12 Ogo 2016

[VIDEO] Dari Kerusi Roda Hanipa Teruskan Perjuangan

Ahli Parlimen Sepang, YB Mohamed Hanipa Maidin telah membuat satu kejutan apabila melakukan penampilan sulungnya menghadiri Program Sambutan Hari Lahir DS Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi, Rabu 10 Ogos 2016.

Hanipa yang telah berehat di rumahnya selepas pengsan semasa menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 4 April lalu. Beliau telah menjalani pembedahan selepas itu.

Malam tadi, beliau yang juga Pengerusi Biro Undang-undang & Guaman Parti Amanah Negara (KANUN) kelihatan sihat walaupun badannya masih lemah dan terpaksa duduk di atas kerusi roda kerana tidak boleh berdiri lama.


"Saya sudah bosan duduk kat rumah kerana tidak ada BN dan Umno yang hendak dilawan," kata Hanipa dalam majlis malam tadi.

Sebelumnya beliau telah menyeru rakyat negara ini untuk bersatu menghadapi kezaliman kerajaan UMNO BN yang diterajui oleh Najib.

Belia sangat berharap beliau akan dapat menjalankan tugasnya semula sebagai ahli parlimen pada bulan Oktober nanti.

Sementara itu seorang lagi pemimpin AMANAH iaitu Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Sdra Faiz Fadzil menyeru rakyat untuk sama-sama turun ke Himpunan Aman TANGKAP MO1 yang akan diadakan pada 27 Ogos ini yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Beliau mengimbau kenangan hubungan akrab Annwar dengan almarhum bapanya, Ustaz Fadzil Noor yang ketika itu menjadi Presiden PAS.

"Perjuangan untuk membebaskan Anwar diteruskan kerana Anwar adalah simbol (perjuangan) untuk menentang kezaliman pemerintahan kerajaan UMNO BN," katanya.

"Malah dalam kes 1MDB, Anwarlah orang pertama yang membongkar penyellewengan 1MDB iaitu sejak tahun 2011 lagi," tambahnya.

Beribu-ribu penyokong dan keluarga turun ke perkarangan penjara Sungai Buluh malam tadi bagi menyambut harijadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke 69.

Hampir kesemua pemimpin parti Pakatan Harapan hadir termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang, naib presiden Amanah, Hasanudin Mohd Yunus di samping pemimpin PKR dan keluarga Anwar.

Mereka memberikan ucapan selamat harijadi untuk Anwar yang berada di dalam penjara itu di samping ucapan-ucapan politik.

Satu kek hari jadi yang besar telah dibawa ke pentas di mana ahli keluarga dan rakan-rakan Anwar berkumpul pada kira-kira pukul 11.30 malam.

Isteri Anwar yang juga dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memotong kek bersama anak perempuannya Nurul Izzah, Nurul Hana dan Nurul Nuha, selepas laungan "Allah selamatkan kamu".

Dalam ucapannya, Wan Azizah berkata, rakyat tidak harus putus asa dalam perjuangan mereka untuk perubahan, yang bermula pada 1998 apabila Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjalani hukuman penjara.










FEATURED ADS


12 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

Tahniah pada semua yg hadhir,terutamanya team otai Amanah./Mahfuz/Group2 parti baru.
Pada group-group ahli2 Adun dan MP PAS,yg menempek pengorbanan DSAI,dan menang pula di Selangor,harap cermin-cerminlah diri.Hargailah pengorbanan orang lain,yg hidupnya sengsara di penjara,sedangkan tuan-tuan boleh terima elaun dan gaji yg amat lumayan.

Sekian.


Tanpa Nama berkata...

Sekor pun pemimpin pas x kelihatan hanya mahfuz yg prihatin..dasar lebai dedak..dh kenyang balun duit haram 90juta..

Unknown berkata...

Sungguh keras hati Hadi Awang, Haron Din dan walaun2....tetap tak mahu ziarah Anwar Ibrahim.

Wahai Hadi Awang, Haron Din. Jika kamu tidak mahu ziarah, melawat Anwar Ibrahim sebab politik, Ziarahlah...atas dasar sesama Islam itu adalah bersaudara.

Mana perginya kata2 mulut kamu tu...ajaran Islam Nabi Muhammad SAW?
Adakah kamu pun...pembenci sahabat Nabi?

Din berkata...

