9 Ogo 2016

SR Pertahan Dakwaan: PAS Sekutukan Diri Dengan Pencuri Yang Dikenali

Dakwaan RM90 juta PAS kecurigaan meluas, kata S'wak Report

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

Ini selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man awal hari ini menyangkal dakwaan itu yang disiarkan dalam sebuah ulasan dalam Sarawak Report Sabtu lepas.


Bagaimanapun, Brown berkata, dia melaporkan kecurigaan seperti terkandung dalam laman web itu dan menegaskan dakwaan itu memang telah meluas.

"PAS tidak patut menyalahtafsirkan saya, walaupun mereka bukan ahli-ahli politik pertama yang mengecam perkara-perkara yang sebenarnya tidak seperti diperkatakan.

"Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah memerhatikan perkara ini kepada saya.

"Mengapa PAS bayangkan sebaliknya?

"Ia adalah apabila PAS tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash' seperti ramai dalam PAS memberikan amaran.

"Najib dikenali dunia kerana korup dan telah membuat pembayaran jumlah yang besar kepada sekutu utama yang berbeza politik dengannya.

"Jadi sesiapa yang tiba-tiba menjadi rapat mesti menerima syak wasangka menyusul akan timbul," dia memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau berkata, walaupun pemimpin PAS mungkin didorong oleh sebab agama, mereka telah 'menyekutukan' diri mereka dengan 'pencuri yang dikenali' .

Najib, yang berada tengah-tengah skandal 1MDB, secara konsisten menafikan salah laku dan sebelum ini dibebaskan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali.

Sarawak Report mendakwa di dalam ulasannya pada Sabtu:

"Dia (Najib) 'menarik' PAS jauh daripada pakatan pembangkang sama seperti cara biasa dilakukannya - RM90 juta didakwa secara meluas mengalir kepada pemimpin atasan PAS sejak beberapa bulan lalu."

Tuan Ibrahim berkata dakwaan bahawa pemimpin PAS telah menerima RM90 juta daripada Najib adalah palsu, dan parti itu bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan tersebut. -mk

ULASAN GB

Kini PAS nak buat apa agaknya? Nak saman Sarawak Report (SR)? SR sudah pun jawab bahawa:

"Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah memerhatikan perkara ini kepada saya.

Tanggapan-tanggapan meluas itu berdasarkan tindakan dan perkataan pemimpin tertinggi PAS sendiri. Cuba kita amati (ini koleksi GB sendiri, bukan SR).


Bukti tentang penerimaan RM90 juta itu mungkin ada atau mungkin tiada, tetapi seperti SR jelaskan ia adalah tanggapan yang meluas. SR tak perlu beri bukti tentang penerimaan wang sejumlah itu.

Tetapi mungkin rahsia itu akan terbongkar apabila kes itu dibawa ke mahkamah, iaitu apabila PAS menyaman SR dan bertindak menyoal mana bukti. SR mungkin telah bersiap sedia dengan buktinya jika itu berlaku. Sama macam kes 1MDB sehingga Najib pun tidak berani untuk saman SR.

Jadi kini bola di kaki PAS. Nak saman atau tidak. Kalau tak saman, maruah tercalar, kalau saman rahsia terbongkar.


ENTRI BERKAITAN:  [PANAS] Pemimpin PAS Didakwa Terima RM90 Juta... -updated




FEATURED ADS


33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tunggu Selasa depan Pas akan saman. Tahun bila tak tahu. Lebai takut kantoi.
Berani saman! Kalau bertelorlah!

Malaysiabaru berkata...

Apa nak jadi dgn PIS

KEBINATANGAN PAS semakin menjadi jadi..

Ahli setuju wala membura tuli

Tanpa Nama berkata...

TiTM kata Pas "bercadang" mengambil tindakan undang2 ke atas Sarawak Report. Nampak macam tak beriya2 aje. Agak nak tunggu butiran pembahagian ghanimah dari SR . Berat memang berat!

