18 Feb 2017

PAS Terlupa: Luluskan Rang Undang-Undang Di Parlimen Bukan Di Stadium!

Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium [25/10/2011]

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini.


Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).

Kenyataan Ustaz Harun itu merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.

PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.

Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.

Menurut Ustaz Harun lagi, undang-undang hudud yang telah diluluskan di Terengganu dan Kelantan menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bagaimana untuk menangani permasalahan murtad mengikut apa yang terkandung dalam syariah Islam.

Beliau turut mengulas mengapa PAS tidak terlibat secara rasmi dengan Himpun baru-baru ini.

"Himpunan adalah satu program yang dianjurkan oleh NGO dan sebagai sebuah institusi politik, PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama kerana isu agama mesti dibuktikan melalui tindakan dan itulah apa yang telah PAS lakukan, meluluskan akta murtad tempatnya di Parlimen dan bukan melalui cara berarak," ujarnya yang juga Adun Manir. -harakahdaily (25/10/2011)

ULASAN GB

Nampaknya PAS yang meduduh Mahathir mudah lupa, rupa-rupanya tuduhan itu kembali kepada PAS semula bahawa PAS YANG MUDAH LUPA!

Dari berita yang diambil dari arkib harakahdily di atas, jelas sekali bahawa PAS ketika itu menyatakan Rang Undang-undang Hudud perlu diluluskan di Parlimen dan bukannya di stadium! Maka itu PAS tidak mahu terlibat dengan program HIMPUN atas alasan kononnya PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama.

Ia amat bertentangan dengan usaha PAS kini yang cuba untuk mendapat sokongan rakyat RUU 355 melalui perhimpunan esok di Padang Merbok.

PAS sebelum ini telah beberapa kali tidak menyertai sebarang perhimpunan yang ornag lain anjurkan di atas alasan PAS kini mengamalkan politik matang. Demonstrasi dianggap tidak lagi sesuai oleh PAS, malah Presiden PAS menganggapnya ia kerja bodoh.



Mengenai RUU 355, ia telah dibacakan sebanyak dua kali dan kedua-dua kali itu PAS sendiri yang menangguhkan. Pelik sungguh, dia yang cadang dan bentang dia yang mohon tangguh dan kemudian nak bawa ke Padang Merbok pula! Kegilaan apakah ini?


Kemudian tersebar satu e-poster di media sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan PAS Pahang yang memuatkan kenyataan Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat hadir di Himpunan RUU esok.

Didalam poster itu terbitlah satu bait ayat:

Kita akan jadikan H355 sebagai perhimpunan terbesar umat Islam di negara ini. Jauh lebih besar dari perhimpunan Bersih sebelum ini.


PAS telah lama tidak menyertai perhimpunan BERSIH dengan alasan mula-mula tadi iaitu kononnya mengamalkan politik matang dan tidak mahu terlibat dengan demonstrasi.

Sekarang ini untuk H355, TITM menyatakan mahu jadikan himpunan itu lebih besar dari perhimpunan BERSIH. Jelas sekali ketidak-ikhlasan mereka untuk berhimpunan - iaitu - untuk menandingan himpunan BERSIH dengan jumlah yang lebih besar!

Maka dikerah semua orang termasuk kanak-kanak ke perhimpunan berkenaan.



Jadi nawaitunya sejak awal sudah tidak betul. Nak tunjuk H355 dapat menandingi BERSIH. Mungkin ramai yang terpedaya dengan PAS di atas nama agama dan penyatuan bangsa untuk H355, tetapi itulah PAS akan dapat. Sedangkan tujuan sebenar untuk mendapat sokongan ahli parlimen bagi meluluskan Rang Undang-undang itu akan menemui kegagalan.

Ini berdasarkan kepada sepotong hadith dari Rasulullah dalam sabdanya:

ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Barangsiapa yang hijrahnya untuk kepentingan duniawi, atau kepentingan wanita yang dinikahi, maka manfaat hijrahnya pun sesuai dengan apa yang dituju.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. H355 itu hanya bertujuan politik semata-mata untuk memperbodohkan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini. Ia hanya bakal membangkitkan dan menebalkan sentimen keagamaan dan memarakkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia!

VIDEO BERKAITAN








FEATURED ADS



25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tangkap gambar kanak2 yang hadir dalam himpunan, ambil nama, no kp/mykid. Itu kesalahan yang nyata dalam Akta Perhimpunan Aman.

Mana2 himpunan pun sama.

abrarmujahideen berkata...

Ulama suk..ulamak duniawi lebih hina dari pelacur jalanan.

Tanpa Nama berkata...

Khatib tadi baca khutbah suruh bawa ahli keluarga ke pdb merbok. Tak haram ke campur jantina? Soalan ulangan juga tu yg jawapan tu turut lupa. Hukum ikut musim.

Tanpa Nama berkata...

.

PAS tidak lupa. PAS ingat.

Sebab ingat itu lah PAS buat macamana UMNO buat.

Usul RUU pun tidak akan di angkat di Parlimen.

Kan PAS ganti UMNO ?

Tun Perak berkata...

