20 Jan 2017

Pelaburan Dari China, Satu Bentuk Penjajahan Baharu?

Johor akan dipenuhi warga China?

Sehingga 2008, Putrajaya dibangunkan dengan kos sekitar RM12 bilion. Kota pentadbiran baru kerajaan persekutuan itu pernah mendatangkan polemik politik pada 1998 yang dikatakan sebagai projek yang membazir.

Projek itu dikatakan membazir kerana dibangunkan ketika ekonomi Malaysia dalam keadaan tidak stabil dengan ringgit jatuh sehingga ke paras lebih RM3.50 berbanding AS$1 sehingga memaksa perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad menambat nilai ringgit.

Dr Mahathir akan dikenang sebagai perdana menteri yang membangunkan Putrajaya. Rumah rasmi perdana menteri yang kini didiami oleh Najib Razak dahulunya juga dituduh dibuat untuk memenuhi nafsu Dr Mahathir.


Rumah rasmi kerajaan itu khabarnya ada enam bilik. Ia pernah menimbulkan keraguan mengapa ada keperluan begitu sedangkan Dr Mahathir tidak memiliki sehingga enam orang anak.

Apabila melepaskan jawatannya kediaman itu digunakan oleh PM seterusnya.

Hari ini, kita saksikan sebuah projek yang berkali-kali ganda besarnya berbanding Putrajaya. Projek pembinaan empat pulau buatan manusia di Johor itu dinamakan Forest City.

Sebelum ini, rakyat Malaysia dan peminat bola sepak mungkin tersedar nama “Forest City” hanya pada jersi pasukan bolasepak JDT sahaja.

Projek berkenaan menjadi sebutan hangat kebelakangan ini apabila dikatakan akan menempatkan lebih 1.5 juta orang luar, khususnya dari China. Angka itu dipetik oleh Dr Mahathir sendiri, termasuk ketika melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Shah Alam tempoh hari.

Mungkin orang Johor sendiri belum begitu jelas, di manakah Forest City itu. Dua projek mega di Johor sebelum ini - Iskandar Malaysia dan projek Rapid di Pengerang - sudah berjalan dan sebahagiannya sudah siap.

Dengan dua projek itulah menjadikan Johor sebagai negeri tertinggi mendapat pelaburan asing di Malaysia.

Pasaran bukan untuk Melayu

Forest City bukanlah sebuah projek atas tanah negeri yang sedia ada. Bandar baru itu dibangunkan di kawasan laut wilayah Johor dengan empat pulau baru akan dibina hasil daripada tambakan laut.

Media luar melaporkan, projek berkenaan akan melibatkan kos sebanyak RM100 bilion, atau dengan mudah bolehlah dikira hampir 20 kali ganda daripada kos pembinaan Putrajaya.

Tentunya jumlah itu bukanlah kecil. Dalam pertumbuhan negara yang tidak begitu baik, hampir mustahil ada sebuah syarikat pembangun harta tanah mempunyai wang sebanyak itu untuk membangunkan projek yang 20 kali ganda berbanding pembinaan Putrajaya dahulu.

Oleh itu, projek berkenaan dilaporkan dibangunkan dengan wang dari luar, khususnya China. Di dalamnya juga dilaporkan akan dibina 700,000 kediaman yang harganya juga bukan kepalang tinggi dan mahal-mahal belaka.

Seperti persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir, siapakah antara rakyat Johor yang akan membeli unit-unit rumah di Forest City?

Nama Forest City itu saja sudah begitu "komersial" untuk pasaran luar, kerana ia tidak dinamakan dengan bahasa Melayu. Dari situ terhidu bahawa pasaran Forest City bukanlah untuk orang Melayu, dan bukan pula khususnya untuk orang Johor.

