29 Nov 2016

[BERGAMBAR] Alhamdulillah, Maria Chin Dibebaskan

Maria Chin bebas selepas ditahan 10 hari

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini menjelang permohonan habeas corpus beliau, esok.

Maria, antara 14 suspek ditahan pada 18 November lalu, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, ditahan selama 10 hari di sebuah lokasi tidak diketahui.

Polis kemudiannya mengumumkan beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), yang biasanya digunakan untuk menangani kesalahan berkaitan keganasan.


Polis mendakwa mereka menemui 1 dokumen yang menyebabkan mereka percaya Maria mungkin terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen di Malaysia, kesalahan di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan.

Penyokongnya menghadiri himpunan nyalaan lilin atau “vigil” di Dataran Merdeka bagi mendesak pembebasannya.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen memberitahu FMT, Maria dibebaskan pada jam 4.30 petang tadi dari sebuah kemudahan tahanan rahsia yang dikenali sebagai “pusat tahanan reman polis di Batu”, di sini.

Beliau berkata, Maria ditemani peguam yang juga bekas Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan dalam sebuah kereta dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Petaling Jaya.

“Beliau akan menghabiskan masa dengan keluarganya.

“Malam ini, beliau akan berucap di Dataran Merdeka, di aman nyalaan lilin ‘vigil’ terakhir akan diadakan penyokongnya.”

Eric menyifatkan pembebasan Chin sebagai kemenangan besar dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka.

“Kami semua tahu Maria dan Bersih tidak patut disiasat di bawah Sosma. Ini adalah pertuduhan yang diperbesar-besarkan dan saya rasa pihak berkuasa tahu mengenainya selama ini.

“Terima kasih untuk sokongan daripada rakyat Malaysia, NGO tempatan dan antarabangsa kerana menyuarakan kebimbangan mereka.”

Eric berkata, Maria dijadual menghadiri permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta, esok. -FMT







FEATURED ADS



5 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Pahlawan wirawati Maria...

Jangan lupa sunat syukur bila tiba di rumah...

Allah mahu kamu terus berjuang..

P.s jangan lupa setiap keluarga rakyat Malaysia selamatkan diri dari kebankrapan negara dengan membeli u.s Dollar. Hari ni ringgit jatuh lagi... Paling buruk dalam sejarah..

Hanya u.s Dollar pemyelamat kita bila.ringgit tak laku bila huru hara ekonomi bila negara technically bankrap...

Bukan masamya utk.fikir asn asb unit trust atau Tabung haji.. Bula cecah rm5 semua trust trust takde nilai

Awanama berkata...

Nak tanya.

Sepanjang penahanan dan soal-siasat ke atas Maria Chin adakah dia di tunjukkan dokumen yang menyebabkan mereka percaya Maria mungkin terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen ?

Menanangkap seseorang yang samar-samar kesalahannya adalah zalim.

Bagaimana PAS amat suka Najib berkuasa supaya memudahkan PAS memang semasa PRU dan bagaimana PAS kata yang perlu di tentang ialah kezaliman ?

Kenyataan seperti yang di buat oleh Mursyidul Am PAS kerap di keluarkan sebelum Hj Hadi muncul bersama Najib.

Hj Hadi dan Najib akan muncul bersama-sama semasa perhimpunan air mata Rohingya.

Awanama berkata...

Dapat menahan Maria dan orang seperti Maria selama 10 hari sudah cukup bagi pihak berkuasa.

Jika setiap tahun di kena tahanan 10 hari dengan layanan istimewa, lama kelamaan kesihatan akan terganggu dan tubuh badan semakin lemah.

Hanya semangat yang tidak luntur yang mampu meneruskan perjuangan.

nick berkata...

Dah berapa ramai lebai2 PAS yang kononnya bergelar ulamak2 baru pulang dari timur tengah yang dah merasa duduk dalam jel kerana memperjuangkan agama dan bangsa? Berjuang dengan duduk "berkecuali" dalam parlimen pastu dok sibuk canang yang diorang tu adalah pejuang2 Islam sejati? Setakat bercakap dan berkelakuan bodoh macam Jamal Jamban tak dak sapa pun yang akan percaya dengan "spesis" lebai2 janggut 2-3 helai tapi dah berangan2 mereka macam taraf "sahabat2 Nabi". Apakah perjuangan yang telah di usahakan oleh PAS dalam 2-3 tahun ni? RUU 355 yang sebenarnya pindaan yang dibuat oleh BN? Hudud? Politik matang? Tebang balak? Buat tugu banjir? Nampaknya adanya PAS dalam ruang politik Malaysia hanyalah membuang masa dan menghabiskan duit rakyat saja. Satu benda pun PAS tak dak bagi hasil kat rakyat. Balik2 rakyat yg kena bagi derma sedekah tin milo kat PAS. HamPAS!!!

Nick.
Cape Tiger

Awanama berkata...

Kerajaan UMNO dan pihak berkuasa hanya tahu mengunakan kuasa untuk menyekat tentangan ke atas mereka dan pihak berkuasa gagal bertindak secara professional. Mereka tidak 'mengguna' undang-undang tetapi mereka tidak 'ikut' undang-undang dengan bijak dan adil.

Punca nya rasuah tetapi negara musnah kerana kedegilan dan kedangkalan pemimpin BN dan pihak berkuasa menegakkan keadilan yang menjadi sebab utama ujudnya undang-undang.

Pusing macamana lah.. kelentong macamana pun lah.. hukuman kebenaran akhir nya ialah kerajaan dan negara menuju kepada kehancuran ..