18 Feb 2017

Halau Keluar Dari PAS, Lepas Tu Tuduh Mahfuz Pelari Kerusi...

Hadi: Keluar PAS jika tak sehaluan

Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mungkin berdepan tindakan disiplin oleh PAS jika siasatan mendapati beliau bersalah kerana kerap mengkritik kepimpinan parti.

"Saya dimaklumkan telah ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti.

“Kita tunggu sahaja keputusannya nanti," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik Bernama selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di Marang, hari ini.


Hadi juga dilaporkan menasihati pemimpin dan anggota PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar-dasar PAS agar keluar parti.

Rabu lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihatkan Mahfuz supaya keluar dari PAS daripada terus mengkritik dan menyerang parti itu.

“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang berkata PAS tidak perlu menunggu muktamar parti itu pada bulan April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana PAS sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.

Sehubungan itu, Mahfuz turut mencadangkan PAS menarik diri daripada kerajaan negeri Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.

Sebaliknya, Mahfuz menempelak timbalan menteri besar Kelantan itu dengan berkata, Nik Amar yang berlatar belakang pensyarah universiti serta berpendidikan Islam, tidak sepatutnya membawa sifat 'menghalau' hanya kerana ahli PAS mengambil tanggungjawab menegur parti. -mk


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Stail PAS, halau keluar dari PAS lepas tu fitnah dan tuduh dia bawa lari kerusi PAS dan akan dicanang bertahun-tahun.

Itulah yang berlaku terhadap pemimpin AMANAH yang pernah sebelum ini. Tidak cukup mereka dimaki-hamun sewaktu masih berada di dalam PAS, kemudian diikuti dengan grand design geng ulama menyingkirkan mereka dari PAS, setelah disingkir mereka ditempelak pula sebagai pembawa lari kerusi dan dijaja bertahun-tahun oleh para pewala PAS.

Nampaknya begitulah PAS: Sebuah parti yang ahlinya menjadi bodoh dan diperbodohkan - tidak boleh mengkritik parti atau pemimpinnya.

Apa pun organisasi, apabila suara ahlinya ditekan dan tidak boleh diluahkan ia akan menghasilkan satu ciri dogmatik yang merbahaya dimana ia akan membawa pembentukan masyarakat berfikiran sempit dan tidak boleh menyesuaikan diri dengan kumpulan lain. Inilah yang berlaku di dalam PAS kini.

Sedangkan Rasulullah sendiri boleh disanggah pendapatnya, takkanlah Tuan Presiden PAS tak boleh dikkritik lansung? Sebelum ini GB pernah membawa kisah ini:

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'
' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...

Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik? Maksumkah mereka? Tetapi nampaknya PAS telah mengajar ahlinya untuk mempertuhankan Hadi!





FEATURED ADS



14 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tuan Omar kata 400 000 akan hadir

Tapi setakat ni tak sampai pun 15 000 maxima pun 20 000

Campur geng silat geng uniforn geng merah dan budak tahfiz bawah umur. Cuti umum Kelantan pun takde ramai oghe kelate

Kena campur umno Pis berjasa bow tie baru dapat 25 000?

Apa dah hadi dgn sokongan melayu yg berkurangan kpd umno dan pas?

Tuan Omar pg ker? .. Sebab talian di sini jem! Line blakout

Kalau masih ada darah hijau muda ..pasti ada yg pergi walau kata mereka ppbm atau amanah. Perjuang islam kunun.aza kata jgn hukum mereka yg tak pergi kafir !!!

Tanpa Nama berkata...

Halau? Kalau dh tiada sefahaman elok la yg xfaham tu tinggalkan saja glgn tsb. Kan molek dari duduk mengata kat luaq perihal dlm rmh. Mmg tak molek. Dia pun ckp tinggalkan kerusi sbb itu membayangkan ada sikap amanah atau sayang akan wang (mcm kata kat exco PAS di Selangor la kan?). Sama la buat yg duk pelari sbb hilang sikap Amanah, tp ltk nama Amanah. Pelik & jelik bukan?

