27 Jun 2016

Kisah Nabi Suapkan Makanan Kepada Pengemis Yahudi Yang Menghinanya....

Isu DAP kafir harbi: Ingat semula kuliah Tok Guru Nik Aziz, kata Rafizi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, menjatuhkan hukum kafir harbi ke atas orang bukan Islam yang tidak sependapat mengenai satu rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen adalah amat menyimpang.

Beliau menegaskan isu berkaitan keutamaan mendahulukan pelaksanaan hudud dalam masyarakat Islam yang majmuk mempunyai perbezaan di antara ulama dan pakar-pakar perundangan Islam walaupun dikatakan rang undang-undang itu bertujuan memartabatkan mahkamah syariah ke arah pelaksanaan hudud.


Mengulas kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman kelmarin bahawa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam, beliau berkata, pelbagai pendapat berhubung penguatkuasaan undang-undang hudud bukan bermakna menolak hukum Allah.

"Soal perbezaan pendapat dalam pelaksanaan undang-undang hudud sekarang sebenarnya adalah khilaf mengenai keutamaan untuk mendahulukan syariat-syariat lain di dalam masyarakat, bukannya soal menolak hukum Allah sehingga boleh dilabelkan dengan pelbagai nama," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kepada pendapat bekas Penasihat Undang-undang Negara Teluk serta bekas Profesor Undang-undang Universiti Riyadh, Dr Mohamed Salim El-Awa dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, "Punishment In Islamic Law” terutamanya kesimpulan beliau mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di muka surat 134 hingga 138.

"Pendirian saya mengenai pelaksanaan undang-undang hudud sebelum ini adalah berpandukan kepada pandangan beliau (selain dari pandangan ulama dan pemikir Islam yang lain) bahawa orang Islam menerima hudud sebagai sebahagian dari syariat Islam," ujarnya.

Menyifatkan gejala menghukum kafir harbi yang dicetuskan mufti itu sebagai "ribut kecil", Rafizi turut memetik salah satu kuliah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang dimuatkan dalam buku, "Jumaat Bersama Tok Guru" tentang sirah Rasulullah SAW dengan seorang pengemis Yahudi.

"(Kuliah itu) sepatutnya menginsafkan kita orang Islam mengenai sunnah Rasulullah SAW dalam berdakwah. Ia ingatan kepada saya dan ingatan kepada semua," ujarnya yang juga Setiausaha PKR itu lagi. -MD


*RIBUT KAFIR HARBI DAN MEMUSUHI ORANG BUKAN ISLAM.....Rafizi Ramli*

Minggu ini saya mengambil sedikit masa untuk membersihkan buku-buku saya yang berdebu dan disusun semula. Saya terjumpa satu buku berjudul “Jumaat Bersama Tok Guru” yang pernah say abaca satu ketika dahulu. Buku ini mengandungi kuliah-kuliah terpilih Allahyarham TG Nik Aziz pada hari Jumaat.

Kebetulan minggu ini juga datang ribut kecil apabila seorang mufti menjatuhkan hikum kafir harbi terhadap DAP yang bermakna mereka boleh diperangi (agaknya termasuklah yang beragama Islam di dalam DAP). Saya ditanya ramai pihak lalu saya teringat satu kuliah Allahyarham TG Nik Aziz dari buku ini yang sangat sesuai saya kongsikan dengan semua berhubung ribut kecil kafir harbi ini:

Kisah Rasulullah Dan Pengemis Yahudi (mukasurat 203 hingga 205)

Di sudut pasar Madinah al-Munawwarah ada seorang pengemis Yahudi yang buta matanya. Setiap orang yang menghampirinya akan diingatkan oleh si buta itu dengan kata-kata, “Wahai saudara-saudari, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kamu semua men dekatinya kamu semua akan dipengaruhinya.”

Namun setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan dan tanpa berkata sepatah kata pun baginda menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan kepada sesiapa sahaja supaya tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang kewafatan baginda. Setelah baginda wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis buta itu.

Suatu hari Abu Bakar RA berkunjung ke rumah puterinya, Aisyah RA. Beliau bertanya kepada puterinya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku (Rasulullah) yang belum ayahanda lakukan?”

Aisyah RA menjawab, “Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah sahaja.”

“Apakah itu?” Abu Bakar RA bertanya.