Tahniah semua. Selamat Hari Lahir DSAI.. Kita tak perlu lah lagi mengharap pada Ketua Parti Pembohong bersiri tu. Tumpakan gerak kerja persediaan PRU14. Tun Mahathir dan TSMY telah bertindak betul menubuhkan BERSATU. Ini strategi bagi mengimbangi kekuatan Pakatan jika PASPISPUS menyokong UMNONGOk sepenuhnya di PRU14. Pakatan telah ada pengganti PASPISPUS.

Tanpa Nama berkata...

Sungai Buluh dalam negeri Selangor..Kerajaan Selangor terdiri dari PKR, DAP, AMANAH dan satu lagi parti yang nama dekat-dekat dengan supermarket 99..

Anwar adalah simbol kezaliman pemerintahan UMNO selain 1MDB.

Pegangan agama di longgarkan menjadi kan gaji dan elaun bertukar menjadi dedak. Jawatan dan kuasa di jadi kan benteng keimanan. Mencari Tuhan di ganti mencari pokemon kerana baik Mufti baik presiden baik lebai sudah tak ambil peduli tujuan Islam yang syumul.



Tanpa Nama berkata...

Hanipa sanggup bersusah payah pergi dewan rakyat sampai jatuh pengsan... sedangkan tuan presideng asyik memonteng..

Ayah Man berkata...

Ya Allah pelihara lah keselamatan DSAI dan panjangkan USIA nya.

Tanpa Nama berkata...

Puak2 serban tu sebenarnya dah sesat, mereka dah jadi ulam najib..setiap kali sendawa kenyang,najib akan sebut ulam mok sedapnya..hadi and gangs dah jadi ulam santapan najib.

Tanpa Nama berkata...

Maaf cakap..aku dah hilang hormat pd ustaz2 skarang..semuanya kerana puak2 pis yg kononnya ulamak tp perangai haram..balun duit rakyat..pembohong..fitnah orang..ego..sombong..busuk hati..perasan bagus..boleh masuk syurga dgn keahlian pis..piiirrah mabuk pil kude..

Tanpa Nama berkata...

Puak pemimpin PAS khasnya HADI Dan HARUN DIN Dan seluruh saf kepimpinan takdak rasa malu. Mereka harun sedar kemenangan PAS adalah kerana Anwar Ibrahim. Tapi sekarang mereka I I semua paling tapah oada PAS. Mereka guna PAS untuk kepentingan diri sendiri. Isu 90JUTA pergi lah angkat sumpah lauyat dimasjid kalau berani.
Mereka ini guna Islam untuk cari makan.

Tanpa Nama berkata...

Kehadiran Hanipa berkerusi roda sudah tentunya menguatkan lagi semangat untuk sdr anwar terus berjuang.

Kehadiran Hanipa membukti kan dia pantang berundur setelah melangkah. Tabik hormat. Jangan kan berkerusi roda kalau katil hospital tu pun beroda dia datang. Ini kerana Anwar tidak ambil dedak seperti ramai pemimpin sekarang.

Oleh kerana tidak ada mana-mana pemimpin yang menyebut sepintas lalu mengenai RM90 juta yang mungkin termasuk persetujuan memenjarakan Anwar Ibrahim maka wartawan pun jangan lah tunggu isu tersebut dibangkitkan oleh pemimpin AMANAH dan lain-lain.

Dah satu hari berlalu .. macam betul pulak dakwaan SR Mana Presiden? Nak masuk IJN, tak boleh sebab Mahathir ada kat sana..



Tanpa Nama berkata...

Rasa terkilan kerana tidak kelihatan kelibat para pemimpin PAS. Seolah tiada rasa hormat dan belas terhadap DSAI. Sesungguhnya PAS sangat sombong. Mungkin PAS merasakan bahawa mereka sudah berduit dan mempunyai rakan yang lebih kaya dan berkuasa maka rakan lama tidak diperlukan lagi. Inilag wajah PAS. Wajah yang tidak mengenang jasa. Wajah yang sanggup khianat demi kepentingan diri sendiri. Jika ditinjau sejarah kebangkitan PAS, DSAI memainkan peranannya. Jika tidak kerana tercicirnya DSAI dari kebinet, jangan mimpi Hj Hadi akan menjadi MB Terengganu. Namun segalanya telah menjadi sejarah yang wajar menjadi tauladan khususnya kepada Azmin supaya kepercayaan terhadap PAS biarlah berpada. Dan sekiranya terdapat sekelumit perasaan Hj Hadi yang mengatakan DSAI patut di penjarakan kerana percayakan dahyah serta fitnah Najib maka Hj Hadi adalah manusia yang celaka.