AMANAH pertahan, ucap terima kasih kepada Dr M
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mujahid Yusof Rawa tampil mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menyifatkan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bererti bekas Perdana Menteri itu gagal dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia' yang ditunjangi beliau.
Mujahid turut melahirkan rasa kesal terhadap Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyerang Mahathir dengan meminta beliau bersara daripada politik secara senyap-senyap dan tidak mendedahkan dirinya kepada penghinaan lanjut.
"Mereka yang mengatakan seperti ini tidak memahami perbezaan antara parti politik dan negarawan.
"Mahathir tidak berjuang di platform mana-mana parti politik, tetapi dalam kempen 'Save Malaysia' yang merentasi semua pihak," kata Mujahid kepada Malaysiakini.
Jelasnya lagi, adalah mustahil untuk Mahathir menyokong calon BN atau Umno apabila parti itu telah menjadi punca kepada bencana yang melanda negara ini.
Beliau menambah, adalah tidak mungkin juga bagi Mahathir untuk menyokong calon PAS yang mesra kepada BN di sebalik skandal yang menjejaskan negara.
"Mahathir nampak hanya calon Amanah sebagai satu-satunya peluang untuk menyelamatkan Malaysia setelah berkongsi wawasan yang sama," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
"Malangnya, ada pihak gagal untuk melihat ini dan terus terperangkap dengan agenda sempit mereka," katanya.
ULASAN GB
GB hairan dengan kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul rahman Dahlan dan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh yang membelasah Tun Mahathir.
Memang kita tak nafikan bahawa di zaman pemerintahan Mahathir tak semuanya indah. Malah ada beberapa insiden dimana pemerintahan beliau wajar dikritik dan dibantah misalnya Ops Lalang, Krisis Kehakiman dan lain-lain.
GB pernah ulas sebelum ini:
Kini cuba bandingkan pula apa sumbangan Abd Rahman Dahlan dan Nik Abduh berbanding TDM.
Jadi sebelum memperlekehkan orang lain, tengoklah kepada diri sendiri dahulu.
Dan mengenai kenyataan Nik Abduh:
Di bawah ini kita paparkan semula video Almarhum TGNA memuji Mahathir walaupun sebelumnya mereka berdua bermusuhan.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mujahid Yusof Rawa tampil mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menyifatkan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bererti bekas Perdana Menteri itu gagal dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia' yang ditunjangi beliau.
Mujahid turut melahirkan rasa kesal terhadap Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyerang Mahathir dengan meminta beliau bersara daripada politik secara senyap-senyap dan tidak mendedahkan dirinya kepada penghinaan lanjut.
"Mereka yang mengatakan seperti ini tidak memahami perbezaan antara parti politik dan negarawan.
"Mahathir tidak berjuang di platform mana-mana parti politik, tetapi dalam kempen 'Save Malaysia' yang merentasi semua pihak," kata Mujahid kepada Malaysiakini.
Jelasnya lagi, adalah mustahil untuk Mahathir menyokong calon BN atau Umno apabila parti itu telah menjadi punca kepada bencana yang melanda negara ini.
Beliau menambah, adalah tidak mungkin juga bagi Mahathir untuk menyokong calon PAS yang mesra kepada BN di sebalik skandal yang menjejaskan negara.
"Mahathir nampak hanya calon Amanah sebagai satu-satunya peluang untuk menyelamatkan Malaysia setelah berkongsi wawasan yang sama," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
"Malangnya, ada pihak gagal untuk melihat ini dan terus terperangkap dengan agenda sempit mereka," katanya.
Taring Dr M 'secara rasminya' tercabut, kata Pemuda PAS
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan taring bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasminya telah tercabut atau tertanggal ekoran kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil berkembar yang baru sahaja melabuhkan tirainya.
Anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015 itu berkata, Mahathir disarankan memperbanyakkan masa untuk berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah.
"Saya sarankan Tun Mahathir banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah.
"Zaman kekuatannya ketika bertempur dengan almarhum ayahanda TGNA (Tok Guru Nik Aziz) telah berakhir.
"Jika Tun kembali kepada ALLAH dengan taubat yang benar, itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat. Saya mendoakan," ujarnya dalam kenyataan.
