9 Mac 2008

Azizan terima watikah perlantikan sebagai MB Kedah

Pesuruhjaya PAS Kedah Azizan Abdul Razak menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar yang baru daripada Sultan Kedah di sini, petang Ahad.

Istiadat yang berlangsung di Wisma Darul Aman disaksikan Raja Muda, bekas Menteri Besar

Datuk Seri Mahdzir Khalid dan para Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi pilihan raya umum pada hari Sabtu.

Azizan, 64, dilantik Menteri Besar setelah menerajui pakatan parti pembangkang yang berjaya menumbang Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

PAS memenangi 16 kerusi, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) empat kerusi dan masingmasing satu oleh DAP dan calon Bebas manakala BN menguasai 14 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan pembangkang antara PAS dan PKR buat pertama kali dalam sejarah Kedah membentuk kerajaan campuran setelah menumbangkan BN yang menguasai 31 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2004.

Bagi 15 kerusi Parlimen di Kedah yang diumumkan semalam, PAS menang di enam kawasan, PKR lima dan BN hanya empat.

Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti AlAzhar dan Undang-undang dari Universiti of Kent, United Kingdom, ialah bekas Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan anggota jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau kali pertama bertanding dan memenangi kerusi DUN Sala pada pilihan raya umum 1999 dan mempertahankannya pada 2004 apabila ditukar menjadi Sungai Limau.

Pada pilihan raya umum ini, Azizan menewaskan calon BN, Basori Abu Hassan di DUN Sala dengan majoriti 3,212 undi. Azizan memperoleh 12,028 undi.

TOP TEN MANUSIA PALING ANGKUH DI MALAYSIA

Kemenangan Barisan Alternatif di dalam menafikan mojoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen adalah satu signal jelas dari rakyat agar semua pihak yang angkuh menyedari bahawa rakyat kini telah muak dan bosan dengan sikap angkuh beberapa orang yang menunjukkan lagaknya persis kuasa yang ada pada mereka itu tidak boleh tergugat.

Dan PRU12 menyksikan satu deret manusia yang angkuh dan sombong. Blog ini suka menyenarai TOP TEN Manusia Paling Angkuh di negara ini.

DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Keangkuhan dan kesombongan Perdana Menteri begitu jelas apabila lansung tidak mahu mengindahkan suara kebangkitan rakyat. Rakyat telah meminta dengan rendah diri - berhimpun secara aman pada 10 November 2007 supaya mewujudkan pilihanraya yang bersih dan adil dengan menghantar memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

Tetapi malangnya suara rakyat ini tidak lansung mendapat perhatian oleh Perdana Menteri malah memperlekehkannya dengan meneruskan usaha untuk melanjutkan tempoh persaraan Pengerusi SPR sekalipun menyedari rakyat telah menyuarakan bantahannya.

Keangkuhannya menjadi nyata dengan menuduh bahawa pakatan pembangkang sebagai pakatan syok-syok sendiri disampin menipu rakyat dengan angka-angka ekonomi palsu sedangkan umum mengetahui keadaan ekonomi negara telah merudum sehingga hari terakhir kempen pilihanraya iaitu pada 7 Mac 2008 dimana indeks BSKL telah jatuh begitu teruk.

DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN RAZAK

Keceluparan dan ugutan Timbalan Perdna Menteri yang menuduh bahawa negara akan menjadi bangkrap jika rakyat memilih Barisan Alternatif jelas tidak lansung menghalang rakyat memberikan kepercayaan kepada Barisan ALternatif menerajui 5 buah negeri disamping menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen.

Keangkuhan ucapan-ucapannya terutama sewaktu beliau melawat Kelantan masih lagi terngiang-ngiang di telinga rakyat. 18 tahun rakyat Kelantan berada di bawah kepimpinan PAS diperkecil dan diperhinakan oleh Timbalan Perdana Menteri ini dan kini rakyat memanifestasikan bahawa Kelantan akan terus diperintah oleh PAS dengan menghantar semua mereka yang berlagak sombong dan angkuh yang didokongi oleh TPM ini ke lembah kehinaan seperti Awang Adek Hussin, Anuar Musa dan lain-lain.


