19 Okt 2016

Mahathir Seru Rakyat Bersamanya Di Himpunan BERSIH...

Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat untuk bersama dengannya di Perhimpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan pada 19 November akan datang nanti.

Berucap di Ceramah Mega sempena Sambutan Setahun AMANAH Selangor yang di adakan di perkarangan Alamanda Shah Alam, Tun Mahathir menyatakan perhimpunan BERSIH adalah sebuah perhimpunan yang aman, justeru itu tiada sebab kerajaan Najib menghalangnya.

"BERSIH cukup bersih. Dia buat demonstrasi senyap aje. Kalau kita tengok demonstrasi di negara lain, berlaku rusuhan, tembak sana tembak sini, bunuh sana bunuh sini. Tapi bila BERSIH buat demonstrasi tak ada apa gaduh pun, dia pakai baju kuning saja," ujar Mahathir.


"Saya pun dah dapat baju kuning, saya pun nak hadir sama," katanya disambut tepukan gemuruh para hadirin.

"Pasal apa saya nak hadir sama? Sebab aman, BERSIH punya demo aman... jika aman Najib tak boleh isytihar security (terancam) " ujarnya lagi.

Di dalam ucapannya juga, Tun Mahathir membidas Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salled Said Keruak kerana mencadangkan jika kerajaan mahu memusnahkan legasi bekas perdana menteri, mereka akan meruntuhkan bangunan ikonik KLCC.

"Apalah salah saya? Saya angkat dia jadi Ketua Menteri Sabah dulu masa saya perdana menteri. Tetapi sekarang dia marah kepada saya. Dia nasihatkan kerajaan supaya jangan ada legasi Dr Mahathir. Kita hapuskan, cara nak hapus, kita rebankan KLCC.

"Pasal apa KLCC sahaja? Jabatan Perdana Menteri pun dulu saya buat, rumah perdana menteri pun saya buat juga. Rebanlah semua itu, buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA semuanya.

“Takut orang ingat saya, saya tak suruh orang ingat saya,” kata Dr Mahathir semasa ceramah mega Amanah di Shah Alam malam semalam.

Mahathir berkata mereka yang berkuasa takut bahawa rakyat akan mengenang segala sumbangannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

"Tetapi saya tak pernah minta orang ramai untuk ingat saya

"Adakah mana-mana tempat yang ada nama saya? Tak ada, satu pun tak ada.

"Saya tegah. Sebaliknya dulu, kalau jadi menteri pelajaran, sekolah-sekolah dulu semua nama menteri pelajaran,” katanya.

Dr Mahathir berkata semasa tempoh beliau memegang jawatan, beliau melarang sekolah, jalan dan bangunan dinamakan atas nama menteri dan pegawai yang masih hidup.

“Nama menteri tak boleh dipasang di mana-mana sekolah. Dah jadi perdana menteri, nama jalan pun tak boleh.

“Kalau nak nama awak dikenakan (diletakkan) pada apa-apa bangunan, mati dulu,” katanya sambil disambut dengan gelakan hadirin.






FEATURED ADS


19 ulasan:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Tok ayah kita ni dulu pun kena "lasing" dengan Tuan Greenboc and anak buah. Loni kerana belaga angin dan dapat tidur sebantal maka semuanya setuju kata all right.

Teringat juga Pakcu dengan kisah burung dan kambing dalam semak. Yang terbang tu burung..tapi dikatakan kambing. Maka kerana setuju dan belaga angin maka semua pakat sokong kata kambing yang terbang...ish..ish...cubaaaaan..dunia..dunia.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Tun M dirahmati Allah selalu hendaknya..aminn

Tanpa Nama berkata...

Jangan esok ada yang sabotaj menyamar pakai baju bersih dan buat kacau.
Harap hati-hati.

Tanpa Nama berkata...

Sama dgn PIGS....kerana belaga angin, dulu kita sokong...sekarang dah x belaga angin kita bantai cukup2 pigs ni, bagi lingkup terus...x guna punya pigs..

Pemuda parit kings berkata...

Hihihi...pokcu2....

Dalam cerita p.ramlie...Ibu mertuaku...

Kata2 arwah p.ramlie dalam skripnya yg spontan atau pun tak...

Kenapalah Allah menciptakan kamu sebagai manusia...

Semoga kita muhasabah diri...

Ada 2 manusia yg sama tapi berbeza...

Pertama..
Manusia yg akhirnya sedar akan kesilapan nya dan me mohon ampun Dari Allah...takkan mengulangi kesilapan yg lalu...

Kedua...

Manusia yang sedar akan kesilapan nya namun masih melakukan terus kesilapan demi kesilapan...berbohong demi kepentingan diri...menyokong dan meneruskan usaha2 yang membebankan rakyat keseluruhan...

Maaf pokcu...tak boleh tahan...

Malaysiabaru berkata...

Karier politik hadi dah berakhir

Pas yg d control ustaz taliban timur tengah muda mcm is.is dah hancur... Utk 30tahun akan datang

Kukuhkan amanah pribumi pkr

Tak mustahil umno pas bungkus pru14...

Aznin ko yakinlah sikit dgn pribumi dan amanah.. Hapuskan pIS

Tanpa Nama berkata...

Ya pak su,rantau panjang.Janganlah nampak seut dieberang sungai,gajah di depan mata buat-buat tak-tahu.

Apakah fatwa hadi dulu,bukankah berjihad menentang umno,akibatnya ada yg mati di memali.sekarang amacam dah boleh bersodondong dgn umno pulak.


di kelantan boleh belasah balak pulak,amacam dah tiru umno,cara berasuah.

