4 Okt 2016

Seluar Dalam Jalur Gemilang, Mana Jamal Geng Baju Merah?

Mereka beli seluar dalam Jalur Gemilang di Australia

Warga Australia yang diberkas di Sepang semalam kerana menayangkan seluar dalam bercorak Jalur Gemilang berada di bawah pengaruh alkohol semasa ditahan.

Star Online melaporkan 9 lelaki itu membeli seluar dalam itu di Australia.

Menurut laporan itu, kumpulan terbabit, berusia antara 25 dan 29 tahun, direman 4 hari bagi membantu siasatan dan disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan provokasi.


Mereka ditahan pada 5 petang Ahad, selepas mereka menanggalkan pakaian dan menayangkan seluar dalam kepada penonton kejuaraan F1 Petronas Grand Prix Malaysia, dipercayai untuk meraikan kemenangan pemandu senegara Daniel Ricciardo.

Sementara itu, New Straits Times memetik Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali sebagai menghentam pemuda terbabit, dan mahu mereka “ditahan, disiasat dan dikenakan tindakan”.

Menyifatkan perbuatan mereka sebagai “bodoh”, Razlan berkata mereka tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Beliau menambah pihak pengurusan akan bertindak pantas menghalang kejadian daripada berulang pada masa akan datang, namun Razlan akui ia bukan mudah memandangkan kehadiran ribuan penonton di litar.

“Lawak yang tersebar sekarang ini kata tahun depan kami akan periksa seluar dalam penonton,” katanya.

Lebih 83,000 hadirin menonton acara lumba Formula One semalam, serta sesi latihan dan sesi kelayakan pada Jumaat dan Sabtu.

Imej lelaki Australia separuh bogel tersebar dalam lingkungan media sosial, mendorong netizens mengutuk perbuatan itu dan mendesak tindakan dikenakan terhadap mereka.

Mereka juga mahu pihak berkuasa mengenalpasti pembikin seluar dalam itu supaya tindakan boleh diambil. -FMT

ULASAN GB

Ada 2 perkara yang GB ingin ulas di dalam isu di atas.

Pertama, ia mempunyai satu mesej jelas bahawa Malaysia sudah tidak dihormati di luarnegara. Seluar dalam bercorak Jalur Gemilang dijual di luarnegara, di dalam kes di atas, di Australia. Kita tak tahu di negara-negara lain mana yang ada menjual seluar dalam sedemikian.

Ia semua angkara MO1 dengan 1MDBnya!

Kedua, GB nak tanya ke mana perginya samseng jalanan berbaju merah yang diketuai oleh Jamal yang sebelum ini begitu galak menyerang peserta konvoi BERSIH?

Mengapa berdiam diri dan tak lakukan apa-apa terhadap mat salleh-mat salleh yang menghina negara itu? Mengapa tak rampas seluar dalam yang dipakai oleh mat salleh itu?

Apakah hanya berani membelasah rakyat Malaysia yang tidak bersalah tetapi jadi tikus mondok terhadap mereka dari luarnegara yang ternyata telah menghina Malaysia angkara MO1 dan isterinya?



FEATURED ADS


15 ulasan:

Pemuda parit kings berkata...

Inilah hakikatnya apabila Malaysia semakin buruk pandangan orang luar terhadap negara....masakan tidak...pelbagai isu dalam negara yg jelas membenarkan orang luar memandang buruk kepada negara..Bukan salah diorang(org luar) untuk melakukan sedemikian rupa...dia hanya pembeli...namun tujuannya ialah semata untuk menyatakan Malaysia tiada maruah lagi...amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia...Bukan semua salah pimpinan najib selaku pemimpin...namun rakyat juga menjadi penyumbang kearah merosakkan negara kerna kekal memberi mandat buat kerajaan bn...oleh itu kita sama2 memberi kesedaran kepada masyarakat tanpa penat dan lelah...kerna itu tanggjawab kita sebagai ummat manusia...jika kita hanya mengharap Sahaja kemenangan tanpa melakukan sebarang usaha demi kesedaran masyarakat...itu pasti sia2...kerna kapasiti yg masih ingin bersama bn terlalu tinggi...oleh itu,sama2 kita menjadi kaki dan tangan NGO atau parti yg jelas membela rakyat serta mampu melontarkan nama Malaysia kearah yg lebih baik...

Tanpa Nama berkata...

Pak tongkol mana ada telor.
Kalau ada hr tu mmg penampar jepun dah singgah. Kuang ajar ganggu majlis org.

