22 Apr 2016

Husam Terima Sokongan Akar Umbi, TGNA Pernah Berpesan: "Allah Buat Dia Untuk Malaysia"

Aktivis akar umbi Kelantan ikrar bersama Husam

Gerakan Selamatkan Malaysia dijangka semakin rancak di Kelantan apabila lebih seratus aktivis akar umbi berikrar bersama Adun Salor Datuk Husam Musa untuk bergabung tenaga menjayakan aspirasi rakyat itu.

Gambar: Husam menerima watikah ikrar daripada Hisham.

Peguam Hisham Fauzi yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan watikah ikrar kepada Husam selepas majlis tersebut di dewan sebuah pertubuhan sukarela di Kubang Kerian malam tadi.



"Rakyat Kelantan tidak akan berpeluk tubuh dalam menghadapi apa saja gerakan untuk menyelamatkan rakyat dan negara," kata beliau di majlis itu.

Husam ketika berucap kepada pemimpin dari pelbagai latar belakang politik dan ideologi itu mahu semua rakyat dilibatkan dalam usaha tersebut sehingga gerakan itu benar-benar berjaya.

"Untuk Kelantan sahaja kita kena pastikan sekurang-kurangnya 100,000 rakyat menurunkan tanda tangan untuk Deklarasi Rakyat ini," katanya

Majlis yang turut dihadiri Ketua Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan menyaksikan gabungan menyeluruh pemimpin pelbagai parti dan NGO.

"Saya bersyukur malam ini kita dapat lihat pemimpin akar umbi Pas, Umno, PKR, Amanah dan yang tidak berparti dapat duduk bersama demi rakyat," katanya.

Beliau mahu borang Deklarasi Rakyat diedarkan di pasar-pasar, pasar malam, surau, masjid, kedai kopi, pasaraya dan stadium.

"Jika kekuatan seperti yang ada ini digerakkan dengan serius kita akan menghantar suara rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mei depan dengan yakin," ujarnya.

Pada majlis itu turut dimaklumkan program Jelajah Tun Mahathir yang bakal berada di Kelantan pada 4 Mei depan.

Husam berharap jawatankuasa yang dlantik untuk menguruskan acara ini bekerja tanpa henti untuk memastikan program tersebut berjalan dengan penuh tertib dan mencapai matlamatnya. -Malaysia Dateline

VIDEO Husam Musa semasa sesi soal-jawab
DIALOG SELAMATKAN MALAYSIA DI K.TERENGGANU 12 April 2016



ULASAN GB

GB teringat akan kata-kata Allahyarham TGNA, "Husam bukan sahaja Allah Ta'ala buat untuk Kelantan, tapi untuk Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU)."

Tetapi oleh kerana beliau seorang yang tidak dikategorikan sebagai geng ulama, maka beliau dijatuhkan di dalam Muktamar PAS yang lepas, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin progresif yang lain.

PAS lansung tidak mengindahkan amanat Allahyarham TGNA itu. Ia seperti satu penghinaan terhadap TGNA.

Namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sebutir mutiara itu tetap mutiara yang berharga dimana saja dia berada, dan kaca itu tetap kaca walau dipakaikan jubah beribu hasta!

6 ulasan:

Awanama berkata...

Di malaysia yg bijak pandai,yang baik semua ditindas ditekan dihina, pemimpin dr kalangan yg xsepatutnya org yg jd pemimpin, amat malang malaysia.keadaan terbalik,yg sepatutnye jadi pemimpin dihalang supaya penyamun2 terus menyamun, pemimpin malaysia mahukan rakyat tidak pandai supaya xtau penyelewengan pemimpin. Itulah hakikatnya malaysia...Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu yg mengubahnya..

paskiniCHAIpunya berkata...

Pas hanya pemecah undi bila PH menentang Be eNg. Tak guna sikit abuk kecuali harom manis..boh la kepimpinan ulamaknyo...tukar kepimpinan balak molek!!!

muhammad habib berkata...

Org kita tak tahu menianai. Tok guru nik aziz

Awanama berkata...

Pas hanya menunggu ketiadaan TGNA utk buang husam & lain2 pemimpin bukan ulama. Ustaz Hadi menikus bila TGNA bersuara.

Awanama berkata...

Husam still the best
Bakal PM Malaysia

Awanama berkata...

Ini lah punca nya Hj Hadi bentuk kumpulan cai. Mustahil UMNO tak baca kelemahan Hj Hadi yang sudah tentu terasa kecil hati dengan kenyataan begitu.

Menahan dari rasa kecewa dan sabar dalam menghadapi dugaan begitu sepanjang hidupnya, hanya orang yang betul-betul redha dengan Allah sahaja yang dapat melepasinya.

Nyata berbeza dengan Anwar Ibrahim yang tidak memandang kedudukan dan pangkat.