8 Mac 2008

KEPUTUSAN TERKINI (3)

PAS tawan Kedah - setakat ini memenangi 22 dari 36 kerusi. Diantara kerusi yang dmenangi oleh PAS ialah kerusi Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundor, Tokai, Sungai Limau, Jeneri, Kupang, Kuala Ketil dan Merbau Pulas.

Sementara KeADILan memenangi kerusi Dun Derga dan Lunas.


Pemimpin PKR R Sivarasa menang parlimen Subang dengan majoriti 8,000 undi. Pembangkang di dalam Parlimen Subang - Elizabeth Wong (PKR) di Bukit Lancang, Dr Nasir Mohd Hashim (PKR) di Kota Damansara dan Khairudin Othman (PAS) di Paya Jaras

10.10 mlm Zainuddin Maidin tewas di Sungai Petani

10.00 mlm Dr Wan Azizah menang di Permatang Pauh dengan majoriti 4000 undi

9.58 mlm Keputusan tidak rasmi, Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob tewas di parlimen Tasek Gelugor.

9.56 mlm Calon PAS Dr Lo' Lo' Ghazali menang di parlimen Titiwangsa dengan majoriti 1,972 undi.

9.50 mlm Calon DAP Tony Pua menang Parlimen Petaling Jaya Utara dengan majoriti 19,000.

9.45 mlm Calon PAS, Datuk Dr Hassan Ali menang Dun Gombak Setia dan PAS juga menang DUN Bangi.

Calon PKR Nurul Izzah Anwar, dilaporkan telah mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai..

Presiden PPP M Kayveas kalah di Parlimen Taiping ditangan Nga Hon Ming dari DAP.

Samy Vellu tewas di Sungai Siput ditangan Dr D Jeyakumar untuk Parlimen Sungai Siput yang telah dipegangnya selama 9 pengal. Jeyakumar memperolehi 16,874 undi dan Samy 14,408. Satu saat dukacita untuk Samy Vellu ang menyambut hari lahirnya yang ke 72.

N17 GOMBAK SETIA - Dun Dato Hasan Ali, PAS MENANG
P119 TITIWANGSA - PAS MENANG
P25 BACHOK - PAS MENANG
P46 BATU KAWAN - DAP MENANG
P64 IPOH TIMUR - DAP MENANG
P98 GOMBAK - PKR MENANG
P138 KOTA MELAKA - DAP MENANG
P43 BAGAN - DAP MENANG
P51 BUKIT GELUGOR - DAP MENANG
N15 LADANG - PAS MENANG
P022 PASIR MAS - PAS MENANG

Tiada ulasan: