27 Feb 2017

[VIDEO] PAS Semakin Mengecut Dan Terpinggir

Mahfuz bimbang Pas semakin mengecut

Satu-satunya pemimpin Pas yang terus hadir dalam program anjuran Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mahfuz Omar menyatakan kebimbangannya tentang situasi semasa partinya pada masa ini.

Beliau menyifatkan Pas semakin mengecut apabila wujud kecenderungan ahli yang mengambil sikap berdiam diri untuk tidak aktif dalam program parti.

"Saya bimbang dengan gelombang (penolakan kepada Umno-BN) yang berlaku pada masa ini, berlaku pula penguncupan dari sudut keaktifan ahli apabila ada yang menyepikan diri.


"Bila ada ahli yang mula tidak mahu aktif, ini bermakna Pas semakin mengecut. Dengan gelombang Umno-BN akan kalah, Pas boleh terpinggir khususnya di negeri Kedah," tegasnya dalam Ceramah Perdana anjuran Pakatan Harapan dan Bersatu di Pekan Bukit Pinang, Kepala Batas, Alor Setar malam tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga bersimpati dengan ahli-ahli Pas yang selama ini berusaha memajukan parti tersebut untuk mengalahkan Umno-BN.

"Saya nak sebut pada ahli-ahli Pas di bawah ini yang kadang-kadang tidak mahu melihat luas. Saya berdiri (di pentas Pakatan Harapan dan PPBM) adalah kerana rakyat, demi negara dan kerana Allah SWT. Apa pasal saya tak keluar (Pas)? Saya berusaha untuk menyelamatkan Pas.

"Walaupun ada orang 'ligan' suruh saya keluar (Pas), saya tetap sayang parti saya kerana saya bina sekian lama bersama-sama rakan-rakan yang telah pergi (keluar parti).

"Saya kasihan dengan orang-orang Pas yang di bawah yang selama ini bertungkus-lumus membentuk parti ini bagi mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini. Saya tidak mahu melihat Pas terpinggir daripada arus perdana politik negara pada pilihan raya umum akan datang," tegas mantan Ketua Penerangan Pas itu.

Sehubungan itu, Mahfuz menggesa supaya ahli-ahli Pas bersuara kepada pemimpin mereka supaya kembali kepada persefahaman gabungan parti pembangkang yang kukuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

"Saya harap ahli-ahli Pas menyeru pimpinan-pimpinan mereka untuk harus kembali bersama. Lupakan titik-bengik tentang DAP dan Amanah. Amanah dan Bersatu wadah baru. Kalau dengan PKR pun letak syarat tinggalkan Amanah, DAP baru kami (Pas) mahu kerjasama, takkanlah kita letak syarat-syarat sukar untuk orang lain penuhi.

"Akhirnya, orang lain bergabung, Pas akan terpinggir daripada arus politik pembangkang di negara ini," ujarnya yang juga bekas Ketua Whip Pas di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut kekuatan Pas, Mahfuz mengakui partinya memiliki struktur yang mantap serta ahli yang ramai berbanding parti pembangkang lain memandangkan sudah lama berakar umbi di negara ini.

"Tetapi struktur parti, ahli yang ramai, sorang-sorang (lawan Umno-BN) saja tak mampu meraih kemenangan besar dalam pilihan raya. Kita mesti mendapat sokongan mereka dari di luar parti mahupun mereka yang duduk di parti lawan.

"Sebab itu gabungan persefahaman politik yang dibawa oleh Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz satu yang sangat baik untuk diteruskan bagi memastikan Pas mampu membawa perubahan kepada masa depan negara kita,"
jelasnya.

Beliau turut mengingatkan kehadiran peserta yang ramai pada program anjuran Pas sebelum ini tidak menjamin kemenangan parti itu pada pilihan raya.

