9 Apr 2017

Isu Dedak RM90 Juta PAS Belum Saman SR, Rafizi Mahu Dedah Nama Tokoh.....

Sarawak Report: Belum ada notis saman PAS sampai hari ini

Editor Sarawak Report belum menerima sebarang notis saman meskipun sudah lebih 3 bulan tarikh akhir bagi pihaknya memenuhi tuntutan PAS berhubung laporan mendakwa pucuk pimpinan parti itu menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak, berakhir.

“Mereka mengugut untuk menyaman saya dalam masa seminggu jika saya tidak melakukan banyak perkara (yang dituntut) pada pertengahan Disember (lepas)… tetapi belum ada (sebarang tindakan),” kata Clare Rewcastle Brown kepada FMT menerusi e-mel. Katanya, peguam bagi PAS di United Kingdom masih belum mengemukakan sebarang notis guaman terhadapnya ataupun portal itu berhubung ancaman mereka.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan sama ada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau partinya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan Sarawak Report di UK sejak kata dua itu dikemukakan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula tidak respons kepada FMT walaupun mesej WhatsApp dihantar semalam. Sebelum ini, Takiyuddin berkata, peguam partinya di United Kingdom telah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember lepas.

Beliau berkata, surat yang mengandungi 3 tuntutan iaitu menggesa Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016 dan mengeluarkan permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui oleh partinya.

Permintaan ketiga mahu Sarawak Report memberikan jaminan tidak akan menyiarkan tuduhan palsu pada masa-masa akan datang.

Tempoh 7 hari itu berakhir 20 Disember lepas.

Sarawak Report mendakwa RM90 juta telah dimasukkan ke dalam akaun pemimpin atasan PAS. Transaksi itu mendakwa ia salah satu usaha Najib untuk “menarik” kepimpinan PAS supaya menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Dakwaan itu dikritik oleh pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang dilaporkan berkata,

PAS akan mengambil tindakan undang-undang berhubung laporan itu yang berniat jahat mencemarkan reputasi parti itu dan dasar Islamnya.

Sementara itu, peguam S N Nair berkata, pihak yang menghantar notis lazimnya memperlihatkan keseriusan untuk menyaman jika perkara dituntut tidak dipenuhi.

Jika tidak, ia hanya kata dua kosong yang tidak menunjukkan keseriusan bahawa kemudaratan telah dilakukan akibat sesuatu laporan, kata beliau. Tambah beliau, sesetengah peguam, bergantung kepada kerumitan kes dan faktor-faktor lain, biasanya memfailkan saman secepat mungkin. Bagaimanapun jelas beliau, tindakan undang-undang tidak wajar mengambil masa yang lama kerana sengatan fitnah akan berkurangan dari semasa ke semasa. -FMT


SPRM SUDAH ADA KERTAS SIASATAN PEMINDAHAN WANG DARI AKAUN PERIBADI DATO’ SERI NAJIB

Saya sedia maklum jawapan rasmi Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Takiyuddin Hassan kepada kenyataan saya mengenai dana berkaitan 1MDB yang dipindahkan dan sampai kepada seorang tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS sekarang. Beliau menyeru supaya saya menyerahkan bukti yang saya ada kepada SPRM supaya SPRM boleh segera menyiasat.

Saya ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa SPRM sudah pun menyiasat aliran dana dari akaun-akaun yang disiasat berhubung dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dari siasatan itu, satu aliran dikesan sampai kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS itu.

Oleh itu, tidak timbul soal segera menyerahkan bukti kepada SPRM seperti yang dinyatakan oleh Datuk Takiyuddin itu. Namun, saya akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini dan selepas itu, saya akan membuat laporan SPRM supaya SPRM dapat merujuk kembali kepada kertas siasatannya sendiri.

