14 Mac 2017

[VIDEO] PAS Cukup Terdesak, Hidupkan Semula Isu Baiah Talak...

Amanah 'Ahlan wa Sahlan' Pas bawa usul baiah ke mahkamah

Parti Amanah Negara (Amanah) mengalu-alukan mana-mana pihak khususnya Pas yang ingin membawa individu yang dianggap melanggar baiah ke Mahkamah Syariah kerana banyak kekeliruan mengenainya dapat diselesaikan.

Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Mohamed Hanipa Maidin berkata Amanah bersedia berjumpa pihak tersebut di Mahkamah Syariah pada bila-bila masa.

"Jika pembawa usul atau Pas bersungguh untuk bawa usul tersebut ke mahkamah syariah, jawapan Amanah adalah ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, kami mengalu-alukan dan bersedia untuk berjumpa anda semua di mahkamah syariah bila bila masa Insya-Allah.


"Sebenarnya kami lagi seronok kerana kami percaya jika syariah betul-betul dilaksanakan di Mahkamah Syariah, banyak kekeliruan berkaitan baiah tersebut dapat diselesaikan Insya-Allah. Terima kasihlah kepada pembawa usul," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas Pas Kawasan Tanah Merah yang meluluskan usul supaya mana-mana bekas pemimpin parti itu didakwa di Mahkamah Syariah jika melanggar sumpah taklik dan baiah yang dilafaz sebelum ini.

Mengulas lanjut, Hanipa menegaskan adalah kesilapan besar jika ada pihak yang menganggap Amanah gentar terhadap usul tersebut.

"Saya ingin tegaskan bahawa jika pembawa usul itu atau sesiapa juga di belakang usul itu cuba berfikir yang pemimpin Amanah gentar dan bimbang dengan usul itu, mereka tersilap besar.

"Jika usul sebegitu digeruni atau ditakuti, maka sejak awal lagi parti Amanah tidak akan ditubuhkan," katanya yang juga ahli Parlimen Sepang.

Sementara itu, bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat itu turut berkata, Pas juga harus bersedia untuk membawa isu 'smuggle' (menyeludup) baiah dari pintu belakang dalam kes di Dun Kota Damansara sebelum ini ke Mahkamah Syariah.

"Seperkara lagi, memandangkan isu baiah yang sedang tidur lena tiba tiba dikejutkan semula, kami juga harap pembawa usul dan Pas mesti juga bersedia untuk bawa isu "smuggle" baiah dari pintu belakang dalam kes di Dun Kota Damansara sebelum ini ke Mahkamah Syariah.

"Bukankah kerana 'smuggle' tersebut, ianya berakhir dengan Pas rela memenangkan calon BN di Dun tersebut?" soalnya.

Beliau juga berkata, Kanun juga bersedia menawarkan khidmat peguam syarie jika isu baiah ini dibawa ke Mahkamah Syariah.

Lafaz taklik dan sumpah baiah dimestikan kepada semua calon yang diturunkan mewakili Pas dalam pilihan raya di Kelantan.

Ia diperkenalkan ketika Pas bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada 1995 apabila kerajaan Kelantan berdepan cabaran ekoran tindakan beberapa wakil rakyat melompat parti.

Melalui lafaz itu, perkahwinan seseorang wakil rakyat dianggap terbubar dengan talak tiga jika mereka meninggalkan Pas. -MD



ULASAN GB

PAS sudah cukup terdesak sekarang ini sehingga terpaksa menimbulkan semula isu baiah - isu yang sedang tidur lena tiba tiba dikejutkan semula

Isu baiah ini telah sekaligus memaparkan wajah hodoh yang sebenar ada pada PAS yang tidak diketahui oleh rakyat selama ini dan sewajarnya rakyat amnya dan umat Islam khususnya perlu menjauhi PAS selama mana baiah talak itu dikekalkan.

GB sudah ulas sebelum ini:

Sayugia dimaklumkan bahawa baiah berkenaan dilakukan ketika PAS masih berada di atas landasan perjuangannya yang benar dan PAS PADA KETIKA ITU adalah rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apabila kedua-duanya sudah tidak wajud maka dengan sendirinya baian itu TEBRATAL.

PAS telah terpesong perjuangannya, sudah tidak Islamik.

Berkali-kali kita dedahkan perbuatan2 seperti memfitnah, melabel, mencaci, memaki sot jebon, anwarinas, binatang, barua, tolol dan lain lain, Islamikkah itu? Parti sahaja masih bernama Parti Islam sedangkan tindakan, perbuatan dan akhlak para pemimpin dan ahlinya sudah tidak Islam lagi.

