20 Jun 2016

[BERGAMBAR] Ustaz Azhar Kembali Temui Rakyat Untuk Ucap Terima Kasih

Sehari selepas hari mengundi, semalam, 19 Jun 2016, calon Parti Amanah negara bagi P.093 Sungai Besar, Ustaz Azhar Abdul Shukur telah menyusuri semula rakyat Sungai Besar.

Kali ini bukan untuk meraih undi, tetapi untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepad amereka yang telah memberi sokongan kepadanya selama tempoh berkempen sehinggalah ke hari mengundi kelmarin.

Ustaz Azhar (AMANAH) tewas kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang meraih 16800‎ undi manakala AMANAH memperoleh 7,609 undi tetapi berjaya mengatasi calon Pas, YB Abd Rani Osman yang memperolehi 6,902 undi.


Sekali pun tewas, Ustaz Azhar dengan ditemani oleh ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim terus menyantuni rakyat Sungai Besar khususnya di Pasir Panjang dan Sekinchan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Memetik kata-kata Ustaz Azhar:

Alhamdulillah, hari ini ke Bazaar Ramadhan Sg Besar dan Pasar Basah Sekincan untuk mengucapkn terima kasih kepada para penyokong.

Respon yg diterima amat baik dan satu ketika, seorang makcik hampir menitiskan airmata bila menemui saya.

Terima Kasih semua.....




24 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Sayang seribu kali sayang

Andai azmin ambil tindakan pada tahun lepas bila muktanar pIS bubar pakatan rakyat

Mungkin sudah ada exco Amanah dan Dana rm100juta yg ada pada pIS skrg milik amanah..

Mungkin sudah ada pondok dan markaz amanah di setiap pelusuk Selangor dan berdondong org pIS masuk amanah

Apakan daya aznin pakar matematik nampaknya fail politik.

Azmin jd dungu tunggu lamaran PIS yg tidak akn dtg . Selagi Nik abudoh dan pemuda timur tengah kontrol pIS maka sampai itulah pemgaruh umno wujud

Bagaimanapun sbg umat islam kita jgn memyesal dgn tindakan azmin kita serah pd qada dan qadar dan kol otak udang azmin

Biarlah dgn keadaan skrg gantung tak bertali. Sampai pru14 azmin akn jd mb paling singkat dlm sejarah...

Esok pecat semua exco pIS min ! Ni warning terakhir c.i.a

Tanpa Nama berkata...

semoga ustaz azhar dapat dikekalkan sebagai calon pru akan datang supaya pengundi tidak keliru dan momentum dapat diteruskan

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ustaz Azhar...

Teruskan mendekati rakyat. Begitu juga parti DAP dan PKR. Jgn tersengih time ada pilihanraya saja.


Bila ada org meninggal...hendaklah datang menziarah. Hulurkan seberapa sumbangan(wang) dlm sampul yg ada lambang parti PAKATAN HARAPAN.

Kdg2 ada taktik BN yg boleh ditiru. Ini pun salah satu strategi yg paling berkesan diguna oleh BN.

Ada majlis kahwin atau ada org sakit...wakil parti PH hendaklah datang menjenguk dan beramah mesra sambil merapatkan hubungan dgn penduduk setempat.

Pihak parti PH hendaklah menggerakkan kerja2 parti mulai sekarang!! Jgn parlimen dah bubar....baru sibuk tersengih sengih jumpa pengundi...!!

Lagi satu...PH hendaklah berusaha agar satu lambang saja yg digunakan. Degil betul le korang ni!! Berapa lama dah desak utk buat satu lambang..!!

Kalau ROS tak nak luluskan...heret ke mahkamah! Saman! Ni...mcm senyap je...!! Mcm tak sungguh2 je... Konon nak buat sistem 2 parti.


Tapi lambang bersama...terkucil-kucil nak buat! Kang...kami yg di bawah ni bosan...dgn BN dengan PH sekali kami maki carut nanti!!


Lastly..for ustaz Azhar sekali lagi tahniah dan syabas. Teruskan usaha ustaz utk mendekati pengundi sama ada penyokong dan pihak yg tak sokong ustaz.

Fokuskan rapat dengan penduduk di kawasan yg ustaz kalah teruk!! Selami hati budi mereka. Kerapkan berkunjung dan bertanya khabar.