Nasibnya masih baik untuk dapa emanipulasi undi POS tentera ang belia adalah Menteri Pertahannnya tetapi belia jangan lupa bahawa satu ketika di tahun 1999 beliau hampir tewas di Pekan Pahang dengan hanya kelebihan 200 undi. Jika pembangkang menurunkan top-gunnya adalah tidak mustahil nanti sejarah akan berulang kembali dan insyaAllah bakal PM ini mennggu saat itu.

ZAINUDDIN MAIDIN

Apa lagi yang hendak dinyatakan tentang bekas Menteri Penerangan yang akhirnya terpaksa "bungkus" apabila tewas di kerusi Parlimen Sungai Petani sekalipun pada awalnya dengan angkuh dan sombong beliau menyatakan bahawa Pembangkang bakal kehilangan wang pertaruhan di tempat beliau bertanding yang pada awalnya diranangkan di Merbok.

Ia juga memberi peringatan kepada semua media massa arus perdana dan media eletronik yang dikawal sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, bahawa tindakan mereka yang melacurkan etika kewartawanan dan corak pemberiataan yang jijik dengan menafikan hak sebahagian rakyat negara ini untuk mendapatkan liputan yang adil dan saksama di dalam media mereka. Malah banyak ketika berita-berita yang disiarkan oleh BERNAMA, UTUSAN, NST, BERITA HARIAN, THESTAR, TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8 DAN TV9 telah diputarbelit dan diselewengkan semata-mata untuk memenangkan UMNO-BN yang mereka ketahui sendiri telah korup dan usang.

TAN SRI ABDUL RASYID ABDUL RAHMAN

Ini merupakan petualang utama yang telah merosakkan dan menjahanamkan sistem demokrasi negara yang melakkan pencabulan terhadap bidang kuasanya dengan memanipusikan pilihanraya untuk kepentingan parti pemerintah.

Pelbagai tipu daya dan putarbelit dilakukan untuk tujuan itu dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah serta mendiskriminasikan rakyat untuk mendapatkan pilihanraya yang adil lagi bersih. Kendatipun demikian, Allah tidak sekali-kali merestui perancangan jahatnya dan mendedahkan satu persatu pekong yang busuknya sehinggalah akhirnya beliau terpaksa akur bahawa "wamakaru wamakarallah wallahu khairul makiriin"...(sesungguhnya manusia merencana dan Allah juga merencana dan Allah sebaik-baik perencana). Malah Allah Maha Penipu-daya untuk membalas si penipu ini.

DATOK SERI KHIR MOHD TOYO

Menteri Besar Penyapu dari Selangor ini menduduki senarai di dalam Top 10 manusia paling angkuh blog GB. Tragedi Berembang dan Rimba Jaya yang akhirnya menyebabkan pergolakan masyarakat berbilang kaum yang tiada taranya. Slogan lipstik "Beri Masa Seminit Untuk Memangkah BN, Kami Akan Membela Rakyat Untuk Lima Tahun" akhirnya diterima rakyat dengan memberikannnya seminit untuk menghantar kerajan UMNO-BN Selangor ke lembah kehinaan.

TAN SRI MUSA HASSAN

Ketua Polis Negara yang tidak pernah mesra-rakyat dan tidak pernah merendah diri sewaktu bercakap dan bertindak ini adalah seorang manusia pelupa yang beliau sebenarnya hanyalah seorang pengusung tilam ke mahkamah satu ketika. Dengan pelbagai ugutan serta tindakan zalim dikenakan ke atas rakyat untuk tujuan mengampu dan membodek pemimpin kerajaan menjadikan beliau lupa akan peranan sebenar pasukan polis yang sepatutnya mengutamakan keselamatan rakyat dari mejaga keselamatan parti pemerintah.

Penjenayah masih lepas bebas seperti penculik adik Syarlinie dan pembunuh adk Nurin tetapi rakyat yang tidak berdosa yang berhimpun untuk menyatakan hasrat dan membuat aduan secara jujur kepada pemerintah dihadiahkan dengan semburan air kimia dan ada diantaranya ditahan, disiksa dan dizalimi lebih-lebih lagi menggunakan senjata ISA sebagai pemenuhan nafsu buasnya itu.

ABDUL GHANI PATAIL

Beliau ini idak boleh tidak mesti disenaraikan juga berada di dalam TOP TEN Manusia Paling Angkuh Blog GB.

Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.

Apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini.

