28 Nov 2016

Perkara 10 Perlembagaan (Hak Berhimpun) Sedang Dicabar

Tangkapan Jufazli Dan Bersih 5: Cabaran Terhadap Perkara 10 Perlembagaan

Tangkapan terhadap pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad dan yang terbaru 15 orang individu sempena perhimpunan aman BERSIH 5 hujung minggu yang lalu adalah satu lagi daripada siri tangkapan dalam dunia “demokrasi” Malaysia.

Tangkapan terhadap Jufazli adalah dipercayai disebabkan oleh “posting” beliau yang dilihat terlalu kritikal terhadap kerajaan negeri BN Sabah.


Jufazli disiasat di bawah tiga peruntukan undang-undang yang berbeza iaitu Seksyen 500 Kanun Keseksaan (‘Akta 574’), Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (‘Akta 588’) dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 (‘Akta 15’) di tiga balai/IPD yang berlainan di Sabah iaitu Tawau (2 kes), Kinabatangan dan Semporna.

Seksyen 500 adalah berkenaan jenayah fitnah, Seksyen 233 menyentuh tentang penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain manakala Seksyen 4 pula jelas menyebut tentang kesalahan menghasut. Jufazli telah dibebaskan daripada reman polis sejak 9 November pada 15 November sementara menunggu pendakwaan (jika ada).

Di sebelah sini pula iaitu di Semenanjung, berlaku juga siri tangkapan terhadap beberapa individu penting yang dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH 5. Tangkapan-tangkapan tersebut bermula seawal sehari sebelum BERSIH 5 sehinggalah pada hari BERSIH 5 berlangsung yang kesemuanya difahamkan seramai 15 orang yang terdiri daripada Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Mandeep Singh, pemimpin-pemimpin politik pembangkang, aktivis mahasiswa dan juga aktivis-aktivis masyarakat dan NGO.

Yang menghairankan adalah walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa BERSIH 5 adalah satu perhimpunan yang aman dan juga pihak polis adalah bertanggungjawab untuk mengawal-selia perhimpunan aman tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman 2012 (‘Akta 736’), namun tangkapan-tangkapan tersebut masih dibuat? Lebih mengelirukan adalah walaupun polis dilihat ‘mesra’ dan ‘bertolak ansur’ dalam ‘memudahcarakan’ perhimpunan BERSIH 5 tetapi tangkapan dan penahanan masih juga dijalankan? Maka jelas di sana menunjukkan bahawa pihak polis langsung tidak konsisten dengan pendirian mereka berkenaan penganjuran perhimpunan aman tersebut!

Adalah menjadi perkara yang paling mengecewakan pula apabila Menteri Pelajaran dan juga Ketua Setiausaha Negara yang dilaporkan media bertindak menghalang guru-guru serta penjawat awam daripada menyertai perhimpunan aman BERSIH 5 tersebut dengan ugutan pemecatan dan potongan gaji! Staf-staf dan ahli-ahli akademik serta mahasiswa-mahasiswi di IPT juga dihalang daripada menyertai BERSIH 5 oleh universiti masing-masing.

Padahal Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sendiri telah jelas menekankan bahawa halangan tersebut terang-terangan melanggar peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 736 di atas juga memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata!

Sebahagian besar daripada mereka yang ditangkap kini telah pun dibebaskan sementara menunggu pertuduhan, jika ada, kecuali Maria Chin yang dipercayai masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (‘Akta 747’) atau SOSMA.

Apa yang disebut di atas adalah sebenarnya satu bukti menunjukkan atau memberikan indikator atau signal kepada kita bahawa pada hakikatnya Perkara 10 Perlembagaan kini sedang dicabar dan dalam bahaya.

Walaupun negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mana hak untuk bersuara dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perkara 10 tersebut merupakan antara nilai demokratik yang terpenting, namun tindakan pihak-pihak yang berkenaan dalam insiden-insiden di atas jelas menunjukkan bahawa sikap dan pendirian kita langsung tidak mencerminkan apa yang kita amalkan.

Itu belum lagi dikira dengan politik intimidasi yang digunapakai melalui penggubalan dan penyalahgunaan akta-akta baru dan sedia ada yang jelas menyekat dan merampas hak rakyat tersebut antaranya seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 (‘Akta 88’), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (‘Akta 769’) atau POTA, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (‘Akta 297’) atau POCA dan yang terbaru Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (‘Akta 776’) yang juga cuba untuk merampas kuasa Yang diPertuan Agong!

