20 Jul 2016

Kumpulan "Erdogan" Malaysia Dicemburui Pewala PAS

Malaysia perlu belajar daripada rakyat Turki

Rakyat Malaysia perlu belajar daripada kematangan politik rakyat turki dalam mempertahankan kerajaan pilihan mereka daripada sebarang cubaan rampasan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, rakyat Turki telah memperlihatkan bahawa kerajaan demokratik perlu dipertahankan tanpa sebarang kompromi.


"Malaysia harus ambil iktibar daripada insiden ini. Rakyat Turki telah menyatakan kecintaan kepada demokrasi dengan mahu segala proses perlu melalui saluran demokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai pertemuan Pakatan Harapan dengan Duta Besar Turki di Malaysia, Başak Türkoğlu di pejabat kedutaan itu di ibu negara petang ini.

Turut serta pada pertemuan itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anuar, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir, Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua Pemuda Amanah Wan Anwar Wan Ibrahim dan Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar.

Turut menyokong pandangan itu, Nurul Izzah dan juga Teresa yang masing-masing mahu kefahaman serupa dibina di Malaysia.

"Kita harus bina kefahaman ini untuk pertahan demokrasi di negara kita dan desak pilihan raya adil tanpa rasuah di Malaysia," kata Nurul Izzah.

"Saya kagum melihat rakyat dan seluruh parti politik Turki bersatu kutuk kudeta. Saya berharap budaya ini dikekalkan untuk pertahan sistem pemerintahan demokrasi," ujar Teresa.

Pertemuan 40 minit itu antara lain bagi menyatakan penolakan terhadap cubaan rampasan kuasa oleh segelintir kecil tentera dan mendokong kerajaan pilihan rakyat Turki pimpinan Recep Tayyib Erdogan. -MD




ULASAN GB

Pada satu ketika dahulu semasa berlaku pertembungan diantara kumpulan progresif dan konservatif dalam PAS, kumpulan profesional dalam PAS ini digelar kumpulan sebagai kumpulan Erdogan kerana pendekatan mereka yang sederhana dan moderat malah dituduh tidak islamik.


Sebagaimana pertembungan dalam PAS, Erdogan sendiri bertembung dengan kumpulan konservatif dalam parti asalnya iaitu Refah pimpinan Necmetin Erbakan. Erdogan menubuhkan AKP manakala penyokong Erbakan menubuhkan Saadet, tulis Zulkifli Sulong.

Ketika berkunjung ke Turki, kumpulan profesional yang menyokong Erdogan dalam PAS akan menemui pemimpin AKP manakala kumpulan pro-ulama yang menyokong Erbakan akan menemui pemimpin parti Refah di Turki.

Setiap kali Pas ke Turki, Pas berjumpa Parti Refah, bukan AKP. Terbaru beberapa minggu lepas, Ust Hadi Awang pergi Turki, juga meminggirkan AKP. Bagi Pas, AKP ni Parti sekular, keluar dari jemaah Islam Refah.

Pas juga merendah2 kan Erdogan, iaitu pada 2008, ketika Agamawan ingin menjatuhkan golongan "Sekular & Profesional" dlm Pas, Pas menggelarkan pemimpin itu sebagai Kumpulan Erdogan & Anwaris. Ketua Erdogan ialah Husam Musa. Pas tak layak berbangga dgn AKP.

Parti Refah juga menggelarkan AKP sebagai Parti Pengkianat perjuangan Islam sebagaimana tuduhan Pas kepada Amanah hari ini! HDZ Ahmad.

Kumpulan PAS tak suka Erdogan sebab mereka lebih sokong Parti Saedat (sebelumnya bernama parti Refah -GB) yang perjuangannya macam PAS kat Malaysia, tulis Teuku Zacharyah Iskandar pula dalam laman sosial ketika berdebat dengan penyokong kepimpinan ulama.

Apabila Erdogan bersama parti AKPnya telah menempa kejayaan demi kejayaan di dalam membangunkan negaranya, dan yang terbaharu, menggagalkan rancangan kudeta oleh pihak tentera, golongan konservatif PAS sudah enggan untuk memanggil golongan progresif yang telah menyertai AMANAH sebagai Erdogan.