Mahathir dicemuh pelbagai pihak ekoran kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini setelah hasratnya untuk menjadikan pilihan raya kecil berkembar itu sebagai referendum menolak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal.
Bukan sahaja oleh Najib sendiri, Mahathir turut menerima tempelak dan pelbagai nasihat antaranya berehat, menjaga integriti dan nama baiknya oleh banyak pihak lain antaranya bekas ketua hakim negara, pimpinan PAS lain dan pemimpin Umno.
Mahathir juga pernah mendedahkan pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menerangkan dakwaan salah laku Najib.
"Saya jelaskan secara peribadi kepada Hadi mengenai salah laku Najib tetapi apa yang dia nampak ialah dedak," kata Mahathir.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, tuduhan yang mengaitkan PAS sebagai tunggangan UMNO hanyalah persepsi murahan oleh golongan lemah yang terpelanting akibat disantau mabuk dalam misi menawan Putrajaya.
"Ketika PAS bersama DAP, PAS dituduh UMNO sebagai tunggangan DAP. Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO.
"Sebagaimana PAS berjaya keluar daripada tuduhan pertama, PAS pastinya akan berjaya keluar daripada tuduhan kedua dengan selamat dan sejahtera.
"Malah tuduhan itu akan lebih mudah dihilangkan kerana PAS tidak pun mengikat sebarang perjanjian dengan UMNO sebagaimana ikatannya dengan DAP semasa di dalam Pakatan Rakyat dahulu," tambah beliau.
Mengenai keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jelas Nik Abduh, ia adalah laporan awal kekuatan PAS selepas berjaya melepasi krisis dalaman yang menyaksikan terkeluarnya anasir yang lemah dan buruk yang berusaha mengubah hala tuju perjuangan PAS.
"Adakah 25 peratus sokongan bersih di kubu UMNO untuk PAS itu kecil? Tidak. Itulah kekuatan tegar sokongan terhadap perjuangan Islam yang syumul di Malaysia.
"Itulah tuaian perjuangan yang disemai oleh para ulamak dan pejuang Islam sepanjang 65 tahun perjuangan PAS.
"Saya dan seluruh pemuda PAS bertekad melebarkan kesatuan dan muafakat umat ke arah cara hidup Islam yang benar. Kebatilan pastikan lebur.
"Itulah janji pemuda Islam untuk ayah dan ibu yang telah pergi meninggalkan kita dengan warisan perjuangan yang mulia," katanya lagi.
Ini kerana, tegasnya, PAS di sisi Islam adalah ibarat si pengemis yang bergantung harap sepenuhnya kepada kekuatannya.
"Anda usah berangan menjangkakan PAS akan mencintai rakan tahalufnya atau sesiapa pun melebihi cintanya kepada Islam," ujarnya.-mk
ULASAN GB
GB hairan dengan kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul rahman Dahlan dan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh yang membelasah Tun Mahathir.
Memang kita tak nafikan bahawa di zaman pemerintahan Mahathir tak semuanya indah. Malah ada beberapa insiden dimana pemerintahan beliau wajar dikritik dan dibantah misalnya Ops Lalang, Krisis Kehakiman dan lain-lain.
GB pernah ulas sebelum ini:
Tetapi sebagai manusia yang bertindak rasional, benci macamana sekalipun kita keatas Tun, kita tidak dapat menolak sumbangan Tun kepada pembangunan Malaysia.
Putrajaya yang Najib dan menteri-menterinya (termasuk pejabat Abdul Rahman Dahlan -tambahan sekarang) sedang duduk sekarang, Cyberjaya, PLUS, KLIA, Sepang Circuit, Petronas Twin Tower, KLCC... dan banyak lagi... itu semua dari Tun punya kepala hotak. Kita kena akur bab itu.
Sekiranya negara perlu berhutang ketika itu, namun rakyat berpuashati dengan "hasil pulangan" yang mereka nikmati.
Berbanding dengan era selepasnya, Pak Lah dan Najib, apa yang mereka berdua tu ada selain dari menjahanamkan negara terutama Najib yang kita telah meletakkan Malaysia diambang kebangkrapan dengan pelbagai skandal khususnya 1MDB?
Kini cuba bandingkan pula apa sumbangan Abd Rahman Dahlan dan Nik Abduh berbanding TDM.
