11 Okt 2016

PH & PPBM Jangan Terlalu Obses Dengan Satu-Lawan-Satu

Gabungan pembangkang harus bersedia hadapi PRU 14 tanpa Pas

Pakatan Harapan khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) harus bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 dengan anggapan Pas tidak akan bersama mereka.

Namun bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah berkata, usaha pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang terus mengadakan pertemuan dan berunding dengan Pas harus disokong.


“Parti Bersatu boleh akan mengukuhkan lompang-lompang ke arah menumbangkan Umno BN.

“Kalau dulu kita mempunyai teman dalam Pakatan tapi hari ini Pas telah mempunyai sikap yang berbeza dan berlainan dari dulu.

“Saya tidak menghalang dan tidak berasa keberatan jika ada rakan-rakan yang boleh berunding dengan Pas bawa Pas masuk dalam Pakatan kita.

“Tetapi secara realistik juga kita kena menerima kemungkinan Pas tak akan bersama dengan kita walaupun kita nak Pas bersama kita.

“Oleh yang demikian persiapan kita adalah dalam dua seneario Pas tidak bersama kita, dan jika Pas bersama kita bagaimana kita boleh malaksanakan hasrat perubahan,” kata beliau sewaktu berucap di majlis makan malam Amanah Gopeng di Ipoh malam kelmarin.

Semalam, penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau berharap dapat memberikan penjelasan kepada Pas mengenai kepentingan parti itu bersama dalam Pakatan Harapan.

"Saya berharap kita akan dapat mengadakan pertemuan dengan PAS untuk menjelaskan jika mereka tidak bersama kita dalam pilihan raya mereka sebenarnya akan membantu kerajaan untuk menang sebab mereka akan kehilangan banyak kerusi," kata Mahathir ketika menghadiri sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia di Petaling Jaya, seperti dipetik Malaysiakini.

Pas sebelum ini menegaskan mereka menolak kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang yang menjalinkan kerjasama dengan DAP.

Parti itu bagaimanapun membentuk Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan Malaysia (Ikatan) dan masih bekerjasama dengan PKR yang menjadi rakan dalam Pakatan Harapan. -MD

VIDEO BERKAITAN




Amanah tidak yakin PAS setuju 1-lawan-1 menentang BN

Hasrat pembangkang meletakkan calon menentang Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya akan datang tidak akan menjadi kenyataan selagi PAS tidak melihat BN sebagai musuh utama, kata Amanah.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata PAS tidak mementingkan lagi soal satu lawan satu lagi kerana ia tidak ada masalah sekiranya BN terus membentuk kerajaan.

“Walaupun Amanah tiada halangan untuk terus berbincang dengan PAS tetapi kita lihat PAS tiada hal jika BN terus memerintah,” katanya kepada FMT.

Khalid mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyifatkan cadangan satu lawan satu pembangkang hanya omong kosong.

Liow berkata pembangkang tidak akan mencapai kata sepakat kerana mereka bercanggah pendapat dan kepentingan sesama sendiri.

Khalid turut meminta MCA mendedahkan kepada umum sekiranya mereka mendapat jaminan daripada PAS akan wujudnya 3 penjuru dalam PRU akan datang.

“Kalau MCA sudah dapat jaminan daripada PAS, harap dedahkan. Iaitu jaminan bahawa PAS akan bertanding 3 penjuru,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata sikap PAS yang dilihat sombong dan angkuh dalam menjalinkan perbincangan satu lawan satu antara faktor yang menyukarkan persefahaman dalam pembangkang.

“Walaupun berkali-kali menafikan tidak akan bekerjasama dengan Umno tetapi kecenderungan mereka masa ini sudah gambarkan mereka pro-Umno.

“Amat mengejutkan, mereka ambil pendekatan sedemikian. Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mengajak (berbincang), namun mereka masih tolak. Ini seperti memberi pertolongan cemas kepada Umno yang sedang nazak,” katanya.

“Mereka akan pergi kepada Umno,” katanya.

Baru-baru ini Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau sudah menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mendapatkan sokongan parti itu dalam memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada pilihan raya ke-14 yang perlu diadakan pada 2018.
-FMT




ULASAN GB

GB sudah mengulas berkali-kali isu ini.

