28 Feb 2017

[VIDEO] Siapa Makhluk Yang Mengaku Akar-umbi PAS Ini & Bagaimana DIa Boleh Dilayan Baik Oleh PAS?

Akar umbi Pas Selangor desak Pas putus hubungan dengan PKR

Sekumpulan orang yang mendakwa diri mereka akar umbi Pas Selangor menghantar memorandum kepada kepimpinan pusat bagi mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang ada kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Mereka menuntut Pas mengambil perhatian terhadap hubungan antara parti itu dengan PKR yang kini disifatkan bagai "duri dalam daging" serta "gunting dalam lipatan".


"PRU14 (pilihan raya umum ke-14) hampir tiba. Sebagai petugas parti kami berasakan sudah sampai masanya Pas berdiri tanpa diganggu oleh parti lain yang sarat dengan masalah keperibadian serta ketamakan kuasa yang agak melampau.

"PKR juga wajar diambil perhatian kerena mereka ibarat duri dalam daging serta gunting dalam lipatan.

"Kami agak kurang selesa dengan PKR kini. Kebencian telah mulai dirasai," kata Nasiruddin Mohamed seperti dipetik Malaysiakini.

Beliau mengetuai penyerahan memorandum di Pejabat Agung Pas semalam.

Memorandum tersebut diterima Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang juga anggota parlimen Temerloh.

Pada penyerahan memorandum itu juga kumpulan terbabit membawa sepanduk memaparkan wajah pemimpin utama Pakatan Harapan serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Satu daripada sepanduk itu memaparkah wajah Lim Kit Siang dengan kata-kata: "Musuh Melayu/Islam (Rasis), manakala yang lain menggunakan gambar bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ayat iringan "Punca Rumah Tangga Aku Hancur".

Dua lagi sepanduk memaparkan wajah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dengan masing-masing bertulis "Kepala Perompak Negara" serta "Pengkhianat Parti".


Sementara itu Nasrudin yang ditemui pemberita berkara apa yang dibangkitkan oleh akar umbi Pas Selangor itu akan diputuskan dalam muktamar Pas pada April ini di Kedah.

"Sememangnya Pas telah mempunyai satu keputusan yang jelas kita tidak ada lagi hubungan dengan DAP dan Amanah.

"Ada pun parti-parti lain itu masih dalam perkiraan, pertimbangan dan penelitian teliti daripada pihak PAS terutamanya apa yang disebut presiden ia mungkin akan dibincangkan dalam muktamar PAS yang akan berlangsung pada 28 April depan," katanya.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata sehingga kini Pas masih berbincang sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan PKR dan Bersatu atau tidak.

"Bersatu ini parti baru yang belum ada apa-apa hubungan jadi kita tak boleh samakan dengan PKR yang kita dah meterai (kerjasamanya) lama dulu dan hanya perlu semakan untuk teruskan atau tidak. Itu terpulang kepada muktamar dan Majlis Syura Ulamak," katanya.-MD



ULASAN GB

Siap keluar dalam portal, akhbar dan TV,

Satu perkara ialah banner yang bergantungan itu semua mencerca pemimpin pembangkang yang lain.


Tun Mahathir, Muhyiddin, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu. Hairannya banner-banner mengutuk pemimpin pembangkang ini dibenarkan digantung di hadapan ibu pejabat PAS. Tak der banner Najib di situ. Najib mungkin dianggap bersih oleh 'akar-umbi" PAS berkenaan dan "direstui" oleh PAS?

Dan viral di dalam media sosial orang yang mengaku sebagai akar umbi PAS itu sebenarnya sebelum ini telah berkali-kali muncul. Sekejap dia dengan PAS, sekejap dia dengan UMNO, sekejap dia dengan PKR dan sekejap dengan NGO.


Apakah ini sandiwara beliau dan PAS semata-mata untuk mengutuk pemimpin pembangkang lain? Atau Nasruddin Hassan Tantawi memang tak tahu lansung latarbelakang orang yang mendakwa "akar-umbi PAS" itu?





FEATURED ADS




19 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Dah lama kami nantikan saat ini..

Akhirnya sebuah kerajaan baru bakal di bentuk di Selangor dan akan ada adun umno melompat masuk pribumi jadi exco...

CEPAT AZMIN BENTUK KERAJAAN NEGERI BARU DAN DAPATKAN KEPERCAYAAN RAKYAT

AZMIN BOLEH!!!

P.S Saudi wahabi sudah sampai tanah melayu.. NAK TANYA KING SALMAN... APA CERITA PERJANJIAN SAUDI DHN ISRAEL BERKAITAN PROJEK CYBERSECURITY.. PIHAK ISRAEL KATA DAH MUKTAMAD. SAUDI MASOH BERDIAM..

