

Najib cuba memberitahu rakyat bahawa pada kali ini kabinetnya akan mengutamakan prestasi, dengan maksud pencapaian lebih diutamakan daripada projek. Bukankah ini juga slogan yang dibawa oleh Dr Mahathir dan Pak Lah? Najib berada dalam kabinet kedua-dua bekas PM ini, tetapi kenapa ketika itu beliau tidak mengutamakan prestasi.

Ketika beliau menjadi TPM, semua orang melihat inilah kabinet yang paling lemah dan lembab dalam sejarah negara. Tidak ada prestasi langsung. Bahkan penuh dengan rasuah, penyelewengan dan skandal. Najib tidak berbuat apa-apa pun. Mungkin Najib akan berkata, ketika itu saya bukan ketua.

Jika Najib akan memantau prestasi menteri lain, siapa pula yang akan memantau Najib?

Apapun isunya, rakyat tetap akan melihat bahawa masalah sebenar kabinet hari ini ialah kecelaan yang ada pada ketua kabinet, iaitu Najib sendiri. Referandum rakyat sudah dinyatakan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Najib belum membersihkan dirinya daripada pelbagai tuduhan. Daripada membeli undi dalam pilihan raya, membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat hinggalah membeli jawatan tertinggi dalam parti.

Begitu comot sekali Najib dengan pelbagai skandal untuk beliau memimpin kerajaan. PAS sudah berkali-kali mendesak Najib membersihkan dirinya dengan membawa isu ini ke mahkamah, tetapi Najib enggan.

Apabila Najib enggan ke mahkamah, maka kabinetpun berkepalakan seorang yang diragui integritinya. Keraguan rakyat jelas sekali apabila semua bergembira dengan pendirian pengundi di dua bukit itu. Apabila kepala sudah busuk, maka sampai keekornya pun busuk sama. Apatah lagi apabila ahli-ahli kabinet sudah diketahui umum tercemar oleh pelbagai skandal.

Apakan upaya seorang Pengarah Kagat untuk menjadi sebutir garam menyegarkan kabinet yang sedang membusuk ini. Akhirnya, seperti mana reputnya Umno, begitulah reputnya kabinet ini. Bersetuju atau tidak, rakyat sudah melihat bahawa kabinet ini adalah kabinet ikan busuk kerana berkepalakan kepala yang busuk. Mungkin inilah rupanya kabinet terakhir BN

- mahfuz Omar

Pemuda UMNO koyak-rabak kepada tiga puak

PPergerakan Pemuda UMNO yang lebih terkenal kerana kesamsengannya telah berpecah kepada tiga kabilah. Kabilah pertama menyokong perasuah yang telah dipilih menjadi ketua. Kabilah kedua masih berpaut kuat kepada lelaki yang menumpang sepihan pengaruh ayahnya yang semakin terkubur. Manakala kabilah ketiga terdiri daripada juak-juak yang rasa terhutang budi kepada pakar botox- Khir Toyo, yang telah mungkin telah merasuah mereka semasa beliau menjadi menteri besar Selangor.

Perpecahan Pergerakan Pemuda UMNO ini dijelaskan lagi melalui kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus.

“Khairy Jamaluddin perlu mengambil langkah berjumpa dan berbincang dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bagaimana untuk menyatukan semua pergerakan Pemuda,” tegasnya.

Syukur berkata, Khairy perlu mengikis keegoannya sebagai ketua Pemuda Umno dan perlu menerima pandangan dari Mukhriz dan Dr Mohd Khir untuk kebaikan pergerakan itu.

Manakala Mukhriz dan Dr Mohd Khir pula, tambahnya, perlu secara terbuka menerima Khairy sebagai ketua Pemuda Umno yang baru.

“Jika perkara ini tidak boleh diselesaikan, maka kekuatan Pemuda Umno akan hilang,” katanya ketika ditemui di Rawang dalam program anjuran Pemuda Umno malam Jumaat lalu.

Sumber yang rapat kepada Mukhriz dan Khir Toyo menyatakan adalah sukar bagi mereka berdua untuk menerima dengan ‘ikhlas’ kemenangan Khairy, justeru menjadikan terlalu sukar untuk ketiga-ketiga kabilah itu berkerjasama.

Mukhriz diberitakan tidak mungkin akan memberi kerjasamanya kepada Khairy selaku ketua Pemuda kerana dipengaruhi oleh dendam kesumat ayahnya terhadap menantu Abdullah Badawi itu masih membara. Khir Toyo pula tidak berapa dihiraukan kerana Khir sendiri telah kehilangan pengikut setia.

Ramai penganalisa politik meramalkan Pemuda UMNO akan menjadi semakin lemah dan beransur pupus kerana generasi muda Melayu tidak lagi percaya kepada ucapan retorik dan propaganda murahan UMNO. Kesan ketara yang dapat dijangka apabila UMNO dan Pemudanya pupus, maka sayap kirinya, pukida akan kembali kepada kerjaya asal mereka- penarik kereta!!! kah kah kah. Kesian pukida..!!!

Tindakan generasi muda Melayu yang memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat adalah suatu tindakan yang amat bijaksana dan jelas berwawasan.

- kerajaan rakyat

Ezam Masuk UMNO Kerana Mahathir Keluar, Kini Mahathir Masuk UMNO, Ezam?

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor dalam delima. Apa pula agaknya tindakan Ezam selepas Tun Mahathir Mohammad menyertai semula UMNO.

Ezam telah menyertai UMNO semula semasa Abdullah Ahmad Badawi masih sebagai Presiden UMNO. Ezam masuk Umno bila Mahathir keluar Umno. Konon zaman Mahathir zaman gelap, zaman Pak lah zaman 'reformasi'.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pula pernah ditanya media tentang kisah pahlawan muda yang kini berpencak dalam gelanggang lama.

Respon pertama Tun - "Takpa la...saya keluar, dia masuk."

Kemudian Tun sambung lagi dalam majlis lain. Tun kata Ezam macam katak. Lompat masuk, lompat keluar... but the pot now is calling the kettle black, isn't it?

Sekarang bagaimana cerita? Mahathir yang masuk, Ezam tak keluar ke?

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Ezam sebagai seorang yang tidak berprinsip. Ada benarnya.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat kisah katak-katak di dalan UMNO ini apa kesudahannya nanti.

Ramai beranggapan, rumah UMNO kini lintang-pukang. Dan UMNO akan hancur di tangan ahli-ahlinya sendiri.