Mereka semacam menyesal melabelkan kumpulan progresif itu sebagai Erdogan kerana Erdogan sudah dilihat sebagai lambang dan ikon kejayaan dan kemenangan Islam zaman mutakhir ini.

Sedangkan sebelum ini bermacam-macam gelaran lain diberikan terhadap kumpulan Erdogan ini seperti "Anwarinas", "Liberal", "Barua", "Broker", "Tolol", "Jebon" dan lain-lain.

Selepas era kegagalan kudeta di Turki beberapa hari lepas, geng ulama PAS mula memburukkan semula pemimpin AMANAH dengan menyatakan mereka bukan Erogan dengan menunjukkan foto seorang amoi yang bergambar dengan Presiden AMANAH kononnya Presiden AMANAH tak layak digelar "Erdogan Malaysia". Itu saja tahap kempampuan mereka untuk merendahkan kumpulan yang mereka sendiri dahulu copkan sebagai Erdogan.

Sedang almarhum TGNA sendiri semasa hayatnya memuji jika benar wujud kumpulan Erdogan di dalam PAS. seperti yang dituduhkan oleh Geng Ulama waktu itu yang menyebabkan geng ulama tidak berjaya mengusir kumpulan Erdogan ini dari kepimpinan PAS sehinggalah TGNA kembali ke rahmatullah.


Hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Erdogan merupakan orang telah berjaya menyatukan rakyat di Turki dan kumpulan inilah juga yang bakal membawa obor kejayaan untuk rakyat Malaysia.

PAS yang selama ini menyokong parti Saedat yang sudah tidak layak berada dalam parlimen kerana mendapat undi kurang dari 10% kerana ditolak oleh rakyat Turki sendiri dan insyaAllah, itulah juga yang bakal berlaku kepada PAS di Malaysia.


24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah mencaturkan segala-galanya dengan penuh misteri.

abrarmujahideen berkata...

Watak Sepanjang Zaman

Tanpa Nama berkata...

Ya, apa yang berlaku di Turki sekarang pasti akan berlaku di sini. Sebagai rakyat yang dahagakan perubahan, saya berharap dapat mengundi AMANAH pada PRU yang akan datang. Insya-Allah, saya TIDAK akan mengundi PAS lagi!

Lelakidicermin berkata...

Kekdg bila baca ulasan pimpinan ph utk ambik kredit tragedi di turki.. geram juga dengarnya. sekadar ulasan di media je.. tindakkan takde. Masa prk di sg besar dan k.kangsar.. duit tunai bertali arus lepas mengundi..sikit pun pimpinan PH tak bersuara..patut pimpinan PH sudah bersedia seblm Prk kes begitu yg pasti berlaku. Maksud aku bersedia bukti dr segi gambar atau video..tu bg aku pengarah strategi dlm PH... segala ambik jln mudah..biarkan je.. reda je..kedg2 terfikir juga..pimpinan parti tidak memahami pahit getir org bawah buat kerja... aku dah dpt elaun lantak org bawah aku..

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak pernah mengundi BN sejak layak untuk mengundi tapi kali ini saya akan gembira untuk tidak mengundi parti perkudakan islam seperti PAS dan berharap PAs bersama ularmak mereka tumbang dan lungkup dalam pilihanraya akan datang. Amin

Unknown berkata...

Saya pung....

Unknown berkata...

Pemimpin AMANAH kena buktikan anda ada kualiti seperti Erdogan untuk rakyat memilih tuan2.

Lebai Roger berkata...

Pas dah jadi ameno! Tak kurang dr itu!

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya pemimpin Pas dah gila talak sebab mengErdogankan Hj Mat Sabu dan sahabatnya, yang tinggal kat Pas sekarang pemimpin tak cukup masak. Katakan pada Pas bolayan boley jalan. Saya melihat Pas sekarang macam parti tiga suku....memang tiga suku pun.

Tanpa Nama berkata...

Memang mereka menyesal betul memberi gelaran Erdogan kepada pemimpin AMANAH. Rakyat Turki memilih bersama Erdogan. PAS pula kehilangan ramai ahli dan penyokong kerana memilih untuk bersama AMANAH.