“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta matanya. Dia ada di sana,” Aisyah berkata.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawakan makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendekati pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mula menyuapinya, si pengemis itu marah dan berteriak, “Engkau siapa?”

Abu Bakar RA menjawab, “Saya orang yang biasa.”

“Bukan, Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab pengemis tua itu.

“Apabila dia datang kepada saya tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku selalu menyuapiku dengan lembut,” pengemis itu meneruskan kata-katanya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Saya memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Saya adalah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Nabi Muhammad SAW.”

Selepas pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun turut menangis. Kemudian dia bertanya, “Benarkah begitu? Selama ini saya selalu menghinanya, memfitnahnya, namun dia tidak pernah memarahiku. Malah dia mendatangiku dengan membawa makanan kepada saya setiap pagi. Dia begitu mulia.”

Pengemis buta itu akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar RA.


Lihatlah, bagaimana kesabaran dan kasih sayang itu mampu membawa seseorang ke jalan kebenaran. Tanpa kesabaran dan kasih sayang, pasti sukar untuk berdakwah kepada sesiapa sahaja. Apa yang dikesalkan, ada segelintir pendakwah suka menyusahkan atau memarahi orang bukan Islam, hingga sanggup melayan mereka dengan cara yang salah sedangkan mereka juga adalah umat Rasulullah SAW.

Menjatuhkan hukum kafir harbi ke atas orang bukan Islam yang tidak sependapat mengenai satu rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen itu sangatlah menyimpang. Jika pun dikatakan rang undang-undang itu bertujuan memartabatkan mahkamah syariah ke arah pelaksanaan hudud, soal keutamaan mendahulukan pelaksanaan hudud di dalam masyarakat Islam yang majmuk pun ada perbezaan di antara ulama’ dan pakar-pakar perundangan Islam.

Saya merujuk khusus contohnya kepada pendapat Dr Mohamed Salim El-Awa (bekas Penasihat Undang-undang Negara Teluk, bekas Profesor Undang-undang Universiti Riyadh, bekas Setiausaha Agung Kesatuan Ulama’ Dunia, bekas calon Presiden Mesir dan kini peguam kepada Muhammad Morsi, presiden Mesir yang digulingkan) di dalam bukunya (yang diterjemahkan di dalam bahasa Inggeris) “Punishment In Islamic Law” terutamanya kesimpulan beliau mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di mukasurat 134 hingga 138.

Pendirian saya mengenai pelaksanaan undang-undang hudud sebelum ini adalah berpandukan kepada pandangan beliau (selain dari pandangan ulama’ dan pemikir Islam yang lain) bahawa orang Islam menerima hudud sebagai sebahagian dari syariat Islam. Oleh itu, soal perbezaan pendapat dalam pelaksanaan undang-undang hudud sekarang sebenarnya adalah khilaf mengenai keutamaan untuk mendahulukan syariat-syariat lain di dalam masyarakat, bukannya soal menolak hukum Allah sehingga boleh dilabelkan dengan pelbagai nama.

Kuliah Allahyarham TG Nik Aziz yang mengimbau sirah Rasulullah SAW dengan seorang pengemis Yahudi tadi sepatutnya menginsafkan kita orang Islam mengenai sunnah Rasulullah SAW dalam berdakwah. Ia ingatan kepada saya dan ingatan kepada semua.

Rafizi Ramli


ULASAN GB

Kisah Rasulullah dengan pengemis Yahudi di atas bukan sahaja diceritakan oleh TG Nik Aziz di dalam kuliahnya, malah lansung dipraktiskan oleh TG Nik Aziz di dalam kehidupannya.

Tatkala Karpal Singh bersuara dengan lantang menentang hukum hudud, apakah TG Nik Aziz berang dan menyisihkannya? Tidak samasekali, malah TG Nik Aziz datang berkunjung ke kediaman Karpal Singh dan Karpal memerikan kek hari jadi untuk TG Nik Aziz ketika itu. Sejak itu Karpal Singh tidak lagi melakukan serangannya terhadap hukum hudud.



Sikap yang diambil TG Nik Aziz juga berbeza dengan pimpinan PAS yang ada kini mengenai DAP.


Semuga Allah mencucuri rahmatNya dan menempatkan roh Allahyarham TG Nik Aziz bersama-sama dengan roh para syuhada dan para nabi.