UMNO dan Arak : Kisah Anak Mantan PM Yang Beli Kilang Arak

Mirzan, anak sulong kepada dr Mahathir Mohamad membeli sebahagian dari saham dalam syarikat pembuat arak dari Jepun, Kirin holdings Co. Ltd.

Demikian didedahkan Business Mirror dalam laporannya 23 Februari lepas. Menurut laporan itu, Mirzan merupakan salah seorang daripada empat tokoh perniagaan yang membiayai Q - tech, sedang berusaha membeli sejumlah 20% saham bernilai USD 20 juta syarikat Jepun itu.

Tokoh-tokoh lain lain ialah Roberto V. Ongpin, Eric O.Recto dan Alexender Blador. Pembelian itu dibuat melalui San Miguel Corporation yang beribu pejabat di Filipina. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Contoh arak yang dikeluarkan oleh Syarikat San Miguel Corp. ialah gambar di sebelah.

Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO ini mereka tidak menghiraukan lansung sumber pendpatan mereka samada dari punca yang halal atau haram. Ia tidak lansung memperhitungkan ajaran Islam dan keberkatan Allah di dalam setiap rezeki yang mereka cari.

Hal yang serupa juga mengenai kes PM, Najib Razak yang telah meluluskan 10 lesen judi sebaik saja menduduki jawatan sebagai Menteri Kewangan dimana beliau dengan bangga menytiharkan negara memungut cukai sebanyak RM77 juta. Kami telah mendedahkan sebelum ini di mana wang dari inilah digunakan untuk menampung pembelian ADUN-ADUN yang melompat parti di dalam usaha merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.



Q-Tech buys Kirin stake in San Miguel

A GROUP led by former Trade Minister Roberto V. Ongpin and Petron Corp. president Eric O. Recto is acquiring for P39.61 billion the 19.91-percent stake of Japanese beverage maker Kirin Holdings Co., Ltd. in San Miguel Corp. (SMC).

Kirin on Friday announced the sale to Q-Tech Alliance Holdings Inc., a company incorporated in the Philippines with an authorized capital stock of P1 billion.

Under the share sale agreement between the two parties, Q-Tech will buy all the 628,666,675 shares Kirin holds in SMC at P63 each (¥120). SMC shares were valued P41.50 each at the end of Friday’s trading at the stock market. Kirin and Q-Tech expect to close the transaction in May.

Recto, in a phone interview, told the BusinessMirror that Q-Tech’s acquisition of the SMC stake will be bankrolled by both equity and debt. “The opportunity to pick up a 19.91-percent block in SMC at a price that we think is fair does not come too often,” he said.

Asked if Q-Tech is positioning itself as an aggressive investor in Philippine business, Recto said the company’s focus is its investment in SMC. “Once that is done, then we will evaluate what else might come Q-Tech’s way.”

Q-Tech’s incorporation papers have recently been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). Based on its filing, its primary purpose is to “acquire by purchase, exchange, assignment or otherwise, and to sell, assign, transfer, exchange, lease, let, develop, mortgage, pledge, deal in and with and otherwise operate, enjoy and dispose of all properties of every kind and description and wherever situated and to the extent permitted by law, including but not limited to real estate.”

Apart from Ongpin and Recto, other incorporators listed were Mirzan Mahathir, the eldest son of Malaysia’s former Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad and who previously worked for IBM Corp.and Salomon Brothers; Seumas James Dawes, a senior fund manager at Ashmore; and lawyer Alexander Poblador.

Recto doused speculation that SMC vice chairman and president Ramon S. Ang is part of Q-Tech’s board, saying, “Ang is not in Q-Tech although it was through him that we learned about the interest of Kirin to divest of its SMC shares.”

Kirin will pay P58.9 billion, partly funded by the sale of its holding in the parent of the beermaker, the Japanese brewer said in statements to Tokyo’s stock exchange. The price represents an 8.8-percent discount on San Miguel Brewery Inc.’s closing price on Thursday.

The deal gives Tokyo-based Kirin direct ownership in the country’s biggest brewer, which was spun off in May as SMC diversified into energy and mining. The purchase will help Kirin president Kazuyasu Kato meet his goal of doubling the proportion of overseas sales by 2015.

“We view the investment in San Miguel Brewery as positive since it entails the core alcohol business with high profitability and growth potential,” Naomi Takagi, an analyst at JPMorgan Chase & Co., said in a report before the announcement. “Ultimately, Kirin would like to make San Miguel Brewery a subsidiary with additional investments.”

San Miguel Brewery shares fell 7.2 percent on Friday, the most since the company’s initial public offering in May, to close at P9 pesos before the announcement. Kirin declined 0.8 percent to ¥930 in Tokyo.

The sale reduces SMC’s stake in the brewing unit to 51 percent from 94 percent. Kirin said it will offer to purchase more stock from San Miguel Brewery investors at P8.841 a share, the same price paid to San Miguel Corp., to take a 49-percent stake.

San Miguel Brewery, which has 95 percent of the Philippine beer market, may also buy its parent’s overseas beer business, Kirin said. The brewer, which completed a P6.16-billion initial public offering in April last year, had net income of P10 billion last year on sales of P48.8 billion.

The company has been making San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines, China, Indonesia, Vietnam, Thailand and Malaysia, and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s website.

“We need a strong partner for our brewing business particularly as SMC begins to branch out into other industries and I am confident that as a result of Kirin’s direct buy-in, our beer products will see higher sales and even better efficiencies going forward,” said Ang.

Since 2007, SMC has been selling its food and beverage assets as it seeks to expand into faster growing mining, infrastructure and property industries.

The transactions allow Kirin to “focus its investment in the alcohol business,” the Japanese company said.

The deal follows San Miguel Brewery’s payment of P5.24 billion in dividends in the three months to February 13, which exceeded the P4.4-billion cash and near-cash items the company had in September. San Miguel Brewery also agreed to pay P38.8 billion to acquire beer brands, intellectual property rights and parcels of land from SMC.

“San Miguel has been well advised by its investment bankers,” James Lago, head of research at PCCI Securities Brokers Corp. in Manila, said. “There will be short-term pressure on San Miguel Brewery’s cash flow once it starts servicing the debt it must raise to pay for those assets acquired from SMC. But if Kirin is in it for the long haul and believes that the Philippine beer market still has room for growth, then it’s an acceptable risk.”

