27 Jun 2016

Kafir Harbi: MP Hairan Polis Berdiam Diri, AMK Ke IPD Dang Wangi Esok Buat Laporan

Tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan kenyataan mufti Pahang apabila mengistiharkan DAP sebagai kafir harbi, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, lapor malaysiakini.

Kata beliau, ini kerana, sejak tahun lepas lagi, Parti Amanah Negara (AMANAH) membantah kenyataan 'ulama' dari sebuah negeri di utara tanahair yang "menghalalkan darah" mereka yang tidak sehaluan dengan partinya.

Namun, Raja Kamarul berkata, tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa polis ekoran laporan tersebut.

“Nampak gayanya mufti kerajaan negeri Pahang (pimpinan Umno) bebas membuat kenyataan walaupun betapa bahaya kenyataan kafir harbi yang membolehkan yang dituduh di hapuskan.


“Nampaknya ahli PAS yang menjadi penasihat kepada Umno juga kebal dari tindakan dengan kenyataan halal darah terhadap lawan mereka.

“Jadi apa yang hendak dihairankan tindakan mufti dari negeri kerajaan Umno. Bukankah PAS juga menjadi penasihat pada Umno,"
tanya Raja Kamarul dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang merupakan Mufti Pahang telah menggelar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang anggota persendirian oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Pengerusi AMANAH negeri Terengganu itu lagi, keadaan tersebut berbeza dengan tindakan anggota militan Islamic State (IS) yang membuat ugutan keganasan melalui video dari seberang laut dengan pihak polis memberi amaran keras.

“Apabila mereka yang membuat ugutan dan kenyataan menghasut keselamatan berada di depan mata dalam negara, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan sepatutnya,” kata Raja Kamarul.

Justeru, Raja Kamarul mempersoalkan sejauh manakah seriusnya kerajaan dalam perkara sedemikian.

“Adakah kerajaan serius menangani isu extremis agama yang berada didepan mata.

"Adakah kerajaan menunggu insiden yang tidak diingini berlaku sebelum bertindak," tanya beliau.

Sementara itu, di dalam perkembangan berasingan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan ekstim Mufti Pahang tersebut bahawa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama AMK, Sdra Wan Ji Wan Hussain di dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa kenyataan ekstrim mufti berkenaan boleh mengundang pertumpahan darah. Justeru itu beliau mengambil langkah untuk membuat laporan polis pada hari esok (Isnin) jam 11.00 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


Beliau meminta orang ramai untuk terut serta memberikan sokongan.

20 ulasan:

Dan berkata...

Suruh mufti tu masuk politik. Saya nak tanya la skit pada mufti tu..apa hukum serah satu bukit pada bukan islam untuk buat kasino/tempat berjudi? Apa hukum pada pemerintah yang biar alam semulajadi diratah utk bauksit atau balak?

Saya ni bukan anak pahang tapi ibu bapa saya anak jati pahang. Apa yg saya tengok pahang ni kemajuan sangat slow, banyak birokrasi, rasuah sana sini. Apa yang nak bangga pasal pahang pun saya xtaula..xkan nk bangga ada kasino atas bukit pulak.

Kalau nk membodek jangan jadi mufti.

Tanpa Nama berkata...

Kena ambil tindakan akta hasutan - mengancam keamanan negara, menghalalkan membunuh dan menerbitkan fahaman ektrimis

Unknown berkata...

Salam:

Bila Agama yg suci mulia di Politikan,Maka dgn sendirinya,tindakkan keatas sesaorang akan BERPILIH-PILIH,Kalau geng2 elite atau kawan politik buat HAL,walaupun bertentangan dengan Agama,Pemimpin2 politik dan Agamawan2 TUTUP sebelah mata sahaja.Inilah realitynya keadaan di Malaysia,Agama islam dibuat macam bola ditendang ,kekiri kekanan,keatas,kebawah.Ikut semahu hatinya pada PENGUASA yg rakus,ditambah pula sang si Penasihat yg mahu TUMPANG sekaki.