Populasi rakyat Johor hari ini adalah sekitar 3.5 juta orang, atau kira-kira 40 peratus lebih rendah daripada keseluruhan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

Mungkin munasabah untuk Dr Mahathir berasa bimbang mengenai siapa yang akan mengisi unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di Forest City itu kelak, yang dilihat tidaklah seimbang dengan jumlah populasi rakyat Johor.

Inilah asas kebimbangan ke atas sebuah projek mega yang tidak pernah wujud bukan sahaja dalam sejarah Johor, tetapi juga dalam sejarah Malaysia.

Pada masa sama, projek tambakan laut dan pembinaan unit kediaman mewah bukan saja menimbulkan keresahan di negara kita, tetapi juga di beberapa kota dan negara lain di dunia.

Sebagai contoh, di Jakarta bantahan terhadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, bukan sahaja pada isu agama, tetapi kemasukan sejumlah besar orang China yang tidak terkawal dan membeli unit-unit kondominum mewah di kota raya itu.

Wajib jadi hebat semula

Kaum Tionghua Indonesia sendiri tidak begitu selesa dan tidak menyenangi orang Tionghua dari Tanah Besar China. Walaupun ciri-ciri kebudayaan mereka masih ada kesamaan, tetapi yang paling dibenci adalah aspek bahasa yang berbeza.

Masyarakat Cina Indonesia masih kental dengan semangat nasionalismenya dengan menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa harian, sedangkan orang Tionghua dari China tetap bercakap bahasa Cina sama ada di pusat beli-belah sehinggalah ketika menaiki teksi.

Apakah keadaan yang menimpa dan mulai mendatangkan masalah kepada warga Jakarta sekarang, akan berlaku pula di Johor?

Begitulah peringatan Dr Mahathir mengenai jumlah penduduk bukan pribumi yang ramai dan menguasai Singapura satu ketika dahulu akhirnya menjadi antara punca sebuah pulau milik Johor terlepas daripada kekuasaan penduduk asal, khususnya orang Melayu.

Semua itu berlaku apabila Temenggung menandatangani perjanjian dengan British. Keadaan bertambah parah dengan kelekaan penguasa Melayu yang mabuk dengan kemewahan sementara.

Bagaimana pesat, bersih dan hebatnya Singapura pada hari ini, pulau itu bukan lagi di bawah kuasa Melayu dan sudah pun terlepas daripada Malaysia. Pulau itu membentuk identitinya sendiri di tengah-tengah Nusantara yang dikuasa oleh pribumi sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.

Menangis air mata darah pun, pulau atau wilayah yang sudah hilang akan tetap hilang. Persoalan hari ini adalah, apakah yang akan terjadi di sebuah lagi wilayah di dalam negara ini apabila begitu ramai pendatang dari luar - khususnya dari China - akan memilik unit kediaman di Johor?

Kesannya mungkin bukanlah dalam tempoh singkat, tetapi yang harus difikirkan untuk 20, 30, 50 atau 100 tahun akan datang.

Kita hanya tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, seperti lirik lagu Anak Kecil Main Api.

Mungkin benar, kuasa itu masih ada di tangan orang Melayu, iaitu kuasa mengundi untuk menggantikan sebuah kerajaan yang mengizinkan semua ini terjadi kepada kerajaan baru yang akan kembali membela nasib rakyat tempatan.

Selain diselamatkan, Malaysia wajib kembali menjadi hebat. Wajib!

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi


Ini apa yang kami jumpa dilaman sosial. 

"Aku anak Johor. Selalu ke Forest City. Harga rumah memang mahal. 1 juta ke atas. Selalu bawa member. Pemandangan memang la cantik. Tapi sayang nak bergambar langsung tak dibenarkan. Terasa hinanya diri bila warga asing yang melarang.." - Anak Johor.


Dan apabila kami scroll di ruangan komen, kami jumpa ini.

"Walaupun kebenaran memang pahit, ya 100% benar kenyataan itu" - Naqim.


"Memang ramai warga China yang beli. Setiap minggu ada je yang datang tengok by bas" - Terumbu Karang, Hafiz Awang.



