22 Feb 2009

97% Setuju Tindakan Nizar

Di dalam satu undian SMS yang dijalankan oleh 7 Edition kelolaan NTV7, seramai 97% setuju dengan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk Pakatan Rakyat membawa usul undi percaya terhadap "kepimpinannya" sebagai ketua kerajaan negeri yang "sah" apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang.

Menjelaskan perkara itu di sini 3 petang tadi, Nizar berkata, pihaknya mahu menggunakan sidang DUN untuk membuktikan bahawa Pakatan masih sah untuk menerajui kerajaan negeri.

Terdahulu pada sidang akhbar sebelum keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar pagi tadi, Nizar menjangkakan suasana "kelam kabut" mungkin berlaku apabila Pakatan membawa usul sedemikian pada sidang akan datang.

Belum ada tarikh ditetapkan bila DUN akan bersidang semula.

Kata Nizar, beliau menjangkakan BN hanya akan mempunyai 21 orang anggota di DUN berbanding 28 wakil di pihak Pakatan ekoran penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abddul Kadir, enam Exconya serta "tiga ekor katak".

Ketiga-tiga mereka merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi; Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang keluar daripada Pakatan dan kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami akan membawa usul undi tidak percaya dan kita akan melihat siapa yang akan mendapat majoriti," katanya.

"Ini perlu diuji di dalam Dewan Undangan Negeri," kata beliau.

Terdahulu, Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi Menteri Besar di sini pagi ini.

Kata Nizar, beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap pada majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, katanya, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Beliau berkata, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi DUN tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, kata beliau.

Peralihan kuasa itu berlaku apabila BN menguasai majoriti kerusi DUN setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat, tiga mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan seorang menyertai Umno bulan lalu.

Kerajaan Pakatan telah memohon pembubaran DUN bagi adakan pilihan raya negeri selepas kehilangan majoriti awal bulan ini tetapi tidak diperkenan Sultan Perak.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini.

Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini.

Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.

Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry serta enam exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Sementara itu UMNO terpaksa pergi ke England untuk minta pandangan Queen’s Council cari jalan keluar krisis Perak setelah mereka mendapati mereka di dalam keadaan tersepit akibat melakukan rampasan kuasa di Perak dengan membelakangkan Undang-undang tubuh negeri Perak dan Perlembagaan negara.



Nizar: "Saya masih menyimpan Watikah yang sah"

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sekali lagi menegaskan bahawa beliau adalah Menteri besar yang sah, yang dilantik Sultan dan tidak menerima sebarang pembatalan ke atas jawatannya itu.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Beliau menjelaskan jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Sebelum itu beliau mencabar Umno-BN untuk berhadapan secara 'jantan' dalam pilihan raya dan bukannya melakukan kerja-kerja yang tidak beretika yang disifatkan sebagai pengecut dan melalui pintu belakang tanpa mengambil kira hak rakyat untuk memilih kerajaan sedia ada.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" lantang suaranya dengan di sambut sorakan, laungan takbir dan tepukan gemuruh hadirin.

Beliau juga menyatakan idang kuasa Speaker yang luas pernah 'dicipta' dan diguna-pakai oleh Barisan Nasional (BN) sendiri selama 50 tahun khususnya membabitkan negeri Perak, akhirnya telah 'memakan diri' apabila kuasa yang sama dilaksanakan untuk mengenakan tindakan gantung 18 dan 12 bulan ke atas Menteri Besar baru dan enam exco kerana didapati menghina Dewan.

Dengan pengantunggan itu katanya kerajaan BN yang hanya mempunyai 21 ahli dewan boleh dianggap 'lumpuh' apabila majoriti kerusi kini diperolehi oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan kesemuanya berjumlah 28, yang secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah yang sah memerintah negeri ini.

Apatah lagi, sekiranya sidang Dun tidak dilakukan pada Mei ini, maka secara automatik pembubaran DUN sekaligus menyaksikan pilihan raya diadakan di seluruh negeri Perak.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar dengan penuh semangat sambil menggesa para pengundi menolak Umno dan BN dalam pilihan raya yang akan datang.

Sambil mencebis ayat al-Quran yang berbunyi antaranya:" Mereka merancang tipu daya, Allah juga lebih hebat perancangan tipu daya-Nya," katanya dan menyeru kepada para penyokong supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan terjebak dengan hasutan pihak-piahk yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum itu, ceramah yang dimulai jam 9.00 malam anjuran Markas PAS Kg. Serigala ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor Dato' Zainal Abidin, Adun Gopeng Lee Boon Chai, Adun Sungkai Sivaratnam dan Setiausaha Politik MB, Misbahul Munir.

Kehadiran luar biasa orang ramai yang disertai oleh puluhan masyarakat kaum Cina dan India menunjukkan sokongan padu terhadap kerajaan Nizar masih utuh dan mantap.