Tanpa Nama berkata...

itulah kelebihan PAN Islamic Party bersikap takfiri.

Lebai Roger berkata...

Sudah jelas hadi dah jadi toa pekong Paih.......jatuhnya daulah islam kerana ada toa pekong macam hadi.....

Din berkata...

Perhimpunan yg tidak ada roh Islam yg betul.. hanya utk menguji populariti parti poliik yg dh tak relevan...sikap perwatakan yg tak stabil emosi kacau bilau..itulah pashadik parti pembohong bersiri.

Tanpa Nama berkata...

Maaf lari dari tajuk.

Kami rakyat nak tengok sejauh mana ikhlasnya UMNO dengan RU355. Kalau betul ikhlas dan setuju tentu UMNO akan usaha dengan giat untuk luluskan RU355 dan percepatkan pelaksanaannya. Jangan cakap saja yang lebih, bersyarah berdegar-degar tapi buatnya tidak.

Jangan RU355 ni hanya satu retorik saja. Sila buktikan keikhlasan UMNO ke atas RU355. Sila bentangkan dalam parlimen, luluskan dan laksanakan RU355 sebagaimana yang diucapkan di perhimpunan itu.

Tanpa Nama berkata...

Edologi syiah dah meresap masuk ke dalam hati pengamal dan pengikut PAS.

Unknown berkata...

sALAM:


tUAN MALAYSIABARU,saya mengangarkan 400k semata-mata,ahli2 pas ramai yg hardcore,inilah jumlah ahli pas sebelom kes dsai 1998,hanya lebih kurang 400k.

Memandangkan mereka dapat publisity meluas termasuk khatib jumaat,tiada watercannon/teargas,tiada police blockage, ganguan geng jamal samseng,tangkapan ketua2 dan support bus yg banyak tentulah saya jangkakan,a yg kenali pas dulu tentu akan ALL OUT,mereka tentu akan mempertahankan Hadi HABIS-HABISAN.

Sebaliknya sangkaan saya meleset,ikut kata malaysikini sampai 10.45pm dianggarkan 55k dan polis lagi best,biasalah dia,sehingga pkl 9pm 20ksahaja.

SEDIH juga,tadi saya berjumpa ramai kawan2 pas saya,majoritynya,taknak pergi,adalah lebih baik duduk dirumah jimat tenaga dan duit.kebanyakkan mereka fedup,dah malas dah nak berpolitik.

Tapi yg peliknya,ada ahli2 pas cuba nak mempermainkan gambar(TANGKAP DARI JAUH) agar ianya nampak 200k.Bayangkan padng merbuk cukup menampung max capacity cuma 30kshj +10-20% dgn bukit2 kat-situ.Kalau max bererti peserta-peserta kena duduk macam sardirn,lelaki/perempuan kena berkepit!!mustahil kan?ataupun ganti-ganti,5jam 30k lepastu diganti 30k peserta lain pula!mustahil!maknanya apa yg ditulis oleh malaysikini memang ada kebenarannya.selebihnya berada dibuki2 dan berpeleseran di tepi2 jalan.


ini bermakna apa yg dicita-citakan oleh hadi tak kesampaian,andaikata dlm imiginasi nik abduh kata 200k,
ahli pas 1juta,200ksudah menyeberang,tinggal 800k.

Andakata imiginasi ahli2 pas kata 200k mana balance 600k.Adakah yg tak hadhir itu penyokong-penyokong AHOK??????.

sAYA FAHAM INI message JELAS DARI RAKYAT PADA PAS,mereka diTOLAK,tak MAMPU MENGUMPULKAN 400K AHLI2 HARDCORE ASAL.

