Sertai Amanah pilihan terbaik Muhyiddin, Mukhriz
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat tidak mustahil bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas penggantungan mereka daripada Umno, demikian lapor Sinar Harian Online.
Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, penyertaan mereka itu sama ada atas kapasiti individu ataupun menyertai mana-mana parti yang ada dalam Pakatan Harapan.
Menurutnya, pilihan terbaik bagi kedua-dua pemimpin itu sekarang adalah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
"Selepas apa yang berlaku, apakah mereka akan sertai Pakatan Harapan atau menubuhkan parti baharu?...Namun untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik Melayu yang baru agak tidak efektif. Cukuplah kita lihat jerih payah Amanah yang sehingga kini terpaksa berkorban dan membanting tulang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan orang Melayu di luar bandar.
"Pilihan yang terbaik ialah untuk mereka menyertai Amanah dan parti tersebut melakukan penstrukturan semula untuk menerima sebilangan besar ahli-ahli Umno yang mendokong dan menyokong Tun M dan kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.
Katanya lagi, akar umbi Umno di Kedah, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pasti akan terkesan dengan situasi itu dan tidak mustahil akan bersama-sama menyertai Amanah.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Sementara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.
Sementara itu, di dalam perkembangan berasingan, PAS tidak segan silu mempelawa Mukhriz untuk menyertai parti itu.
“Beliau kena masuk PAS, baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. Hal ini kerana beliau akhirnya dapat menumpaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah yang memberontak terhadapnya sehingga beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Semalam, Mukhriz memberi peringatan kepada Umno Kedah yang ia bakal kehilangan negeri kepada PAS akibat “pakatan peringkat tertinggi” Umno-PAS.
“Umno Kedah perlu siap sedia menyerahkan kerajaan Negeri kepada PAS. Seolah-olah ada pakatan antara Umno dan PAS di peringkat tertinggi, dan sudah nampak menjurus ke arah itu.
“Mereka cuba menyatukan PAS dan Umno. Saya merasakan Kelantan, Terengganu dan Kedah akan diberikan kepada PAS (untuk tujuan itu),” kata bekas menteri besar Kedah yang baru dilucutkan keahlian Umno itu.
ULASAN GB
Tentang pelawaan Dr Mazlee Malik terhadap dua bekas pemimpin itu ke AMANAH, GB rasa memang tiada halangan untuk mereka berdua melakukannya. Apatah lagi sebelum ini pun kedua-dua tokoh itu telah berada di pentas AMANAH beberapa kali di dalam misi SELAMATKAN MALAYSIA.
Yang kelakarnya PAS, yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong suruh Mukhriz menyertai PAS. Cukup-cukup terdesak dah PAS ni, sudah tak ada harga diri lagi. Dah macam pelacur jalanan jadinya.
Dahulu semasa Tun Mahathir umumkan dirinya keluar UMNO, PAS berkejar mencari Mahathir dan menghantar borang PAS kepada Tun.
Tun tak layan setelah mendapati pemimpin PAS terdiri dari pemakan dedak.
Sekarang PAS cuba pula untuk menarik anak Tun, Mukhriz untuk masuk PAS. Bukankah kelakar gila namanya tu?
Namun di dalam politik segala-galanya boleh berlaku. Kita doakan kedua-duanya Muhyiddin dan Mukhriz dapat membuat keputusan yang tepat di dalam meneruskan misi perjuagannya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

11 ulasan:
Setuju sgt sgt
Dulu kami merangka propoganda utk hapuskan muhyidin setelah mulut bechok nya mengatakan amwar pengkhianat bangsa.. Umno pun tepuk tgn dan bagi muhyi jawatan timb pres.
Dia kami makbul. Mulut bechok ni dah jatuh dan jahanam mcm Anwar dan unbo skrg kata muhyi pulak pemgkhianat bangsa!! Hukum karma
Tapu skrg mulut muhyi penuh dgn kata kata hikmah dan istiqomah... Maka dtglah kod kami muhyi dan segeralah tebus dosa kamu spt mana tok guru bapa kamu mahukan .... Jgn jd mcm nuk abudoh yg masih tak insaf..
