8 Mac 2008

KEPUTUSAN TERKINI (2)

9.05 mlm Keputusan tidak rasmi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Aziz Samsuddin tewas di parlimen Shah Alam.
9.03 mlm PAS Kedah sudah capai 15 kerusi Dun. Hanya tiga kerusi lagi diperlukan untuk membentuk kerajaan.
9.02 mlm Teresa Kok (DAP) menang Palimen Seputeh dengan majoriti 36,564. Beliau juga menang kerusi DUN Kinrara dengan majoriti 4,901.
8.52 SAHIH BARISAN ALTERNATIF ambil alih Pulau Pinang
Kombinasi DAP-PKR-PAS telah memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang setakat ini.

8.40 mlm Uts Abd Halim Abdul Rahman (PAS) menang di Chetok
8.40 mlm Ust Takiyuddin Hassan (PAS) menang
8.30 mlm Annuar Musa dilaporkan telah kalah - BELUM RASMI
8.20 mlm Charles Anthony Santiago dari DAP berjaya merampas kerusi Parlimen Klang.
8.20 mlm DAP berjaya merampas semula parlimen Kota Melaka.
8.15 mlm Pembangkang telah memenangi 17 kerusi DUN dan sedang mendahului di enam lagi DUN. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng difahamkan telah memanggil sidang akhbar.
8.10 mlm Calon PKR, Elizabeth Wong dari PKR menang kerusi DUN Bukit Lanjan.
8.05 mlm Pengerusi DAP, Karpal Singh berjaya mengekalkan parlimen Bukit Gelugor
8.00 mlm Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husain tewas di kerusi parlimen Bachok dan DUN Perupok di Kelantan.
7.50 mlm DAP menang kerusi parlimen Serdang.
7.45 mlm Calon DAP, Hannah Yeoh menang kerusi parlimen Subang dengan majoriti 6,075 undi. DAP juga menang DUN Teratai di parlimen Pandan.
7.30 malam Mengikut keputusan tidak rasmi, pembangkang sehingga ini telah memenangi 17 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Manakala Wee Choo Keong , yang bertanding di bawah tiket PKR mendahului di Wangsa Maju. Dan di Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendahului dengan 4,000 undi.

DAP juga mengekalkan kerusi parlimen Tanjung di Pulau Pinang dan turut mendahului di ketiga-tiga kerusi DUN di bawah parlimen tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan tahanan ISA, M Manoharan, menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah.

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilaporkan ketinggalan dalam pengiraan undi bagi kerusi parlimen Batu Kawan di Pulau Pinang. Pencabarnya, P Ramasamy kini mendahului dengan hampir 1,000 undi.

Pembangkang juga mendahului di tiga lagi kerusi parlimen - Bukit Mertajam, Tanjung and Bagan.

Azmin Ali dari PKR sedang mendahului dalam perkiraan undi di kerusi Parlimen Gombak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Di Kepong pula, penyandang dari DAP, Tan Seng Giaw juga telah mendahulu di 10 daripada 13 pusat pengundian.

Di Pulau Pinang cerah untuk memenangi Parlimen Batu Kawan, Bukit Mertajam, Tanjung dan Bagan.

Calon DAP, Chong Chieng Jen telahpun berjaya mengekalkan kerusi parlimen Kuching dengan tambahan majoriti 11,000 undi. Chong menang pada 2004 dengan majoriti 2,000 undi.

Tiada ulasan: