22 Jun 2016

Mati Berjuang Selamatkan Negara Lebih Afdhal Dari Mati Ketika Di Sejadah

Ganjaran PAHALA selamatkan negara lebih besar daripada duduk diatas sejadah

Berikutan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beberapa suara kedengaran meminta Tun Mahathir Mohamad agar berehat saja dan tidak lagi mencampuri urusan politik negara.

Antara hujah mereka ialah bekas Perdana Menteri itu tidak relevan lagi, hanya memusnahkan legasinya, sudah tercabut taring dan lebih baik menghabiskan sisa-sisa usianya di atas sejadah saja.


Jika pemimpin UMNO yang berkata demikian mungkin ia boleh diterima seadanya, mungkin kerana dedak sudah diterima, tetapi dalam hal ini pemimpin Pas pun lebih kurang sama saja nadanya.

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, keputusan dua pilihanraya kecil baru-baru ini mengesahkan taring politik Tun Mahathir telah tercabut dan mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri itu menghabiskan hujung-hujung usianya di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah.

Itulah sebaik-baik kehidupan ketika berada si hujung hayat kehidupan, kata beliau lagi.

Apakah ini tanda-tanda pertuturan orang yang sudah dipengaruhi dedak juga?

Apa agaknya reaksi Nik Aziz Nik Mat jika bapanya itu masih hidup dengan kenyataan Nik Abduh itu sedangkan negara sedang diselubungi dengan begitu banyak kerosakan yang disebabkan onar Perdana Menterinya?

Kenapa Nik Abduh hanya meminta Tun Mahathir saja yang berehat dan berada di atas sejadah, tetapi tidak kepada Najib yang di seluruh dunia diketahui dan diperkatakan dengan skandal kewangannya?


Kenapa juga Nik Abduh tidak meminta Hadi Awang sendiri agar lebih banyak berada di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah berikutan persekongkolan Presiden Pas itu dengan pemimpin yang sedang membawa kerosakan kepada negara?

Antara Tun Mahathir, Najib dan Hadi Awang, siapa yang sedang berbuat pahala dan siapa pula yang sedang merosakkkan hari-hari tua sebelum menemui Tuhannya?

Dalam hal ini, harus disedari oleh Nik Abduh bahawa pahala dan mengutip bekalan sebelum mati bukan saja boleh diperolehi di atas sejadah atau dengan mengunjungi Kaabah semata-mata, bahkan berjuang dan terus berjuang menyelamatkan negara jauh lebih besar lagi ganjarannya.

Lagi pun, ibadah sembahyang wajib dan sunat sudah tentu menjadi amalan biasa setiap hari bagi Tun Mahathir dalam usianya seperti sekarang, manakala Kaabah pula sudah pun dikunjunginya beberapa kali sebelum ini.

Apakah dalam melihat pelbagai kerosakan yang sedang dilakukan Najib sekarang, Tun Mahathir masih perlu berada 24 jam di atas sejadah atau berulang alik setiap minggu mengunjungi Kaabah?

Tidakkah apa yang dilakukan Tun Mahathir waktu ini, malah dengan ikrar untuk terus berjuang, bahkan mungkin lebih keras lagi, adalah sesuatu yang lebih bermanfaat dan mendatangkan gandaan pahala berbanding hanya banyak sembahyang serta berumrah yang jelas pahalanya untuk dakapan peribadi semata-mata?

Untuk makluman Nik Abduh juga, ketiadaan pahala dan bertambahnya dosa seseorang pula bukan saja disebabkan oleh bersekongkol dengan pemimpin curang dan lebih membawa kerosakan, malahan dengan cuba menghalang orang lain daripada terus berjuang untuk mewujudkan kebaikan yang lebih besar kepada rakyat dan negara. -shahbudindotcom

ULASAN GB

Hairan kita dengan mentaliti pemimpin PAS yang ada pada hari ini. jauh lebih hairan terhadap pemimpin mudanya yang ramai kini diberikan gelaran "ustaz-ustaz" yang mengajar dan menanamkan dan mengapi-apikan rasisma, perkauman dan unsur-unsur jalur ekstrim seperti membenci kaum-kaum lain selain Melayu, malah kini mereka juga sedang mengajarkan doktrin-doktrin songsang di kalangan ahli jemaah mereka khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Salah satu doktrin sesat ialah bila usia sudah tua dan dah nak mati, lebih duduk atas sejadah. Sesuatu yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah saw.