AWANG ADEK HUSSIN

Digembar-gemburkan sebagai bakal MB Kelantan jika BN berkuasa. Beliau telah mengeluarkan siri ucapan yang begitu memeluatkan rakyat Kelantan seolah-olah hendak mengajar rakyat Kelantan kononnya hanya BN yang memapu membawa pembangunan di negeri itu.

Akhirnya rakyat menjawab secara tunai dimana beliau tewas di kedua-dua tempat DUN Perupok dan Palimen Machang sekalipun yang bertanding melawan beliau itu adalah bukan dari kalangan nama yang terkenal sepertinya atau penduduk setempat.

IDRIS JUSOH

Pembangkang sifar - itu matlamatnya. Dengan kerakusan dan kebuasan nafsunya mentadbir negeri Terengganu semenjak memenangi pilihanraya sejak 2004 menjadikan beliau manusia yang lupa diri sedangkan umum mengatahui kemenangan UMNO-Terengganu selama ini adalah hasil daripada bantuan tipu muslihat Suruhanjaya Pilihanraya yang telah menhantar berpuloh ribu pengundi hantu ke Terengganu untuk membantu UMNO berkuasa.

Kita tidak lupa beberapa hari sebelum mengundi Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzzan sendiri telah menemuinya di Kuala Trengganu untuk melaksanakan perancangan tipu muslihat tersebut.

Perancangan tipu muslihat dilakukan juga dengan kerjasama Ketua Polis Negeri, Ayub Khan berserta media arus perdana untuk menunjukkan kononya parti pembangkang sebagai parti pengganas.

Sekalipun berjaya namun Allah tidak mengizinkan beliau untuk menghapuskan pembangkang yang sebenanya lebih layak untuk mentadbir Terengganu. Jumlah kerusi pembangkang meningkat dari empat kepada lapan dan Parlimen Marang tidak berjaya untuk ditawannya kerana segala tipudayanya disitu telah dihidu oleh penduduk setempat dan akhirnya menaikkan pemimpin yang ditakuti oleh Idris ini ke Palimen dan ke dewan undangan negeri iaitulah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

KHAIRY JAMALUDDIN

Seorang politikus baru berkelulusan Oxford yang merupakan menantu kepada Datuk Seri Abdullah Ahma Badawi.

Keangkuhan dan keceluparannya di Kelantan begitu menghinakan malah ucapan-ucapan retoriknya amat menjelekkan. Inilah manusia yang telah menjual maruah negara dengan mewujudkan perancangan-poerancangan untuk kepentingan peribadinya.

Hubungan dengan aktres Maya Karin, penguasaan ke atas Perdana Menteri, 'ketua' kelompok penasihat Perdana Menteri yang beroperasi di tingkat 4, JPM, penglibatan dengan ECM Libra yang menyaksikan percantuman dengan syarikat kerajaan, Avenue Capital dan peranannya dalam 'menjual' syarikat-syarikat Malaysia kepada pihak asing, khususnya Singapura yang akhirnya menjual maruah dan keaulata negara kepada negara asing.

Sekalipun berjaya di Parlime Rembau namun PAS berjaya menembusi satu kerusi di Parlimen tersebut melalui Mohd Taufek Abdul Ghani di DUN Rembau dan kini beliau akan menjadi ayam jagoh bapak mertuanya di Parlimen. Ayoh kita tunggu sejauh mana beliau dengan membawa keangkuhannya itu akan pergi.

Hapuslah Airmatamu Tok Guruku....

Kegembiraan rakyat tak terhingga apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik mat menuju masuk ke Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dengan ditemani pimpinan-pimpinan PAS yang cukup ceria.

Tergambar di wajah bersih Tuan Guru kesyukuran yang teramat, dan kalangan penyokong tak henti-henti bertakbir hingga memecah sunyi malam yang sebelum ini di Kota Bharu hanya digenangi limpahan airmata.

Sehingga jam 2.00 pagi tadi, hampir 10,000 penyokong PAS masih berkumpul di hadapan bangunan tersebut hingga ada yang menyatakan bahawa kemenangan besar ini adalah kerana Allah mahu memberi signal kepada kerajaan Umno/BN yang cukup angkuh tidak mahu kepada Islam dan tidak tunduk kepada hidayah Allah.


Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata, kemenangan yang diberi Allah kepada PAS, KeADILan dan pembangkang lain di Malaysia adalah kerana tindakan Umno/BN yang sudah cukup melampau.