25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tertarik dgn pandangan sorang ostaz pas (bagi aku ostaz ini sorang yg berhemah dan berakhlak baik yg mana agak susah nak jumpa dlm pas sekrang) yang berkata dlm suasana malaysia adalah wajar untuk dipanggil orang bukan islam sebagai "orang belum islam". ini kerana kita tidak tahu apakah penghujung hayat mereka, mungkin mereka akan diberi hidayah!! dan kita yg sudah islam ini jangan angkuh dan takbur kerana kita juga tidak tahu apakah kita masih islam di penghujung hayat kita? (semoga Allah melindungi kita semua)

Tanpa Nama berkata...

Barangkali ini jawapan walauta..

Itu yahudi. Bukan DAP. Dalam kaum DAP mana ada di datangkan Nabi.

Perempuan buta tidak berdaya untuk mengancam Nabi Rasulullah saw. Habis kuat di hamun Nabi Rasulullah saw lagipun bukan nya dia menentang hudud. Ini hudud salah satu hukum yang mesti di segera kan oleh ulamak Pas.

Adapun mwngikut akal, apabila di beri makan sampai kenyang, perempuan yahudi tersebut seperti walauta yang diberi dedak akan berdiam diri.


Hi He Hi... peace ya bro.
Jangan lupa tunaikan zakat fitrah.

Malaysiabaru berkata...

Elok saja rafizi jadi ustaz mufti dan MB Selangor

PiS Pkr gagal uruskan isu temeh ni... Dan biar Dap nampak mcm Yahudi..

Senyap excio PiS Selangor smcm setuju dgn yaHADI halalkan darah Dap...

Pecat exco PiS di Selangor aelagi tak nafikab darah dap itu halal foyiban

Gue berkata...

Berjuta terima kasih pd Tuan Blog.
Gue pon ada biasa dengar ini cerita peminta sedeqah yahudi buta. Bukan mau cakap besar, tapi gue pon sebak...
Memang betul TGNA ada ziarah sama itu Karpal, sunggohpon peguam anak 'jaga' dan pengembala lembu ini masyhur dgn komen "langkah mayat aku" (atau "over my dead body") sebelum melaksana hukum Islam....
Memang benar juga satu rombongan tokoh2 DAP (termasuk Ketua Wanitanya) telah menziarah Tok Guru tatkala almarhum menghampiri hujung hayatnya, dan almarhum sangat menyantuni tetamunya.

Semuga jadi renungan bersama...

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah..aku merindui mu ya rasulullah dan tok guru nik aziz..al fatihah..

Tanpa Nama berkata...

Sambil Rasulullah saw suap kan sambil itu juga Baginda saw mendengar makian perempuan yahudi tersebut.

Sifat begini tidak ada pada pemimpin Islam seperti dalam parti PAS. Yang ada janggut sejemput je.

DAP tidak memaki Hj Hadi tetapi DAP tidak bersetuju dengan hudud. Itu pun Hj Hadi tak sanggup merapati DAP mendengar hujah DAP.

Rasulullah saw tidak menjauhkan diri dari perempuan yahudi itu tetapi pemimpin PAScai menghalau dan memusuhi pemimpin PAS yang tubuh AMANAH.

Hj Hadi tidak ada keyakinan yang kuat seperti TGNA. Jangan kan nak suap .. &nak makan kek orang bukan Islam pun takut.

Tanpa Nama berkata...

Mari lah kita ambik pengajaran dari kisah perempuan yahudi yang buta di suap oleh Nabi saw dan mencontohi TGNA yang mempunyai keyakinan yang kuat untuk mendekati orang bukan Islam.

Kita anggap lah perempuan yahudi lagi cacat dan suka maki, suka melabel dan suka menuduh itu di diumpamakan sebagai pemimpin pas..

Kita tak perlu sampai bersuap tapi kita dengar makian dan tuduhan pemimpin PAS seperti mana Nabi saw diam mendengar cacian dan makian perempuan yahudi tersebut.

Jika perempuan yahudi dan buta akhirnya mengucap syahadah, tak mustahil pemimpin pas kembali ke pengkalan jalan yang sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak pun dah sesat zaman ni.... $$$$ segala-galanya bagi puak ini. Ulamak sekarang dah jadi ULARmak.....

Lebih politik drp agama.

