4 Ogo 2016

Kerana UMNO, Nik Abduh Sanggup Berdusta & Memfitnah Ayahnya Sendiri?

Ayah pernah ramal kematian Pakatan, kata Nik Abduh

Bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP, dakwa anaknya Nik Abduh.

"Ayah tahu Pakatan semakin lemah. Oleh kerana DAP menentang agenda PAS dan enggan bertolak ansur dan berkelakuan dengan cara yang kasar," kata Ahli Parlimen Pasir Mas kepada akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

Pakatan Rakyat terkubur Jun tahun lalu berikutan perbezaan pendapat antara PAS dan DAP mengenai hudud, empat bulan selepas Nik Aziz meninggal dunia.


DAP bergabung dengan PKR dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan manakala PAS menyifatkan dirinya sebagai kumpulan kuasa ketiga pembangkang.

Menurut Nik Abduh, sikap saling menghormati di antara PAS dan DAP terkubur dengan pemergian bapanya dan pengerusi DAP Karpal Singh.

Walaupun kedua-dua mereka kelihatan bertelagah secara berterusan di media, beliau berkata bapanya dan Karpal bersikap saling menghormati mendalam antara satu sama lain.

Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2014. -mk

ULASAN GB

Kenyatan yang dibuat oleh Nik Abduh amat meragukan.

Yang pertama beliau mendakwa Allahyarham ayahandanya, "TG Nik Aziz pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP".

Meragukan kerana belum pernah dijumpai mana-mana kenyataan Allahyarham menyatakan begitu kecuali inilah kali pertama Nik Abduh menyatakan sedemikian.

Walhal semua rakyat tahu bahawa Allahyarham orang yang paling kuat mempertahankan Pakatan Rakyat. Ini terbukti melalui kenyataan anakanda Allahyarham yang seorang lagi, Nik Omar namanya iaitu abang kepada Nik Abduh.


Kedua ialah kenyataan-kenyataan Allahyarham sendiri mengenai DAP. Sekalipun DAP menolak hudud, TG Nik Aziz tidak pernah menjadikan ia sebagai satu masalah besar yang boleh menggugah Pakatan Rakyat. TG Nik Aziz melihat itulah peluang besar bagi PAS untuk terus berdakwah.


Malah di satu ketika TG Nik Aziz menyatakan bukan satu masalah besar orang Melayu menyertai DAP.


Berbanding dengan Haji Hadi yang mengutuk DAP dan memuji MCA, Allahyarham Nik Aziz mengambil pendirian yang berbeza:



Selain daripada itu, adalah tidak wajar untuk menyatakan TGNA "meramalkan" kerana TGNA bukan seorang tukang ramal.

Dan seperkara yang tidak dapat dinafikan kebenaran ialah Nik Abduh ingin membawa PAS mendekati UMNO. Semua orang tahu hal itu. DI satu ketika beliau menyatakan PAS bukan saja berniat malah berazam untuk bersatu dengan UMNO. Ia bukan fitnah.



Cukup-cukuplah menjadikan dan menggunakan nama ayahandamu sebagai sandaran untuk melaksanakan cita-citamu untuk bersama UMNO!

Binalah ketrampilan diri sendiri untuk populariti bukan bersandar kepada orang yang telah pergi apatah lagi sikap warak dan zuhud TG Nik Aziz tidak kamu ikuti. Jauh panggang dari api!




FEATURED ADS


17 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Nik Abduh...kalau ya pun nak minta dedak lebih lagi....berpada2lah jilat Najib Tun Razak tu...

Kamu tu budak....jgn jilat lebih2..
Jgnlah disebabkan sikit nya kesenangan dunia, kamu dan geng2 kamu tu...sanggup jadi ustaz/ulama terompah Umno laknattullah!

Kepada Nik Omar, janganlah menyorok/diam lama2 sgt...nanti rakyat rasa lemau pada kamu pulak! Tunjukkan kehebatan arwah ada dalam hati kamu!

budu budu berkata...

lembu belaan PAS...

Tanpa Nama berkata...

Saya org Islam. Tapi saya bukan org Pas. Saya tidak akan sesekali mengimani bahawa no keahlian Pas itu menjadi tiket untuk ke syurga seperti kepercayaan sesetengah org.

Tanpa Nama berkata...