Sekurang-kurangnya orang tua yg berumur 92 tahun,sedang memperbaiki kerosakkan yg dibuatnya dulu,kalau dia nak senang dia terima sahaja 'DEDAK' najib.Apakah orang yg menuju kapada 'KEBAIKKAN' ditentang.

ishk..iskk...yg ni gamaknya yg di ajar oleh tok guru adi yg walaunta sangat kasihi tu.

sekurang2nya orang tua tu,nak merperbaiki kerosakkan,bukan nak membantu orang yg sedang membuat kemungkaran..

tak tahulah,ajaran kitab mana yg kata boleh bantu kemungkaran dan boleh rasuah pula.

mazmad berkata...

Awas ..kuning itu bersih Dan ingat merah itu kotor Dan menjijikkan lebih-lebih lagi ketuanya merupakan banjingan yg ditauliah oleh UMNO
AWAS...

mosabit berkata...

pakcu rantau panjang akal pendek...dok terpesona dng president PIGS sedunia...kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Walaupun belaga angin biasa lah.. dalam famili pun begitu lepas itu belaga angin jugak, ini kan pulak dalam politik..

Setakat kata kambing yang terbang .. cuma cerita rekaan. Tapi yang belaga angin sampai keluar amanat bukan rekaan tapi betol-betoool.... jihad lah penjajah lah.. kepala tiga suku lah.

Dewan kata GST haram.. Tapi kerana dah belaga angin, mengaku pulak GST pemacu ekonomi.

Berubah lah dari tidak baik kepada yang baik. Dan dari baik kepada yang terbaik.

Lelaki Dicermin berkata...

Walau pun pak cu bg jawapan begitu.. aku masih tabik lagi.. jgn mcm walaun2 dlm blog pro parti pas... tanya je berasas fakta.. akan di jawab.. kafir.. jilat tahi kafir..balaci dap.. seolah2 dia mengkafirkan org.. dia tak menjawab diSANA nanti..takut merangkak diSANA nanti mencari org yg di kafirkan.. di dunia tak kenal..kat sana nanti lagi lah..

Tanpa Nama berkata...

Bukan kerana Hadi PAS tak ada, kita tak hadir sokong BERSIH.

Dan bukan sebab Mahathir seru baru kita nak pergi menyertai BERSIH.

Kita pergi sebab kita tidak mahu ditipu oleh SPR dan kerajaan yang ada ialah kerajaan haram.

Tanpa Nama berkata...

hahaha pok cu rantau panjang...tok ketek doh ko?? senyap tipah mati akal?? ko gi aloh golok doh...kuang kuang kuang...

bunyi kaba ado satu cawangan parti agama di rantau panjang dah bertukar secara keseluruhan kepada parti warna oren...ahak ahak...ore rantau panjang cerdik belako doh lo nih...buleh bezo hok mano betul....hok mano saloh...ado sikit jah lagih hok tok berapo cerdik dok walaunta dengan parti agamo...

Tanpa Nama berkata...

buke orge ratau panje jah. seluruh orge kelate rama hok cerdik2. keno pulok hok mrantau nih.
Pakcu RP, mulo TT lasing sebab dia ado kuaso dan tidak btol, loni dio xdok kuaso dan tgh duk lawe orge hok tok betol. zolim, menipu, pencuri dll. saloh ko pokcu? bakpo pokcu tok maroh tok guru hok koho lamo koho rapat dgn orge hok tok betul nuh? ko pokcu dok prase? bukok mato molek pokcu, cuci molek mato tu, biar nyo napok. jange pokcu igt orge tu ilmu agamo tinggi, makonyo dio btul blako.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini dakwa GB kasar bahasa kerana guna 'melutut' padahal yang sebut dulu Hj Hadi.

Ini pulak dakwa GB dah belaga angin dengan Mahathir dan semuanya jadi betul tanpa memikirkan tentang bagaimana Hj Hadi belaga warna yang sedondon dengan Najib sehingga salah Najib jadi salah dia sendiri.

Kebenaran nya sudah nyata. Pak Cu sengaja menempuh jalan lain untuk mengelak.

Tanpa Nama berkata...

Cuba pakcu bgtau parti mana yg xda berlaga angin?? Berlaga angin tu biasa tp diselesaikan dgn baik.bukan sombong ego menyalahkan org lain melabel babi barua anjing harbi dsb.Nabi x mendidik manusia mcmtu..sekurang2 nya mahathir cuba memperbetulkan apa yg dia dh buat dulu, drpd pas pula terbalik jadinya. Merosakkan penyatuan yg sama2 dijayakan tgna/fadzil noor

Tanpa Nama berkata...

KITA TOK SOH KIRALAH DGN PAKCU NII.
ORANG LAIN TU SOKONG SBB BULEH DEDAK.
KITA BOLEHLAH JUGAK KATA DEMO NI CERDIK.
SEBAB BULEH DEDAK.
SENANG JUGAK ATAS DUNIA NI.
TAPI PAKCU NI SOKONG BODO JEE.
MEMANG PAKCU NII ....
NOK KATA CERDIK PUN ..TOKK LEEH..TUU
DOH KATO GAPO????..
PAKCU PAKCU CU PK.

Timnajib Jomfikir berkata...

Pakcu...awak kat mana....awak kat mana...?

Pakcu, saya nak ajak pakcu turun Bersih 5.0 Sept 19 2016. Saya akan siapkan... belanje poksu sarapan pagi dan minum petang.

Tanpa Nama berkata...

Nabi pernah bersabda bahwa mereka yg membantu atau nenyokong kezaliman adalah bukan dari golonganya dan dia pun bukan dari golongan tersebut...bererti pemakan2 dedak tak akan dpt shafaat nabi diakhirat kelak keeana nabi tak mengaku umat..ingatlah bukan semua ulamak @ularmak mati dalam iman.