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat Jamal tongkol buat demontrasi depan kedutaan Australia je minta sekali Ali tinju buat tarian ponggong separuh bogel dengan mengenakan seluar dalam bendera Australia, biar padan Australia dimalukan oleh Jamal tongkol dengan Ali tinju. Tapi yang pasti malu ali tinju lah, bayangkanlah dia buat tarian ponggong separuh bogel. Jamal tongkol ada berani? Dengan Maria Chin bolehlah kau berlagak.

Lebai Roger berkata...

Polis kena check seluar dlm pm juga....kot2 ada tertera 1M

Unknown berkata...

Penakut tu...biasalah

Tanpa Nama berkata...

Jamal dan ali tinju mana ada maruah.nilainya lima sen saha.otak pun dangkal.malukan
orang melayu saja

mansor berkata...

Kalaulah kerana PDRM dok back up Jamal dan Ali ponhgonh dah lana mereka ni..cium aspal...

bakat berkata...

Tuan GB,
Bukan utk menidakkan berlakunya tercalar maruah negara oleh kejadian ini, namun maruah kita sebagai rakyat malaysia dipijak, dihina dan dipermaiankan secara terang2 dan dlm skala yg amat besae oleh pemimpin2 sendiri melalui kejadian2 songlap duit kerajaan dan juga oleh pihak berkuasa sendiri yang menyalahgunakan kuasa utk parti politik.
Bukankah itu lebih penting?
Bukankah itu lebih terkesan kepada kita sebagai rakyat?
Bukankah itu agenda yg mencerminkan sikap kita sebagai rakyat?
Saya tak terkesan sedikit pon dgn kelakuan mereka yg memakai seluar dalam bercorak bendera malaysia itu kerana ianya tidak menyusahkan saya. Namun pemimpin2 dan penguatkuasa yg korup memberi kesan yg amat buruk kepada hidup saya.
Adakah ini mentaliti rakyat malaysia yg kononya bijak pandai? Melonjak terkinja2 disebabkan spender? WTF??
Wahai rakyat malaysia yang dikasihi, BANGKITLAH..BANGKITLAH.. perjuangkan hak kita.. hak kita sebagai rakyat malaysia.. jgn ditindas lg..

Tanpa Nama berkata...

Polis telah mengambil tindakan sewajarnya.. dan merampas seluar dalam tersebut sebagai bahan bukti DNA..

Kesemua mengaku bersalah dan di denda dengan matawang Ringgit Malaysia yang .%!x*;@&

Mereka melakukan kesalahan kerana berada di bawah pengaruh alkohol?. Ini bukan budak-budak Baju Merah, baru minum dua tiga gelas dah mabuk dan kembang tengkuk naik motor kacau program orang.

Mereka beli dan pakai seluar dalam tersebut sebelum di pengaruhi alkohol. Se belum pemandu senegara mereka menang.

Baju Merah hanya berani jadi 'samseng' dengan penyokong pembangkang tetapi begitu mudah menerima dan mengalah dengan sekumpulan orang asing tersebut dengan memberi alasan mereka mabuk.

Atau mungkin jika mereka buat bantahan dan berdepan dengan orang asing, Polis akan mengambil tindakan ke atas mereka.

Tanpa Nama berkata...

Pemuda marah sehingga mendesak Kerajaan UMNO putuskan hubungan dengan unesco kerana menarik balik anugerah yang sepatutnya diberikan pada Rosmah. Dengan alasan mencemarkan maruah negara.

Tetapi tidak bersuara apabila rakyat Australia memakai seluar dalam jalur gemilang.

Tanpa Nama berkata...

KASILAH GUA CHANCE BRO

BRU NAK CRI DEDAK, LU ORANG DH PECAH LOBANG

NANTI MANA GUA NAK CEKAU DUIT GI KAROK DANGDUT


Tanpa Nama berkata...

Aku cadang Jamal and the gang balas balik. Buat demo pakai spender bendera Australia pula di depan kedutaan Australia. Amacam....

Gedohom berkata...

pak tongkol ni tak tau cakap org putih, nanti berdepan dgn org2 tu melopong dia tak bolih cakap apa2 pun.

Tanpa Nama berkata...

Sejarah sendiri telah membuktikan yang melayu hanya boleh menang dengan melayu. Melaka tumbang pada 1511 disebabkan serangan portugis. Sekiranya diserang Aceh, sudah pasti sampai sekarang kesultanan melaka ada lagi kerana ilmu melayu hanya ampuh dengan melayu. Tidak dengan bangsa asing.

Begitulah juga dengan Jamal pak tongkol dan Ali tinju. Hanya jaguh kampung didikan parti kampung.

Tanpa Nama berkata...

Bila orang asing buat macam ni dilepaskan hanya dengan amaran nampak sangat bendera malaysia dah tiada nilai.