Biarpun, terpaksa melalui dua sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa, meletakkan kenderaan sejauh satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki jauh ke pelusuk kampung, namun masyarakat setempat masih terus berpusu-pusu memenuhi pekarangan markas PAS itu untuk mendengar amanat dan kata-kata semangat daripada Nizar dan rakan seangkatannya.

Turut menarik perhatian di markas itu digantung sehelai kain rentang yang bertulis:" Ya-Allah, Ya Tuhanku. Engkau berikanlah pengajaran pada Jamaluddin pengkhianat yang telah mengkhianati manah pengundi-pengundi Dun Behrang. Amin."

Nizar sebelum mengakhiri ucapannya selama satu jam itu menggesa supaya penyokong dan ahli Umno meninggalkan parti itu yang terang-terang melakukan penyelewengan dan kezaliman kepada rakyat, sehingga sanggup merampas hak rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri ini.

Beliau memetik surah al-Haj yang bermaksud:" Jangan sesekali kamu cenderung kepada kezaliman, nanti kelak kamu akan di sambar api neraka..."katanya memberi ingatan kepada penyokong kepada kemungkaran dan kezaliman.

"Esok (hari ini) saya akan tinggalkan kediaman rasmi Menteri Besar jam 11.00 pagi. Biarlah mereka nak ambil rumah itu sebab bukan itu kita rebutkan. Yang penting adalah amanah 2.4 juta rakyat Perak kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab," katanya sambil disambut laungan takbir orang ramai.

Majlis bersurai secara aman kira-kira 12.30 tengah malam tadi biarpun berlaku kesesakan jalan raya akibat kenderaan yang terlalu banyak di sisi jalan berhampiran kawasan ceramah tersebut.

SPRM Lenyapkan Ratusan Laporan Rasuah Ke Atas Pimpinan UMNO-BN

Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan politik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah bertindak menghukum Tan Sri Khalid sebelum sebarang pendakwaan dan perbicaraan bersabit dengan kenderaan dan juga lembu.

Beliau berkata: "Sikap pilih kasih dan pendakwaan selektif yang begitu ketara ini sangat menjijikkan, tatkala puluhan, malahan ratusan laporan polis serta laporan rasuah yang dikemukakan kepada SPRM melibatkan pimpinan UMNO-BN, dibakulsampahkan dan senyap sunyi tanpa berita!"

"Reformasi apa yang dijanjikan kini? SPRM ghairah memperjuangkan kes lembu, walhasil mereka menampakkan diri mereka ibarat lembu dicucuk hidung," tambah Anwar di dalam blognya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata kelmarin bahawa SPRM ada keterangan kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berhubung salah guna wang bagi penyelengggaraan kereta mewah dan pembelian lembu korban.

Akhbar Mingguan Malaysia yang selama ini cukup resah dengan kebangkitan rakyat menentang UMNO / BN dan tegar menentang pakatan Rakyat pada hari ini pula telah dengan cepat dengan cepat memberi respons kepada kenyataan SPRM dan mendesak supaya Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa.

Anwar berkata bahawa cara jelek sebegini pastinya satu percaturan yang diatur bagi memenuhi agenda peribadi Datuk Seri Najib untuk memastikan suara rakyat dilenyapkan.

"KeADILan dan Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa kita komited dengan agenda membanteras rasuah ke akar umbi dan menentang sistem yang rakus dan zalim," tegas Anwar di dalam tulisannya.


Kedah Masih Kukuh dan Stabil

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya Kedah akan menerima nasib yang sama dengan Perak dan akan kembali ke pangkuan UMNO.

Beliau berkata beliau cukup konfiden dengan barisan kepimpinan negeri yang beliau ketuai sekarang ini dan tidak akan berlaku apa yang diura-urakan oleh sesetengah pihak terutama yang kecewa dengan kekalahan di dalam pilihanraya yang lalu.

"Jika kami tak yakin, lama dah depa ambil," tegas Azizan.

Sambil menyatakan bahawa di dalam politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun dengan keyakinan beliau terhadap barisan exco dan ADUN di Kedah beliau menolak khabar angin yang menyatakan Kedah akan menimpa nasib yang serupa seperti Perak.

Beliau ditemui pemberita semasa melancarkan program gotong royong bersama penduduk di Sungai Petani Kedah sebentar tadi.


Ibrahim Ali Perlu Letak Jawatan

MMursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Tok Guru Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri itu berkata: “Keputusan PAS mencabar beliau (Ibrahim) supaya meletakkan jawatan kerana mengkritik PAS daripada belakang adalah keputusan PAS negeri yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri yang saya sendiri selaku Pengerusi (perhubungan).”

“PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Ditanya mengapa PAS bertindak mencabar Anggota Parlimen itu meletakkan jawatan, Nik Aziz berkata, ini disebabkan Ibrahim mengkritik kepimpinan PAS dari belakang.

Nik Aziz berkata, walaupun Ibrahim calon Bebas, tetapi bukan bererti beliau boleh bebas tanpa sekatan.

“Kalau lembu pun kita kena ikat dengan tali, mana boleh manusia bebas tanpa sekatan.

“Sebagai pemimpin, Ibrahim tidak boleh mengkritik dan menyerang PAS dan pemimpinnya bukan-bukan.

“Ini bukan bererti PAS tidak boleh ditegur. Yang berhak mengkritik dan menegur (pemimpin dan parti) ialah rakyat,” katanya.

Kepada soalan lain, jika Ibrahim enggan berundur dan meletakkan jawatan walaupun dicabar berbuat demikian oleh PAS, Nik Aziz berkata: “Memanglah, biasanya manusia tidak mudah mengaku kalah. Macamlah kita jadi menantu, kalau mentua bencipun kita tetap tinggal rumah itu kerana sayangkan anaknya…”

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Takiyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Dalam reaksi spontan semalam, Ibrahim berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.

Sehubungan dengan itu Ibrahim Ali dengan celuparnya telah menempelak Tuan Guru Nik Aziz dengan menyatakan: "Tok Guru Nik Aziz patut sudah tahu, ikut undang-undang kalau saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, saya tidak boleh bertanding untuk tempoh lima tahun hingga pilihan raya umum ke-13.

"Jadi macam mana saya nak uji kekuatan pengaruh politik saya?

"Dia (Nik Aziz) pun pernah hampir hilang pengaruh masa pilihan raya umum ke-11 ketika PAS hampir jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

"Masa itu saya pun ada bantu PAS dengan meraih undi orang-orang Umno untuk memilih mereka. Jadi tak perlu dia (Nik Aziz) cakap besar," katanya kepada mStar Online hari ini.

Pembohongan beliau terlalu ketara apabila membuat dakwaan sedemikian kerana pada pilihanraya umum ke 11 , beliau tidak membantu PAS tetapi sebaliknya telah bertanding di atas tiket bebas tetapi kalah.

Ramai pengundi-pengundi Pakatan Rakyat melahirkan rasa kecewa terhadap kebiadaban Ibrahim Ali kerana mereka melihat apa yang dilakukan oleh Ibrahim sekarang ini ialah untuk mengampu kepimpinan UMNO supaya diterima semula ke dalam parti itu setelah beliau dipecat seumur hidup kerana bertanding di atas tiket BEBAS pada tahun 2004 dan hilang wang pertaruhannya pada pilihanraya kecil Pengkalan Pasir pada 2005.

PM Boleh Didakwa

Parti Tindakan Demokrat Perak memandang serius kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyarankan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar yang melarangnya menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak telah membuat keputusan bersandarkan kepada undang-undang tubuh negeri Perak dan juga undang-undang yang sedia ada.

“Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bertindak menghina Jawatankuasa tersebut.

“Tindakan boleh diambil ke atas beliau,” katanya semalam sewaktu melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Abdullah.

Jumaat lalu, Abdullah telah menyarankan Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan para exco untuk menghadiri sidang DUN seperti biasa sekalipun telah menerima arahan dihalang dari menghadirinya oleh Speaker V. Sivakumar.

Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.

Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN.

Speaker DUN Perak itu mengumumkan keputusan tersebut selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

“Bahagian 3 dari Enakmen Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak (Hak) 1959 telah dengan jelas menyatakan tiada sesiapa pun dari ahli dewan undangan negeri yang boleh dikenakan tindakan atau dakwaan jenayah, tangkapan, tahanan atau ganti rugi terhadap apa-apa tindakan atau perkataan yang dilakukan oleh mereka di dalam dewan undangan negeri atau mana-mana jawatankuasa,” tambah beliau.

Beberapa orang peguam turut menyatakan perkara yang sama dimana tidak ada sesiapa pun yang boleh bertindak untuk membantah keputusan Speaker berkenaan kerana ia adalah hak beliau menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

"Sekalipun ia dilihat seperti tidak memperakui perkenan Sultan terhadap perlantikan Menteri Besar dan exco dari Barisan Nasional, namun keseluruhan proses perlantikan itu masih lagi diragukan dan berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak, kerajaan pimpinan Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin masih tidak boleh dipertikaikan apa tah lagi kini Datuk Seri Nizar telah pun memfailkan saman mencabar perlantikan Dato' Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur," demikian kenyataan seorang peguam.

"Malah laporan polis terhadap Sivakumar juga tidak boleh dianggap sah dan polis tidak berhak untuk menjalankan siasatan kerana tidak ada peruntukan di dalam mana-mana undang-undang yang membolehkan polis mendakwa tindakan Speaker berkenaan," tambahnya.