M.N.Hasnal Bakiyah berkata...

PIS..PIS..PIS..rupanya pi melePAS

Tanpa Nama berkata...

Berani ke PIS saman SR? SR terkenal dgn bukti luar jangka dan laporan yg berasas. Siap hari bulan londeh semua jubah dan kopiah PIS!

Tanpa Nama berkata...

Ingat Najib kawan jahat yang bodoh.

Entah-entah Najib yang berikan maklumat pasal RM 90 juta kepada SR. Ingat kalau jatuh, aku (Najib) jer yang jatuh. Mana boleh?

Keadaan Najib pun tengah terdesak. Seperti biasa untuk mengalihkan kehangatan isu, PAS diperlembukan. Sementara itu Najib boleh lah bernafas jugak kalau tak lega pun.

Atau selepas ini mungkin siapa MO1 akan terdedah. Tak mustahil mungkin Nik Abduh ?

Tanpa Nama berkata...

Bisanya jadi penulis blog. Ada perhitungan dosa pahala. Teruskan menulis jika menambah pahala...

Tanpa Nama berkata...

PAS akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Najib sanggup berkongsi kos guaman. 50 - 50.

Syukur dan puji-pujian bagi Allah kerana telah menyelamatkan pemimpin AMANAH dari dosa haram ini.

Husam sudah tidak boleh tunggu lama-lama. Ucapkan lah selamat tinggal kepada PAS. Kalau tidak Husam pun sama jadi bangang sama dengan wakil rakyat PAS yang masih kekal dalam PAS. Dosa tak banyak sikit pun dapat jugak kerana bersubahat.



Tanpa Nama berkata...

TITM mungkin tak tau Komplot org2 disekeliling nye.semiga Allah beri petunjuk kebenaran nnti.

Lelaki Dicermin berkata...

Ini yg di war2kan dulu..15 pemimpin pas terima dedak dr najib.. yg war2kan ahli umno bandar tun razak.. kiraan dia 90juta÷15org=6juta seorg. Kpd pimpinan pas.. jgn jawap dan jangan saman SR tu. Luar negeri punya media bukan mcm utusan malaysia.kita ambik contoh kes 1mdb.. di buka sikit..umno jawab.. dibuka sikit lagi..umno jawab..akhirnya apa jadi.. peguam amerika yg buat kenyataan..pas terima dedak ke tidak.. dah sedondong.. jawab je lah.. kalau ada PRN tgganu dlm masa terdekat ni.. memang jahanam lah parti pas ni kang..

Tanpa Nama berkata...


RM 90 juta di campurkan dengan RM hasil balak... WOW! lebih untung dari jual minyak cap unta lah!!

Patut lah seminar/mesyuarat buat di Thailand baru-baru ini..

TITM yang memandai-mandai suruh Jho Low berjoli di sini, rupa-rupa nya pemimpin PAS yang berjoli.

HADI + HARON + NAJIB + JHO LOH di atas bunyi nya ROSMAH. 'Mah' lidah di lepaskan bibir di bukak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau TITM tak tahu dan tak ambil peratus bahagian, lebih baik jangan bercakap.

Cakap atas kapasiti peribadi macam selalu. Saya tidak terlibat dan sukar dipercayai kerana saya tidak tahu.

Oleh kerana terdedah jumlah sebanyak RM90 juta, TITM memang ada hak atas bahagian dia.

Oleh kerana TITM tidak tahu atau tidak terlibat, bahagian TITM telah di kleptokrasi kan oleh Tuan Presiden dan kuncu-kuncu nya.

Atau mungkin kita akan melihat individu yang rupa muka sama dengan TITM semasa perhimpunan BERSIH. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada din ayam kerana berjaya menjual ahli PAS yang bodoh kepada NAJIS puluhan juta RM.

Tanpa Nama berkata...