Dan di dalam isu Tun Mahathir, begitulah Nik Abduh yang pandai-pandai menasihat agar Tun Dr Mahathir supaya duduk di atas tikar sejadah.... bagi Nik Abduh itulah sebaik-baik pengakhiran hidup, dan bukan di medan juang.

Memang dah gila dan dah bingai dia ni.

So dalam bab "menasihat", jangan keterlaluan sehingga merasa diri sudah sempurna semata-mata kerana dah jadi ahli parlimen, dah dapat pakai lounge suite yang dulu hanya berserban dan bersandal, yang kini dah kenderaan mewah dan dah dapat duduk bersimpuh dengan PM serta semeja dengan para menteri UMNO yang lain.

Seseorang itu tidak tahu bagaimana keadaan hujung usia seseorang yang lain termasuk diri sendiri. Siapa tahu hujung usia TDM lebih baik dari Nik Abduh?

Saya agak boleh bersetuju dengan artikel diatas yang jika betul doktrin Nik Abduh itu, diminta Nik Abduh menyuruh Hadi Awang sendiri agar lebih banyak berada di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah berikutan persekongkolan Presiden Pas itu (dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain -tambahan GB) dengan pemimpin yang sedang membawa kerosakan kepada negara



24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS jadi macam dulu-dulu. Cakap kosong dan tiada matlamat

Tanpa Nama berkata...

Sapa nik abodoh ni..otak mcm bangkai..tak tau menilai mana haq dan batil..

Tanpa Nama berkata...

Kalu setakat jadi wakil rakyat nak diam membisu dlm parlimen..makan gaji buta..lagi dosa nik abodoh woii..

Tanpa Nama berkata...

Nik Abduh mentafsir politik dengan emosi, dendam dan kebebalan. Politik perlu ditafsir dengan ilmu dan kematangan. Malanganya Nik Abduh tiada keduanya. Terbukti melalui kesepakatan dan hala tuju yg jelas di kalangan pembankang sahaja yg mampu menewaskan BN. Tambahan pula ketiadaan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz menjadikan usaha ini penuh ranjau duri. Sebenarnya PAS tiada pilihan. Mereka perlu bergabung demi menyelamatkan masa depan PAS. Jesteru itu mereka-mereka yg menjadi penghalang kepada proses menyelamatkan PAS perlu dikikis dari kepimpinan parti. Mereka ini perlu diketepikan. Hj Hadi, Haron Din, Tantawi, Nik Abduh, Nik Amar, Zuhdi, para pesuruhjaya negeri, Din Ayam adalah nama-nama yg perlu disingkirkan. Tanpa mereka PAS akan kembali ke landasan asal dan kembali diterima umum. Ini adalah tanggungjawab ahli PAS sekiranya mereka ingin melihat PAS selamat. Ini adalah perkara wajib yg perlu dilakukan dan ianya harus dilakukan segera.

Tanpa Nama berkata...

Itu friendly reminder pada Tyn M. Lagipun memang Nik Abuduh pegang kunci syurga. List nama ahli syurga pun dah ada ditangan Nik Abuduh. 1juta ahli PAS memang dah sah menghuni syurga. Ada kuota lagi 100 ribu katanya. Bagi yg impikan bidadari syurga, sila isi borang dgn kadar segera sebelum ajal menjemput.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS tiada nilai ekonomi pun kerana otak otak mereka kualiti amat jelek

Otak Jelek tak mampu jadi pemimpin hanya cuma syok sendiri saja

Tak mungkin Pemimpin PAS mampu membawa negara se baik mana di bawa TUN , walau PAS di beri kuasa

Kelantan pun tengok macam Pasar Ramadhan saja tahap nya kelam kabit dan miskin

Islam bukan agama miskin

Tapi PAS membuat Islam menjadi agam miskin , meminta minta

Itu lah kualiti otak Pemimpin PAS

Unknown berkata...

Saya dah hilang respek dengan ustaz2 Pas sekarang. Lebih 20 tahun saya amat kagum dengan gerak kerja mereka, tetapi setelah perpecahan berlaku baru2 ini, harapan saya kepada Pas telah berkecai. Pas dah tak ada pilihan melainkan menerima Umno untuk terus bernafas.

Unknown berkata...

Teringat panglima Islam yang hebat, Khalid al Walid.. semahu hatinya syahid di medan perang tapi..anda sendiri tahu kisahnya..

Tanpa Nama berkata...

PAS akan maju apabila SEMUA barisan pimpinannya ditukar? Biar betul, tuan. Cadangan menukar semua pimpinan PAS (kecuali Timbalan Presiden)akan menghancurkan PAS itu sendiri.

Sebaliknya, yang terbaik ialah mengukuhkan prinsip perjuangan PAN. Menarik semakin ramai anak muda Islam menyertai PAN adalah cara yang lebih baik, sebab menunggu untuk pengikut PAS menukar barisan pimpinan mereka adalah agak amat sukar.

Pilih lah Presiden PAN yang lebih charismatic. Ramai yang rela dipimpin Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada seorang pelawak macam Mat Sabu. Tolong logik ler sikit.

Pikir lah dengan serius.

Unknown berkata...

Sehina2 tun m,dia penah masuk dalam kaabah..

Malaysiabaru berkata...

Setuju 6 jahanam + hadi

+ 100 lagi pemimpin atasan pas yg makan dedak perlu di ganti jika mahu pembangkang kukuh dan islam benar benar perkasa

Apa yg penting ketua pemuda pemakan dedak rakus di singkir dulu kalau tak 50tahub lagi pas dibtakuk lama

Mat Safian berkata...

Sampai sekarang pimpinan PIS tak berani debat terbuka dgn AMANAH. Itulah bukti PIS dah tersesat.

PIS kena anjur debat terbuka, dan kehadiran hanya perlu dihadiri oleh penyokong2 PIS sahaja.

Ada berani ka?...

Tanpa Nama berkata...

Baru ini aku dengar nama Mat Sabu dikaitkan menjadi Perdana Menteri sebab sebelum ini yang aku dengar nama Husam yang di sebut sebagai Perdana Menteri.

Tuan, ini lah bezanya pemimpin AMANAH dengan PAS. Pemimpin AMANAH adalah perancang dan memilih orang yang benar-benar sesuai untuk jadi Ketua Negara. Kalau Mat Sabu atau yang lain-lain inginkan pangkat rasanya mereka tidak berpolitik cara begini.

Dan ramai menteri sekarang asalnya adalah macai tetapi oleh kerana jawatan mereka kelihatan charismatic. Imej dan penampilan mereka di ubah bersesuaian dengan kedudukan mereka.

Contoh yang paling baik ialah adat Negori dimana pemilihan luka mengikut adat. Jika seseorang itu layak tak kira kerani bank, dia lah yang di lantik dan akhir nya hilang juga gaya kerani yang sebelum ini.

Tetapi yang jelas antara Ahmad Yaacob dengan Mat Sabu, lebih baik Mat Sabu. Antara Hj Hadi dengan Mat Sabu pun lebih baik Mat Sabu. Kebolehan berpolitik dan berprinsip antara mereka sangat berbeza.

Pemimpin PAS kalau macam PAS yang dulu masih boleh berjuang (sebelum PR) tetapi pemimpin PAS sekarang bawak parti macam dulu perlu bergantung pada kekuatan parti pemerintah. Kalau tidak bukan setakat Nik Abduh yang bodoh dengan Mahfuz pun jadi bodoh (mati kutu).

Tanpa Nama berkata...

Yang mana lebih afdal bergantung juga...