Di Turkey, masalah negara tak sama seperti di Malaysia. Turkey tidak ke mana-mana dan dari dulu Turki kekal begitu sahaja. Rasuah Turki tidak seteruk mana. Kewangan Turki pun tak separah Malaysia.

Pendekatan Konservatif yang menyebabkan bangsa Turki ketinggalan dan tidak maju. Kebetulan pemimpin konservatif adalah ulamak. Dan pembaharuan yang ingin di bawa oleh parti AKP ditentang dengan mengguna pendekatan agama ia itu tidak lain ialah menyatakan AKP, sekular.

Parti Saedat bagaimana pun tak seteruk PAS. PAS sanggup bersongkol dengan parti yang di label sebagai sekular. Parti rasuah dan parti yang merosakkan semua sistem pentadbiran. Semuanya berpunca dari skanda 1MDB.

Dan sekarang yang paling teruk lagi, PAS bersama musuh Islam barat yang memperlekehkan perjuangan rakyat Turki yang mempertahankan kerajaan pimpinan Erdogan, semata-mata kerana benci pada AKP. Sanggup PAS ketepikan Islam dan tidak menganggap Erdogan sebagai saudara Islam.

Sekarang PAS jadi bingung. Kejayaan Erdogan menyatukan rakyat akan menjadikan AMANAH sebagai parti yang sesuai untuk masyarakat di Malaysia.




Pemuda parit kings berkata...

Dimana kekurangan semasa bersama parti sejarah...jgn diulang...jika ada masalah dan idea harus dilontarkan terus...jgn bercerita belakang...tolonglah naikkan amanah...tolong betulkan kesilapan2 yg jelas mahu pun yg kurang jelas...agar menjadi lebih jelas...naikkan sama2 parti amanah ni...jgn kita hanya pandai berkata Sahaja...Turun membantu dan melontarkan idea yg Berna's disetiap kawasan mahu pun cawangan...lebih kan gerak kerja kurang kan berkata...

Tanpa Nama berkata...

Baik Tentera, baik PDRM, baik SPRM semuanya menurut perintah. Jika berlaku begitu di Malaysia, berapa kerat yang
Menyokong rakyat.. itu pun Tentera yang dah pencen.

Video ke gambar ke.. kan SPR kata tak salah.

Tanpa Nama berkata...

Pimpinan paspispus ini dah banyak makan dedak..lepas tu mkn pil kuda agaknya lah...
Statement mereka merapu ajer...Dalam paspispus ini sekarang banyak "Terompah Kayu"....
inilah kata2 TGNA dalam kuliah beliau semasa hayatnya...

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Setuju dgn Pemuda Parit King..
Utk semua penyokong Amanah, Pengundi & petugas parti..

Kurangkan Kontroversi,
Tingkatkan Prestasi,
Berdiri Atas Bakat Sendiri,
Kata sini abis sini..

Pencolekhangek berkata...

Orang Islam di Malaysia mesti sedar. Kita di Malaysia menganuti Islam dan diduga dengan kepelbagaian yang meluas. Perlu bijak dan teliti dengan contoh-contoh yang ditunjuki oleh Rasulillah s.a.w. Kita boleh melihat dan belajar dari cerdik pandai Islam di negara ini dan jiran serantau. Yang sesuai kita ikuti dan yang tidak kita hindari. Ulamak sekarang bukan seorang dua. Bukan dalam pas sahaja. Ada dalam institusi kerajaan, ada dalam pusat pengajian, ada dalan organisasi perdagangan dan juga yang bergerak bersendirian. Pilihlah mana yang sesuai. Namun adalah biadap dan kurang ajar kalau tidak boleh menerima kepelbagaian ini. Lebih malang lagi kalau kita perasan kita saja yang layak masuk syurga dan terlepas dari seksa neraka. Nampak sangat kebodohan diri kalau beranggapan cara kita saja yang direstui Allah s.w.t.

Tanpa Nama berkata...