Parti yg so called,mengelar dirinya hanya mereka sahaja mengikut jalan yg LURUS,Habis diubah-ubah,ayat al-quran dan Hadith demi mencapai cita2 politik mereka.Kononya hanya hudud yg dimpikan untuk menjadi negara islam yg TULIN.tIADA SATU CONTOHPUN DALAM AL-QURAN SEJAK NABI ADAM,iDRIS,Noah,saleh,shoib,lut,ibrrahim..........Musa,Isa SEHINGGA Muhammad,yg Allah membenarkan "Hudud" DALAH PUNCA UTAMA ,umat manusia masuk syurga.Agama Islam,bukanlah ditegakkan melalui Politik buatan Manusia,Agama islam tertegak melalui perintah2 Allah dan janji2 Allah.IMAN adalah kriteria yg paling utama,untuk umat manusia taat pada pada Allah dan rasul2nya.

IMAN bukan boleh di tarbiah sambil lewa,Dengan masuk politik dengar ceramah agama sahaja iman akan kuat.IMAN kena dibentuk hari-hari,bukti iman yg kuat adalah ahklak yg TERBAIK.hanya ORNG2 mUKMIN YG ikhlas SAHAJA MASUK SYURGA.

iMAN ORNG mUKMIN,tidak akan melakukan perintah Allah "BERPILIH-PILIH", kalau benda itu haram,haramlah ia,Tidak sekejap haram,sekejap halal,mengikut rentak,apa yg aku dapat.Kalau babi di penang haram,haramlah juga babi di selangor (kecuali di selangor tak ada makanan langsung).
Islam tetegak di Zaman nabi saw,melalui sahabat2nya melalui Tarbiah IMAN yg kental dari nabi pada sahabat2nya,sehingga sahabat nabi sumaiyah meninggal dunia,semasa imannya kuat,beliau diseksa oleh abu jahal,beliau nampak syurga,padahal belompun lagi perintah sembahyang,tutup aurat dan arak diharamkan,dikenakan,apatah lagi hukum hudud.Begitu juga zaman nabi isa,kalau kita baca surah yassin yg selalu kita baca pada hari khamis malam jumaat,salah saorang umat nabi isa nampak syurga sebelom ia meninggal,beliau baru masuk agama islam,apa kerja yg beliau lakukkan,kerjanya cukup mudah,beliau bersama-sama pesuruh Allah,mengajak orang ramai,mengESAKAN Allah dan mengikut
perintah Allah.Beliau dibunuh oleh kaumnya.

TIDAK adapun dalam Al-quran kata,manusia boleh buat "Perlembagaan sendiri" SEMMATAMATA nak ikut perintah Allah.TIADA..TIADA.aLLAH HANYA KATA ikut cara DIA SAHAJA.aLLAH HANYA REDHA Amalan,pada umat Muhammad cara2 Muhajerin dan
ansar YG DIBAWA OLEH nABI mUHAMMAD S.A.W.
(to be continued)

Unknown berkata...

(CONTINUATION)

Islam adalah agama "RAHMAHTULAH"agama untuk umat Muhammad,tak kira,melayu ,cina,mat salleh,arab,india semua bangsa di seluruh alam.Bila kita ikut cara sendiri beginilah jadinya,umat manusia yg tak sehaluan dgn kita,dikira tidak mengikut jalan yg LURUS.Sehingga mereka dianggap berdosa jika tak undi parti mereka.Sehingga agama islam jadi "BERPILIH-PILIH".IKUT SEDAP RASA MANNUSIA yg membuatnya.Untuk masuk syurga kita perlu "RAHMAT Allah"bukan rahmat parti Pas."Untuk dapat rahmat Allah,kena ikut cara nabi Muhammaed s.a.w,sebab Nabi dilahirkan untuk rahmat sekelian alam.
CUBA BAYANGKAN,jika nabi,masa zaman permulaannya,buat Parti islam (Parti islam seMekah),berbuat baik dgn abu jahal,abu lahap,demi semata-mata nak keamanan dan mejaga kaum Quraish sahaja,dan semasa nabi dibelasah hingga berdarah Di Taif semasa kempen agama islamnya pada pemimpin2 quraish,Malaikat datang untuk membantu nabi,untuk menghancurkan TAIF,tapi disebabkan Ahklaknya,nabi menolak,dan mendoakan agar mereka penduduk Taif agar menerima islam,ahkirnya,selang beberapa tahun,abu hurairah dtang dari ,
Taif,yg duduk bersama nabi 4 tahun ,menghasilkan >5k hadith2.Dan dengar ceritanya,pendakwah2 dari taif ini datang kanusantara dan China,melalui zaman Gavenor Muawiyah di SYAM.
cuba bayangkan,jika nabi buat parti macam pas,hanya untuk geng2nya sahaja.
Mungkinkah kita masih beragama HINDU?bersyukurlah kita ,kerana mendapat islam dgn cara TERPIJAK,jgnlah sombong pada DAP,dan bangsa2 yg belom memelok islam lagi.SEBENARNYA INILAH UJIAN ALLAH PADA UMAT ISLAM DGN CARA TERPIJAK,sudahkan memperbaiki IMAN kita,seperti iman para2 sahabat?ITULAH SEBABNYA,neraka YG PALING terkebawah SEKALI TERLETAK PADA ORANG2 ISLAM,seperti orng mati syahid kerana nak mashur,iluan agama yg sombong,orang2 kaya yg mementingkan diri sendiri.