Bantulah kami muhyi dan kami pakatan ada 2bekas timb pm bersama kami... Inayllah taubat kamu di terima dan jgn tekejut kamu akn kembali ke Putrajaya
...
Amanah kena bekerja keras mulai dr sekarang utk melebarkan pengaruh dan pengikutnya...perlu menggunakan situasi yg berlaku..dan juga perlu menghampiri golongan miskin dan susah kerana golongan ini yg terkesan dgn kenaikan kos hidup...mereka perlu diberikan pendedahan...mereka perlu dihampiri...satu team amanah yg kuat perlu digerakkan mulai sekarang..jgn harap rundingan dgn pas...pemikiran pemimpin mereka sudah tidak waras...amanah perlu juga mendekati golongan wanita...Tp apa yg pemimpin amanah buat skrg pun dh cukup bagus..cuma rakyat malaysia yg kebanyakannya masih tidak mempunyai kesedaran politik yg tinggi...pengundi malaysia ni tbahagi kpd 3 golongan...golongan 1: golongan yg xkisah dgn perkembangan politik semasa dan anti kpd dap, mereka akan sokong bn...walau apa pun skandal pemimpin bn..golongan yg ke2 ialaha golongan yg condong kpd keagamaan mereka pentaksub kpd pak lebai..apapun pak lebainpunyai pendpt mereka akan sokong..golongan ini akan undi pas...gologna yg ke3 ialah mereka yg celik dan pandai membaca politik semasa...mereka ini akan undi pktn harapan...kalau ikutkan trend pengundian yg rmaai undi bn maknanya rakyat malaysia belum celik berpolitik..alkisah.sekian terima kasih..
Ramai pak turut dalam umno yang bersikap lebih kepada mengiyakan sokongan daripada tidak menyokong apa-apa. Hukuman datang bersilih ganti lantaran telah menenggelamkan Anwar dalam serpihan politik yang tidak mengenal sempadan. Begitu juga terlantarnya nasib dua orang tokoh politik yang kini seolah-olah menyertai penyisihan yang agak drastik dan pastinya sukar untuk membangun meskipun dalam tempuh yang tidak terjangka. Umno tetap jua sebagai umno yang sentiasa kedepan bersama lapisan masyarakat dalam meladeni kehendak pembangunan semasa bersama barisan kepimpinan demi masadepan rakyat dan negara. Tinggalkan saja kudis-kudis politik, benamkan sedalam-dalamnya dalam campakan masa yang telah banyak meninggalkan kerugian yang teramat sangat. Mereka-mereka ini nyatanya telah terlalai seketika gara-gara nak meruntuhkan empayar pembangunan negara. Lantak merekalah kemana mereka nak corak kehidupan mereka selepas ini. Yang penting umno tetap meneruskan penerokaan menghadapi era kesetabilan poliitik demi kesetabilan ekonomi dan demi kemakmuran sejagat.
Parti PMIP perut berulat ada hati nak ajak sama sama terjun gaung...cermin muka dulu....
Salam:
Bagi saya ,ini cukup baik kerana PH,kekurangan undi totok melayu luar bandar,jalan terbuka luas untuk PH/Amanah mengembangkan sayapnya ,terutama di Johor dan di Kedah.Bila team Muhyidin dan mukriz join sekali mereka membawa grass-root totok melayu sekali, seperti sebahagian group-group ketua cawangan umno seluruh Malaysia,ini bukan kecil anak,sebabnya ketua2 cawangan umno ini mereka mepunyai Acces direct dgn melayu totok luar bandar.Tak payah lagi nak setup markas,semuanya sudah sedia ada.
Saya amat kagum melihat cara mereka berkempen di kuala kangsar direct dgn melayu luar bandar.Dimana PH tiada Acces pada mereka.Tapi malangnya tak nampakpun wakil-wakil component PH ambil kesempatan.
Jangan lepas peluang,untuk seketeriat PH,Bagi-bagilah kerja samada PKR/aMANAH,dAP BERSAMA KETUA2 CAWANGAN UMNO.