Presideng, dan timbalanye dah mabuk ketum ke pilkuda....semua kebodohan yg di ucap...kembali pada tuang nye...

Tanpa Nama berkata...

Himpunan RUU355 sebenarnya bukan untuk tunjukkan sokongan kpd RUU, tapi sebenarnya untuk tunjuk kekuatan himpunan PAS berbanding dgn himpunan BERSIH

Tanpa Nama berkata...

Ulama` yg menjadi pewaris Nabi ialah ulama` yg tidak melutut di kaki pemerintah, tidak takut di penjara malah sanggup berkata kpd pemerintah yg zalim :``Kamu telah melakukan kezaliman, kerosakan,kemaksiatan`` dgn secara berhadapan kpd pemerintah. Dan kemudian memberikan cara / kaedah bagi memperbetulkan segala yg salah itu berpandukan Al Quran, Sunnah , Ijma` dan Qias. Ulama` pewaris Nabi tidak akan membisu dpd menyatakan yg haq dan menyebarkannya.

Adakah selama ini Majlis Syura Ulama pas menjadi rujukan pemerintah Malaysia..
Maka jelas pas telah diperkuda dan akan terus diperkuda pemerintah demi meraih sokongan politik. Selagi masih Cinta dunia dan takut mati , sesia saja . insaflah

Unknown berkata...

Salam:


Demo PAS kali sungguh berlainan taiada rintangan malah galakkan,Andaikata PAS tak dapat menghimpunkan paling minima 400k di kira gagal.Tidak seperti bersih, sammpaikan khatib jumaatpun melarang menhadiri himpunan bersih dgn alasan menganggu ketenteraman hukumnya haram.

Kemudahan yg pas dapat untuk berdemo:
1.TIADA police blockage di setiap entrance.
2.Mengunakkan gambar Mufti wilayah dan Ustaz azhar idrus untuk meramaikan pendemo-pendemo.
3.Media-media perdana tiada memburukkan perhimpunan pas.
4.Pertolongan khatib membaca khutbah mengalakkan orangramai menghadirinya.
5.kelantan cuti pada hari sabtu,semata-ata nak berhimpun.
6.bantuan keewangan dari selangor dan kelantan untuk membiayai belanja bus dan mkn minum ptang.
7.Dengar ceirta jamil khir hadhir/pemuda umnopun hadhir.

Untuk himpunan bersih adalah berlawanan dari atas.Tapi boleh menghimpunkan 500k.

Kita tunggu dan lihat,perjuangan yg TIADA SUSAH-PAYAH dan BERMUJAHADAH.

Ahli2 pas sebelom 1998,sebelom EXODUS Keluarnya sokongan,ORANG2 TAK BERPARTI dan ahli2 melayu umno ka PAS adalah 400k.

Jadi ujian HADi/PAS,semata-mata nak tenguk kekuatan grass-rootnya.Di malaysia ramainya ahli tak semestinya menang pilihanraya.80-90%.. orang atas pagar yg memainkan peranan.Hanya 5-10% sahaja ahli2 politik yg menetap di sesuatu tempat.1986 pas pernah menunjukkan kekuatan dgn konvoi motor yg begitu ramai SEKALI di kuala terengganu,tetapi mereka kalah teruk di sana(semasa amanat hadi tengah rancak).saya harap pemimpin2 PH+BERSATU,Diharap dari sekarang lupakan PAS,Sebenarnya ini suatu ADVANTAGE yg BESAR Bagi PH+BERSATU,kerana rakyat2 atas pagar akan memerhatikan ini,terutamanya non-muslim DAN orang2 MELAYU yg boleh berfikir,mereka jelas akan menganggap bibit IS ala Taliban akan muncul,inilah salah-satu sebabnya Najib/zahid diam membisu.

sekian .

The Phantom berkata...

Apa guna berhimpun bagai nak rak, berucap meletop2, sedondon berpimpin tangan tapi akhirnya tak sampai ke mana pon. Nak bentang di Parlimen tak boleh, kelulusan pon tak dapat. Silap haribulan sampai PRU14 pon RU355 tu tak lulus2, sampai sudah tak dapat dilaksanakan. Last2 semua jadi sia2........yg untungnya ialah "rakan karib yg sedondon" tu........bukan tumpang sekaki tapi 2 kaki.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah umno setuju..buat aje lah..x payah nk berhimpun mintak sokongan lagi..dasar ulamak bangsat dedak 90juta..

Tanpa Nama berkata...

Di masjid tempat aku yg dikontrol pas, khatib punya semangat mcm nak runtuh masjid dan nak pecah gendang telinga! Ustaz pas ni klu tak menjerit2 tak puas hati agaknya. Lps tu dok salahkan org krn tak pedulikan ttg ruu355. Elok la tu, makin ramai org meluat dgn pas.

Tanpa Nama berkata...

.

.
Tak payah lah buat perhimpunan sampai susah payah macam itu.

Dari nak buat kerana Allah, alih-alih nak buat untuk lawan BERSIH.

Panggil ramai-ramai. Buat solat hajat. Baca doa.