"Aku setuju sebab aku pun pernah kena, tapi aku tak berdiam diri, aku balas balik kata-kata pak guard warga asing tu" - Al Grasso Zeed.



Dalam pada itu, kami juga ternampak sebaran Lina Ina.



Menurut individu yang berkongsikan gambar tersebut di laman sosial, di Forest City, pembeli boleh melakukan urusniaga jual-beli dengan menggunakan matawang Yuan (China). Mungkin kerana terdapat ramai pelancong dan pekerja dari China di sana agaknya yang membuatkan matawang tersebut diterima secara meluas di kawasan Forest City. 

Namun ada juga pihak yang menafikan sebaran gambar tersebut. Menurut pihak yang menafikan, Forest City masih lagi dalam frasa pembangunan. Belum disiapkan lagi sepenuhnya mana mungkin wujudnya kedai yang telah beroperasi. Oleh itu, haruslah netizens menghentikan sebaran gambar-gambar yang mendorong ke arah fitnah.

Mana satu yang betul agaknya?

Kita tunggu jawapan dari orang-orang Johor sendiri.


Ini apa yang kami jumpa dilaman sosial. 

"Aku anak Johor. Selalu ke Forest City. Harga rumah memang mahal. 1 juta ke atas. Selalu bawa member. Pemandangan memang la cantik. Tapi sayang nak bergambar langsung tak dibenarkan. Terasa hinanya diri bila warga asing yang melarang.." - Anak Johor.


Dan apabila kami scroll di ruangan komen, kami jumpa ini.

"Walaupun kebenaran memang pahit, ya 100% benar kenyataan itu" - Naqim.


"Memang ramai warga China yang beli. Setiap minggu ada je yang datang tengok by bas" - Terumbu Karang, Hafiz Awang.



"Aku setuju sebab aku pun pernah kena, tapi aku tak berdiam diri, aku balas balik kata-kata pak guard warga asing tu" - Al Grasso Zeed.



Dalam pada itu, kami juga ternampak sebaran Lina Ina.



Menurut individu yang berkongsikan gambar tersebut di laman sosial, di Forest City, pembeli boleh melakukan urusniaga jual-beli dengan menggunakan matawang Yuan (China). Mungkin kerana terdapat ramai pelancong dan pekerja dari China di sana agaknya yang membuatkan matawang tersebut diterima secara meluas di kawasan Forest City. 

Namun ada juga pihak yang menafikan sebaran gambar tersebut. Menurut pihak yang menafikan, Forest City masih lagi dalam frasa pembangunan. Belum disiapkan lagi sepenuhnya mana mungkin wujudnya kedai yang telah beroperasi. Oleh itu, haruslah netizens menghentikan sebaran gambar-gambar yang mendorong ke arah fitnah.

Mana satu yang betul agaknya?

Kita tunggu jawapan dari orang-orang Johor sendiri.

-Dari Amenoworld



ULASAN GB

Nampaknya kebimbangan yang dicetuskan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir di dalam ucapan pelancaran partinya beberapa malam lalu ada asasnya.


Kebimbangan yang sama turut diluahkan oleh Sultan Perak, Raja Nazrin Shah dengan menyifatkan fenomena ini sebagai satu bentuk PENJAJAHAN BAHARU,

VIDEO BERKAITAN



FEATURED ADS



27 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Betul cakap hasmi

Tapi Malaysia tidak akan jadi hebat.. Tidak !!!

Cuba bayangkan anak anak komunis berkeliaran di pasir gudang di pintian di jb di muar di pagoh..

Dulu sibuk MAT INDON . kemudian MAT BANGLA . Seorang MAT ROHINGYA.

esok MAT KOMUNISSS!!!

Tak cukup BRITISH BAWAK MASUK CINA DAN INDIA..BENGALI..dengan izin raja pemerintah dahulu samafa secara ikhlas atau paksa..