WALAUPUN PERHIMPUNAN YG DISEDIAKAN PERMAIDANI MERAH,TERMASUK KEDATANGAN SYED HAMID & DATO'Jamil khir.TIDAK BAWA BANYAK ORANG ATAS PAGAR.NAK KUMPULKAN AHLI2 SENDIRPUN SUSAH.(TERPAKSA BUAT MCM UMNO SEDIAKAN BAS)

PADA ph+ppbm,AMBILLAH PELUANG YG ADA INI,BERPAKATLAH GUNAKAN STRATEGY YG BIJAK JANGAN BERGADUH SESAMA SENDIRI,INI ADALAH JALAN TERBAIK..MAJORITY RAKYAT MELIHAT,MENDENGAR,Mereka diluar sana compose 80-90% yg menentukan parti2 politik,jgn biarkan mereka MELUAT sehingga mereka MALAS MENGUNDI,PENGAJARAN KAWAN2 SAYA DARI HARDCORE PAS,YG DAH MALAS BERPOLITIK.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

.
.



Alhamdulillah.

Selawat ke atas Nabi saw.

Rasullullah memimpin dengan cara memberi bimbingan dan sama-sama memberi pandangan berkaitan hal yang nyata iaitu keduniaan yang memerlukan pertimbangan akal fikiran. Tidak ada suatu pun yang terlepas dari pengetahuan Allah dan mustahil, semasa menentukan strategik berperang, Allah tidak bersama Rasullullah ? Dan adakah Rasullullah 'terlupa' Allah seketika..?

Sahabat Rasullullah, Khabab bertanya kerana menganggap hidup ini urusan Allah dan segala-galanya adalah Allah semata-mata.

Begitu lah manusia hari ini mudah menyerahkan segala-galanya pada Allah termasuk yang tidak betul (takdir). Cukup sekadar niat dan menerima apa jua atas nama Allah atau Islam. Wallahualam.

Tidak terlintas kah Rasullullah, kemulian dan sifat sempurna tercemar apabila di tanya oleh sahabat ? Apakah umat Islam menganggap Khabab lebih pandai dari Rasullullah ?

Tidakkah Khabab sepatutnya di anggap sebagai agas-agas seperti mereka yang hari ini mempersoalkan pembentangan RUU dan meragui cara ianya di bentang?

Jika 1984 pembentangan RUU tidak ada masalah se hingga perlukan berhimpun, apakah pada 1984 cara ianya di bentang sama seperti yang 'tiba-tiba' di masukkan ke dalam perkara yang akan di diusulkan oleh Hadi ?

Pemimpin mana yang berkuasa termasuk yang berilmu hari ini yang sanggup mengaku bukan dalam 'pengetahuan aku' seperti Rasullullah yang sanggup mengatakan bukan nya wahyu ? Kalau tidak wahyu tak kan tidak di beri petunjuk seperti seorang Nabi ?

Malah Khabab tidak di halau dari mesyuarat tersebut walau pun ramai mengetahui Rasullullah telah banyak berperang menentang musuh !

Atau apakah kedudukan Khabab seperti Nik Abduh atau Zuhdi yang boleh berkata begitu pada seorang pemimpin kerana diberi perhatian yang lebih dari yang lain ?

Pandangan ini datangnya dari akal dan fikiran ku bukannya 'ilham' yang di turunkan dari Allah. Kerana diri ku ini tidak mahu melihat semua cahaya itu baik sehingga kelakatu mati jua dengan tarikan kilauan dari cahaya yang panas.

Kepada Allah di kembalikan .


ps Tahniah PAS. Semoga PAS tidak di kencingkan oleh UMNO di persidangan parlimen nanti. Amin.


Tanpa Nama berkata...

Tandanya PIS dah nak mampus...spt anon 8.32 yg masih walaunta kpd presideng kesayangan al-hadi ah wang

Unknown berkata...

Sudah setaraf mereka seperti mullah di iran

Tanpa Nama berkata...

Sikit pun X heran jika ramai datang dari seluruh negara sbb mereka disambut dgn karpet merah,senyuman manis polis dan bas dan makanan percuma, tiada fru (jika ada pun cuma trak tp polis pru bercuti ramai2)..itu pun masih dikira gagal sbb tak ramai hadir.

Tanpa Nama berkata...

Presideng batok

Tanpa Nama berkata...

Ye ye... Kala gitu Haji Hadi pun kena le lepaskan kerusi Marang sebab dulu pas lawan umno tapi sekarang kawan umno x gitu?