13 Sep 2016

Mahathir & Muhyiddin Seru Kuburkan UMNO BN Bukan Sekadar Tumbangkan Najib

Tun M azam jatuhkan Umno, BN bukan Najib sahaja sekarang

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berazam akan menjatuhkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang, bukan sekadar Datuk Seri Najib Razak sahaja, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir berkata hasratnya menubuhkan PPBM bukan semata-mata kerana Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tetapi kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) juga.


"Saya berusaha untuk jatuhkan Umno dan kerajaan BN," tegas Tun Mahathir di depan pemimpin Amanah, PKR dan orang ramai yang penuh sesak di hadapan beliau.

"Dulu saya keluar Umno saya tak fikir nak tubuh parti. Tapi kali ini saya cuba adakan parti lain yang berhasrat lawan Umno dan BN

"Sebabnya perbuatan pemimpin Umno hari ini, ketua bahagian, wakil rakyat mereka lakukan jenayah besar sukar bagi kita fahami.

"Saya nak singkir manusia ini, nak singkir Najib.

"Tapi kalau singkir Najib saja tak guna tanpa parti yang dia pimpin," kata Tun Mahathir.

Dulu, katanya, Umno untuk bangsa dan tanah air tetapi hari ini berjuang untuk Najib itu.

"Ia tak masuk dalam perlembagaan. Saya tengok balik perlembagaan baca lima kali takda pula sebut pertahankan Najib," kata Tun Mahathir sinis.

Untuk menang, katanya, semua pihak perlu bersatu dan keluar dari Umno.

"Kita akan kalahkan Najib dengan parti pribumi bersatu untuk ini kita perlukan kekuatan.

"Kekuatan rakyat mestilah dengan segera jadi ahli parti pribumi bersatu ...alhamdulillah malam ini saya terima 1000 permohonan dan kita harap rakyat Negeri Sembilan tolak Umno dan BN," ujar bekas perdana menteri ini.

Kata beliau dalam usaha ini jika sekalipun perdana menteri tidak turun, beliau berkata PPBM dan pakatan pembangkang akan tunggu pilihan raya akan datang.

"Jika Najib tidak turun sekarang kita terpaksalah tunggu hingga pilihan raya....kita akan tunggu.

"Parti lawan BN menang bukan kerana BN kuat sebaliknya pakatan pembangkan tidak bersatu, jadi tak boleh menanglah.

"Jika mereka bersatu termasuk Pas kita boleh kalahkan BN.

"Nak kata parti lawan kerajaan pun tak kena sekarang ni kerana di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan pembangkang sudah jadi 'kerajaan' jadi Umno-BN ni sebenarnya sudah separuh kerajaan lah," ujarnya disambut derai tawa penyokong malam tadi.

Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Zulkifly Mohamad Omar dan Ketua Pemuda Amanah negeri, Shahrizal Masrudi serta Setiausaha PKR Negeri Haji Ismail selain ahli jawatankuasa PPBM. -MD





ULASAN GB

Nampaknya PAS yang sebelum ini menganggap sebarang usaha untuk menjatuhkan Najib sebagai sia-sia kerana menurut PAS, jika Najib jatuh tapi UMNO BN masih berkuasa ia tidak memberi makna apa-apa. Apatah lagi kata mereka, tujuan Mahathir hanya nak menjatuhkan Najib tetapi akan menyertai UMNO semula.

Kini segalanya terjawab. PAS membuat persangkaan dan jangkaan yang salah. Mahathir dan Muhyddin dengan parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM), bukan sahaja berhasrat untuk menjatuhkan Najib, malah mengkuburkan UMNO BN.

PPBM tiada masalah dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan, samada AMANAH, PKR malah DAP sekalipun. Mereka telah bersama di dalam siri jelajah Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia sebelum ini.

Yang bermasalah kini ialah PAS - parti yang terkontang-kanting bersama IKATAN - nak sebut menyokong UMNO BN malu, nak sertai Pakatan Harapan tak mahu.

Ego PAS yang tinggi, tamak dengan kerusi dan tidak rela berkongsi dengan parti lain.