Hari ni .. PM kita sendiri yg buka. Raja atau Maharaja membawa 700 000 (itu anggaran bloimberg) ia mungkin cecah 4juta komunis seperti mana ada 8juta mat indon mat Bangla dan mat rohongya skrg!!!

JANGAN KATA 700 000 ANGKA LAPUK.. IA SEMESTINYA CECAH 4 000 000 JIKA KONSEP GADAI TANAH SEPSRTI INI BERTERUSAN..

Bloimberg bijak buat anggaran sebab skrg pun dah ada 8juta mat asing di MalaysiaL !!!

Mau tak Mau kita ikut saja kata PM seperti mana kita ikut cakap raja kita semasa di zaman British dulu !!!

Jangan derhaka !!! Terima hakikat kita akan ada tetamu baru dari tanah besar China yg di bawa oleh MAT BUGIS !!!

Tanpa Nama berkata...

Apa macam org johor(bangsa johor).3.5 juta penduduk johor selama ini bangga dgn tagline bangsa johornya.last2 kena jual.forest city bakal jadi hongkong ke 2.selepas tanah besar china.sejarah pasti berulang dont worry.tak kira lah projek tu buat atas air ke,bawah air ke,xmelibatkan tanah ke,bagaimana pulau pinang terlepas dari kedah akibat perjanjian sultan terdahulu dgn pihak british francis light?sultan waktu tu dikencing oleh pihak british kata nak back up kedah jika kerajaan siam menyerang kedah.suku dari kedah(yala,pattani,songkla etc) bole pd kerajaan siam.pulau pinang boleh dekat british,kedah gigit jari.
bagaimana kota a famosa terbina bersebelahan dgn istana sultan melaka akibat penentangan org melayu terhadap penjajah.sultan melaka izinkan alfanso de albuquerque bina kota pertahanan (a famosa) dgn alasan al fonso akan back up istana jika diserang dgn penentang org melayu/penjajah luar.last skali kota a famosa duk tesergam indah smpi skrg,istana melaka hilang ntah kemana.sultan smpi skrg pon tak ada dimelaka.
dan yg terakhir wahai bangsa johor adakah kalian ingat akan susuk tubuh yg bernama lee kuan yew.adakah anda tahu dia hanya datang sehelai sepinggang bersama kapal arang dari tanah besar china waktu itu.dia datang sebagai imigran shj.tapi kesilapan(kebodohan kot)pemimpin malayan union/persekutuan tanah melayu waktu itu.liciknya lee kuan yew bukan dpt sebidang tanah tp dapat sebuah negara.yg bernama singapore sampai skrg.
Lagi 200 tahun(klu dunia xkiamat lagi) atau generasi ke-4 dari sekarang.mgkin johor akan hilang dlm peta malaysia.kesan akibat pemimpin sekarang,nauzubillah.
Sejarah Kerajaan islam terdahulu ottamniyah,palestin,tanah arab,sebahagian benua africa bagaimana ia jatuh semua ada cacatan sejarah.adakah kita akan mengulanginya lagi?
#mohon maaf andai tulisan saya melukakan hati anda.tp itu adalah kenyataan yg kita patut terima.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua salah cina dap juga? Sampai bila bani melayu nak terus diperbodohkan

Tanpa Nama berkata...

pandai2 la org johor nak hidup ...nasib bro

Tanpa Nama berkata...

Perlu juga di ambil kira kemudaratan dari segi sosial dan kebanjiran minuman ataupun makanan yang tidak halal ,,,,Pendek kata, renung2kan lah apa yg berlaku di Aceh...

Saadun Sulaiman berkata...