Kurang ajar...ulamak suq..kalau betul pun TGNA pernah sebut ..dh lama akhbar, tv,bangkai dh spin dulu sebelum sibangang ni yg baru nk Blajar spin

Tanpa Nama berkata...

dh semakin sebiji perangai nikbeduh dgn najib.

najib perguna nama arwah tun razak. nik beduh perguna nama arwah tgna.

yg lebih patut tgna ramal ialah perpecahan dlm pas kerana ia adalah jemaah beliau yg lbh dekat dgn beliau.

yg lebih patut tgna ramal ialah tentang belotnya nikbeduh dgn perjuangan pas kerana nikbeduh anak beliau.

lupakah nikbeduh hanya allah yg tau masa depan. kecualilah klu dh taksub pd hj hadi yg pro syiah dn iran itu.

hnya syiah yg anggap imam maksum dn dah mcm tuhan.

udahlah nik beduh... para sahabat nabi saw takde suka meramal apatah lg menjual nama nabi saw utk kepentingan peribadi mereka mcm kau.

nk baik dhn umnu jgnla malu2 dn fitnah bapak sendiri.

aswj tidak berakidahkn dgn ramalan.

tnya diri sendirila... ada tak kau ramal yg org makin meluat dgn kau yg buduh itu

Tanpa Nama berkata...

bodo punya beduh

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita Nik Abduh ini?

Setahun dah berlalu.. Kalau betul pun seperti yang di ramalkan yang meramalkan nya bukan Hj Hadi atau Tuan Ibrahim. Kalau Hj Hadi yang meramalkan nya boleh lah cerita betapa hebat firasat Hj Hadi.

Pengikut pun bertambah lah wala dan parti pun selamat.

TGNA dan Karpal Singh memang saling hormat menghormati bukan kerana isu hudud tetapi mereka tahu dan mereka kenal musuh rakyat ialah UMNO. Apabila PAScai menjadikan UMNO sebagai kawan, ketika itu lah PAS buat hal seperti apa yang Nik Abduh buat sekarang.


Musuh ayah dia dijadikan sebagai kawan. Kerana kawan, dia sanggup berdusta atas nama ayah nya yang berjuang sepanjang hayat untuk menyelamatkan umat Islam dari kemungkaran UMNO. Sekarang dengan dia sekali buat kemungkaran iaitu berdusta.

Dia telah terkeluar dari anak yang dapat mendoakan untuk kesejahteraan ayahnya iaitu anak yang soleh. Bagi dia, hubungan anak dengan ayah terputus dan tidak ada hubungan selepas ayahnya sudah kembali ke rahmatullah.

Tanpa Nama berkata...

Penjilat UMNO yang tak sudah-sudah cuba mencari perhatian agar diberi habuan dunia.

Tanpa Nama berkata...

Hanya kerana hendakkan habuan dunia yang tak seberapa Abedoh sanggup memfitnah allahyarham ayahnya sendiri. Maka tak heranlah fitnahnya terhadap orang lain. Kasihan TGNA di alam barzakh sana, nasihat saya kepada Abedoh....taubatlah, habuan dunia tak seberapa jika dibandingkan dasyatnya seksa jahanam.

wan amero berkata...

Nik Abuduh.Terlajak bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Inilah kuasa dedak diajar oleh Najib. Cash is King telah mempengaruhi parti jual agama ini hingga jd parti auta semalaysia..

Tanpa Nama berkata...

najib kt cash is king

jgn sampai ada yg kt cash is god

nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Dah letih jaja agama, jual nama bapa pulak...bukan senang nk cari makan zaman sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Apo hikayat biologi nik bodoh ni? Master agama in jordan ker? Nnti aku cuba tanya ustaz google. Statement nye bodohh manjang. Adoiii inilah iman tak dapat diwarisi. Ayah sendiri difitnah. Sbb sedikit habuan dunia. Try tengok gambar dio tontovi germany n najibtuya. Bukan main mesra ashik di majlis himponan huffaz 1 msia sikit masa dulu. Adoii geram betoii ako. Hangpa tak marah ker??

Tanpa Nama berkata...

Bik aboduh pernah tanding ketua pemuda pas kelantan masa nik aziz mb. Tp kalah kpd ust. Latif sg durian. Itulah aura nye. Tetiba menang ketua pemuda pusat tahun lepas sbb masuk dlm list pas chai. Cakap pon gugup gagap gementar. 3g katakan. Hahahaha

Syazmall Wan berkata...

Hidayah ker boleh menyelamatkn nik abduh...semoga allah beri hidayah buat ank arwah tgna....

Tanpa Nama berkata...

Nik abdoh ni napok gelenyar nk masuk umno. Percayalah kalo dio masuk umno nilai abuduh hanya sekupang lima duit. Hihihi. Tak mustahil bro. Tp ako pelik kok mano dio suka sangat dgn umno?? Dunia dunia. Alfulus fiddunia. Hihihi