Tolak dunia pun tak boleh. Kejar akhir sahaja pun tak boleh.

Nak berpada-pada pun susah apalagi nak bersederhana. Tapi kalau terus diikhtiarkan, insyaallah dapat juga akhirnya. Kena lah juga ukur baju sendiri dengan ukuran yang ditetapkan oleh Islam.


Apa tujuan kita solat, berpuasa dan sebagainya? Ada kah kerana mahu jadi ahli syurga atau mahu mempunyai peribadi, akhlak dan perilaku yang terpuji ?

Orang yang beramal ibadat sehingga mempunyai peribadi, akhlak dan perilaku yang terpuji, bukan sahaja tidak melakukan kerja bodoh tetapi akan berusaha supaya orang lain selamat dari kebodohan orang.

Bukan kerana lebih banyak duduk beramal lebih afdal kerana ada antara kita yang berbuat baik tanpa kita sedari di ajak oleh setan rupa-rupanya. Setan cukup pintar dan pakar dalam menipu umat , tahu-tahu sudah nya macam geng Nik Abduh jadi nya. Tak hormat pada orang tua adalah akhlak yang tercela.

Kepada Allah kita kembalikan.
Wallahualam.

Hamim berkata...

Kalau dulu Tun ada melakukan kesilapan, sekurang kurangnya sekarang ini Tun cuba untuk menyelamatkan Malaysia dari malapataka ciptaan pengurus tadbir kerajaan Malaysia sekarang ini, Tun tidak seperti penghidu dan pemakan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Nik bodoh ni sepenggal ja blh duduk kerusi parliment.

Menang pun atas ehsan dr pengundi2 pakatan. Bukannya solid dpd PAS.

So..mu nak tunjuk hero le ni je...
Penggal depan...sorry le

Bodoh nak mampus..

Tanpa Nama berkata...

Nik Abduh ini buta sejarahkah?.TDM bukan saja dah kunjung kabah tetapi dah masuk dalam kabah.Mungkin elok nik abduh pi tanya dia ap yang ada didalam dan reka bentuk dalaman kabah bagi menambah pelajaran.

Tanpa Nama berkata...

#SELAMATKANPASJAUHIHJHADI

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang boleh buat dan gantikan kerja menumbangkan Najib ? Kalau harapkan pemimpin PAS tak payah lah.

Kalau bukan pemimpin PAS, dah tentu dah kena siasat dan di tahan. Tetapi Tun sampai sekarang tidak di kenakan apa-apa tindakan. Khalid dan Peguam Negara sehingga ke hari ini hanya melapurkan telah siap kan lapuran.

Abduh kalau berotak sepatutnya desak Najib tangkap dan dakwa Tun dan bila Tun kena sumbat dalam penjara tentu Tun akan beramal atas sejadah.

Siapa yang tidak ada taring, Tun Mahathir atau Najib?

Tanpa Nama berkata...

Pas dah jadi parti perkauman serupa mcm umngok...
Dulu pas ceramah pasal hindari assobiyyah bukan main lagi...
Tup tup kena atas btg idung sendiri...

Lelakidicermin berkata...

Seingat2 aku...dlm sejarah pas dr dulu hingga skg...satu je jasanya utk negara malaysia ni..PERSATUAN PALANG MERAH..kerajaan tukar pd PERSATUAN BULAN SABIT. Aku tak ingat MP pas yg mengusulkan tu di perlimen. Yg lain dr dulu sampai skg bagi telur panas je dlm perlimen tu..

Tanpa Nama berkata...

pas bukan mati atas sejadah tapi pas terlebih haram jadah!!!!

Tanpa Nama berkata...

Encik Sharul Nizam, jgn samakan sahabat Nabi kita Khalid al Walid dengan Nik Abduh atau PAS ni.

Beliau digelar Saifullah iaitu pedang Allah. Mana boleh pedang Allah kalah di medan perang.

PAS boleh disamakan dengan Al-Arqam. Tersungkur di pintu....(sendiri tulis)

Tanpa Nama berkata...

Aku takut keluar pas nanti kena cerai bini.