Binatang pun punyai nama yang di berikan oleh yang memelihara, malang nya yang tidak ada nama - 19 Januari 2017 11:51 PTG pandai pula menulis. Apa yang di tulis nya sebiji macam orang UMNOngok yang bersekolah hanya takat "TADIKA KEMAS" aja. Mengapa salah kan DAP? Bila dan mana bukti nya bahawa DAP menintas dan memperbodohkan orang ME-layu. DAP kah yang menjual khazanah rakyat Malaysia kepada Negara Communists China? Tahu kan yang tidak punyai nama bahawa tanah rizab NE-layu dari 50% kini tinggal 12% sahaja.

Buka lah minda dengan membaca bahan bahan berkaitan dengan communists China terutama apa yang telah berlaku di Indonesia dan Bangladish yang meminjam wang daripada Negara tersebut setelah tidak mampu membayar hutang mereka. Sebelum itu cari lah berita berkaitan dengan Angola, Zimbabwe dan Nepal. Khadam lah apa yang di perkata kan oleh Tun Mahathir. Ia nya ada lah untuk kebaikan anak cucu dan cicit kita. Apa kan jadi pada tahun tahun mendatang bila jumlah rakyat Communists China melebihi jumlah rakyat Malaysia atau keurang sedikit.

Yang memperbodohkan orang ME-layu ada lah UMNOngok. Ingat bahawa bani ME-layu akan terus di perbodohkan selagi bani ME-layu yang tidak mahu berfikir akan terus memberi undi kepada UMNOngok.

Ingat lah bahawa selain dari jumlah wang, Communists China juga akan membawa masuk para perkerja mereka, baik dari menyapu sampah sehingga lah ke peringkat yang lebih tinggi. Wala pun mereka bukan "THE RED ARMY" tetapi mereka telah di latih.

UMNOngok, terutama Najib begitu memerlu kan "YUEN" untuk mengambus lubang hutang yang begitu mendalam gara gara 1 MDB. Nak di kambus melalui GST tidak mencukupi walau pun poket kebanyakan bani ME-layu telah berlubang. Si poket yang telah berlubang ini pula tidak ada kerja lain selain dari mencuri dan merompat. Jangan buat buat tak faham.

Fikirkan lah, siapa sebenar nya yang bersalah?

Tanpa Nama berkata...

lu org johorlain kali nak masuk dlm forest city kena pakai pasport n kat sana tak de paip air nak buat istinjak ..dari skarang nak kena blajar pakai toilet paper ..kah kah kah ...nie baru kat org cina blum kat makhluk asing ...fikir2kan lah

Tanpa Nama berkata...

Kalau majoriti yang duduk ialah warga China, undang-undang mana nak pakai?

Itu wilayah China (Forest City). Satu masa dulu terjadi seorang tahanan wanita yang di suruh oleh Polis melakukan ketuk ke tapi dalam keadaan berbogel. Apabila dihebuhkan wanita tersebut ialah seorang warga China, di utuskan Pegawai Diplomatik ke China dan berjanji akan siasat serta mengambil tindakan.

Rupa-rupanya wanita tersebut ialah rakyat Malaysia dan berbangsa melayu.

Itu kisah sebelum di jajah dengan memberi Forest City .. dan wanita tersebut bukan nya warga China ..


(Selit sikit) Apa yang di sibuk ialah RUU, negara nak kena jajah pun tak sedar. Macamlah RUU tu akan dijaga oleh si penjajah.

Tanpa Nama berkata...

Yang membimbangkan ialah Forest City di serahkan sepenuhnya kepada China untuk dibangunkan dan warga lain yang anti China tidak akan melibatkan diri dan berhajat untuk menduduki kediaman tersebut. Dan tujuan pembinaan nya pun untuk di duduki oleh warga China.

Jika pembinaan nya di terajui oleh Malaysia dan di bangunkan atas usahasama dengan beberapa syarikat asing lain, tempat tersebut akan diduduki oleh semua bangsa dari luar negara.

Oleh itu China tidak ada kuasa seperti yang di bimbangkan dan masyarakat Malaysia tidak melihat ini satu penjajahan walaupun kesan sosial dan ekonominya sama seperti diberi sepenuhnya pada China.

ban khong berkata...