Pihak polis seharusnya mempertahankan sistem demokrasi dalam negara kita yang mana hak berhimpun dan bersuara itu merupakan antara prinsip tunjang kepada nilai demokratik bukan dengan cara menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia ini adalah negara polis!

Selain memiliki akta-akta yang jelas mendatangkan reverse effect kepada Perkara 10 Perlembagaan, kita masih gagal menggubal akta baru atau meminda mana-mana akta sedia ada yang benar-benar memperkasakan maksud dan tujuan peruntukan perlembagaan tersebut. Akta Perhimpunan Aman 2012 tersebut adakah cukup untuk menjelaskan dan menekankan hak rakyat untuk berhimpun atau adakah sudah tiba masanya Parlimen menggubal akta seperti Akta Hak Terhadap Maklumat (“Right To Information Act”) 2005 sepertimana di India untuk lebih memberdayakan suara rakyat dalam proses semak dan imbang (“check and balace”) pentadbiran kerajaan?

Selagi mana tidak wujud akta-akta atau undang-undang sedemikian, maka selama itu jugalah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan akan terus dipijak dan dicabar. -Wan Anwar Wan Ibrahim



VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika Zunar di dapati tidak bersalah, umno BN akan buat satu akta yang di namakan akta kartun untuk menghalang karya kartun menjadi satu medium menghasut.

Malaysia sudah menjadi cacar-merba.

Dari parlimen ke pasir salak
Dapat rezeki tebang balak
Najib dan Hadi semakin galak
Perlembangaan dan hukum cuba dielak

Tanpa Nama berkata...

Akta Rahsia Rasmi 1972 (‘Akta 88’), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (‘Akta 769’) atau POTA, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (‘Akta 297’) atau POCA dan yang terbaru Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (‘Akta 776’) adalah akta-akta yang telah dibentang dan di luluskan tanpa bertangguh-tangguh.

Oleh kerana UMNO memberi kerjasama maka adalah lebih baik Hj Hadi menolak hukum sebat, denda dan penjara mwngikut hukum agama kepada UMNO.

UMNO mampu menghuraikan dan memberi kefahaman kepada masyarakat dengan lebih berkesan dari Hj Hadi.

Malaysiabaru berkata...

Tun M dakwa rakyat China akn diberi i c untuk ngundi

KAMI TIDAK TERKEJUT PERGI KE SAUJANA PROJEK SIME DARBY ADA 200 ORG RAKYAT CHINA SEDANG PASANG CERMIN BANGUNAN

apa org melayu indon Bangla tak reti pasang cermin... Siapa nak ikut saya serbu tapak pembinaan sime darby nih dan lihat pekerja negara China ini???

Projek masih berjalan belum siap . Akan datang di tapak trx dan airpot subang lama kontraktor china komunis akan bawa masuk berjuta pekerja mereka. Betul kata tun m saya percaya dan ini bukan fitnah lami dah lihat sendiri org negara China ini di tapak.pembinaan di saujana..

Tanpa Nama berkata...

Seluruh rakyat malaysia memang diberikan hak untuk berhimpun dan pihak berkuasa tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya perhimpunan tersebut tidak mengganggugugat keamanan negara. apa yang berlaku pada masa kini, kebanyakan pemimpin NGO mahupun aktivis menyalahgunakan peruntukan yang ada untuk kepentingan diri sendiri. sekiranya gerakan mereka tidak di halang, perkara ini akan memberi kesan terhadap keamanan dan perpaduan di kalangan rakyat malaysia. sebagai rakyat malaysia, ayuhlah kita semua menjaga keamanan negara untuk anak cucu kita di masa hadapan..jika buka kita sendiri yang pertahankan siapa lagi?

Tanpa Nama berkata...

Mane dia veteran tentera yang berapi-api bantah Chin Peng dikebumikan di Malaysia..sekarang Najib pulak bawak komunis kerja kat Malaysia..kalau ada yang mati kompem tanam kat Nirvana..rase la korang..woi..Ali Tinju..awat tak buat gelek pongkok kat Putrajaya haa??

Tanpa Nama berkata...

Kedaulatan undang-undang dan Keluhuran Perlembangaan hanya rukun yang tertulis bukan yang dijadikan prinsip.

Selamat dari Akta Polis, guna Akta Multimedia. Selamat dari Akta Multimedia guna Akta Hasutan..Akta Sosma..

Demokrasi tapi negara yang begitu banyak akta.

Dengan di makbulkan kan oleh Allah swt satu hari nanti Akta ini juga di gunakan ke atas mereka dulu sebelum di mansuhkan.