Jadi sebelum memperlekehkan orang lain, tengoklah kepada diri sendiri dahulu.
Dan mengenai kenyataan Nik Abduh:
"Ketika PAS bersama DAP, PAS dituduh UMNO sebagai tunggangan DAP. Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO.Sedar pun yang UMNO pernah menuduh PAS sebagai tunggangan DAP. Sekarang PAS pula mengikut rentak UMNO menuduh AMANAH kuda tunggangan DAP.
Di bawah ini kita paparkan semula video Almarhum TGNA memuji Mahathir walaupun sebelumnya mereka berdua bermusuhan.
19 ulasan:
Tak habis habis abudoh Ni
Inikah legasi NnikAJIS melahirkan setan bwetopeng manusia
Tutup mulut Pak muda lebai Ni.. Kesian tok guru Nik Aziz... Layakkah abudoh jaja nama ayahandanya ke dalam longkang?
Siapa nik abodoh ni..maaf tak kenal
Keluarkan saudara Anwar. Talian hayat terakhir utk menyelamatkan Malaysia.
saya tidak menentang tun mahathir, tp pihak atasan PH harus meminta tun meminta maaf atas kesalahan2 beliau.. memali contohnya, byk hati2 dan perasaan org yg masih terluka dari tindakan beliau masa lepas.. PH kemudian boleh trus berjuang utk rakyat..
abduh bin bodoh ini kepala dah masuk air.... entah apa kelulusan beliau... pernah kena ISA ....tak boleh percaya budak berhingus ni. Kelantan akan dikuasai Umno kejap lagi... padan mula...
Orang bodoh macam abduh ni entah bagaiman boleh masuk politik.... jadi juru nikah pun tak layak
Podah.....
Mahathir dah tulis ttg melayu sejak dulu lagi,Klu x percaya suruh mrk2 ini baca buku MALAY DILEMA. Banyak pihak khususnya org melayu marah tetapi itulah realitinya. Sedih tgk org melayu ini!!!!
Tu bukan saja abudoh tp juga layak dipanggil abanggang abahlol abongok altololmolol..xfhmla dia bercakap guna kepala lutut kot..nk dibanding dgn nik aziz jauh spt langit dan bumi..anak2 nik aziz yg lain xpasti plak.harap2 adala yg mengikuti jejak langkah nik aziz
Keimanan tidak boleh diwarisi.
Begitu juga mentaliti.
Apa nak jadi dengan Nik Abduh ni - sama macam Najis, betul-betul menjatuhkan image bapa mereka. Bapa membangunkan ummah, anak menghancurkan ummah.
Nik abduh tak sedar, dengan pderangai lahapnya ini, berkemungkinan besar, KELANTAN akan jatuh ke tangan B-end.
Mana taknya, PRU14 - undi orang Kelantan akan verpecah TIGA.
Pengundi PIS berpecah dua tapi pengundi B-end kekal.
Macma di Sg.Besar dan Kuala Kangsar, Nik Abduh cuma menang sorak je.
Dalam PRU14 pun sama - takat menang sorak, kampong tergadai.
Nik Avbduh bersorak B-end menang besar, tak sedar KELANTAN bukan lagi milik PIS................HEHEHEHE
Lepas B-end rampas KELANTAN, apa yang Nik Abduh nak sorak lagi....???
Dia pikir Najib akan luluskan HUDUD............????
kihkihkih - Inilah orang bodoh, tak boleh pikir outside the box.
Akhirnya, yanf dikejar tak dapat. Yang dikendong berceceran.
NIK BODOH Ini me malukan nama Arwah Tok Guru saja
Budak SEPILOK tu memang Otak Sepilok
Tak faham kenapa NIK BODOH boleh alpa dengan cubaan DUNYA yang se COIT saja
Tanpa TUN , NIK BODOH akan kekal BODOH ; budak SEPILOK pula kekal atas POKOK
Masha ALLAH
TUN Itu NEGARAWAN !!!!!!!
Salam:
Syabas Amanah,inilah masanya Amanah/PH,Team-up dgn team,Mahathir,Muhyidin,Mukriz,dan group ketua cawangan umno seluruh Malaysia.Mereka banyak pengelaman,dan mereka ramai grass-root,melayu totok di kampong2 seluruh malaysia.