Sebut cina mesti DAP. Sebut DAP mesti komunis. Sebut komunis mesti nak rampas Malaysia. Sebut Malaysia mesti ingat ketuanan melayu. Sebut melayu mesti jual tanah. Sebut tanah mesti dapat kat cina. *ulang balik sampai mampos.

UMNO gelak guling2 sebab orang tak nampak apa depa dok buat.

bakat berkata...

Teringat pasal pulau batu putih ke apa nama dia yg hari tu terlepas kepada singapura.

Mungkin benda yg sama blh berlaku. Sebab tak ada apa bangunan atau apa2 milik malaysia dia pulau2 buatan itu. Semuanya milik ahli perniagaan CHINA. So kalau dia jual kepada pemilik baru Singapura.. so besar lah tanah jajahan singapura....

Hmm... bijak ketua negara aku nih.

Malaysiabaru berkata...

Saya sangat setuju dgn fakta di atas..

Ia buat kami kami tertanya tanya???

BODOH ke apa BANGSA umno JOHOR NIH??

jgn kata tanah gadai.. Bini anak dara kena gadai pun bangsa ni kata takpe lah ... Sedap merasa barang bangsa lain !!

A.B.U. Asal bukan umno

omar daud berkata...

Salam:

Bila Malaysia berPEDANA MENTERIkan KEPALA LANUN dan BberISTERIkan kaki "SHOPPING SPREE"&jolly sakan beginilah jadinya.

Bini jolly habiskan DUIT ,Si laki memikirkan bagaimana nak cari DUIT.kEBETULAN MEREKA BERdua,ketua negara,cara yg paling senang ialah SAPU duit rakyat,DGN PELBAGAI CARA.

dGN duit,mereka bermewah-mewah,dgn boat-yalt di Monaco,pulau carrebean,bershopping di harrold london,anak2 sekolah di london pakai bently,anak2 kawin siap chattered kapal-terbang,tak kira hari-jadi,dan apa2 kemewahan barang2 euro yg mahal2.siap ada jet peribadi yg mahal maintenancenya.

Gaji PM berapa????Secara logik akal mampu tak dgn gaji dan elau PM??
kALAU pm,SEBEGINI DI pHILIPINE,Thailand ATAU TERDEKAT DI iNDON DAH LAMA DI sepak OLEH RAKYATNYA.
kenapa di Malaysia,LAMBAT sangat???

sebab Najib/bekmama BIJAK!!Dia tahu akan kelemahan Majority rakyatnya:Jadi dia gunakan "CASH is KING"Untuk mengelabui semua orang.
Bagi yg kurang agamanya,ditaburkan "DGN HIburan yg melampau2"semua media perdana,ada sahaja pertandingan2 AJALla,skreen la,rockla..dan bermacam2 lagi hadiah2 juara.Untuk mendapat sokongan public yg kurang peka,diberi artis dato' walaupun tak tahu apa jasanya,bayangkan Hattan pun dpt dato,acmizal pun,dan terbaru kaki pukul AWIE pun dapat dato'.Yg penting mereka2 ini membawa pengikut.
tak KIRAlah,Agamawan,yg bekerja dgn kerajaan atau ahli poltik diberi "kebebasan di semua channel TV,bercerita tentang Agama,sehingga mereka memuji-muji kerajaan sekarang tentang bagusnya,Najib/rosmah.

Kalau agamawan Yg selalu nak "kesenangan ini"berfikir sejenak..KENAPA mALAYSIA DIBAWAH NAJIB..ekonominya semakin parah,dan banyak tanah-tanah MELAYU TERGADAI??

selamatKAN malaysia,undi BN=UNDI pas,undi pas=undi bn.UNDILAH Parti yg betul2 nak menjaga agama dan negara.

sekian

Mohamed Noor berkata...

Bro,cuba baca betul-betul dan fahami tulisan 11.51.

Magician Box berkata...