"Saya ingat lagi tahun 2012, Himpunan Hijau di Putrajaya di Stadium Darul Aman. Tidak kurang 80,000 orang hadir berdasarkan antena Celcom hingga 'jammed' komunikasi ketika itu.

"Bila PRU-13, kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Pas kalah, jatuh.
Ini yang harus difikirkan pimpinan dan ahli parti untuk melihat apa yang kita patut lakukan.


"Saya harap dengan kekuatan Pas digabung dengan kekuatan PKR, Amanah, DAP kita mampu mengalahklan Umno-BN. Ini soal rakyat. Kesan besar yang ditanggung adalah rakyat. Apakah kita mahu menghadapi sumpah rakyat? Rakyat akan menyumpah dan menyampah kepada parti-parti politik," tegas Mahfuz lagi.

Pas kebelakangan ini dilihat semakin rapat dengan Umno-BN termasuk terbaharu sekapal dengan pemimpin parti korup itu dalam misi bantuan kepada etnik Rohingya baru-baru ini.

Sementara itu, dalam program yang turut disiar secara langsung di laman sosial Facebook itu, Mahfuz turut menyaksikan majlis penyerahan permohonan keahlian dari empat cawangan baharu Amanah dan empat cawangan Bersatu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Pinang yang terletak dalam Parlimen yang diwakilinya.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir menerima permohonan itu bagi parti masing-masing. -MD



ULASAN GB

Seperti yang GB katakan sebelum ini bahawa PAS yang ada kini bukan PAS yang dahulu. Sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin dan ahli-ahlinya seolah-lah merekalah sahajalah penghuni syurga manakala yang lain ke neraka belaka.

Mengkafirkan orang lain, menuduh dan memfitnah sesuka hati malah terhalal sudah segala cercaan dan makian.

Bagi mereka yang masih mengarapkan kepada PAS untuk bersama dengan Pakatan Harapan, GB menasihatkan mereka supaya hentikanlah tindakan yang membuangkan masa dan tenaga itu seperti ungkapa di dalam pantun enam kerat ini

Apa di harap padi seberang
Entah berbuah entahkan tidak
Entah di makan pipit melayang
Jangan mengharap kasihnya orang
entah berbalas entahkan tidak
usah bersedih jika ia menghilang




FEATURED ADS




14 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Sejak projek pembersihan reformis berlaku dlm pas oleh geng ostad timur tengah di ketuai tontontvi din ayam abudoh... Di bantu dana umno dan glc Selangor sudah nampak perangai ularrmak yg sebenar

Ualrmak pas sejak sekian lama menanguh di air keruh. Ambil kesempatan di atas rformasi Anwar dan menang tganu serta di atas hindraf dan anti paklah..

Yg benci islam hadari adalah pas juga... Sedangkan hadari paklah yg buat islam itu bertapak spt tv alhijrah tv9 Astro oasis... Ini semua islam hadari yg berjaya oleh pak lah.

Tapi pas hentam islam hadari dgn ayat hadaratul islamiyah... Iaitu pemodenan islam ..sedangkan pak lah mahu islam moden yakni islam nabi itu kuno.

Ramai termakan dgn putar belit pas yg guna ayat ayat alkoran utk seaatkan ummah.

Tuhan balas cash bila pas berpecah juga kerana ayat ayat ciptaan nya.

Maka wujud amanah pasma dll.

Pas nampak Najib kaya araya wang 1mdobi maka menempelah ostad timur tengah kpd umno Najib. Tahu Najib perlu tongkat dan pak lebai haji korup nersedia jd baruah utk penyamun negara paling jahat dlm sejarah

Kenikmatan rm90 juta tiada tandingan

Tahfiz di bina . Ibu pejabat di tebus. Pertandingan chai berlaku. Kereta mewah dan bini bini extra menjadi jadi amalan wajib.

Balak di tebang rakus. Projek repair surau yg tak perlu repair . Program membazir dan bermewah do hotel besar jadi kebiasaan.