Itu sebab mengapa PPBM menyatakan mereka perlu berbincang dengan PAS sepertimana PKR telah melakukan di dalam PRN Sarawak.

Namun seperti yang umum mengetahui di PRN Sarawak, PAS yang berhidung tinggi telah menggagalkan semuanya. Akhirnya parti pembangkang bertemu sesama sendiri dan berakhir dengan kekecewaan.

Kita berharap senario sedemikian tidak berlaku pada PRU14. Dan Pakatan Harapan perlu perkukuhkan persefahaman di kalangan anggota yang ada, with or without PAS.

Yang pasti hukuman kebenaran dan keadilan akan terus berjalan,  kita dapat menjangkkakan bukan sahaja UMNO akan dihapus dan dikafankan, malah PAS juga kerana perjuangan kedua-dua parti itu kini hampir serupa serupa, kedua-duanya bersikap perkauman melampau dan setiap yang melampau batas itu tidak disukai Allah swt.

Dan Allah telah banyak kali mengingatkan di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak suka mereka yang melampau batas.

"Dan janganlah kamu semua melampau batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampau batas"
(Surah al-Maidah : 87).





FEATURED ADS


12 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Mai anak muda keturunan umno masyuuk pribumi

PiS dah berpecah kpd amanah

Umno kpd pribumi

Yg kuat tinggal dap pkr

Jom kukuhkan pribumi dan lihat Anwar pm. Muhyi dpm. Mukriz mof.

Azmin . Lim. Sabu senior minister

Jom Jom Jom turunkan Najib pru14

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tun.... Parti Pribumi Bersatu bersama Pakatan Harapan akan berjaya insya allah....

Tanpa Nama berkata...

Dulu orang-orang ini lah yang kata tanpa UMNO melayu akan hilang kuasa. Sebaliknya sekarang mereka pula yang nak tumbangkan UMNO.

Orang UMNO yang masih beranggapan tanpa UMNO melayu akan hilang kuasa sebenarnya tidak berpijak pada kenyataan. Begitu juga pada orang PAS yang beranggapan hanya PAS sahaja yang memperjuangkan Islam.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Pencipta.

Bermacam jenis tumbuhan dan binatang yang di jadikan supaya manusia boleh makan. Tak kan lah hanya UMNO dan PAS sahaja yang benar dan tak ada UMNO melayu tak boleh hidup dan tak ada PAS, Islam tak terbela.

Tinggalkan lah yang lama kerana yang lebih baik telah diberikan oleh Allah.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada beza pun ketua bahagian dan wakil rakyat UMNO dengan PAS. Kedua-dua belah pihak mempertahankan tindakan presiden walaupun sedar tahu presiden dah jalan tak betul.

Nak satukan pembangkang pun hanya presiden sahaja yang berkuasa menentukan. Siapa yang memberi kuasa kepada presiden dan orang-orangnya kalau tidak mereka sendiri?

Bukan UMNO sahaja yang perlu ditumbangkan tetapi PAS juga perlu di tumbang kan sekali dengan ketua bahagian dan wakil-wakil rakyatnya.

Berunding pada isi pokoknya yang jelas tidak memerlukan masa yang lama.

PAS tidak akan bertolak ansur dalam pembahagian kerusi. Tempat yang kalahkan berkali-kali pun PAS akan tuntut atas sebab dah lama bertanding di kawasan tersebut.

PAS tidak kuat. Oleh itu ini lah kesempatan untuk PAS dapatkan sebanyak kerusi yang boleh supaya PAS yang mempunyai lebih kuasa memutus. Pertaruhan PAS ialah PAS boleh terima kekalahan kerana dah biasa kalah. Bukan untuk kuatkan pembangkang.

Yang paling malang sekali jika UMNO tumbang ialah apabila pemimpin PAS yang di pilih memegang jawatan adalah yang paling tidak boleh diharapkan dari pemimpin UMNO yang bagus-bagus. Nik Abduh jadi Menteri mengantikan KJ ? Memang KJ tak berguna tetapi dia lebih baik dari Abduh.

