Dan PRU12 menyksikan satu deret manusia yang angkuh dan sombong. Blog ini suka menyenarai TOP TEN Manusia Paling Angkuh di negara ini.
DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Tetapi malangnya suara rakyat ini tidak lansung mendapat perhatian oleh Perdana Menteri malah memperlekehkannya dengan meneruskan usaha untuk melanjutkan tempoh persaraan Pengerusi SPR sekalipun menyedari rakyat telah menyuarakan bantahannya.
Keangkuhannya menjadi nyata dengan menuduh bahawa pakatan pembangkang sebagai pakatan syok-syok sendiri disampin menipu rakyat dengan angka-angka ekonomi palsu sedangkan umum mengetahui keadaan ekonomi negara telah merudum sehingga hari terakhir kempen pilihanraya iaitu pada 7 Mac 2008 dimana indeks BSKL telah jatuh begitu teruk.
DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN RAZAK

Keangkuhan ucapan-ucapannya terutama sewaktu beliau melawat Kelantan masih lagi terngiang-ngiang di telinga rakyat. 18 tahun rakyat Kelantan berada di bawah kepimpinan PAS diperkecil dan diperhinakan oleh Timbalan Perdana Menteri ini dan kini rakyat memanifestasikan bahawa Kelantan akan terus diperintah oleh PAS dengan menghantar semua mereka yang berlagak sombong dan angkuh yang didokongi oleh TPM ini ke lembah kehinaan seperti Awang Adek Hussin, Anuar Musa dan lain-lain.
Nasibnya masih baik untuk dapa emanipulasi undi POS tentera ang belia adalah Menteri Pertahannnya tetapi belia jangan lupa bahawa satu ketika di tahun 1999 beliau hampir tewas di Pekan Pahang dengan hanya kelebihan 200 undi. Jika pembangkang menurunkan top-gunnya adalah tidak mustahil nanti sejarah akan berulang kembali dan insyaAllah bakal PM ini mennggu saat itu.
ZAINUDDIN MAIDIN

Ia juga memberi peringatan kepada semua media massa arus perdana dan media eletronik yang dikawal sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, bahawa tindakan mereka yang melacurkan etika kewartawanan dan corak pemberiataan yang jijik dengan menafikan hak sebahagian rakyat negara ini untuk mendapatkan liputan yang adil dan saksama di dalam media mereka. Malah banyak ketika berita-berita yang disiarkan oleh BERNAMA, UTUSAN, NST, BERITA HARIAN, THESTAR, TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8 DAN TV9 telah diputarbelit dan diselewengkan semata-mata untuk memenangkan UMNO-BN yang mereka ketahui sendiri telah korup dan usang.
TAN SRI ABDUL RASYID ABDUL RAHMAN

Pelbagai tipu daya dan putarbelit dilakukan untuk tujuan itu dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah serta mendiskriminasikan rakyat untuk mendapatkan pilihanraya yang adil lagi bersih. Kendatipun demikian, Allah tidak sekali-kali merestui perancangan jahatnya dan mendedahkan satu persatu pekong yang busuknya sehinggalah akhirnya beliau terpaksa akur bahawa "wamakaru wamakarallah wallahu khairul makiriin"...(sesungguhnya manusia merencana dan Allah juga merencana dan Allah sebaik-baik perencana). Malah Allah Maha Penipu-daya untuk membalas si penipu ini.
DATOK SERI KHIR MOHD TOYO

TAN SRI MUSA HASSAN

Penjenayah masih lepas bebas seperti penculik adik Syarlinie dan pembunuh adk Nurin tetapi rakyat yang tidak berdosa yang berhimpun untuk menyatakan hasrat dan membuat aduan secara jujur kepada pemerintah dihadiahkan dengan semburan air kimia dan ada diantaranya ditahan, disiksa dan dizalimi lebih-lebih lagi menggunakan senjata ISA sebagai pemenuhan nafsu buasnya itu.
ABDUL GHANI PATAIL

Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.
Apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini.
AWANG ADEK HUSSIN

Akhirnya rakyat menjawab secara tunai dimana beliau tewas di kedua-dua tempat DUN Perupok dan Palimen Machang sekalipun yang bertanding melawan beliau itu adalah bukan dari kalangan nama yang terkenal sepertinya atau penduduk setempat.
IDRIS JUSOH

Kita tidak lupa beberapa hari sebelum mengundi Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzzan sendiri telah menemuinya di Kuala Trengganu untuk melaksanakan perancangan tipu muslihat tersebut.
Perancangan tipu muslihat dilakukan juga dengan kerjasama Ketua Polis Negeri, Ayub Khan berserta media arus perdana untuk menunjukkan kononya parti pembangkang sebagai parti pengganas.
Sekalipun berjaya namun Allah tidak mengizinkan beliau untuk menghapuskan pembangkang yang sebenanya lebih layak untuk mentadbir Terengganu. Jumlah kerusi pembangkang meningkat dari empat kepada lapan dan Parlimen Marang tidak berjaya untuk ditawannya kerana segala tipudayanya disitu telah dihidu oleh penduduk setempat dan akhirnya menaikkan pemimpin yang ditakuti oleh Idris ini ke Palimen dan ke dewan undangan negeri iaitulah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
KHAIRY JAMALUDDIN