Haram djin pakai Range rover maka tmb pun nak pakai. Murshitdol beli porshe nama anak. Pemuda pakai mini cooper. Dewan ularmak beli q7 dan mampu beli lori serta kapal terbang

Semua duit komisyen dari 90juta!!!

Party ajaran sesat party ajaran setan party alim sembrono

Semua yg haram dulu dulu dah jadi halal... Maka pas hari ni adalah al alarqam yg dulu.. Sesat lagi haramjadah !!!

Pas akan berpecah lagi insyallah. Ini janji yg Maha esa. Utk beri peringatan kpd yg di atas.

Mahukah kita bersama party berpecah belah? Tentu tidak!

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS sendiri pun tak kesah kalau kalah PRu 14 nanti..modal dah ada (90j).kalau kalah boleh berniaga jual serban..

Dynamic Hijrah berkata...

Apakah strategi Mahfuz Omar yg masih duk dlm PAS?Kalau dh tk wala' kpd kepimpinan PAS keluar aje dari PAS dan pakat "all out" berjuang dgn parti yg memperjuangkan kebenaran. Bukankah lebih baik Mahfuz keluar PAS sebab keputusan keluar PAS akan menjadi ikutan kepada pemmpin2 PAS yg lain dan pengikut2 PAS yg ramai.

Tanpa Nama berkata...

Bukan lagi mengecut malah mengentut mengeluarkan bau2 busuk memmbusukkan nama islam. Cuba lihat apa2 kenyataan/penjelasan dr pas semua busuk2 belaka malah membusukan nama islam sbb gaya mrk serban tebal jubah seolah olah wakil pemimpin islam tp akhirnya menyebabkan msykt memandang org islam sempit spt pemikiran pas.

Tanpa Nama berkata...

Dynamuc hijrah...tak habis2 hujah kau pasal wala'...tuang presideng hang pun tak wala' dgn yusof qardawi selaku presiden kesatuan ulama sedunia...pergi iran tu wala' ke? Tak payah mengata org laaa...nasihat kpd si presideng al dedaki dulu...

Tanpa Nama berkata...

Pas.....jangankan mengecut, mati berangan pun lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

Dato bukan faham perangai PAS pqntai timur depa semua bukan buka mata sebab mata depa dah ditutup oleh pemimpin dengan agama lagi pula orang PAS pantai timoq bukan perenah kuluaq dari kawasan jadi apa yang depa nampak hanya apa yang dibagi tau oleh pemimpin depa itulah sebabnya payah nak berundin sebab tulah Hadi Awang berani cakap apa pun depa kata semua betui biaq pi lah kat depa cuma kita la ni cuba pujuk ahli PAS yang tak dok di pantai timoq bagi depa sedaq pasai apa kita kena bagi UMNO kalah ketua pemuda PAS dah kata dah PAS bertanding bukan untuk nak kalahkan UMNO tapi nak berbincang untuk kuatkan islam dan bangsa melayu awat la ni melayu tak kuat ka bodoh piang

Tun Perak berkata...

Mahfuz ni saki baki yg tinggal utk penhijrahan yg terakhir dlm pas keluar parti. Hardcore pas yg berjuang hampir seluruh hidup mereka...alang2 keluar penghijrahan terakhir akan mereputkan pas yg dah semakin reput dan cacamarba.ni namanye strategi profesio al ala perangsaraf melumpuhkan walaunta dlm pas...kedah,dan utara mahfuz, pantai timur husam, selatan salahuddin...

Tanpa Nama berkata...

PAS akan menjadi Parti Dodo atay Parti Dinosor selepas PU14 jika bersikap macam sekarang....

Rata2 sahabat saya sudah mula meninggalkan PAS.....

Rakyat mahu tukar kerajaan... PAS pula mahu sepentas dengan Umno. Ini yang rakyat tak suka.

Tanpa Nama berkata...

Nick- A -Bodoh dah bagi discount dan putihkan dosa Rasuah hanya boleh bantut negara.
(shhh, 90j tu sedang dibersihkan, shhh!)