Kirin said in August it planned to spend ¥300 billion on acquisitions to maintain growth. It aims to increase its percentage of overseas sales to 30 percent by 2015 from 18 percent in 2006.

The Japanese company has been accelerating its international expansion as a declining birthrate reduces potential customers at home and a stronger yen makes foreign acquisitions less expensive.

In 2007, it acquired Australian dairy and fruit juice maker National Foods from SMC in a deal valued at ¥294 billion. It built on this with the takeover of Australia’s Dairy Farmers for A$675 million last year.

Kirin’s Australian affiliate Lion Nathan Ltd. this month scrapped a A$7.3 billion takeover offer for Coca-Cola Amatil Ltd. after the target’s biggest shareholder rejected the bid.

In January, Kirin said beer sales by volume will probably fall 0.5 percent in Japan this year.

Bank of Scotland Plc. advised San Miguel. Nomura Securities Co. represented Kirin.

With the purchase by Kirin of a 43.25 percent stake in SMB, the Japanese company will conduct a tender offer to buy additional shares from all other existing SMB shareholders at the same purchase price offered to SMC. The details of the tender offer will be announced by Kirin once they are finalized.

The move is in compliance with the Securities Regulation Code which mandates that an entity buying more than 35 percent of a company must tender offer to the other shareholders. Honey Madrilejos-Reyes, with Bloomberg

FOTO Sekitar ADUN Bukit Selambau Angkat Sumpah Exco Kedah

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau yang baru, S Manikumar yang memenangi pilihan raya kecil kawasan itu, Selasa lalu, hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Exco kerajaan negeri Kedah.

Manikumar, 35, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Anak Bukit di sini, pagi ini.

Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan.

Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V Arumugam yang mewakili Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksi upacara angkat sumpah itu.

Foto dibawah:-
(ehsan kedahlanie)






13 Apr 2009

UMNO Gelisah dan Cemburu Artis Sokong PAS dan PR

UMNO tidak dapat menyembunyikan kegelisahan dan kekalutan mereka dengan berita-berita kebelakangan ini para artis menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Media massa dengan cepat mengeluarkan headline menafikan penyertaan artis-artis negara ini menjadi ahli PAS sekalipun artis-artis berkenaan tidak pernah mendakwa berbuat demikian.

Baru-baru ini artis terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa telah mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, pada masa yang sama, penyanyi rock negara, Amy Search sejak kebelakangan ini juga dilihat kerap kali hadir di majlis bersama Menteri Besar Kelantan itu.

Bagi UMNO, pertemuan artis-artis dengan Mursyidul Am PAS itu sudah cukup untuk menjadikan mereka resah gelisah yang berpanjangan.

Sekalipun tidak juga dinafikan memang ada artis-artis secara terus-terang memproklamirkan diri mereka sebagai penyokong PAS atau Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di pilihanraya Bukit Gantang baru-baru ini.

Penerimaan artis tempatan kepada perjuangan Pas sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa parti itu tidak mengamalkan dasar yang jumud dalam memperjuangkan agendanya.

Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, bukti telah menunjukkan bahawa golongan artis yang sebelum ini banyak menjauhkan diri dengan politik sudah mula selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh Pas.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, tetapi ia tidak dihebahkan kepada media, kita sentiasa mengiktiraf artis ataupun golongan-golongan lain asalkan ia TIDAK bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai senario yang berlaku sejak kebelakangan ini yang menunjukkan terdapat segelintir artis yang mula mendekatkan diri dengan perjuangan yang dibawa oleh parti itu.

Vokalis kumpulan Arrow, Renggo atau Mohd Zain Ramli mengambil keputusan menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz, kelmarin.

Mengulas lanjut, Azman yang juga ketua pemuda Pas Terengganu mengakui bahawa personaliti dan pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz telah menarik ramai pihak untuk mengenali secara lebih dekat perjuangan yang dibawa oleh Pas.

“Tok guru mempunyai kebijaksanaan dan aura tersendiri sehingga berjaya menawan golongan artis dan pihak-pihak lain, beliau tidak pernah menolak hiburan, asalkan tidak bercanggah dengan agama, cara ini disenangi oleh masyarakat.

“Saya percaya perkembangan ini membawa satu kesan yang baik kepada Pas, dengan cara ini kita boleh mendekati golongan pemuda yang diketahui mempunyai naluri kepada hiburan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan ada lagi artis-artis popular lain yang menurut jejak kedua-dua artis terkenal negara itu dalam usaha mereka untuk berdamping dengan perjuangan Pas.



UMNO Bakal Hancur : Orang Pak Lah Sedia Tumbangkan Najib

Sejak dipencenkan daripada jawatan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi nampaknya gembiranya menghabiskan masa luang beliau bersama isteri kedua tersayang, Jeanne Abdullah.

Malah beliau seronok dapat memandu isterinya ke ke sana ke mari memenuhi majlis undangan dan berjumpa kawan-kawan lama serta bekas anank buahnya di Jabatan Perdana Menteri kebelakang ini.

Sungguhpun secara luaran Abdullah atau Pak Lah nampak gembira tidak siapa tahu apa perasaan dalam benak sanubari beliau.

Walaupun ada desas desus mengatakan Pak Lah akan terus memegang jawatannya sehingga habis tempuh lantikannya pada 2013 namun beliau tetap melepaskan tampuk pemerintahan kepada Najib Razak lantas mengecewakan ramai penyokong setia dan juga kumpulan penasihatnya yang dikenali sebagai "budak-budak tingkat empat" (merujuk kepada tingkat empat bangunan Perdana Putra yang menempatkan Unit Dasar dan Unit Komunikasi, kedua-duanya dikepalai oleh "orang-orang" Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah).

Selain hal-hal peribadi banyak persoalan yang ingin diajukan kepada beliau sejak timbalannya mengambil alih jawatan Perdana Menteri 3 Mach lalu.

Rakyat umum tahu betapa Pak Lah terlalu sayangkan Khairy sebagai suami kepada satu-satunya anak perempuannya, Nori.

Bukan sahaja Khairy ditatang bagaikan minyak yang penuh sebagai menantu kesayangan malah Khairy juga pernah bekerja sepejabat dengan bapa mertuanya sebagai pegawai khas pada awal peringkat Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Apakah beliau gembira apabila memikirkan bagaimana penggantinya menyisihkan Khairy daripada kabinet yang diumumkan 9 April lalu.