Kata Tuan Guru, rakyat kelantan masih mahu mempertahankan kerajaan Islam yang telahpun dijalankan PAS sejak memerintah 18 tahun lalu. Rakyat Kelantan tidak mahu idealisme Umno yang hanya menumpukan kepada kebendaan, mengangggap rakyat buta huruf dan mahu memperbodohkan rakyat, katanya.

Beliau juga memberi mesej peribadinya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan BA dan pembangkang lain dibeberapa negeri termasuk Kedah dan Pulau Pinang.

Secara peribadinya mesej Tok Guru kepada Abdullah ialah "Inilah akibatnya jika manusia tak dengar kata Allah".

Barisan Alternatif Tawan 5 Negeri, Nafikan Majoriti 2/3 BN di Parlimen

Oleh Greenboc

aTidak ada apa yang mampu diucapkan lagi selain daripada merafakkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kemenangan besar kepada Barisan Alternatif yang telah berjaya menawan 5 buah negeri (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak) - satu pencapaian terbaik setakat ini untuk satu gabungan parti pembangkang.

Lebih manis apabila majoriti 2/3 Barisan Nasional telah berjaya dinafikan apabila pihak pembangkang mendapat 82 daripada 222 (34%) kerusi parlimen yang dipertandingkan - iaitu melebihi bilangan yang diperlukan (74 kerusi).

Pas kekal berkuasa di Kelantan dengan majoriti dua pertiga apabila memenangi 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (87%).

PAS menyapu bersih kerusi Parlimen di negeri Kelantan kecuali di Gua Musang dan Jeli.

DAP pula, bersama PAS dan PKR, buat pertama kali dapat membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang.

Negeri Kedah juga jatuh ke tangan Barisan Alternatif dimana pakatan PAS berjaya memperolehi 16 kerusi, PKR 4 dan DAP 1 kerusi manakala BN hanya memenangi 14 kerusi.

Negeri Selangor turut menyaksikan peralihan kuasa dari BN kepada BA apabila pakatan PAS-PKR-DAP masing-masing memenangi 8-15-13 (36 kerusi) berbanding hanya 19 diperolehi oleh BN.

Dan lebih mengejutkan apabila Perak menjadi negei kelima jatuh ke tangan Barisan Alternatif apabila Barisan Alternatif memenangi 31 berbanding 28 yang dimenangi oleh Barisan Nasional.

Di Terengganu PAS sekadar mampu menafikan 8 kerusi DUN berbanding 24 yang dimenangi oleh BN.

Walau bagaimanapun secara keseluruhannya kejayaan Barisan Alternatif menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen adalah sesuatu yang paling bersejarah - satu titik permulaan kearah peralihan tampuk pemerintahan negara dari BN kepada BA.

Hampir kesemua pemimpin tertinggi parti-parti pembangkang berjaya ke Parlimen termasuklah TG Haji Abdul Hadi Awang yang memenangi Parlimen Marang (Hj Haji turut memenangi DUN Rhu Rendang), Ustadz Nasharudin Mat Isa yang mengalahkan Awang Adek Hussin di Parlimen Bachok, Kamaruddin Jaafar di Tumpat dan Mohd Hatta Ramli di Kuala Krai.

Ketua Penerangan PAS Pusat Mahfuz Omar berjaya di Parlimen Pokok Sena tetap Mohd Sabu tewas di Kuala Terengganu. Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berjaya mempertahankan kerusi Parlimennya di Kubang Kerian.

Ustadz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dijangka akan menjad Menteri Besar Kedah yang baru, sementara Lim Guan Eg telah dinamakan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang manakala Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR)sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Radio TKO.fm telah menyiarkan laporan terkini dari jam 8 malam tadi sehingga jam 4.30 pagi dan ramai pendengar-pendengar dalam dan luar negara telah mengkuti ulasan radio TKO.fm yang disiarkan melalui http://greenboc.blogspot.com/ apabila kebanyakan lamanweb alternatif tidak dapat diakses termasuk TKO kerana limpahan pengunjung yang ramai yang ingin mengikuti keputusan plihanraya.

akan disambung

8 Mac 2008

KEPUTUSAN TERKINI (4)

Kemenangan rakyat di Kedah,kompleks PAS Kedah dibanjiri penyokong

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak akan mengadakan sidang akhbar bila-bila masa dari sekarang bersama Pengerusi KeADILan Kedah, Ir. Mohd. Zamri Yusuf di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Rakyat dari segenap lapisan ketika ini memenuhi setiap ruang dalam Dewan Dato' Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah untuk bersama meraikan kemenangan PAS dan KeADILan sejak jam 9.00 malam semalam.