PAS telah berpakat dalam hal rampasan kuasa di Perak dan mengkhianati PR di Selangor. Jika UMNO memang sikit atau pakatan menang sikit.. Tak sudah-sudah kena berunding dengan PAS. Hubungan PAS UMNO baik kerana kedua-dua presidennya mempunyai kriteria yang sama. Apa lagi sekiranya dakwaan RM 90 juta tidak jadi di saman.


Tanpa Nama berkata...


Kena jaga keselamatan TDM. Beliau ancaman pada najib rosmah.

Jangan jadi macam PI Bala.

Tiba2 mati sakit jantung.

Orang yg pernah membunuh, akan membunuh lagi. Tak ada benda bagi dia.

Membunuh tidak sedahsyat memfitnah DSAI.

CIA pun boleh sanggup bunuh JFK.



Tanpa Nama berkata...

sekarang amat sukar anak2 kg nk jadi doktor, macm mna nk jdi dktr kna ada 10a, sesuatu yg tidk mudh dicapai olh ank kg.olh sbb itu ph dgn bantuan pribumi msti memernth dn betlkn keadaan.

Anti Fitnah berkata...

Bila? Bila? Bila lagi?
Bilakah Tanah Perkuburan Melayu nak didirikan? kan selepas ni akan ada ramai bangsa UMNO yang nak dikuburkan di sana.
Rasuah ... Melayu ... Bodoh Congak ... dipisah TIDAK. KeHEBATan bangsa Melayu UMNO terkenal di atas muka bumi Allah swt ni makin terserlah akibat RASUAH. Tidak ada seorang pun bangsa Melayu UMNO (kecuali yang dah kena tendang) sanggup melawan rasuah termasuk AG. "Pemimpin-pemimpin keturunan" pun tak bersuara dan kalau yang bersuara tu pun, nampak bangangnya.
Jangan lupa bangsa UMNO terutama Jamal. Jangan Hanjingkan orang lain sebab khuatir nanti kau tu 3 kali Hanjingnya. Dok jelir lidah dengan air liur menitis ke lantai... tunggu tuannya bagi tulang yang tengah makan daging.

Lelakidicermin berkata...

Ada aku baca satu artikal... percaturan politik PH dan ppbm skg ni di jalankan oleh azmin. Sampaikan pimpinan AMANAH dah keluarkan kenyataan..pembahagian kerusi utk AMANAH di buat oleh azmin setelah perbincangan azmin dgn pas. Kalau ikut cara percaturan tu..kalau PH dan PPBM dpt tawan putrajaya..rasa utk anuar jadi PM tipis...sah2 yg jadi PM yg jadi org tgh dan yg mengerakkan percaturan itu.. rafizi pun skg sudah kurangkan keluarkan kenyataan...

Tanpa Nama berkata...

PAS akan berganding bahu dgn UMNO pd PRU14, biar dua2 LINGKUP!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Dulu orang-orang ini lah yang kata tanpa UMNO melayu akan hilang kuasa. Sebaliknya sekarang mereka pula yang nak tumbangkan UMNO.

Orang UMNO yang masih beranggapan tanpa UMNO melayu akan hilang kuasa sebenarnya tidak berpijak pada kenyataan. Begitu juga pada orang PAS yang beranggapan hanya PAS sahaja yang memperjuangkan Islam.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Pencipta.

Bermacam jenis tumbuhan dan binatang yang di jadikan supaya manusia boleh makan dan bersyukur atas nikmatnya. Tak kan lah hanya UMNO dan PAS sahaja yang benar dan tak ada UMNO melayu tak boleh hidup dan tak ada PAS, Islam tak terbela.

Tinggalkan lah yang lama yakni UMNO dan PAS kerana yang lebih baik telah diberikan oleh Allah AMANAH dan BERSATU.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ini bukan masalah 10A tapi nak belajar tak dapat pinjaman. Yang dapat pinjaman pun cukup-cukup makan.

Tanpa Nama berkata...

Kubur Dan lenyapkan umno bn pekan pahang