11 Mei 2016

Tulisan Kata PH Mungkin Dibubarkan Adalah Karut & Fitnah

Pakatan Harapan Mungkin DiBubarkan - Bang Mat Salahkah PKR & DAP.

PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) masing2 tewas disemua kerusi yg ditandingi pada PRN Sarawak semalam.

PAN tewas dikesemua 13 kerusi yg ditandinginya. PAS pula tewas disemua kerusi 11 kerusi itu adalah Samariang, Pantai Damai, Muara Kuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Benteng Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Namun PAS menerima lebih banyak undi berbanding PAN dalam pertembungan mereka di Sarawak khususnya Beting Maro.


Presiden PANtxx, Mat Sabu berkata, perebutan kerusi yg ditandingi oleh PKR dan DAP antara faktor yg menyebabkan Pakatan Harapan tewas di kebanyakan kerusi yg ditandingi oleh ketiga2 parti berkenaan.

Faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini.

" Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak,” tegas Mat Sabu

PRN Sarawak kali ini menyaksikan PKR dan DAP bertanding sesama sendiri di enam kerusi DUN walaupun kononnya ketiga2 parti membawa nama Pakatan Harapan.

PKR menuduh DAP tamakkan kerusi manakala DAP mendakwa kerusi yg ditandingi terbabit wajar diberikan kepada parti itu kerana lebih sokongan ke atas DAP di kawasan terbabit.

Ketika ditanya, Mat Sabu mengatakan akan menilai semula pakatan harapan dan tidak mustahil akan dibubarkan. -siemen-melayumaju

ULASAN GB

Tersebar di media sosial sebuah entri di blog media pro-BN, kononnya Pakatan harapan (PH) bakal dibubarkan dan katanya, Presiden AMANAH menyalahkan PKR dan DAP.

Tulisan itu disebarkan secara meluas melalui dinding-dinding facebook kumpulan anti-PH termasuk pascai.

Itulah kerja mereka. Menulis fitnah, menulis perkara yang tidak ada kemudian menyebarkannya dengan harapan rakyat termakan dengan fitnahnya itu.

Digunakan gambar lama pimpinan AMANAH sedang membuat sidang media. Di dalam gambar itu ternyata ada wajah Pengerusi AMANAH Perak, Sdra Asmuni Awi sedang semua orang tahu Asmuni kini belum sihat seperti sedia kala dan masih menerima rawatan.

GB tak perlu untuk menghubungi pimpinan AMANAH untuk mengesahkan berita itu kerana sudah ternyata ia adalah pembohongan dan fitnah semata-mata.

GB yakin Mohammd Sabu tidak pun ditanya atau ditemuramah, tetapi sengaja direka untuk menyedapkan cerita khayalan mereka.

Agaknya budak-budak UMNO ni tak berimankah dengan menulis perkataan fitnah dan mencarut dan tak pernah baca Al-Quran?


Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10




IKLAN BERBAYAR


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah fitnah, mencarut lagi, diigatkan......malaikat tak pernah tidur.....

Pencolekhangek berkata...

Semua ulasan itu menunjukkan PH masih bertaring dan bisa. Kalau tidak berbisa sudah tentu musuh-musuh tidak akan membuang masa membuat fitnah. Ini menunjukkan PH dilandasan yang betul. Kerja perlu diteruskan. Percayalah ramai yang sudah tekad untuk mengundi calon PH kecualilah kalau pope kahwin atau pun kucing sudah mula bertanduk.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang makin pening kepala aku nak bezakan yang mana PAS yang mana UMNO kedua2nya sekarang sudah serupa! Dosa letak belakang janji nafsu terpenuh! Syabas Tuang Presideng, PAS berjaya ganti UMNO, seperti yang pernah dilaungkan suatu masa dahulu. Jangan marah jika terdapat umat yg tidak respect lebai2 nanti - Lebai Carut.

Tanpa Nama berkata...

Pada yang terkena dan yang di tuju ianya adalah fitnah. Kerja ini hari-hari dilakukan dan ramai yang akan berpendapat ini lah politik dan langsung tidak kisah kerana tahu ianya tidak benar.

Begitu juga bila rasuah dan guna kuasa untuk menyelamatkan diri atau pemimpin parti dari undang-undang, baru lah tepat definasi politik bagi rakyat. Sebab itu masih ada rakyat yang kekalkan BN memerintah.

PAS lah yang banyak menyumbangkan jasa membuatkan rakyat menjadi begini.

Mengapa amalan ini diterima oleh rakyat ?

Apabila ujud isu antara pemimpin PKR DAP dan AMANAH, ada di antara mereka yang membuat tuduhan dan sikap sama macam itu. Lagi teruk sekiranya mereka sesama ahli atau pemimpin dari satu parti yang sama yang bertelagah.