Setelah saya menamakan tokoh tersebut, ia akan menjadi ujian besar kepada UMNO dan PAS seperti berikut:

1. Pimpinan UMNO akan bergelut sekali lagi dengan isu campur tangan dalam pentadbiran keadilan negara sekiranya Peguam Negara sekali lagi menutup kes walaupun kertas siasatan telah selesai dan bukti telah dikumpul oleh SPRM;

2. Pimpinan PAS di segenap peringkat perlu menyemak sama ada mereka pernah sekali-kali menerima bantuan kewangan, derma, infaq atau dana (dalam apa jua bentuk dan bagi apa jua tujuan) dari tokoh yang saya namakan itu kerana ada kemungkinan besar ia dana dari wang rakyat yang dibelanjakan melalui 1MDB. Sebagai sebuah parti yang mengaku mengangkat Islam, setiap pemimpin PAS perlu lebih teliti dari semua parti lain mengenai asal usul sumber kewangan mereka untuk mengelakkan sumber yang disifatkan syubhah (diragui).

Saya pada mulanya tidak berniat untuk membawa isu ini tetapi episod di Parlimen semalam mengesahkan bagaimana isu penambahbaikan mahkamah syariah telah dimainkan lebih dari setahun demi memberi ruang bernafas kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Setelah ditangguhkan 3 kali, jelas bahawa isu yang dibawa oleh PAS melalui rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 (RUU355) akan terus dijadikan umpan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sementara saya bersedia untuk berbahas sepenuhnya dan memberikan pandangan bagaimana cara terbaik menambahbaik mahkamah syariah, persetujuan di luar dewan di antara Dato’ Seri Najib dan PAS (seperti yang disahkan oleh Dato’ Seri S Subramaniam, presiden MIC bahawa keputusan itu telah dipersetujui lebih awal di Majlis Tertinggi Barisan Nasional) menunjukkan Dato’ Seri Najib tidak berniat pun untuk menambahbaik mahkamah syariah.

Isu RUU355 telah dijadikan umpan untuk memastikan PAS kekal berkecuali sebagai blok ketiga dan tidak bersuara dalam isu-isu penting seperti 1MDB. Jika Parlimen bersidang untuk Belanjawan 2018 dalam bulan Oktober, saya yakin PAS sekali lagi akan berkecuali semasa pengundian belanjawan kerana bimbang akan menjejaskan persefahamannya dengan Dato’ Seri Najib yang berkisar mengenai RUU355.

Oleh itu, selagi polemik isu RUU355 ini tidak diselesaikan, selagi itulah kelebihan berada di tangan Dato’ Seri Najib untuk bermuslihat politik dari semasa ke semasa dengan menggunakan PAS.


Setelah saya bersangka baik lebih setahun dan berharap agar RUU355 ini dapat dibahaskan sama seperti semua rang undang-undang yang lain, saya yakin segala yang berlaku di Parlimen, bila diambil kira pula soal dana 1MDB yang mengalir ke tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS, mewajarkan saya memutuskan bahawa PAS akan terus “dipegang” Dato’ Seri Najib selagi isu RUU355 ini dibenarkan berpanjangan.

Oleh sebab itulah, saya berpandangan adalah menjadi tanggungjawab saya berdepan terus dengan PAS dan UMNO sekaligus mengenai kedua-dua isu ini supaya rakyat boleh kembali kepada isu yang paling penting iaitu kebajikan rakyat yang terlalu terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang, peluang pekerjaan yang sempit dan gaji yang berkurangan.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Oh rupa-rupanya PAS mengikut cara dan stail Najib dalam bab saman-menyaman ni. Najib dulu kata nak saman SR Kata hari Selasa, tapi dah berpuluh Selasa berlalu, tak juga saman itu dilakukan.

Kini giliran PAS, dulu Presiden PAS kata nak saman dalam tempoh sebulan, tapi kini dah berbulan-bulan.... habuk pun tarak.

Pe'el dan perangai PAS dah sama dengan UMNO, dan dari hari sehari pekung semakin terdedah.

Dato Husam Musa sudah pun membuat kenyataan ada wang yang mengalir melalui Affin Bank ke akaun beberapa orang pimpinan PAS.

Kelmarin, rafizi pula mendedahkan ada dana berkaitan 1MDB yang dipindahkan dan sampai kepada seora ng tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS sekarang.

Seperti biasa Setiausaha Agung PAS menafikan dan begitu juga Pengerusi Lajnah Penafian PAS, Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar " memperlekehkan Rafizi dengan menyoal "Siapa Rafizi?"