"Adalah lebih baik Polis menjalankan siasatan terhadap laporan yang telah dibuat Sivakumar sendiri yang telah menerima ugutan dibunuh. Itu memang sah bidangkuasa polis, bukan siasat benda-benda yang semata-mata menyentuh politik untuk menyelamatkan UMNO."



Kemelut Perak: Catatan Peribadi Dato Seri Nizar

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin), saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SPR pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana. Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan………..

NIZAR
perakdaily.com

Anak Pengerusi SPRM Ditangkap

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."



"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

"Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini.


Ahmad Said Hamdan Perlu Dipecat dan Dibicarakan

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato' Said Hamdan telah cuba untuk menunjukkan kuasa yang melampaui bidang kuasanya apabila dalam sidang medianya semalam menyatakan bahawa beliau cukup bukti untuk mendakwa Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim atas dakwaan rasuah pembelian lembu dan kereta rasmi beliau.

SPRM bertindak cepat dengan menjadi peguam cara dalam kes ini. Amat cekap Dato' Said Hamdan mengeluarkan kenyataan untuk mendakwa MB Selangor sedangkan kes ini masih di peringkat siasatan dan belum difailkan lagi.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh membidas tindakan yang diambil oleh suruhanjaya tersebut.

Beliau yang juga seorang peguam kanan dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyifatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sebagai tidak kompeten untuk menyiasat kes itu.

Katanya, beliau akan merujuk Ahmad Said kepada Seksyen 58 Akta SPRM 2009 yang menyatakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dilaksanakan, kecuali melalui atau dengan kebenaran pendakwa raya.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Green Hall di sini hari ini, Karpal berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa.

Beberapa penganalis politik berpendapat SPRM juga dilihat telah menjatuhkan kredibilitinya sebagai sebuah badan yang berwibawa untuk bertindak membenters rasuah di negera ini apabila tindakan mereka keterlaluan dan dwi-standard ekoran kenyataan Pengerusinya itu.

"Malah Ahmad Said Hamdan boleh didakwa, ditahan dan disiasat di bawah Akta SPRM 2009, malah boleh dipecat dari jawatannya dan dihukum seberat-beratnya kerana telah bertindak dengan melakukan ketidak-adilan sepertimana yang dititahkan oleh Duli Yang Dipertuan Agong yang meminta SPRM memperbaiki kredibilitinya di mata rakyat.

"Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi-institusi tersebut. Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda integriti negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa," demikian titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen Ke-12 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, SPRM tiada kuasa untuk mendakwa Khalid kerana bidang kuasa pendakwaan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.

Justeru, menurut Azmin, SPRM tidak berhak membuat kenyataan terbuka berhubung penyiasatan dalam isu yang belum dimuktamadkan oleh JPN.

"Kenyataan SPRM adalah di luar peraturan biasa dan boleh mempengaruhi budi bicara Peguam Negara yang bertanggungjawab secara bebas dan adil

"Kami juga melihat ini adalah usaha jahat yang dirancang oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menggugat pentadbiran kerajaan Pakatan di Selangor dengan memperalatkan institusi-institusi seperti SPRM dan JPN," katanya selepas menghadiri Retreat ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Selangor, di Shah Alam hari ini.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak menegaskan, Pakatan Rakyat akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran perlembagaan dan mendokong penuh kepimpinan Khalid untuk terus memimpin Selangor.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk mengatasi masalah tersebut, Azmin berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada 10 Mac depan.

"Barisan peguam kami juga sedang meneliti langkah-langkah yang wajar diambil untuk berhadapan dengan tuduhan yang dikenakan ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kami yakin Tan Sri Khalid tidak bersalah dalam perkara ini. Walau bagaimanapun kami menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan tugas secara telus dan bebas," ujarnya.

Sementara itu, Exco kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok menyifatkan SPRM telah bersekongkol dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Khir Toyo dalam isu tersebut.

"Peguam Tan Sri Khalid baru fail saman namun selepas itu SPRM dah buat tuduhan ke atasnya. Ini seolah-olah menunjukkan ia menyokong Khir Toyo untuk pertandingan pemilihan Umno.

“Kami amat kesal kerana tuduhan ke atas Tan Sri Khalid melibatkan isu remeh-temeh sedangkan ia melibatkan kepentingan orang awam bukan untuk kegunaan sendiri. Ini memberi satu gambaran SPRM merupakan alat BN untuk mendiskriminasi pemimpin-pemimpin Pakatan,” ujarnya.

Dato' Said Hamdan wajar meletakkan jawatannya atau dipecat demi memelihara integriti SPRM. Beliau tidak layak menerajui agensi ini apabila telah dengan jelas menunjukkan sikap partisan dan biasnya. Rakyat kini telah hilang hormat dan percaya pada PDRM, Mahkamah, SPR, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan SPRM telah lama menjadi ikon-ikon kebencian rakyat Malaysia.



21 Feb 2009

Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi Dibidas

PPAS menyelar kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Wan Teh yang berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah, demikian harakahdaily melaporkan.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mempertikaikan tindakan mufti tersebut yang membuat kenyataan kerana mahu menjaga periuk nasi dan tidak berlaku adil.

Beliau juga menegaskan mufti tersebut sepatutnya mempertahankan Yang Dipetuan Agung ketika baginda dihina oleh penyokong Umno semasa krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008.

"Kenapa ketika pemimpin dan penyokong Umno menghina Sultan yang juga Yang Dipertuan Agong, Wan zahidi berdiam diri?

"Apakah beliau hanya nampak apa yang dilakukan oleh sebelah pihak sahaja tetapi 'buta' bila pemimpin dan penyokong Umno lakukan?" soal Kamaruddin.

Beliau seterusnya menegaskan, apa yang dilakukan oleh rakyat Perak adalah semata-mata kerana mempertahankan perlembagaan Perak dan mereka tidak menulis 'banner' memaki Sultan sebaliknya mahu Sultan Perak bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.

Bandingkan bagaimana UMNO dan Pakatan Rakyat
berbahasa kepada Sultan-sultan


UMNO membinatangkan DYMM Yang Dipetuan Agong
Pakatan Rakyat memohon kepada Sultan Perak

Jelas Kamaruddin lagi, apa yang dilakukan oleh Sultan Terengganu ketika memilih Menteri Besar adalah mengikut perlembagaan tetapi pemimpin dan penyokong Umno enggan menerima sesuatu keputusan yang dibuat berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.

"Kerana itu seharusnya Wan Zahidi selaku mufti melihat perkara ini dengan jelas dan membuat kenyataan dengan bijak bukan kenyataan kerana mengikut telunjuk pemimpin tertentu," tegas Kamaruddin.

Mufti Wilayah itu dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama baru-baru ini berkata, perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Ekoran daripada kenyataan tersebut ramai pihak yang meminta agar Wan zahidi berlaku adil ketika menaqalkan hukum dari kitab Allah dan kitab-kitab yang muktabar, jangan terlalu hendak menjaga kedudukan sehingga sanggup mengenepikan beberapa prinsip asas dalam Islam.

Khir Toyo Akan Terus Terlondeh

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu, demikian dilaporkan oleh Tvantara.

Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”.

Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.

Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.

Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.

Menteri Besar Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak “menutup mulut” Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya “menjaga mulutnya”.

Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai “pengacau” kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.”

Terbitan Semula : 20 Kes Rasuah Khir Toyo

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. Tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Cabar Khir Toyo kalau berani buka mana - mana pentas terbuka akan terlondeh bersama bukti...


SPRM - Lembu Yang Dicucuk Hidung

Peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat kesal dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan berkata terdapat bukti kukuh menunjukkan menteri besar Selangor itu menyalahguna kuasanya berhubung penyelenggaran kereta peribadinya serta pembelian 46 lembu korban.

Mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pagi ini, Sankara Nair berkata, menjadi amalan suruhanjaya tersebut selama ini tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.

Katanya, dalam kes ini bagaimanapun SPRM telah menyimpang daripada amalan tersebut dan dengan jelas mengamalkan sikap dwi-standard.

Sankara menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di bangunan pentadbiran negeri di Shah Alam petang tadi. Turut hadir, exco kanan kerajaan negeri Teresa Kok.

Sehubungan itu, Sankaran bertanya mengapa Ahmad Said tidak membuat perkara yang sama apabila siasatan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selesai.

Tindakan SPRM itu, katanya, harus dipandang berat kerana anak guamnya - seorang ahli politik pembangkang - telah ditonjolkan agar kelihatan bersalah "di mata umum sebelum beliau didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah".

Sementara itu Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh membidas Ahmad Said kerana secara terbuka mendedahkan terdapat "bukti dan keterangan kukuh" terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum mendapat kebenaran Peguam Negara.

Beliau yang juga seorang peguam kanan dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyifatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sebagai tidak kompeten untuk menyiasat kes itu.

Katanya, beliau akan merujuk Ahmad Said kepada Seksyen 58 Akta SPRM 2009 yang menyatakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dilaksanakan, kecuali melalui atau dengan kebenaran pendakwa raya.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Green Hall di sini hari ini, Karpal berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa.

Disember lepas, Abdul Khalid dituduh menyalahgunakan dana kerajaan negeri bagi penyelenggaraan kereta utiliti sukan (SUV) jenis Lexus milik peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu untuk ibadah korban bernilai RM110,400.

