4 Ogo 2016

BERS✓H 5.0 Fokus Kepada Skandal 1MDB & Dakwa MO1

Lagi demo BERSIH, kali ini desak tangkap MO1

BERSIH hari ini secara rasmi mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah pada sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini adalah untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB.



Katanya, untuk tidak mengadakan himpunan bukan lagi satu pilihan berikutan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

“Satu himpunan aman BERSIH 5 akan dianjurkan. Ini adalah lanjutan untuk meminta tindakan yang sewajarnya dan untuk akauntabiliti skandal 1MDB.

“Masa dan tarikh aksi BERSIH 5 akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

Menurut Maria, ketika ini, BERSIH akan fokus untuk membina satu gerakan majmuk dengan penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan himpunan itu.

Ini, termasuk mengadakan rundingan berterusan dengan semua pihak dan gerak kerja mobilisasi BERSIH 5 akan bermula dari saat ini.

Katanya, cadangan untuk turun ke jalanan adalah tindakan yang tepat kerana sebagai rakyat negara ini, mereka perlu mengambil pendirian tegas terhadap skandal rasuah terbesar negara ini.

“Terdapat kelalaian yang serius dalam kewajipan perdana menteri dan ahli kabinetnya untuk menjaga kepentingan rakyat.

“Mereka telah membenarkan skandal 1MDB untuk berlanjutan selama lima tahun tanpa sebarang akauntabiliti.

“Kini, mereka harus menyiasat, menangkap dan mendakwa segera Malaysian Official 1 akan jenayah yang sudah dilakukan. Jika mereka tetap membisu, maka perdana menteri dan kabinets harus letak jawatan serta-merta,
” katanya.

Maria berkata keputusan untuk turun ke jalanan itu adalah sebagai membantah penafian berturusan daripada pihak kerajaan dan ketiadaan tindakan yang diambil sehingga kini.

Sebaliknya, katanya, pihak kerajaan telah mengganggu siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dan jawatankuasa khas 1MDB (1MDB Task force).

Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; menukar Peguam Negara, Tan Sri Adul Gani Patail, menukar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamad dan dua pegawai kanan suruhajaya itu.

“Undang-undang zalim, halangan keluar negara, dan intimidasi oleh polis dan pihak berkuasa turut dilakukan ke atas aktivis sosial dan ahli politik untuk menutup mulut mereka.

“Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri atau menerima kleptokrasi dan skandal rasuah yang telah terjadi. Kita harus terus menuntut jawapan dan kebenaran.

“BERSIH mengajak semua rakyat Malaysia untuk meneruskan perjuangan dan bersatu pada masa yang penting ini,” katanya. -mk

ULASAN GB

Rasanya, langkah mengadakan himpunan BERS✓H 5.0 untuk menangani isu skandal 1MDB dan mendakwa MO1 adalah langkah yang wajar.

Ini kerana nama negara begitu tercemar dengan pembongkaran skandal berkenaan dan bagi membuktikan bahawa negara kita adalah negara yang berakuntabiliti dan rakyatnya menolah sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan, seluruh rakyat perlu bersama-sama menjayakan himpunan BERS✓H nanti bagi membuktikan kepada dunia bahawa rakyat negara bermaruah dan berintegriti, menolak segala bentuk penyelewengan dan korupsi.

Jika Najib serius untuk menyelesaikan masalah negara susulan pembongkaran skandal tersebut, beliau perlu membenarkan dan merestui perhimpunan berkenaan.


FEATURED ADS


10 ulasan:

Unknown berkata...

Jom rakyat Malaysia....!! Kita satu hati demi maruah tanahair.

Bersih 5.0 tunggu...kami akan datang demi kedaulatan negara.