Menambahkan luka dihati Pak Lah, Najib menamakan Mukhriz, anak kepada pengkritik hebat beliau, mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, sebagai timbalan menteri.

Khairy dilihat lebih berhak mendapat habuan jawatan kabinet kerana baru sahaja memenangi pertandingan bagi Ketua Pemuda Umno, sayap kanan parti.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu Mukhriz mendapat undi tercorot, kalah kepada Khairy dan Dr Mohd Khir Toyo.

Khairy seperti Mukhriz juga adalah seorang Ahli Parlimen. Jadi di mana letaknya logik Najib untuk melantik Mukhriz dan menolak menantu Pak Lah.

Tidak lain tidak bukan keadaan ini timbul hasil tangan Dr Mahathir yang membayangi karier politik Najib dari awal dan kini dengan munculnya Najib sebagai Perdana Menteri peranan Dr Mahathir sebagai mentor politiknya semakin menyerlah.

Dr Mahathirlah yang memastikan anaknya tidak keciciran menapak tangga politik dalam kerajaan Najib dan beliau jugalah yang menentukan Khairy tidak mendapat sebarang jawatan dalam kabinet Najib.

Rakyat sedia maklum betapa bencinya bekas Perdana Menteri itu kepada Khairy, menuduh anak muda berusia 33 tahun itu sebagai mempunyai pengaruh besar ke atas Pak Lah dalam urusan kerajaan dan parti.

Dr Mahathir sejak 2006 sehingga turunnya Pak Lah dari tampuk kuasa tidak henti-henti menghentam Khairy dan orang-orangnya di tingkat empat pejabat Perdana Menteri dengan meletakkan punca kelemahan kerajaan dan parti dan akhir sekali kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 12 lalu sebagai angkara Khairy.

Pada pandangan Dr Mahathir, Khairy budak jahat hingusan yang mengawal Pak Lah dan Umno, sebab itu dia mesti dihapuskan pengaruh dan cengkamannya dalam kerajaan dan parti.

Maka bermulalah pembersihan segala legasi Pak Lah dalam kerajaan dan parti dan sasaran pertama ialah Khairy.

Selepas Khairy berjaya dinafikan jawatan kabinet langkah seterusnya ialah mentalkin Islam Hadhari ciptaan Pak Lah.

11 April lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mjr Jen (B) Jamil Khir Baharom berkata dasar perlaksanaan Islam Hadhari akan dikaji semula (baca: akan dikuburkan).

Inilah satu-satunya peninggalan program pentadbiran Pak Lah yang menjulang nama beliau sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 2003 dan Najib lalu mahu menghapuskannya tidak sampai seminggu usia kabinetnya.

Pak Lah masih mampu tersenyum walaupun Khairy disishkan dan Islam Hadharinya bakal mengakhiri hayat tidak lama lagi.

Walaupun sudah pencen jadi Perdana Menteri, Pak Lah masih kekal Ahli Parlimen Kepala Batas dan di Dewan Rakyat pun masih ramai wakil rakyat yang pro beliau.

Ini kerana kerajaan yang diwarisi Najib adalah kerajaan Pak Lah yang mendapat mandat rakyat pada PRU 12 lalu, jadi kebanyakan ahli parlimen adalah mereka yang dipilih dan disahkan oleh Pak Lah sendiri, bukannya Najib.

Dalam kabinet Najib boleh memasukkan kroni dan teman setianya termasuk yang kalah dilantik sebagai Senator tetapi lain pula di Parlimen.

Dalam Parlimen Pak Lah masih mempunyai blok pengikut yang besar.

Di Parlimen Pak Lah boleh dianggap sebagai ketua fraksi yang berpengaruh malah sokongannya akan menumbangkan atau mengukuhkan kerajaan.

Analisis rambang profil ahli parlimen Umno yang kini berjumlah 55 orang daripada keseluruhan 140 kerusi milik BN menunjukkan sekurang-kurang 34 adalah pro Pak Lah.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen di Perlis adalah orang Pak Lah begitu juga, seorang di Melaka, tujuh di Perak, tiga di Negeri Sembilan, seorang di Wilayah Persekutuan, dua di Selangor, enam masing-masing di Johor dan Pahang, tiga di Terengganu.

Ini tidak termasuk Tengku Razaleigh Hamzah di Kelantan dan kerusi beliau sendiri di Kepala batas, Pulau Pinang.

Sekiranya Pak Lah menggerakkan hulubalang-hulubalangnya di Parlimen beliau mampu mendapat sekurang-kurang lagi wakil rakyat.

Ini menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang bakal menyertai dan menyatakan sokongan padu kepada Pak Lah berjumlah 44 kesemuanya, 45 kalau termasuk beliau sendiri.

Sebelum ini Tengku Razaleigh telah beberapa kali melontarkan ide berhubung penubuhan kerajaan perpaduan di antara BN dan Pakatan Rakyat.

Dengan trend penolakan terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri baru lambat laun cadangan ini akan menjadi realiti.

Tidak mustahil Pak Lah dengan 44 wakil rakyat Umno akan bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan sekali gus menguburkan kerajaan Najib yang tidak sampai setahun jagung.

Mungkin blok Pak Lah akan menggerakkan usul undi tidak percaya terhadap Najib dengan sokongan Pakatan Rakyat, semua ini adalah tidak mustahil dalam dunia politik masa kini.

Sekiranya Najib bersama-sama Dr Mahathir terus menganiaya menantu kesayangannya itu Pak Lah tidak akan berpeluk tubuh sahaja dan lambat laun akan bertindak menentang penindasan Najib.

Setakat ini semboyan perang belum dibunyikan tetapi sampai satu ketika tidak lama lagi Pak Lah akan terpaksa mengumpul bala tenteranya melawan Najib sekiranya Khairy ditekan sebegitu hebat.

Kemungkinan Najib memanipulasi Lembaga Disiplin Umno untuk mengambil tindakan ke atas Khairy berhubung politik wang tidak boleh ditolak kerana sudah ada desas desus ke arah itu.

Pak Lah tidak akan terus berkecuali jika Khairy dikambinghitamkan oleh presiden baru Umno.

Najib juga dijangka meletakkan orang-orang kepercayaannya menerajui Badan Perhubungan Umno di setiap negeri tidak lama lagi.

Orang-orang Pak Lah akan dicantas dan digantikan. Ini proses biasa di mana-mana apabila berlaku peralihan kuasa.