Sesekali...ajak ngeteh2 dan belanja minum!! Dua tiga minggu sekali ajak geng2 situ ngeteh apalah sangat...ustaz kan!!

Kalau ikhlas...pahala dapat kawan dapat....insyaallah undi pun dapat!!

Tanpa Nama berkata...

Trima kasih ustaz..teruskan perjuangan..

Mie berkata...

Bagus Ustaz Azhar, terus istiqamah berbakti utk rakyat, In sha Allah ada rezeki dilain hari..

Tanpa Nama berkata...

Langkah yang bijak.... teruskan usaha begini.

*Amanah/PH hendaklah fokus pada pengundi WANITA kerana mereka separuh daripada pengundi.

*Politik wang Umno sukar dilawan. Kerana $$$ ramai pengundi wanita boleh terpengaruh. Tetapi apabila wakil bijak bermesra dengan pengundi, wang tidak bermakna lagi. Mereka akan terima wang sogokan tetapi tetap undi calon yang mesra rakyat....

* Teruskan khidmat kepada rakyat walaupun tidak menjadi wakil rakyat.

dt rahman pekan berkata...

syabas dan jangan sekali lemah semangat. masa depan utk menjadi alternative kpk PAS amat cerah.

cadangan sya utk memantapkan lagi perjuangan :-

1)menambahkan ahli d peringkat akar umbi
2)tubuhkan sebanyak mungkin cawangan n bahagian
3)lashkar (foot soldiers) harus d ujudkdn dgn iltizam yg tinggi utk membantu terutama dlm prk/pru
4)dptkan sumber kewangan sebanyak mungkin. ikut cara parti politik n calun2 d USA mendapatkan dana.

Tanpa Nama berkata...

Selagi undi berpecah PH sukar menang begitu juga PAS. Umno mempunyai penyokong tegar. Wang ringgit pula boleh membeli undi. PU14 akan melihat pertandingan 3 penjuru lagi dan ini merugikan PH.

Ini sahaja strategi Umno untuk merampas Selangor. Pecahkan undi lawan seperti yang berlaku di Sungai Besar dan di Kota Damansara dan Semenyih dalam PU13.

Jika Pas mahu bersendirian, Pas akan kalah semua kerusi yang ditandingi dalam PU14. Amanah, PKR dan DAP juga akan menghadapi jalan sukar. Yang untung Umno/BN

PH perlu membuat sesuatu sebelum nasi menjadi bubur....

Raincity v2 berkata...

rahman. sume org tau apa yg hg tulis. bole tlg buat n laksanakan sama?

Unknown berkata...

Salam:


Good Move oleh ustaz Azhar,di harap prof di KK pun ikut seperti ustaz.

Yang penting sekarang setting-up,BASE,grass-root level.PERSEDIAAN untuk PR14,Lebih kurang 2 thn lagi.

Tanpa grass-root level PH,Tak kemana!! PKR dah abaikan,selama 2 penggal memerintah di Selangor.Tak buat apa2 pun,nak cari satu tadika tajaan ahli-ahli PKR!!ELEK PURCEK!!Inilah salah satu sebab pkr amat susah nak dapatkan tenaga kerja parti.

Grass-root level terlalu penting,untuk KESEIMBUNGAN sesuatu parti.Sebagai jurucakap lidah parti,kempen2 parti senang sampai kebawah,sebagai rakyat biasa mendapat contoh bagaimana agaknya,jika rakyat pilih parti ini.

Bagaimana nak set-up.
Kumpulkan ahli yg berquality sebanyak mungkin,tidak seperti group Sapigni.

Agama:Ada activity TARBIAH ahli/Melahirkan insan2 yg berbuat kebaikkan/takut allah.
Pendidikkan:set-up tadika oren/Tahfiz/pondok moden/
Bussiness: set-up di semua peti undi,restaurant seperti ali-maju/nz curry/runcit 24hrs,beri ahli2 buat biz.disini dibekalkan akhbar amanah.
Nelayan: jangan lupa dapatkan ahli2 parti nelayan,bantuan2 boat,set-up,pengkalan jual ikan murah untuk rakyat.
Pertanian:Gunakan kemudahan negeri yg ada,identify penyokong kita,follow up,beri bantuan.
Anak muda: sediakan belia futsal,follow-up belia yg gagal pelajaran..bla..bla.
Wanita: sediakan class memasak/menjahit/biz kecil2an.