Ini bermakna,untuk PH kehilangan beberapa % undi melayu ka PAS,Tapi dalam masa yg sama diganti oleh melayu umno. Back to square,untuk PR 14 nanti,pembangkang tidak kehilangan apa2 sebab undi melayu umno mengantikan undi melayu pas.
Di harab,gabungan pembangkang kena buat planning yg betul,tak ada yg TAMAK,memntingkan diri sendiri,teruskan kerja anda.Untuk langkah pertama saya syorkan ada Tabung pilihanraya,bermula dari sekarang,andaikata Amanah ada 100,000 ahli sekarang apa salahnya setiap ahli derma 10rm saorang sebulan.Kita dah dapat kupulkan 1juta rm.Jika sampai PR14,KITA DAH DAPAT KUPULKAN RMM24JUTA.
Salah satu pengajaran pilihanraya baru2 ini,BUGET KURANG,disamping kakitangan yg tak encukupi.
Selamat,majujaya.Anggaplah kekelahan baru ini,sebagai perulaan untuk kejayaan PR14.
sEKIAN.
Umno yg sentiasa kedepan? - makan rasuab dan tabur dedak
Umno menstabil ekonomi dan kemakmuran? -
Arai ko dah mAMAI ? Keturunan ko dah brp byk mkn dedak? Ko g uk bljr hasil duit myk negara milik rakyat bukan mlk umno.. Bg Kau laLai semuanya krn umno... Malaysia ada 1.8 juta pegawai kerajaan yg menguruskan negara dgn hampir cemerlang tapi di halang tokoh politik utk berjaya dek rasuah dan ronpakan besar besaran
Bukan umno ... Tapi 1.8juta pegawai kerajaan yg di kudakan utk bangunkan negara.. Tak kira lah pegawai yg tdor dan ponteng... Tapi 1.8juta ini d bayar gaji buta utk uruskan negara..
Umno? Cari peluang nak rembat dan makan.. Hutang negara dah cecah 55%gdp. Dan hutang rakyat 88%.
Tak takut? Apa umbo buat .. Hantar ko bljr bukan guna duit minyak tapi duit bhutang dari Yahudi..
Umno? Bukan nak membangun tapi nak kejar kenewahan dan rampasan harta dunia biar sekalipun bhutang nak bg ko bljr d u.k .
Umno sorok wang rompakan d luar negara... Dan membebankan negara dgn hutang yv tidak mampu d bayar 5 generasi akn dtg...
Lalai.. Cucu kau pun tak mampu byr hutang negara apatah lagi hutang pptn yg anak ko bljr dulu !!! Umno la kunun!!!
Tak guna Muhyidin, Mukhriz dan Mahathir masuk AMANAH, tak melebarkan jumlah sokongan. 3M kena tubuh parti melayu ke-2, pilihan kpd org UMNO team B. Dlm kalangan penyokong 3M, masih ada yg alergik dgn PKR, AMANAH dan DAP.
Situasi 1998 perlu diulang semula supaya wujud parti baru spt PKR yg membawa golongan pro-Anwar keluar dr BN. Masa tu penyokong Anwar ada dlm UMNO, Gerakan, MCA dan MIC.
Apa punya jenis cakap macam ini..
"Beliau kena masuk PAS, baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. Hal ini kerana beliau akhirnya dapat menumpaskan Menteri Besar Kedah ..."
Masuk PAS untuk jadi Menteri Besar dan memuaskan hati.. nafsu kan ?? Kira bagi dedak lah jugak nama nya. Presidennya tak nak lawan Najib tapi Naib nya lain lah pulak.
Orang lawan sebab salah guna kuasa dan untuk menyelamatkan Malaysia yang semakin pincang.. dia sibuk pasal jadi Menteri Besar. Kan lebih baik cakap PAS terbaik untuk mereka berdua tapi tu lah nak cakap macamana PAS dah serupa macam UMNO. Apa-apa habuan dulu ..