Walau apa pun Parlimen akan bersidang semula Jun depan dan hanya percaturan kompleks politik akan menentukan jatuh tumbangnya kerajaan Najib.

-tvantara

ANALISA BUKIT GANTANG : Asmuni Silap, Undi Melayu Tidak Merosot

Saya masih ingat pada tahun 1994, ketika Tuan Guru Nik aziz dalam kempen pilihan raya kecil Lundang beliau pernah mengatakan akan tiba satu masa duit tidak lagi laku dalam pilihan raya. Jadi pada hari ini sudah terbukti apa yang pernah dikatakan oleh beliau" kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika interbiu Salmiyah harun. Beliau turut mengulas lanjut berhubung keputusan pilihan raya Bukit Gantang yang memberi tamparan hebat kepada BN.

Keputusan di Bukit Gantang akhirnya memberi kemenangan kepada rakyat, bagaimanapun nampaknya BN tetap menafikan keputusan itu adalah referendum rakyat? Apa komen Dato'?

DATO' WAN ABDUL RAHIM: Keputusan pilihan raya ini memberikan suatu gambaran semasa tentang sikap dan pendirian pengundi Bukit Gantang yang bagi saya merupakan satu bentuk referendum walaupun dinafikan oleh BN.

Tetapi dari sudut masanya, inilah peluang rakyat Bukit Gantang khususnya, dan rakyat negeri Perak umumnya menyatakan sikap mereka mengenai apa yang berlaku peralihan kuasa di Perak.

Ini dibuktikan dengan pengakuan oleh Dato' Zambry Abdul Kadir ketika mengulas pada pengumuman keputusan pilihan raya baru-baru ini, bahawa keputusan ini adalah satu petanda sikap rakyat ke atas apa yang berlaku di Perak.

Ini juga secara rasminya adalah referendum rakyat. Apa yang penting semua pihak meneliti keputusan ini, yang jelas daripada rakyat Perak yang menghadapi kegawatan politik yang sedang berlaku.

Perak mempunyai majoriti 50-50 di kalangan Melayu dan Cina. Daripada pemerhatian Dato' bagaimana 'trend' pengundian di Bukit Gantang?

Trend pengundian menunjukkan pengundi-pengundi Cina dengan jelas menggambarkan sikap mereka dalam pemilihan antara PAS dengan Umno. Apa yang dicapai di daerah mengundi yang mempunyai 97 peratus pengundi Cina misalnya di Kuala Sepetang.

Di sini PAS mendapat undi 85 peratus daripada pengundi Cina. Saya membuat kesimpulan ini bahawa 85 peratus daripada masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat. 85 peratus undi popular diberikan kepada PAS manakala 15 peratus sahaja kepada BN.

Oleh kerana pengukuran sokongan Cina kepada PAS hanya boleh dibuat di sini, kerana Melayu daripada 3,300 orang sahaja, di tempat-tempat lain pengundi Cina dan Melayu bercampur-campur. Kalau kita hendak tahu sikap pengundi Cina... Kuala Sepetanglah tempat yang sesuai.

Adakah ini pencapaian terbaik?

Pencapaian ini bukan sahaja PAS tidak pernah dapat di kalangan masyarakat Cina, tetapi DAP juga sebelum ini hanya mendapat 80 peratus sahaja. Jadi 84 peratus ini adalah satu rekod baru.

Jadi apabila kita lihat majoriti kemenangan kita bertambah, begitu juga undi PAS. Ini memberikan satu tanda yang baik mengenai ketuanan rakyat sebagaimana yang dikatakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Di mana apabila berlakunya demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan, akhirnya rakyatlah yang membuat penentuan.

Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan satu landasan dimana rakyat telah menyatakan kematangan sikap dan kemahuan masing-masing. Walaupun institusi yang ada dalam negara tidak memihak kepada PAS misalnya SPRM, polis, istana, mahkamah... itu tidak mengapa.

Akhirnya rakyat yang membuat keputusan. Dalam amalan demokrasi ini juga memberi petanda dan harapan baru bahawa dalam pilihan raya umum ke-13 nanti kita akan meraihkan kemenangan di luar jangkaan.

Dalam siri pilihan raya kecil bermula Permatang Pauh, Kuala Terengganu, dan terkini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, BN nampaknya sudah ditolak habis-habisan oleh rakyat. Apa yang boleh kita gambarkan keadaan BN ini?

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang akan membuat 'post-morterm' di kalangan badan bebas untuk mencari punca kekalahan BN di dalam pilihan raya kecil. Saya rasa BN bukan memerlukan 'post-morterm', ini kerana 'post morterm' di Permatang Pauh belum pun keluar lagi begitu juga di Kuala Terengganu.

Apa post morterm yang mereka hendak buat?

Apa yang mereka perlukan ialah 'soul searching' bermakna mereka kena fikir balik asas BN itu sendiri. Saya melihat bahawa pada tahap sekarang ini rakyat dan pengundi tidak boleh di perbodohkan, ini bukan tahun 60an.

Tahap pendidikan dan pemikiran, jadi rakyat sudah pandai memilih. Peranan media tradisi atau yang sedia ada ini, memang tidak mampu untuk mempengaruhi sikap pengundi dalam pilihan raya.

Saya masih ingat pada tahun 1994, ketika Tuan Guru Nik Aziz dalam kempen pilihan raya kecil Lundang beliau pernah mengatakan akan tiba satu masa duit tidak lagi laku dalam pilihan raya. Itulah Tuan guru pernah mengatakan bagi duit ambil, bagi kain pakai dan bagi gula kacau. Jadi pada hari ini sudah terbukti apa yang pernah dikatakan oleh beliau dulu.

Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ini, banyak mana BN mencurahkan duit atau bantuan tidak mempengaruhi pengundi sebagai mana berlaku di Kuala Sepetang. Sewaktu berkempen hampir tiap-tiap malam BN mengagihkan hadiah, sumbangan, bantuan duit tetapi tidak menjejaskan undi kita.

Janji BN yang hendak menyelesaikan masalah air di Kuala Sepetang, sedangkan sepenggal yang lalu BN juga yang menjadi wakil rakyat di sana bagaimana pun masalah ini tidak selesai juga. Sekarang masalah perparitan di Kuala Sepetang masih berlaku. Akhirnya rakyat naik muak dan menolak segala bentuk habuan untuk memujuk mereka menyokong BN.

Nampaknya, BN sudah ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina dalam pilihan raya ini, bagaimana Dato' melihat situasi Umno sendiri pada masa akan datang berdepan dengan pilihan raya umum nanti?