Mana ada satu agama menyuruh manusa dibunuh kerana berbeza pendapat? Patutlah puak2 ni kalau tak dibayar gaji, akan jadi pengemis di tepi jalan.

Tanpa Nama berkata...

Nk berzakat kat mana elok?tgk pusat pungutan zakat pun salahgunakan zakat..

Tanpa Nama berkata...

Utk menutup isu pemecatan tsmy

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Pakcu masuk mencelah sikit weh....
Macam-macam pendapat dan pandangan telah muncul bila pemikiran dijadikan hala tuju untuk menegakkan rasa hati yang berlandaskan cara Rasul sedangkan natijah sebenar baginda adalah untuk menarik manusia kepada kalimah Allah bukan untuk tujuan sesebuah parti. Maka putar belit pun mula bercelaru dan mula menyalahkan antara satu sama lain.

Jangan jadikan alasan diluar "rangka perjuangan baginda yang mulia" dengan perjuangan manusia sekarang yang berlapikkan parti tapi menyorok dengan cerita-cerita baginda. Baginda menyayangi setiap insan agar Kalimah Allah wujud dalam hati tapi tidak kepada manusia yang menentang hukum Allah dan menghina Islam.

Usah taksub dengan perjuangan parti dengan mengira terbaik menyayangi orang yang tak berkalimah tapi menghina dan mengkeji sesama Islam termasuk Mufti. Apakah kita rasa begitu hebat untuk merendah orang lain dengan diri kita yang tak tahu dimana duduknya.
Maaf..kalau Pakcu salah memberi pandangan

Tanpa Nama berkata...

Kepada Pak Cu, salahkah kita mengambil contoh yg ditunjukkan oleh Rasulullah & Tgna tu. Cuba melihat diluar kerangka kepartian, Wanita yahudi bukan shj menentang islam tapi memaki nabi lagi tapi masih lagi nabi berdakwah dan bersabar. Ikutlah Nabi & Tgna sentiasa konsisten dlm dakwahnya. Sebab itu tgna tidak marah kpd kafir yg menentang islam tetapi marah kpd org islam yg tidak mahu islam & bersifat munafik & yg sedihnya ada yg tertipu dgn helah mereka.

Malaysiabaru berkata...

Pemimpin pas nak kembali ke pangkal jalan? - over my dead body-

Lu ckp mcm azmin ali ibarat pungguk tunggu bulan..

Sudahnya PiS serang hendap dulu berkecai pakatan
.. Tunggu tunggu PiS .. Pakatan takde kerusi parlimen lagi dah
.. Tungggguuuuuu lah kau azmin!

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya tak boleh marah kat Azmin juga. Sekarang undi di Selangor akan berpecah - 50% BN 25% Pas dan 25% Amanah. Pertandingan 3 penjuru merugikan PH. Jadi Azmin tahu perkara ini. Sukar bagi PH nak menang dengan hanya mengharapkan Amanah dan DAP sahaja. Pas masih ada 25% sokongan.

Jadi eloklah berbincang. Tetapi jika Pas degil juga, teruskan sahaja PH lawan BN...biarpun 3 penjuru.

Rasa saya dengan Hadi sebagai chief Pas.... Haron Din kat situ, dua tiga lagi yang keras dalam Pas sukar Pas mahu bersama PH.

Jika Pas join Umno, selamat bagi PH. TETAPI Umno tidak akan terima Pas. No way. Umno akan hanya guna Pas untuk pecahkan undi.... Malangnya puak2 dalam PAs tak boleh faham perkara ini.

Pas jika bersendirian akan kalah semua kerusi di Selangor. Di Kelantan pula Umno akan sokong Amanah supaya undi pecah. 3 penjuru di Kelantan akan memberi kemenangan kpd Umno.

Tanpa Nama berkata...

Kalau benar lah kalimah ujud dalam hati, ingat macam ini ke perangai pemimpin sekarang.

Baginda bukan sahaja tidak suka kepada manusia yang menentang hukum malah Baginda juga tidak suka kepada manusia yang mainkan hukum untuk kepentingan peribadi.

Ini bukan soal agama semata-mata tetapi soal keamanan dan hubungan masyarakat. Hubungan sesama manusia. Adakah Islam hanya menjaga hubungan sesama Islam?

