16 Jul 2016

[VIDEO & GAMBAR] Kudeta Turki Gagal, Penyokong & Pembangkang Sokong Erdogan

Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki Gagal

ANKARA: Sekumpulan tentera Turki telah melancarkan rampasan kuasa di negara ini engan tentera mengawal jalan-jalan utama di Ankara dan Istanbul.

Bagaimanapun percubaan rampasan kuasa itu hanya bertahan selama lima jam sahaja.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar pihak yang merampas kuasa akan membayar "harga yang sangat tinggi" bagi menjayakan rampasan kuasa itu.


Jet-jet pejuang kelihatan terbang rendah di ibu negara manakala orang ramai mendapatkan perlindungan di rumah masing-masing.

Wartawan AFP melaporkan, letupan kuat berlaku pada malam Jumaat walaupun ia tidak jelas apa yang menyebabkan letupan itu terjadi.

Jeneral tentera Turki, Hulusi Akar menjadi tahanan di ibu pejabat tentera di ibu negara Ankara selepas percubaan untuk menjatuhkan kerajaan, lapor agensi berita Anadolu.

Stesen penyiar TRT pula melaporkan tentera telah mengisytiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurung, dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Majlis Keamanan Tanah Air".

Jambatan Bosphorus dan Fatih yang menghubungkan antara Asia dan Eropah telah ditutup.

Dalam pada itu Erdogan menggesa orang ramai untuk turun ke jalan bagi menentang rampasan kuasa yang dilancarkan.


"Saya percaya bahawa komplot rampasan kuasa tidak akan Berjaya. Saya menggesa rakyat Turki untuk berhimpun di dataran awam dan lapangan terbang. Saya tidak pernah percaya kepada kuasa yang lebih tinggi daripada kuasa rakyat,” katanya ketika bercakap melalui telefon mudah alih dalam reaksi pertamanya selepas rampasan kuasa dilakukan angkatan tentera Turki.

Erdogan berkata beliau masih presiden dan ketua komander Turki dan memaklumkan bahawa pihak yang melakukan komplot akan membayar "harga yang sangat tinggi" bagi menggulingkan kerajaan.

Seruan Erdogan disambut majoriti rakyat dengan keluar beramai-ramai sekaligus mengusir tentera yang cuba melakukan kudeta. Foto-foto menyaksikan tentera rampasan kuasa dihalau keluar manakala aset tentera mereka dirampas oleh rakyat.

Beberapa orang tentera juga ditangkap oleh polis khas Istanbul dengan bantuan rakyat. Kereta-kereta kebal dikeluarkan daripada kawasan bergolak dengan senjata di tangan tentera dirampas.

Gelombang kebangkitan rakyat semakin membesar. Semua lokasi yang pada awalnya dikuasai pasukan tentera rampasan kuasa digempur oleh rakyat.

Menjelang pagi, pasukan tentera kudeta semakin lumpuh. Kebanyakan kawasan berjaya diamankan dengan bantuan penduduk.

Rakyat mengadakan himpunan di Taksim bagi merayakan kegagalan kudeta.

Badan Inteligen Turki (MIT) mendakwa, cubaan rampasan kuasa di Turki telah berjaya dikawal dan ketua turus tentera Turki, Hulusi Akar kembali menjalankan tugas, lapor media Turki.

Sambil menunjukkan sekumpulan tentera ditawan, media itu melaporkan, jurucakap MIT, Nuh Yilmaz keadaan kini terkawal dan semua akan kembali kepada biasa beberapa jam lagi.

Polis telah menangkap kebanyakan tentera yang terlibat dalam usaha untuk merampas kuasa ini pada malam tadi manakala ribuan rakyat Turki turun ke jalan raya bagi menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya, lapor media berbahasa Inggeris Turki itu.

Sementara itu, Parti Amanah Negara (Amanah) mengutuk tindakan segelintir tentera Turki melancarkan rampasan kuasa awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, anggota militer terbabit perlu menghormati demokrasi dan kerajaan pilihan rakyat Turki.

"Kita juga mengutuk semua pihak yang terlibat sama ada di dalam mahupun di luar Turki yang merancang dan mengusahakan rampasan kuasa ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyeru supaya rakyat Turki yang terdiri daripada kira-kira 96 peratus Muslim itu bersuara menolak cubaan rampasan kuasa yang turut ditolak majoriti tentera Turki.

"Kita juga menyeru agar rakyat Malaysia mendoakan kemenangan rakyat Turki menangani ancaman ini sekaligus menggagalkan kudeta tersebut," tambahnya.

Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini turut mengutuk sekeras-kerasanya cubaan rampasan kuasa oleh tentera di Turki.

"Kami terkejut dengan berita cubaan rampasan kuasa terhadap kerajaan Recep Tayyip Erdoğan di Turki. Percubaan segelintir tentera untuk mengubah kerajaan di Turki merupakan satu pengkhianatan terhadap proses demokrasi dan sekaligus membelakangkan pilihan rakyat Turki," demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan berdiri teguh bersama Presiden Erdoğan dan rakyat Turki. Kami berdoa untuk keselamatan rakyat Turki yang kini berhimpunan di jalanraya sebagai sokongan terhadap demokrasi. Kami juga berharap agar kudeta itu segera dihentikan, dan suasana tenang dapat dipulihkan, tambah kenyataan itu lagi.
,br> "Sebarang percubaan untuk menukarkan kerajaan Turki mesti dilakukan di dalam suasana aman, berperlembagaan dan demokratik, adan sebarang cubaan untuk mengubah kerajaan secara campurtangan tentera perlu ditolak.'