PAS tanpa dolak dalih MESTI SAMAN SR. Kalau Pas tak saman dan ckp berbelit belit...jgn salahkan persepsi umum kalau mereka kata dakwaan itu wujud dan berasas!!

Seharusnya perkataan ISLAM digugurkan dpd parti PAS. Sebab bila pemimpin pas yg buat tahik...nama AGAMA ISLAM dilibatkan. Maka seluruh umat Islam mendapat malu gara2 tahik yg ditabur oleh pemimpin parti yg jual nama agama!!

Tolong le jgn buat tahik guna nama agama!! Nanti org kapir cemuh agama kita sebab perbuatan kamu!!

Jgn bagi malu kami. Apa kami nak jawab kalau org kapir tanya.

"Itu pemimpin olamak...mulut pun serupa longkang! Nafsu pun serupa amno. Kalau level olamak pun pandai mentekedarah dan dapat disogok...apa lagi level2 yg bukan olamak"

Mati kutu weii...kami nak jawab!! Mulut kamu asyik sebut dosa pahala..syurga neraka. Tapi perbuatan dan akhlak kamu lebih buruk dpd perangai kapir buat apa!!

Maka SAMAN le cara utk bersihkan diri kamu...parti kamu...dan demi maruah kami yg beragama Islam! No compromise at all....keluarkan notis saman dgn segera...!!

Apa nak takut kalu kamu benar...!!

Tanpa Nama berkata...

Pada firasat aku.. Pascai takkan saman SR.. dan akan bg alasan ngok mcm selalu..

Tanpa Nama berkata...

Sape 15 pemimpin atasan pas yang kongsi RM 90 juta, tolak TITM....lu pikir la sendiri. Mampos ko paspispus, donia donia neraka belakang kira

Tanpa Nama berkata...

Tidak berbuat apa-apa dan tidak usahakan undi tidak percaya tertera dalam kontrak bernilai 90 juta.

orangbiasa berkata...

Compromise is the biggest enemy. Cleanse the air please.

Tanpa Nama berkata...


Sekarang PAS dah jadi PARTI ANGKA SEMBILAN PULUH.

Ada jugak nasib baik sebab Hj Hadi tolak 'genjatan senjata'. Kalau tidak, kita tak boleh bantai macam ini.

Pemimpin Pakatan Harapan jangan buang masa berfikir lagi terutama PKR yang masih harapkan PAS bersetuju untuk tidak bertanding 3 penjuru.

Azmin perlu buat sesuatu di Selangor. Rakyat sokong Pakatan kerana benci rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah la cakap banyak2. Setakat skrg, walaupun beramai2 buat solat taubat di Dataran Merdeka sekalipun, aku dah x percaya lagi pada PAS.

Realitinya.. tanda2 sudah dibeli mmg terbongeng tak dpt ditutup lagi bangkai si gajah.. cuma saksi 4 orang mmg payah dicari walau rekod bank juga kantoi.

Maka PAS akan berbuat diam membatu spt Presidennya mcm kuda kayu. Ada berani nak saman??PAS ni, duit kupang sen pun berkira, duit tabung Memali 30 tahun pun kene kebas..tetiba nak saman SR Kapir Lahanat ni..

abrarmujahideen berkata...

Alim Musang Berjanggut.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya SR dah ada bukti dalam tangan. Sengaja bagi hangat sikit-sikit dulu dan tengok reaksi mereka yang terlibat. Orang dalam SR ni bukan jenis-jenis calang-calang dan pastinya di belakang mereka itu ada bayangan besar dan berkuasa dengan agenda mereka tersendiri.

Apa pun rasanya kenyataan Clare Rewcastle Brown itu adalah sangat berhati-hati bagi menjaga keselamatan pemberi maklumat (informer) mereka. Dengan kenyataan yang terlalu rambang, maka agak susah hendak dibaca kemungkinan punca dari mana datang maklumat tersebut.