Mengapa menjaga hubungan sesama manusia yang di tuntut oleh Islam di samakan pulak dengan menyayangi setiap insan agar kalimah ujud dalam hati. Mana sayang dia orang pada insan bernama Anwar Ibrahim? Mana sayang dia orang pada Ahmad Awang yang tidak dibalas salam nya ?


Kalau ikut Islam, sekira nya DAP benar-benar kafir harbi.. apa tunggu lagi.. Kalau tak .., Islam jenis apa macam ini? Boleh pulak hidup bersama-sama dengan kafir harbi ? Tidak kah ini bererti semua orang Islam di negara ini sedang bersongkol dengan kafir harbi? Mengapa berubah kenyataan dari hanya DAP yang harbi Mufti sekarang dah kata juga kepada golongan lain yang sama menentang hukum?

Sekarang dunia tanpa sempadan. Dunia terbuka. Bukan kira hebat ke tidak. Isu seperti ini menjadi perbincangan terbuka selagi dia tak bagi hujah yang membukti kan dia betul.

Kerana yang tidak bersetuju dengan Mufti termasuk lah beberapa ilmuan dan para cerdik pandai yang lain.

Tanpa Nama berkata...

Jauh benor peribadi tgna dgn tuang presideng sekarang..bagai langit dgn bumi..

Tanpa Nama berkata...

X payah ulaslah pak cu..ulamak melayu kito keluar fatwa memilih..kalu bab pemimpin baham duit rakyat..senyap menikus..kalu rakyat bangun nak menyatakan hak..kata bughah lah..halal bunuh..serupo mufti pahang..dok kiro nok bunuh orang semacam..islam tak ajar lagu ni..ko guano pak cu?

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Pakcu nak respon sikit lagi..

Tahukah tuan bahawa Nabi telah usaha atas iman manusia selama 13 Tahun di Mekah dan 10 Tahun di Madinah hinggakan rasa sayang sahabat untuk amal agama keseluruhannya . Dan kisah diatas adalah diawal perjuangan Nabi untuk mengajak manusia beriman dan mengamal agama . Tentunya menghadapi perbagai ujian kerana saat itu manusia belum mengenal Islam termasuk Umar R.A apa lagi termasuk kisah diatas.

Yang peliknya hari ini " manusia yang dah tahu hukum Allah dan kenal Islam masih tak mahu cara hidup Islam malah dok pakat sokong sama dengan mata "sepet" ikut sama terajang cara hidup Islam kerana nak dapat undi parti dan ikut sama menghina saudara Islam sendiri...perjuangan cara Rasulkah ini ?..... maaflah kalu pedas sikit komen Pakcu. Harap jangan jadi perjuangan Nabi tercemar dengan komen yang tak tahu ujung pangkalnya.

Tanpa Nama berkata...

sekarang depa dh istihar DAp kafir harbi.

so apa tindakan sekarang? takka nk biarkan harbi begitu saja.

jika dibiarkan maka dayuz lah org yg berkata itu.

kalau takat bubarkan DAP, orgnya bagaimana? yg harbi orgnya bukan parti.

kalau tkde tindakan apa2 menurut islam bg menangani harbi, maka mufti genting highland berdosa dgn Tuhan dan Negara.

dok lepas ckp harbi, lepas tu tkde tindakan apa2 sebagai seorg mufti.

for the start, eloklah ditangani dulu kasino di genting tu, yg mana tokehnya mungkin 'harbi' juga dan telah lama merosakkan khalifah islam yg menjadi ketua mufti itu.

Tanpa Nama berkata...


Salam Pak Cu

Tetapi selepas beratus tahun apa jadi dengan keimanan umat Islam? Apa yang dikejar oleh umat Islam baik yang berserban atau tidak. Khutbah Jumaat bila cakap pasal umat, mana ada yang kata orang Islam yang terbaik. Adakah apabila di sebut kalimah Allah gementar anggota badan.. yang menurun adalah ..

Jika Nabi mengambil masa 13 tahun, agak-agak berapa lama untuk kita kembalikan keimanan umat Islam?

Untuk kembalikan keimanan umat Islam adakah dengan cara sekarang atau kita mulakan dengan kasih sayang pada semua orang bukan melayu sahaja tetapi termasuk Cina. India, AMANAH, DAP.

Ikut kan saya, maaf mungkin saya silap, Nabi saw dah berdakwah dengan betul dan kesan dakwah Nabi saw bukan sahaja pada para sahabat tetapi pada kita juga sekarang ini.