Yang beli army. Nak jadikan army base camp. Power Rangers, Ultraman.. Tawan jajah takluk guna duit tak perlu guna bom. Ultraman. Power rangers.

ban khong berkata...

Betoi Omar Daud.

Nikah sudah cuma kenduri saja yg belum.

Selamat pengantin baru. Hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

PEMIMPIN PAS TAK KISAH ..

DEPA SUKA.. BOLEH PAKAI BAJU DEWA MERAH HITAM .



Tanpa Nama berkata...

Ayat perli ahli umngok tu bro..

Tanpa Nama berkata...

Aku nak dengar mufti2 dedak ulas..yg mana lebih berdosa..x turun sokong ruu yg mmg undang2 manusia..atau x pertahankan negara yg sedang di ceroboh..

Anti Fitnah berkata...

Hanya Melayu sahaja yang dapat memperBODOHkan Melayu.
Selepas memperBODOHkan Melayu, diletaknya keSALAHan pad DAP, bukan MCA, GERAKAN, MIC, ...
Yang jual tanah MELAYU, Melayu juga
Yang memperMAINkan MELAYU, Melayu juga ...
Letih melihat bangsaku ... yang meLAYU akibat perbuatan dan tindakan MELAYU ...

Malaysiabaru berkata...

INFO TERBARU :

JIKA PRIBUMI GUNA ISU 'PENDATANG CHINA ' komunis nih.. Maka kaji selidik mengatakan ada chan pribumi amanah pkr boleh sapu bersih joho.

MENURUT INVOKE KAJI SELIDIK MENUNJUKKAN WALAU BN MENANG PRU14 DGN 3PENJURU.. PARTY PAS ADALAH YG PALING RUGI. 0 KERUSI.

JIKA SEMUA YG TAK KLUAR NGUNDI DULU .. KLUAR NGUNDI PRU14 MAKA ADA CHAN PAKATAN BILEH DAPAT 128 KERUSI TAPI SYARAT
.
.
.
.

PAKATAN BERJAYA DAPAT 38% SOKONGANPENYOKONG PAS ATAU BEKAS AHLI PAS .

AZMIN RAFIZI KO DAH BUAT HOMEWORK DAPATKAN SOKONGAN 38% AHLI PAS ATAS PAGAR?

APA KO BELUM SIAP HOMEWORK??

APA AZMIN? KO NAK BAGI DEDAK SAMA 38% PENYOKONG PAS?

APA APA APA... BUATLAH MIN IKUT SUKA KEPALA MATEMATIK KO DAN KEPALA AKAUN RAFIZI ..

MOGA BERJAYA !!!

Tanpa Nama berkata...

melayu belum bangun tidur. sedikit habuan untuk yang miskin cukup untuk cium tangan puak umno dan penguasa yang ada.

yang menipu melayu menjadi kaya raya. rumah dah sedia kat luar negara. tunggu mahu cabut.

sedarlah wahai bangsaku. dengarlah cakap Tun. Tun ikhlas. Tun tahu kelemahan orang melayu. Tun dah lama hidup. Tun pernah melihat orang melyau hidup susah. Tun cakap yang benar.

yang berkuasa angkuh.... yang tercicir melayu.

umno dah tak boleh pakai lagi..... masuk umno kerana mahu rembat duit. di semua peringkat duit ditaburkan kerana mahu kekal kuasa.

sedarlah wahai bangsaku....

SEDARLAH sebelum tanah air kamu ditelan orang asing.

Tanpa Nama berkata...

Portugis Inggeris termasuk Jepun jajah pun tak buat rumah kediaman atau ada kawasan khas untuk bangsa mereka. Yang ada kem untuk tentera dengan pelabuhan untuk berlabuh. Dia orang datang kemudian dia orang tinggalkan tanahair.

Ini Forest City.. kena jajah 99 tahun !

Tanpa Nama berkata...

Indon pun ada IC. Bangla pun ada IC.