SR tak sama Utusan Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Cantik ayat ini.. KALAU TAK SAMAN MARUAH TERCALAR, KALAU SAMAN RAHSIA TERBONGKAR .... tanya sama angin apa sebab goyang.. Ancient Mariner

Tanpa Nama berkata...

PKR Azmin Ali khususnya di Selangor berani ke nak berpisah dengan PAS entah-entah dia pun termakan dedak yang 90 juta itu sekali itulah sebabnya dia beria-ia tidak mahu mufarakah dengan PAS ,kita dan faham dah sekarang ni kenapa PKR Selangor dibawah pimpinan mantan MB TSKI pun macam itu juga PAS bermati-matian pertahan TSKI dulu.

Tanpa Nama berkata...

Aku nk dengor komenTuan Presideng UlarMak PAS.konfirm dia akan salahkan Amanah yg buat fitnah.Pasti akan kluaq ayat Mencarut dari dia.Tungguuuu

Malaysiabaru berkata...

Najib mencuri kantoi

Pas mencuri kantou

Org melayu islam tak reti mencuri scara diam diam???

Tanpa Nama berkata...


PAS ada maruah ke ???

Semuanya pasal DUIT !

Bukan sebab RM 90 juta baru maruah PAS hilang dan lenyap.

Tetapi sejak PAS sanggup berunding dengan UMNO rampas Perak, Sanggup engkar nasihat TGNA supaya jangan nak selamatkan UMNO. Sanggup gunakan hudud untuk pecah belahkan PR. Sanggup menzalimi Husam dan pemimpin PAS yang telah keluar. Sanggup bercakap sebagai seorang munafik dengan buat Uturn dan fitnah. Sejak itu lah PAS sudah tidak ada maruah. Jadi apa yang TITM nak pertahankan hanya lah kebenaran. Itu pun dah semakin jauh dari PAS sebab dalam PAS tidak boleh lebih cerdik dari Presiden.

Ada dua jenis hukuman, Satu orang macam Najib. Dan satu lagi orang macam Hadi. Najib dah buat bertahun-tahun tetapi sampai sekarang selamat dan baru ini terdedah. Hadi pulak baru nak buat jahat, RM 90 juta tu pun beberapa tahun yang lepas saja Hadi terima. Katakan lah macam itu.

Sebab apa Najib buat dah bertahun tak kena-kena?

Hadi baru buat perkara macam itu, ya mungkin dekat-dekat dia kena serangan jantung.. tapi dah diketahui orang.

Hadi bodoh ? Tidak.. Allah sayangkan dia. Allah tak izinkan dia buat jahat banyak-banyak macam Najib. Allah selamatkan dia mungkin kerana antara ilmu yang dia ada diberkati Allah. Hadi manusia rugi sekiranya tidak sedar mengapa terjadi begini.
Harun Din tidak boleh disamakan dengan Hadi atau Najib. Harun Din sepanjang masa macam itu .. salah dia tak nampak. Susah nak nampak. Macam itu lah orang yang mempunyai kelebihan dengan hal-hal ghaib.

Tanpa Nama berkata...


Wahai PAS, kamu berdiam apabila Anwar Ibrahim di fitnah dan dipenjarakan dengan sistem pengadilan yang di persoalkan. Tapi tahu kah kamu jika hari ini RM 90 juta adalah fitnah.. bukan Hj Hadi yang kena fitnah. Bukan Nik Abduh yang kena fitnah. Tapi lebih dahsyat PARTI yang di pimpin ulamak yang kena FITNAH !!!

borhan sharif berkata...