Yang penting sekarang ini ialah Pakatan Harapan kena perkukuhkan hubungan diantara komponen dengan tidak terlalu mengaharapkan pihak luar.

Kita perlu menggali dan menjana kekuatan yang ada dalam diri sendiri. Itu asasnya. Mengharapkan kekuatan dari sumber luar dari PH bukan sahaja membuang masa malah amat membahayakan. Kita tidak pasti dengan pendirian sebenar PAS. Ia boleh menikam kita pada bila-bila masa. Sejarah telah membuktikannya yang menyaksikan kehancuran Pakatan Rakyat.

Jika kita dapagt meyakinkan PAS sekalipun untuk bertanding satu-lawan-satu dan jika kita menang sekalipun apabila bersama dengan PAS, kemenangan kita adalah kemenangan yang rapuh. Kemenangan itu boleh dirobek jika PAS melakukan u-turn.

Kenyataan terbaru Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa PAS tidak akan berperang dengan UMNO membuktikan bahawa UMNO BN bukan lagi musuh mereka.






FEATURED ADS


15 ulasan:

Usop ali berkata...

Parti yang diketuai hj hadi selalu mugkir janji..tak payah lab mengharap lagi...buna kekuatan sendiri adalah lebih baik..ingat kes Selangor n prk.. Yang baru lepas...sejarah tidak pernah menipu...ingat LA saudara saudaraku Dari pakatan harapan...teruskan perjuangan tanpa puak munafik..INI lebih afdal

Tanpa Nama berkata...

Yg aku nampak azmin n the gengnya dlm pkr jea yg masih tergila gilakan pas ikatan gabungan sejahtera (pigs)...

Tanpa Nama berkata...

Masa semakin suntuk...ph dan bersatu usah lagi buang masa menagih kasih pigs yg tak sudi...akhirnya dgn kamu2 akan disembelih dan dihantar ke pasar...

Tanpa Nama berkata...

Apa pendirian Mursyidul PAS yang baru ? Tidak hairan jika pendirian nya sama dengan Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

sekarang ada atau tk ada murshidul tiada bezanya sbb semua grassroot tunduk kt yg tu je, kecuali yg di selangor mngkin ada yg terasa faedah brsma ph. lbih baik ph bkrja kuat tnpa pas.

Tanpa Nama berkata...

Fokus kerja2 kebajikan.. ambik sokongan melayu.. biarkan parti lama nak buat apa pun.. teruskan bekerja.. kalau terikat dgn polemik parti lama.. kita takkan ke mana2..

Tanpa Nama berkata...

PAS kata PAS parti kedua terkuat. UMNO yang pertama terkuat.

Dua-dua mengaku terkuat. Tapi kehidupan orang melayu susah dan semakin ketinggalan dengan kaum lain.

Malangnya bila masalah melayu tidak selesaikan disalahkan kerana melayu berpecah. Tang mana kuat nya ..?

Dah dua-dua kuat, bagus lah sangat untuk bersatu. Apa tunggu lagi ?



Unknown berkata...

Salam;


Saya Totally Agree,dgn comments GB.kENAPA KITA mesti BUANG MASA DGN pas.Kita tahu,Pas,selagi kepimpinan yg ada sekarang,mereka tetap dgn pendirian mereka.Pemasalahan kepimpinan PAS sekarang ini,ialah mereka menganggap mereka sahaja yg betul,dan mereka menganggap mereka sahajalah nak LEAD,ataupun nak jadi KETUA.

kENAPA KITA TAK focus,KEKUATAN YG KITA ADA.pr14,DULU,kita dapat 52peratus undi rakyat.Bila pas dah keluar,bersatu gantikan PAS,ini bermakna,sokongan rakyat masih tak berbeza.

FOCUS UTAMA KITA NAK TAWAN MALAYSIA.
Tupukan kawasan Parlimen.
BERSATU..Kekuatannya dikampong2,kawasan melayu/felda,Kedah/johor/sabah dlm tangan.kawasan2 ini diberikan pada BERSATU.

aMANAH;Di pantai timur dan kawasan2 pantai barat yg pas dah bertapak.