Dewan menjadi gamat dengan laungan takbir ketika setiap kali Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin mengumumkan setiap kerusi yang dimenangi PAS dan KeADILan.


Abdullah terkedu, tak mampu jawab soalan wartawan!

Pengerusi BN, Dato' SeriA bdullah Ahmad Badawi terkedu dengan hujan soalan yang diutarakan wartawan semasa sidang media yang diadakan di PWTC sebentar tadi (jam 3.05 pagi).

Antara soalan yang dikemuka wartawan ialah, 'apakah keputusan ini satu protes rakyat kepada kerajaan' beliau hanya berkata, "macam-macamlah.

Sementara bercakap mengenai isu beberapa pemimpin parti komponen BN yang tewas di Parlimen masing-masing, Abdullah hanya berkata "dah kalah, kalah lah".

Begitu juga persoalan yang membabitkan isu adakah adanya tekanan terhadap beliau supaya melepaskan jawatan berukitan kekalahan teruk Umno/BN, Abdullah hanya menjawab 'tiada'.


Terima kasih Malaysia, BA menang lima negeri!

"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malysia.Saya begitu terharu dan tersentuh dengan pilihan yang dibuat mereka dan penghargaan wajar diberikan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang mahukan perubahan dan era baru dalam negara."

Demikianlah kata mukadimah penuh semangat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan sidang media khas keputusan kejayaan Barisan Alternatif (BA) jam 1.10 pagi tadi di kediamannya tadi.

"BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor," kata Anwar di hadapan lebih 50 wartawan dan jurugambar luar dan dalam negeri.

"Kita telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen," katanya.


Majoriti 2/3 BN hampir pasti dinafikan. Barisan Alternatif memenangi 79 kerusi setakat ini, melebihi dari bilangan kerusi yang diperlukan untuk menafikan majoriti 2/3 BN iaitu 75.

TIDAK RASMI - Perak jatuh ke tangan Pembangkang. DAP - 18, PKR - 6, PAS - 6

Perak berkemungkinan jatuh ke tangan Barisan Alternatif kerana BA telah memenangai 22 dari 59 kerusi - hanya memerlukan beberapa kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerjaaan.

Barisan Alternatif (DAP, PKR and PAS ) telah berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di dalam Parlimen. - tidak rasmi

PAS KELANTAN MENANG 40 DRP 45 KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI

TIDAK RASMI
SELANGOR JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG
Selangor has fallen into the hands of the opposition.
PKR has earlier announced that its secretary-general Khalid Ibrahim will be named chief minister.
In Selangor, DAP has taken 35 seats (DAP - 15, PKR - 11 and PAS - 9)
out of the 56 seats in the state. KRIAN

KOTA BAHRU: DATUK WAN ABD RAHIM WAN ABDULLAH (PAS)
SIK: CHE UDA CIK NIK (PAS)
PASIR MAS : IBRAHIM ALI (PAS)
INDERA MAHKOTA: IZAN ISMAIL (PKR)
PENDANG : MOHD HAYATI OTHMAN (PAS)
BANDAR TUN RAZAK : KHALID IBRAHIM (PKR)
KUBANG KERIAN: SALAHUDDIN AYUB (PAS
SUNGAI PETANI : JOHARI ABDUL (PKR)
TUMPAT - KAMARUDDIN JAAFAR (PAS)
POKOK SENA - MAHFUZ OMAR (PAS)
KUALA KRAI - DR MOHD HATA RAMLI (PAS)
MACHANG - SAIFUDIN NASUTION (PKR)
BALING - TAIB AZAMUDDIN (PAS)


DUN Pantai Merdeka (Kedah) : Abdullah Jusoih (PAS)
DUN Jeneri (Kedah) : Yahya Abdullah (PAS)
DUN Manir (Terengganu) - Dr Harun Taib (PAS)
DUN Sungai Limau (Kedah) - Azizan Abdul RAzak (PAS)
DUN Batu Rakit (Terengganu) - Shamshudin Abdul Wahab (PAS)
DUN Langkap (Terengganu) - Tengku Ahmad Tengku Hussain (PAS)
DUN Meranti (Kelantan) - Ust Nasuruddin Hj Daud)