Katanya, melayan kerenah orang yang ada masalah yang kronik dalam mengatur strategi yang sentiasa gagal, adalah satu perbuatan yang amat membuang masa dan anti-logik,

Rakyat ingin bertanya pula, "Siapa Samsuri?' Apa kredibiliti yang dia ada berbanding Rafizi? Sekurang-kurangnya Rafizi adalah seorang wakil rakyat yang telah berjaya membongkar banyak isu penyelwengan dan ketirian UMNO BN, tetapi apa kedudukan Samsuri selain dari menjadi seorang setiausaha politik yang makan gaji daripada seornag presiden parti yang kini telah dipertikaikan integritinya dengan kerap ponteng parlimen dan bersekongkol dengan UMNO?

Cukup-cukuplah PAS. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus mendedahkan dedak yang diterima. Pekung tidak boleh selama-lamanya ditup.



FEATURED ADS





18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah malas layan puak2 lebai gila nih..

Tanpa Nama berkata...

.

Tangkap Exco sudah.
Tangkap Tan Sri sudah.
Tangkap pemain bola 'on the go'

Bukti sudah ada pada SPRM bukan semata-mata untuk di siasat tetapi tunggu untuk mengelak SPRM di panggil bloody fool.

Rafizi bukan sahaja hendak mendedahkan nama Pemimpin PAS tetapi hendak mendedahkan bukti sudah ada pada SPRM.

Pemimpin PAS mungkin sudah di beritahu oleh si Najib secara melawak "Jangan kencing saya sebab hal kencing mengencing ini saya number 1"

Dengan alasan kerana niat sebuah perjuangan yang suci atas nama Islam yang sudah sekelian lama berada di tahap pi mai pi mai tang tu jugak maka dengan ada nya kekuatan Wang ringgit di satu kan dengan semangat maka tidak di pedulikan lah bukti yang di beri bulat-bulat pada SPRM.

Sedangkan tidak ada sebarang lapuran yang di buat pada SPRM! Selalu nya jika sebarang tuduhan dan dakwaan yang di buat SPRM akan menyusulkan kenyataan me minta lapuran di buat dan menyerahkan bukti nya sekali.

PAS terima kerana niat masih kuat tetapi Najib tahu 'Kuasa duit' begitu kuat kerana di sini lah setan guna untuk mengoda dan melembutkan semangat pemimpin PAS yang begitu kental kerana berpegang pada sumpah.

Dari 80 juta untuk parti Najib tahu hanya 8 juta sampai ke parti.

Sebelum Rafizi buat lapuran SPRM, siapa kah yang buat lapuran dan serah kan bukti pada SPRM?

Jawapan itu yang sepatutnya di cari bukan mencabar Rafizi buat lapuran.

Kepada ahli-ahli PAS yang di kasih.. tanya lah kenapa PAS ni bloody fool sangat?

Tanpa Nama berkata...

Bila dia tak berani saman bermakna pas bukan berada dipihak yg benar. Sama mcm rakan baik pas RPK. Bila clare rewcastle ugut nak saman dia, RPK terus tarik balik kenyataannya krn dia tahu dia tidak berkata benar.

Tanpa Nama berkata...

Sbb presiden lobai yg bloody fool lah maka rakyat dan partinya berpecah

Tanpa Nama berkata...

Apabila manusia telah menjadi khadam2 kepada dajal demi kesenangan dunia maka ilmu2 agama digunakan utk mengelirukan orgramai. Yg heranya yg cerdik agama pun bole terbuai dengan lakonan2 khadam2 ini. Ini yg dikatakan agamawqn akhir zaman yg sesat lagi menyesatkan. Hujah2 dgn ayat2 agama yg diselangseli dengan fitnah maki hamun dan pelbagai gelaran kpd org lain.

Tanpa Nama berkata...

nak tgk...
name sape yg kena....

Tanpa Nama berkata...