PKR;Kawasan capuran,tupukan kawasan ini.SELANGOR

DAP;Kawasan cina mjority.

Berpakatlah;negeri2 ini MB diberi pada parti yg kuat.Upamanya,kelantan/terengganu/pahang/melaka..diberi pada Amanah.Kedah/johor/n.9/PERAK diberi pada bersatu.Penang;diberi pada DAP.sABAH..Diberi pada parti baru safiee afdal.SELANGOR PADA pkr.

PM..dsai..timbalan..Muhyiddin/Husam/shafiee afdal..PM hanya 2 tahun sahaja.ROTATE.

Buat manefesto bersama.Nak upgrade buku jingga pun boleh.
Offer untuk rakyat.Penerapan nilai2 islam.PM/MB 2 penggal sahaja.Hapuskan GST.Hapuskan TOL,Kembalikan biasiswa pada pelajar2 cemerlang.meningkatkan ekonomi.kEKALKAN br1M bersyarat,jika ekonomi pulih akan naikkan mana2 yg termampu.Pulihkan sistem kehakiman,hukuman tidak mengira bulu.Semua menteri/mb diwajibkan istiharkan harta.
dan banyak lagi....INILAH SEBENARNYA RAKYAT MAHU.Front pembangkang kena tunjukan PERMAUFAKATAN YG TULIN.Tunjukkan pada rakyat,pemimpin2 pembangkang memang BERSATU,UNTUK PULIHKAN NEGARA.

Jika diatas semua dipersetujui,barulah kuatkan JENTERA PARTI,dan set-up strategy dikawasan2 parlimen.STRATEGY hendaklah strategy BERSAMA.

Insyallah,jika semua dah bersetuju,diiinkan allah kita akan berjaya.Jika kita masih lagi nak TERHEGEH-HEGEH nak bersama PAS,Masa bila kita nak buat Manefesto dan strategy////

sekian

Lelakidicermin berkata...

Kalau tgk strategi dan gerak kerja PH dan bersatu.. mcm mimpi je nak tawan putrajaya..yg memang kurang cerdik bila masing2 keluarkan kenyataan nak tarik pas dlm ph. Yg bersatu dgn tun m dan mahyuddin keluarkan kenyataan nak pelawa pas. Memang hukum alam org tak kuat tak berapa cerdik tiba2 asyik di pelawa2 je join PH.. dia jadi besar kepala.. bukan je pemimpin2 pas je keluarkan kenyataan besar kepala.. para walaun turut keluarkan komen2 besar kepala.yg presiden2 PH dan bersatu nak buat mesyuarat entah tahun bila.. masing2 seolah2 anuar takde.. utk buat mesyuarat tak boleh.. masih terhegeh2 nak bercumbu2 dgn pas baru nak buat mesyuarat.. video husam sama apa yg org2 bawah ph harapkan..

Tanpa Nama berkata...



Jalan yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
Menerangi Seluruh...Alam SEMESTA
Menyuloh Jasmani..."Niat" Di DADA
Menyuloh yg U-Turn...Ber Belit DUSTA
Menyuloh Sang KHINZIR...Dedak UMPANnya
Menyuloh Sang FITNAH...Bayaran nya BerJUTA


Menyuloh Sang FITNAH...Ber Juta Di BERI
Ber Juta Di BERI...Dek Songlap MenCURI
Rasuah & FITNAH...Yg Ber "Tuhan" Di HATI
Islam di Per ALAT...Di Belit Di MONOPOLI
Rakyat Di CEKIK...Dek 1MDB GST
Rakyat Di Tipu-KELIRU...Dek Ruu yg "SUCI"
Rakyat Di MOMOK...Dek Perkauman yg KEJI
Supaya "BUTA"...Melihat Amanah-INTEGRITY
Agar Ter "TUTUP"...Memahami TRANSPARENCY yg Suci
Tunggang Terbalik@ MURTAD pun...Berleluasa Terjadi



Jalan yg LURUS...Jalan Yg"SATU
Menuju Sang KASEH...Yg Kaseh Mem-BERI
Yg Kaseh Mem-BERI...KUDUS Di Kalbu
Yg Kaseh Mem-BERI...INSPIRASI Ber Semi
Di Jalan Yg LURUS...Muafakat Di TEMU
Muafakat Yg SUCI...TAK Pentingkan'DIRI
Muafakat Yg SUCI...Teguh Ber SATU
Ber SATU Menuju...FITRAH Syurgawi



Yg Kaseh Mem-BERI...Solusi yg PASTI



Tanpa Nama berkata...