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN, Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP dan Mohamad Sabu, Presiden AMANAH.

Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki Gagal

Terkini Berita Sebenar Rampasan Kuasa di Turki (2.28am bersamaan 7.28 am Waktu Malaysia)

Salam ceria.Secara ringkasnya bila presiden Raceep Tayeeb Erdogan membuat perubahan besar rakyat Turki kepada Islam selama lebih satu dekad telah berlaku kesedaran yang bukan sedikit di kalangan rakyat bahkan pihak tentera. Ketua tentera sendiri menyokong Erdogan.

Tetapi berlaku rampasan kuasa dari segolongan kecil tentera yang diberi sokongan musuh dari luar tetapi banyak kejadian luar biasa berlaku.

1. Di masjid-masjid dilaungkan azan dan selawat tanda menyokong Erdogan.
2. Majoriti rakyat menyokong Erdogan dan semakin benci dengan penentangnya.
3. Hanya sebilangan kecil tentera terlibat dalam rampasan kuasa.
4. Erdogan menangis melihat rakyat keluar menyokongnya.
5. Rakyat menyokong dengan keluar bertakbir beramai-ramai.
6.ini peluang Erdogan menukar pelembagaan secara mengejut.
7. Semua tentera, jeneral yg terlibat sudah dtangkap.
8. Unit tentera khas turun campur tangan, melawan tentera yang merampas kuasa.
9. Unit Tentera Khas mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang membantu.
10. Rampasan kuasa ini dalangnya adalah Fathullah Gulen, tali barut barat dan pembrontak PKK.
11. Stasyen tv yg dirampas tentera pemberontak telah di ambil semula oleh tentera elit Turki.
12. Rakyat Turki dalam keadaan marah, tetapi dalam masa yang sama ada rakyat menenangkan keadaan.
13. Kerajaan telah isytiharkan semua tentera terlibat balik ke markas tentera.
14. Tentera pembrontak berundur dengn lambaian oleh rakyat. (dengan aman) Istanbul, Turki

2.28am (7.28am waktu Malaysia)

P/s Erdogan terkini ishtiharkan pd jam 2.30 pg tempatan, percubaan rampasan kuasa gagal.
-shehab news




VIDEO



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada juga lah buat rampasan kuasa walau pun Presiden nya di sukai oleh rakyat. Rakyat mempertahankan kerajaan Erdogan ..

Harap di sini tidak lah sampai berlaku rampasan kuasa .. lain jadi nya ..

Tanpa Nama berkata...


Teringat sejarah rampasan kuasa di Perak.

Rakyat bersama Pakatan Rakyat. Entah macamana pulak rakyat yang di kalahkan.

Pembangkang Turki sepatutnya buat rundingan secara senyap dengan Tentera yang mengadakan rampasan kuasa..

Tetapi itu lah baiknya pembangkang di tempat orang yang tidak seperti di Perak yang mana di percayai sekutu sendiri yang belot.


Malaysiabaru berkata...

Ini semua kerja Saudi wahabi

Yg marah erdogan sebab berdamai dgn bazhar asad

Saudi nak control secara proxy Mesir Turkey dan Indonesia kerana angkatan tentera dan azkar yg ramai

Tapi Saudi gagal.. CIA kata the coupe in Turkey bears the hallmark off Saudi arabiA... Their fingerprints are everywhere..

Saudi 2.6b ni tak serik serik.. Dia igt rakyat Turkey bodoh mcm Mesir al alzhar dan boleh beli ularrrmak Turkey mcm di Mesir dan Malaysia !!! Kirim salam monarki alsaud!!!

Tanpa Nama berkata...

Mereka di Turkey ade integrity, Malaysia? Ade masuuuk, pulus juga.

Tanpa Nama berkata...

Nak Tanya ulama pas suci mulia... Ni juga salah dap... Kan?

Lelaki Dicermin berkata...

Agaknya mercu tanda kamal aktatur di masjid biru yg di jadikan muzium tu kot. Bulan ramadhan baru2 ni. 82 tahun masjid biru baru azan berkumandang..agaknya kudeta tentera sealiran darah dgn kamal aktatur terasa tercabar.. tu yg memberontak..kapada puak2 serban besar yg selalu mengutuk puak anuar edogen(masa mauktamar pemilihan yg lepas..perkataan anuar edogen yg selalu di sebut utk memisahkan dgn kumpulan mat sabu ) saksikan sendiri..pegang hati rakyat dulu baru pegang negara.. kalau apa2 berlaku..rakyat akan benteng kita.. ini tidak nak pegang negara ikut jln pintas. Berusaha dpt dedak dulu. Pru 13 hampir semua penganalisa politik dlm malaysia memuji sikap2 penyokong pas yg buat kerja secara sukarela tak berkira..skg apa jadi.. tuang presiden nak bg ceramah kat k.kangsar pun boleh batal sbb takde org.. kalau berlarutan ke pru 14..apa akan berlaku penyokong pas..bila tim presiden dah mula u-turn.. rasa tak lama lagi parti pas akan di panggil parti u-turn.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah la najib memufliskan negara
Rakyat sokong jelah