Jika benar dakwaan pemimpin PAS telah menerima wang yang disamun dari 1MDB, perlu dinyatakan bahawa sudah tentulah Najib sebagai pemberi juga terlibat dalam transaksi wang tersebut. Dalam erti kata lain, kedua-duanya bersekongkol melakukan jenayah. Walaupun kertas siasatan telah ada pada SPRM, selagi ada melibatkan nama Najib maka selagi itulah Peguam Negara tidak akan membenarkan dakwaan di mahkamah berdasarkan kronologi yang lepas. Pemimpin PAS itu merasakan dirinya selamat dari tindakan mahkamah di dunia, tetapi mahkamah di akhirat tetap akan kantoi. Jadi tidak hairanlah, jika pemimpin PAS tidak berani menyerang Najib dan juga UMNO mutakhir ini

Unknown berkata...

sALAM



Ulamak adalah PEWARIS pada Nabi s.aw/sahabat2.,Kehidupan,segala tindak-tanduk,Amalan,percakapan mereka kalau tak 100% pun tapi dalam kategory 70-80% sudahpun memadai.
Apa yg kita tahu dan pelajari BIASANYA persekitaran ulama akan membentuk sifat-sifat,hasil didikan mereka pada masyarakat dan umat akhir zaman,SEPERTI BERIKUT:

1.Kehidupan dunia yg cukup sederhana.walaupun ramai isteri-isteri tetapi kehidupan tersangat sederhana.
2.Mempunyai SIFAT AKHLAK Seperti nabi/sahabat2.Minima:-Memaafkan orang yg menginiaya.Maxima:Mendoakan orang2 yg menginiayainya.
3.Amalan AGAMA yg konsistent:mementingkan sailatulrahim sesama manusia,tiada takbur,ego,menganggap orang-lain yg tak sefahaman dgn mereka sebagai kafir.
4.Setiap tahun ada sahaja orang2 kafir memeluk islam kerana kerja-kerja dakwah mereka.
5.TEGAS/BERPERINSIP:Tidak akan berkomporomi dgn keZALIMan dan ketidakadilan.Hatta dgn pemerintah sekalipun,jika pemerintah baik ataupun jahat,tidak akan MEMIHAK,cuma berdakwah kejalan yg LURUS.

TAPI REALITYnya apa yg kita dapati ulamak2 ni keadaannya TERBALIK daripada SIFAT2 diatas.

1.Mereka2 dikaitkan dgn SIFAT BERMEWAH-MEWAH,Ister2 kedua mereka mendapat kedudukkan yg cukup mewah,umpamanya Audiq7 dan mendapat rumah/kereta percuma`.
2.Ahklak yg buruk ,suka melabel orang2 lain dgn perkataan2 yg menjenkelkan.
3.Grup-group mereka mengangap mereka terlalu SUCI,Berlainan pendapat daripada mereka dikatakan KAFIR.
4.TIADA PENIngKATAN KEMASUKKAN BERAMAI2-Orang2 kafir masuk islam,disebabkan USAHA mereka,malah MEMBUATKAN orang2 kafir bertambah jauh dari islam,sebab mereka perhatikan segala tindak-tanduk ulamak2 ini "lebih-kurangsama dgn mereka".
5.Mereka2 ini TIADA PRINSIP langsung,untuk "beristiqamah untuk memertabatkan islam".Bila orang2 yg berkuasa memberi mereka "kemudahan=duit/kewewahan/jalan pintas",mereka TERLENA dgn janji-janji PALSU ini,akhirnya semuanya TERGADAI.



WALLAH'UALAM.

Tanpa Nama berkata...

dedahkan saja rafizi, jgn simpan lama2. tak benar nnt ibarat fitnah berangkai. jika benar biar muktamar menentukan pemimpin itu. jika tidak jwb lab spt kamu kna minta maaf mcm kes TSKI dlm langkah kijang dlu tu.

Tanpa Nama berkata...

Sabar. Jgn gelojoh. Bagi hadi masa utk menjawab. Jangan kejam sangat....

Tanpa Nama berkata...

Kalau main teka-teka.. Berdosa ke?

Teka jer.. suka-suka.. Berdosa ke?

Orang yang terima mesti yang paling bodoh dalam kumpulan itu, tak boleh bagi pada yang cerdik sangat. Dan yang paling penting apa yang di suruh dia sanggup buat. Kalau tak di suruh dia ikut tanpa soal. Kalau sebut nama orang tak kan percaya sebab ayah dia sangat di sanjung dan di segani.

Muda tak muda sangat. Tua pun tak tua sangat.

Saya tenguk dia je yang boleh di perkenakan..

Wallahhualam.

Tanpa Nama berkata...

.

Bukti sudah ada pada SPRM.