Tanpa Nama berkata...

.

Ahli PAS hanya mampu tidak aktif berbeza dengan ahli PKR yang bersuara mengkritik Azmin malah Wan Azizah.

Ahli PAS yang tidak suka dan yakin dengan kepimpinan sekarang sepatutnya mengikut cara Mahfuz yang berani mengkritik dan memberi pandangan yang berbeza demi masa depan parti.

Jika tidak lebih baik terus keluar dari parti.

Mereka yang masih teragak-agak dengan alasan sayangkan PAS tapi sekadar tidak aktif dan mereka yang masih mengikut atas sebab 'ulamak' fikirkan lah apa yang di lakukan oleh Mahfuz.
Dan lihat lah apa yang dilakukan oleh pemimpin dan apa yang di cakap oleh pemimpin.

Mudah-mudahan ahli PAS tidak tertipu dengan label ulamak kerana ingat ulamak akhir zaman lebih banyak yang palsu dari yang benar.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Memang semakin mengecut ..

Pemuda PAS Kelantan *punya* terus mengecut bila Husam mari bukan lari semasa ceramah baiah.

Jangan jadikan ketua yang 'mengecut' jadi pemimpin !


Tanpa Nama berkata...

Lidah Ilar dan Biawak berbentuk 'V'. Ada species Dhob HIJAU, lidahnya mcm coil spring ber 'Y' dihujung. Species Dhob ini dh tk ramai tinggal dlm 6,%.

Unknown berkata...

Sejak projek pembersihan reformis berlaku dlm pas oleh geng ostad timur tengah di ketuai tontontvi din ayam abudoh... Di bantu dana umno dan glc Selangor sudah nampak perangai ularrmak yg sebenar

Ualrmak pas sejak sekian lama menanguh di air keruh. Ambil kesempatan di atas rformasi Anwar dan menang tganu serta di atas hindraf dan anti paklah..

Yg benci islam hadari adalah pas juga... Sedangkan hadari paklah yg buat islam itu bertapak spt tv alhijrah tv9 Astro oasis... Ini semua islam hadari yg berjaya oleh pak lah.

Tapi pas hentam islam hadari dgn ayat hadaratul islamiyah... Iaitu pemodenan islam ..sedangkan pak lah mahu islam moden yakni islam nabi itu kuno.

Ramai termakan dgn putar belit pas yg guna ayat ayat alkoran utk seaatkan ummah.

Tuhan balas cash bila pas berpecah juga kerana ayat ayat ciptaan nya.

Maka wujud amanah pasma dll.

Pas nampak Najib kaya araya wang 1mdobi maka menempelah ostad timur tengah kpd umno Najib. Tahu Najib perlu tongkat dan pak lebai haji korup nersedia jd baruah utk penyamun negara paling jahat dlm sejarah

Kenikmatan rm90 juta tiada tandingan

Tahfiz di bina . Ibu pejabat di tebus. Pertandingan chai berlaku. Kereta mewah dan bini bini extra menjadi jadi amalan wajib.

Balak di tebang rakus. Projek repair surau yg tak perlu repair . Program membazir dan bermewah do hotel besar jadi kebiasaan.

Haram djin pakai Range rover maka tmb pun nak pakai. Murshitdol beli porshe nama anak. Pemuda pakai mini cooper. Dewan ularmak beli q7 dan mampu beli lori serta kapal terbang

Semua duit komisyen dari 90juta!!!

Party ajaran sesat party ajaran setan party alim sembrono

Semua yg haram dulu dulu dah jadi halal... Maka pas hari ni adalah al alarqam yg dulu.. Sesat lagi haramjadah !!!

Pas akan berpecah lagi insyallah. Ini janji yg Maha esa. Utk beri peringatan kpd yg di atas.

Mahukah kita bersama party berpecah belah? Tentu tidak!