PAS Selangor

Dr Abdul Rani Othman menang di Dun Meru
Iskandar Samad menng di Dun Chempaka
Khasim Abdul Aziz menang di Lembah Jaya
Shaari Sungib menang di Dun Hulu Klang
Dr Halimah Ali menang di Dun Selat Kelang
Dr Siti Mariah Mahmood menang di Parlimen Kota Raja
Khalid Samad menang di Parlimen Shah Alam
Dr Shafie Abu Bakar menang di Dun Bangi
Dr Ahmad Yunos menang di Dun Sijankang
Dr Hassan Mohd Ali menang di Dun Gombak Setia

Wilayah Persekutuan
Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menang di Titiwangsa

Perak
Dr Mujahid Yusof menang di Parit Buntar
Dr Khalil Idham Lim menang di Dun Titi Serong


BARISAN NASIONAL KEMUNGKINAN AKAN KEHILANGAN MAJORITI 2/3


N27 Sura - PAS menang 1,071 undi (YB Wan Hassan Mohd Ramli)
N16 Batu Buruk - PAS Menang 1,088 undi(YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi)
P37 Marang - PAS Menang 2,686 undi (YB TG Haji Abdul Hadi Awang)

P15 SUNGAI PETANI - PAS MENANG
N17 GOMBAK SETIA - PAS MENANG
P119 TITIWANGSA - PAS MENANG
N13 SUNGAI ABONG - PAS MENANG
P98 GOMBAK - PKR MENANG
P25 BACHOK - PAS MENANG
N15 LADANG - PAS MENANG
P57 PARIT BUNTAR - PAS MENANG
N08 TITI SERONG - PAS MENANG
N09 KUALA KURAU - PAS MENANG
N33 MERBAU PULAS - PAS MENANG
N31 KUPANG - PAS MENANG
N35 KULIM - PAS MENANG
N14 ALUR MENGKUDU - PAS MENANG
N27 SURA - PAS MENANG
N26 BANGI - PAS MENANG
P022 PASIR MAS - PAS MENANG
N18 HULU KELANG - PAS MENANG
N20 LEMBAH JAYA - PAS MENANG
N21 CEMPAKA - PAS MENANG
N42 MERU - PAS MENANG
N45 SELAT KLANG- PAS MENANG
N51 SIJANGKANG - PAS MENANG
P111 KOTA RAJA - PAS MENANG
P108 SHAH ALAM - PAS MENANG
N56 CHANGKAT JONG - PAS MENANG
PASIR TUMBOH - PAS MENANG
P110 KLANG - PKR MENANG
N14 AMPANGAN - PKR MENANG
P99 AMPANG - PKR MENANG
P44 PERMATANG PAUH - PKR MENANG
SIKAMAT - PKR MENANG
P121 LEMBAH PANTAI - PKR MENANG
P62 SUNGAI SIPUT - PKR MENANG
P107 SUBANG - PKR MENANG

KEPUTUSAN TERKINI (3)

PAS tawan Kedah - setakat ini memenangi 22 dari 36 kerusi. Diantara kerusi yang dmenangi oleh PAS ialah kerusi Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundor, Tokai, Sungai Limau, Jeneri, Kupang, Kuala Ketil dan Merbau Pulas.

Sementara KeADILan memenangi kerusi Dun Derga dan Lunas.


Pemimpin PKR R Sivarasa menang parlimen Subang dengan majoriti 8,000 undi. Pembangkang di dalam Parlimen Subang - Elizabeth Wong (PKR) di Bukit Lancang, Dr Nasir Mohd Hashim (PKR) di Kota Damansara dan Khairudin Othman (PAS) di Paya Jaras

10.10 mlm Zainuddin Maidin tewas di Sungai Petani

10.00 mlm Dr Wan Azizah menang di Permatang Pauh dengan majoriti 4000 undi

9.58 mlm Keputusan tidak rasmi, Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob tewas di parlimen Tasek Gelugor.

9.56 mlm Calon PAS Dr Lo' Lo' Ghazali menang di parlimen Titiwangsa dengan majoriti 1,972 undi.

9.50 mlm Calon DAP Tony Pua menang Parlimen Petaling Jaya Utara dengan majoriti 19,000.