Kekalahan 2 by-election baru2 ini membuka tirai untuk kita memperbaiki apa yg kurang dan memperkukuhkan petugas-petugas PH.inilah masanya PKR/DAP/aMANAH/Ketua-ketua cawangan umno seluruh negara crack kepala/tenaga,untuk gerak-kerja sepenuhnya bila tiba PR14 nanti.
Elakkan menuding kesalahan antara satu sama lain,belajar bagaimana kekuatan musuh,Setiap ahli-ahli Amanah yg PEKA,kena PARTICIPATE memberi idea,tenaga dan bersama jentera parti masing2.Kalau tak mampu sangat dgn tenaga,menghulur derma apa yg termampu sudah cukup.
EASIER SAID THAN DONE(Cakap senang tapi sape yg nak buat kerja?),Insyallah dipanjangkan umur akan berusaha bersama parti,tidak hanya bercakap sahaja.
go Amanah/PH go.
Kalah kuat tang mana....kalau kalah maksudnya tak kuat..sapa pun..
Bila ber 'bin' kan Nik Aziz itu yang buat sedih rasanya.
Tun lawan Najib dan mahu Najib di tumbangkan, tidak ada kena mengena dengan PAS. Cuma Tun tidak memilih PAS kerana AMANAH menyokong deklarasi rakyat maka Tun memilih AMANAH.
Abduh hentam Tun hanya sebab Tun kata Hadi tahu mengenai kesalahan Najib dan Hadi cuma nampak dedak. Cara Abduh mempertahankan Hadi macam Hadi bukan setakat nampak !!
Walaupun Hadi kata mengantikan orang tak menyelesaikan masalah hakikat nya Hadi tidak nafi Najib adalah penjahat yang ingin di tumbangkan oleh Tun.
Hukum mana yang PAS pakai melepaskan orang seperti Najib ?
Elok nama dia ni ditukar kepada NIK BODOH... tepat sekali. Tengok rupa pun macam orang bodoh. No tokoh langsung....
Yang kalah Parti Pas tapi hadi awang dgn kuncu2 senyum kambing sbb sudah berjaya...asyuuuk
yg bodoh walaunta yg sokong Pas..habuk pun tarak
Hoi Malaysia baru, jgn kutuk TGNA. Org mcm ko la yg boleh hancurkan PH. Ke mu ni agen UMNO yg nk buat onar kt sini...
Semasa ayahanda nya lawan UMNO beberapa kali pemimpin UMNO minta ayahanda nya berundur .. bagaimana keuzuran ayahanda nya jika di bandingkan dengan Tun sekarang? Adakah ayahanda nya berundur ?
Pada kebanyakkan pemimpin politik cakap-cakap seperti ini tidak ada salah nya. Just sekadar bercakap. Peraturan dan prinsip berpolitik membolehkannya tanpa mengira dosa pahala. Sedangkan pakai kopiah dan serban dipakai sepanjang masa untuk mengikut sunnah dan mendapat pahala tetapi perangai dan cara bercakap mengikut Islam tidak dibuatnya sepanjang masa.
Yang memberi undi kepada PAS disebabkan menolak UMNO dan tidak dapat menerima DAP yang dikaitkan dengan AMANAH bukan sebab PAS itu Islam.
Pas kalah tp walaun pas melalak kata pas sbnrnya menang. Kahkahkah. Aku btl2 xfhm sindrom kebodohan jenis apa yg melanda pas ni.sindrom dedak kot. Kahkahkah.. Xpa kita harap lepas ni ada adun pas yg mati pastu ada prk nt kita nk tgk pas blh kekalkan dun atau beralih pada umno.kahkahkah
bodoh ni datang pru skali lagi kalah la tu. hilang la dari laman politik malaysia.
lepas ni letak jE calon kat semua tempat pemimpin utama pas bertqnding. dah kalah nanti baru sEdar diri yang imam besar marang tu sekarang tak ubah macam cerita tok imam dengan pokok berantu tu.
Mahathir kena berdamai dgn Anwar dan kedua duanya perlu bersatu utk selamatkan Malaysia...ini gandingan paling lejen dlm sejarah politik malaysia...
Catat Ulasan