Jika bersama AMANAH Muhyiddin dan Mukhriz akan dapat meneruskan tentangan nya terhadap Najib. Ini akan menjadi satu lagi landskap baru dalam politik tanahair. Tak susah bagi pemimpin AMANAH dan untuk mereka berdua menyesuaikan diri.. lain lah kalau Zahid atau Zuhdi.
Arai memang dah mamai..........KIHKIHKIH.
Banyak sangat makan dedak sampai mabok dan mamai.
Dulu, ya memang umno membangunkan negara.
Tengok pulak siapa PMnya selama 22 tahun.
Lepas tu umno menjunam.
SINGAPURA - already negara maju sebab pemimpin-pemimpinnya bukan jenis pemimpin bodoh sombong. Lee Kuan Yu turun, pengganti-penggantinya meneruskan legasi Lee Kuan Yu
Cer ko bukak mata tengok negeri-negeri ASEAN lain.
INDONESIA - sedang membangun sebab pemimpinnya tidak EGO.
Bila satu turun, penggantinya meneruskan kerja-kerja pembangunan,
bukan hentikan, tutup dan buat pembangunan baru.
VIATNAM - ekonominua sekarang berkembang, mengatasi Malaysia.
Myanmar pun nampaknya sedang mengejar.
Malaysia sahaja yang ketinggalan sebab pemimpin pengganti semuanya EGO dan mementingkan diri serta korapsi.
Nampak gaya, dalam tempoh 10 tahun, Malaysia akan bertambah miskin. Rakyatnya terpaksa merempat ke negara-negara asing cari kerja.
Sekarang pun ko tengok, takda pemimpian luar yang nak melawat Malaysia atau nak jemput Najib melawat negaranya. Siapa nak hormat perompak negara.........????????
Mat
Buat rugi dedak jer nak tubuh party baru... Ko igt senang dan cepat??
Anwar tu sapa? Waliallah dah mcm taraf malaikat yg ada aura dan hidayat dr Allah
Setakat 3m bolehlah suruh ahli umno jgn kluar undi.. Protes undi... Ngo mcm perkasa tapi anti United mihd Najib organisation atau (asal bukan umno) a.b.u... Baru ada impact
Kami sgt harapkan a.b.u tapi aktivis abu dah lenyap longlai...
Pru14 bg lah tiket amanah.. Kpd 3m... Mcm Ibrahim Ali dulu guna pas..
Konsep sama perguna Ibrahim Ali yg marah paklah.
.... Hari ni perguna 3m yg marah Najib ...perguna amanah yg marah pas
Akhirnya kami pkr dap akan berjaya bawa pakatan ke putrjaya.
P.s apapun azmin kena pecat 3exco PiS dulu yg dok bagi talian hayat kpd yaHADI
Serta merta join Amanah - Big NO!!
Apakah nilai tambah (value added) kepada umat Islam dan nama baik Amanah jika kedua-dua mereka masuk Amanah? Atau adakah akan hanya mencemar imej Amanah lagi di mata rakyat sebagai pemimpin yang frust disingkirkan? Kita bukan nak selamatkan mereka tapi kita nak rakyat faham dan undi dakwah dan perjuangan kita.
Amanah adalah parti Islam dan ahli-ahlinya harus dan wajib menjunjung perjuangan Islam mengikut perlembagaan Amanah. Islamnya mesti melebihi Melayunya.
Kedua-dua mereka adalah dari acuan UMNO dan ada terpalit dengan kejahatan UMNO di masa lampau. Kita belum boleh percaya sepenuhnya dengan mereka berdua ni. Mereka masih sayang UMNO. Kebencian mereka pada Najib, bukan nakkan perubahan struktur.
Kita tak mahu lagi nanti musuh melanyak Amanah dengan tuduhan fitnah konon ia parti orang-orang frust; kalah di platform lama, masuk parti baru.
Orang-orang yang masuk Amanah MESTI berjiwa Islam yang yakin dengan perjuangan, bukan main kutip terima orang-orang yang tersingkir.
Cukuplah TSMY dan DMM jadi pihak sahabat PH saja. Buat parti baru pun jangan.
Catat Ulasan