9.45 mlm Calon PAS, Datuk Dr Hassan Ali menang Dun Gombak Setia dan PAS juga menang DUN Bangi.

Calon PKR Nurul Izzah Anwar, dilaporkan telah mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai..

Presiden PPP M Kayveas kalah di Parlimen Taiping ditangan Nga Hon Ming dari DAP.

Samy Vellu tewas di Sungai Siput ditangan Dr D Jeyakumar untuk Parlimen Sungai Siput yang telah dipegangnya selama 9 pengal. Jeyakumar memperolehi 16,874 undi dan Samy 14,408. Satu saat dukacita untuk Samy Vellu ang menyambut hari lahirnya yang ke 72.

N17 GOMBAK SETIA - Dun Dato Hasan Ali, PAS MENANG
P119 TITIWANGSA - PAS MENANG
P25 BACHOK - PAS MENANG
P46 BATU KAWAN - DAP MENANG
P64 IPOH TIMUR - DAP MENANG
P98 GOMBAK - PKR MENANG
P138 KOTA MELAKA - DAP MENANG
P43 BAGAN - DAP MENANG
P51 BUKIT GELUGOR - DAP MENANG
N15 LADANG - PAS MENANG
P022 PASIR MAS - PAS MENANG

KEPUTUSAN TERKINI (2)

9.05 mlm Keputusan tidak rasmi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Aziz Samsuddin tewas di parlimen Shah Alam.
9.03 mlm PAS Kedah sudah capai 15 kerusi Dun. Hanya tiga kerusi lagi diperlukan untuk membentuk kerajaan.
9.02 mlm Teresa Kok (DAP) menang Palimen Seputeh dengan majoriti 36,564. Beliau juga menang kerusi DUN Kinrara dengan majoriti 4,901.
8.52 SAHIH BARISAN ALTERNATIF ambil alih Pulau Pinang
Kombinasi DAP-PKR-PAS telah memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang setakat ini.

8.40 mlm Uts Abd Halim Abdul Rahman (PAS) menang di Chetok
8.40 mlm Ust Takiyuddin Hassan (PAS) menang
8.30 mlm Annuar Musa dilaporkan telah kalah - BELUM RASMI
8.20 mlm Charles Anthony Santiago dari DAP berjaya merampas kerusi Parlimen Klang.
8.20 mlm DAP berjaya merampas semula parlimen Kota Melaka.
8.15 mlm Pembangkang telah memenangi 17 kerusi DUN dan sedang mendahului di enam lagi DUN. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng difahamkan telah memanggil sidang akhbar.
8.10 mlm Calon PKR, Elizabeth Wong dari PKR menang kerusi DUN Bukit Lanjan.
8.05 mlm Pengerusi DAP, Karpal Singh berjaya mengekalkan parlimen Bukit Gelugor
8.00 mlm Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husain tewas di kerusi parlimen Bachok dan DUN Perupok di Kelantan.
7.50 mlm DAP menang kerusi parlimen Serdang.
7.45 mlm Calon DAP, Hannah Yeoh menang kerusi parlimen Subang dengan majoriti 6,075 undi. DAP juga menang DUN Teratai di parlimen Pandan.
7.30 malam Mengikut keputusan tidak rasmi, pembangkang sehingga ini telah memenangi 17 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Manakala Wee Choo Keong , yang bertanding di bawah tiket PKR mendahului di Wangsa Maju. Dan di Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendahului dengan 4,000 undi.

DAP juga mengekalkan kerusi parlimen Tanjung di Pulau Pinang dan turut mendahului di ketiga-tiga kerusi DUN di bawah parlimen tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan tahanan ISA, M Manoharan, menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah.

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilaporkan ketinggalan dalam pengiraan undi bagi kerusi parlimen Batu Kawan di Pulau Pinang. Pencabarnya, P Ramasamy kini mendahului dengan hampir 1,000 undi.

Pembangkang juga mendahului di tiga lagi kerusi parlimen - Bukit Mertajam, Tanjung and Bagan.

Azmin Ali dari PKR sedang mendahului dalam perkiraan undi di kerusi Parlimen Gombak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Di Kepong pula, penyandang dari DAP, Tan Seng Giaw juga telah mendahulu di 10 daripada 13 pusat pengundian.

Di Pulau Pinang cerah untuk memenangi Parlimen Batu Kawan, Bukit Mertajam, Tanjung dan Bagan.