Ada dua kemungkinan.

Satu Hadi tak boleh u turn ke, keluar rel ke.. Jadi ianya untuk tambat leher Hadi kat batang pokok kelapa.

Yang kedua, jika berjalan Langar, SPRM akan Mengatakan hasil siasatan mendapati bukti tidak cukup. Paling cehkai masuk makamah terus bebaskan Hadi dan PAS dari dakwaan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

.

Kena beri peluang untuk orang itu mengaku dan bertaubat.

Dalam kes Khalid ikut undang-undang Khalid ada kuasa penuh untuk buat keputusan walaupun ianya tidak bermoral. Walauapa pun dakwaan ke atas Khalid di bawa ke mahkamah. Bukan kah sepatutnya Khalid yang bawa ke makamah kerana di fitnah?

Dalam kes Rafizi, Bukan kah nama individu tersebut boleh di bersihkan dengan menyaman Rafizi?

Ramai yang mwngharapkan hasil dari muktamar termasuk Husam. Tetapi yang hadir muktamar semua nya bloody fool. Kalau pun mereka membuat keputusan menyingkir pemimpin yang ada, parti dah jahanam teruk. Mereka sedar sepatutnya mereka bertindak lebih awal... tetapi mereka biar kan. Lagi pun bila di sebut Allah dan di pukau dengan ayat-ayat, perwakilan lentuk macam mat gian yang ketagihan.

Semasa Husam mendedahkan hal ini, Husam di cabar menyebut nama pemimpin tersebut, mengapa bila Rafizi yang mendakwa hal yang sama orang PAS hanya minta lapurkan pada SPRM? Kenapa tak cabar Rafizi dedahkan sahaja nama pemimpin tersebut?

Peluang Rafizi bertanding masih ada tetapi hanya kaki kiri Rafizi yang belum masuk dalam sel penjara. Jika Rafizi menang, UMNO akan penjara kan Rafizi dan terlucutlah jawatan Ahli Parlimen Rafizi.

Tetapi Husam belum pernah di jatuhkan hukuman...

Unknown berkata...

Tkasih penerangan saudara yg sederhana tp penuh pengisian itu. Bila baca penerangan saudara teringat pernah baca satu artikal kenapa mustafa kamal aktatur bila memegang kuasa menzalimi islam..ada yg ckp sbb raja2 masa tu ambil penasihat yahudi..hakikatnya masa itu ulamak2 masa ibarat kaduk naik junjong.. beruk dpt bunga.. bg betis hendak peha.segala yg keluar dr mulut ulamak suci.. ulamak2 jd penasihat raja.. telah naik MUA..hati mustafa kamal dr berpangkat rendah..sampai meminpin angkatan tentera sakit hati bila ulamak seolah2 lupa jawatan ulamak tu hanya kejar dunia lupa akhirat.. mustafa kamal yg pendidikan barat.. membalas dendam masa memegang kuasa..bg aku sikap mustafa kamal meniaya islam tidak boleh di salahkan 100%.. sikap2 ulamak sebelum tu yg lebih mengejar duniawi.. dr akhirat...itu peratus yg tinggi bg aku kenapa mustafa kamal jadi begitu..

paspispus berkata...

Hanya Rafizi seorang hentam Pas sampai lunyai?

Apa dah jadi dgn Azmin Ali?

Masih berselimut lara dgn pas dalam jamban?

Tanpa Nama berkata...

Ahli pas boleh saman pas sebab x saman SR saperti yg dijanjikan...kah kah kah. Lagi kelakar kalu SR saman pas sebab tipu kata nak saman tp penat menunggu tak saman2. File a suit for anxiety, depression and breach of promise. Kah 3 x.

Nobody berkata...

Bila masa pula rafizi kena minta maaf masa langkah kajang???

Kau ni ada fakta tak??? Nak ikut walaun lebai bangang ke ketika syiah sedah merogol dan membantai umat islam dia berpeluk dengan syiah!!! Semua ulama muktabar tak pergi tak ada yang bangang nak mampus macam dia!!

Kau check dulu fakta siapa yang minta maaf baru cerita!!!

Jangan nak bawa perangai walaun bangang kat sini!!!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya ulamak pewaris nabi.tp dlm pas ulamak pewaris dedak...