Untuk masa depan Umno perlu bergantung kepada pengundi di kawasan yang mempunyai 70 peratus orang Melayu jika untuk menang. Kalau kurang daripada itu, seumpama di Bukit Gantang yang mempunyai 62 peratus pengundi Melayu ia tidak mampu untuk menang, kerana penguasaan pengundi Melayu cuma 50 peratus dan paling tinggi ialah 53 peratus, tetapi apabila masyarakat bukan Melayu tidak memberikan sokongan kepada BN maka sukar untuk BN meraih undi.

Satu tugas yang berat jika BN mahu mengambil balik undi Cina dan India. Ataupun mungkin rakyat boleh melihat sejauh mana kekuatan Perdana Menteri kita yang baru ini. Buat masa ini semakin banyak Umno bercakap semakin kuat pengundi Cina lari.

Kita lihat apa yang dikatakan oleh Dato Hishamuddin baru-baru ini, menegaskan Melayulah yang memulakan perjuangan kemerdekaan. Mereka menganggap orang di sekelilingnya tidak peka dengan apa yang beliau ucapkan sehinggakan pimpinan tertinggi MCA mempertikaikan kenyataan mereka itu.

Keris yang selalu dijulang oleh bekas ketua Pemuda Umno itu, dan berharap beliau tidak lagi menghunus keris 'telanjang' itu di khalayak ramai. Ini satu perbuatan samseng yang mana bukan sahaja masyarakat Cina tidak boleh menerima bahkan orang Melayu pun tidak boleh menerima.

Majoriti di Bukit Gantang bertambah sekali ganda. Bagaimana pun ada dakwaan undi Melayu untuk PAS merosot? Bagaimana Dato' melihat senario ini?

Saya masih hendak mempertikaikan bacaan daripada Pengarah Pilihan Raya Perak Asmuni Awi. Mungkin beliau ada kaedah pengiraan yang khusus, tetapi saya melihat tempat-tempat seumpama di Kemunting Station yang mempunyai 90 peratus undi Melayu.

Memang kita kalah di sini. Tetapi sedarkah kita dalam pilihan raya umum 2008 kita kalah majoriti 500 lebih, tapi kini kita kalah majoriti 400, jadi macam mana kita nak kata undi Melayu merosot.

Saya juga mendapati memang undi Melayu kita meningkat, walaupun kita tidak sampai 50 peratus, tetapi pengurangan majoriti itu cukup jelas. Saya melihat pengukuran undi Melayu ditempat yang mempunyai 100 peratus Melayu, manakala pengukuran undi Cina di kawasan yang mempunyai 90 peratus undi Cina. Di kalangan Cina jelas dan di kalangan Melayu pun jelas.

Dengan kemenangan selesa ini, apa yang perlu PAS lakukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti?

Untuk masa depan keputusan ini memberi suatu mesej kepada PAS dan pemimpin PAS bahawa mereka harus melipatkan ganda usaha. Kerana tidak ada parti lain yang mampu melawan Umno seumpama PAS yang mana kedua-dua parti bergerak dalam kawasan Melayu.
Apa yang diperkatakan oleh Tun Musa Hitam yang mana mengatakan Umno sedang mengalami penyakit tua yang tidak mempunyai ubat hanya menunggu mati.

Dan kita lihat daripada pengishtiharkan kabinet pun nampak cukup terang dan jelas, yang menang tidak diberikan tempat sebaliknya yang kalah diberi jawatan. Tidak tahulah tidak pasti apa hujah yang digunakan BN. Ketua pemuda pula tidak diberi tempat sebaliknya timbalan pula yang dilantik menteri. Suasana ini saya lihat ianya agak kurang sopan.

Bagaimana respons masyarakat Melayu di Bukit Gantang terhadap PAS?

Orang Melayu di Bukit Gantang seolah-olahnya terabai. Misalnya apabila petugas muslimat hadir berkempen di salah sebuah rumah pengundi Melayu, memang pada peringkat awal kurang mendapat respons tetapi semangat berkempen di kalangan jentera kita yang tidak berputus asa terus juga turun ke rumah-rumah.

Akhirnya mereka menerima petugas kita sehingga kita boleh ke dapur mereka menggoreng keropok. Ada ketua wanita yang meninggalkan program Umno kemudian hadir ke program cakna PAS malah ada yang terasa bahawa muslimat PAS mendekati dan menyantuni mereka sehingga mereka tertarik.

Maknanya jika PAS tidak sampai tahap itu boleh jadi peti undi seperti Sungai Limau, Kampung Menteri, Batang Gelugur yang mana jentera PAS sukar untuk menembusi hingga ke akar umbi.

Apabila kita hadir dengan pembantu dari luar kita diterima baik. Kita dapat meningkatkan usaha kita mendekati pengundi di peringkat akar umbi.

Dua isu yang dominan dimainkan olah BN iaitu derhaka dan Nizar boneka DAP, sejauh mana isu ini boleh mempengaruhi undi PAS?

Saya tidak fikir isu ini boleh mempengaruhi undi. Saya lihat Nizar adalah satu peluang. Bahawa orang tidak tahu ada manusia seumpama Nizar.

Orang kata kepimpinan dalam PAS seperti Allayarham Dato' Fadhil Noor, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi, adalah ulama yang memimpin parti adalah kelebihan PAS. Apabila Nizar dalam tempoh tidak sampai setahun boleh membuktikan pengaruhnya walaupun beliau bukannya hasil daripada pondok tetapi dia menjadi satu aset kepada PAS.

Beliau ini macam 'revealation'. Pendek kata, kita tidak menyangka beliau ini bukan sahaja intan tetapi batu geliga. Sebagai Menteri Besar dan ketua Kerajaan Perak, kadang-kadang boleh menenggelamkan orang lain.

Bukan sahaja orang Cina tetapi seluruh rakyat melihat Nizar mempunyai peribadi yang baik untuk menjadi ketua kerajaan dalam masyarakat majmuk seperti di Perak.


UMNO Dihentam Oleh Pemimpin Gerakan, MCA dan DAP Bantah Kenyataan Rasis Muhyiddin

Pemimpin-pemimpin parti berbangsa Cina hari ini melahirkan bantahan mereka terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di dalam satu wawancara yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam bertajuk "Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah".

Muhyiddin dibidas oleh pemimpin kaum masyarakat Cina yang mereka sifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai rasis dan adalah amat tidak wajar ia dikeluarkan oleh pemimpin nombor dua negara. Apatah lagi tatkala Perdana Menteri menyeru ke arah konsep "Satu Malaysia" yang dilihat hanya sebagai satu slogan kosong tetapi rupa-rupanya tidak dihayati oleh pemimpin UMNO sendiri.

Muhyiddin diantara lain telah menyatakan:

"Walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti"


Timbalan Presiden Gerakan, Dato’ Chang Ko Youn telah secara terbuka melahirkan rasa tidak bersetuju beliau terhadap kenyataan Muhyiddin.

"Adalah benar ramai (kaum Cina) yang mengundi Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau; namun kita mesti menyiasat mengapa mereka lakukan demikian,” kata Chang.

"Kaedah konvensional menggula-gulakan peruntukan tidak lagi diterima lantaran ia dilihat sebagai cara tidak jujur untuk memancing undi. Masalah mereka perlu diberikan perhatian secara berterusan dan pemberian peruntukan sewaktu berlakunya pilihanraya kecil sudah tidak berkesan dan meyakinkan mereka lagi. Isu yang lebih utama untuk ditangani ialah rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan ekuiti di kalangan pemimpin negara serta sistem penyampaian," tambah Chang lagi.

Sementara itu jurucakap MCA yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Sdr. Lee Wei Kiat menganggap kenyataan Muhyiddin berhubung isu Bukit Gantang bahawa “(sokongan kaum Cina) mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan” memerlukan kajian dan penjelasan lebih terperinci.

Beliau telah menggaris pelbagai isu yang menyebabkan kaum Cina menolak BN di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Selambau. Sebagai contohnya di dalam isu tempatan, nelayan di Kuala Sepetang tidak berpuashati terhadap layanan terhadap mereka contohnya subsidi diesel, birokrasi untuk mendapatkan lesen atau penguatkuasaan secara terpilih oleh polis marin beberapa hari sebelum mengundi.

Begitu juga keangkuhan UMNO dengan isu menunjukkan keris disamping ucapan-ucapan yang berapi-api konon ingin ‘bermandikan darah’ yang boleh mwujudkan ketegangan masih belum dapat dimaafkan.

Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan pengundi-pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak memperdayakan BN seperti yang dituduh tetapi BN yang sebenarnya telah memperdayakan mereka sejak 52 tahun yang lalu.

Adalah tidak wajar Muhyiddin menuduh kaum Cina atau India di malaysia ingin menjadi kuasa penentu setelah kelompok masyarakat Melayu berpecah di dalam konteks senario politik baru kini.

Di samping itu ramai para ahli akademik tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan Muhyiddin tersebut yang disifatkan mereka terlalu perkauman serta menunjukkan tahap mentaliti yang rendah dari seorang pemimpin nombor dua negara.

"Masalah utama Muhyiddin ialah beliau mungkin terlalu teruja dapat duduk kerusi Timbalan Perdana Menteri. Beliau banyak bercakap berbanding dengan PM sendiri. Beliau tidak sepatunya bersikap sombong yang mendedahkan ciri kaduk naik junjung yang ada pada dirinya ketika ini," selar seorang pensyarah Sains Politik di sebuah universiti.


Keputusan Zambry Cabar Tindakan Sivakumar esok

Mahkamah Persekutuan menetapkan esok untuk memberikan keputusan sama ada Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menggunakan cara yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker Perak V. Sivakumar.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff menangguhkan penghakiman selepas mendengar hujahan daripada keduadua belah pihak hari ini.

Peguam yang mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah, mengemukakan bantahan awal bahawa mahkamah tidak patut melayani permohonan mereka kerana saman terhadap Sivakumar tidak mematuhi prosedur.

Zambry dan enam anggota majlis itu telah memohon supaya saman mereka terhadap Sivakumar dirujuk ke mahkamah tertinggi mengikut Perkara 63, Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1957 untuk penentuan dan untuk sama ada bagi pembatalan kes atau dirujuk ke mahkamah lain bagi pembatalan mengikut penentuan itu.

Pada awal prosiding, mahkamah menolak bantahan awal Sivakumar supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Tinggi Ipoh.

Sulaiman berhujah mahkamah tidak sepatutnya melayani permohonan Zambry untuk merujuk kes berhubung isu perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan kerana saman itu masih menungggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan permohonan Sivakumar untuk menggugurkan saman itu.

Bagaimanapun, Hakim Alauddin yang bersidang bersamasama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Zambry walaupun saman induk masih menunggu perbicaraan.

Pada 2 Mac, Zambry dan enam anggota majlis berkenaan Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah binti Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi diisytiharkan yang keputusan Sivakumar menggantung mereka daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah dan batal.

Dalam saman pemula, mereka mendakwa penggantungan bagi tempoh antara 12 dan 18 bulan itu adalah melanggar perlembagaan negeri.


Ketua Umno Bahagian Labuan Datuk Suhaili Didakwa Menipu

Datuk Suhaili Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kes penipuan mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan menipu dan membuat deklarasi palsu pada tahun 1996.

Ahli politik veteran itu yang ditahan di ibu negara pukul 8.30 malam tadi, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu sebentar tadi.

Bekas wakil rakyat berkenaan didakwa di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

Suhaili yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Labuan dan Pengerusi Perbadanan Labuan dikatakan telah mula disiasat sejak lebih setahun lalu dan mempunyai dua kad pengenalan, yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta dan memperoleh pinjaman bank.



.

Umno Terengganu Bergolak. Dun Terengganu Diminta Bubar

Pendedahan media tentang adanya usaha untuk membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said kelmarin, dikatakan telah sampai ke Putrajaya.

Empat wakil rakyat BN hari ini dimaklumkan telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Mereka dipercayai bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka, dalam usaha menyelesaikan ‘krisis keyakinan’ yang semakin serius.

Krisis bermula lebih setahun lalu apabila Ahmad yang juga ADUN Kijal di lantik menjadi Menteri Besar ‘merampas’ kedudukan yang sepatutnya menjadi milik Dato’ Seri Idris Jusoh selaku pengerusi BN negeri ketika itu.

Perlantikan secara luar kebiasaan Ahmad hampir-hampir mencetuskan krisis perlembagaan apabila UMNO menentang pemilihan Ahmad yang diperkenan oleh pihak istana.