Gunakan lah Valet Doa. Baca doa kena bayaran pun nak bising. Penceramah yang tetapkan harga senyap.

Baca doa di Mekah salah. Baca doa di tengah padang untuk kepentingan politik tak salah.

Kalau upah baca doa 'penjual agama', bagaimana pula kalau yang usul undang-undang sepatut nya diluluskan oleh parlimen di bawa ke padang ?

Tanpa Nama berkata...

Ada 2 tambahan halagan yg besar dihadapi oleh bersih.

1.PRE-EMPT yg dilakukan oleh police menangkap penganjur,para aktivis dan reformis2 sebelom bersih bermula.

2.Atas restu umno,melepaskan samseng2 baju-merah menganggu-gugat/provokasi activis2 bersih.
(tujuan di atas untuk menakutkan pendemo,agar jgn hadhir,jika mereka tak hadhir,akan digembar-gemburkan,bersih GAGAL).

untuk pas di SEDIAkan CARPET MERAH..KALAU TAK DAPAT capaian 1juta pendemo,muka nak letak mana.

Penyu Merbok berkata...

memng sgt jelas niat himpun utk politik. bukan politik pas tp utk umno.

selain niat utk lawan bersih..ia akn dijadikn pentas utk menyindir pihak yg tidak mnyokong ruu.. sekali gus utk dijadikn alasan sesapa yg menolak ruu yg dibawa pas sebagai menentang islam.

kenapa himpun di p.merbok kl. sepatutnya berhimpun di kota bharu kelantan. bukankah ruu utk rakyat kelantan saja? buat apa nk kecoh di kl klu bukan niat politik.

pada peserta himpun tu... jgn lupa niat utk himpun iaitu.. sahaja aku berhimpun utk lawan bersih kerana politik

Tanpa Nama berkata...

yang nak meluluskan adalah pemimpin-pemimpin politik Islam di parlimen... jadi nak tunjuk kepada pemimpin-pemimpin yang banyak buat maksiat bahawa orang Islam awam/orang Islam biasa mahukan undang-undang Allah ini dilaksanakan agar pemimpin-peminpin Islam dan orang awam Islam ada rasa takut kena denda yang agak berat sedikit ...kalau pun tidak takut dengan Allah.....

Tanpa Nama berkata...

.

PAS nak menunjuk-nunjuk parti mempunyai petugas dan tenaga kerja yang ramai.

Lebih ramai dari peserta himpunan.

Apa yang sepatut nya pemimpin PAS perlu buat ialah mengadakan demontrasi merotan di hadapan peserta.

Allahhuakbar.


Tanpa Nama berkata...

Kuat berhimpun pun buat apa, masuk pilihanraya kalah mcm ayam berak kapur...tambah2 bila bersendirian...bila kalah dan tak ada kuasa, jadilah spt dulu, nak masuk masjid nak bagi ceramah pun kena halau...puuiii..

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi pernah masuk penjara ke? Nak dengar dia dedah isu2 penyelewengan dlm negara pun susah...

Tanpa Nama berkata...

Aku guna valet himpunan ari ni...duduk rumah jea tengok tv...hehehee...

Tanpa Nama berkata...

Betul2...kalau tak dpt sejuta malulahh...

Tanpa Nama berkata...

Kepada mereka yang menghadiri perhimpunan ini, anda sebenarnya hanya membuang masa tanpa tujuan yang jelas. Adakah dengan menghadiri himpunan ini rang undang-undang ini akan diluluskan. Tidak sama sekali, kerana bila sesi parlimen dibuka nanti Tuan Guru Haji Hadi sendiri akan membentang untuk ditangguh. Jadi bila ianya akan dibahas dan kemudiannya diundi. Jika tak ditangguh pun, bila diundi pun adakah semua ahli parlimen Islam dari UMNO akan undi menyokong. Tentu sekali tidak. Walaupun mereka mungkin tidak menolak, tetapi mereka tidak akan mengundi untuk menyokong. Untuk dilihat mereka ini tidak menyokong dan tidak menolak, tindakan mereka ialah tidak menghadiri sidang parlimen pada sesi pengundian nanti. Jadi apa tujuannya untuk berhimpun, tiada apa pun yann berfaedah selain dapat panas dan penat sahaja.

Tanpa Nama berkata...

.

Islam sangat kah mereka dengan menyokong RUU ?

Baik sangat kah akhlak mereka jika tanpa sedar pemimpin Islam lah yang cakap berbelit-belit.

Lebih baik selesai kan saman 90 juta dulu jika benar-benar kamu pemimpin Islam ?

Unknown berkata...

jadi buat bersih..dapat apa..baju kuning..mcm tu ke..sejak ada akta himpunan aman ni..ramai yg buat perhimpunan.

Tanpa Nama berkata...

Salah. Tujuan himpunan utk faedah politik umno DAN pas. Mana mungkin pas tak dpt manafaat politik drp perhimpunan ini. Tujuan perhimpunan JUGA utk menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan hj hadi dan kroni2 dia

Tanpa Nama berkata...

Ulamak musang berjanggut...ulamak musang..