Kami sunnah Wal jamaah sgt sgt mengalu alukan perjanjian aaudi dhn Israel ini. Tahniah.

Pemuda parit kings berkata...

Pelbagai cara nk menjatuhkan PH+PPBM

Tanpa Nama berkata...

Aku dah mual dengan sikap Parti Agama ni. Semakin lama semakin tak matang berpolitik. Bersifat kebudak2an, elok lah berambus sahaja dari kerajaan Selangor! Boleh la enjoy dengan duit dedak 90J tu! Tak ada PIS dalam kerajaan Selangor pun tak lah mengganjilkan.

Tun Perak berkata...

Ape nak bincang...tunggu muktamar...kalau dah letak banner hina kawan sepembangkang....ni kah akhlak rasulullullah yg hangpa belajar sampai ke mesir sana....membangun bersama islam ke pemyamun tarbus munafik...

Tanpa Nama berkata...

Sorry lah ..nak beritahu dengan nasruddin tontodi tu umpama si bangang dengan si tolol. Sama sama bengong baghal

Tanpa Nama berkata...

Sekarang Pas bising seluruh kampong mengetakan DAP tetapi masa yang sama bermesra dengan DAP dalam mentadbir Selangor,DIIBARATAKAN. Gulai kuning telah dimasak dalam sebuah periuk,didalamnya ada ikan (Pas) ada daging ayam (PKR) ada daging babi (DAP) Bagaima pemimpim Pas bolih makan ikan gulai tersebut dengan rakus padahal masa bersama daging babi.pada muka.

Tanpa Nama berkata...

.

Kalau tak kembar .. ini lah bayangan Jamal Jamban.

Orang macam ini nak muka masuk akhbar dan TV sanggup buat kerja menipu dan tak berakal baligh.

PAS telah mengesahkan tidak ada hubungan dengan AMANAH, DAP dan menolak Mahathir sebagai pemimpin PPBM. Oleh itu apa yang mereka tuntut sebenarnya ialah tinggalkan PKR dengan melepaskan jawatan Exco tetapi gambar Azmin atau Wan Azizah pulak yang tak ada.

Yang Nasrudin pun sama juga lah, janji dapat mencemuh Mahathir, Mat Sabu dan LKS.

Dengan peristiwa ini, adakah benar-benar akar umbi minta PAS putus hubungan dengan parti pembangkang sehingga PAS terpaksa mengguna seseorang untuk menyamar sebagai akar umbi?

Anti Klepet berkata...

akar umbi upahan. sesiapa pun boleh upah org itu asal kena bayarannya.

esok lusa kalau PH bagi dedak sikit pun dia boleh buat pengakuan pas dan umnu lari dr perjuangan.

yg pasti penyamaran itu menyebabkan undi pas umnu makin susut. sebab itu tektik lama. sebenarnya mengkaji hubungan dgn pkr bukan dari balaci tua tu.. ia adalah saranan lebai tua marang sendiri. tp dibuat seolah2 permintaan akar umbi.

tektik ini adalah amalan biasa umnu dulu. upahlah sesiapa pun mengaku sebagai akar umbi kunun mendesak pemimpin. adakah org macam hadi akan tunduk pada balaci tu? kecuali memang dh niat marang utk putus hubungan dgn pkr.

ianya semata2 usaha utk pecah belah PH dan Bersatu.

satu lagi banner dia lupa nk letak.. gambar wan azizah dgn tag line.. tanam dijirat cina.

amat bagus PH menyiapkan calon2 utk persediaan pru tanpa parti audi yg melukut di tepi gantang.


kita ucapkan selamat dtg kepada Raja Salman, seorg raja Saudi yg baik dn byk membela pelarian umat islam terutama dr Syria yg dizalimi syiah laknatullah. ia memberi tamparan hebat ke muka klepet yg memfitnah Saudi memberi derma dan ia juga tamparan pedih ke muka hj hadi yg pro syiah dan sgt anti Saudi dengan tuduhan wahabi. kpd yg suka menuduh Saudi wahabi, selamat menunaikan haji di karbala.

Tanpa Nama berkata...

Org buat banner kita pun boleh buatlah.

Tontowi - hutang pay per view di jerman, kau dah bayar ke belum?

TarSnake - torpedo tu kau punya ke?

Khairudin Audi Q7 - saman trafik dah bayar belum? Bayar saman utk selamatkan negara.

Ayatulloh Marangge - ruu 355 nak lulus di parlimen bukan di padang.

Tanpa Nama berkata...

Sudah2la mengutuk pas sambil kutuk sambil biarkan pas diselangor bsama ph.mcm hipokrit pulak..

Tanpa Nama berkata...

Sungguh sedih apabila pemimpin tertinggi PAS tidak kenal siapakah akar umbi PAS.

Akar umbi PAS ialah mereka yang berpenat lelah menubuh markas sehingga ada yang sanggup memberi tapak tanah untuk bina markas.

Sekarang rupa mereka kalau berjanggut, janggut mereka putih sejemput. Badan mereka kelihatan uzur dan ada yang berkerusi roda datang ke Padang Merbok, Kalau yang tegak muka mereka pulak muka orang yang kena kencing manis dan sakit jantung. Jauh berbeza dengan mamat yang menyerahkan memorandum pada Nasruddin.

Nasrudin tidak mengenang jasa akar umbi sehingga tidak membuat siasatan mengesahkan kedudukan mamat yang menyamar.

Apakah Nasrudin sangka dia adalah salah satu akar umbi ?

Nik Abduh, Zaharuddin, bukan lah dalam kategori akar umbi kerana mereka tidak pernah merasa pahit maung perjuangan bersama Fadzil Noor.

Kesian ahli PAS. Mereka dilayan sebegini rupa.

Tanpa Nama berkata...

NAMPAKNYA SUSAH SANGAT PARTI ISLAM PAS NI NAK BUANG PERANGAI MELABELKAN INDIVIDU DENGAN GELARAN YANG KESAT, MANA SI TUAN BERAHIM, MANA PEMIMPIN PAS? NAMPAK SEPERTI MERESTUI PERBUATAN INI.. SIAPAKAN PERANCANG DIBELAKANG PERBUATAN SEPERTI INI.
KALAU DULU SATU SATU PERBUATAN MELETAKKAN GAMBAR NIK AZIZ MENGIRUP AIR SEPERTI BABI, KITA SEMUA MARAH, KINI PAS CUBA NAK PROVOKE.. KEPADA PEMIMPIN PAS, BERPEGANGLAH KEPADA ADAB DAN ETIKA YANG ISLAMIK.
KALAU NANTI ADA ORANG MENGAIBKAN PEMIMPIN PAS SEPERTI GAMBAR MUSTAPA ALI DALAM HOTEL, GAMBAR KEMALUAN MOKHTAR SENIK... JANGAN MARAH PULAK.

Pok Li berkata...

Pilihanraya ke 13 rakyat Selangor pilih Pakatan Rakyat (PKR/DAP/PAS) sebagai kerajaan. Bila Pakatan Rakyat dah dibubar, Pakatan Harapan ditubuhkan dengan Amanah menggantikan PAS. PAS pula dah declare tak akan bersama DAP dan Amanah. Jadi siapa duri dalam daging dalam kerajaan Selangor sekarang?

Tanpa Nama berkata...

MAMAT NI BUKAN AJE SESUMPAH TP TAPIR PUN BOLE TENUK PUN BOLE...MALAYSIA BULEYYY

Tanpa Nama berkata...

Xperlu lah kesian sbb ahli pas mmg suke kena aniaya mcmtu. Mrk dh nampak kebenaran tp masih xnak berubah..biarkan je smpi pas pupus nt mereka akan berhijrah ke PH sedikit demi sedikit

Tanpa Nama berkata...

.

Kalau macam ini punya game pun PAS boleh tertipu.. apa lah sangat nak diharapkan PAS menang dalam game kan UMNO.

Ini lah antara babak-babak drama king ustaz.

Dynamic Hijrah berkata...

Kalau dibiarkan puak lebai PAS memerintah nescaya rosaklah negara buktinya kerajaan kelantan tersangat pincang pengurusannya. Isu tiada penyelesaian mangsa banjir teruk 2014, isu pembalakan yg menganiaya org asli, isu pembatalan kontrak projek lebuhraya rakyat tanpa apa2 penjelasan kpd kontraktor dan pelbagai isu lagi.

Faizal Zainal berkata...

Halau aje parti agama tu dri kerajaan selangor... supaya senang mereka nak bergabung (UG) dengan beeennnn

Akar Tongkat Ali berkata...

hj hadi adalah bapak takfir Malaysia

dulu takfirkan umnu kunun sokong perlembagaan penjajah.

sekarang bela umnu walaupun masih perlembagaan penjajah
hanya kerana umnu bagi laluan ruu yg tidak pun dapat
menukar perlembagaan penjajah

dulu takfirkan umnu sekarang takfirkan(tuduhan pengkhianat halal darah) amanah

akan matikan hj hadi dalam keadaan takfiri terhadap sesame umat islam


hadi bukan saja bapak takfir Malaysia tetapi beliau juga akan dikenang sebagai perosak parti islam sunni yg dihormati sebelum ini.

siapakah dibelakang hadi? mungkin syiah