Kumpulan yang menyokong Idris, diketuai bekas Exco kerajaan Dato’ Rosol Wahid merasa kecewa, membantah dan mengugut untuk membawa usul undi tidak percaya kedalam sidang Dewan Undangan Negeri. (Gambar - Rosol menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak istana Terengganu Mac tahun lalu)

Bagaimana pun, Rosol yang dihubungi media semalam menafikan beliau masih cenderung untuk membawa usul tersebut.

"Tak ada... tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).

"Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri Besar," katanya kepada mStar Online.

Namun begitu beliau tidak menjamin yang rakan-rakan seangkatannya, ADUN BN lain tidak membawa usul tersebut.

"Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi bagi saya memang tak ada," katanya.

Semalam dalam mengulas perkembangan terbaru negeri Terengganu itu, Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman menyarankan supaya Ahmad Said membubarkan DUN lebih awal bagi menghadapi krisis keyakinan yang sedang melanda pentadbirannya.

Tindakan pentadbiran Ahmad membuat pertukaran beramai-ramai penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri telah menghilangkan keyakinan mereka kepada Ahmad yang juga pengerusi perhubungan UMNO Terengganu.

Walaupun pelbagai pihak dalam UMNO Terengganu cuba menutup isu perpecahan dan wujudnya ‘dua bahtera dengan dua nakhoda’, kini, ia kelihatan semakin jelas.

Ahmad, walaupun ‘bermulut manis’ dengan pihak media, namun kerap menyindir segala projek yang dilaksanakan oleh Idris sebelum ini.

- buletinonline

PASCA BUKIT SELAMBAU : Calon Bebas Bawa Lari 1,300 Undi

Senator Yusuf Husin yang menjadi Pengarah pilihan Raya PAS di Bukit Selambau tidak menolak penyertaan calon-calon bebas sedikit sebanyak mempengaruhi undi kepada calon Pakatan Rakyat dan BN. Ikuti temubual Roy Rasul bersama beliau.

Sejauhmana sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau?

YUSUF HUSIN: Sokongan orang Melayu di Dun Bukit Selambau masih seperti dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Ini kerana Dun Bukit Selambau berbeza dengan Dun lain. Faktornya masih ada sikap orang-orang Melayu di sana mereka hendak kepada calon Melayu.

Sebabnya pengundi Melayu 50 peratus, Cina dan India pun 50 peratus. Jadi mereka berpendapat sepatutnya orang Malayu menjadi calon. Itu saja. Bagaimanapun bagi orang PAS tidak timbul masalah. Cuma bagi yang tidak berparti, orang atas pagar dan Umno yang bermasalah.

Secara umumnya apa reaksi mereka terhadap kemenangan calon Pakatan Rakyat S. Manikumar?

Bagi orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat tentu mereka seronok. Sebab orang Melayu terbahagi kepada tiga puak iaitu setia dengan Pakatan Rakyat, setia dengan Umno dan atas pagar.

Apapun secara umumnya di Kedah ini seronok dan bersyukur kerana ia dapat perkukuh kerajaan Pakatan Rakyat. Ini seperti mana kita janjikan daripada awal lagi, calon yang menang itu akan dilantik sebagai Exco yang mewakili masyarakat India bukan saja di Bukit Selambau tetapi di seluruh Kedah.

Adakah faktor tersebut membuat calon Pakatan Rakyat menang di Bukit Selambau?

Saya tidak nampak faktor calon sebaliknya faktor Pakatan Rakyat sendiri di mana kesungguhan jentera Pakatan Rakyat yang diketuai PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) nampak solid. Tidak ada masalah. Dalam pilihan raya ini Kerajaan Negeri Kedah tidak campur tangan di mana jentera yang bergerak. Kita tidak menggunakan sedikit pun keistimewaan kita sebagai Kerajaan Negeri Kedah.

Pada pilihan raya kali ini majoritinya tidak meningkat seperti di Bukit Gantang. Hanya perolehi 13 undi. Apa sebabnya?

Masalahnya kerana di Bukit Selambau terdapat banyak calon bebas.

Bebas pula mendapat 1,300 undi. Ada juga undi yang lari ke situ dan peratus keluar mengundi kurang daripada pilihan raya umum yang lalu. Kekurangan mereka itu banyak faktor juga antaranya hari mengundi jatuh pada hari bekerja dan cuacanya pula hujan.

Adakah penyertaan bebas baik untuk sistem demokrasi negara kita?

Bagi saya penyertaan calon bebas itu baik tetapi calon bebas itu biarlah yang berkualiti dan dapat mengukur kemampuan diri. Sekurang-kurangnya penyertaannya itu dapat perolehi undi melebihi 200 undi.

Namun apa yang berlaku di Bukit Selambau tidak memberi kesan langsung biarpun sistem demokrasi terbuka. Sekiranya terlampau banyak calon bebas seperti mana berlaku di Bukit Selambau sehingga 13 orang, ia menyukar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengundi.

Kertas undi pula menjadi luar biasa kerana menampilkan 15 calon dan sekaligus memberi kepayahan kepada pengundi untuk memangkah. Ditambah pula senarai calon dalam kertas undi itu tidak mempunyai nombor bilangan calon. Cuma diletakkan nama dan lambang. Dalam pilihan raya yang lalu undi rosak 1600 lebih tetapi dalam pilihan raya kali ini hanya lebih kurang 400 yang rosak.

Ada yang mengatakan pilihan raya di Bukit Selambau dilihat sebagai antara hidup dan mati kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi kemenangan berpihak juga kepada Pakatan Rakyat. Jadi bagaimana Saudara mengukur keputusan rakyat di Bukit Selambau?

Pertama saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah yang juga mengetuai jentera pilihan raya di Bukit Selambau, saya mengucap berbanyak terima kasih kepada rakyat Bukit Selambau.

Inilah petunjuk atau tanda aras bagi rakyat seluruh Kedah yang mana mereka menerima Pakatan Rakyat. Sebenarnya pilihan raya ini tidak menjejas Pakatan Rakyat kerana kita masih lagi majoriti empat lagi kerusi.

Dengan kemenangan ini mengembalikan majoriti kita sebanyak 22 kerusi berbanding dengan BN 14 kerusi. Bagi saya ini satu petanda yang baik dan Pakatan Rakyat di bawah Dato' Seri Azizan Razak boleh meneruskan semua plan tindakan untuk memajukan Kedah dan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan nikmatnya untuk semua. Insya-Allah.

- sanggahtoksaga