Memang strategik UMNO melambakkan berita atau cerita mengenai politik supaya mengelirukan rakyat dan membuat rakyat meluat, bahkan ada dikalangan penyokong PH yang sudah kurang ambil tahu mengenai hal-hal yang melibatkan politik. Kehadiran di ceramah kini sukar mendapat sambutan yang luar biasa.

Dalam hal ini tidak ada bezanya Najib, Zahid, Nazri dan pemimpin UMNO yang lain dengan cai-cai Hj Hadi dan kartel Azmin.

Kos hidup yang tinggi yang sengaja dicipta oleh Najib turut menjadikan kerja-kerja fitnah tidak dipedulikan. Bahaya nya ialah cara hidup rakyat menjadi lagi teruk. Dalam tertekan dengan kos hidup yang tinggi, hidup ini di jalani dengan fitnah semata-mata.

Dan paling malang lagi, apabila kerja fitnah ini di bangkitkan seperti apa yang GB lakukan, ada yang berpendapat jangan buang masa layan mereka.

Malaysiabaru berkata...

Sebenarnya dgn perangai azmin mungkin juga

Sebab pkr lebih yakin dgn pas dan ikatan

Dap yakin dgn amanah

Kalau gitu mintak husam hancurkan pas d Kelantan baru tahu langit tinggi rendah. Lepas ni tiada lagi kerajaan pas mcm zaman asri dulu

Timnajib Jomfikir berkata...

Hati byk busuk punya olang!

Cakap sama Azmin Ali ka....Najib Tun Razak ka...Hadi Awang ka....itu K.Kangsar sama Sg. Besar, AMANAH dua-dua akan bertanding!

Tanpa Nama berkata...

Ini menjelaskan Amanah semakin kuat dan diterima ramai,jika tidak,sesiapa xkan ambil peduli pasal amanah terutama presiden Amanah.cuba lihat spt parti KITA ataupun parti ikatan.xda sapa ambil pusing hal mrk sbb mrk ada atau xda sama je xde kesan pada politik Malaysia. Hahaha.kita lihat nanti di prk ni sapa yg lebih diterima rakyat,kalau menurut kajian undi pembangkang akan berpecah dua kepada pas dan pan..umno juga akan menang sbb perpecahan undi tu.so kita lihat pula pas dpt brp dan pan dpt brp br blh nilai kekuatan masing2.tapi xtahu juga belum cuba belum tau mana tau rezki pan utk menang prk br la cipta sejarah

lelaki dicermin berkata...

Aku terlalu mengharap majlis presiden PH akan membenarkan AMANAH bertanding di 2 kerusi yg kosong tu..semua ahli parti PH bg sokongan pada calun AMANAH.. aku berfikiran gini sbb geram tol tgk parti ulamak ni.. bongkak.. sombong.. besar kepala..kat dua2 negeri tu boleh agak sokongannya.. Kalau di selangor boleh agak sokong padu kat PH ke kat pas...

Tanpa Nama berkata...

AMANAH mesti bertanding. Jika PAS bertanding pun tidak jadi masalah. Jika Majlis Presiden tidak benarkan pun tidak menjadi masalah. Jika Azmin boleh bertanding di kerusi DAP, kenapa pula AMANAH tidak boleh bertanding dengan PAS yang bukan sekutu.

Selepas PRK, Mat Sabu buat kenyataan mengajak parti pembangkang bersatu termasuk PAS. Selesai !

Si Azmin dah tahu salah, dah tahu akibat, dia buat jugak.

Lagi satu yang pertahan kerusi ia lah UMNO bukan PH. Menang BN, tidak ada apa-apa beza pun. Menang PH, satu kejayaan bagi rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Kali ini, AMANAH jangan berlembut sangat. Dalam berdiplomasi dan menjaga hubungan, pastikan kedua-dua kerusi tetap di berikan kepada AMANAH.

Langsung tidak masuk akal jika ada kalangan pemimpin PKR DAP atau AMANAH sekali pun yang menganggap PAS adalah parti pembangkang dan sama-sama ingin menumbangkan UMNO.

AMANAH mesti berikan penjelasan yang munasabah sekiranya kedua-dua atau salah-satu kawasan tersebut tidak di tandingi oleh AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

mcm mane nak caya PKR , belum start undi lagi , dua kerusi dah out ....puiiiikkk, masih nak kata org lain tamak kerusi ...natang bodoh,,...

Tanpa Nama berkata...

Perkasakan Majlis Presiden PH. Keputusan scr kolektif perlu dihormati. Baik Amanah, PKR dan DAP teruskan perjuangan dan harapan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

AMANAH MESTI LETAK CALON DI Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pemuda part kings berkata...

Terbaik amanah!!!
Usah hirau org gila...nanti jadi hila...jom bertanding!!!semangat terus...berjuang terus...