ISTIQAMAH IMAN DALAM ISLAM,BUKAN PARTI,

Wallah'ualam.

Malaysiabaru berkata...

Apa kata kita 'bunoh' org yg suruh bunuh org?

Risau pulak kalau exco PiS d selangor tiba tiba hilang akal pegi tikam exco DAP...

Inilah yg haron djin mahu? Huru hara d Selangor dan mageran ????

Tanpa Nama berkata...

Mufti pahang muka tak dak seri cahaya nur langsung.tengok muka macam kaki bodek saja.ooooii naik menyampah aku tengok.Hang pun nak jadi macam harussani jugak ka?apa la punya turr

Tanpa Nama berkata...

tu bukan mufti pahang

tu mufti genting highland

Tanpa Nama berkata...

Pangkat dato seri..kat mana seri pun aku x nampak..muka penyamun ada la..

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak jgn kaitkan islam dgn melayu..islam adalah agama yg syumul membawa sinar kpd semua makhluk dunia..melayu hanya bangsa..bangsa pemalas..perasuah..penghasad dengki..penghasut..pengadu domba..penfitnah..aku melayu..dan aku malu..

Tanpa Nama berkata...

Tindakan double standard tahap gaban ni telah lama berlaku...hanya yg buta politik jea yg tak sedar...lebih2 lagi walaun buta kayu...

Tanpa Nama berkata...

Dalam hal ini ada dua kategori. Pihak Polis kena pastikan terjemahan perkara ini betul-betul.

Rafizi kata 'bom atom'. Itu bukan lawak. Rafizi tak ada imej dan gaya pelawak. Semua yang Rafizi cakap kira betul sebab itu hal tersebut perlu di pandang serious.

Yang cakap musuh Islam dan kafir harbi, ikut pertimbangan Polis hanya lawak sebab tak serious. Mana mungkin terjadi pertumpahan darah. Kelakar lah apabila pembangkang terutama DAP boleh percaya.
KPN ketawa kalau ada wartawan yang bertanya. Percaya lah.

Orang buat lawak sebagai karier adalah profesional. Orang profesional berpangkat bertaraf tinggi kalau buat lawak sebenarnya menunjukkan kebodohan.

Yang menganggap mereka sebagai pelawak ialah Polis. Dan yang mengangkat Rafizi sebagai orang yang bercakap benar pun Polis.

Jadi nak jaga maruah Mursyidul dan Mufti, sekurang-kurang nya Polis kena lah panggil dan ambil kenyataan beliau.
Jangan jadi kan mereka berdua pelawak.

Yang seorang lagi lain. Alaa yang buat amanat dan nak buat hudud tuu. Ini bukan kelakar. Serious jauh sekali. Kerana amanat dia lah UMNO sokong hudud. Alaa kan dia kata hudud hanya untuk orang Islam. Jadi mereka yang di maksudkan dalam amanat dia ... TerLepas lah.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya kalau terus2 mcmni,tak lama lagi akan sampai bala allah yg maha besar utk menyedarkan umat islam di Malaysia. Cuba ambil iktibar tsunami acheh.Adakah Allah membiarkan Org2 yg zalim mencabar kuasa Allah mempermainkan ayat2 Allah.semua rakyat Malaysia merasa azabnya.nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Sedih tgk keadaan politik semasa skrg.pas dah join penzalim membantu penzalim merompak harta rakyat.Rakyat melayu pulak rata2 masih bodoh memilih pemimpin, kena suap 100@200 semua undi umno.. Ph pulak xkukuh,pkr dgn pas nya manakala dap x abis2 gaduh lagi hudud.smpi bila mcmni.kami rakyat biasa makin jadi bosan.negeri2 ph pun xlah sebaik mana.lebih kurang umno juga. Heboh2 pendidikan percuma tp.kat slngor xbuat pun pendidikan percuma.mcmna org nak percaya..rizab simpanan bilion2 buat apa kalau xdiuruskan dgn baik nt serah kembali pada umno jg.ambo pening dohhhhhh..