Pas adalah parti karut marut...pemimpin2 mereka mungkin boleh baca quran tp tak faham maksud atau sengaja tafsir putar belit ikut selera mereka..itu saja yg mereka ada tp ilmu pentadbiran,ilmu ekonomi,ilmu perhubungan a-bangsa mereka zero...puak puak ni sepatutnya dihumban oleh rakyat ke gaung dlm pru 14 nanti.

Malaysiabaru berkata...

Dewan ularrrmak pas masuk campur politik

Tuduh Iskandar semak gila jawatan dan mahukan genjatan senjata

YaHADI kata rela kalah semua jawtan profesional d Selangor asalkan hudud tegak d Malaysia

Bagilah ularrrmak pegang politik pas buat apa ada byk dewan..buat apa ada ajk pusat...

P.s pakatan jgn sokong Saudi wahabi harbi yg bg duit sama gulen mcm Saudi buat sama murshit egypt

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Persamaan antara Pas di Malaysia dengan Saedat di Turki ialah kedua-dua parti Islam ini berjiwa konservatif. Kedua-dua parti yang telah menjalin kerjasama ini lebih mahukan hukum Islam terlaksana terlebih dahulu. Pembangunan rakyat seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kemudahan-kemudahan awam hanya akan dilaksanakan setelah hukum-hakam agama dapat dilaksanakan. Memperbaiki kepincangan kehidupan rakyat tidak menjadi agenda utama. Bagi mereka apabila hukum-hukum agama terutama hukum hudud berjaya dilaksanakan, mereka berkeyakinan kepincangan kehidupan rakyat dapat diatasi dengan mudah.

Amanah dan AKP adalah dua parti serpihan induk mereka iaitu Pas dan Refah. Kedua-dua parti ini dilavel sebagai parti progesif, dan dilihat mengambil pendekatan kesedarhanaan dalam melaksanakan hukum-hukum agama. Majoriti barisan kepimpinan AKP dan Amanah adalah terdiri daripada golongan profesional pelbagai bidang yang dasar politik mereka dalah kesedarhanaan dalam melakukan perubahan. Bagi Amanah dan AKP dasar mereka ialah untuk membangunkan kehidupan rakyat terlebih dahulu, dan mengembangkan syiar Islam secara berperingkat-peringkat agar tidak menjadi kejutan kepada rakyat. AKP pimpinan Erdogen berjaya menaikkan taraf kehidupan dan secara beraansur-ansur syiar dan syariat Islam dapat diterima oleh rakyat Turki. Amanah adalah parti baharu yang belum lagi diberi kesempatan oleh Allah mentadbir Malaysia. Namun begitu, jika Amanah dapat meniru cara-gaya kepimpinan Erdogen, in sya Allah Amanah akan menjadi parti pemerintah dominan mentadbir Malaysia pada suatu ketika nanti.

Tanpa Nama berkata...

yg menolak Erdogan samada mereka termakan hasutan zionis atau mereka pro syiah. itu saja.

atau mereka khawarij ala ISIS yg hanya tau nak hokum islam hudud dll.

bagi mereka hokum islam adalah MENGHUKUM. selagi mereka tk dpt cantas tangan pencuri, mereka rasa belum islam. kita tidak tolak hudud tpi kita diajar mengutamakan kemaslahatan rakyat dahulu baru hudud.

kita tolak hudud terpilih2. kita mahu hudud benar2 adil.

hudud dikelantan mesti dimulai dgn kenyataan berani hj hadi...

'Jika pemimpin PAS sendiri pun mencuri, saya akan potong tangannya'.

ada berani ke?

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt tu.Amanah kena berusaha kuat utk membuktikan sekuat Endrogan..Pimpinan kena kreatif,rajin, bijak melaksanakan sesuatu perancangan supaya rakyat nampak parti Amanah ni.skrg rakyat baru kenal tu pun dgn fitnah2 pas Thdp Amanah...teruskan usaha kuatkan usaha kami sentiasa support anda..

Tanpa Nama berkata...

Ramainya ulamak biarlah sama pengertian dalam sesuatu aspek. Dalam hal kebenaran sebagai contoh jangan berbohong.