Now...PAS 90(go)....to drain.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Berita benar atau fitnah berkaitan pemberian "king of Cash" kepada pimpinan , agar Pas menjauhkan diri dari pakatan pembangkang adalah bersumberkan laporan dari Sarawak Report. Laporan berita sensasi ini bukan dari pemberita dan akhbar Parti Amanah Negara, tetapi entah kenapa berbondong-bondong manusia dari golongan walaqun-walaqun Pas menuduh sebagai fitnah Amanah. Jalan paling mudah untuk melepaskan diri dari tuduhan-tuhan pihak lawan dengan menyatakan ianya sebagai fitnah. Netizen tidak mudah mempercayai penafian demi penafian hanya dengan menyatakan ianya fitnah. Berbuih mulut menafikannya tetapi tiada siapa akan mempercayainya.

Saman mahkamah adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Persoalannya adakah Pas bersedia untuk menyaman, kerana SR mempunyai banyak bukti-bukti simpanan untuk disiarkan secara berperingkat-peringkat. Apa pun Pas mesti menyaman SR untuk membersihkan parti dari sebarang serangan fitnah atau propaganda pihak lawan. Pas mesti berpegang kepada falsafah, berani kerana benar, takut kerana salah. Umno pun tidak berani menyaman SR kerana dijangkakan mahkamah akan membongkar lebih banyak dari apa yang disiarkan oleh SR. Harap-harap geng-geng walaqun dapat melancarkan tabung untuk membayar kos guaman menyaman SR. Jika Pas memenangi saman ini, bersihlah ulama dari gejala dedak. Jika tidak, Umno dan penasihatnya Pas, sama-sama parti berkonsepkan dedak.

Tanpa Nama berkata...




AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7Penyayang Pem-BERI
ISLAM Tak Mengajar...FITNAH MenCURI
Al-Azhar Mengajar...Degree MA PhD
Adakah 'SYALIBUS' Al-Azhar tu..Syalibus Nabi?
Adakah 'ulam-MAK' Azhar tu...Ulamak Waris Nabi2?
Ulamak Waris Nabi...Tak Sklumit Penting DIRI
Ulamak Waris Nabi...Tak Ter'umpan TAK Dpt DiBELI
Ulamak Waris Nabi...LURUS Terang BerCahaya DiHATI
Menyuloh TERANG...Penyayang Dan Kaseh Mem-BERI
Loving-GIVING-Sharing..Toward d Core of INTEGRITY n Transparency


AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Penyayang
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Kaseh Mem-BERI
AR-RAHMAN AR-RAHIM...TAK Wujud yg Curang
AR-RAHMAN AR-RAHIM...TAK Wujud PenCURI
TAK U-Turn PONTENG...FITNAH Terlarang
TAK Tunggang Terbalik = MURTAD yg Keji


Sekilas Pandang...Ikan Di AIR
Lebai Sedondon...Dah Masuk PERANGKAP
TAKyah Gi Havard-Oxford...TAK Perlu Mahir Fikir
Harakah Dah Ghuyup...BALAK Dah Di Songlap
Lebai Sedondon tu...Level IQ nya Sengal Bengap
Mula FITNAH pilkuda tu..Tu Tandanya Dah Kena 'NGAP'



Budak Hingusan...Suka MenCURI
MenCURI "perhatian"...Ber LAGAK Pandai
MenCURI "perhatian"...Mem FITNAH Memaki
MenCURI "perhatian"...Ke Tololan TerBARAI
MenCURI "perhatian"...Konon2 ILMUnya Tinggi
Walau Pun Bebal...IQ nya Bak KALDAI
Megah Dan "PRASAN"...TAK Sedarkan DIRI
Ber Jubah SORBAN...Hai! Warak Sang LEBAI
Sedondon Menyonglap...Ber ILUSI "Suci"
Si Hudud Siku-LUTOT Pun...Nyenyak Ter BUAI
FITNAH MenCURI...Dah jd AKIDAH Kat Lubuk Hati





Tanpa Nama berkata...

Hahaha satu untuk kau satu untuk aku, dua untuk kau dua untuk aku, cina untuk kau melayu untuk aku, dua-dua kita sapu amacam...

dari puh kanan puh kiri
pas pis pus

gila judi, judi politik kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Parti Angka Sembilan puluh (PAS)