Faizal berkata...

tidak perlu komen panjang hanya ada satu perkataan yang sesuai dan jelas untuk dia iaitu 'penunggang agama'. sekian.

Tanpa Nama berkata...

Beberapa orang termasuk wanita yang telah ditangkap samada di tempat awam atau di airport kerana di syaki terlibat dengan pengaruh IS.

Ada yang di tangkap kerana dalam beg ada dokumen mengenai kumpulan pengganas. Ada yang di tangkap kerana mengekses maklumat di komputer, ada yang cuba naik pesawat untuk pergi ke sana dan ada yang kerana pergerakan nya macam pengganas ...

Mungkin ada ramai lagi dan apabila DAP di tuduh musuh Islam dan di istihar harbi, apakah kesan pada mereka yang masih belum dapat di kesan?

Mengapa mereka yang terpengaruh dan di pengaruhi dengan kata-kata musuh Islam dan kafir harbi yang ditangkap sedangkan yang menghasut dan mengajak kepada keganasan di lepaskan ?

Mereka yang ingin mati kerana Allah dan Islam akan menyertai parti Islam atau parti ulamak yang menyokong permusuhan begini kerana ini lah jalan untuk mati syahid.

Kedua-dua mereka perlu tarik balik kata-kata mereka dan menyatakan kekesalan mereka.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak di biarkan apa guna Najib ada kuasa istihar dharurat? Sekarang Najib boleh pada bila masa untuk istihar dharurat .. jika rasa dia selamat dia tak guna, jika rasa tak selamat terutama dekat-dekat pilihanraya rasa macam nak hilang kuasa .. letup dua tiga biji kereta pun dah cukup... Najib boleh kaitkan dengan keganasan .. sekarang terjadilah insiden tersebut ditengah-tengah isu harbi dan musuh Islam, Najib sudah boleh guna kuasa. Hendak dengan tidak hendak sahaja.
Ini memang style politik dunia ke tiga. Masa Mahathir dulu pun macam ini. Orang umno BN yang ugut dan kacau ceramah orang, mahathir kata jika BN kalah negara kacau bilau.

Rakyat yang dah kena main dengan permainan ini banyak kali tak sedar-sedar juga. Rakyat suka aman tapi jadi penakut sampai dengan pendatang yang buat masalah pun jadi takut.

Unknown berkata...

Ayat2 Allah inilah merupakan modal golongan yg memperalatkan agama utk kepentingan peribadi contohnya masuk politik guna ayat2 Allah utk pengaruhi undi supaya menang dan akan dilantik sebagai yb yg bergaji belasan ribu serta peluang2 utk perut,keistimewaan dan kemudahan duniawi.Pastu beli rumah besar dan tayang kereta mewah sambil walaun melaumgkan takbir!takbir!..

Tanpa Nama berkata...

Kalau mufti ini sabit kesalahan dan masok jel..camana ya? Mungkin seluruh malaysia heboh... Mufti masok rumah pasung

Tanpa Nama berkata...

Elok juga. Buat parti baharu tak guna. Dah banyak sangat parti baru. Join Amanah atau mana2 parti dalam PH.

Tanpa Nama berkata...

MUNGKIN KEPALA MUFTI NI MASUK AIR.... KALAU MACAM NI LAH TARAF MUFTI.... SAYA BOLEH PENGSAN. PEROSAK AGAMA DAN NEGARA ADALAH GOLONGAN MACAM NI.... RAMAI LAGI INSAN MACAM NI. FIKIRAN MEREKA DAH KORUP. MAKAN GAJI...DUIT GAJI DIBAYAR PEMBAYAR CUKAI.... PEMBAYAR CUKAI PULA LEBIH 70% BUKAN ISLAM.... HABIS SAYA CADANGKAN KIKIS BUANG WANG GAJI DARI SUMBER NON MUSLIM.... BARULAH BETUL... GAJI MAHU...CAKAP MACAM ORANG BODOH..... PTUIH!!!! PTUIH!!!!