Kita tak perlu lah berdakwah cara macam apa yang kebanyakan orang atau kumpulan buat. Cukup lah. Kerja dan tanggung jawab kita sekarang ialah membuktikan apa yang Nabi saw katakan adalah benar dan seperti apa yang para sahabat lakukan adalah membuktikan Kerasulan Nabi Muhammad saw itu benar.

Ini buat sikit.. riuh yang kita buat ini dakwah ni.. Buat yang lain pun kita nak dakwah ni.. Kalau Muhammad saw tidak ada kasih sayang tapi terus menyampaikan kebenaran semata-mata ingat Umar RA nak tahu siapa itu Muhammad?

Hakikat nya negara kita ada yang bukan Islam dan berbilang kaum. Kalau negara kita negara Islam hukuman tidak terkecuali kepada sesiapa pun. Mereka juga di beri hak berpolitik dan memilih pemimpin demi masa hadapan semua dan negara. Tetapi apabila mereka tidak bersetuju, kita tuduh mereka harbi. Ini merupakan satu paksaan kepada mereka. Mereka pun tahu dalam Islam tidak ada yang terkecuali dan jika tidak dibantah akhirnya hukuman akan dikenakan juga pada generasi mereka sedangkan pemerintah yang tidak berlaku adil dan tidak AMANAH.

Jika yang tidak setuju adalah kerana dapatkan undi, yang bangkitkan perkara ini pula ialah untuk menyerang AMANAH. Tuan sendiri bersangka begitu. Jadi ini semua adalah politik. Usul pun di buat dengan tergesa-gesa.

Kita mengambil berat pandangan Yusof Qardhawi dan begitu juga Rafizi merujuk kepada Dr Mohamed Salim El-Awa. Tuan salahkan lah mereka!

Tanpa Nama berkata...

Hadi sendiri kata hudud tidak di sebut banyak dalam Al Quran...

Tanpa Nama berkata...

pakcu pi masjid@surau tak pakcu. berapa ramai anak muda yg hadir ketika solat fardhu jemaah pakcu. ni bulan ramadan ni. berapa anak muda yg hadir pakcu. mana hilangnya anak2 muda pakcu. jadi jika pakcu kata org Islam kita ni dah kenal Islam dan cukup ilmu agamanya pakcu. takdelah kosong saf2 dlm masjid dan surau tu pakcu. tu belum lagi pakcu pi test sorang2 yg muda ke yg tua ke pasal bab solat je pakcu. tak usah sembang jauh2. masih ramai yg solat tidak mengikut sunnah rasulullah saw. tak kira la muda ke, tua ke. ramai yg tidak ikut ciri2 solat nabi. jika bab solat pun masih ramai yg tidak kemah keming. bagaimana pakcu kata org Islam sekarang2 benar kenal dan faham Islam. org tua yg selalu hadir ke surau@masjid pun masih ramai yg tak benar2 faham Islam. zaman teknologi ni, entah mcm2 dakyah meresap dlm jiwa2 org Islam pakcu. ni belum citer ribut antara2 ustaz2 ceroi, ustaz2 tarekat, syiah, khawarij, ahbash, dan ajaran sesat.

jadi usaha Islah dan dakwah masih banyak yg perlu dibuat pakcu. org belum Islam ramai lagi yg tidak faham hal org2 Islam. org2 Islam sendiri masih ramai yg jahil dan keliru dgn agama Islam. ustaz2 yg banyak di luar tu pun masih ramai yg tidak mampu nak jawab bab2 hukum Islam ni secara ilmiah. itu belum lagi bila ditanya oleh org2 belum Islam. mau ternganga nak jawab bila ditanya oleh org2 belum Islam terutamanya penganut kristian. akhlak org2 Islam sendiri masih rendah menyebabkan org belum Islam nampak Islam itu bukan 1ST CLASS. ini isu kafir harbi ni, lagi la buat org belum Islam nampak yg Islam ini ganas dan hanya tahu nak hukum dan bunuh org je. jadi mereka akan berpandangan yg terrorist @ daesh @ ISIS adalah datang dari ajaran Islam itu sendiri. pakcu org kelate kan. jika org kelate tu dah molek Islamnya, nape masih ramai yg menyokong UMNOBn pakcU? masa nak lulus hudud kat dewan masa TGNA pun ramai yg menolak. ni masa nak lulus RUU ni pun payah benar. kenapa tidak kerajaan Islam Umno saja yg bawa RUU ni. kan mudah dan senang boleh lulus. bukan nak buat hudud pun. naik taraf hukumun je. apa guna ada menteri agama tapi suruh org luar buat RUU. buat penat bayar gaji, tapi suruh org lain buat keje.

