15 Mac 2017

PAS Kini Ambil-alih Kerja-kerja UMNO...

Parti itu sekarang buat kerja Umno, bidas Dr Mujahid

Tanpa menyatakan nama Pas, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa menyebut tentang adanya parti cenderung menjadi penyambung politik fitnah yang lazim dilakukan Umno-BN sebelum ini.

"Yang ceramah ke hulu, ke hilir cakap DAP rasis, anti Islam, anti Melayu dulu Umno tapi sekarang ada satu parti itu, dia yang ulang apa yang pernah Umno sebut.


"Parti itu sekarang buat kerja yang Umno dulu buat," tegasnya dalam ceramah di Pekan Bukit Jenun, Pendang di Kedah malam tadi.

Menurutnya, parti berkenaan juga berkecuali terhadap usul Bajet 2017 ketika parti pembangkang lain iaitu Amanah, DAP dan PKR mengambil keputusan menolak.

"Ada satu parti ini kita pun tak tahu dia duduk mana. Sini pun tak, sana pun tak. Dalam Parlimen kita tolak bajet, tapi ada satu parti ambil sikap berkecuali.

"Dia bimbang bagaimana pegawai kerajaan nak dibayar gaji walhal parti itu pembangkang, macamlah dia kerajaan. Kita bercakap tentang RM42 bilion, RM2.6 bilion masuk poket Perdana Menteri.

"Bagi kami tak masuk akal nak minta lebih RM200 bilion tapi RM42 bilion hilang tak beritahu pergi mana," bidasnya.

Sikap pemimpin parti berkenaan juga dipertikai apabila kerap kali hadir dalam majlis disertai pemimpin Umno walaupun mendakwa kononnya menolak rejim itu.

"Ada satu parti ni kita tanya hang (kamu) nak lawan (Umno-BN) ke tak mahu? 'Aku lawan' tapi sedondon tengok sekali dalam kata habis melawan Umno," ujarnya.

Dr Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut memberitahu sidang Dewan Rakyat akan datang bakal menyentuh isu dakwaan pemimpin tertinggi sebuah parti yang menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.

"Ada soalan YB Hanipa kawan saya (Ahli Parlimen) dari Sepang. Khamis (9 Mac lalu) punya soalan, keluar (giliran) nombor 20, minta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ambil tindakan ke atas dakwaan sebuah parti yang menerima RM90 juta.

"Benda soal dalam Parlimen, dia (kerajaan) mesti jawab pasal dah naik (Aturan Urusan Mesyuarat). Kalau Datuk Husam (Penasihat Amanah Kelantan) dakwa RM90 juta masuk dalam akaun Affin Bank, saya minta presiden parti itu saman Husam kerana memalukan parti Islam terbesar itu," ujarnya.

Sehubungan itu, Dr Mujahid mengingatkan rakyat yang akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang sebenarnya tiada pilihan dengan segala kebobrokan rejim Umno-BN pada masa ini.

"Datanglah empat, 10 parti tapi hakikatnya pengundi seluruh negara hanya ada dua pilihan: Undi BN atau undi Pakatan Harapan dan Bersatu.

"Mungkin kalau BN menang, dia seronok kasi naik lagi GST. Bila dia (BN) menang lagi, semua subsidi habis ditarik balik. Rakyat tanggung dua perkara. GST naik dan harga barang semakin naik sebab tiada lagi bantuan subsidi daripada kerajaan," tambahnya lagi.

Ceramah Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut dihadiri Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew; Timbalan Pengerusi Bersatu Kedah, Mejar (B) Annuar Abd Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Azman Nasrudin. -Malaysia Dateline



ULASAN GB

Perangai PAS dan UMNO kini serupa. Cuba lihat di media sosial. Anda akan dapat melihat kebenaran apa yang GB katakan. Mencaci-cerca, mmaki hamun sudah menjadi hal yang biasa bagi mereka... mungkin meniru dan mengikut tindakan presidennya... amat jauh dari akhlak Islam dan sifat-sifat Rasulullah saw.

Pepatah arab menyebut "An-Naasu 'ala Diini Muluukihim" yang ertinya manusia (pengikut) itu mengikuti agama para pemimpin mereka.



FEATURED ADS





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.
.

Sikap dan tindakan PAS memang jelas dan terang. Satu ketika dulu sebelum zaman reformasi, PAS langsung tak pernah tuduh dan ambil hal pasal DAP. Ini kerana PAS tahu DAP tidak akan cukup kerusi untuk bentuk kerajaan.

Malah isu mengenai 13 Mei semasa tayangan filem Putra di mana ketika itu UMNO gunakan sebagai kempen memburukkan DAP, PAS tidak bersama UMNO malah UMNO yang dituduh oleh PAS dalang 13 Mei dan pembunuhan penduduk Memali.

Sekarang PAS tuduh DAP supaya UMNO selamat dari di tolak oleh pengundi cina. Oleh itu PAS buat kerja UMNO supaya UMNO mudah mendekati pengundi cina.


Tanpa Nama berkata...


Dah masuk karung 90 juta, kenalah buat kerja. Takkan tak buat kerja.

Ingat 90 juta itu bagi free kah ?

Nanti jibby londehkan, siapa yang susah ?

Tanpa Nama berkata...

walaun dan macai umno bergabung lawan Dap. nak pastikan orang Melayu duduk bodoh di belakang mereka sebab takot Cina jadi PM.

tapi Melayu bodoh jugak bagi Jibby jual Tanah Melayu Forest City secara kekal kepada orang asing. orang Melayu bodoh pilih Jibby geran tanah pon merayu di Pejabat Tanah turun naik berpuloh kali.

Takot Cina jadi PM tapi undi dan sokong Jibby gadai tanah Melayu bagi hak milik kekal pada bangsa asing China???

Tanpa Nama berkata...

Senang kerja UMNO, hulur duit dgn syarat x perlu nk sokong UMNO cuma jgn berpihak dgn PH...

Tanpa Nama berkata...

salam GB. x bulehkah kita ini bergabung bertanding d bwh satu lambang utk berentap d pru 14. guna ligo PKR sahaja. lambang DAP ada stigma pd org2 kg n org mlyu yg jumud wlupun duk pkan.lambang AMANAH ni org kg sy yg muda2 pn x knl..Lambang PPBM jgn ckp la sbb baru sgt tertubuh.dlu ada satu parti agama tu tp la ni dh x bule harap..so,, a conclusion...? kita guna lambang PKR le dh tntu rakyat mlaysia knl dr perlis membawk k sbh n srwak.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Jika PAS bentuk Kerajaan, lagi teruk dari Kerajaan UMNO sekarang.

PAS tak pernah membayangkan apa yang rakyat dapat sekiranya PAS memerintah.

PAS hanya menguna Al Quran untuk memberitahu mereka orang yang baik-baik tetapi rakyat sampai sekarang tunggu bila Husam akan di saman.


Unknown berkata...

Kita rakyat tulin Malaysia Beli rumah hanya dapat yang(leased hold), Tapi rakyat asing Beli rumah di Malaysia dapat yang(free hold). Ini lah Negara kesayangku Malaysia!

Unknown berkata...

Beruntung dan berterima kasih kerajaan pada rakyat malaysia yang baik hati dan pemurah...kalau nak diikutkan hati dah lama terpahat nama pemimpin UMNO kat batu nesan.