Kebetulan perbuatan memfitnah, mencerca dan memaki hamun itu dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat dari kalangan progresif. Ia seperti memerangkap kumpulan progresif dan kemudian menyatakan kamu telah berbaiah!

Mereka (kumpulan yang menamakan mereka ulama) cuba memerangkap dan menipu kumpulan progresif, sedangkan mereka sebenarnya cuba menipu Allah swt.

Apabila keadaan seperti itu berlaku yang akan menerima laknat ialah parti pas sendiri dan mereka yang melakukan tindakan-tindakan yang tidak Islamik itu termasuklah pimpinan dan ulama parti yang sengaja membiarkan gejala yang tidak Islamik itu berlaku di dalam parti (malah dalawam waktu tertentu ulama sendiri melakukan) semata-mata untuk menyingkirkan kumpulan progresif itu dari saf kempimpinan parti.

Oleh itu YB-YB tidak perlu takut untuk meninggalkan PAS kerana keyakinan kita bahawa PAS telah terpesong dari landasan perjuangan Islam, dipesongkan oleh ulama-ulama gila jawatan.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Maha Melihat, dan golongan professional tidak semudah itu boleh diperbodohkan. Alalh akan tetap memelihara dan menyayangi mereka. Kerana Allah Maha Tahu dengan kerana merekalah dulu PAS berjaya berada di aras yang ada kini... malah kita yakin merekalah ulul-albab (orang-orang yang mempunyai fikiran) seperti yang disebut berkali-kali oleh Al-Quran.

Hukum kebenaran dan keadlan akan tetap berjalan.

Dan selepas itu, majoriti pemimpin PAS turut menolak baiah talak ini termasuk dari Majlis Syura Ulama


Dan Allah swt telah pun menjelaskannya di dalam Al-Quran mengenai isu baiah ini:-







FEATURED ADS





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bos, awak tak payah ajar walaun-walaun pas nie.. biar dia bawak usul tu ke pusat ke.. pastu kita tengok dia nak saman hari apa.. kah3.. tak abis2 nak menyalak bukit la walaun2 pas nie...

abrarmujahideen berkata...

Idea asal sape baiah ini diwujudkan..minta pencerahan tuan GB

Tanpa Nama berkata...

salam GB. dpt maklumat mngatakn pgwai n kkitgn krajaan di bekukn cuti n d lrg kluar ngri pd bln mei.info kta srt pkliling dh klua. x tau btul k dak.risik2 la.cuma nk brhati2 n standby kut2 najib gila#ab* buat p.raya mngejut..

Tun Perak berkata...

Itulah masa terbaek sekarang masa terbaek....pembangkang dok sibuk dgn berunding tak habis2.....

Tanpa Nama berkata...

.
.


PAS dah malu apabila Husam mari ceramah dan minta di beri masa 10 minit untuk menerangkan pendapat beberapa tokoh ulamak dunia tetapkan tidak di benarkan.

Usul Tanah Merah se olah-olah mengatakan bia'ah ke atas Husam itu terpakai jadi ceramah 'Husam Lari' kira di pihak benar lah. Dan Husam tertekan lah, konon nya...

Saman lah. PAS Tanah Merah sendiri mulakan. Apa sebab nak buat usul ?

Ini masalah umat Islam bukan masalah Husam. Dan kalau sah, mengapa sampai sekarang Pegawai Agama tak tangkap Husam atas sebab berkhalwat ?

Bengong lah PAS !

Tanpa Nama berkata...

.

PAS kata ikut Quran tapi hukum langgar sumpah tak ikut Quran.

Patut lah hudud PAS ada denda beribu dan penjara.

Tanpa Nama berkata...

Cerai-berai lawan UKHUWWAH.
Caci-maki lawan HUJJAH.
Penipu memfitnah lawan PENCERAH.
Bersendirian lawan GABUNGAN.

Pas-Umno lawan PAKATAN HARAPAN.

Tun Perak berkata...

Begitu punya ramai ulamak dlm pas sampai ade dewan ulamak...takkan sampai nak perjudikan isteri sendiri utk puaskan nafsu iblis ....takkan tak jumpa mana2 kitab ulamak...tak rasa mcm permainkan agama ke...nak jaga parti pun tak reti camne nak jaga agama dan negara....hancur....memalukan org islam dan agama islam je