Tanpa Nama berkata...

bersih 5.0 kita bersihkan malaysia dari penjajah umno bn aka jual aset negara

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan: BERSIH 5. Tempat: KL

Fasa 1= 3 hari, Week 1. Pimpinan termasuk 10-15 MP Pembangkang. Had penyertaan parti mengikut daerah dan negeri. Bukan ahli parti, boleh memilih ikut kesesuaian masa sendiri.

Fasa 2= 3 hari Week 2. Pimpinan termasuk 10-15 MP Pembangkang muka lain pulak. Had penyertaan parti mengikut daerah dan negeri. Bukan ahli parti, boleh memilih ikut kesesuaian masa sendiri.

Fasa 3= 3 hari Week 3.
Pimpinan termasuk 10-15 MP Pembangkang bukan dari Fasa 1 dan 2. Had penyertaan parti mengikut daerah dan negeri. Bukan ahli parti, boleh memilih ikut kesesuaian masa sendiri.

Fasa 4. Utk Sarawak ikut plat daerah. Dibuat di Kuching.

Jika sekaligus dpt himpunkan 700k pendemo. X guna jugak. Kurang berkesan.

Jika setiap fasa dpt kumpul 30k-50k, ini sudah cukup bagus. Jika dpt dibuat berturut2, lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

BAGUS!!! Aku dah mula merancang nak buka 2-3 spot untuk meniaga. Dok tengah fikir nak buat duit masa BERSIH 5 ni.... best!!!

Lebai Roger berkata...

Berniaga tak dibenarkan..........cuma getah sekerap je boleh dibawa untuk derma Pibg noh otak udang!

Tanpa Nama berkata...

Kalau boleh buat memang bagus.

Tapi Fasa 1 je .. dah macam-macam kerenah pihak berkuasa kena kan untuk menyusah kan Bersih.

Selepas pengumuman BERSIH 5 ini pun .. tenguk lah apa kata mereka. Baik dari Pihak Keselamatan hingga pemakan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Mahathir, Muhyiddin dan Khairuddin kena cepat umumkan sokongan dan penyertaan. Mereka dapat membantu perancangan BERSIH 5 kerana mereka dapat mengurangkan tekanan pihak Polis ke atas BERSIH 5.

Negara sudah sangat tercemar kerana skandal 1MDB tetapi negara lagi tercemar kerana rakyat nya tidak ambil peduli.

Tapi satu yang sangat membimbangkan ialah dalam tidak ada duit, mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya rakyat tidak mengikuti dan menyokong tujuan BERSIH 5.

Yang penting adalah kuasa mesti ada pada mereka, apa jadi pada negara bukan menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan mereka.

Semua duit cukai akan di gunakan untuk membeli dedak ...

Tanpa Nama berkata...

Apabila Pemuda UMNO tersepit kerana lapuran palsu Polis yang mendakwa 3 orang penjawat awam didakwa membocorkan rahsia 1MDB, tiba-tiba dan tidak semena-mena Pemuda PAS membuat cerita TGNA telah meramalkan Pakatan Rakyat akan berpecah.

Apa pulak tindakan dan pertolongan Hj Hadi untuk membantah BERSIH 5 demi menolong kawan nya Najib?

Pemuda parit kings berkata...

Semua rakyat merasakan kehebatan bersama Pakatan.dan kenapa pula pemuda pas boleh cerita TGNA meramalkan Pakatan berpecah?Bukankah TGNA cukup sayang dgn Pakatan yg ada?cukup2lah budak mentah paspispusss ni...

budu budu berkata...

YA PATUT SANGAT BUAT..BIAR DUNIA TENGOK RAKYAT MSIA BUKAN BODOH...SEKARANG NI DUNIA TENGOK RAKYAY MSIA BODOH..MASIH TINGAL ATAS POKOK...PEMIMPIN CURI DOJ SEBUT...BEGITU BESAR JUMLAH RM4000,000,000 RAKYAT BUAT DAK JE....MASIH TINGAL ATAS POKOK KE RAKYAT MSIA...DUNIA TANYA