Di atas hanya untuk ahli-ahli,sebagai ASAS bagi ahli untuk LOYAL kepada PARTI,ahli sebenarnya bukanlah nak sangat kemewahan yg ada,cuma apa yg ahli perlukan,mereka ada activity2 untuk dijalankan.Sekurang2nya bagi majority ahli yg putus keewAngan dapat bergantong dgn parti dgn cara "BEKERJA" bukan macam umno diberi free/menyuburkan budaya rasuah.

Dengan adanya PROGRAM Parti,di setiap kawasan diseluruh malaysia,Insyallah,Amanah dlm 10 thn lagi akan muncul sebuah parti yg kuat,dan ramai ahli yg berquality.

Jika TARGET 100% TAK TERCAPAI,50% sudah mencukupi,MESTI ada programme.

Kebanyakkan kita asyik menyalahkan melayu di kampong2,bila mereka disogokkan duit oleh BN??Tapi pernah tak pembangkang tunjukkan pada mereka satu alternatif yg berguna pada mereka sebagai panduan!!sedangkan contoh pembangkang beri ialah kekecohan pemimpin2 pembangkang ditokok-tambah oleh media BN..


sEKIAN..JUST MY 2 CENTS.

Tanpa Nama berkata...

Bakal calun PRU 14. Tak kenal maka tak cinta.

Saya separuh setuju dengan Mejar Zaidi yang mengharapkan PKR yang bertanding di Sungai Besar. Boleh tapi sanggup kah nanti kartel dalam PKR menggantikannya dengan kerusi lain untuk AMANAH?

Tanpa Nama berkata...

Satu kelemahan wanita - $$$$$

Bila diberi $$$$$$ - mereka boleh berubah fikiran.

Jadi depa ni disogok $$$$$ Terus diberi undi kepada parti yang menyogok.

Unknown berkata...

Syabas....aku menitis air mata.

Tanpa Nama berkata...

satu contoh akhlak muslim yg terbaik, belum ada mana2 wakil rakyat atau bekas calon mana2 parti yg buat mcm ustaz ni, mulia sungguh akhlak beliau, semoga ada rezeki lain buat ustaz dlm pru14 nti..... InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Pecat Azmin sekali la.perangai Azmin sama mcm hadi.apa lagi mau simpan org mcm ni terus menerus bergaduh dgn dap elok cepat2 buang Azmin dan pas baru ph blh bergerak kehadapan

Tanpa Nama berkata...

Apasal Azmin umum bonus raya kenaikan gaji sekarang. Kan elok kalau umum sebelum pilihanraya hari tu sedikit sebanyak blh membantu meningkatkan kepercayaan rakyat pada ph.xkan.itu pun Azmin xblh pikir.aku sbg rakyat biasa pun blh pikir. Aduhai pkr apa dah jadi silap strategy pulak... Anti Azmin..

Unknown berkata...

Yg ikhlas jarang d sokong... selalunya penyamun lah yg mendapat laba...

Mat Safian berkata...

Sebenarnya AMANAH menang dlm kedua2 PRK. BN dan PIS sudah setengah abad. Sedangkan AMANAH baru 8 bulan dan dapat ribuan undi menghampiri BN.

Lagi 8 bulan, pastikan semua penyokong PIS masuk AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Pecat Azmin bukan jalan penyelesaian. Azmin faham bahawa PAS masih ada sokongan akar umbi. Sokongan mereka ini masih diperlukan Azmin.

Kebodohan PAS adalah apabila pemimpinnya rasa partinya masih kuat untuk bersendirian. Dan ada juga antara pemimpin Pas yang menunggu Umno melamar parti mereka. Semua ini jelas meleset. Yang bodoh Pas, Yang cerdik Umno. PRK baru-baru ini jelas membuktikan Pas sudahpun koyak robek. Sudah tidak relevan lagi. Bodohnya Pas kerana dalam kempen asyik mengutuk Amanah dan DAP. Langsung tak tegur BN. Depa ingat langkah ini boleh mendapat undi/ahli Umno. Sanggup berkeris dan berbaju Melayu di muktamar - kononnya depa ni sama atau lebih Melayu daripada Umno. Malangnya strategi ini gagal. Undi Melayu tidak membantu Pas.