Tetapi apabila di sana ada ulamak.. di sini ada ulamak... di situ ada ulamak.. akhirnya bila ada perbezaan pendapat, tercipta lah fahaman bukan pengertian sebenar sebagaimana yang di tuntut oleh agama. Kerana rupa-rupanya dalam kebenaran ada berbohong yang di bolehkan. Tidak mendengar pandangan orang lain, adalah kebenaran juga ... menjaga duit orang lain dengan terus memasukkan ke akaun sendiri dan membahagi-bahagikan mengikut faraid di bolehkan...

Walaupun ramai ulamak, belum pernah terjumpa ulamak yang macam dalam PAS. Mungkin bila semakin ramai macam dalam PAS, penerimaan dan tanggapan kita terhadap ulamak tidak menjadi hal. Sepertimana dalam satu parti di mana ramainya pemakan rasuah dapat diterima seadanya. No problem. Life must go on ...

Persoalannya siapa kita apabila dikelilingi oleh ulamak jenis cai dan perasuah yang licik ?

Tanpa Nama berkata...

Turkey sebuah negara yang tidak mempunyai pelbagai bangsa, tidak ada Raja dan tidak ada kesan peninggalan penjajah .. begini jadi nya, apalagi Malaysia yang berperlembagaan mengikut ciptaan penjajah. Lagi teruk ! Tapi bukan PH yang lakukan rampas kuasa kerana yang berkuasa sekarang ialah BN UMNO. Ini terbukti dengan rampasan kuasa di Perak.

Rakyat Turkey memilih pembangunan didahulukan dalam masa yang sama pemimpin utama akan menyerapkan nilai-nilai Islam sebelum melaksanakan hudud. Insyaallah.

Semasa Erdogan sedang melakukan perubahan, pemimpin progresif yang menubuh AMANAH berada bersama PAS. Melihat kepada tindakan Erdogan yang meninggalkan parti sepatutnya mereka juga mengambil tindakan yang sama iaitu tinggalkan PAS.

Walaupun Erdogan berjaya tetapi ia kekurangan sesuatu dan ini membuatkan penerapan nilai-nilai Islam di Turkey menjadi perlahan. Dan jika di Turkey dipimpin oleh ulamak, terbukti mereka tidak dapat mengejar pembangunan yang di anggap tidak begitu penting.

Oleh itu adalah sayang seribu kali sayang apabila PAS menyingkir kumpulan professional. Sedangkan dalam AMANAH, mereka dapat bergandingan dengan ulamak untuk mendapatkan nasihat.

Disini lah kebijaksanaan Almarhum TGNA yang menyokong perlunya ada Erdogan dalam PAS. Semuga Almarhum di tempatkan di sisi Nya dan di antara hamba-hamba Nya yang di mulia kan.

Bukankah Tuhan menjadikan tubuh badan dahulu sebelum Tuhan meniupkan roh ?

Kepada Allah dikembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Oooooo.patutla ada pemimpin pas yg kata rampasan kuasa turki tu permainan..baru aku jelas sekarang knp pas xske endrogan.terima kasih gb memberi pencerahan..kalau begitu mmg wajar sgt penubuhan Amanah umpama endrogan di Malaysia. Mana tahu Amanah boleh berjaya spt Endrogan.. Kalau lihat skrg parti yg btl2 solid pun Amanah..Pkr masih krisis menagih simpati, Dap juga saling berebut dgn pkr kerusi..Amanah dilihat paling OK setakat ini.cuma.Amanah parti baru yg perlu kerja keras2 utk melebarkan sayapnya...Insyallah blh berjaya..

Tanpa Nama berkata...

Ulamak2 melayu PAS paham Quran.. tapi buat2 pekak dek kerana jeles dgn kejayaan DAP, PKR dan AMANAH..

Ini mmg perangai ulamak2 dari dulu lagi.. rohmatan lilalamin utk anak pinak dia saja..

Lihat saja org Cina berbaik dgn Melayu.. mula xleh dok diam..

Sikik2 yahudi.. sikik2 nasrani.. sikik2 kapir.. mcm la syurga dan tuhan itu exclusively milik derang semata2.. boleh disekeh sesuka hati derang..