Semua tau Amanah DAP konsisten prinsip xperlu pas bersama PH.cuma masalah skrg PKR.yg dlm PKR pula nampak team Azmin yg terkial2 nk pas.Kita dah tau pas mcm taik,tetapi lagi mau bersama pas.ape jenis ketololan yg melanda PKR skrg nih.dek kerana perangai PKR ni maka sokongan rakyat pd ph pun kian kabur.MP2 PKR pun dah cabut.adui...xda harapan la PH mcm ni.next election terima lah hakikat BN juga menang memerintah Malaysia. MALAYSIA malang sekali ada pembangkang bebal mcm ni.sekian luahan kekecewaan aku sbg rakyat biasa.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa perlu bergantung harap pd pas..aku nampak pas akan jd sejarah lpas pru14 nanti..yakinlah dgn kekuatan ph..dulu aku ahli pas..sekarang amanah

Tanpa Nama berkata...

Jika gagal berunding 'satu lawan satu', jika PAS menang.. sebab PAS di bantu oleh UMNO. Tak payah banyak, cukup dengan memberi kelonggaran kepada PAS mendapat kemudahan media sekali pun tanpa di minta oleh PAS. kerana ini lah satu cara nya untuk UMNO guna sebagai strategi supaya pengundi keliru dan supaya PAS berbalah dengan PH/BERSATU.

Jika PAS kalah bererti pembangkang pun kalah dan UMNO terus menindas dan mempermainkan nasib rakyat, alamat lebai-lebai PAS jual kitab lah. Itu pun orang tak beli kalau tahu dia lebai PAS.

Menang kalah nya PAS kerana di bantu oleh UMNO ! UMNO tidak ada isu di tambah dengan bermacam-macam skandal. Apa yang nak dibanggakan tangkap perasuah sampai beratus juta? Kerana lebih banyak persoalan yang di bangkitkan.

Oleh itu rundingan 'satu lawan satu' perlu dijalankan. Jika PAS berpaling tadah, kemungkinan besar PH menang lebih kerusi dari 'lawan tiga penjuru'. Jika PAS dengan kerusi yang dimenangi nya melompat, berbaloi kah dengan kerusi yang sedikit. Dan UMNO pula menghadapi kesukaran apabila PAS menang banyak kerusi. Orang akan bertambah benci dan terus mencemuh 'Islam' PAS jika PAS melompat lagi.

Oleh kerana peluang Pembangkang menang lebih kerusi dari 'lawan tiga penjuru' walaupun UMNO yang masih berkuasa dimana PAS yang bertanggungjawab kerana memberi kuasa kepada UMNO, tidak rugi PH/BERSATU usahakan rundingan.

Mudah cakap jika Pembangkang kalah, apalagi sikit lagi menjadi kerajaan, PAS yang bersalah. Sebaliknya jika menang, dapat pula membentuk kerajaan, orang tak kata sebab PAS lah pembangkang menang tapi rakyat yang menang.

Tanpa Nama berkata...

selama ini bukan mudah nak tumbangkan UMNO-BN...hanya Anwar Ibrahim saja mampu membawa bersama DAP dan PAS menang besar...aku tabik dengan Anwar Ibrahim segala perancangan hampir berjaya 50-50...kalau Tun M cuma tambah 10% lagi. Anwar dan Tun M mempunyai pengaruh besar dalam politik Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

JANGAN HARAPKAN SANGAT PADA SAHABAT LAMA TUU..
LEBIH LAGI KALAU TERMAKAN DEDAK.
TAK MNGKIN .....KATA HADI DAN TANTAWI...