Keangkuhan dan keceluparannya di Kelantan begitu menghinakan malah ucapan-ucapan retoriknya amat menjelekkan. Inilah manusia yang telah menjual maruah negara dengan mewujudkan perancangan-poerancangan untuk kepentingan peribadinya.
Hubungan dengan aktres Maya Karin, penguasaan ke atas Perdana Menteri, 'ketua' kelompok penasihat Perdana Menteri yang beroperasi di tingkat 4, JPM, penglibatan dengan ECM Libra yang menyaksikan percantuman dengan syarikat kerajaan, Avenue Capital dan peranannya dalam 'menjual' syarikat-syarikat Malaysia kepada pihak asing, khususnya Singapura yang akhirnya menjual maruah dan keaulata negara kepada negara asing.
Sekalipun berjaya di Parlime Rembau namun PAS berjaya menembusi satu kerusi di Parlimen tersebut melalui Mohd Taufek Abdul Ghani di DUN Rembau dan kini beliau akan menjadi ayam jagoh bapak mertuanya di Parlimen. Ayoh kita tunggu sejauh mana beliau dengan membawa keangkuhannya itu akan pergi.
10 ulasan:
A'kum... Semoga dengan amaran yang Allah beikan ini mereka akan sedar dan tunduk kepada-Nya...
Salam, moga2 tokoh BA tidak juga lupa dan bertukar menjadi seperti mereka. Kemenangan ini bukan matlamat tapi hanya proses.
Wassalam
Padan muka Zainuddin Maidin, puas hati aku tengok dia kalah!
Dah lah cakap besar before pilihanraya, now serve you right. Aku memang tak puas hati dengan dia pasal gunakan RTM sewenang-wenangnya; RTM jadi
tempat propaganda BN & asyik siarkan rencana memburukkan pembangkang
(e.g Kelantan Dalam Gerhana, Peristiwa Memali etc).
Zaman Tok Mat pegang dulu, takde lah sekeji dia ni. Serious shit, apa yg dia dah abusekan RTM; memang aku tak boleh terima - terlalu keji, kejam & bacul.
alhamdulillah..akhirnya BA dpt menawan 5 buah ngr..supposely 6 la..sbb tganu diorg gna taktik kotor..
just imagine, kwn aku dpt rm700 tuk jd pengundi hantu..kt pekan, phg lak, hantu2 burma tu dpt rm300 sebulan n kerja kt ladang2 ctu..
perasuah ni ke yg nk kte bangga2 kn?
hope nxt PRU, BA leh mng 2/3..
insyaAllah :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca –pembaca yang bukan beragama Islam.
Tahniah kepada “Kerajaan Dalam Penantian” kerana telah berjaya memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia walaupun Pilihanraya Ke – 12 ini masih lagi berlaku penipuan dan masih lagi kotor, yang didalangi oleh Kerajaan BN ( Kerajaan Barang Naik ). Saya berani nyatakan bahawa pengundi – pengundi di Terengganu, Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor akan merasa terkilan kerana tidak dapat merasai perubahan yang akan berlaku di negeri – negeri “ Kerajaan Dalam Penantian”.
Secara ringkasnya disini, saya merasakan “Kerajaan Dalam Penantian” perlu mempunyai media harian contohnya surat khabar harian untuk memberi maklumat secara langsung terutamanya kepada penduduk – penduduk yang berada di luar bandar. Kita sedia maklum, ada di antara kawasan yang masih di belenggu pihak BN mempunyai penduduk – penduduk yang mempunyai informasi yang terhad dan tidak tepat berbanding penduduk – penduduk di bandar yang mempunyai media alternatif yang menjadi antara faktor ketewasan Barisan yang telah terkeluar dari landasannya.
Diharap agenda ini menjadi salah satu rancangan “Kerajaan Dalam Penantian” untuk merealisasikan MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN.
Syukur kepada Allah Yang Maha Esa, akhirnya termakbul permintaan hamba-hamba mu ini, Amin.
TAKBIR !
DSAI - THE VOICE OF DEMOCRACY IN MALAYSIA
Wassalam.
“Rakyat Dalam Penantian”.
Ketua Polis pun ada jugak... ingatkn ahli politik jer.. Pengarah imigresen yang slalu buat passport palsu utuk pendatang asing tak ada ker?
huh...dsai tu pesal xtangkap dia semula ek?pengkhianat bangsa&negara tu...huh..keji la dia tu...sumbat je smule kat penjara tu...
sudah la...cakap xserupe bikin..dulu cakap umno bersengkokol dengan orang kafir...skang?huh...bullshit la...
Jangan terlalu angkuh dengan kemenangan 5 negeri. Yang banyak berbohong ialah Anwar Ibrahim. Semua rakyat terpesona dengan hujah hebat beliau. Malang sekali, tak semesti pandai bercakap, pandai mentadbir. alah dia tu lulus ijazah kelas ketiga bawah je. Itu yang kamu banggakan? Agaaknya anwar lebih layak jadi perdana menteri kerajaan laangit menggantikan ayah pin. Jangan perasan dengan 'Kerajaan Dalam Penantian.'Boleh berambus PR!!!
Catat Ulasan