Semalam Ahmad Said berkata, pihaknya mendapati ada "bukti dan keterangan kukuh" menunjukkan Abdul Khalid telah menyalahgunakan kuasanya bagi penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, SPRM tiada kuasa untuk mendakwa Khalid kerana bidang kuasa pendakwaan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.

Justeru, menurut Azmin, SPRM tidak berhak membuat kenyataan terbuka berhubung penyiasatan dalam isu yang belum dimuktamadkan oleh JPN.

"Kenyataan SPRM adalah di luar peraturan biasa dan boleh mempengaruhi budi bicara Peguam Negara yang bertanggungjawab secara bebas dan adil

"Kami juga melihat ini adalah usaha jahat yang dirancang oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menggugat pentadbiran kerajaan Pakatan di Selangor dengan memperalatkan institusi-institusi seperti SPRM dan JPN,” katanya selepas menghadiri Retreat ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan di Selangor di Shah Alam hari ini.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak menegaskan, Pakatan Rakyat akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran perlembagaan dan mendokong penuh kepimpinan Khalid untuk terus memimpin Selangor.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk mengatasi masalah tersebut, Azmin berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada 10 Mac depan.

"Barisan peguam kami juga sedang meneliti langkah-langkah yang wajar diambil untuk berhadapan dengan tuduhan yang dikenakan ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kami yakin Tan Sri Khalid tidak bersalah dalam perkara ini. Walau bagaimanapun kami menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan tugas secara telus dan bebas," ujarnya.

Sementara itu, Exco kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok menyifatkan SPRM telah bersekongkol dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Khir Toyo dalam isu tersebut.

“Peguam Tan Sri Khalid baru fail saman namun selepas itu SPRM dah buat tuduhan ke atasnya. Ini seolah-olah menunjukkan ia menyokong Khir Toyo untuk pertandingan pemilihan Umno.

“Kami amat kesal kerana tuduhan ke atas Tan Sri Khalid melibatkan isu remeh-temeh sedangkan ia melibatkan kepentingan orang awam bukan untuk kegunaan sendiri. Ini memberi satu gambaran SPRM merupakan alat BN untuk mendiskriminasi pemimpin-pemimpin Pakatan,” ujarnya.




20 Feb 2009

NGO Serah Memorandum Rakyat Kepada DYMM Sultan Perak

KUALA KANGSAR, 19 Feb. : Tepat jam 3:00 petang tadi satu gagasan NGO yang dikepalai oleh Tuan Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) telah mengetuai pakatan NGO telah mmengadakan satu majlis penyerahan Memorandum, Referendum Rakyat kepada DYMM Sultan Perak di pejabat DYMM Sultan Perak bersebelahan Istana Iskandariah.

Antara objektif utama penyerahan memorandum tersebut ialah untuk menyampaikan suara rakyat berkenaan dengan isu politik terkini yang sedang bergolak di Perak.

Didalam memorandum tersebut juga disertakan bersama sejumlah 20,000 tandatangan sokongan dari rakyat Perak dan kami difahamkan bahawa terdapat lebih dari 100,000 lagi tandatangan penanda sokongan dari rakyat Perak bakal menyusul selepas ini.

Majlis penyerahan berjaalan dengan cukup lancar dan memorandum berkenaan tekah selamat diterima oleh wakil dari Pejabat DYMM Sultan Perak.

Selepas selesai majlis penyerahan memorandum, satu sidang akhbar telah diadakan untuk menjelaskan kepada umum sebab-sebab memorandum diserahkan (transkrip dan rakaman sepanjang majlis berlangsung dan juga sidang akhbar akan disiarkan kemudian selepas selesai kerja-kerja editor).

sya~reformis








Najib, Kamulah Punca Semua Ini

Sebelum naik sebagai PM, Najib perlu membuktikan kebolehannya. Dia perlu dilihat lebih hebat daripada Abdullah. Apa yang menimpa Umno dalam PRU yang lalu seolah-olah menjadi ‘hujah’ kepada Najib bahawa Abdullah perlu diganti. Namun begitu kekalahan Umno dalam dua PRK selepas itu kembali memudarkan imej Najib.

Dengan kekalahan itu, Abdullah dilihat punya hujah semula untuk kekal kerana Najib dikira gagal membuktikan kebolehannya. Tun Dr M berkata, bukan suatu kemestian Presiden Umno adalah PM. Abdullah akan berundur, tetapi bukan sebagai PM, cuma sebagai Presiden Umno. Presiden Pas ‘dinasihati’ Muhyidin apabila membangkitkan perkara ini di parlimen.

Muhyidin tumpang bimbang kalau-kalau ‘nasihat’ Abdul Hadi itu diterima pakai oleh Abdullah. Dia yang dipromosi oleh Najib sebagai timbalannya tentu kempunan. Justeru, dia perlu memintas cepat supaya nasihat Abdul Hadi tidak terpakai.

Bukan menjadi rahsia umum bahawa krisis di Perak berpunca daripada rencana Najib. Boleh saja Najib menafikannya, tetapi penafian itu memperkukuhkan lagi sangkaan itu. Najib ingin membuktikan selepas kegagalan rancangan 916 bikinan Anwar, bahawa dia juga boleh melakukannya. Dia menjadikan rencana Anwar sebagai alasan tindakannya.

Sedari awal Perak diserang. Nasarudin dijadikan umpan. Tajol Rosli menjadikan alasan Nasarudin menyertai PKR untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak. Sebaik sahaja jawatan itu disandang Najib, ramai yang sudah dapat menghidu rencana itu. Berlakulah apa yang berlaku.

Bila Anwar menyebut bahawa dia mempunyai rakaman CCTV berkaitan tindakan membeli dan merasuah wakil rakyat PKR terlibat, sangkaan umum bahawa Najib terlibat dengan semua ini menjadi bertambah kuat.

Najib tidak berseorangan dalam rencananya ini. Dia membela banyak ‘hantu raya’. Hantu-hantu ini diberi makan secukupnya. Disebut-sebut bahawa ‘hantu-hantu raya’ ini adalah bekas-bekas orang kuat PKR yang menyertai Umno terutama bekas pimpinan angkatan mudanya.

Mereka bergerak dari satu negeri ke satu negeri yang dikuasai PR. Bermula dengan Perak, Kedah dan Selangor turut diserang. Hantu-hantu raya ini datang dengan dua senjata, ugut dan duit. Ada yang berjaya ditewaskan dengan duit dan ada yang ditewaskan dengan ugut.

Najib tidak bermasalah untuk membela semua hantu itu kerana dia memang menjaga perbendaharaan negara. Ditambah pula hantu-hantu yang dibela Najib itu pun memang bermasalah kewangan semenjak menyertai PKR. Maka keupayaan Najib apabila digabungkan dengan keperluan hantu-hantu itu, rencana menjadi lancar dan berhasil.

Sebulan lebih sedikit sahaja lagi Najib akan jadi Presiden Umno tapi belum tentu dia jadi PM. Mungkin itu mustahil pada perkiraan orang Umno tetapi tidak mustahil dalam roda politik. Najib perlu membuktikan bahawa dia bukan sekadar layak jadi Presiden Umno tetapi layak juga jadi PM.

Untuk itu dia perlu melakukan lebih banyak onar untuk menonjolkan dia lebih ‘brutal’ daripada Abdullah. Sasaran onar itu tentulah negeri-negeri PKR. Ingat Najib, kamulah punca semua ini. Tunggu kamu akan dihukum oleh rakyat. Kalau rakyat berani menghukum Tun Dr M, mengapa tidak kamu?

Cuma, kalau Najib belum cukup hantu raya, dia boleh ambil orang ini sama. Siapa orang itu? Cuba teka.


Zolkarnain Abidin
bongkarsauh.blogspot.com

Derhaka Tuah dan Derhaka Jebat

Saya kira semua tahu hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat dan kisah kesudahan persahabatan mereka yang menyaksikan Tuah membunuh Jebat. Ia berpunca dari fitnah terhadap Tuah yang menghasilkan tindakan melulu Sultan Melaka menghukum Tuah dibunuh tanpa usul periksa. Keputusan Sultan pada ketika itu telah pun menyebabkan beberapa tindakan derhaka berlaku. Bendahara derhaka kerana tidak membunuh Tuah, sebaliknya menyembunyikan Tuah. Tuah derhaka kerana tidak memastikan dirinya dibunuh, walaupun titah Sultan supaya dia dibunuh. Akhirnya Jebat menderhaka kerana telah membantah keputusan yang dibuat oleh Sultan Mansur Shah. Semua derhaka!

Derhaka Bendahara dipuji Sultan kemudiannya, Tuah diampun dan diterima kembali, sedangkan derhaka Jebat dimurkai baginda Sultan. Namun hakikatnya ketiga-tiga watak utama telah menderhaka. Derhaka Jebat tidak diampunkan kerana berterangan dan mencabar Sultan. Derhaka Bendahara dan Tuah diampunkan kerana diketahui Sultan pada ketika ianya mendatangkan manfaat kepada baginda Sultan.

Ahli sastera dan cendiakawan Melayu sering membahaskan siapa yang lebih mulia, Tuah yang taat kepada Sultan sehingga sanggup membunuh Jebat atau Jebat yang bangun membela sahabatnya yang dizalimi. Ada yang berpandangan Tuah yang ‘hero’, ada yang mengatakan Jebat. Namun kedua-dua pandangan bersetuju bahawa keputusan melulu yang kurang bijak yang dibuat oleh Sultan adalah punca segala-galanya. Mereka juga bersetuju bahawa pencacai dan pemfitnah Hang Tuah-lah yang merupakan musuh sebenar Negeri Melaka pada ketika itu!