Sekarang Umno telah berjaya melemahkan PAS dan jauh sekali mahu melamar PAS. Tetapi Umno tetap akan menggunakan PAS untuk bertanding 3 penjuru. Ada nanti habuan yang akan diberi kepada Pas. Pas yang kurang cerdik akan tertipu lagi. Kalau Pas cerdik, Pas akan mencari jalan bagaimana dalam pertandingan akan datang cari jalan SATU lawan SATU. Jangan ego sangat. Jelas yang rugi dan rasa terhina sekarang PAS.

Atau Pas harus menyertai BN dari sekarang. Tetapi jangan harap BN mahu terima Pas.

Amanah juga akan menghadapi jalan sukar jika berlaku pertandingan 3 penjuru. Malah PKR dan DAP turut akan menghadapi masalah.

Jadi nampaknya kelemahan yang ada sekarang ini akan menguntungkan Umno dan BN.

Semua parti2 pembangkang harus bertemu (buang ego masing2 dan lihat pada realiti) dan mencapai kata sepakat SATU LAWAN SATU dalam menghadapi Umno/BN. Jika tidak, lupakan sahaja PU14.

Tanpa Nama berkata...

Bang bukan senang nak buat lambang PH secara bersama... mahkamah diorg pegang bang... kalau saman pun diorg pg kat mahkamah persekutuan diorg menang jugak bang...

dt rahman pekan berkata...

pd raincity v2 202pm,

saya bukan ahli Harapan tetapi amat bersimpati dgn usaha mereka utk memainkan peranan yg bermakna dlm kancah politik Negara. potensi mereka amat cerah sekali. selepas berkhidmat dgn kerajaan selama 34 tahun,sya bolih lah berkongsi sedikit pengalaman tentang mengurus organisasi.

sungguhpun Harapan menarik minat para intellectual n para professional namun ia nya masih 'top heavy'. mereka harus menarik minat semua lapisan masyarakat terutamam nya d kalangan peringkat bawahan n anak2 muda yg 'commited'. mereka ini lah laskhar (foot soldiers) n perayu undi yg bolih menetukan kemenangan. d sini lah UMNO/BN lebih berkesan d prk KK n SB'

sudah tentu sekali dana yg d perlukan harus lebih drpd mencukupi.d Malaysia 'verbal rhetoric' sedap d dengar tapi wang n hadiah lebih enak d terima.
Harapan wajib memulakan gerakan mengumpul dana secara 'massive' sekarang jika mahu meneruskan aktiviti politik mereka yg setakat ini amat 'promising'.di Malaysia 'no money no friend'.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang punya zaman mana-mana gabungan atau parti, tidak boleh berbangga dengan jumlah pengundi yang di perolehi kerana sekarang sudah tidak ada trend mengundi.

Pengundi sekarang tidak menentu dan berubah-ubah serta sukar diramal. Sekarang pengundi mengundi untuk mengajar parti politik !

PAS masih kekal dengan penyokong tegarnya yang menjadi kan nya mendapat jumlah beribu mengundi untuk PAS baru-baru ini. Pakatan Harapan terutama PKR perlu mengambil langkah-langkah mengekal beribu pengundinya menjadi penyokong tegar.

Tetapi penyokong PAS dan PKR tidak sama kerana bagi penyokong PKR mereka tidak peduli asalkan cara dan mentadbir parti tidak sebaik mana mereka akan tinggalkan. Penyokong PAS tak ambil kisah apa yang ketuanya buat. Asalkan niat mereka betul kerana Islam, dosa kesalahan ketua mereka, itu mereka punya pasal dengan Tuhan.

Sebab itulah pemimpin PKR jangan semborono tunjuk keras kepala.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya pascai lebih suka Amanah kalah drp bn kalah, PH ajak berbincang dia buat bodoh sombong pulak...habis pascai ni nak jadi apa sebenarnya? Nak tolong rakyat ke nak tolong umngok?

Raincity v2 berkata...

assalam.
sy rasa agak keberatan kalo nak tuduh Keadilan tak mau berbincang. boleh tgk blk kronologi sblum ni. smpai anggota di bawah pun mengeluh pimpinan keadilan macam idung tak mancung, pipi tersorong2.
kpd tuan empunya blog, nak menjatuhkan bn ni lebih mudah kalo kita semua turun ke bawah, jaga ground masing2. tak perlu jentera parti pun sebenarnya. yg penting kita tau apa kita buat.
apa pak rahman sume ckp mmg betul.