akhir kata utk pakcu. dengar2 lah talk Dr zakir Naik. Islam tidak disebarkan dgn mata pedang. cer belek2 youtube tu. ada org dah tanya kat Dr zakir Naik. Dan ahli sejarah terkemuka yg bukan Islam yg menyatakan begitu. sama2lah kita membangunkan generasi yg celik agama dan masyarakat yg celik dan faham agama Islam. Islam rahmat buat semua.

Tanpa Nama berkata...

Pakcu tulis: ?" malah dok pakat sokong sama dengan mata "sepet" ikut sama terajang cara hidup Islam kerana nak dapat undi parti"

Pertama jelas Pakcu seorang yg assabiyah, kerana menggunakan istilah "mata sepet" terhadap kaum Cina. Janganlah Pakcu menghina bangsa yang secara fizikalnya sudah dicipta Allah sedemikian. Jangan nanti Allah terus sepetkan matra Pakcu lebih sepet dari mata Cina sudahlah.... tapi saya yakin itu yang Pakcu akan dapat kerana Allah itu Maha Adil.

Kedua, Pakcu tulis lagi "dan ikut sama menghina saudara Islam sendiri...perjuangan cara Rasulkah ini ?"

Tidak semua orang Cina itu kafir. Ada yang Islam. Bukan semua Melayu itu Islam (walaupun Perlembagaan mentafsirkan semua Melayu itu Islam) kerana ada Melayu yang telah batal syahadahnya kerana pelbagai sebab.

Menghina sesama Islam sendiri jika orang Islam itu melakukan perbuatan yang tidak Islamik contohnya melakukan kemunkaran, zalim, memakan rasuah, melakukan penganiayaan dan sebagainya. Dan memang ia ajaran Islam. Sebab apabila berlaku kemungkaran, Nabi dan Allah suruh ubah dengan kuasa, dengan perkataan dengan hati, dengan hati itulah yang selemah-selamah iman. Jika berlaku kemungkaran dan umat Islam berdiam diri, Nabi kata, tunggulah sat kehancuran dan kebinasaan bangsa itu.

Tanpa Nama berkata...

Bila sebut mengenai selemah-lemah nya iman ialah menolak dan membencinya di hati. Dalam ceramah, apa yang dimaksudkan dengan tangan ialah kuasa.

Tangan di beri makna kuasa. Tetapi mengapa 'tangan' yang di potong atas kesalahan hudud bukan kuasa atau 'kemampuan' tapi tangan anggota badan ?

Tanpa Nama berkata...

Pemasalahan ini akan bertambah teruk sekarang ini kerana melihat sikap ulamak sekarang yang hidup nya penuh dengan bersolat dan mengaji sejak muda lagi tidak mencerminkan Islam yang betul.

Bagaimana seorang yang solat nya baik dan ajar pula orang cara solat yang betul dan pandai mengaji, boleh jadi macam sekarang? Bersongkol dengan orang yang zalim ! Bukannya tidak ada ukuran orang yang bagaimanakah yang zalim. Kalau ikut Islam bercakap jangan berbohong. Jangan menuduh kemudian diikuti dengan fitnah. AMANAH jaga hak orang dan sendiri.

Jika kita tanya dan test sorang sorang, apa kita nak cakap kalau mereka kata ustad tu terror juga agama tapi sokong perasuah dan salah guna kuasa. Hidup senang sekarang pun sebab ...

Ada kah puasa dan solat boleh menjadi kan kita orang yang berakhlak dan manusia yang baik?

Tu.. anak Tuan Guru sendiri yang dididik dengan agama dan cara hidup sederhana pun tergelincir.
Dari untuk agama jadi untuk melayu.

Apakah yang sebenar-benarnya menjadikan seseorang itu Islam yang baik?

Jika ada jawapan yang tepat insyaallah umat Islam akan beriman seperti para sahabat.

Kepada Allah dikembalikan. Dia yang Maha Benar.