Calon DAP, Chong Chieng Jen telahpun berjaya mengekalkan kerusi parlimen Kuching dengan tambahan majoriti 11,000 undi. Chong menang pada 2004 dengan majoriti 2,000 undi.

PAS Kekal Perintah Kelantan!

PAS menang di Kelantan, menguasai 31 dari 45 kerusi DUN.
Takbir!!!

Ustad Nashrudin Mat Isa menang di Bachok mengalahkan Awang Adek Hussin.
Calon Menteri Besar bagi BN Datuk Dr Awang Adek Hussin kalah di DUN Perupok dan juga tewas di kerusi yang disandangnya Bachok.

Dengan itu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengambil alih kerusi parlimen Bachok.

KEPUTUSAN TERKINI

Barisan Nasional berdepan cabaran sengit di beberapa negeri, khususnya Pulau Pinang, sementara PAS pula bertarung untuk mempertahankan kerajaan Kelantan.

Bachok - PAS
Bagan - DAP (+ 3 DUN)
Tanjong - DAP (+ 3 DUN)
Bukit Mertajam - DAP (+ 3 DUN)
Bukit Bendera - DAP (+ 3 DUN)
Limbongan (Sarawak) - PKR menang
Kuching - DAP
Kota Alam Shah (Pandamaran) - DAP
Teratai (Pandan) - DAP
Setiawan - DAP
Kota Melaka - DAP

Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon kalah di tangan Prof P Ramasamy dengan 3000 undi.

DAP menang kerusi parlimen Serdang
Calon DAP, Hannah Yeoh menang kerusi parlimen Subang dengan majoriti 6,075 undi.
DAP juga menang DUN Teratai di Parlimen Pandan.

Mengikut keputusan tidak rasmi, Barisan Alternatif sehingga ini telah memenangi 17 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Baca Surah Kemenangan!

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Apabila telah datang pertolongan Allah kemenangan
dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan kamu
dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."

7 Mac 2008

Berita Harian Sahkan Ada Pengundi Hantu

Laporan BERITA HARIAN yang dideahkan oleh seorang forummer TKO yang menyatakan "Seorang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Siti Zamimi Mohd Nawi, 20, ketika ditemui berkata beliau terkejut apabila bas dinaikinya dibaling batu oleh sekumpulan lelaki" adalah BUKTI NYATA kewujudan pengundi hantu yang didakwa sebelum ini.

Ini kerana dalam usia 20 tahun, beliau telah mendakwa beliau seorang pengundi yang sah sedangkan umur mengundi seseorang itu adalah sekurang-kurangnya 21 tahun.

Tembelang tersebut terdedah sekalipun akhbar BERITA HARIAN cuba untuk menafikan yang dibawa oleh bas-bas berkenaan sebagai pengundi hantu, namn dari laporan yang diberikn SAH menunjukkna bahawa pelajar berkenaan BELUM LAYAK untuk mengundi.

Jadi membuktikan keahihan dakwaan pelbagai pihak sebelum ini akan terdapat ramai para pelajar institusi pengajian tinggi yang dibayar untuk dijadikan "pengundi hantu" di dalam pilihanraya umum ke 12 ini.

Kita akan melihat lebih banyak kecelaruan laporan hasil dari doa kaum mslimin agar Allah mendedahkan segala tipudaya pihak UMNO / BN yang bersekongkol dengan pelbagai pihak tertentu untuk menjayakan konspirasi mereka iaitu di dalam isu pengndi hantu ini.

Untuk laporan penuh BERITA HARIAN tersebut bleh di semak di sini. Video klip telah dipaparkan sebebelum ini (di bawah artikel ini).

Pengundi Hantu Telah Tiba Di Terengganu

Tokoh Ikhwan Muslimin Minta Muslimin Malaysia Undi PAS.



2 Mac 2008

Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, kezaliman, penindasan dari musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Dalam sejarah Islam, qunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah.

Imam at-Tirmidzi berkata: "Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: "Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam mendo'akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin."




Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina
wa nauzubilLahi min syuruurihim,
Allahumma baddad syamlahum, wa farriq jam’ahum,
wa syattit kalimatahum,
wa zalzil aqdaamahum,
wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik
Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,
Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab,
wa Ya mujriassahaab,
wa Ya hazimal Ahzab
ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum
wansurna 'alaihim


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.