Setakat IC, kalau Indon dan Bangla boleh buat. apalagi China, beras dan
durian pun dia orang boleh buat.



Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada mereka yang berjaya menggadaikan tanah Malaysia ni jadi penempatan orang asing. Bagus, teruskanlah sehingga satu Malaysia ni tergadai. Lama-lama kita jadi Palestine habis satu negara ditarah Israel.

Sikit hari tanah Malaysia ni habis ditukar hakmilik kepada orang asing. Dengan cara terhormat, sikit demi sikit tanah kita ditukar ke nama orang asing. Lama-lama merebak habis satu negeri. Kemudian berjangkit ke negeri lain pula. Duit ringgit punya pasal tanah negara tergadai pun tak jadi hal. Janji kaya-raya.

Esok bila orang kita dah jadi melukut tepi gantang merempat menumpang di tanahair sendiri baru nak tersedar. Masa tu semua dah terlambat. Semua dah tergadai. Orang asing pula yang mengatur hidup kita.

Masa tu siapa yang nak mendaulatkan orang Melayu?? Orang asing tu kah?? Orang asing peduli apa dengan daulat orang Melayu. Tolong renungkan.

Tanpa Nama berkata...

APABILA WANG MASUKKKKKK DIUTAMAKAN YANG LAIN PEDULI APA MAKA INILAH JADINYA. MANUSIA TAK BOLEH LARI DARI SIKAP TAMAK HALOBA SEBAB TU IS PENTING OUR LDR TIDAK MEMPUNYAI NAFSU YANG AMAT TINGGI KALAU TAK AKN JADI APA YANG BERLAKU SKG NAJIB AND WANITA PUAKA YANG TAK TAHU MALU. NOW DONALD TRIUMPH DAH JADI PRESIDEN USA WE WILL WAIT SEE WHAT WILL HAPPENING NEXT? REMEMBER DONALD TRIUMPH ADALAH BUSINESSMAN POSSIBLITY CONQUEAR EKONOMI MALAYSIA IS VERY VERY HIGH DENGAN PEMIMPIN KITA MEMANG MEMPUNYAI NAFSU TERAMAT SANGAT TINGGI. IF THAT OCCUR MAKA AKIBAT U FIKIRKAN SENDIRILAH.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang memerintah malaysia sejak merdeka?..pakatan rakyat?pakatan harapan?..tak mungkin la barisan nasional,sebab barisan nasional pimpinan umno sayang & sangat memperjuangkan hak melayu.cium keris,pakai tengkolok, potong pulut pakai keris, melalak dalam perhimpunan tahunan, memaki hamun melayu 'derhaka',cinaDAP tiap2 tahun itu lah cara memperjuangkan amanat melayu tercinta..bila berkerja untuk rakyat semua ingat periuk nasi sendiri, ada projek nk 'sub' tak? Ada lagi tak harta malaysia yg bole digadaikan?..macamana cara nk 'hilangkan' duit rakyat?..swastakan semua perkhidmatan awam, banyakkan jabatan perkhidmatan awam yg baru, lantik berlambak2 timbalan2 ketua, timbalan setiausaha, naib pengerusi satu dua tiga..letak byk jawatan utk bazirkan duit rakyat..bila banyak jabatan2 baru ditubuhkan, semakin bnyak ketirisan boleh berlaku..dengan adanya banyak skim2 br1m sl1m dan lain2 dlm kerajaan hari ni, lagi banyak ketirisan berlaku..org melayu tak tahu,mulut menganga luas2 tadah kencing cirit taik org umno bepuluh tahun..sementara masih hidup di muka bumi tanah melayu ni, sedarlah bangkit dari penipuan parti penipu, rasuah berpuluh tahun ni..ingat lah anak2, cucu cicit kita nanti kalau ini berterusan kita tidak lama lagi akan merempat di tanah melayu sendiri..tolonglah sedar wahai orang melayu..