Samada Tuah hero atau Jebat hero pada pandangan saya adalah soalan kedua. Persoalan utamanya ialah, apakah ikhtibar yang boleh kita perolehi untuk mengelak tragedi yang sama berulang? Yang jelas Sultan mesti mampu membuat keputusan yang bijaksana. Alangkah baiknya sekiranya keputusan membunuh Tuah dihindarkan pada ketika itu? Maka Melaka tidak akan melihat tragedi seperti itu dan persahabatan dua sahabat karib akan berpanjangan. Melaka akan terus mendapat khidmat pendekar Jebat yang jelas mempunyai kehebatan seni pertarungan dan pertahanan diri sehingga akan tersebarluas lagi kehebatan Negeri kesultanan Melayu itu.

Dalam menganalisa tragedi ini kita tidak boleh mengelak diri dari berkata, “Alangkah baiknya sekira Bendahara mampu membela Tuah sehingga tidak sampai dikenakan hukuman bunuh?” Atau rakyat menzahirkan sokongan terhadap Tuah dan menuntut supaya bukti yang kukuh dikemukakan sebelum Laksamana mereka dihukum. Tuah juga seharusnya dibenarkan membela diri, dan pada masa yang sama pencacai itu dibawa ke depan supaya dikenal pasti siapa gerangan orangnya yang membawa cerita ini. Adakah orang yang berwibawa ataupun sebaliknya? Ada udang disebalik batu ataupun ada agenda tersendiri? Kalau semua ini dilakukan, mungkin tragedi ini tidak berlaku.

Pengalaman sejarah Melayu seperti ini seharusnya membawa orang Melayu untuk berfikir bagaimana tragedi sebegini tidak akan berulang. Kerana bukankah itu antara sebabnya kita mengkaji sejarah? Bukan sekadar melihatnya sebagai satu cerita penglipurlara yang tidak mempunyai pengajaran yang boleh digunapakai pada masa ini. Sebagai contoh berhubung dengan politik Perak dewasa ini.

DS Nizar dituduh telah hilang sokongan majoriti ADUN di Perak. Adakah tuduhan ini benar? Tiga ADUN lompat tidak lagi merupakan ADUN kerana Speaker telah menerima surat perletakkan jawatan mereka dan telah pun mengumumkan kerusi-kerusi mereka telah kosong. Ini bererti 28 kerusi DUN sekarang berada dengan PR dan 28 kerusi yang lain bersama BN. Ini bererti BN juga tidak mendapat majoriti.

Apabila Sultan mendengar pertuduhan ini, Sultan seharusnya mengesahkan dahulu kedudukan ketiga-tiga ADUN yang menjadi punca timbulnya fitnah ini, jangan terima bulat sandiwara fitnah yang ditaburkan pencacai dan pemfitnah BN. Adakah para ADUN ini bercakap benar, adakah mereka orang yang lurus dan berintegriti? Ini semua sepatut diambil kira oleh Sultan sebelum membuat keputusan.

Kedudukan ketiga-tiga ADUN ini adalah hak Speaker menetapkannya. Ini adalah apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang tubuh Negeri Perak dan SPR tiada hak menyanggahnya. Sekiranya ADUN berkenaan tidak berpuas hati, mereka boleh bawa kes mereka ke mahkamah tetapi sambil itu SPR mesti memulakan proses untuk mengistiharkan Pilihan Raya kecil untuk Behrang, Cangkat Jering dan Jelapang. Sekiranya mahkamah mendapati ada kes, mahkamah boleh mengarahkan Pilihan Raya kecil ditangguhkan sehingga selesai perbicaraan tetapi sambil itu kerajaan dan MB yang sedia ada boleh terus mentadbir negeri Perak sehingga isu ini ditentukan oleh mahkamah. Ini apa yang sepatutnya berlaku.

Sekiranya Sultan menerima nasihat yang kurang tepat berkenaan perkara ini, kita berkewajipan menasihati Sultan supaya menjamin tragedi yang lebih besar tidak menimpa Negeri Perak. Sepertimana dalam kes Melaka, kesilapan yang tidak diperbetulkan mengakibatkan natijah yang buruk berpanjangan terhadap semua.

Namun, disebabkan hasutan pihak pencacai dan pemfitnah BN (jelas watak ini telah wujud sejak sekian lama), serta kehadiran 3 ADUN lompat itu di hadapan Sultan, maka Sultan percaya segala dakwaan mereka ini dan DS Nizar diminta letak jawatan! Oleh yang demikian, berdasarkan pengalaman sejarah Laksamana Melayu yang diketahui umum ini, adakah wajar orang Melayu dipatuk dari lubang yang sama buat kali yang entah keberapa?

khalid samad